iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, January 8, 2014

Novel : Kau Yang Tak Diundang [16]

Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang....

Awal dia sampai hari ini, seperti hari-hari yang lepas. Ketenangan dan kelapangan yang luar biasa dia rasakan hari ini selepas ribut-ribut yang melanda harinya yang lepas-lepas menghilang pergi.

“Ayah tak kisah siapa pun pilihan Suri.” Tenang kata Pak Salleh itu menusuk ke pendengarannya.

“Ibu pun sama macam ayah juga. Tapi kalau kamu ikut calon ibu si budak Diraz tu pun ibu suka juga.” Dalam setuju tetap juga terselit sedikit bantahan kecil daripada Mak Lydia itu.

“Errr Suri lebih selesa dengan pilihan Suri tu bu…” Beralas dia menolak.

“Tak kisahlah ibunya, yang penting sekarang ni anak kita bahagia sudahlah. Lega hati saya ni tau. Akhirnya apa yang saya harapkan selama ini jadi kenyataan juga. Syukur Alhamdulillah.”

“Tapi tulah bakal menantu kita tu hampir sama umur dengan kita ni ayahnya oi. Janggal saya rasa.”

“Nak buat macam mana ibunya. Dah jodoh anak kita dengan lelaki umur macam tu. Kita kena terimanya dengan redha.”

“Yalah-yalah ayahnya. Saya ikut sajalah mana yang awak rasa baik.”

“Terima kasih ibu, terima kasih ayah.” Lapang sangat perasaannya.

Ah sekarang ni semuanya adalah tak penting. Apa yang paling penting sekarang ni ialah dia perlu membantu adik untuk merealitikan impiannya. Kalau ini caranya dia rela. Biar dia jadi lilin yang membakar diri.

“Err selamat pagi cik.”

“Hah selamat pagi.” Eh bila masanya lelaki ini berada di depan mata aku ni? Tak dengar pun bunyi dia masuk. Itulah Leila sibuk sangat melayan lamunan. Agaknya kalau perompak masuk sini, sampai dia dah habis rompak pun belum tentunya kau sedar akan kehadiran dia.

“Ya?” Soalnya sepatah.

“Saya cari… Cik Leila Suria.”

“Ya saya tu.” Hai pagi-pagi lagi dah dicari orang aku ni. Berkerut-kerut dahinya.

“Ada bungkusan untuk cik. Awak sign di sini sebagai tanda terima ya.” Ujar pemuda itu sambil menghulurkan sehelai kertas putih untuk ditandatangani olehnya.

“Nah untuk cik.”

Satu kotak berwarna coklat bertukar tangan. Dia menyambutnya dengan wajah yang bingung. Siapa pula yang tersalah hantar barang dekat aku ni.

“Ke… kejap…” Belum sempat dia bertanya si pemuda penghantar barang itu sudah menghilangkan diri di sebalik pintu. Dia mengeluh hampa.

Kotak itu dibelek-belek depan dan belakang. Sayang langsung tak tertulis apa-apa tentang siapa pengirimnya. Haisyh jangan ada yang nak buat lawak kirimkan aku lipas sudah. Mahu mati sakit jantung aku nanti. Perlahan-lahan dia mengoyakkan pembalut kertas itu.

Telefon bimbit! Uikkk ada yang tersalah kirim ke apa ni? Leila Suria menelan air liur. Tak pernah menjangka akan menerima pemberian sebegini. Eh siap ada sim kad lagi…

Buat awak yang dicintai dan pemilik hati ini…

Bulat biji matanya membaca mesej yang keluar sebaik saja butang on ditekan. Dia mengenyeh-ngenyehkan matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya tidak silap.

“Biar betul!” Lantang suaranya terkeluar bergema memecahkan ruang sunyi pejabat yang belum berapa ada penghuninya itu.

“Opss!!” Laju dia menekup tangan ke mulutnya. Sedar akan keterlanjuran suaranya itu.

“Amboi orangnya seorang tapi bisingnya mengalahkan orang bersepuluh. Kau kenapa ni Leila?” Rabiah yang baru saja melangkah masuk sambil membimbit beg tangannya menegur hairan. Berkerut dahinya. Dari luar lagi dia sudah mendengar suara Leila Suria itu. Jarang temannya itu mengeluarkan bunyi bising melainkan ada benda luar biasa yang telah terjadi.

“Ha? Err…” Laju tangannya disembunyikan ke belakang badan.

“Apa yang kau sorokkan tu? Wah-wah dah pandai nak rahsia-rahsia dengan aku ni ya Leila?” Soal Rabiah kehairanan.

“Mana ada aku sorok apa-apa.” Wajahnya cuba dibuat ke rona normal sepertinya tiada apa-apa.

