Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah mencambah sayang..
Leila
Suria
Langit
hari-hariku,
Cerah
dengan lirikan indah matamu itu.
R…
Kad kecil
yang berada di tangannya direnung lagi untuk ke sekian kalinya. Yalah tu,
langit hari-hariku penuh dengan mendung siap berserta ribut petir lagi semenjak
kehadiran kau dalam hidup aku ni. Tak tenang sentiasa. Ada saja haru birunya.
Dia menggetap bibir. Geram! Sebab dia buntu untuk memikirkan atau dengan lebih
tepat lagi mencari jawapan yang pasti siapa di sebalik ‘R’ si pengirim bunga
itu.
Minggu
lepas 5 hari berturut-turut dia menerima kiriman bunga sampaikan telinganya
sendiri naik panas menerima usikan daripada Rabiah. Itu belum lagi termasuk
dengan sindiran dari Rio si boss keciknya
itu yang menuduh dia kononnya sengaja hendak menunjuk. Sakit hatinya mendengar
tuduhan yang tak masuk akal yang keluar daripada mulut lelaki itu pagi jumaat
lepas.
“Alah
Abby, apa yang dihairankan dengan dapat bunga tu. Bukannya boleh kaya pun.
Kalau dapat bunga emas tu lainlah ini tak bunga biasa saja, simpan dua tiga
hari dah layu. Tak berkekalan. Itupun nak dibangga, ditunjuk dan diusung ke
sana sini macam beruk dapat bunga je gayanya.” Sindir lelaki itu pedas.
Tiba-tiba menyampuk perbualan dirinya dan Rabiah serta Regina Ray yang sedang
bersusah payah meneka-neka siapa si ‘R’ itu.
“Uikh you
ni apa cakap macam tu. You tu lelaki apa tau pasal perasaan perempuan ni.
Perempuan ni lain sikit, walaupun diberikan barang yang tak berharga pun, kalau
dah dinamakan pemberian daripada orang, perempuan tu tetap akan hargai
pemberian tu apa adanya.” Bidas Regina Ray yang agak tidak puas hati dengan
sindiran lampos dari Rio itu.
“Alah
Regina, I bukan apa, I mula curious tau,
jangan-jangan dia sendiri tau yang kirimkan bunga pada diri dia. Yalah malu
orang kata dia tak laku, tu yang dia buat macam tu. Nak tunjuk sikit dekat
orang yang dekat pejabat ni dia pun laku juga, macam orang lain. Malulah tu
umur dah hujung 20 tahun tapi masih sendiri tak ada teman lelaki.” Lantang dia
memberi tuduhan.
Leila
Suria yang pada mulanya buat tak tahu saja dengan kehadiran lelaki itu
tersentak. Terkejut mendengar tuduhan tak berasas daripada lelaki itu.
Berpandangan seketika dia dengan Rabiah. Dilihatnya kerutan jelas tertera di
wajah Rabiah yang sedang memandang ke arah dirinya itu. Ingin penjelasan. Tagih
penjelasan atas tuduhan boss keciknya
itu.
Leila
Suria menarik nafas panjang. Dia mengeleng-gelengkan kepala beristighfar di
dalam hati. Apa kenalah dengan lelaki ini, suka-suka saja cakap orang macam tu.
Tak akan sebab kes dekat pantry tu sampai
dia simpan rasa tak puas hati dengan aku sehingga sekarang ni? Macam
budak-budaklah, tapi dia memang budak pun daripada aku ni.
“Hehe
risau juga Encik Rio dengan status tak laku diri saya ni ya? Sampai ambil tahu
segalanya tentang saya ni ya? Jangan-jangan Encik Rio ni kut pengirim bunga tu.
R nama samaran pengirim tu dan dalam masa yang sama nama Encik Rio pun bermula
daripada R juga. Eh tak sangka pula yang dalam diam Encik Rio puja saya
rupanya.” Entah kenapa lain yang ingin dicakapkannya lain pula yang terkeluar
daripada mulutnya. Mulutnya itu seolah nakal ingin mengusik amarah tuan
keciknya itu.
Hening
seketika suasana yang riuh tadi. Tiga pasang mata serentak memandang ke arahnya
tajam. Terkejut barangkali mendengar kenyataan berani mati yang datang daripada
dirinya itu.
“What? Gila ke
apa you ni! Statement you tu boleh jatuhkan reputasi I di
pejabat ni tau. Prinsip I, I tak akan jatuh cinta dengan orang satu pejabat. That is
ridiculous!” Nafinya tegas sedikit berang. Merah kulit wajahnya menahan
marah dan malu.
Leila
Suria mengulum senyum. Ha tau kau marah. Tadi tu kau cakap aku bukan-bukan tak
fikir pula menjatuhkan reputasi aku ni kan.
“Hah tahu
pun benda ni tak masuk akal Encik Rio. I boleh cakap apa saja sama macam you
cakapkan pada I tadi tu. Ada you fikir perasaan I sebelum you cakap pendapat
tak berasas you tadi tu? Tak adakan. I yakinlah you tulah si pengirim bunga tu.
Memuja I dalam diam walaupun mulut you tu beria menafikan.” Dia tersenyum sinis.
Marah yang cuba dibendung habis terburai. Sabarnya hilang berterbangan kini.
Regina Ray
dan Rabiah melopong mulut melihat keberanian Leila Suria ‘membasuh’ boss kecik
mereka itu. Tak sangka Leila Suria yang sering digelar tak berperasaan ini
pandai marah. Selama dengan mereka 6 tahun ini tak pernah sekali pun dia
melihat gadis itu melenting walau macam mana pun keadaan, kesilapan atau
masalah yang mendatang, gadis itu sentiasa tenang saja menerima dan
menyelesaikannya, tapi hari ini luar biasa. Mereka berpandangan.
“Sudahlah
malas I mahu layan you ni Leila. I kirim bunga dekat you? Heh kirim salam pun I
tak kuasa apatah lagi nak kirimkan bunga. Gila perasan you ni!” Tempelaknya ke
muka gadis itu sebelum berlalu.
Sakit
hatinya. Hajat hati nak sakitkan hati gadis itu dengan kesimpulan otaknya
tentang pengirim bunga misteri itu tapi sebaliknya yang telah terjadi kini. Dia
punya hati yang disakitkan pula.
“I tak
suruh pun you layan I ni. You tu yang datang menyibuk siapa suruh? Menyampuk
tiba-tiba perbualan I dengan Gina dan Abby tadi.” Balasnya lancang.
Rio
melajukan langkahnya. Mahu menjauh secepat mungkin, malas mahu mendengar suara
gadis itu. Terlalu sumbang suara itu dipendengarannya baginya sampai dia tak
sanggup untuk mengorbankan telinganya mendengar suara itu.
“Hoi!
Sakan kau termenung sampai aku tegur pun kau buat tak tahu saja ek?” Tepukan
kuat di mejanya menyedarkan dirinya daripada lamunannya tentang peristiwa
beberapa hari yang lepas.
“Apa woi,
woi ni? Kau tak reti nak bagi salam dulu ke sebelum tegur aku ni Gina?” Sedikit
marah bila lamunannya diganggu.
“Eh sejak
bila aku boleh bagi salam dengan kau?” Regina Ray memandang ke arahnya keliru.
Leila
Suria menepuk dahi. Alamak! Lupalah, dia bukan satu agama dengan aku ni. Wajah
sepet di depannya dipandang sekilas.
“Ops sorry aku salah
cakap, maksud aku sekurang-kurangnya kau hello-hello aku ni
dulu sebelum kau nak sergah aku ni.” Balasnya perlahan cuba menutup silap
cakapnya.
“Oh, aku
ingatkan aku boleh bagi salam dengan kau macam kau orang selalu cakap tu kalau
berjumpa dengan kawan-kawan ucap assalamualaikum… hah begitukan?” Lancar gadis
Cina itu menuturkan sedikit pun tak silap.
