iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, December 31, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[16]


"Balik nanti jangan keluar lambat-lambat tau, aku tunggu kau dekat tempat biasa.." sempat dia memesan pada Balqish tatkala isterinya itu melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini mereka berkongsi kereta sekali lagi sebab petang nanti mereka berjanji akan keluar bersama.

"Yea boss..!" dia menjawab ringkas siap buat tabik hormat lagi, berapa kali nak ulang da.. penat tau dari tadi asyik dengar perkara yang sama saja..

Langkah kaki diatur sedikit laju menuju ke arah Suraya, bila dia melihat kelibat temannya itu baru hendak melangkah ke pintu masuk menuju ke arah lif.. ingin bersaing sekalilah tu..

"Qish.. jangan nak lari-lari macam budak-budak, jatuh nanti karang kan susah.." terdengar Daniel memberi pesanan, eh.. tak jalan lagi ke dia ni.. terus mati langkahnya.

Dia menoleh, terus menayangkan gigi, tersengih... hanya itu yang mampu dilakukan sedar akan kesilapan dirinya.. sorry anak mama, mama tak sengaja.. dia berbisik perlahan..

Daniel menggelengkan-gelengkan kepalanya, hai selalu macam tu, dah besar-besar pun perangai macam budak-budak, manalah aku ni tak bising, ye lah dah tau diri tu mengandung cubalah jadi orang yang berhati-hati sedikit.. selalu nak kena ada orang yang ingatkan dia.. cuai.. apa-apa jadi nanti kan payah..

"Kenapa dengan si Daniel tu Qish? masam, berkerut saja rupanya aku tengok.. kau buat dia marah ke?"soal Suraya sebaik saja mereka berpapasan.

"Entah.. biasalah mamat tu Su, ada sajalah yang dia tak berkenan dengan aku ni.." dia menjawab acuh tak acuh.. malas menceritakan sebab musababnya, yalah nanti tak pasal-pasal Suraya tumpang sekaki meleterinya, macamlah dia tak tahu sangat perangai temannya itu.

"Mesti kau ada buat sesuatu yang dia tak suka kan?" Suraya menekan lagi.. tak puas hati selagi temannya tak berterus terang..

"Yelah.. aku akui memang salah aku, aku terlupa diri sekejap tadi, aku berlari sikit depan dia tadi, bukannya lari betul-betul, lari anak saja, tu pun dia nak marah, takut aku jatuhlah katanya.. hisy risau tak bertempat tau dia tu sampai kadang-kadang melemaskan aku ni.."

"Eh.. eh betul apa yang dia buat tu, dia risau kan kau, nampak sangat dia ambil berat tentang diri kau.."

"Tengok kau pun sebelahkan dia, hisy sejak bila kau jadi penyokong dia ni?" dia memasamkan wajah tidak gemar temannya itu menyebelahi Daniel, saya tak suka tau orang sokong awak tu, pada saya, awak tu macam Hitler, huh segalanya serba tak kena, awak sajalah yang betul, itu tak kena.. ini tak sesuai.. sakit hati tau.. dia bermonolog sendirian..

"Aku bukannya nak sokong siapa-siapalah Qish, benda betul takkan aku nak bangkangkan.. ish kau ni kan semenjak mengandung sensitif sangat, dah jangan nak tarik muka pula, esok baby tu keluar muka berkerut saja kan haru.. hah senyum sikit..."

Huh tak jadi nak tarik muka, terus sebuah senyuman berbunga di wajahnya, hai takut juga kalau betul yang Suraya kata tu berlaku.. yalah siapa suka kalau babynya asyik berkerut wajah saja bila lahir nanti.

"Hah kan lawa begitu, kau tahu tak Qish, terus terang aku cakap, yang muka kau langsung tak cun kalau kau masam muka.. hehehe" sengaja mengusik.

"Yalah tu ada-ada saja kau ni kan?, kau memang selalu begitu kalau tak mengusik aku memang tak sah, aku tahu kau saja cakap macam tu sebab nak suruh aku senyum.. malaslah nak layan kau ni.."

"Hehe tau tak apa Qish.."

"Selamat pagi mama", ucap Rizal dispacth yang entah dari mana munculnya membuatkan dia sedikit tersentak, hisy selalu begitu tau, suka sangat main-main muncul depan aku ni, dia merengus geram sambil mengurut dadanya sedikit terkejut..

"Selamat pagi Jal.. banyaklah mama kau.." dia membalas sambil menghadiahkan jelingan tajam, huh tak kuasa I nak melayannya.

"Alah itu pun nak marah.." Rizal mencebik melihat reaksi Balqish itu.

"Dahlah kau orang berdua ni oit.. tahu tak yang you all ni macam anjing dengan kucing, pantang berjumpa mesti ada saja yang nak di gaduhkan, hai cubalah satu hari tu berdamai sikit..." Suraya yang sedari tadi memerhati tingkah mereka mula bersuara bila melihat bunga-bunga pergaduhan yang mula terbit di antara mereka berdua, dia sudah masak sangat dengan perangai Rizal yang suka mengusik, dan perangai Balqish yang pantang di usik itu.. memang begitulah selalunya, dialah selalunya yang menjadi orang tengah.. nasib baik dua-dua dah jadi milik orang kalau tidak mahu saja aku kahwinkan saja mereka berdua ni, biar padan muka masing-masing.

"Mana aku tak geram tau Su, datang tanpa meninggalkan bunyi pastu tup-tup say morning dekat kita, nasib baik baby ni belum nak keluar lagi tau, kalau tak mesti aku dah terberanak aku dekat sini.." dia membebel geram sambil memandang ke arah wajah Rizal yang sedikit pun tak beriak rasa bersalah..

"Alahh... itu pun nak marah, biasa tak marah pun, kau ni sensitiflah Qish.. Oklah aku minta maaf, lain kali buat lagi... eh silap lain kali tak buat lagi.. hehehe"

"Tengok tu, macam tak ikhlas saja minta maaf.."

"Eh aku ihlas ni... minta maaf ok wahai tuan puteri Puan Qistina Balqish Binti err... apa ya nama ayah kau? aku lupa.."

"Dah dah kau orang berdua ni.. ish.."

"Yelah aku nak pergi beli breakfast ni.. kau orang berdua nak kirim apa-apa tak?" dia menyoal memandang wajah Suraya dan Balqish bergilir-gilir..

"No thanks, aku dah kenyang breakfast dengan tunang aku tadi.."

"Ha.. kau Qish??"

"Err.. aku.. err aku teringin nak makan roti telurlah, kau belikan untuk aku ek dua keping.." isy kecur pula air liur ni tiba-tiba, sedangkan tadi dia memang sudah bersarapan roti bakar dirumah bersama Daniel, memang begitulah selalunya, seleranya sentiasa ada terbuka semenjak dua menjak ni.. Hai mesti baby aku ni lahir montel sebab aku ni asyik nak makan saja.

"Ok, untuk kau sepuluh keping pun boleh, asalkan guna duit kau... haha.."

"Tengok tu... kedekut..."

Hanya tawa yang kedengaran dari mulut Rizal sebagai membalas reaksinya, begitulah selalunya, tak dia yang mengusik, Rizal pula yang mengusiknya kembali, tapi itulah yang menceriakan hari-harinya, dan selalunya suasana akan menjadi gamat andai mereka bertiga bertemu, Suraya dengan perangai sedikit keibuan yang sentiasa cuba mendamaikan mereka, dia dengan perangai sedikit keanak-anakannya dan Rizal biasalah dengan perangai kaki usiknya itu.


*****

"Encik Daniel... " hisy dia buat lagi dengan perangai termenung melayan perasaannya, penat tau aku dok seru-seru nama dia ni, Zairyn mengeluh... hai kenapalah Tan Sri ada anak macam dia ni, kalau hari-hari macam ni susahlah.. jaga tapi macam tidur, sedar tapi macam tak sedar.. haisy aku simbah juga dia ni dengan air kopi ni karang..

"Ehem.. Encik Daniel.." dia berdehem menekan sedikit suaranya..

"Aa.. apa.. eh yang awak tercegat dekat pintu tu kenapa, masuklah.."

"Macam mana saya tak tercegat, saya dah ketuk pintu ni berkali-kali siap seru-seru tapi encik buat tak tahu saja, hai ikutkan hati saya tadi, kalau encik tak jawab juga panggilan saya ni, memang saya mandikan encik dengan air kopi ni.."

"Uikk janganlah sampai macam tu Zairyn, saya minta maaf ok, saya tak sengaja asyik sangat berfikir tadi.."

"Yalah tu berfikir, encik tu bukan betul jangan-jangan teringatkan girlfriend tak? macam saya tak tau yang girlfriend encik keliling pinggang.." dengan lelaki itu dia memang tidak pernah menapis katanya, sebab dia tahu lelaki itu jenis yang sporting.

A'ah.. bukan girlfriend yang aku teringatkan, tapi aku teringatkan isteri aku tu.. alahai kenapalah kau asyik mengganggu ketenangan hari-hariku ini Qish.. bisik hatinya.

"Tengok tu termenung lagi... haisy tak faham saya dengan encik ni, kalau dah betul angau baik kahwin saja, tak perlulah nak termenung sana termenung sini.. tak faham tak faham.." dia menggelengkan kepala tidak mengerti..

Nak kahwin apanya, memang aku ni dah kahwin.. alahai hanya termampu meluahkan kata dalam hatinya saja..

"Err ada apa-apa pesanan buat saya ke Zairyn?" soalnya segera menukar topik tak mahu terus melayan omelan wanita itu.

"Ha.. lupa pula saya, tadi Puan Sri call dia pesan, kejap lagi dia nak datang sini nak lunch sama-sama dengan encik dan Tan Sri.."

"Hah mummy nak datang? awak cakap apa tadi dengan dia.." alahai mummy datang tu mesti ada sajalah agendanya nanti, balik-balik suruh aku kahwin dengan si Suhail tu.. haiyss tak sanggup aku...

"Saya cakaplah encik ada, dan akan tempahkan meja untuk lunch nanti seperti selalunya.." dia menjawab lurus..

"La kenapa awak cakap macam tu, hisy saya tak sangguplah kena leter dengan mummy tu..."

"Manalah saya tau, saya hanya jalankan tugas.." dia mengangkat bahu.. lain kali cakap awal-awal kan senang..

"Tak apalah.. pergilah sambung buat kerja awak balik.."

Adeyy pening kepala aku, apa aku nak buat alasan nanti ek supaya tak perlu nak lunch bersama, aku bukannya apa aku tak larat nak melayan kata mummy tu.. hisy fikir... fikir.. sambil meletakkan tangannya kedagu..

Aha... alah aku cakap sajalah aku ada janji nak lunch dengan client.. habis cerita tak payah susah-susah hati... terus telefon bimbitnya di capai mendail nombor telefon bimbit mummynya..

********

"Aku tak sukalah warna dia ni Qish.." sungguh dia memang tak suka dengan pilihan wanita itu.

"Lah kenapa pula, kan comel apa baby kita pakai baju warna pink.. ni warna kesukaan saya tau.."

"Aku tak sukalah warna pink, aku lebih suka baby kita pakai baju warna biru.. lawa juga apa.."

Rasanya sudah hampir satu jam mereka menghabiskan masa ni butik baby itu tapi satu pun belum dapat mereka pilih, yalah bila seorang ni dah berkenan yang sorang pula tak bersetuju, rasanya sudah naik pening kepala pekerja butik itu melayan perangai mereka berdua.

"Lecehlah awak ni.. itu tak berkenan, ini tak suka.. " Balqish menyungut.. bosan.. kehendaknya tak dipersetujui.

"Kau lagilah leceh, inilah kurang.. itulah tak sesuai.." hisy.. cerewet sungguh..

"Apa kata abang, dengan kakak pilih saja dua-dua warna, yelah mana tau nanti kalau dapat baby lelaki bolehlah pakaikan dengan warna biru, kalau dapat baby perempuan sesuailah pula dengan warna pink.." cadang pekerja di situ yang sedari tadi dia memerhati, mungkin sudah mula bosan melayan kerenah mereka..

Eh ya tak ya jugakan.. kenapa tak terfikir dari tadi kan.. hisy buat penat saja bertekak..

Setelah memilih beberapa pasang pakaian kanak-kanak yang mereka berkenan barulah mereka beredar, tersenyum pekerja-pekerja di situ melihat tingkah gelagat mereka berdua, mungkin itu pemandangan yang biasa bagi mereka untuk mereka-mereka yang bakal menimang cahaya mata.

"Hai sayang.... " tiba-tiba ada suara halus lemak merdu ala-ala gedik menegur langkah mereka, tersentak sehingga menghentikan langkah mereka..

Hisy macam mana pula aku boleh terserempak dengan minah ni pula, Daniel mendesis geram.. ni karang mesti dia buat drama ala-ala gedik santai karang..

"Hai.. you buat apa dekat sini..?" dia membalas, menyoal sekadar mengambil hati..

Balqish memandang wajah wanita itu, macam pernah kulihat dia ni.. tapi di mana ya? ahh.. ni perempuan yang aku pernah bertekak di kedai buku hari tu kan? yang perangainya mengada-ngada tu.. aha.. siaplah kau hari ni aku akan balas balik... biar kau bertambah bengang.. bisik hati kecilnya nakal..

"I pun macam you lah.. jalan-jalan, shopping-shopping.." jawabnya manja dan tanpa segan silu memaut lengan sasa milik Daniel tanpa sedikit menghiraukan kehadiran Balqish di sisinya..

"Sayang.. kenapa you dah lama tak contact I? kenapa you dah lama ajak I keluar macam selalu tu??" soalnya sambil mula melentokkan kepalanya manja ke bahu milik lelaki itu.

Amboi... ni dah lebih perempuan ni.. dah naik juling siap nak terkeluar biji mata aku ni tengok perangai tak berkhemah perempuan ni, hai si Daniel ni tak ada mata ke? perempuan macam ni pun nak dilayannya.. kalau aku jadi dia dah lama aku tepis biar jatuh terus tersungkur dekat sini.

"Err.. sorry Syeryle I busy sikit akhir-akhir ni.." dengan tangannya cuba menolak kepala gadis itu dari terus melentok bersandar di bahunya, tak selesa di perlakukan begitu dan rimas dengan pandangan mereka yang lalu lalang.. mesti mereka fikir drama apakah yang cuba dilakonkan oleh mereka bertiga.. isy bikin kacau saja.

"Abang... siapa dia ni??" soal Balqish setelah sekian lama dia menjadi pemerhati, sengaja ditekannya perkataan abang tadi agar perempuan itu sedar akan kehadirannya.. sengaja dia mendekatkan tubuhnya merangkul pinggang Daniel... biar minah tu sedar diri sikit.. hihi

Uikk Qish panggil aku abang? eh.. eh tak pernah-pernah sebelum ni, dia cemburu ke? dia kehairanan..

"Sayang siapa dia ni?" soal Syeryle pula sebelum sempat Daniel menjawab soalan Balqish tadi..

"Hai saya Balqish.. isteri Daniel.." ujarnya sambil menghulurkan tangan kononnya untuk berjabat salam. Tapi salam yang dihulurkan sedikit pun tidak bersambut malah gadis hanya mencebik memandangnya.. ala ingat aku ingin sangat ke salam tangan kau tu? dasar tak tahu adab.. tahu tak kalau kita berjabat salam akan menggugurkan dosa-dosa kecil kita..

"Daniel apa semuanya ni?" Syeryle memandang wajah lelaki itu inginkan penjelasan..

"Kenapa pula Syeryle? betullah she is my wife.. dan kami bakal menimang cahayamata yang pertama kan sayang??" ucapnya seraya membalas rangkulan tangan Balqish itu, sengaja..

"Sampai hati you buat I macam ni kan?" lirih pula nadanya yang kedengaran.

Hisy tulah dia perempuan, ingat kita rapat dengan dia bermaksud kita cintakan dia, suka sangat meletakkan anganan tu terlalu tinggi..

"Dahla Syeryle I memang tak ada perasaan dengan you, perasaan I hanya pada wife I saja.. I harap lepas ni you tak payah cari I lagi.. you cantik lawa, mesti you akan dapat yang lebih kacak dari ni.."

"Tapi... you tak boleh buat I macam ni, perempuan ni tak layak untuk you, dahlah tak cantik.. I lagi cantik dari dia.."

"Eh siapa you untuk menilai kecantikan isteri I ni..."

"Dahlah abang... jomlah kita pergi.. tak payah layan perempuan ni.." ujar Balqish bila mendengar suara Daniel yang sudah sedikit meninggi, ditariknya tangan lelaki itu pergi jauh dari Syeryle, meninggalkan gadis itu terkulat-kulat sendirian di situ..

"Daniel..!" terdengar jeritan panggilan Syeryle tapi dia langsung tak mempedulikannya.

"Qish sampai bila nak pegang tangan aku ni?" soalnya setelah agak lama dan agak jauh mereka berjalan..

Tersentak Balqish.. serta merta dia melepaskan tautan jemari mereka..

"Ops sorry awak..."

"Qish aku sukalah kau panggil aku abang tadi... sedap saja kedengaran dekat telinga aku ni.."

Memerah wajahnya mendengar kata-kata yang terlahir dari bibir Daniel itu..

"Hah jangan nak perasan ok.. saya panggil begitu sebab nak bagi perempuan tu sedar diri.."

"Qish kau cemburu ya tadi?" soalnya dengan senyuman nakal, sengaja mengusik.

"Mana ada.." dia menjawab, rasanya wajah dah bertambah merah lagi.. tak tahu nak sorok mana mendengar soalan lelaki itu..

"Ala.. kalau kau cemburu katakan saja.. malu-malu pulak.."

"Mengadalah awak ni.. perasan sangat, tak ada masa saya nak cemburu dengan awak, dahlah malas layan awak, saya nak pergi makan, kesian baby dah lapar.." ujarnya terus melajukan langkah meninggalkan lelaki itu.. hai dalam hati rasa nak pecah membendung rasa.. hisy cemburukah aku ni?? entahlah aku sendiri pun tak faham dengan rasa aku ni.

"Qish oittt.. tunggu aku.."

Hai macam-macam sungguh perangai mereka berdua ni, tak macam orang yang dah dewasa kelihatannya...

Monday, December 28, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[15]


Huh dah pukul berapa ni? Daniel tertanya-tanya dalam dirinya sendiri.. jam loceng diatas meja kecil yang berada di sisi katilnya di capai.. diteliti waktunya baru menginjak 1.45 pagi, tersentak dari lena dek kerana mimpi yang entah apa-apa, langsung tak tercapai dek akal fikirannya kali ini, ada ke patut dia bermimpi mummy mengejarnya dengan senapang, sebab rahsia dia berkahwin dengan si Balqish terbongkar, hai tak sangka kuat juga mummy kejar aku, macam pelari pecut... dia menggeleng-gelengkan kepalanya bila teringatkan mimpi itu.. kalaulah kenyataannya macam tu, memang mati muda aku ni tak sempat nak jadi papa, kesian anak aku nanti tak ada ayah.. isy apa aku mengarut ni.. tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu, berpeluh-peluh tubuhnya kerana mimpi itu. Tekak terasa haus tiba-tiba membuatkan dia bingkas bangun untuk menuju ke dapur.. sayup-sayup di pendengarannya terdengar bunyi rancangan tv... isk tak tidur lagi ke dia ni, tengok tv sampai ke pagi, dia kehairanan.. langkah kakinya di teruskan sehinggalah melewati ruang tamu... laaa patutlah bukannya dia yang tengok tv tu pun tapi tv yang tengok dia balik, Qish ni membazir elektrik sajalah tau. Suis tv dimatikan, dijelingnya sekilas pada tubuh Balqish yang sedang terlena di sofa, siap menggerekot lagi tubuhnya... sejuklah tu.

Usai membasahkan tekaknya yang sedikit kering, dia kembali menuju ke biliknya.. pandang lagi pada batang tubuh Balqish itu, hai rasa tak sampai hati pula nak biarkan dia ni tidur dalam kesejukan macam ni, nak kejutkan nampak macam lena sangat gayanya, lama dia terdiam berfikir apa tindakan yang perlu dilakukan olehnya.

Tubuh kecil itu akhirnya dicempungnya menuju kebilik.. isk ringan juga dia ni, diletakkan perlahan-lahan ke atas katilnya tidak mahu mengejutkan lenanya. Selimut di tarik menutupi tubuh Balqish hingga ke paras dada.. selamat malam Qish, dahi itu dikucupnya perlahan, entah kenapa dia tertarik melakukan begitu.. huh kalau dia tak sedar bolehlah aku buat macam ni, kalau dia sedar mahu menjerit habis satu rumah dengar.. dia teringat perangai Balqish yang pantang di usik itu..

Badannya berpaling untuk kembali ke biliknya, ah aku pun nak sambung tidur balik dah rasa mengantuk mata ni.. dia menutup mulutnya dengan tangannya ketika menguap, baru beberapa langkah dia tersentak bila terasa tangannya di tarik oleh seseorang, pantas dia menoleh untuk melihat apa yang terjadi.. tersentak melihat Balqish begitu seronok memeluk lengannya umpama memeluk bantal pula gayanya.. amboi dia ni, di cubanya untuk menarik tangannya itu.. isk makin di tarik makin erat pula di peluknya.. apa aku nak buat ni???

Aha... dia mendapat satu akal, jangan salahkan aku ya Qish kalau kau sedar nanti, kau yang mulakan dulu tau, aku terpaksa kiranya di haruskanlah ya?? hehehe.. hatinya berbisik nakal..

Entah mimpi apalah dia ni, kejap mukanya berkerut, kejap mukanya tersenyum, hisy dah besar-besar pun mimpi macam budak-budak lagi dia ni.. dahlah dia buat tangan aku ni macam milik persendirian dia saja gayanya Daniel mengomel dalam hati, matanya tidak berhenti-henti memandang wajah Balqish memerhati dengan penuh minat, rasanya ni pertama kali dia dapat meneliti wajah itu dengan lebih dekat tanpa sebarang gangguan, tak sangka comel juga kau ni kan Qish.. wajahnya bersih tanpa di cemari dengan jerawat, mungkin sebab kurang memakai make up jadi kulitnya pun tak rosak kot, lama di perhati wajah itu.. tenang pula hatinya.. cuma sedikit parut luka sepanjang lebih kurang dua sentimeter itu yang sedikit mencacatkan wajah itu.. tapi taklah ketara sangat, rasanya itu parut akibat jatuh hari itu.

Balqish di lihatnya menggerakkan sedikit tubuhnya, kali ini tangannya pula beralih merangkul tubuhnya membuatkan dirinya sedikit terkaku, terpana dengan haruman rambut Balqish yang sedikit mengenai hidungnya, hisy makin melebih pula dia ni sehingga mendebarkan jantung aku ni.. sabarlah hati, sabarlah jiwa kuatkan iman tu.. cuba kalau sedar mesti sebatu dia jauh dari aku, alah alang-alang dah macam ni terima sajalahkan jangan ditolak, dia tersenyum kecil dalam samar cahaya lampu tidur.. tangannya dipanjangkan merangkul tubuh kecil itu, mula menyelesakan diri dengan situasi yang tak pernah di duga ini dan mata yang mula memberat membuatkan dia memejamkan mata, terlena hingga ke pagi, buat pertama kalinya setelah sekian lama mereka berkongsi kamar hai boleh di catatkan dalam diari ni, hari ini dalam sejarah hidup Balqish dan Daniel..

*********

"Assalamualaikum mama... Suhail rasa Suhail tak balik hari ni, tiba-tiba pula kawan Suhail beritahu yang kami nak buat qiammulail hari ni.." Dia memberitahu mamanya sambil matanya memandang ke arah lelaki yang baru dikenalinya.. bersandar pada sofa yang terdapat pada suit mewat vip itu.. lelaki itu menghadiahkan flying kiss kepadanya dan dia menyambutnya dengan senyuman penuh menggoda.

"Jaga diri Suhail baik-baik.. mama dan papa bangga dapat anak seperti Suhail, muda-muda lagi dah sibuk mempersiapkan diri mencari bekalan untuk menemuiNYA.. sejuk perut mama ni tau mengandungkan sayang.." terdengar suara Datin Adlynn di talian menitipkan pesanan..

Hai rasa macam kena geletek urat perut aku ni dengar pesanan mama, mama-mama... kesian sungguh.. mati-mati kena tipu dengan aku ni kan..

"Yalah mama... terima kasih, Suhail akan ingat pesanan mama tu.. oklah mama kita jumpa dekat rumah nanti.. Suhail kena pergi dulu.. sebab program akan bermula sebentar lagi.. Assalamualaikum mama.. good night and i love you" ucapnya terus mematikan talian tanpa menantikan jawapan daripada mamanya, tergesa-gesa tak mampu lagi untuk mengawal diri yang semakin terbuai dengan belaian demi belaian dari jemari kasar lelaki kacukan melayu yang baru di kenalinya di club sebentar tadi.

Gelas berisi air yang bewarna keperang-perangan yang dihulurkan oleh lelaki itu di sambutnya.. dan isinya terus di teguk rakus.. dia ketawa kecil seronok dengan bisikan demi bisikan janji manis yang dititipkan oleh lelaki itu ketelinganya.

Hilang pergi pesanan mamanya yang baru dititipkan ketelinganya sebentar tadi, dia tidak peduli, dia dah cukup dewasa untuk di konkong, dan dia masih muda lagi untuk menghadkan waktu dan pergaulannya.. waktu muda nilah untuk aku rasa segalanya.

Mereka berpelukan.. masing-masing sudah khayal.. dalam otak cuma memikirkan keseronokan tanpa batasan yang bakal di tempuhi sebentar nanti dan dalam waktu yang sama bertepuk sang iblis bersorakan melihat satu demi satu anak adam tersungkur di kaki nafsu...


*********

Dah pukul berapa ni.. dia tertanya pada dirinya, rasanya dah lama aku tidur tapi kenapa alarm hanphone ni tak bunyi-bunyi lagi?? dia terpisat-pisat sambil tangannya menggosok-gosok matanya. Tangannya menggagau-gagau mencari mana pergi letaknya handphonenya, hisy mana pula aku letak ni, rasanya malam tadi aku letak dekat tepi bantal ni, dia menggomel dan dengan tangannya yang masih lagi tak berhenti-henti mencari.. eh apa ni keras suam dan... oh mak hang.. dia terjerit kecil..

"Apa awak buat dekat dalam bilik saya ni" dia menyoal geram bila berjaya memastikan apa yang sebenarnya berada di sisinya tadi..

"Apanya.." Daniel bertanya, masih terpisat-pisat mamai, terkejut dek kerana jeritan Balqish yang sedikit lantang sebentar tadi.

"Apanya awak kata?? sejak bila awak pandai menyelinap masuk dalam bilik saya ni, huih nak ambil kesempatanlah tu.." Balqish membebel geram, ditariknya selimut menyelimuti tubuhnya sampai ke paras leher, tak mahu lelaki itu melihat bentuk tubuhnya.

Daniel menggaru-garu dagunya termanggu-manggu, bangun dalam keadaaan terkejut membuatkan memori dirinya masih tak tersusun, apa yang terjadi malam tadi ya? kenapa aku ada dengan dia ni ek?..

"Eh.. eh salahkan orang pulak, siapa yang mulakan dulu kalau bukan kau?" dia membalas dengan mimik muka nakal, sengaja ingin mengusik Balqish agar dia bertambah marah.

"Hah saya yang mulakan dulu?? awak jangan sengaja nak mereka cerita tau, sekarang ni saya berada di bilik saya, bukan berada di bilik awak, kalau saya yang berada di bilik awak betullah maksudnya saya yang mulakan dulu.." benci sungguh, pagi-pagi lagi dah spoil mood aku, sajalah tu nak buat aku ni jadi marah..

"Cuba kau ingat balik malam tadi kau tidur dekat mana, ke nak aku yang ingatkan?" main sembur je, lain kali bagilah salam dulu ke apa ke, ni tidak dah aku tengah seronok mimpi tadi.

Malam tadi..kejap cuba ingat balik.. eh.. eh malam tadi aku rasanya di sofa, tengok star movie.. dah tu macam mana aku boleh ada dalam bilik aku sendiri ni? aku berjalan dalam tidur ke? wajah Daniel di pandangnya dengan rasa curiga.. pelik lagi memelikkan...

"Hah sekarang dah ingat ke?" Daniel bertanya tidak sabar bila melihat Balqish yang sedikit terdiam itu.

"Err.. malam tadi bukan saya tidur di sofa ke awaknya?" suaranya sudah sedikit kendur tidak lagi tinggi seperti tadi..

"ha'ahlah... ingat pun, nasib baik aku ni baik hati dukung kau bawak ke bilik, kalau tak mesti kau dah menggerekut kesejukan dekat bawah tu, lepas tu aku nak keluar kau yang tarik tangan aku siap buat macam bantal peluk tau.. so sekarang ni siapa yang ambil kesempatan atas siapa ni?" hah kan dah malu.. tengok dah merah muka dia.. tulah lain kali fikir dulu sebelum serang orang.. Daniel tersenyum kecil, yeah kemenangan melihat Balqish yang terkulat-kulat mendengar penerangannya.

Uikkk.. aku yang mulakan dulu ke? alahai betul ke ni?? ala kenapa dah rasa macam dah tebal kulit muka ni? malunya saya..

"Awak.. awak.. tak buat apa-apa kan pada saya" dia bertanya agak perlahan untuk meminta kepastian.

"Tak.. aku bukannya suka amik kesempatan.." selamba lelaki itu menjawab.

Ha'ahlah tu tak suka ambil kesempatan, bukan boleh di percayai kata-kata dia ni, ekor matanya menjeling ke arah lelaki itu.. tengok tu tersengih-sengih tu mesti adalah yang dibuat tu.. Bantal yang berada di sisinya di capai di baling geram ke arah wajah lelaki itu.. ambik kau.. orang tanya betul-betul ni, boleh pulak dia main-main.

"Uik apasal pula baling bantal dekat aku" geram, tak pasal-pasal baling-baling dekat orang, suka sangat cari pasal dengan aku.

"Yalah.. awak tu saya tanya betul-betul jawablah betul-betul, ni sengih-sengih ni mesti tipu saya kan?"

"Yelah-yelah aku jawab betul-betul ni, jujur, tulus dan telus.. hehehe di sebabkan kau yang peluk aku dulu maka aku peluklah kau balik dan di sebabkan kau rapat dengan aku so aku kisslah kau sikit... hah puas hati tak aku jawab ni" hah.. kan dah tambah lagi merah muka tu, tulah siapa suruh aku jawab dengan jujur..

Aku dah agak dah dia ni memang tak boleh di percayai langsung, suka sangat ambil-ambil kesempatan kalau ada peluang, Balqish membebel geram, eh kejap.. betul ke dia hanya buat setakat itu saja??..

"Er... itu je ke yang awak buat?? awak tak buat yang gitu-gitu tu ke?" risau dan malu-malu dia bertanya, tak mahu perkara lalu berulang kembali..

"Gitu-gitu apa ni Qish? gitu-gitu yang Apek tu ke?" hisy boleh pula nak guna bahasa isyarat, macam tak boleh terus-terang...

"Ala... yang gitu-gitulah... apasal pula lembab sangat otak awak pagi ni.." makin memerah wajahnya, tak tahu nak terangkan macam mana lagi.

Lama Daniel terdiam, berfikir apa yang cuba di sampaikan oleh Balqish.. sehinggalah... oh.. baru aku faham apa yang dia maksudkan.. tak dapat nak mengawal diri.. akhirnya dia ketawa meletus, kuat siap memegang perutnya lagi..

"Aduyy... kau ingat aku ni jahat sangat ke Qish oi? mana ada.. kalau aku sedar aku tak akanlah lakukan benda tu melainkan aku luar kawalan macam hari tu..hehehe.."

Amboi bukan main seronok lagi dia ketawakan aku, wajah Balqish berkerut mencuka, dia bingkas bangun.. malas melayan kerenah lelaki itu.

"Eh kau nak ke mana tu Qish"

"Saya nak pergi mandilah, nak siap-siap pergi kerja.. layan awak nanti saya yang terlewat.." dia menjawab geram.

"Awalnya nak bersiap pergi kerja.. baru pukul lima pagi.."

Hah... ye ke? cepat-cepat di perhatinya jam yang tergantung di dinding.. alamak betullah dia cakap, aku ingat dia nak kenakan aku lagi..

"Err saya nak pergi toiletlah..." dia memberi alasan, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu betapa malu rasanya dirinya itu.

Eleh macamlah aku tak tau dia nak cover malu dia tu.. Daniel tersenyum, terusik dengan telatah Balqish yang serba tak kena itu.

"Awak tu yang tercegat dekat situ lagi kenapa? pergilah balik bilik sendiri.. tak malu duduk atas katil orang.." ucapnya sebelum hilang di sebalik pintu bilik air.

Balqish bersandar pada dinding bilik air.. hai macam manalah boleh tak perasan tadi, yang aku ni pun satu, tidur tapi tangan tu tak reti nak duduk diam, yang aku gatal pergi tarik tangan dia tu kenapa.. apalah nanti dia anggap aku ni.. jangan dia anggap aku ni spesis perempuan miang sudah.. dahlah dua kali aku termalu depan dia hari ni.. pagi-pagi lagi pula tu, semua serba tak kena kalau dengan dia ni.. hai tak faham aku. Mana aku nak letak muka ni karang, rasanya nak angkat muka pandang wajah dia pun aku tak sanggup... malu oiiii malu...

Wednesday, December 23, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[14]

Haizam merenung wajah Balqish yang asyik saja menunduk mengadap komputer di meja kerjanya dari sebalik cermin dibiliknya itu, sesekali dia menggelengkan kepala hairan dengan perasaan sendiri.. kenapa akhir-akhir ni aku asyik teringatkan dia daripada teringatkan Yasmin ha? kenapa aku rasa sedikit gembira kalau dapat tengok wajahnya dan rasa kehilangan kalau dia tiada? pelik perasaan aku ni.. Aku dah jatuh cinta dekat dia ke? betul ke kata Yasmin yang dia juga ada hati dengan aku? tapi.. bukankah dia telah bersuami, kenapa aku nak bercinta dengan isteri orang pula?

+ Isk Haizam kau kena ingat sikit yang Balqish tu milik orang dan sudah berpunya jangan nak cari masalah pula.

- Aku tahu dia dah bersuami tapi kenapa perasaan aku lain bila bersamanya seperti ada sesuatu yang menarik bila berdua dengan dia, dia boleh buat aku ketawa.

+ Baik kau buang jauh-jauh perasaan kau tu sebelum kau terluka, dia dah kahwin lagipun dia tengah mengandung pun, takkan kau sanggup nak hancurkan rumah tangganya.

- Aku taulah dia dah mengandung, tapi kenapa dia nampak tak bahagia pun akhir-akhir ni selalusangat termenung macam ada masalah jiwa, jangan-jangan dia tak cintakan suami dia tu.

+ Mengarutlah kau.. kalau tak cinta kenapa boleh bersama..

- Manalah aku tau, jangan-jangan mereka kahwin segera, siapa tau kena tangkap basah ke, kalau dia tak bahagia dengan suaminya, kenapa mereka tak berpisah saja? oh mungkin sebab ada anak dalam kandungannya tu yang mengikat mereka kot. Aku sanggup terima dia kalau dia berpisah dengan suaminya.

+ Astaghfirullahalazim.. apa benda yang kau melalut ni.

Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya, cuba membuang bicara jahatnya, berperang dengan perasaan sendiri tak sangka sampi begitu jauh sekali fikiran jahatnya itu. Pandangannya dituju kearah Balqish dan tak sangka dalam masa yang sama pekerjanya itu mengangkat wajahnya mereka bertembung mata agak lama mungkin masing-masing terkejut sebelum Balqish menghadiahkan sebuah senyuman.

Ah manisnya senyuman dia, akhir-akhir ni wajah dia nampak berseri-seri mungkin penangan pembawakan budak.. bisik hatinya.

Hisy jangan dilayan perasaan kau yang tak betul ni Haizam, ingat kau kan dah ada Yasmin dia tu setia menanti kau tau.. Telefon bimbitnya dicapai, nombor gadis itu terus di dailnya, malas melayan perasaannya yang sedikit bergolak itu.. Dia sendiri pun tidak berapa nak faham dengan perasaan sendiri.

"Hello sayang..." berbunga senyuman diwajahnya bila terdengar suara manja Yasmin menjawab panggilannya.


*********

Dia memegang perutnya yang terasa sedikit pedih, kandungan yang sudah menginjak ke usia tiga bulan, bebannya mula terasa.. dan yang pasti dia selalu kelaparan, selera makannya juga bertambah. Isk anak mama lapar ya... dia berbisik perlahan.. laci meja kerjanya di tarik.. terpandang satu bar coklat, dia tersenyum, lalu dicapainya, bungkusannya dibuka dan dia terus menikmatinya.. hurm dia bukannya penggemar coklat pun, tapi semenjak hamil dia memang sentiasa kepinginkan coklat, memang pelik tapi tidak memperdulikan.

"Awak.. oh awak.. bangunlah.." dia mengejutkan Daniel yang sedang asyik dibuai lena, tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan.

"Apanya kejutkan aku tengah-tengah pagi ni Qidh.." Daniel mengeluh hairan, jam loceng di atas mejanya dicapai dan diperhatinya, jarumnya baru menunjukkan pukul tiga lima minit pagi, aduy patutlah mata ni kelat semacam, awal lagi ni.

"Saya laparlah awak.. " dia mengadu buat muka muram.

"Lah lapar pun nak kejutkan aku, kau nak aku suapkan kau makan ke? pergilah makan kat dapur tu.." dia merengus, geram tidur diganggu, selimut ditarik kembali ingin kembali lena.

"Awak.."

Baru saja memejamkan ingin memejamkan mata, terdengar suara Balqish memanggilnya sayu, terus tak jadi ingin menyambung tidur.. Hisy ni yang aku lemah kalau dia buat macam ni.

"Kenapa ni Qish.." dia menyoal geram, sedikit membentak.

"Saya teringin nak makan nasi kandar.." dia menjawab.

"Tengah-tengah pagi ni mana nak cari benda tu Qish?" tadi tak nak cakap bila aku tanya nak apa-apa, ni alih-alih tengah-tengah pagi dia nak makan benda tu.

"Alah awak carilah, kesian anak kita ni kesian sangat nak makan benda tu.." dia menyambung sambil mengusap-ngusap perutnya.

"Hisy esok sajalah kita cari.." dia menjawab acuh tak acuh, malas melayan kerenah Balqish kala ini, sudahlah badannya penat dan dia sendiri memerlukan rehat, kini lenanya di ganggu pula.

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapinya ok, esok tengahari aku belikan untuk kau ok.. dah pergi tidur.. orang mengandung tak elok berjaga lewat-lewat.." tidak peduli apa yang ingin di katakan oleh Balqish itu.

"Tak apalah, kalau awak tak nak pergi belikan untuk saya, biar saya pergi beli sendiri.." agak perlahan suara Balqish memberitahu, sedih bila perasaannya tak dimengerti.. eh kenapa pula aku mesti berlebih-lebih rasa ni? dia bukannya cintakan aku jadi mesti dia tak peduli apa yang aku rasa ni pun.

"Apa-apalah Qish.. aku nak tidur ni.." dia memejamkan mata.. baru ingin terlelap baru dia teringat sesuatu..

"Wha... what!! kau nak pergi sendiri, sorang-sorang tengah pagi macam ni?? jangan nak mengada-ngada.. biar aku pergi carikan.." dia bingkas bangun, wajah Balqish direnungnya geram, hisy ada-ada sajalah ayat dia yang boleh buatkan aku ikut kehendak dia, dilihatnya wajah Balqish mula berbunga ceria semenjak mendengar kata putusnya.

"Saya nak ikut.."

"Jangan nak mengada-ngada, tunggu saja dekat rumah ni.." dia melarang.

"Ala..." mimik muka ceria sudah bertukar tonanya, muram.. keruh.. air mata bertakung tiba-tiba, rasa nak menangis.. kenapalah perasaan ni sensitif sangat sejak dua menjak ni.. Balqish mengeluh.

Daniel terdiam mendengarnya, hai tak bagi ikut pun nak mengangis, tak faham betul, kenapa orang mengandung ni sensitif sangat..

"Siaplah cepat, tadi kata nak ikut, pakai baju tebal sikit, sejuk dekat luar ni.." hendak tak hendak kena juga biarkan Balqish mengikutinya, kalau tidak mesti menangis perempuan itu, apatah lagi melihat air mata yang mula bertakung di tubir matanya yang menanti masa untuk gugur..

Terus ceria wajah itu mendengar katanya, dan Daniel hanya menggeleng-gelengkan kepala, tanda dia tidak faham, agaknya ni memang reaksi biasa orang mengandung kot, sentiasa beremosi dengan perangai-perangai yang tidak diduga, hari ni dia minta nasi kandar, lepas apalah pula yang dia nak pula.. hai sabarlah hati dengan kerenah dia ni, kalau tak diturutkan mesti dia pergi sendiri, kalau siang-siang hari aku tak kisah sangat tapi tengah-tengah pagi macam ni dahlah bahaya, banyak kes samun kereta, aku tak mahu menanggung risiko nanti tak pasal-pasal dileteri oleh si Suraya kawan dia yang banyak celoteh tu.

"Kau makan coklat ke kau berangan apa ni Qish?" Suraya yang muncul tiba-tiba menegur dirinya hairan sehingga membuat di tersentak.

Hampir tersedak dirinya dibuatnya, wajah temannya itu ditenungnya geram, selalu kan begitu.. suka agaknya tengok aku ni terperanjat, dia mengomel geram dalam hatinya.

"Apasal pandang aku macam nak telan ni? i am sorry ok, aku dah panggil kau tapi kau buat tak dengar saja, janganlah marah aku pulak.." sedar kesalahan dirinya.

"Ya lah tu, kau memang selalu macam tu kan.." dia mencebik mendengar jawapan rakannya itu.

"Ni datang ke meja aku nak apa? kau nak sikit coklat ni?" dia menghulurkan coklat itu ke mulut temannya tapi ditolak perlahan oleh Suraya, gadis itu hanya menggeleng-gelengkan kepala, pertanda dia menolak.

"Tak ada maknanya isy.. ni bos panggil, dia tanya fail NA company kau letak dekat mana? dia kata kali terakhir kau yang gunakan?"

"Aik apasal pula dia tanya aku, macam dia tak boleh suruh setiausahanya cari sendiri saja.." hairan biasanya pandai cari sendiri.

"Entah manalah aku tau, kau pergilah tengok-tengokkan.." ujar Suraya sambil menjungkitkan bahunya pertanda dia tak tahu apa-apa.

Mendengar kata temannya itu dia terus bangun dari kerusinya, hai itu pun nak aku cari, apa setiausahanya makan gaji buta ke apa, fail yang sekeping tu pun tak pandai nak cari, dia membebel dalam hatinya, kakinya di atur menuju ke bilik lelaki itu, baru dua tiga langkah dia berhenti menoleh ke arah Suraya yang masih berdiri memerhatikannya dan menyoal..

"Err.. Su, bibir aku comot tak?? hehe.."

Suraya menggeleng sebagai jawapan, elok seperti biasa kelihatannya, hisy sempat lagi tu.. apa-apa sajalah kau ni Qish..

Dia memberhentikan atur langkahnya betul-betul dihadapan pintu bilik lelaki itu, dia menarik nafasnya perlahan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.. manalah tahu lelaki itu mengamuk tiba-tiba.. orang kalau mencari sesuatu kalau tak jumpa ni biasanya mudah sangat melenting, dia mengetuk pintu sebelum memulas tombolnya perlahan, takut juga nak menampakkan wajah tapi sebaliknya pula bila lelaki itu melihat dirinya.

"Ha.. ada pun awak Qish.. awak letak mana fail NA company?" dia menyoal, agak gembira rasa hatinya melihat wajah Balqish yang muncul, dia tak tahu mengapa, tapi yang pasti wajah itu menghadirkan perasaan senang dalam dirinya.

"Saya rasa saya letakkan fail tu dekat tingkat yang atas sekali hari tu boss.." dia memang pasti di situlah dia menyimpannya.

"Awak pasti ke Balqish? saya dah cari banyak kali tapi rasanya tetap tak ada.." lelaki itu menyoalnya seolah sengaja menggoyahkan keyakinannya.

"Saya pastilah encik, ingatan saya belum pudar lagi tau.. biar saya carikan sekali lagi.."

Belum sempat lelaki itu berkata apa dia sudah memanjat kerusi yang terdapat di situ, jika dibandingkan ketinggiannya, jika dia berjingkit pun belum tentu dia mampu mencapai fail-fail di rak tiga itu, dan Haizam hanya memerhati.