“Eleh… tak mengaku pula.” Rabiah menapak mendekati dirinya.

“Wah iPhone 5! Aku baru cari benda alah ni kau dah dapat dulu. Eiii untungnya jadi kekasih boss, nak apa mesti dapat je. Bak sini aku tengok.” Tanpa menunggu kebenaran daripada Leila Suria, Rabiah terus merampas iPhone berwarna silver itu. Dibelek-belek dengan wajah penuh curiga.

Ohhh soooo sweeetttt boss kita ni. Tak sangkanya!” Becok mulutnya memuji tatkala membaca mesej yang tertera pada skrin iPhone itu.

“Err Abby… mana kau tau Tuan Rolland yang bagi dekat aku ni?” Soalnya. Entah siapa-siapa yang bagi aku, boleh pula dikaitkan dengan lelaki itu. Buatnya tak betul nanti apa kata lelaki itu pula.

“Tuan Rolland, Tuan Rolland… berapa kali aku nak cakap, korang tu dah nak kahwin panggillah Abang Rolland ke… sedap sikit telinga aku ni mendengarnya.”

“Abby ni membebel pula dia. Aku tanya tu jawablah.” Dia memasamkan muka tak puas hati bila dileteri.

“Eh, eh marah pula dia. Dah terang-terang kau saja yang cinta hati Tuan Rolland Fiqry kita tu… tentulah dia orangnnya ha tengok ayat tu siap tulis lagi ‘Buat awak yang dicintai dan pemilik hati ini…’ tu kau dah boleh agaklah. Alahai kawan aku seorang ni.”

“Tapi kalau buatnya bukan dari dia macam mana?”

“Eh kau ada scandal lain ke selain dia?”

“Mana adalah…” Sedikit marah.

“Dah tu kalau tak ada yang pergi kusutkan kepala kenapa. Memang dari dialah tu…”

“Lerr…” Dia kehabisan kata. Rabiah siapa tak kenal. Cepat sangat dia membuat spekulasi. Mak Joyah!

******

Dia duduk termenung di meja pejabatnya. Hari ini dia langsung tak ada mood untuk melakukan apa-apa perkara. Tadi tengahari pun dia langsung tidak keluar ke mana-mana. Perutnya sebu tiada selera untuk membenarkan makanan masuk ke ruang ususnya.. Otaknya sendat dengan segala macam rencana. Perbualan malam tadi juga asyik terngiang-ngiang di telinganya. Menggoda dirinya untuk membuka tindakan.

Sesekali dia melirik ke arah gadis itu yang mejanya bertentangan dengan pintu bilik pejabatnya. Dia tersenyum sumbing bila melihat tangan gadis itu tak lepas-lepas membelek pemberiannya. Heh!

Tunggu kau, aku kenakan kau cukup-cukup lepas ni!

Telefon bimbit yang berada di dalam saku bajunya dikeluarkan. Laju jari jemarinya menekan skrin sentuh telefonnya itu menghantar mesej.

<suka tak apa yang I bagi?>

Butang send ditekan dan mesej dihantar.

Kepalanya diangkat untuk memandang reaksi gadis itu. Bertambah lebar senyumannya bila melihat kepala si gadis terpusing memandang ke arah pintu bilik. Ops bukan pintu biliknya tapi pintu bilik sebelah… Bagus memang itu rencananya.

Bergegar-gegar telefon bimbit yang berada di dalam genggamannya petanda ada mesej yang masuk. Nasib telefon bimbitnya berada di dalam mode senyap, kalau tidak mesti kantoi sudah perbuatannya.

<Suka sangat… lain kali jangan susah-susah bagi barang mahal macam ni pada I..>

Dia mencebik bibir membaca mesej dari gadis itu. Eleh tu nak tunjuk baiklah tu. Jangan susah-susah konon, pada hal dalam hati melonjak gembira.

Mesej dibiarkan tidak berbalas. Cukuplah buat masa ini. Dia tiada mood. Kehilangan mood serta merta. Memang bernas cadangan si mamat sekor tu malam tadi. Aku nak tengok macam mana terkejutnya minah tu bila tahu hal yang sebenarnya. Tulah siapa suruh nak main dengan api. Penghujungnya kau sendiri yang terbakar rentung tau. Dia ketawa kuat. Berdekah-dekah tapi hanya bergema di dalam sudut hatinya sahaja.

3 comments:

Unknown said...

Best..bla nk smbg lg..

me said...

nuril, bile nak sambung lagi..dok bace karya nuril 3 bulan..sambung cerita ni plak..xsabar nak bace lagi..

Anonymous said...

Pembroke | Merkur FOB | Fairing Markets
Pembroke is an online งานออนไลน์ bookmaker offering a range 메리트카지노 of sports and casino 메리트카지노총판 games to its customers.