iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Sunday, December 25, 2016

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[39]




Dalam silau-silau cahaya lampu kereta pandangan matanya menangkap pada satu susuk tubuh yang baru melangkah keluar dari perut kereta yang berhenti tidak jauh darinya. Cuba diamati siapa gerangan yang tiba itu. Berkerut-kerut dahinya.. tapi dia tak pasti.

"Qish, nak ke mana pula ni malam-malam bawak beg?" Tegur satu suara yang amat dikenalinya itu.

Air mata yang sudah menjadi teman setianya sedari tadi kembali mengalir lebat di pipi, menitis jatuh terus ke bumi sebaik sahaja dia mendengar suara itu.

"Su... ya ALLAH, kau datang tepat pada masanya..." Ungkapnya bersama esakan yang tak tertahan.

"Apa yang terjadi ni Qish? Kau nak ke mana? Mereka halau kau ya, Daniel halau kau ek?" Soal Suraya kabut... Rawan melihat wajah sembab Balqish di sebalik sinar cahaya bulan. Entah kenapa hari ni dia tergerak untuk menjenguk Balqish.. lalu diajaknya tunangnya itu singgah menemui Balqish.. Tak sangka pula dia akan bertemu dalam keadaan Balqish begini. Wajah sendu itu diperhatikan. Cuba diamati, takut-takut ada kesan cedera pula yang menempek di wajah itu tapi alhamdulillah tiada.

Huh.. apalah yang dibuat oleh si Daniel ni lagi? Dia ni memang tak boleh harap langsung, ada saja benda yang dibuat tu melukakan Balqish. Memang nak kena mamat ni, siap kau kalau aku jumpe nanti. Aku pijak-pijak kaki kau sampai berlubang dengan high heel aku ni. Dia menggetap bibir.. hatinya kuat mengatakan yang Balqish jadi begini dek kerana lelaki itu.. Ya dia mesti punca utamanya.. Siapa lagi kalau tak bukan dia?

Tubuh Balqish yang sedang tersedu itu diraih ke dalam pelukan.. Entah kenapa hatinya sangat sakit melihat keadaan Balqish kala ini.

"Qish kau nak kemana sebenarnya?" Dia menyoal lagi setelah beberapa kali soalannya terbiar sepi tanpa sebarang jawapan.

Balqish menggeleng...

"Jom ikut akulah kalau macam tu.." Ajak Suraya. Risau juga sesuatu yang tak elok akan terjadi pada teman nan seorang ini. Beg pakaian di tangan Balqish di capainya dan dimasukkan ke dalam kereta.

"Qish.. jom.." Dia menarik perlahan tangan sahabatnya itu..

"Qish...."

Sekali lagi dia memanggil bila melihat Balqish hanya pegun tidak bergerak..

"Kau ikut aku balik... nanti dah sampai rumah kita bincangkan macam mana cara nak selesaikan masalah kau ni lagipun kesian Risyia tuh. Mesti dia sejuk kena dengan angin malam..."

Dengan langkah yang berat, lambat-lambat dia memasuki perut kereta... memandang lagi kea rah rumah agam itu. Mungkin untuk kali yang terakhirnya.

Kita bertemu dalam tidak diduga. Entah mengapa dalam diam, rasa sayang ini mula hadir memekar dalam jiwa ini. Mungkin inilah takdirnya yang bahagia itu bukan semestinya menjadi milikku. Selamat tinggal sayang. Izinkan aku berlalu dalam hidupmu. Semoga bahagia itu menjadi milikmu. Mengiringi setiap hari-harimu. Bisik hatinya..

"Abang, kita bawa Qish balik rumah Su lah ya..." Suraya memandang ke arah tunangnya. Hai nampaknya plan nak keluar tengok wayang midnight terpaksa dibatalkan. Ah tu semua tak penting... yang penting sekarang ni ialah untuk berada di sisi temannya itu. Dia tahu yang Balqish amat-amat memerlukan sokongannya kala ini.

"Ok.." Lelaki itu mengangguk setuju. Dia faham benar yang Suraya memang teramat sayangkan Balqish dan dia sendiri pun amat menyenangi Balqish sepanjang mengenali wanita itu melalui Suraya..

Suraya risau sepanjang perjalanan itu mereka semua hanya selesa membisu. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Balqish melalui cermin kereta. Tak sabar hati untuk mengetahui apa yang terjadi pada rumah tangga temannya itu.

Tunangnya yang tenang memandu di sisinya dipandang lama. Nasib baiklah lelaki ini jenis yang memahami. Minta-mintalah dia tidak buat perangai andai kami berumahtangga kelak.

"Kenapa??" Soal lelaki itu.. hairan melihat Suraya yang asyik merenungnya sedari tadi..

"Err... tak ada apa-apa..." Suraya menggeleng kepala laju..

"Kalau tak ada apa-apa kenapa pandang abang macam tu sekali?"

"Er... aa.. abang tak kisah ke kita batalkan temujanji kita ni?" Serba salah pula pada lelaki itu. Dah sekarang ni mereka memang sukar untuk berjumpa. Lelaki itu terlalu sibuk dengan tugas-tugasnya..

"Tak adalah.. Balqish lebih penting sekarang ni... temujanji kita, bila-bila pun boleh..."

"Terima kasih abang..."

Beruntungnya aku dapat tunang yang amat memahami seperti dia ni. Sejuk hatinya mendengar lafaz yang terkeluar dari bibir lelaki itu.

"Tak ada hal sayang... "

Suraya tersenyum...