Lama dia mencari sehinggalah dia terpandang fail itu yang sedikit tersorok, hah itu pun dia.. riang rasa hatinya bila apa yang dicari berjaya di temui, aku dah kata dah..

"Ni pun failnya boss," dia menghulurkan fail itu kepada Haizam yang setia menanti dari tadi, terlalu gembira sampai terlupa menjaga imbangannya, dia tergelincir..

"Aaa.." dia terjerit, matanya terpejam tak sanggup membayangkan kesakitan yang bakal dirasainya bila tubuhnya terhempas nanti.

Terasa tubuhnya seperti di sambut oleh seseorang, bila dia membuka mata saja, terus merona merah wajahnya, apa taknya dirinya berada dalam dakapan Haizam, terkelu lidah rasanya bila ingin berbicara, lama mereka terkaku seolah dunia terhenti berputar..berdegup kencang rasanya jantungnya dikala ini, tidak pernah terjangka akan berada serapat ini pada lelaki yang pernah dipujannya suatu ketika dulu..

"Aa.. awak tak apa-apa Balqish?" soalnya agak tergagap, rasa begitu indah bila mendakap seseorang yang kita sukai, begitulah keadaan yang dirasakan oleh Haizam kini.

"Err... saya tak apa-apa.. nasib baik encik ada, kalau tak kesian baby ni.." kalaulah aku benar-benar terjatuh tadi mesti aku akan kehilangan baby ni, maafkan saya awak.. saya cuai lagi.. rasa bersalah pada Daniel.

"Lain kali hati-hati," dia memberi nasihat, tak mahu apa-apa yang tak elok terjadi pada gadis itu, cukuplah sekali melihat Balqish terkulai tak sedarkan diri hari tu, dia tak mahu keadaan yang sama berulang kembali.

Rasa serba tidak kena bila memandang wajah Haizam, ialah lelaki itu lelaki yang pernah di minati dan sebentar tadi mereka berada dekat sangat antara satu sama lain sehingga wangian milik lelaki itu pun dapat dihidunya... Qish ingat sikit kau tu dah bersuami, dan dah nak jadi mama.. hati kecilnya mengingati dirinya, dia beristighfar panjang.. kelalaian hampir merajai hatinya.

"Errr kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dululah encik.." terus dia berpaling, malu ingin bertentang mata dengan lelaki itu.

Haizam hanya mengangguk memerhati langkah Balqish sehingga hilang di sebalik pintu.. kenapalah perasaan ini hadir setelah kau menjadi milik orang Qish? dia mengeluh perlahan.. seolah masih terbau-bau di rongga hidungnya haruman rambut milik Balqish itu.. dia akui dirinya sedikit terbuai perasaannya seketika tadi..

Balqish bersandar perlahan pada pintu pejabat milik lelaki itu, menarik nafas seketika mencuba menenangkan perasaannya yang sedikit menggelodak.. fuuu... tarik nafas.. hembus... fuuu..

Saturday, December 19, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[ 13 ]


"Hai mama selamat pagi.." ucap Suraya sambil tersenyum memandang ke arahnya tatkala dia melangkah masuk kedalam office yang telah hampir seminggu di tinggalkan.. gara-gara Daniel memaksa dia mengambil cuti..

"Selamat pagi Su.. banyaklah kau punya mama.. hisy tak sedar ke kau tu dah tua ada hati nak panggil aku mama.." dia membalas usikan Suraya, lama rasanya tidak bergurau dengan temannya yang satu itu.

"Kau dah sihat ke Qish? baby meragam tak?"

"Sihat dah Su alhamdulillah.., alah biasalah awal-awal kandungan memang manja sikit.. kau rindu aku tak Su sepanjang aku cuti ni?" dia menyoal mengusik, kalau tak mengusik bukan Balqishlah namanya.

"Heh tak ada maknanya aku nak rindukan kau, dari aku rindukan kau baik aku rindukan cik abang aku tu lagilah berbaloi-baloi.." Suraya menghampirinya siap menarik kerusi duduk dihadapan mejanya lagi, tu tak lain tak bukan nak mengorek rahsialah tu, macamlah aku tak tahu.

"Daniel baik tak dengan kau Qish? dia jaga kau elok tak? dia masih ada mabuk macam dulu ke?" dia bertanya ambil berat, risau juga kalau-kalau Daniel mengabaikan temannya tak mengendahkan Balqish dalam keadaan Balqish yang masih tidak berapa stabil lagi tahap kesihatannya.

"Dia baik dengan aku setakat nilah, alah baru beberapa hari aku dengan dia, belum terserlah lagi perangai sebenarnya, so aku belum menilai dia sepenuhnya cuma apa yang aku pasti dia ambil berat dengan baby ni, tiap-tiap malam mesti suruh aku minum susu siap paksa lagi kalau aku enggan.. huh tu saja perangai dia yang aku tak berapa nak tahan.."

"Wow.. bestnya tak sangka caring juga dia dengan kau, kalau macam tu tak adalah aku nak risau lagi, kau pun dah ada orang yang jaga dan tengok-tengokkan kau.."

"Yalah Su, caring sampai merimaskan aku, benci tau.."

"Hehe jangan kata begitu Qish, orang kata kalau benci nanti lama-lama jadi sayang tau..."

"Yalah tu Su, berkasih-kasihan dengan Daniel? macam mustahil saja, aku ni kalau dibandingkan dengan teman-teman wanitanya, macam langit dengan bumi tau, aku ni manalah reti sangat pakai high heel, kalau setakat 2 inci tu tak apalah, tapi kekasih si Daniel tu hah yang 5 inci pun diaorang pakai, pakaian mereka semuanya berjenama, wajah mereka semua bertempekkan make up, perfume yang mereka pakai aku rasa sebulan gaji aku pun belum tentu aku mampu membelinya.. hai.. orang katakan jangan kita nak berangan benda yang mustahil bagi kita, kalau tak jadi nanti kita yang siksa Su.. so sebelum perasaan aku melebih-lebih baik aku kawal dulu, tak mahu aku menanggung risiko, biarlah hubungan kami ni berterusan atas tanggungjawab pada anak ni.." perlahan dia mengusap perutnya yang masih belum nampak sangat perubahannya.

"Jangan kata macam tu Qish, sekurang-kurangnya kau kena mencuba, ialah mana tahu memang benar telah tersurat jodoh engkau dengan dia, tu sebab Tuhan temukan engkau dengan dia walaupun dalam keadaan kau tak bersedia."

"Aku bukan sengaja nak kata begitu, cuma kadang-kadang kita kena berbalik pada realiti, kalau pipit masakan boleh bersama dengan merak.."

Daniel.. entah apalah perasaan dia yang sebenarnya pada aku, rasanya sepanjang pernikahan ini masing-masing memang bawak diri sendiri buat hal masing-masing, belum pernah mereka duduk semeja membincangkan mana hala tuju hidup mereka. Ikhlaskah lelaki itu menerima aku dalam hidup dia dan aku, bagaimanakah pula perasaan aku padanya? siapa dia yang sebenarnya gaya dia penampilan dia memang kadang-kadang bersahaja, berapa pula adik beradik dia? kerja apakah dia? rasanya masih banyak yang aku masih belum tahu tentang dia dan nampaknya kami memang perlu berbincang, sampai bila mesti begini kalau masing-masing ikutkan ego, aku tak mahu anak ini yang menjadi mangsanya nanti, aku mahu anak ini membesar dengan kasih sayang yang cukup dari aku dan papanya.

"Qish kau ok? tiba-tiba pula terdiam, kau terasa ke dengan apa yang aku kata ni? aku minta maaf, aku bukan sengaja nak buat kau terasa cuma aku nak kau buat pilihan yang terbaik pada diri kau dan aku nak tengok kau bahagia, kau kawan aku yang paling rapat, tentu aku akan rasa bahagia kalau tengok kau bahagia, lagi pun aku tak rasa Daniel tu teruk, mungkin perangai dia yang terlebih sosial tu yang membuatkan kita menganggap dia teruk dulu, tapi aku ada nampak sifat tanggungjawab yang tersembunyi dalam diri dia, aku dapat lihat betapa risaunya dia waktu aku telefon beritahu dia yang kau pengsan, muka dia nampak tegang pandang si Haizam tu bila aku kata si Haizam tu bos kita, dia macam tak puas hati saja.. "

Daniel risau? mungkin ada benarnya, lihat saja contohnya dirumah tu, buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, ada saja yang ditegah kadang kala dia naik rimas.

"Terima kasih Su, aku tak marah pun, aku hargai apa yang kau nasihatkan tu, insyaALLAH aku akan belajar jadi isteri yang baik tapi kau faham-faham sajalah kami masih muda belum nak matang sangat jadi kadang-kadang perangai pun macam budak-budak sikit, benda kecil pun boleh jadi gaduh kadang tu tapi aku akan belajar mengawalnya."

Tersenyum Suraya mendengarnya, dia memandang wajah temannya itu, Balqish memang sedikit kebudakan, kena marah dengan bos pun kadang tu dia buat tak tahu saja sampai bos mereka dah tak mampu nak kata apa.

*******

"Daddy busy? Boleh Niel masuk?" pintanya kepada Tan Sri Darwish dan lelaki itu hanya mengangguk membenarkan.

"Ada apa nak jumpa daddy ni? kenapa air muka keruh saja tak sihat lagi ke? mata kamu tu dah sembuh ke?" pagi-pagi lagi muka dah nampak layu semacam.

"Sihat dah daddy, saja nak jumpa daddy, lama rasanya kita tak berbual berdua kan?"

"A'ah.. kamu tu sibuk sangat sampai tak ada masa untuk daddy kan.." ada nada berjauhan di sebalik bicara itu.

Memang dia akui, semenjak balik Malaysia dia memang jarang melekat dirumah, apatah lagi semenjak mengambil kuputusan untuk hidup sendiri kononnya untuk berdikari namun hakikatnya adalah untuk lebih memudahkan pergaulan dirinya.

"Daddy ni.. tolonglah jangan buat ayat yang boleh jadikan Niel serba salah tau.."

"Eh.. marah daddy pula, hakikatnya begitu kan..? ni cuba cerita nak apa dengan daddy ni sampai tiba-tiba nak berdating dengan daddy ni?"

"Tak adalah daddy.. Niel cuma nak tanya dengan daddy, waktu mummy mengandungkan Niel dulu macam mana keadaannya ek? daddy ada jaga permakanan mummy? mummy ada mengidam apa-apa ke atau ada mabuk-mabuk?" dia bertanya menyelidiki.

"Aik lain macam saja soalan kamu ni Niel? kenapa kamu dah teringin nak anak ke?" hairan.. tiba-tiba tanya pasal wanita mengandung, dah gian nak jadi ayah ke si Niel ni.

"Tak adalah Niel tanya ni.. sebab ada kawan Niel, isterinya pregnant first baby, tak ada pengalaman lagi.. tu yang saja-saja tanya daddy.."

"Oh.. daddy ingatkan kamu tadi yang teringin nak ada anak.. hai.. nampak gayanya lambat lagilah daddy nak terima cucu.."

Terdiam dia mendengar kata-kata daddynya itu, ikutkan hati sekarang juga mahu diceritakan tentang situasi dirinya, namun dia masih belum bersedia.

"Waktu mengandungkan kamu dulu, mummy kamu manjanya alahai.. silap sedikit rajuknya berhari-hari sampai daddy ingat mummy mengandung anak perempuan, nasib kamu keluar tak kuat merajuk, kalau mabuk-mabuk tu biasalah awal-awal waktu hamil tu memang teruk sikitlah, daddy dulu waktu kamu baru 2,3 bulan dalam kandungan langsung tak boleh nak dekat dengan mummy kamu tu, sebab dia tak tahan bau perfume daddy, loya katanya.. hai memang pening kepala waktu tu, tu sebab orang kata perempuan mengandung ni sensitif dan memang kena jaga sungguh perasaannya.."

"Susah juga ya daddy dengan orang yang mengandung ni.." hai macam manalah aku nak menjaga Balqish ni, mesti kena banyakkan sabar dengan kerenah dia yang banyak ragam tu, sekarang pun aku dah naik pening kepala dengan celoteh dia yang ada saja nak membantah apa aku kata.

"Tulah, tu sebabnya syurga tu bawah telapak kaki ibu, sebab bertapa sukarnya pengorbanan seorang ibu membawa perut sembilan bulan sepuluh hari sebelum melahirkan seorang anak ke dunia, belum lagi sakit nak bersalin, boleh hilang nyawa tau.. tu sebab daddy sayang sangat dengan mummy kamu, sebab daddy menghargai pengorbanan dia bertarung nyawa nak melahirkan zuriat daddy walaupun mummy kamu banyak kerenah tapi bagi daddy itulah kelebihan dia.."

"Niel tau tak orang perempuan ni bagi mereka sakit bersalin tu seolah hilang bila melihat seorang anak yang lahir dalam keadaan sihat.. tapi sayang mummy kamu tak dapat mengandung lagi selepas mendapatkan kamu.. " keruh sedikit wajah daddynya ketika menucapkannya, mungkin daddy menginginkan anak lebih dari satu namun apakan daya... tak ada rezeki..


*********

"Tak guna punya jantan entah perempuan mana pula yang diusungnya, siap bawa balik kerumah lagi..." Zila membentak kasar geram bila teringat peristiwa Daniel menghalaunya di hadapan seorang perempuan yang tak dikenalinya, dan bertambah sakit hati bila lelaki itu memandang dirinya seolah tidak berperasaan seolah tiada rasa mesra seperti dulu.

Mesti perempuan tu dah guna-guna si Daniel tu, macamlah aku tak tahu perangai orang yang berasal dari kampung ni, suka sangat guna bomoh.. kalau muka tu lawa tak apalah juga, memang patut pun aku ingat dia maid, tapi tak lawa pun Daniel tetap datang dekat dia, isk tak boleh jadi ni aku kena rampas dia balik..

Sakit hati betul bila melihat perempuan itu tersenyum kearahnya seolah megah bila melihat dia di suruh pergi, tiada kata manis yang terlahir dari mulut lelaki itu melainkan bentakkan kasar menyuruh dia pulang berbeza sungguh dengan dulu lelaki itu rela menghabiskan masa bersama membelai dirinya penuh kasih, berbicara dengannya dengan bicara yang lembut dan indah..

"Daniel we need to talk.." tanpa mengucap salam mahupun hello dia terus memuntahkan bicara bila panggilannya di jawab.

"Nak apa ni Zilla? I busy ni.. lain kalilah.." malas nak melayan kerenah gadis itu.

"I tak kira, siapa perempuan tu?"

"Perempuan mana pula ni Zilla?"

"Perempuan dekat rumah you hari itulah.."

"Perlu ke I jawab soalan you tu Zilla? lagi pun kita bukannya ada apa-apa dan I berhak untuk bersama dengan mana-mana perempuan pun... my wife pun tak bising kenapa you sibuk-sibuk..?"

"Wife??? ulang balik apa you cakap tadi?" macam tak percaya apa yang terlahir dari bibir lelaki itu dan menampan di pendengarannya.

Alamak.. baru Daniel tersedar dia terlepas cakap dengan Zilla.. habislah kali ni.. rahsia dah tak jadi rahsia lagi.

"You dah ada isteri? bila you kahwin? kenapa I tak tahu ni?" lagilah berang, lelaki yang disangka bujang rupanya sudah beristeri.

"Penting ke untuk you tahu urusan I? beginilah Zilla, perempuan yang you jumpa hari itu yang you kata bingai tu, yang you panggil maid tu, sebenarnya isteri I, kami baru nikah dekat dua bulan yang lalu dan dia tengah mengandung sekarang ni dan I harap lepas ni you jangan kacau hidup I lagi, I tak pernah ada perasaan dengan you dan I berkawan dengan you sebab nak mengisi masa I saja, sekarang hidup I dah ada tanggungjawab.. harap you faham dan I minta maaf andai I melukakan you.."

"Sampai hatikan you buat I begini.." serak kedengaran suaranya, berkecai harapan ingin bersuamikan lelaki yang bakal mewarisi seluruh empayar Darwish itu.

Perempuan itulah dia.. sikit-sikit menangis sajalah kerjanya.. siapa suruh cepat sangat perasaan, dia ingat bila lelaki rapat dengan dia bermakna lelaki itu cintakan dia, mudah sangat tewas dengan emosi, yang sakit diri sendiri juga.. talian dimatikan, tak peduli apa yang terjadi pada Zilla, bukan tanggungjawab dia untuk menjaga perasaan gadis itu.. banyak lagi perkara penting yang perlu dilangsaikan selain memikirkan tentang Zilla.

Waktu pejabat pun sudah sampai ke penghujungnya dan teringat pula janjinya pada Balqish untuk membelikan sebuah buku masakan.. kelakar sungguh rasanya, rupanya Balqish tak pandai memasak..

Tersenyum terkenang peristiwa malam tadi...

"Qish.. aku laparlah.. boleh tak kau masak sesuatu untuk aku?" dia meminta dan Balqish tanpa banyak suara terus menuju ke dapur sedangkan waktu itu mereka sedang menonton televisyen di ruang rehat..

"Awak saya dah siap masak.. " ujar Balqish setelah hampir 15 minit menghilang didapur..

"Aik cepatnya.. kau masak apa Qish?" hairan, dia ni biar betul.. isk...

Dan gadis itu hanya mengangguk dengan senyum yang melebar di wajahnya hingga membuatkan dirinya tidak sedap hati. Isy apalah yang dibuatnya, entah-entah dia nak kenakan aku, dia bukannya betul suka sangat cari pasal dengan aku..

Tudung saji diatas meja dibukanya dan alangkah terkejutnya dia bila melihat apa isinya.. wajah Balqish direnung geram..

"Megi saja yang kau masak? kan ada barang-barang dalam peti ais tu? aku ingat kau masak gulai ke apa ke?"

"Saya tak reti masaklah awak.. macam mana saya nak masak.. lain kali sediakan buku masakan barulah suruh saya masak, lagipun tu bukan megi kari biasa tau, saya siap letak udang, sotong, telur dan sayur-sayuran.. awak makan ek, nanti masuk angin pula perut awak tu.. saya juga yang susah hati tengok awak sakit nanti"

"Amboi pandai kau nak ambil hati aku kan.. esok aku beli buku masakan tapi kalau tak pandai masak juga tak taulah aku, memang kau kena pergi kelas masakan.. hai dah nak jadi mama pun tak reti masak lagi.. apalah kau ni.."

Balqish hanya tersengeh mendengar kata-kata lelaki itu, dalam asyik kutuk-kutuk dirinya habis juga semangkuk megi itu..

Qish.. Qish.. aku tak tahu siapa kau sebenarnya tapi aku rasa aku dah mula suka sikap kau yang lurus-lurus tu.. agaknya kita memang ditakdirkan bersama ke? kau tak cantik macam perempuan-perempuan yang pernah aku dampingi dulu, tapi... kau macam ada sesuatu yang menarik perhatianku.. tapi apa ya? mungkin sikap kau kot.. tak hipokrit.. aku senang dengan sikap kau yang itu.

Wednesday, December 16, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 12 ]


Zila merengus geram, hai manalah dia ni, call tak berangkat, mesej pun tak berbalas.. Hairan sungguh kenapa akhir-akhir ini Daniel jarang berhubung dengan aku ek? aku ada buat salah dengan dia ke? ke atau dia dah mula nak beralih arah, dah temui perempuan yang lebih lawa dari aku ke? mungkin.. boleh jadi begitu, yalah mamat tu bukannya betul sangat, kaki perempuan, pantang nampak gadis cantik semua nak di tacklenya.

Butang-butang di telefon bimbitnya di tekan geram, nombor lelaki itu didail sekali lagi tapi seperti tadi tidak berjawab semuanya terus ke peti simpanan suara. Hisy geramnya.

Ah susah sangat aku pergi saja ke rumah dia, bukannya aku tak biasa ke rumah dia, entah-entah masih tidur lagi yalah awal pagi ni, si Daniel tu bukannya jenis yang reti bangun awal walaupun pada hari kerja, maklumlah kerja syarikat bapa sendiri, ikut sukahati dialah nak datang pukul berapa, huh tak berdisiplin langsung.

Kunci kereta dicapainya terus menuju ke sebuah kereta BMW miliknya hadiah dari salah seorang bekas kekasihnya dulu. Hidup ini senang kalau pandai jaga wajah tempek saja make up tebal-tebal sure lelaki spesis berhidung belang mula cair dengan kita, heh lelaki stock buat sara diri untuk hidup mewah.

*****

Bunyi loceng pintu utama yang ditekan berkali-kali mengganggu lenanya.. hisy siapa pulaklah yang datang mengacau pagi-pagi ni.. ingat MC hari ni bolehlah bangun lambat sedikit.. dia mendengus, dengan mata yang masih terpejam berat untuk dibukakan dia duduk, tangannya pula menggaru-garu kepalanya yang tidak berapa gatal itu... orang tengah sedap-sedap mimpi hisy potong sajalah... Mamat ni pun satu tidur mati ke apa, punyalah kuat bunyi loceng tu dia boleh buat tak tahu saja..

"Sebentar..." dia menjerit meminta tetamu yang tak diundang itu menunggu seketika.

Setelah melihat wajahnya di cermin sepintas lalu, barulah dia menuju ke pintu utama membukanya dan memberi laluan kepada tetamu yang tidak diundang yang dikira semakin tidak sabar menunggu itu.

"Huh bukak pintu pun lembab... orang gaji apa kau ni?" Zila menengking geram, orang dahlah tengah panas hati dia saja lagi nak terhegeh-hegeh nak bagi aku tambah mengamuk ke apa.. dasar orang gaji, lembab macam labi-labi.. dia membebel geram dalam hati sambil merenung wajah Balqish yang masih terpisat-pisat. Orang gaji dari manalah yang si Daniel dapat ni, bangun pun meninggi hari macam Daniel juga.. hisy sesuai sangatlah tu.

Hoh....! aku dipanggilnya orang gaji?? banyak lawa mulut perempuan ni, langsung tak ada insurans, jangan salahkan aku kalau kau bisu lepas ni tau.. pagi-pagi lagi dah terpacak dekat rumah orang lelaki, lepas tu pakai baju tak cukup kain pula tu.. hai perempuan jenis apalah yang diminat si Daniel ni.. tak ada mata langsung nak menilai mana yang elok mana yang kurang, main tangkap muat saja.. dia mencebik menyampah, meluat semuanya ada ketika memandang tetamunya itu.

"Huh tepilah aku nak masuk.. Mana Daniel?" tanpa diajak tanpa dipelawa Zila terus melangkah masuk sedikit merempuh tubuhnya.. hampir terdorong.. Matanya melilau mencari kelibat Daniel.

Cit kurang asam jawa sungguh ini perempuan, entah adab dari manalah yang dia bawa ni.. harap muka saja lawa.. eh tapi lawa kalau setakat tempek make up buat apa, bukannya asli pun kena air habis luntur..

"Errr.. maaf cik.. tuan Daniel lagi tidur di kamar.." heh alang-alang kau panggil aku orang gajikan, boleh tahan juga aku cakap indonesia tak sia-sia aku tengok sinetron hari-hari.

"Ha... kalau begitu aku ke bilik dia sajalah.. alah aku dah biasa.." ujar Zila terus berlalu..

"Nanti cik.. Tuan Daniel bilang dia enggak mahu diganggu.. biar saya yang beritahu dia ya? lagian moodnya kurang baik.." belum sempat tetamunya kata apa, dia terus bingkas menuju ke bilik lelaki itu, sebelum tawanya yang ditahan hampir terburai... huh jangan harap aku akan membenarkan sebarang maksiat berlaku di rumah ni walaupun ini bukan rumah aku pun, aku tak mahu menanggung dosa subahat tau.

Tombol pintu bilik lelaki itu dipulas geram.. huh naik patah jari aku ni mengetuk pintu, dia ni tidur mati sungguh.. dia bersungut geram.

Ya ALLAH.. ni bilik ke sarang tikus, tidur buas mengalahkan budak-budak dengan bantalnya tergolek-golek atas lantai.

"Awak.. oh awaknya.. "

"Ermmm.." dia menggeliat.. siap tarik lagi kain selimut biar tutup seluruh tubuh..

"Eh.. eh lagi kita kejut dia lagi dia tarik selimut.. aku cepuk juga dia ni dengan bantal ni karang.." ditariknya geran selimut milik lelaki itu.. huh dah nak jadi papa orang pun perangai macam budak-budak.

"Bangunlah awaknya oi.. awak ada tetamu tu.."

"Hurmm aku mengantuk ni, kau suruh sajalah dia datang lain kali.." matanya dipejam kembali terus.. krohh.. krohhh...ZzzzZZzz..

Hampeh.. oh tak nak bangun ya... ok sekejap ya.. matanya di jeling kiri kanan, ternampak senaskah majalah, hehehe.. jaga kau ek.. majalah itu dicapainya dan digulungnya kemudian didekatkan kepada telinga lelaki itu..

"Awakkkkkknyaaaaaaa....... bangunlah...!!!" kejut elok-elok tak nak dengar sekarang rasakan jeritan suaraku yang lemak lagi merdu ini..

Daniel terus terduduk.. bingit telinganya, matanya yang tadi berat tertutup kini terbuka luas, sambil mengosok-gosok telinganya yang masih berdesing, mulutnya membebel geram.

"Qish.. kau ni memang sengajakan nak buat aku marahkan pagi-pagi ni.." dia mendengus geram..

"Dah saya kejut awak elok-elok lagi awak tarik selimut adalah, so terpaksalah saya guna cara begitu, lain kali orang kejut terus bangun, tu ha... girlfriend awak datang tu, dah lama tunggu dekat bawah tu, saya rasakan muncung dia tu dah boleh buat tempat untuk menyangkut baju awak yang bersepah-sepah tu.." teringat pada wajah Zila yang masam mencuka bila disuruh menunggu sementara dia memanggil Daniel tadi.

"Qish aku nak tanya sikitlah.." tiba-tiba terlintas dihati ingin mengusik Balqish..

"Apa dia?" hairan tiba-tiba nak tanya aku.

"Kau ni keturunan murai ke hah? mulut tu kan macam murai, tak henti-henti nak berkicau, pot pet pot pet, macam mak nenek pun ada juga.."

"Heh awak ni kan, saya rasa memang masih mamai lagi ni, awak nak saya jiruskan awak dengan air pula ke? manusia dengan murai pun tak pandai beza, rabun ke apa? hah kalau rabun pakailah spek mata.. hisy" saja nak kenakan akulah tu.. kita tengok siapa yang terkena balik.

Erkk.. aku yang terkena balik, Daniel terkedu..

"Dah-dah tak nak bertekak dengan kau, aku nak tukar baju ni, baik kau keluar dari bilik aku ni.. oh ya nanti kalau kau rajin kau kemaskan bilik aku ni ek.."

"Amboi banyak lawa muka awak, ingat saya orang gaji awak ke apa? dahlah kawan awak tadi kata saya ni orang gaji awak, ada ke patut saya yang comel, cun ni dikatakan orang gaji.. tak ada mata ke apa entah "

"Hah.. dia panggil kau orang gaji?? hehehe memang patut pun.. " Daniel tertawa terbahak-bahak menggelakkan dia.

Ceh tak guna, bukan nak bela kita, lagi dia gelakkan aku adalah..

"Dahlah.. tak nak kawan awak.. menyampah.. pergilah layan girlfriend awak minah saleh celup tepung tu.."

"Aikkk.. marah ke? tulah lain kali sebelum nak jumpa tetamu, sila-silalah sikat rambut anda tu, kalau tak, tak pasal-pasal anda akan dikatakan pembantu dirumah saya ni merangkap orang gaji aku.. padan muka kau.."

Ceh ayat dia ni memang ayat budak-budak tak matang langsung, aku tak tahu macam manalah dia boleh jadi papa yang baik pada anak aku ni nanti.. hai pasrah redha sajalah aku. Err berapa ya umur dia?? aku lupalah.

*********

"Sayang....! uwekkk...!!" menyembur air nescafe 0 yang baru diteguknya itu, basah habis baju yang baru dibeli dari Italy itu, dan Daniel yang berada disisinya juga turut terkena tempiasnya.

"Uikk.. you ni kenapa? minum macam budak-budak ni.." Daniel bertanya hairan.

"You cubalah minum air yang maid you buatkan tu.. agaknya dia rabun kot, tak pun bingai.. garam dengan gula pun tak pandai nak bezakan.." dia mengesat mulutnya dengan tisu yang terdapat disitu, masih terasa kemasinan di tekaknya.

Balqish yang berada di sebalik dinding dapur terasa nak ketawa.. padan muka kau perempuan, kata orang rabun dia yang rabun tak sedar pula, .. I nak nescafe 0, tak mahu letak gula tau.. dia mencebik-cebik mengajuk gaya percakapan wanita itu tadi.. ya aku memang tak letak gula pun tapi aku letak garam... sebab kau tak kata pun tak mahu letak garamkan tadi.. kehkehkeh..

Hai si Balqish ni ada-ada sajalah benda yang nak dibuatnya.. tapi betul ke? atau si Zila saja-saja nak mengada-ngada dengan aku.. Daniel masih lagi separuh tak percaya dengan kata Zila itu.. ah susah-susah apa kata aku rasa sendiri air ni. Dicapainya cawan yang telah siap dituang air nescafe itu, dan perlahan-lahan di bawa ke mulutnya... diteguk lambat-lambat...

"Balqish!!!...." tu dia, dia ni nak bagi aku kena darah tinggi ke apa, kot iya pun tak sukakan si Zila ni datang, janganlah kenakan aku sekali.. Dia bingkas bangun mencari kelibat isteri tercinta.. ceh tercinta ke? buat aku bertambah pening kepala buat tekanan darah aku naik adalah.. oh God kenapalah aku mesti dapat dia ni sebagai isteri aku, lama-lama macam ni, boleh mental aku jadinya.

"Hai menung apa tu awak" tegur Balqish yang sedang berdiri disisinya sambil menghulur mug berisi air milo panas kepadanya ketika dia sedang asyik melayan mindanya walaupun matanya konon-konon mengahadap tv tapi sebenarnya perasaannya langsung tak fokus disitu.

Wajah itu dipandangnya, dilihatnya wajah itu sedikit pun tak terukir rasa bersalah.. hisy tak faham aku dengan dia ni.. lama matanya jatuh pada huluran mug tersebut.. berat hati ingin menerimanya takut perkara siang tadi berlaku lagi dan dia pasti teramat pasti selepas ini Zila pasti serik berkunjung ke sini lagi.

"Lah yang awak pandang saja kenapa? ambillah.. tak sudi ke? atau awak takut saya letak garam lagi macam siang tadi.."

"Hisy... mana ada aku takut.." cepat-cepat mug itu digapainya dari tangan Balqish.. heh sikit pun aku tak takut tau..

Siang tadi teruk Balqish dileterinya, dan yang pasti mulut comel itu ada sajalah jawapannya walaupun jawapan yang keluar dari bibirnya bukan jawapan yang bernas..

"Dia tak kata pun tak mahu letak garam awak, so saya letaklah garam.."

"Mana ada orang buat air letak garam.. isy kau ni tak fikir langsunglah.."

"Saya just nak kenakan dia saja, sebab dia panggil saya maid.. eh kenapa pulak awak beria-ria back up dia.." Balqish menyoal hairan.. sebab perempuan tu girlfriend dia kot tu yang dia marah benar.

"Kau nak kenakan dia tapi aku pun terkena sekali.. sengallah kau ni.."

"Oh patutlah awak marah ya? saya memang nak kenakan awak sekali sebab awak gelakkan saya tadi.." selamba dia menjawab, langsung tak ada rasa bersalah dalam nadanya.

"Tengok tu tadi kata nak kenakan dia, ni kau kata nak kenakan aku sekali, mana satu betul ni? cakap berbelit-belit macam ular sawa.."

"Senang cerita dua-dualah awak.." dia terus berlalu, namun sempat dia memberi isyarat ibu jari kepada lelaki itu.. padan muka..

"Dasar orang gaji tak tahu diuntung, lain yang disuruh, lain yang dibuat.." Zila yang baru muncul dari sebalik pintu dengan perasaan berang terus memarahinya, terus mati langkahnya.

"Siapa orang gaji di sini?" Balqish bertanya dengan senyuman mengejek. Tercengang Zila mendengar kata Balqish itu, langsung tiada pelat indonesianya seperti tadi.

"Lain kali sebelum kata orang tengok diri sendiri dulu.. sesedap saja panggil orang, orang gaji, apa awak dulu tak sekolah ke apa?"

"Argghh.. kau.. kau.. sengaja nak kenakan aku.. Daniel.. tak kan you nak diam saja.." siap hentak-hentak kaki lagi macam budak-budak minta gula-gula.

Alahai gediknya kau perempuan nak perhatian lah tu.. dia mencebik melihat tingkah Zila itu.

"Zila, I rasa baik you balik dululah, lagi pun you bukan ada hal penting pun nak jumpa I kan?"

"I tak nak balik selagi dia tidak minta maaf dengan I.." dia memeluk tubuh, yakin Daniel akan menyebelahi dirinya tika ini.

Daniel mula geram, wajah Balqish dan Zila dipandang bergilir-gilir, dua-dua ego.. menyusahkan aku saja.

"OK.. you jangan salahkan I ya lepas ni.." habis saja dia berkata terus saja dia menarik tangan Zila kasar, menuju ke pintu utama, orang cakap elok-elok tak nak dengar, dahlah datang tak berjemput, menghuru-harakan hidup aku saja taunya.

"Awak marah dekat saya ke?" dia bertanya bila melihat lelaki itu hanya diam tegak memandang skrin tv dihadapannya.

"Ok saya minta maaf, next time saya janji saya tak buat lagi.." siap angkat tangan macam orang nak baca ikrar pun ada rupanya.

Isy dia ni marah sangat ke dekat aku ni, dari tadi tak ucap sepatah pun.. dijeling sekilas kepada lelaki itu, tetap seperti tadi langsung tidak memandang ke arahnya.

"Awak.." takut-takut dia menyentuh tubuh itu, digoyangkan perlahan dan tiba-tiba kepala lelaki itu terlentuk ke bahunya.. grrr... aku cakap sendiri rupanya.. dia dah tidur siap berdengkur lagi.. tak senonoh punya perangai.. tak apa.. siap kau nanti..

Dia pantas berdiri, dan tubuh Daniel yang tersandar ke tubuhnya terus melurut jatuh terhentak pada sofa, dan mengejutkan tidurnya, dia terpinga-pinga.. adeih..

"Padan muka awak.. orang cakap dengan dia, dia sedap-sedap tidur.." suka sangat buat aku nak marah.. dia membebel geram sambil terus menuju ke biliknya.

Eh.. nasib dia dah tidur.. tak perlulah aku minum susu hari ni, dia tersenyum girang, merebahkan tubuhnya pada katilnya.. baru saja ingin melelapkan mata.. tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan di buka dari luar.. alah aku lupa kunci bilik lagi.. dia mengeluh kesal dengan kecuaiannya..

"Qish nah.. minum ni dulu baru tidur, jangan harap kau nak mengelat ya.." lelaki itu menghulur segelas susu kepadanya.

Lerrr......

Tuesday, December 15, 2009

Cerpen : Cinta Terlarang


Prolog

Cinta itu suci, tapi itu yang orang kata, cinta itu indah, tapi itu orang juga yang kata, cinta itu macam manisan, yang bila dinikmati walaupun sekali, tetapi manisnya tetap terasa selamanya, betul ke?? entah aku tak tahu, sebab cinta bagi aku sebuah mimpi ngeri, sebuah nightmare, walaupun hanya mimpi tetapi tetap menyeramkan.

Aduilah adui, kenapa semua ni harus terjadi pada aku? cinta yang kurasa suatu nikmat kini jadi sebaliknya? kalaulah boleh ku padamkan memori tentang sebuah kisah cinta milikku ini, telah lama ku berbuat begitu, tapi itu semuanya jika wujudnya sebuah "kalau".

Ceh barang yang lepas usah dikenang Zetty, kelak nanti kau yang merana, pujuk hati kecilnya, bukan aku yang nak sangat kenang, tapi otak aku ni asyik sangat nak fikir pasal benda ni, tak faham, tak faham isk..., siapa-siapa tolonglah fahamkan otak aku ni, degil yang amat..

*************

Jalan-jalan cari pasal... hari minggu yang cukup membosankan, keluar berjalan seorang diri ibarat akulah makhluk yang paling sepi di muka bumi ni... huhu dia mengeluh melepaskan keluhan yang berat teramat berat ibarat mengandungi bebanan batu bertan-tan je gamaknya, isk orang tua-tua kata tak baik mengeluh nanti muka cepat kedut, isk macam-macamlah orang tua-tua ni, semuanya tak boleh, tapi betullah tu kot...

Kakinya melangkah mata melilau fikiran melayang entah kemana dan akibatnya..... jeng.. jeng..
Bukkk...!! dia terlanggar tubuh seseorang... tulah padah dan akibatnya berjalan sambil berangan cik Zetty oii... hati kecilnya memarahi dirinya.

Habis tin coke yang dipengangnya memuntahkan isinya kepada mangsanya tadi.. ops mulutnya melopong ternganga... alamaknya aku...

"Tutup mulut tu cik, nanti termasuk lalat.." teguran dari suara yang separa lembut menyebabkan dia kembali ke dunia realiti.. Gosh.. apalah aku ni tak senonoh.. dia memarahi diri sendiri. Mata dialih ke arah pemilik suara yang menegur tadi......

Owh... kacaknya dia, putera kayangankah dia...? bermimpikah aku ni? dia cubit wajahnya perlahan, benarkah atau sekadar anganan jiwa ku yang separa mengong ini?...

"Cik are you ok?" tegur insan dihadapannya kini, apabila melihat Zetty masih lagi seolah-olah dalam mamai, macam orang baru bangun tido, betul ke tidak minah ni

"ops so... soryyy encik i'm sorry, saya tak sengaja, yelah tak pasal-pasal insan di hadapannya ini lencun dengan siraman cokenya, isy Zetty kau ni memang cuai kan? tu sebab mama selalu pesan berhati-hati, kalau tak macam nilah jadinya.. dahlah depan mamat hensem..

"It's ok, takpa-takpa saya tau cik tak sengaja, lagipun cuaca panas, bagus gak kena siram macam ni, sejuk sikit rasanya," sempat lagi berjenaka insan itu.

Wajah Zetty dah memerah, malu oi.. jadi tontonan orang ramai.. alahai... hah tiba-tiba dia teringat sesuatu, tergopoh-gapah dia mengeluarkan sapu tangan yang berada didalam tas tangannya, dan spontan dia mengelap wajah insan dihadapannya, siap tolong lap sekali tubuh badan insan itu konon-kononnya nak membantu mengeringkan tumpahan air itu... hingga membuatkan insan itu tergamam...

"Cik... its ok...tak perlu buat begitu.." dia menegur, tak selesa..

"Maafkan saya encik, saya betul-betul tak sengaja.." Zetty serba salah, belas melihat lelaki, hisy mesti melekit badan dia, kesiannya..

"Takda apa-apalah cik, awak tak sengaja, cuma lain kali berhati-hati tau.." lelaki itu tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya..

Oh kacaknya.... mama Zetty dah jatuh cinta... huh tu dia perangai gedik dia dah mai dah.. dia mengomel sendiri.. control yourself Zetty..

Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tangan, ingin berjabat dengannya, hampir seketika dibiarkan tangan lelaki itu terbiar sepi tak bersambut....

"I am Zack...Zakry.." lelaki itu memperkenalkan diri setelah tangan mereka berjabat.

"Boleh saya mintak no fon cik...."

"Saya Zetty.." pantas dia memotong cakap lelaki itu, memberitahu gerangan namanya.

Wow dia mintak no fon aku, beraninya dia... sedikit teruja hatinya kini..yelah siapa tak teruja bila tiba-tiba seorang jejaka yang kacak meminta nombor telefon peribadi kita..

"Itu pun kalau cik sudi beri..." sambung lelaki itu, apabila melihat agak lama Zetty mendiamkan diri..

*************

Hati berbunga riang punya kekasih hati yang teramat memahami... Zetty tersenyum, tak sangka peristiwa memalukan menjadi takdir terindah buat dirinya... Zack dan Zetty, macam ada jodohkan?? hehehe...

Zack yang baik Zack yang pernyayang... Zack yang istimewa, yup dimatanya Zack baik belaka... yelah tengah angau semuanya indah belaka.. itu lumrah... sayang- sayang aduhai sayang, bila benci segalanya melayang.

Senyum lebar masih tak lekang bergayut di bibirnya, sambil memeluk teddy bear warna pink pemberian Zack.. lamunan tersentak bila tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi pertanda ada mesej di terima...

Baby, i miss you....

Bertambah lebar senyumannya bila membaca mesej itu, Zack memang begitu...suka mengirimkannya mesej-mesej yang romantis..

I miss you 2 syg... butang send ditekan.. dan tak lama kemudian...

Baby i love you... Zack sayangkan baby sgt2 n xnk bpisah dgn baby...

Baby pun sma mcm syg, x mau bpisah dgn syg... blsnya..

Gud nite baby, sweet dream... kiss u 2 the fon...muahhh...:-*

Hatinya bertambah berbunga ceria membaca mesej itu...

Gud nite syg...muahhhz 2...

************

Zack tersenyum gembira, semenjak kenal dengan Zetty terasa hidupnya yang sepi sedikit terisi, hujung minggu sentiasa dihabiskan bersama gadis itu...

Zetty Amani, seindah namamu secantik budi perketimu sayangku... andai aku mampu mengubah takdir hidupku ini... kan bagus... dia mengeluh benci... kadang-kadang dia geram, kenapa tiap kali kegembiraan yang ingin di kecapinya hadir, pasti akan terselit sekali bayangan kenyataan hidupnya yang perit..

"Bilalah kamu nak berubah ni? Usia kamu ni bukan makin lama makin muda, mummy teringin sangat tengok kamu jadi macam anak-anak orang lain sebelum mummy menutup mata...." Tegur Puan Sri Nelina suatu pagi, kita mereka sama-sama menikmati sarapan.

"Nanti-nantilah mummy, saya memang akan berubah, tapi bukannya serta merta mummy, saya perlukan masa.." Sungguh memang dia ingin berubah, yelah tiada siapa pun minta dilahirkan dan dijadikan seperti dia..

"Kalau boley Daddy teringin nak tengok kamu berkeluarga, punya anak, hidup macam orang normal yang lain" Sambung Tan Sri Zakaria penuh mengharap.

Dia menghempaskan keluhan berat... memang kadang-kadang dia kesiankan Mummy dan Daddynya... tapi... 27 tahun cara hidupnya begini, hingga dia dah terbiasa, dan agak sukar baginya mengubah cara hidupnya itu... dia ibarat terperangkap dalam satu tubuh yang bukan sepatutnnya menjadi miliknya.

***********

"You.....I ada benda nak cakap sikit ni.." Zetty memandang wajah Zack yang agak muram sedikit hari ni...

"Hurm apa dia??" soal Zack acuh tak acuh..

"You... family I tanya, bila you nak hantar keluaga you datang rumah I? yelah dah setahun lebihkan kita kenal,?" agak riang wajah Zetty tika menyatakan perihal familynya pada Zack..

Zack menelan air liur... gulp.. hantar family pergi rumah Zetty? God... Nampaknya Zetty dah terlalu mengharap pada hubungan ini dan aku tak sanggup nak kecewakan Zetty, satu-satunya insan yang paling aku sayangi ini... Macam mana ni.. dia mengeluh gusar, ah aku kena hentikan juga benda ni.. tak sanggup memberikan sebuah harapan yang tak pasti...

***********

Kenapa Zack akhir-akhir nampak muram jea ek? aku ada buat dia terasa hati ke? Zetty tertanya-tanya, sungguh, Zack yang dia kenal dulu dengan Zack yang dia kenal sekarang agak berbeza, Zack yang dulu periang, tapi Zack yang sekarang sangat diam, kurang bercakap dan yang paling ketara, dah kurang mesej-mesej romantis ucapan sayang, rindu dan cinta kepadanya sebelum tidur.... agak pelik di situ....hurm...

Dia ada perempuan lain ke? ah tak mungkin, aku tau hanya aku sahaja yang Zack sayang... hati kecilnya cuba menyedapkan dirinya sendiri... mungkin... Zack ada masalah kat pejabat kot... tapi.. kenapa dia tak ceritakan kat aku?? ah mungkin dia taknak merisaukan aku kot...

Ah baik aku call Zack.. hari ni dia diam jea, dari pagi tadi tak dengar khabar beritanya. Telefon bimbitnya di capai, nombor Zack didail tapi ..... hampa, hanya jawapan dari peti suara je yang menyambutnya menyuruh dia meninggalkan pesanan jika pentig... dia tak putus asa, di cubanya lagi sekali dan jawapannya tetap sama... Hisy ke mana pulak si Zack ni, telefon tak berangkat.. merisaukan aku jea.. sungut hatinya.. hurm try cal nombor rumah dia lah.. putus hatinya.

Didailnya nombor tersebut.. dengan sabar dia menanti sehinggalah talian di angkat.. suara wanita, mungkin orang gajinya atau ibunya kot, duga hatinya..

"Hallo, Zack ada??" tanpa memberi salam Zetty terus bertanya, terlupa seketika tentang budi dan adab yang sepatutnya..

"Zack?? Zack mana ni? takda orang nama Zack dalam rumah ni.." jawab wanita itu.

Zetty tersentak.. takda orang nama Zack? isk musykil... takkan aku salah nombor kot.. dikerlingnya sekali lagi nombor telefon yang tertera pada phone booknya... 03-33010101 rasanya sama yang seperti yang aku tekan tadi... dia mengerutkan dahinya...

"Maafkan saya puan, may be wrong number.." lemah dia memutuskan talian.

Hai ke manalah pulak mamat ni... biasa tak pernah begini.. merisaukan hati perut aku jea dia ni.. hisy mintak-mintak dia ok lah.


************

Zack berjalan perlahan-lahan, sesekali kakinya menendang batu-batu kecil yang terdapat di jalanan... sebuah keluhan berat dilepaskan... bangkai gajah kalau ditutup tetap akan mengeluarkan baunya juga, dan aku, walau pun seteguh mana aku menyimpan rahsia diri ni... tetap akan terbongkar juga suatu hari nanti.. aku tak boleh menolak fitrah hidup aku ni, siapa aku ni.. tapi aku sayangkan dia sangat-sangat...

Ya ALLAH kenapa seteruk ini aku diuji di dunia ini? sehingga terkadang aku merasa lelah dan penat, sehingga ku rasakan terkadang ingin menamatkan segalanya... tapi aku masih waras ya ALLAH, tak mahu ku tergolong dalam golongan penghuni neraka jahanam itu ya ALLAH...

***********

"Baby... tolong pegangkan my wallet.. I nak pergi toilet kejap..." pinta Zack tiba-tiba ketika mereka sedang menikmati makan malam tika itu..

Dan Zetty dengan senang hati menerima pemintaan kekasih hatinya itu... dalam menanti Zack kembali dari toilet.. terbuka hatinya untuk melihat isi wallet lelaki itu..

Senyumannya melebar bila melihat foto mereka berdua tersimpan elok dalam wallet Zack.. lega hatinya.. taulah dia, yang selama ini hanya dia di hati Zack.. perlahan tangannya menyelongkar isi perut wallet Zack... tiba-tiba dia terpandang ic lelaki tu.. perlahan di keluarkan dari tempatnya, teringin melihat wajah Zack ketika belasan tahun..

Hurm... cutenya dia..Zetty tersenyum... perlahan matanya melirik pula pada nama di ic.. pelik.. beberapa kali dia menggosok matanya.. gambar memang gambar muka Zack... tapi kenapa nama dia ZAKIAH NIRINA BINTI ZAKARIA...?? takkan adik dia kot? setahu aku Zack anak tunggal... dahinya mula berpeluh.. takkanlah...ah mustahil... dia menafikannya walaupun hatinya berat mengatakan ya..

Zetty cepat-cepat menyembunyikan raut wajah terkejutnya apabila melihat Zack menghampirinya... dan Zack seperti biasa wajahnya tetap bersahaja...

"Sayang, boleh I tanya sedikit?" soal Zetty tiba-tiba..

"Yup baby, nak tanya apa?"

Perlahan-lahan Zetty mengeluarkan ic Zack yang masih di genggaman.. di sorong perlahan kepada Zack, dan dilihatnya wajah Zack berubah pucat...

"Siapa Zakiah ek??" soalnya perlahan.

Zack terkelu.. sungguh dia belum bersedia menghadapi situasi ini... tapi.. segalanya telah terbongkar..

"Jawablah I tanya ni?? kenapa you diam?" kali ni nada suaranya bertukar keras sedikit

"I am sorry baby....I tak ad..." belum sempat dihabiskan bicaranya, Zetty sudah bangun..

"I hate you...!! " keras suaranya.. benci kerana berasa diri tertipu... dia bingkas bangun meninggalkan Zack..

"Baby wait... we need to talk..." Jerit Zack, pantas dia bangun mengejar langkah Zetty yang semakin menjauh..

"Nak cakap apa lagi Zack? ops lupa Zakiah..owh patutlah I call rumah you, mereka kata tiada orang nama Zack kat rumah you.."

"Baby I am sorry, I minta maaf sangat-sangat, I takda niat nak tipu you, memang I nak beritahu perkara sebenar ni pada you tapi tak sempat sebab you dah tahu dulu..

"Oh alasan...! you.. kalau I tak selongkar your wallet tadi, entah-entah sampai bila-bila pun I tak tahu apa-apa kan? kenapa mesti tipu I? you tahu tak berdosa besar??? you tahu tak? kenapa mesti libatkan I dalam perasaan songsang you hah?? kenapa?... sampai hati you..." teresak-esak Zetty meluahkan bicaranya. Hatinya terasa hancur berkecai, laksana berderainya sebiji gelas kaca yang dicampak dari ketinggian 25 tingkat...

"Baby..." dicubanya menghampiri Zetty, tersentuh sungguh hatinya melihat insan kesayangan berjujuran air mata. Jari jemarinya menyentuh perlahan wajah Zetty, ingin menyeka air mata yang gugur itu.. tapi pantas di tepis oleh gadis itu..

"Dont call me baby...! you tahu tak Nabi saw tak mengaku umatnya, golongan macam you ni Zack.." lemah nadanya, kecewa teramat sangat, tak sangka selama ini kekasihku kaum sejenis seperti diriku ini juga.

"I tak mintak pun dilahirkan macam ni baby, you ingat I suka ke macam ni, kadang-kadang I rasa sangat tersiksa, terperangkap dalam tubuh yang sepatutnya bukan menjadi milik I, tapi takda siapa pun nak faham.. I cuba nak berubah, tapi I perlukan masa." beritahunya lemah...

"Dah lah... I tak nak dengar apa-apa lagi, I nak balik... mulai hari ini I harap you jangan call I lagi, jangan jumpa I lagi, anggap kita tak pernah kenal, dan tak pernah ada apa-apa.. I harap you berubah.."

"Takkan kita tak boleh berjumpa sebagai kawan lagi baby?? Zack sayangkan baby sangat-sangat..." pohonnya..

"No.. I rasa ini yang terbaik untuk kita, tipulah kalau I kata I tak sayang you...tapi.. kita memang tak perlu ada apa-apa hubungan lagi lepas ni... selamat tinggal Zack.. I am sorry..." lemah suaranya, selemah aturan langkahnya...

Kalau ini yang Zetty mahu...aku rela, asalkan dapat melihat Zetty gembira dah terlalu cukup bagi aku...bisik hati kecilnya, maafkan Zack...

***********

Zetty menangis lagi, semenjak pulang tadi, air matanya tak henti-henti mengalir.. patutlah selama ni aku dengar suara Zack kadang-kadang lembut macam perempuan, patutlah selama ni aku lihat wajah Zack bersih tak ada kesan bulu-bulu misai dan janggut seperti lelaki lain... ya ALLAH terima kasih kerana akhirnya menggerakkan hatiku untuk melihat walletnya tadi.. dan Ya ALLAH maafkan aku dalam perhubungan ini... aku tak sengaja dan bukan niatku..

Dahlah Zetty, jangan menangis, benda dah jadi, kau menangis air mata darah sekalipun untuk kesalkan benda yang dah sedia terjadi ... tu macam kau tak redha je dengan ujianNya Zetty, kau kena ingat yang setiap yang terjadi tu mesti ada hikmahnya... pujuk hati kecilnya.

Ya.. aku tak perlu nak kecewa dengan benda ni, anggap aku hanya bermimpi ngeri dan esok bila aku bangun dari tidur, segalanya kembali kepada normal.

**********

Epilog

Suasana hiruk pikuk manusia membuatkan dia sedikit sebanya berasa tak selesa, yelah bayangkan tiap kali dia berjalanan pasti berselisih bahu dengan orang lain.. yelah ingat sikit kau sekarang di mana cik Zetty oi.. kat airport memanglah ramai orang, semua orang tertumpu kat sini... Zetty tersenyum kecil dengan omelan hatinya sendiri.

Dia melangkah perlahan-lahan berhati-hati membawa barang-barangnya, tak mahu peristiwa lalu berlaku kembali. Hampir 3 minggu meninggalkan tanah air.. membuatkan rasa rindu yang teramat pada udara Malaysia ni.. 3 minggu dia di Australia kerana tuntutan kerja... 3 minggu jugalah dia merindui makanan Malaysia.. hey memang aku tak boleh duduk luar negara, sebab tekak aku tak boleh terima masakan barat...

Sedang asyik melayan fikiran... tubuhnya terasa tiba-tiba dirempuh dan menyebabkan dia terdorong ke arah seorang wanita... tu dia... alahai..tak aku langgar orang, mesti orang langgar aku..hai nasib badan.. dia mengeluh.. Dia tunduk perlahan mengutip buku yang terlepas dari pegangan wanita tadi.. hurm.. " Dont be Sad" sempat matanya melirik pada tajuk buku itu.. nice tajuk...getus hatinya..

Dihulurkan buku itu pada pemiliknya...

"Maafkan saya cik.."pohonya perlahan..

"It's ok, saya pun cuai, jalan sambil baca buku... eh baby??" tiba-tiba wanita itu terjerit kecil

Zetty tersentak mendengar panggilan itu.. takkan "DIA" mustahil...!! perlahan dia mengangkat wajahnya, memandang wajah wanita itu..

"Siapa awak? takkan awak Zack??" terkejut lantas dia bertanya.

"Nama Zack dah lama berkubur.. sekarang I ialah Nirina.." beritahunya dengan wajah terukir manis, sungguh Zetty lihat wajah Zack lebih berseri-seri... lawanya dia bila jadi perempuan betuk-betul..

"Ya ALLAH Zack, ops Nirina... you dah berubah.. syukurnya ya ALLAH.." spontan dia memeluk tubuh Zack..

"Alhamdulillah semua ni sebab kehendakNYA, I lebih tenang dan gembira sekarang..." manis sekali senyuman itu di mata Zetty.

"Eh tu family I dah sampai, meh I kenalkan diaorang pada you.." selamba dia menarik tangan Zetty.. bukannya haram pun kan..

"Mummy, daddy, she is Zetty Amani, ala.. girl yang Nirina pernah ceritakan dulu.."

"Oh nilah dia Zetty .. auntie dah lama teringin nak jumpa Zetty yelah, sebab Zettylah anak auntie ni berubah..terima kasihlah banyak-banyak.." Puan Sri Nelina gembira, akhirnya impian ingin bertemu Zetty termakbul.

"Uncle pun sama macam auntie kamu..terima kasih banyak-banyak kat kamu.." Tan Sri Zakaria menyambung.

"Eh terlanjur kita berjumpa ni, apa kata kita lunch sama-sama, macam mana??" cadang Puan Sri Nelina

"Hurm molek gak tu auntie.. saya pun dah gian nak makan masakan Malaysia.. yelah dah 3 minggu tak makan...dah terliur ni" dengan nada jenaka dia menyutujui cadangan Puan Sri Nelina itu.

Friday, December 11, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ 11 ]


Dusshhh!!.. penumbuknya ringan hinggap mengenai wajah lelaki itu... tindakan refleks sebaik saja dia mencelikkan matanya tadi.

"Aduh.. kau ni kenapa Qish? pagi-pagi lagi dah cari pasal dengan aku.." Daniel mengaduh kesakitan, tak pasal-pasal rupa aku jadi macam panda hari ni, mesti mata aku bengkak sebelah ni, apa-apalah dia ni, angin tidak apa pun tidak.. hisy mengigau ke apa.

Alamaknya....! aku terlupa yang dia tu dah jadi suami aku, aku ingatkan peristiwa hari tu berulang kembali.. tapi... hairan.. kenapa aku bersama dengan lelaki ni? apa yang dia cuba buat dekat aku tadi ek? dia sedikit terpinga-pinga.

"Apa awak buat kat sini hah? awak nak buat apa tadi?" dia bertanya ingin kepastian, dipandangnya sekeliling bilik itu, eh aku kat mana ni? ni bukan bilik aku ni, nak kata hospital pun bukan.. eh tak kan dekat bilik hotel kot.. isk itu lagilah mustahil..

"Eh.. eh boleh pulak kau tanya aku apa yang aku sedang buat dekat sini? inikan rumah aku mestilah aku ada di sini, hisy kau tak ingat ke apa yang berlaku dengan kau semalam?" dia menyoal, orang nak kejutkan dia bangun, dia sedap-sedap pula hadiahkan aku ni penumbuk apa dia ingat muka aku ni serupa dengan punch beg ke apa, pagi-pagi lagi dah buat aku rasa nak marah.

"Semalam?? ada apa pasal semalam??" dia terdiam cuba diingatkan tentang peristiwa semalam, tu la bangun dalam keadaan terkejut otak pun jadi lembab sikit.. oh my God! dia tersentak.

"Qish.. kau sure ke kau tak apa-apa ni?" Suraya bertanya bimbang, ya lah dari semalam temannya asyik mengadu pening kepala dan tak sedap badan, dan hari ini wajah Balqish pula kelihatang ketara benar nampak pucatnya.

"Aku ok, kau tak payah risaulah.."

"Tapi muka kau nampak pucat sangat Qish, kalau kau rasa tak larat kau tak payahlah join game ni ek? kau duduk saja rehat, dan aku sure kita tetap boleh menang punya game ni.." Suraya memujuk, tak mahu terjadi apa-apa yang memudaratkan kepada temannya itu.

"Yalah Balqish, betul kata Su tu, awak rehat sajalah, tak payah paksa diri tu, lagi pun kita just main for fun, menang kalah tu adat saja ok.. " Haizam pula memujuk, memaksa Balqish berehat, kesian pula melihat staffnya yang satu itu bertungkus-lumus memastikan activity bowling mereka ini berjalan dengan lancar.

"Alah tak payah bimbanglah... ha dah sampai turn aku jalankan?" dia bangun malas melayan bebelan temannya itu, alah sakit pening sikit saja, bukannya teruk sangat, lagi pun aku bukannya budak manja yang sakit sedikit langsung tak boleh nak buat apa.

Bola bowling dicapainya, dengan sisa-sisa tenaga yang dia ada, dia melontarkan bola itu... dan serentak dia rasa tubuhnya ringan melayang jatuh dan terhentak sesuatu.. sakitnya..

"Oh no.." dia meraba bawah dagunya, memang bertampal.. luka akibat hentakan itu.

"Hah sekarang kau dah ingat balik tak?" Daniel bertanya tidak sabar, bila melihat Balqish seolah-olah dalam termenung.

"Semalam after kau pengsan, aku bawak kau balik sini, yelah tak akan aku nak tinggalkan kau macam tu saja depan member kau tu.."

"Hello... Daniel..!" kalut dia sampai terlupa memberi salam sebaik sahaja terdengar panggilannya di jawab.

"Ya ada apa.. kau ok tak Qish? kalut semacam saja ni kenapa?" Daniel bertanya hairan, apa pula yang perempuan ni hendak.. eh tapi kenapa suara dia macam lain saja.

"Oit saya bukan Balqishlah, ni Suraya kawan dia.. hisy suara isteri sendiri pun tak kenal, apa punya suamilah awak ni.." sempat dia menempelak lelaki itu.

"Eh..eh marah-marah kita pula, eh awak nak apa ni telefon saya ni hah? kalau setakat nak marah-marah saya tak payah telefonlah, buang masa saya saja tau.."

"Balqish pengsan ni, awak boleh datang sini tak?" urggh hampir terlupa aku tentang keadaan si Qish ni.

"Hah pengsan?? dekat mana?" macam mana pulaklah boleh pengsan ni, alahai perempuan ni..

Setelah diberitahu dimana lokasinya, dia memang terus bergegas ketempat itu, habis segala aktivitinya ditinggalkan begitu saja.

"Saya nak jumpa suami dia? siapa suami puan Balqish?" seorang lelaki yang separuh usia berpakaian kot putih keluar dari sebuah bilik pemeriksaan, dan Daniel yang termengah-mengah baru tiba terus menghampiri lelaki itu.

"Saya suami dia doktor.." dia memberitahu.

"Ok encik..."

"Panggil saya Daniel.."

"Ok Encik Daniel tahniah.."

"Tahniah untuk apa doktor?" hairanya isteri aku sakit pun dia boleh ucap tahniah pulak..

"Ya.. tahniah sebab isteri awak mengandung 7 minggu..." ucap doktor itu kepadanya dengan riak wajah yang gembira.

"Hah.. mengandung?" terkejutnya aku, gembirakah aku? apa perasaan aku sekarang ni? dia bertanya pada dirinya sendiri..

"Keadaan isteri awak masih agak lemah, tapi ini perkara biasa bagi ibu muda yang baru pertama kali mengandung, so saya harap selepas ini encik jangan biarkan isteri encik banyak lakukan kerja, yalah untuk awal-awal waktu kehamilan, biasanya kandungan masih belum kuat jadi kena lebih banyak berhati-hati untuk mengelakkan benda yang tak diingini terjadi, pastikan dia mendapat rehat yang secukupnya, makan makanan yang berzat supaya baby dalam perut sihat.." panjang lebar doktor itu memberi nasihat kepadanya namun dia seolah tak berapa nak dengar.. fikiran entah melayang entah ke mana, aku nak jadi ayah? macam tak percaya saja.. dia mengeluh.

"Awak oh awaknya...eh eh mengelamun pulak dia ni, penat saja kita cakap dengan dia, dia boleh pulak layan perasaan" Balqish melambai-lambai tangan pada wajah lelaki itu.

"Hah kenapa?" terkejut sedikit sehingga menghilangkan terus bebelan doktor itu yang seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya lagi.

"Awak tu saya panggil buat tak dengar saja, ingatkan girlfriend ke apa?" geram betul, Balqish bingkas bangun, rasa sedikit segar daripada semalam.

"Eh kau nak ke mana tu Qish?"

"Saya nak mandilah, rasanya dari semalam saya tak mandi lagi tau, lepas mandi nanti saya nak balik rumah sewa saya, awak boleh tolong hantarkan tak? kalau tak boleh pun tak apa, saya cari teksi saja nanti.." eleh aku boleh hidup tanpa kau tau, jangan harap aku nak bergantung dengan kau.

"Hah nak balik rumah sewa??" isk tak boleh-tak boleh, jangan harap kau boleh duduk sendiri selepas ni.

"Yelah.. kenapa? tak akan tak boleh kot?" orang nak balik rumah sendiri pun dia boleh buat muka terkejut.

"Aku rasa lebih baik kau terus duduk dengan aku sekalilah sekarang ni, yalah kau kan mengandung, apa-apa jadi kan senang kalau aku ada, aku tak nak benda macam semalam tu jadi balik.. pening aku tau.."

"Duduk dengan awak?? tapi..." aku kesian dekat Su, nanti dia tak ada kawan pula kat rumah tu, mesti dia sunyi nanti.

"Tak ada tapi-tapinya ok, aku dah ikut cakap kau dulu, so sekarang kau kena ikut cakap aku pula, barulah fair.."

Isy sejak bila pula dia jadi suami yang bertanggungjawab ni? hairan bin musykil dah aku ni.. ke dia ni masih lagi mimpi, mamai-mamai..

"Mengigau apa pulak awak ni? lupa ke kita kahwin sebab apa? kan ke kita bebas tentukan hala tuju hidup kita ni?" tak suka betul kalau ada yang nak kawal hidup aku ni, rimas tahu tak.. Balqish mendengus geram.

"Yelah tu memang aku tahu, tapi itu sebelum aku tahu kau dah mengandung, so sekarang baby tu anak aku, dan aku papanya, so aku ada hak untuk jaganya sekali tau.."

Hisy bencilah dia ni.. semua nak kena ikut cakap dia, baru berapa hari dah tunjuk perangai kejam dia.

"Lepas ni kita pergi rumah sewa kau ambik barang-barang kau.." tegas dia memberi arahan. Kalau aku berlembut mesti ada saja helahnya, si Balqish ni dahlah licik.. ada saja ideanya nak lari dari aku nanti.

"Kalau saya tak mahu ikut kehendak awak ni?"

"Kau buatlah kalau kau tak malu nak aku dukung kau depan jiran-jiran kau nanti, kalau mereka tanya aku jawablah kau tak mahu berenggang dengan kawan baik kau tu? kau jangan cabar aku.." heh.. ingat aku main-main ek, kau tak tengok lagi aku buat gila, nanti kau juga yang malu, banyak songeh betul perempuan ni.

Kecut mendengar ugutan lelaki itu.. hai nampaknya aku macam tak ada apa-apa pilihan saja... alahai nasib dapat suami gila kuasa macam dia ni, cakap dia saja yang nak kena ikut.

*********

"Ni kenapa dengan kamu ni Daniel? malam-malam pun pakai spek hitam? buang tebiat ke apa kamu ni?" Tan Sri Darwish menegur hairan ketika mereka sekeluarga sedang asyik menikmati makan malam bersama keluarga Dato' Zakuan.

"Niel sakit matalah daddy.." dia memberi alasan.

"Sakit mata? kenapa dengan mata kamu tu??" Puan Sri Nuha pula menyampuk, risau pula mendengarnya, yalah sakit mata bukan boleh dibuat main, silap-silap boleh berjangkit pada orang lain.

"Kena sengat dengan seranggalah mummy, waktu Niel tengah tidur.." dia memberi alasan namun dalam hati rasa nak tergelak dengan alasan sendiri, heh sengat dengan serangga gergasi mummy, dia merujuk kepada Balqish yang menjadi punca utamanya.

"Aduyyy.. perlahanlah sikit.. kau ni kasarlah nak bunuh aku ke?" dia mendengus, geram bila Balqish agak kasar menuam matanya yang mula melebam.

"Sorrylah.. tak sengaja.." dia membalas alah tekan sikit pun dah sakit, lembik betul dia ni.

"Semua kau punya pasallah, ni kalau mummy aku nampak mesti dia bising.. hisy aku nak jawab apa nanti kalau dia tanya hah?"

"Alah awak jawablah awak kena sengat dengan serangga, itu pun jadi masalah..hehe" dia menekap tangan ke mulutnya menahan tawa yang hampir memburai, kelakar sungguh hari pertama tinggal bersama, lelaki itu sudah lebam di tumbuknya.. hai tak dapat nak bayangkanlah kalau lama-lama duduk bersama, salah dia juga siapa suruh rapat sangat waktu nak kejutkan aku tadi, kan dah kena sebiji.

"Hah yang kau tersenyum-senyum ni kenapa? tu mesti mengata aku kan?" dia menarik muka masam, amboi bukan main seronok lagi kau ya gelak-gelakkan aku, kau ingat aku tak tahu yang hati kau tu bukan main gembira menggelakkan aku.

"Mana ada, awak ni perasanlah.. hisy tak baik tau bersangka buruk.."

"Yalah tu, pandailah kau nak menjawab, hisy ada-ada sajalah kau ni.."

"Niel oh Niel, hisy budak ni kita cakap dengan dia, dia boleh pulak termenung, entah fikir apalah tu, sekejap berkerut sekejap tersenyum.. " Puan Sri Nuha membebel geram dengan telatah anak bujangnya.

"Hah.. mummy panggil saya ke? " aduh boleh pulak termengelamun tadi.. semua kau punya pasallah ni Balqish.

"Ha'ah banyak kali mummy dok seru-seru nama kamu, kamu ni kenapa? sihat ke tidak? termenung memanjang.."

"Niel rasa tak sedap badanlah mummy, Niel nak rehat, nak balik dululah.." dia meminta diri, sebenarnya hanya sekadar alasan saja, tak sanggup nak hadap muka si Suhail yang duduk control ayu dihadapannya dengan tingkah sopan santun macam perempuan melayu terakhirlah tu konon.. hisy meluat aku, macamlah aku tak tahu perangai sebenar kau, pandai sungguh kau bermuka-muka kan perempuan.

"Balik?? apa kata Niel bermalam di sini saja, kalau apa-apa jadi mummy ada nak tengok-tengokkan keadaan Niel nanti.." Puan Sri Nuha memberi cadangan.

"Tak apalah mummy, Niel dah besar, pandai-pandailah jaga diri.. mummy tak perlu nak risau.."

Qish, Qish nasib baik juga kau tumbuk aku tadi, ada juga alasan aku nak lepaskan diri dari semua benda mengarut ni..

"Minta diri dululah mummy, daddy, autie, uncle.." pohonnya, rimas berlama lagi di sini.

*********

"Saya tak suka susulah.. tak nak minum boleh tak?" dia membuat mimik muka kononnya mohon dikasihani dan lelaki itu akan belas melihatnya.

"Jangan nak mengada-ngada, cepat minum.. kalau tak aku akan tunggu kat sini sampai kau habiskan segelas susu tu.." suruh minum pun susah, nanti apa-apa jadi karang mengadu dekat doktor kata aku tak jaga dia dengan betul, aku jugalah yang kena.

"Hisy.. bencilah awak ni suka paksa-paksa orang," dia merungut siap menghentak-hentak kaki lagi, aku dahlah tak suka minum air susu, boleh pulak dia buatkan suruh minum siap ugut-ugut lagi.

"Benci pun bencilah, ni untuk kesihatan kau juga, dah minum cepat, jangan nak merungut macam orang tua atau... kau nak aku tolong suapkan ke?" dia mengangkat kening, mengusik Balqish, tangannya dipanjangkan cuba mencapai gelas susu itu namun Balqish lebih pantas mencapainya dulu.

"Tak payah.. saya boleh minum sendiri.." masam wajahnya melihat tingkah Daniel itu, dahlah suka paksa-paksa orang lepas tu suka mengugut pula, gelas susu itu dipandangnya lama.. hai rasa kembang pula tekak aku ni.. ni belum lagi minum dah rasa loya.

"Yang kau tenung saja air tu kenapa? kau ingat kalau kau tenung saja, air tu akan masuk dalam mulut kau tu sendiri ek? cepatlah minum aku dah mengantuk ni.." dah mula rasa bosan, minum pun payah..

"Yalah-yalah.." lambat-lambat dia meneguk air itu.. yarkk! rasa macam nak keluar balik ni.. dan Daniel tersenyum lebar melihat tingkah Balqish.

"Ha.. habis pun.. bukan susah pun kan?" dia menyindir sengaja mahu mengusik Balqish yang berkerut-kerut menahan mual.

Gelas yang telah kosong itu dihulurkan kepada lelaki itu.

"Nah! sekarang dah puas hati kan? dah sila keluar dari bilik ni, saya nak tidur.." direbahkan badannya ke katil kononnya mahu melelapkan mata, namun tak sampai seminit dia bangun kembali berlari ingin ke bilik air namun terlanggar pula tubuh Daniel yang masih lagi tercegat dalam biliknya itu..

Uweekkk!! habis terkeluar segala isi perutnya, dan tepat mengenai tubuh lelaki itu.

"Qishhhh!!" hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya, nak marah pun tak guna rasanya.

Balqish berjalan menuju ke bilik air, segala yang dimakannya tadi telah habis keluar kini gara-gara segelas susu tadi. Haa.. padan muka kau, tulah paksa lagi aku tadi, kan dah kena.. sempat lagi hatinya mengata lelaki itu.

"Apa awak buat dekat sini? pergi masuk bilik air dalam bilik awak tulah.." jeritnya bila Daniel menolak pintu bilik airnya itu.

"Banyak songeh kau, aku dah rasa nak pitam ni," selamba dia menanggalkan baju t-shirt yang dipakainya, tak peduli Balqish yang berada di situ.

"Nanti kau cuci baju aku nih.. dah-dah aku nak mandi.."

Hisy tak malu betullah dia ni.. Balqish merungut perlahan.

"Qish aku nak tuala.." jerit lelaki itu dari dalam bilik air selepas hampir 15 minit membersihkan diri.

"Hisy nak tualalah pulak, aku mana ada tuala spare, ah bagi sajalah tuala aku ni.." dicapainya tuala miliknya lalu dihulurkan kepada tangan milik lelaki itu yang menjulur keluar dari sebalik pintu.

"Hehehe macam budak-budaklah kau ni Qish, dah tua-tua pun pakai tuala Hello Kitty.." kedengaran lelaki itu mentertawakannya.

Dia ni memang tak sayang mulutlah, kira ok aku nak bagi kau pinjam tuala, kalau tak bagi tadi baru kau tahu..

"Banyak cakaplah awak ni, kalau saya tahu saya tak bagi awak pinjam tuala tu, orang dah bagi pinjam dah kira untunglah.. bukan nak ucap terima kasih dekat kita lagi dia nak kutuk-kutuk adalah.. "

"Aku tak kisah kalau keluar tak pakai tuala pun, masalahnya aku takut kau pengsan lagi macam hari tu.." terkenang peristiwa pertama kali bersua dulu, Balqish yang pengsan kerana melihat dirinya tanpa berpakaian.

Ceh.. sempat lagi dia kutuk aku, geram betul Balqish merungut geram.. dari dalam bilik air dia dapat mendengar lelaki itu tertawa gembira, mungkin seronok mengenakan dia.

"Malaslah layan awak.. saya nak tidur.. sila kembali ke bilik awak dan lepas tu sila kunci sekali pintu bilik saya ni, saya tak mahu ada sebarang gangguan terutama gangguan dari awak" Dia merebahkan tubuhnya, terasa sedikit lemah mungkin kerana akibat muntah tadi. Hai macam tak percaya saja yang aku ni dah mengandung, macam masih dalam mimpi saja.