“Wah
pandai kau menyebutnya Gina?” Dia mengangkatkan keningnya, kagum.
“Alah
bukan susahlah weh, alif ba ta pun aku tau, tau. Aku dulukan sekolah melayu
selalu curi-curi masuk kelas pendidikan islam kalau mereka ada kelas. Kawan-kawan
aku pun ramai beragama islam walaupun ada satu orang tu macam terlupa diri dia
tu melayu yang beragama islam. Dress up mengalahkan
minah salleh.” Sengaja dikuatkan ayatnya yang akhir supaya dapat didengari oleh
Rabiah yang sibuk tertonggeng-tonggeng di mejanya kalut mencari kunci keretanya
yang terjatuh.
“Woii, aku
dengar tu Gina!” Jerit gadis itu.
Leila
Suria hanya ketawa kecil menggeleng, biasa sudah dengan situasi begitu. Usik
mengusik antara mereka. Macam dia tak tahu hubungan rapat antara mereka. Kalau
setakat sindiran begitu memang langsung tak meninggalkan bekas di hati.
“Baguslah
kalau kau dengar sebab aku memang sengaja nak bagi kau dengar Abby. Cubalah kau
belajar pakai sopan-sopan macam si Leila ni Abby, sejuk mata memandang.
Terjamin keselamatan.”
“Weh sejak
bila pula kau jadi ustazah ni Gina? Mak aku tak bising pun. Asal aku pakai
pakaian sudahlah. Kau tu pun apa kurangnya, pakai saja panjang tapi terbelah
sana sini, kainnya jarang pula tu.” Sedikit keras nada Rabiah membalas sindiran
Regina Ray itu.
“Aku ni
lainlah, manalah boleh samakan dengan situasi kau tu. Eh bukan agama kamu tak
kasi ke dedah-dedah tubuh ni? Kena tutup surat, eh urat eh apa ah yang kaum
perempuan kena jaga daripada lelaki? Apa tu Leila?” Soalnya pada Leila Suria
meminta bantuan.
“Auratlah
sayang hahaha…” Tawanya terburai. Kelakar bila seorang yang sangat asing dengan
agamanya menegur tentang aurat. Kalau dirinya yang ditegur mesti dia tak tahu
mana nak diletak mukanya itu. Malu.
“Ah
sibuklah kau, nanti aku dah kahwin aku tutuplah segala yang terdedah ni.
Sekarang kalau aku tutup nanti tak ada lelaki nak ngorat aku ni.”
“Eh si
Leila ni yang tak kahwin lagi dah tutup semua, sampai kepala pun tutup sekali
apa pasal pula kau nak tunggu bila dah kahwin? Leila yang tutup-tutup begini
ada je yang datang mengorat dia. Siap kirim-kirim bunga lagi apa.”
Semakin
hangat!
“Aaa… jangan
babitkan aku sekali ya. Abby aku tak sokong sesiapa ya.” Dia mengangkat kedua
tangannya bila melihat debat antara kedua temannya semakin hangat. Jangan
mereka bertekak betul sudahlah.
“Gina!”
“Ok Gina,
menutup aurat tu memang wajib bagi kami kaum wanita ni, tapi kena buat dengan
hati yang ikhlas bukan sebab terpaksa. Kalau buat kami dapat pahala, kalau tak
buat dapat dosa. Eh cukuplah Gina sampai setakat ini saja. Aku bukan arif
sangat untuk terangkan kepada kau ni. Karang kalau aku salah terang, salah
pemahaman kau, aku pula yang berdosa. Kalau Abby tak tutup aurat itu terpulang
pada dia. Sebab dosa tu dia yang tanggung.” Akhirnya dia menyampuk. Bimbang
pula pada Rabiah yang kemungkinan besar akan kehilangan sabarnya dek kerana ‘kemuraian’ Regina Ray hari ini.
“Kau faham
tu Leila kata tu, Gina? Dah jangan kau ungkit lagi perkara ni lepas ni kalau
kau tak mahu aku putus kawan dengan kau.” Rabiah menokok.