"Sorry aku menyusahkan korang berdua." Suara serak Balqish tiba-tiba menampar telinga. Agaknya barangkali Balqish mendengar perbualan antara mereka tadi..

"Tak ada susahnya Qish. Kau kan kawan aku dan nilah gunanya kawan. Sentiasa ada susah dan senang. Kau kan tahu yang aku tak akan sesekali pun benarkan kau sendirian menyelesaikan kemelut ni."

"Thanks Su.. aku dah banyak susahkan kau.. "

"Qish.. untuk kau aku rela disusahkan... tak apa.. janji kau bahagia.."

Balqish diam. Rasa terharu mendengar kata Suraya itu. Sungguh.. Surayalah kawan terbaik yang pernah di milikinya.

Moga ALLAH sentiasa merahmati kehidupan kau Su... doanya dalam hati, ikhlas...

**********


Dari kejauhan, matanya menangkap pada sinaran lampu kereta yang baru saja keluar daripada perkarangan rumah itu..

Eh siapa pula yang datang? Daniel tertanya-tanya dalam hati...

Ah pedulilah... tak penting pun..

Seusai saja dia meletakkan keretanya di garaj... cepat-cepat dia melangkah keluar dari peut kereta.. tak sabar rasanya untuk menyampaikan perkhabaran gembira ini pada Balqish..

Sunyi je rumah ni... mana pula perginya Balqish ni..

"Qish.. oh Qish.. abang dah balik ni.." Dia memanggil namun tetap sepi tanpa sahutan..

Daniel mula tak sedap hati. Gopoh-gopoh dia memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas, langsung tak peduli akan pandangan pelik kedua ibu bapanya.

Pintu kamarnya di tolak rakus. Kosong... bilik itu tiada siapa-siapa. Balqish tidak berada di situ. Hairan..

Dia berpusing. Melangkah keluar dari bilik itu.. ingin mencari di bilik-bilik yang lain pula. Manalah tau kot-kot Balqish merajuk. Bawa diri ke bilik yang lain namun langkahnya terhenti tiba-tiba.. dia berpusing kembali. Matanya menangkap ke arah almari pakaian yang sedikit terbuka.

Jangan-jangan Balqish.... Tidak ini semua tak boleh terjadi! Dia cuba menenangkan dirinya. Terketar-ketar tangannya membuka pintu almari pakaian itu.

Tidak! Daniel terduduk di situ juga. Bila melihat isi almari itu separuh kosong. Bakaian Balqish hanya tinggal separuh dan begitu juga dengan pakaian Batrisyia.

Ya ALLAH... kenapa kau sanggup buat abang macam ni Qish?

Kereta tadi... ya.. dia teringat akan kereta yang dia terserempak meninggalkan rumahnya. Mesti ada kaitan dengan Balqish!

Gopoh-gopoh dia berlari keluar dari biliknya menuruni anak tangga. Balqish mesti dicari juga malam ini. Dia bimbangkan keselamatan isterinya itu dan anaknya

"Lajunya... kamu nak kemana pula ni Niel? Balqish mana?" Tegur Tan Sri Darwish. Hairan barangkali meihat tingkahnya.

Daniel hanya membiarkan saja soalan itu. Otaknya berserabut teramat sangat tika ini. Kalau aku jawab karang terkeluar pula perkataan kasar. Ini semua mereka punya pasallah.

Ah mana nak di cari Balqish malam-malam begini? Dia buntu.

Telefon bimbit yang berada dalam kocek baju melayunya dikeluarkan. Nombor telefon Balqish didailnya laju.

Lama dia menunggu panggilan dijawab. Namun hampa.... Panggilannya terus terbiar sepi masuk ke voice mail.

Qish tolonglah jawab. Tolonglah jangan buat abang risau macam ni. Desis hatinya.

Naik lenguh jari-jemarinya mendail nombor Balqish berulang kali namun tetap sama.... Tak ada jawapan...

Daniel hampa.... Aduhh.. Mana nak cari dia malam-malam macam ni? Dia gusar. Dahlah aku tak berapa tahu siapa kawan-kawannya, yang aku kenal kawan dia cuma seorang saja.. si Suraya tu.

Suraya??

Hah jangan-jangan si Qish ada dengan dia tak?

Nombor telefon Suraya didailnya pula.

"Hello Suraya.. Qish ada dengan awak tak?" tTnpa memberi salam dia terus bertanya.

"Qish?? Eiii isteri awak.. takkan tak tahu ke mana dia pergi?" sindir Suraya geram.... Heii kalau aku tahu pun jangan harap aku bagitahu kau.

"Su.. saya tak ada masa nak dengar sindiran awak tu. Qish ada dengan awak tak? Cakaplah.. jangan tipu saya."

"Dia tak ada di sini."

"Tak ada??"

"Ha'ahlah..." jawab Suraya.. Hisy serba salah pulak aku ni. Tak faham aku apa kena dengan mereka berdua ni. Perang besar sangat nampaknya. Balqish yang sedang berehat di sofa di pandang sekilas. Nampak teruk sangat keadaan temannya itu, menangis sampai bengkak-bengkak mata.

"Mana saya nak cari dia ni?? Suraya kalau Qish call, awak cakap saya cari dia. Dahlah saya call dia tak berangkat. Saya risau sangat ni."

"Yalah-yalah... dah lewat malam ni. Saya dah mengantuk." Suraya memberi alasan. Selebihnya dia tak sampai hati untuk terus menipu bila mendengar suara risau Daniel di hujung talian.

"Oo.. ok sorry ganggu awak.."

