iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, October 4, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [Bab4]


Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang....

“Hai semenjak bila pula office kita ni dah jadi kedai bunga ni Abby? Sana sini bunga saja saya nampak. Atas meja saya ada bunga, atas meja papa ada bunga, atas meja dekat pantry ni pun ada bunga, atas meja meeting pun ada bunga juga, pendek kata semua meja yang terdapat dalam office ni semua terhias dengan bungalah.” Rio Alami Raqly bertanya. Pelik melihat suasana yang luar biasa di pejabat itu.

Hari ini hari ke dua dia perasan yang pejabat ini penuh dengan bunga. Semalam dia sudah  perasan yang pejabat mereka dipenuhi bunga tapi tidak sebanyak hari ini. Semalam dia diamkan saja sebab sangkanya setiausaha papanya itu mahu menukar mood. Itu yang diletakkan bunga segar sebagai hiasan di mejanya.

Rabiah tersenyum lebar mendengar pertanyaan anak majikannya itu.

“Hai boss you tak akan tak tahu? Tak dengar-dengar cerita?”

“Tahu apa? Dengar cerita apanya Abby?”

“Tak adalah… ada seorang kawan kita ni dah ada peminat. Hari-hari peminatnya kirim bunga pada dia. Dia tak tahu nak buat apa dengan bunga tu. Jadi dia bagilah pada I ni, lagipun sayang tau kalau dibuang begitu saja, jadi I ambil keputusan untuk agihkan pada setiap sudut office ni. Nampaklah segar sikit.”

“Kawan kita? Siapa?”

“Siapa lagi kalau bukan si Leila Suria tu boss oii! Eeeiii untungnya dia ada peminat macam tu. Jelous I tau.” Sungguh, terbit sedikit rasa iri hati dia kepada gadis itu. Dia yang hidup dikelilingi lelaki pun belum pernah dikirimkan bunga setiap hari. Hailah… tuah orang.

“Hah Leila Suria?” Sedikit terkejut.

Uikh siapalah lelaki buta mata nakkan minah stone tu? Macam tak percaya pula bila mendengar cerita Rabiah itu.

“Ha’ahlah boss, kenapa? You tak percaya? Ke you cemburu? Eh you ada hati sekali ya dengan si Leila tu?” Sengaja mengusik bos keciknya itu.

“Huh mengarutlah you ni Abby. Apa you ingat taste I ni untuk si Leila tu ke? Haisy bagi percuma pun belum tentu I mau tau. Dingin beku mengalahkan ais saja bila dengan lelaki.”

“Alah boss, boss tak rapat dengan dia beranilah boss cakap macam tu. Dia tu oklah apa. Baik hati, selalu membantu I ni kalau I dalam kesempitan.”

“Eh apa-apalah… Malaslah I mahu layan you Abby.”

“I tak suruh pun you layan I ni boss oi.”

“Amboii meriahnya dari luar lagi saya dah dengar suara kamu. Apa benda yang kalian berdua bualkan ni Rio, Abby?” Rolland Fikry yang baru saja muncul di sebalik pintu menegur perbualan mereka.

“Amboi smartnya papa hari ini?” Rio Alami Raqly menegur kehairanan, sedikit pun tidak membalas pertanyaan papanya itu.

“Err morning tuan, semakin hari tuan ni semakin kacak bergayalah. Eh ada apa-apa ke ni?” Rabiah turut menegur penampilan majikannya itu. Hurm bau parfumenya sebatu sudah boleh dihidu.

“Wah Abby, you puji-puji I ni, I tak ada duit keciklah nak bagi pada you.” Balasnya bersahaja.

Lebih 30 tahun berada di bumi Malaysia, membuatkan lidahnya sudah lancar menuturkan bahasa kebangsaan ini. Selalu orang akan memandangnya dengan pandangan yang agak luar biasa terutama para pekerjanya bila pertama kali mereka bersua muka. Teragak-agak ingin menggunakan Bahasa Melayu bila berbicara dengannya atau bahasa lainnya bimbang dia tidak faham. Tengok saja pada raut wajahnya, mudah saja untuk orang meneka yang dia bukannya orang tempatan.