“Yalah-yalah
Abby, aku cuma cakap apa yang aku tahu dan faham tentang agama kau orang tu.”
Hai
beginilah mereka berdua ni. Kalau tak ada sunyi bila ada, mesti ada saja benda
yang nak digaduhkan.
“So?”
“So apanya
Gina?” Hairan bila tiba-tiba Regina Ray memberi fokus kepada dirinya pula
seolah ada perbualan antara mereka yang masih tergantung.
“So apa
gerangan lagi yang membuatkan wajah Cik Leila kita ni bermuram durja macam
menggalas masalah yang terlalu memberat saja laksananya?”
Hah tu
dia, terkelu lidah bila mendengar anak Cina menggunakan Bahasa Melayu yang
bagus. Formal bercampur bahasa istana. Kagum dia dengan kebolehan Regina Ray
menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Orang melayu pun belum tentu mampu
berbahasa sebaik dia, malah ada bangsanya sendiri yang malu untuk bertutur
menggunakan bahasa kebangsaanya itu. Tidak standat kononnya kata mereka.
“Errr…”
“Abby!
Kawan kita ni dilamun cinta. Mari sekolahkan dia tentang cinta.” Rabiah yang
sedang duduk di mejanya membalas mesej di telefon bimbitnya digamit.
“Jangan
mengarutlah Gina. Aku mana ada dilamun cinta pun.”
“Dah tu
apa? Lain macam saja muka kau pagi ni.”
“Errr
a…ku, aku nak kahwinlah Gina…”
“Kau… what?? Kahwin?
Er Abby aku tak salah dengarkan?” Regina Ray terkejut mendengar kata Leila
Suria itu sampai sangat sukar dia ingin mempercayainya.
“Aa… aku
baru nak tanya yang sama pada kau Gina. Err kau biar betul ni Leila. Angin
tidak, ribut pun tidak tiba-tiba cakap pasal nak kahwin. Ada yang datang
meminangkan kau ke cuti dua hari lepas?” Soal Rabiah.
Leila
Suria perlahan mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Dah tu
kenapa tiba-tiba pula ni?”
“Panjang
ceritanya aku nak cakapkan.” Dia menjawab lemah. Sungguh bila teringat kembali
rayuan Lily Serina itu perasaannya jadi serba salah. Ditelan mati emak, diluah
mati bapa. Dia tersepit! Buntu.
“Ceritalah.
Mana tau kami berdua boleh membantu ke. Paling tidak pun akan melegakan sikit
perasaan kau yang sedang serabut tu.”
“Macam
mana aku nak mulakan ya, aku sendiri pun masih tak percaya sebenarnya dengan
apa yang terjadi dalam hidup aku dua tiga hari ni.”
“Cuba…
jangan kau lupa kami ni ada sebagai sahabat kau untuk dengar masalah kau tu.
Tak akan sebab kau terima kiriman bunga tu sampai kau terfikir nak berumah
tangga?”
Dia
mengeleng-gelengkan kepala. Menafikan.
“Bukan
sebab itulah.”
“Dah tu?”
“Err…
macam mana nak cakap ya. Aku… aku…”
Interkom
berbunyi tiba-tiba, mereka bertiga berpandangan.
“Abby
masuk bilik I.” Terdengar suara majikan mereka, Rolland Fikry memberi arahan.
“Alahai boss ni
kacaulah, pagi-pagi lagi ni. Jangan cerita dulu. Tunggu aku tau.” Rabiah
berpesan sebelum bergegas.
Leila
Suria mengangguk, tangan kanannya diangkat untuk mengurut pelipisnya yang
terasa sakit berdenyut tiba-tiba itu.
4 comments:
Rasa dh tahu la sapa bg bunga tu..entah2 ayah si rio tu x???
salam Ryia Sakura... uikkk pandainya dia teka... kita tengok next entry ya, betul ke tak tekaan awak tu... ^_^
cer citer leila...akk pn nk gak tumpang dengar...hehe
Leila tengah gubra tu kak Chez... hehe
Post a Comment