Qish manalah sayang pergi ni? Kenapa tak tunggu abang balik dan kita boleh berbincang apa-apa yang Qish tak puas hati. Kenapa mesti Qish bertindak terburu-buru macam ni. Tak sayangkan abang ke?

"Hah kamu ni kenapa Niel, macam orang hilang anak saja kenapa? Balqish mana? Dah tidur ke?" Soal Puan Sri Nuha yang muncul tiba-tiba. Hairan melihat si anak kelam kabut tanpa mengetahui hujung pangkal sebabnya.

"Qish tak ada" Perlahan dia memberitahu..

"Hah? Yalah mummy tahulah dia tak ada di sini, dia dalam bilik ke? Dah tidur ya?" Masih tak faham apa yang terjadi.

"Bukanlah mummy. Qish dah tak ada. Dia dah pergi dari rumah ni. Bawa anak kami sekali. Dia dah tinggalkan Niel." Lirih dia memberitahu dengan nada sendu seperti anak kecil mengadu kepada ibunya..

"Apa? Tak ada? Dah pergi?"

Ya ALLAH.. mesti Balqish terasa dirinya sudah tak diperlukan di sini. Sampai dia mengambil keputusan pergi membawa diri.

"Entahlah mummy. Ini semua salah Niel. Tak berterus-terang."

"Dah tu kamu nak buat apa lagi? Apa pasal tercegat lagi di sini? Pergilah cari dia."

"Nak cari dekat mana mummy? Niel tak tahu dia pergi mana.. call pun tak berjawab."

"Hah.. kalau macam tu kita buat report polis jelah.." Puan Sri Nuha memberi cadangan. Hisy risau pula tentang cucu dan menantu yang tidak diketahui khabarnya. Selamat ke tidak di luar tu waktu malam-malam macam ni. Dia mengeluh. Salah dia pun ada juga mungkin Balqish terasa hati dengan kata-katanya tapi nak buat macam mana lagi? Dah terluncur pun. Nak tarik balik kata itu pun dah tak berguna. ya ALLAH maafkan mummy.

"Belum cukup 24 jam macam mana nak buat report.."

Daniel menghempaskan punggunnya pada kerusi yang terdapat di luar rumah itu. Fikirannya buntu. Rambutnya sendiri pun dah kusut masai akibat beberapa kali dia menggaru-garu kepala yang sememangnya tak gatal.. kusut! Serabut!

Friday, December 23, 2016

Novel : Bahagia Yang Jauh [1]

Izinkan daku mendakapmu...
 


Vee berjalan perlahan-lahan terhincut-hincut dengan bantuan sebatang tongkat kerana sebelah kaki yang masih lemah untuk digerakkan. Menikmati pemandangan di persisiran pantai yang bersih tanpa sebarang sampah itu. Sengaja dia biarkan kakinya basah disentuh oleh ombak kecil yang nakal mengusik. Membawa diri ke sini. Mengisi jadual petang yang kosong tanpa ada sebarang aktiviti. Kaysha teman baiknya itu yang beria mahu dia menemani ke sini. Menemani Kaysha yang sedang menyiapkan tugasan outdoor photoshoot dengan 1 pasangan pengantin tidak jauh darinya.

Pasangan pengantin berasal dari Pulau Indah ini jadi mereka mahu mengabadikan kenangan manis di tanah kelahiran sendiri di pantai bernama Pantai Acheh ini. Ada juga yang memanggil pantai ini dengan nama Pantai Tanjung Piai.

“Ouchh!” Dia terjerit kecil. Bergegar tubuh bila dirempuh tiba-tiba sehingga dia tidak mampu mengawal diri. Vee rebah terjatuh. Terlentang di gigi air. Basah habis pakaian yang dipakai dan sebaik dia mencelikkan mata dilihat ada seorang kanak-kanak perempuan yang comel elok saja tertiarap di atas tubuhnya membuatkan dia bertambah tergamam. Anak siapa pula ni? Dia tertanya-tanya sendiri. Anak itu tak pula menangis pun, malah tersenyum kepadanya menampakkan barisan gigi yang belum tumbuh sepenuhnya. Membuatkan dia berasa sedikit tenang, sehingga terlupa tubuhnya yang masih berada di dalam air dengan pakaian yang basah lencun.

Vee duduk perlahan-lahan dengan anak kecil itu dipeluknya sekali. Takut tersungkur pula dalam air. Lemas nantikan susah. Desis hatinya. Dia melihat ke kiri dan kanan, mencari-cari kelibat keluarga kanak-kanak itu dan dari kejauhan dia melihat seorang lelaki yang sedang berlari-lari kecil sambil mendukung seorang lagi anak kecil datang gopoh mendekat, menghampirinya. Terpamer jelas riak resah di wajah lelaki itu.

“Maaf cik, anak saya si Ary ni memang lasak sedikit, beza sungguh dengan adik kembarnya si Ain ni.” Ucap lelaki itu serba salah sambil mengangkat tubuh anak kecil yang dipanggil Ary bangun dari tubuhnya.

“Tak apalah encik, budak-budak biasalah. Tengah nak membesar, mesti lasak sikit, lagipun saya tak apa-apa. Tak cedera pun ni.” Dia tersenyum memandang lelaki itu. Patutlah anak dia comel, ayah dia pun boleh tahan juga. Sempat hati memuji.

Si kecil itu dilihat riang berceloteh dengan patah bicara yang masih pelat kurang jelas sebutan. Seronok benar nampaknya. Kadang-kadang nampak ligat menangkap buih-buih air laut yang terhasil dek hempasan ombak. Sedikit pun tak menghiraukan keadaan sekeliling.

“Ary minta maaf dekat auntie cepat!” Arah si ayah.. tapi anak kecil yang dipanggil Ary itu langsung tidak mengendahkan arahan ayahnya bahkan semakin rancak pula berlari ke sana-sini dan sesekali mengusik kembarnya yang agak malu-malu.

“Ary ni memang suka sangat dengan air. Kalau dekat rumah tu, pantang saya terleka sedikit dia memang akan terjun dalam kolam renang, pernah sekali hampir lemas tapi nasib baiklah. Risau juga saya kadang-kadang tu” Sambung lelaki itu.

Vee tersenyum melihat telatah anak-anak itu, teringat pula zaman lampaunya dulu, lansung tidak pernah dia punya peluang merasai hidup bermesra dengan keluarga seperti insan lain. Layanan keluarganya terhadap dia sangat berbeza, walaupun tak ada melakukan silap, dia tetap akan dimarah tanpa sebab. Maki hamun ibarat hidangan wajibnya setiap hari. Dia menggetap bibir. Tak tahu apa salahnya sehingga dia dinafikan hak sebagai seorang anak kepada ke dua ibu bapanya. Walaupun dibesarkan oleh ibunya kerana kedua ibu bapanya sudah bercerai sewaktu dia masih bayi lagi tapi tiada kemesraan antara dia dan ibunya, Puan Sharina, dengan bapanya lagilah… pandang muka pun lelaki itu tak sudi dahulu apatah lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Aku anak terbuang yang dibenci oleh darah daging sendiri. 

“Cik awak okay ke?” Lelaki menegur bila melihat dia sedikit diam dengan wajah yang muram seolah sedang meladeni sesuatu.

“Er ah.. ya saya ok, maafkan saya, termengelamun pula..” Dia bangun perlahan-lahan. Rasanya dah lama dia terduduk di sini, dan lelaki itu cepat-cepat menghulurkan tangan ingin membantu. Lama di memandang tangan itu dan lambat-lambat barulah dia menyambutnya dengan berat hati, sekadar cuba menjaga air muka lelaki itu.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu bila dia terperasan yang renungan mata lelaki itu tertumpu  ke arah tubuhnya. ALLAH…. Baru dia teringat.. t-shirt pink pudar yang dipakai telah basah habis kini dan pasti menampakkan pakaian dalamnya sekali apatah lagi hari ini dia cuma menyarung selendang yang diselempang saja ke belakang. Wajah bertukar rona merah, panas semerta. Malu… dan sepantas kilat dia menyilangkan kedua tangan menutup ke arah dadanya itu.

“Ermm maafkan saya..” Ujar lelaki itu. Serba salah mungkin.

“Cik tunggu sini kejap ya.. tolong tengok-tengokkan sekali budak berdua tu ya.” Lelaki itu memohon sebelum berlalu. Tak sempat nak kata apa. Malunya dia melihat aku macam ni. Vee mengeluh.

“Comel-comelnya anak kakak.” Tersentak bila ditegur begitu dan bila dia berpaling dilihat seorang perempuan sedang melangkah ke arahnya. Anak-anak aku dia kata? Iskk biar betul dia ni. Budak-budak tu ada rupa akukah? Berkerut-kerut dahinya.

“Err.. tak..aa…” Dia tergagap-gagap ingin menjawab.

“Siapa nama mereka berdua ni kak?” Perempuan itu bertanya lagi. Ramah. 

“Ary dan Ain cik.” Err betul ke? Entahlah… Vee ingat-ingat lupa sudah.

“Oh.. berapa umur mereka ni kak? Geram saya tengok telatah mereka ni dari tadi sebenarnya. Rasa tak sabar pula nak berumah tangga.”

“Umur budak-budak ni.” Isk berapa ek? Dalam teragak-agak mencongak dia cuba menjawab soalan wanita itu tiba-tiba dia mendengar ada suara garau yang sudah tolong menjawab bagi pihaknya.

“Umur mereka baru setahun 9 bulan cik.”

Vee berpaling sambil tersenyum senang. Datang pun ayah mereka. Lega hati bila melihat kelibat ayah kepada ke dua orang kanak-kanak itu. Kalau tak mahu juga mati akal dia untuk menjawab pertanyaan wanita yang terlebih ramah itu. Lelaki itu menghulurkan sehelai tuala kepadanya, Agaknya baru diambil sebentar tadi ketika lelaki itu meminta diri seketika.

“Oh.. patutlah anak-anaknya comel-comel belaka, ayah dengan mama dia pun lawa sangat.” Ucap perempuan itu memuji lepas tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya hingga membuatkan Vee dan lelaki itu berpandangan sesama sendiri dan tergamam.

“Err cik.. awak…” Vee bersuara cuba menjelaskan status dia dan lelaki itu namun tidak sempat memberi penjelasan perempuan itu sudah memotong laju.

“Ok saya kena pergi dulu. Tunang saya dah sampai pun tu. Saya pun teringin nak ada anak kembar seperti anak-anak akak dengan abang.” Ucap gadis itu sebelum berlalu.

Perempuan ni dah salah anggap dengan aku pula ni. Vee mengeluh sendiri sambil menghantar langkah wanita itu dengan pandangan mata.

Lama mereka terdiam melayan perasaan sendiri. Hanya suara ombak dan anak-anak itu saja yang kedengaran mengisi sunyi.

So?” Soal mereka hampir serentak.

“Er.. nama saya Hans. Kita belum berkenalankan dari tadi?”

“A’ah hampir terlupa, dan saya Vee Layla tapi panggil Vee saja.”