“Haha tuan ni, pandai buat lawak pula dia.” Rabiah ketawa besar mendengar gurauan majikannya itu.

Rio tersenyum sumbing. Cuba membaca makna di sebalik perubahan papanya itu. Papa ni mesti ada apa-apa ni. Hisy tak boleh tidak, aku kena cari apa sebab yang papa sudah berubah sangat ni. Tak akan sebab teguran pasal kedutan di wajahnya hari tu sampai papa sanggup buat perubahan sedrastik ini?

“Hah Rio, awal kamu hari ni? Biasa tu, selagi matahari tak tegak di atas kepala selagi itulah batang hidung kamu tu susah nak nampak dekat office ni.” Sindirnya sinis.

“Alah papa ni, Rio datang lewat papa bising, ni Rio datang awal pun papa bising juga, ha karang kalau Rio tak datang langsung baru papa tau.” Ujarnya bersulam nada tak puas hati.

“Hah cubalah kamu tak datang kalau kamu rasa nak nama kamu tu tiada dalam senarai wasiat harta-harta papa ni nanti.”

“Uik papa, apa ni sampai libat wasiat harta sekali. Bukannya Rio buat kesalahan besar pun tau.”

“Ha tau pun gentar hati tu ya?”

“Alah Rio yakin papa tak akan sanggup buat Rio macam ni. Lagipun Rio ni satu-satunya waris papa tau. Kalau harta tu tak jatuh pada Rio, pada siapa lagikan?”

Dia yakin yang papanya itu hanya mengugut. Masakan harta yang menimbun begitu ingin dibiarkan tanpa diwasiatkan kepadanya. Tak masuk akallah tu kalau papa sanggup buat macam tu.

“Heh yakinnya kamu ni Rio? Kamu pandang rendah pada papa ya? Yakin ke kamu tu satu-satunya anak papa?”

“Eh apa maksud papa? Masakan papa ada anak selain daripada Rio? Papa ada bini lain ke selain daripada arwah mama?” Soalnya hairan. Selama ini papanya itu tak pernah cerita pun kepada dirinya tentang adanya adik beradik yang lain.

“Buat masa sekarang memang kamulah satu-satunya anak papa, tapi masa akan datang siapa taukan? Papa ni masih mampu lagi tau kalau nak menambah anak.”

“Hah? Rio tak fahamlah papa cakap apa ni?”

“Alahai boss, maksud tuan tu boss mungkin akan dapat mak baru dan dapat adik daripada mak baru tuan tu.” Rabiah yang sekian lama menjadi pendengar setia pada perbualan dua beranak itu akhirnya menyampuk. Tak tahan melihat kebengapan tuan keciknya itu.

“Hah? Bi… biar betul papa?”

“Ya mungkin betul Rio. Jadi baik kamu jaga kelakuan kamu tu ya. Jangan asyik nak buat papa marah dan pening kepala saja.” Sempat memberi amaran kepada anak bujangnya itu supaya mengubah kelakuannya itu.

“Baik papa…” Balasnya lemah.

Aduh kalau betul apa yang papa tu kata, habislah aku. Tak dapatlah aku berfoya-foya lagi lepas ni. Tak boleh tidak, aku kena siasat siapa perempuan tu. Aku kena halang perkahwinan papa, dengan apa cara sekali pun. Tekad hatinya.

Patutlah penampilan papa mula berubah semenjak dua tiga menjak ni. Rupanya dia sedang dilamun cinta. Dia mengeleng-gelengkan kepala. Rasa tak percaya dengan perubahan papanya itu. Papa, papa makin berumur ni makin ligat pula perangai dia.

“Sudah yang kamu termenung tu kenapa Rio?” Tegur Rolland Fikry bila melihat anaknya itu mula termenung melayan perasaan. Masakan anak itu terasa dengan kata-katanya? Ah biarkan, hanya dengan cara ini saja akan membantu menyedarkan anaknya itu yang sedang ‘lena’ dalam dunianya.

“Err tak ada apa-apa papa.”

“Ha kalau tak ada apa-apa, pergi siapkan kerja kamu. Abby siapkan I milo panas ya?” Sempat memberi arahan kepada Rabiah sebelum berlalu ke bilik pejabatnya.

No comments: