Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang....
Awal dia
sampai hari ini, seperti hari-hari yang lepas. Ketenangan dan kelapangan yang
luar biasa dia rasakan hari ini selepas ribut-ribut yang melanda harinya yang
lepas-lepas menghilang pergi.
“Ayah tak
kisah siapa pun pilihan Suri.” Tenang kata Pak Salleh itu menusuk ke
pendengarannya.
“Ibu pun
sama macam ayah juga. Tapi kalau kamu ikut calon ibu si budak Diraz tu pun ibu
suka juga.” Dalam setuju tetap juga terselit sedikit bantahan kecil daripada
Mak Lydia itu.
“Errr Suri
lebih selesa dengan pilihan Suri tu bu…” Beralas dia menolak.
“Tak
kisahlah ibunya, yang penting sekarang ni anak kita bahagia sudahlah. Lega hati
saya ni tau. Akhirnya apa yang saya harapkan selama ini jadi kenyataan juga.
Syukur Alhamdulillah.”
“Tapi
tulah bakal menantu kita tu hampir sama umur dengan kita ni ayahnya oi. Janggal
saya rasa.”
“Nak buat
macam mana ibunya. Dah jodoh anak kita dengan lelaki umur macam tu. Kita kena
terimanya dengan redha.”
“Yalah-yalah
ayahnya. Saya ikut sajalah mana yang awak rasa baik.”
“Terima
kasih ibu, terima kasih ayah.” Lapang sangat perasaannya.
Ah
sekarang ni semuanya adalah tak penting. Apa yang paling penting sekarang ni
ialah dia perlu membantu adik untuk merealitikan impiannya. Kalau ini caranya
dia rela. Biar dia jadi lilin yang membakar diri.
“Err
selamat pagi cik.”
“Hah
selamat pagi.” Eh bila masanya lelaki ini berada di depan mata aku ni? Tak
dengar pun bunyi dia masuk. Itulah Leila sibuk sangat melayan lamunan. Agaknya
kalau perompak masuk sini, sampai dia dah habis rompak pun belum tentunya kau
sedar akan kehadiran dia.
“Ya?”
Soalnya sepatah.
“Saya
cari… Cik Leila Suria.”
“Ya saya
tu.” Hai pagi-pagi lagi dah dicari orang aku ni. Berkerut-kerut dahinya.
“Ada
bungkusan untuk cik. Awak sign di sini
sebagai tanda terima ya.” Ujar pemuda itu sambil menghulurkan sehelai kertas
putih untuk ditandatangani olehnya.
“Nah untuk
cik.”
Satu kotak
berwarna coklat bertukar tangan. Dia menyambutnya dengan wajah yang bingung.
Siapa pula yang tersalah hantar barang dekat aku ni.
“Ke…
kejap…” Belum sempat dia bertanya si pemuda penghantar barang itu sudah
menghilangkan diri di sebalik pintu. Dia mengeluh hampa.
Kotak itu
dibelek-belek depan dan belakang. Sayang langsung tak tertulis apa-apa tentang
siapa pengirimnya. Haisyh jangan ada yang nak buat lawak kirimkan aku lipas
sudah. Mahu mati sakit jantung aku nanti. Perlahan-lahan dia mengoyakkan
pembalut kertas itu.
Telefon
bimbit! Uikkk ada yang tersalah kirim ke apa ni? Leila Suria menelan air liur.
Tak pernah menjangka akan menerima pemberian sebegini. Eh siap ada sim kad
lagi…
Buat awak
yang dicintai dan pemilik hati ini…
Bulat biji
matanya membaca mesej yang keluar sebaik saja butang on ditekan.
Dia mengenyeh-ngenyehkan matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya tidak
silap.
“Biar
betul!” Lantang suaranya terkeluar bergema memecahkan ruang sunyi pejabat yang
belum berapa ada penghuninya itu.
“Opss!!”
Laju dia menekup tangan ke mulutnya. Sedar akan keterlanjuran suaranya itu.
“Amboi
orangnya seorang tapi bisingnya mengalahkan orang bersepuluh. Kau kenapa ni
Leila?” Rabiah yang baru saja melangkah masuk sambil membimbit beg tangannya
menegur hairan. Berkerut dahinya. Dari luar lagi dia sudah mendengar suara
Leila Suria itu. Jarang temannya itu mengeluarkan bunyi bising melainkan ada
benda luar biasa yang telah terjadi.
“Ha? Err…”
Laju tangannya disembunyikan ke belakang badan.
“Apa yang
kau sorokkan tu? Wah-wah dah pandai nak rahsia-rahsia dengan aku ni ya Leila?”
Soal Rabiah kehairanan.
“Mana ada
aku sorok apa-apa.” Wajahnya cuba dibuat ke rona normal sepertinya tiada
apa-apa.
“Eleh… tak
mengaku pula.” Rabiah menapak mendekati dirinya.
“Wah
iPhone 5! Aku baru cari benda alah ni kau dah dapat dulu. Eiii untungnya jadi
kekasih boss, nak apa mesti dapat je. Bak sini
aku tengok.” Tanpa menunggu kebenaran daripada Leila Suria, Rabiah terus
merampas iPhone berwarna silver itu.
Dibelek-belek dengan wajah penuh curiga.
“Ohhh soooo
sweeetttt boss kita ni. Tak sangkanya!” Becok mulutnya memuji
tatkala membaca mesej yang tertera pada skrin iPhone itu.
“Err Abby…
mana kau tau Tuan Rolland yang bagi dekat aku ni?” Soalnya. Entah siapa-siapa
yang bagi aku, boleh pula dikaitkan dengan lelaki itu. Buatnya tak betul nanti
apa kata lelaki itu pula.
“Tuan
Rolland, Tuan Rolland… berapa kali aku nak cakap, korang tu dah nak kahwin
panggillah Abang Rolland ke… sedap sikit telinga aku ni mendengarnya.”
“Abby ni
membebel pula dia. Aku tanya tu jawablah.” Dia memasamkan muka tak puas hati
bila dileteri.
“Eh, eh
marah pula dia. Dah terang-terang kau saja yang cinta hati Tuan Rolland Fiqry
kita tu… tentulah dia orangnnya ha tengok ayat tu siap tulis lagi ‘Buat awak
yang dicintai dan pemilik hati ini…’ tu kau dah boleh agaklah. Alahai
kawan aku seorang ni.”
“Tapi
kalau buatnya bukan dari dia macam mana?”
“Eh kau
ada scandal lain ke selain dia?”
“Mana
adalah…” Sedikit marah.
“Dah tu
kalau tak ada yang pergi kusutkan kepala kenapa. Memang dari dialah tu…”
“Lerr…”
Dia kehabisan kata. Rabiah siapa tak kenal. Cepat sangat dia membuat spekulasi.
Mak Joyah!
******
Dia duduk
termenung di meja pejabatnya. Hari ini dia langsung tak ada mood untuk
melakukan apa-apa perkara. Tadi tengahari pun dia langsung tidak keluar ke
mana-mana. Perutnya sebu tiada selera untuk membenarkan makanan masuk ke ruang
ususnya.. Otaknya sendat dengan segala macam rencana. Perbualan malam tadi juga
asyik terngiang-ngiang di telinganya. Menggoda dirinya untuk membuka tindakan.
Sesekali
dia melirik ke arah gadis itu yang mejanya bertentangan dengan pintu bilik
pejabatnya. Dia tersenyum sumbing bila melihat tangan gadis itu tak lepas-lepas
membelek pemberiannya. Heh!
Tunggu
kau, aku kenakan kau cukup-cukup lepas ni!
Telefon
bimbit yang berada di dalam saku bajunya dikeluarkan. Laju jari jemarinya
menekan skrin sentuh telefonnya itu menghantar mesej.
<suka tak
apa yang I bagi?>
Butang send ditekan
dan mesej dihantar.
Kepalanya
diangkat untuk memandang reaksi gadis itu. Bertambah lebar senyumannya bila
melihat kepala si gadis terpusing memandang ke arah pintu bilik. Ops bukan
pintu biliknya tapi pintu bilik sebelah… Bagus memang itu rencananya.
Bergegar-gegar
telefon bimbit yang berada di dalam genggamannya petanda ada mesej yang masuk.
Nasib telefon bimbitnya berada di dalam mode senyap, kalau tidak mesti kantoi
sudah perbuatannya.
<Suka
sangat… lain kali jangan susah-susah bagi barang mahal macam ni pada I..>
Dia
mencebik bibir membaca mesej dari gadis itu. Eleh tu nak tunjuk baiklah tu.
Jangan susah-susah konon, pada hal dalam hati melonjak gembira.
Mesej
dibiarkan tidak berbalas. Cukuplah buat masa ini. Dia tiada mood.
Kehilangan mood serta merta. Memang bernas cadangan
si mamat sekor tu malam tadi. Aku nak tengok macam mana terkejutnya minah tu
bila tahu hal yang sebenarnya. Tulah siapa suruh nak main dengan api.
Penghujungnya kau sendiri yang terbakar rentung tau. Dia ketawa kuat.
Berdekah-dekah tapi hanya bergema di dalam sudut hatinya sahaja.
3 comments:
Best..bla nk smbg lg..
nuril, bile nak sambung lagi..dok bace karya nuril 3 bulan..sambung cerita ni plak..xsabar nak bace lagi..
Pembroke | Merkur FOB | Fairing Markets
Pembroke is an online งานออนไลน์ bookmaker offering a range 메리트카지노 of sports and casino 메리트카지노총판 games to its customers.
Post a Comment