“Oh hai Cik Vee… unik nama awak.” Lelaki itu memuji. Vee tersenyum mendengarnya. Bukan kali pertama dipekatakan orang bergitu.

“Vee aku dah sudah ni, jom… eh kenapa kau basah-basah ni. Aku dah kata dah duduk saja dekat khemah yang aku pasang dekat kereta tu, tapi kau degil. Pergi juga berjalan seorang diri. Kaukan tak kuat mana. Tengok dah jatuh.” Satu susuk gadis tinggi lampai yang memakai t-shirt gelap dengan seluar gedoboh penuh poket kiri kanan datang mendekat.

“Kaysha aku.” Garu kepala dengan sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi memegang tuala yang melilit tubuh.

“Maaf cik, anak saya langgar kawan cik ni sampai terjatuh tadi.” Muncungkan bibir pada Ary dan Ain yang masih lagi duduk di gigi air bermain pasir pula.

“Oh tak apalah. By the way aku Kaysha. Panggil Kay pun tak apa. Kau tak apa-apa Vee? Jom kita balik tapi sebelum tu kita singgah rumah sepupu aku dulu dan pinjam baju dia. Nanti demam pula kalau pakai baju basah-basah begini.” Tongkat Vee yang masih tercampak di atas pasir pantai dia capai. Nasib tak dihanyut ombak. Bantu Vee untuk terus berdiri.

“Sekali lagi minta maaf ya Cik Vee, Cik Kay….”

“Tak apalah Encik Hans, saya minta diri dululah ya?” Tak selesa pula dengan baju yang basah ni. Dia dan Kaysha memang tiada membawa baju lain selain yang tersarung di tubuh sekarang ini. Tidak merancang untuk bermain air bermandi manda di sini kerana mereka datang ke sini pun atas urusan kerja Kaysha.

“Baik Cik Vee, jumpa lagi kalau ada rezeki.” Senyum sebaris. Terbit simpati pula melihat Vee bersusah payah untuk berdiri. Ingin membantu tapi sudah ada temannya yang dipanggil Kaysha sedang memaut pinggang Vee. Kenapa dengan wanita itu? Kemalangankah atau sakit? Atau memang dilahirkan begitu? Tertanya-tanya sendiri di dalam hati.

“Err terima kasih pinjamkan tuala ni, tapi macam mana saya nak pulangkan pada awak nanti?” Bertanya. Mereka bukan kenal, baru saja berkenalan tanpa sengaja gara-gara si kecil Ary.
“Tak perlu awak pulangkanlah Cik Vee. Ambil saja ya?” Balas lelaki itu.

“Err.. tapi Encik Hans…” Tak jadi nak menghabiskan ayatnya bila dia melihat lelaki itu bersungguh-sungguh benar. Akhirnya dia akur.

“Kalau begitu. Terima kasihlah ya. Assalamualaikum.” Ucapnya sebelum berlalu. Sempat dia melambai tangan kepada Ary dan Ain yang masih asyik bermain di gigi air itu. Terpandang anak kecil berdua itu dia teringat pada permata hatinya sudah beberapa bulan dia tak dapat bersua.

Anggun bagaimana keadaanmu sayang? Maafkan bonda….

“Kenapa Vee? Sakitkah? Ada cedera di mana-mana?” Menyoal bila terpandang Vee menyeka wajah. Terperasan ada sisa air mata di pipi temannya itu.

“Tak ada apalah. Terindu pada yang jauh.” Menjawab jujur. Dengan Kaysha tak perlu di selindung segala isi hati. Sebab gadis itu sentiasa ada di sisi tak jemu-jemu meminjamkan bahu, memberi semangat saat dia jatuh terkulai jiwanya.

Tuesday, December 20, 2016

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[38]



Daniel tersenyum gembira seusai mengaminkan doa yang dititipkan oleh lelaki separuh usia berserban hitam di hadapannya.. Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah itu.. selesai sudah seksaan yang ditanggung oleh jiwanya.. sungguh dia penat, teramat penat dengan dugaan yang dihadapinya beberapa minggu lalu.. terlalu menekan perasaannya.

Syukur ya ALLAH, terima kasih ya ALLAH atas limpahan rahmat-MU.. jiwanya terasa lapang, semangat yang hilang terasa telah kembali ke tubuhnya..

Suasana hingar bingar di situ tidak sedikit pun mencacatkan moodnya.. Daniel angkat wajahnya.. matanya berlaga pandangan kepada Suhail.. dan cepat-cepat wanita untuk menundukkan wajahnya.. tidak seberani sebelum-sebelum ini.. pandangan dialihkan pula ke arah lain.. kali kepada kedua orang tuanya pula.. mereka berbalas senyuman.. dan keduanya menganggukkan kepala kepadanya.. apa makna di sebalik senyuman yang diberikan itu diapun tak pasti...

Andai aku mampu ulang semula ke waktu dulu... ingin sekali ku mula kan dari awal, berkenalan, bercinta seterusnya berpadu janji... dan akhirnya hidup bahagia denganmu bersama menyulam cinta antara kita... namun kisah mereka kisah yang luar biasa.. sayangnya pertemuan mereka dimulai dengan tanpa sedikit pun punya rasa cinta.. hubungan yang terpaksa pula diikat dengan tali pernikahan dek kerana keterlanjuran yang tidak di sengajakan oleh dia.. Mereka tinggal bersama, berkongsi segala.. berbicara, bergaduh, menempuh kehidupan seharian dengan pelbagai ragam tersendiri.. masing-masing punya kerenah yang pelbagai... namun dalam tak sedar ikatan yang dibina tanpa rasa cinta ini mula menginjak usia setahun...

Tak sangka kan, hubungan yang dingin, hambar beku kaku inilah kini yang membuatkan dirinya terasa terikat, terikat dek tanggungjawab yang dia sendiri terpaksa menampungnya... dan dalam dia sendiri tak sedar dia sendiri sudah mula mampu menerima semua ini.. sudah mula mahukan tanggungjawab itu.. ah kehidupan ini mematangkan aku kini

Masih jelas dalam ingatannya kerenah rela dalam paksa Balqish bila dipaksa menghabiskan segelas susu, dan yang pasti peristiwa yang tak dapat dilupakan yang tersimpan kemas dalam kotak memorinya ialah.. peristiwa pertemuan pertamanya.. raut terkejut Balqish, reaksi isterinya itu sampai pengsan-pengsan melihat keadaannya... Daniel menggelengkan kepalanya, teruk sungguh aku ni minum sampai mabuk tak ingat dunia, dan orang yang tak bersalah juga yang menjadi mangsa..

Paling tak dapat nak lupa ialah detik ketika matanya lebam dek kerana Balqish yang mengigau telah menumbuk dirinya.. huh ganas juga bini aku tu.. tak padan dengan kecik.

Kadang-kadang dia sedar, kerenah selamba terjah Balqish itulah yang memikatnya.. teringat peristiwa ketika ketika dia terpaksa outstation.. Balqish yang curi-curi makan buah mempelam muda, kononnya sebab dia tak tahu.. tapi takdir tuhan.. dia pulang awal.. hehe.. macam-macam hal si Qish ni.. semuanya mencuit hati aku.

Dan yang paling tak didapat dilupakan ketika Balqish bersengkang mata menjaga dirinya ketika diri diserang dema.. dari situlah yang dia mula sedar yang antara mereka memang ada apa-apa... yang antara mereka memang ada perasaan yang luar biasa.. dap dip dup jantung berdebar..

Daniel bangun perlahan, berundur dari kesesakan orang ramai.. mencari sedikt ruang sunyi untuk dirinya.. dia sujud syukur.. Ya TUHAN ku yang Maha Mengetahui setiap perkara yang mendatang.. terima kasih ya ALLAH.. atas nikmatMu yang ini.. barulah kini ku rasakan kemanisan nikmatMu tika tidak melupakanMU.. air mata lelakinya gugur.. gugur kerana terlalu terharu dengan apa yang di nikmatinya kini.

Lapang... di ruang mata hanya terlihat senyuman manis Balqish.. di ruang matanya hanya terlakar raut wajah Balqish.. ah kita pasti akan hidup bahagia selepas ini sayangku..

Bahunya ditepuk perlahan secara tiba-tiba.. mematikan anganannya... Daniel berpaling, melihat siapakah gerangannya insan yang mengganggu anganya..

"Ricky.." Daniel memandang wajah lelaki yang baru dikenalinya tidak sampai beberapa jam tadi.. wajah itu tenang, bersih... dan bercahaya.. gembira barangkali..

"Yup.. assalamualaikum.. " Ricky Adrian Abdullah mengucapkan salam kepadanya..

"Waalaikumussalam.. tahniah Ricky.. dan terima kasih kerana tiba tepat pada masanya.."

"Tak ada hal bro... saya yang sepatutnya ucapkan bebanyak terima kasih... yalah kalau tak sebab Encik Daniel beri laluan.. mungkin impian saya untuk bersama dia takkan tercapai.." Ricky mengenggam erat tangan Daniel..

Daniel tersenyum.. kuasa ALLAH tiada siapa yang dapat menduganya...

Tadi..

Ketika hampir dia menjadi suami kepada Suhail Munirah Binti Dato' Zakuan... lelaki itu muncul.. dia tak tahu siapa lelaki itu, dan dia memang tak ingin nak ambil tahu langsung...! tapi kini sebaliknya..

"Pernikahan ini tak boleh di teruskan.." halang lelaki itu, hingga mencipta gamat di majlis itu sebentar tadi.

"Kenapa pula tak boleh di teruskan?" soal jurunikah lembut.. cuba ..

"Saya tahu lelaki ini tak cintakan Suhail.." Ricky menuding jari kepada Daniel.

"Betul awak tak cintakan dia Encik Daniel?"

"Ya tuan haji... saya memang tak cintakan dia langsung,..." jawab Daniel lemah, alang-alang orang dah bertanya biar aku jawab terus terang... bisik hati kecilnya

"Tengok betulkan apa yang saya katakan..." Ricky berkata yakin...

"Jadi kalau tak cinta kenapa kamu mahu teruskan juga?"

"Saya tak ada jawapan untuk soalan itu tuan haji... saya cuma mahu segalanya selesai secepat mungkin... saya mahu kita teruskan majlis itu sekarang..."

"Baiklah kalau itu yang kamu minta... kita teruskan majlis ini sekarang..." tanpa mempedulikan tetamu yang tidak diundang yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Nanti!!!"

"Apa lagi ni?" Dato' Zakuan yang hanya diam dari tadi mula bersuara.. geram dek gangguan itu.. mula hilang sabar.

"Hentikan semua ni..!, jangan jadi bodoh, awak boleh perlu batalkan pernikahan ini kalau awak tak suka.."

"Semua ini telah ditetapkan dan kamu tak ada hak untuk menganggu majlis ini... baik kamu pergi sebelum saya panggilkan pengawal untuk usirkan kamu..." ugut Dato' Zakuan berang.

"Siapa kata saya tak ada hak?" Ricky bersuara lantang..

"Ya.. siapa kamu?"

"Saya Ricky.. orang yang terakhir bersama Suhail.. " jawabnya berani..

Hampir berbulan lamanya dia cuba mencari kemana menghilangnya kelibat Suhail di kelab malam itu.. berbulan lamanya dia memendam perasaan rindunya sehingga sanggup mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mencari jejak Suhail..

Dan bertapa kalutnya dia bila diberitahu yang Suhail akan dinikahkan dengan pilihan keluarganya... dia bergegas ke sini.. dan alhamdulillah.. dia masih sempat..

"Be... betul ke apa yang kamu katakan ini?"

"Ya saya takkan tipu benda-benda serius begini..."

"Saya datang untuk mengambil Suhail sebagai milik saya yang sah disisi agama islam..." beritahunya yakin.. ya solat istikharah yang dilakukan 3 malam berturut-turut memberikan jawapan yang positif..

Semenjak kehilangan Suhail dari kelab itu, dia mula merasakan kekosongan.. kekosongan yang lebih teruk daripada ditinggalkan oleh bekas isterinya beberapa tahun yang lalu... kesedaran untuk berubah mula timbul bila suatu pagi dia terjaga dek kemerduan azan yang dialunkan oleh seorang bilal dari surau berdekatan tempat tinggalnya..

Hati menjadi sebak tiba-tiba.. sayu.. akhirnya dia teresak pilu... fahamlah dia kini, dulu dia memasuki islam hanyalah sekadar untuk mencapai cintanya sesama manusia, dan hidupnya hanyut dek kerana kegagalan cinta sesama manusia.. semenjak hari itu Ricky memasang tekad untuk kembali ke pada permulaannya... mendalami islam dan membetulkan kembali hidupnya yang terumbang ambing...

Suhail.. ya hanya wanita itu yang dirasakan sesuai dengan dirinya, dia dah hanyut, perkenalan satu malam dengan gadis itu terus membawa ke perhubungan yang terlalu jauh, jijik dan kotor.. dan kini dia mahu membersihkan kekotoran itu dengan mengambil gadis itu sebagai isteri dan memulakan hidup baru..

Namun sayang gadis itu menghilang tanpa khabar berita.. pergi begitu saja membawa sekali perasaan indah yang membuai jiwanya satu malam itu..

"Maksud kamu apa?" soal Datin Adlyn yang masih kabur...

"Saya nak menikahi Suhail.." Jawab Ricky yakin.

"Tapi..." uikk.. masakan pengantin lelaki perlu ditukar.. apa pula kata mereka-mereka yang hadr nanti..

"Hah? baguslah kalau awak buat keputusan begitu.." Daniel yang sedang duduk bersila berhadapan jurunikah itu mula berdiri, melangkah menghampiri Ricky.. ceria wajahnya.. songkok di kepalanya di tanggalkan.. terus diletakkan ke atas kepala Ricky..

"Silakan.." dia memberi ruang pada Ricky...

"Selamat pengantin baru encik Ricky, moga berkekalan hingga ke akhir hayat..." dia berbisik pada telinga lelaki itu..

"Ricky..." eh jauh pula dia mengelamun... Daniel mengomel perlahan...

"Ya saya.. sorry.. hehe saya teringatkan tentang majlis tadi.. gembira sangat rasanya.."

"Saya pun gembira untuk awak Ricky... kalau awak tak ada.. tak tahulah saya.."

Ricky tersenyum... segalanya memang tidak dirancang olehnya, dia cuma datang ke sini dengan niat untuk menghentikan majlis ini, tapi tak sangka pula dia akan bernikah terus.. tapi tak apalah benda yang baik tak elok nak dilengah-lengahkan..

"Ricky saya and family nak minta diri dulu... dah jauh malam ni.. nanti kalau senang datanglah ke rumah saya dan kita boleh berbual panjang..."

Teringat akan Balqish yang bersendirian membuatkan jiwanya meronta-ronta ingin pulang ke rumah.. tak sabar ingin melihat reaksi Balqish..

Qish tunggu sayang.. kejap lagi abang pulang... dan kita akan betulkan apa yang pincang dalam hidup kita.

Nuril type : Salam... urgghh bersambung lagi... hehehe agaknya kereta siapakah yang Balqish nampak? Daniel kah atau orang lain... nak tahu sila tunggu ep strusnya... Siapa Ricky?? ley rujuk pada ep24... n3 yg agak pendek.. krna agak ksmpitan masa... hope anda njoy mbacanya... salam~

Tuesday, December 13, 2016

Novel : Bahagia Yang Jauh[Prolog]


Izinkan aku mendakapmu....



Pang! Laju tangan yang gempal itu melayang hinggap ke pipi. Tak diduga walaupun bukan kali yang pertama dia pernah kena. Langsung tak sempat dielak. Berdesing terasa telinga seketika. Pijar terasa pipi. Perit.

“Tak pernah berlaku di dalam keluarga aku, ditalakkan dengan talak 3 sekali gus! Kau ni betul-betul tak berguna. Dari kecil sampai ke besar tak habis-habis menconteng arang di muka aku ni. Kecik-kecik dahulu dengan otak bebal kau, ni bila dah besar dan berkahwin kemudian diceraikan pula!” Jari menunjal geram wajah di hadapannya itu. Panas hati panas juga badannya. Ikutkan hati mahu sahaja tubuh yang sedang menunduk sambil sebelah tangan menggosok pipi yang merah kesan dari tangan kanannya tadi itu diganyang sepuas-puas hati. 

Bergegas dia pulang dari bercuti sebaik saja dikhabarkan oleh Zya. Sempat membebel juga dia sebab hanya diberitahu oleh Zya selepas beberapa hari. Sepanjang dalam penerbangan, marah dia membuak-buak dan sangat sukar ditahan. Beberapa kali jugalah pramugari menjadi mangsa tempat dia melepaskan marah bila makanan dan hidangan langsung tak menepati citarasa kononnya.

“Maafkan Vee mama. Ampunkan Vee…”

“Sudah berambus kau! Angkut semua kain baju kau. Aku tak mahu tengok muka kau lagi! Tak habis-habis bawa sial.” Dia menghalau. Sungguh diri tak sudi menerima panggilan yang keluar dari mulut itu. Jijik!

“Ma….”

“Berambus aku kata berambus!” Hilang sabar. Rambut panjang mengurai itu dia sentap. Heret hingga ke muka pintu. Menolak kasar ke arah luar!

“Anggun ma….” Teringat pada anak kecilnya yang sedang lena di dalam buaian yang diletakkan di dalam bilik. Kalaupun betul mahu dia keluar. Biar dia bawa sekali permata hatinya yang satu itu.

Semenjak dilepaskan oleh Fayyad dia kembali ke rumah ini. Tak mahu jejakkan kaki ke rumah Datin Rosnah lagi. Walaupun belum pernah bersua lagi dengan wanita itu setelah peristiwa dilepaskan olef Fayyad. Apalah nanti penerimaan wanita itu?

“Biarkan budak tu dengan aku. Aku nak dia.”

“Tak boleh ma. Kalau mama mahu Vee pergi. Baik Vee akan pergi dari rumah ini tapi Vee akan bawa Anggun sekali. Dia anak Vee.” Bertegas. Susah senang biar dia bersama anak itu. Jangan dipisahkan. Tidak sanggup rasanya teruskan hidup tanpa anak itu. Anggunlah satu-satunya sumber kekuatan pada waktu ini untuk dia terus hidup dan tabah menghadapi perceraian yang menyakitkan ini. Sampai hati lelaki itu.

“Oi cacat tak sedar diri! Macam mana kau nak bawa budak tu, jaga budak tu sedangkan diri kau sendiri pun kau tak terurus. Itu sebab kau kena tinggal oleh suami kau! Kau tak sedar diri lagikah? Masih lagi nak bermimpi?” Mengherdik kuat. Lantang dekat telinga. Menyedarkan.

“Bukan Vee pinta jadi cacat begini mama. Tolonglah benarkan Vee bawa Anggun sekali.” Dia merayu. Apa pun yang terjadi Anggun adalah miliknya.

“Tidak!” Tega menolak permintaan itu tanpa langsung mempertimbangkan. Puan Sharina peluk tubuh sendiri dengan kedua tangan. Sedikit pun tak tercuit dengan wajah sayu Vee itu.

“Oii perempuan cacat! Kau tak faham bahasakah? Mama dah kata tak boleh tu tak bolehlah! Apa kau tunggu lagi? Dah berambus cepat. Aku nak tengok tv pun tak senang. Terganggu dengan suara kau yang memekak tu! Bingit tahu tak!” Satu suara serak-serak tiba-tiba menjerkah kuat. Terganggu sungguh dengan pertelingkahan antara Vee dan Puan Sharina. Lewat kebelakangan ini dia kurang sihat. Asyik diserang demam sahaja. Sudah bermacam ubat dimakan namun demam tetap berulang juga.

“Tia kakak….”

“Eh jijiklah dengar kau bahasa kakak dengan aku ni. Aku tak pernah anggap kau kakak aku! Aku tak inginlah ada kakak macam kau. Bebal! Bengap! Bodoh! Lembab tu yang sampai kena cerai.” Dari kecil lagi dia tak pernah gembira memiliki kakak seperti Vee. Segala-galanya tentang Vee menyakitkan hati dan kalau boleh dia tak mahu dikaitkan langsung dengan Vee.

“Sudah Atia, jangan dilayan dia tu. Tutup pintu tu.” Mengarah. Baginya rayuan Vee itu tak berguna, tak bernilai untuk dipertimbangkan sekarang ini. Manalah dia akan sorokkan muka andai berita perceraian ini tersebar luas? Tak guna punya Vee, tak habis-habis mencipta masalah. Mesti selepas ini telinganya akan habis nipis disindir dan dikata oleh rakan-rakan persatuannya. Mesti selepas ini hubungan dia dan kawan baiknya, si Datin Rosnah akan keruh. Rasanya keruh yang tak akan menjadi jernih balik.

Bam! Pintu kayu itu ditutup kuat! Hampir sangat mengenai batang hidung Vee yang masih berdiri di muka pintu.

“Mama… tolong buka pintu ni ma. Vee nak bawa Anggun sekali. Kalau betul mama nak Vee pergi, Vee akan pergi tapi biar Vee bawa Anggun sekali. Mama… mama tolonglah ma….” Dia menepuk-nepuk pintu kayu itu sehinggalah tangannya terasa sakit, dan hanya berhenti bila kepenatan. Seluruh tenaga terasa seolah lesap hilang. Tubuh melurut jatuh. Tongkat yang terselit di ketiak kanan turut terjatuh sekali. Dia menangis tersedu-sedu. Bersandar lesu pada muka pintu. Sayu sungguh rasa hati bila rayuan langsung tak dihirau. Hina sungguhkah dia? Berdosa sangatkah dia sampai dia perlu dihukum sebegini, diperlakukan sebegini ibarat dia tiada perasaan?