iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, August 23, 2010

Cerpen : Alahai Syawal



Syawal termenung panjang di birai tingkap rumah kampung itu, hampir dua jam dia disitu, merenung jauh dengan mata yang beku. Kaki berjuntaian dengan sesekali digoyangkan.

Apa salahku? aku dan dia tiada bezanya, tapi kenapa aku dan dia ditegah untuk bersama? pelik sungguh rasanya, aku punya mata dua dan dia pun sama juga, mulut ku satu, dan dia pun begitu, kenapa emakku, kenapa bapakku? kenapakah tega kalian menghalang perhubungan suci kami ini? apakah menjadi dosa kami cuba mematrikan cinta yang kian bersemi ini? walaupun aku tak pasti perasaan dia pada diri ini, tapi aku tak peduli, yang penting hatiku ini sudah terpaut pada dia, pedulilah kalau dia mahu kata apa, ah sedangkan kerak nasi itu kalau direndam lama-lama boleh lembut jadinya inikan perasaan yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan masa.

"Syawal, udah-udahlah tu mahu termenung nak.. hari sudah senja ini, emak mahu tutup tingkap ni, kalau lambat mahu nyamuk banyak masuk berkeliaran.." Mak Piah dengan mulut tersungging tembakau menegur dia, namun dia buat tidak dengar saja.

Ah, biar nyamuk gigit kering darah ini pun tak apa, mati pun tak mengapa, sebab keputusan kalian itu buat aku hampa! kecewa mak! laung hatinya kuat, bergema dalam setiap ruang tubuhnya.

"Syawal, ni bapak ada bawak balik pisang berangan ni meh makan meh"

Dia hanya memandang sekali lalu saja beberapa biji pisang yang disuakan oleh Pak Atan itu.

Huh, bagi aku setandan pisang pun aku tak mahu bapak, selagi kau tak turutkan apa yang ku hendak, bisik hatinya, walaupun kecur air liurnya melihat pisang yang sudah masak bewarna kekuningan itu, nasib aku tengah mogok sekarang ni bapak, kalau tidak memang aku dah makan semua pisang-pisang ni, setakat dua tiga biji manalah cukup buat perut ku ini.

Selamba dia mengatur langkah melepasi batang tubuh Pak Atan yang masih terpinga-pinga itu, hairan bila pisang yang disuakan sebentar tadi langsung tak disentuh oleh Syawal.

"Apa kena dengan si Syawal tu Piah?"soalnya pada si isteri.

"Entahlah bapaknya, saya pun tak tahu, monyok saja dua tiga hari ni, agaknya rindukan Semah kot, sebab lama budak tu tak datang sini, sibuk agaknya, SPM kan dah nak dekat" jawab Mak Piah acuh tak acuh, alah biasalah tu, budak nak membesar, macam-macamlah ragamnya, ya tak?

"Huh, saya ingat awak marahkan dia ke pukul dia ke tadi maknya, tak pernah-pernah dia menolak kalau saya bagi dia pisang kegemaran dia ni" tubuhnya disandarkan ke dinding rumah kayu itu, melepaskan lelah seketika.

Hai kalaulah Syawal ni macam budak-budak yang lain kan seronok, boleh juga tolong aku dikebun tu, menyangkul, cabut ubi ke apa ke apa ke, ringan sikit terasa beban ni, tapi apa nak buat Syawal aku ni berbeza.

"Piah, buatkan aku kopi keras satu" seperti selalu, minuman kesukaannya, air kopi yang pekat dengan gula yang kurang.

"Ya bapaknya, sebentar.." laung Mak Piah dari arah dapur.

Kiokkk!!! jerit ayam belaannya kuat daripada arah luar rumah, bahagian dapur..

Hisyy ini tak lain tak bukan kerja si Syawallah ni, desis hatinya.

Pantas dia menjengah dan nyata agakannya tidak silap.

"Syawal, isk buat apa kau kejar ayam tu? nampak dek bapakmu nanti karang, teruk dimarahnya kamu, dah-dah mari masuk, dah senja.."

Akur mendengar teguran Mak Piah itu, menunduk jalannya ketika melalui emaknya itu.. memang dia gerun sedikit dengan bapak, sebab angin bapak sukar diduga.

**********

Semah, dah 5 hari kau tak datang, kenapa ya? apa salahku sehingga begitu tega kau buatku separuh nanar begini Semah, sampainya hati kau..

Air mata terasa bergenang di tubir mata, hanya menanti masa untuk melimpah saja.

Semah aku ingat lagi waktu itu, kau dan aku jalan berpengangan tangan, sesekali kau akan mengusap tanganku, membelai kepalaku, ah, bahagianya perasaanku tika itu, betapa aku semakin jatuh cinta padamu bila melihat sikapmu kepadaku, kau begitu ambil berat padaku, melayaniku seadanya, menjahitkan butang bajuku yang hampir tercabut, dan membetulkan seluarku yang sedikit senget itu, oh indahnya saat itu Semah, sehingga aku rasakan dunia ini milik kita.

Semah, rinduku yang membuak-buak didalam didada ini sudah tidak terbendung lagi rasanya, kenapa kau tiba-tiba menghilang? aku ingat lagi pada detik akhir pertemuan kita hari tu, sebagai balasan atas setiap layanan mu itu, aku dengan ikhlas menghadiahkan kucupan dipipimu, ku peluk bahumu, ku rangkul erat lehermu yang jenjang itu dan sesekali menggigit manja telingamu itu, kita pasangan bahagia Semah, tak ada celanya pada mataku ini, tapi mengapa Semah.

"Huh budak ni, puas termenung di tingkap, dia termenung di tangga pula" tegur Mak Piah, dilihatnya pinggan nasi yang diberikan pada Syawal tadi masih tak terusik.

"Hisy kau ni kenapa Syawal? macam mati bini saja gayanya,"

Bukan mati binilah mak, tapi Syawal nak Semah, mak faham tak,? hidup Syawal tak bermakna tanpa Semah di sisi, laung hatinya.

"Dah-dah pergi petikkan mak kelapa sebiji dua, mak nak masak kuah lemak cili api ni, bapak kau suka"

Masih juga tidak berganjak mendengar arahan Mak Piah itu, meneruskan menungan yang panjang tanpa penghujung.

"Isk Syawal ni" Mak Piah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal yang telah ditumbuhi separuh uban itu.

"Syawal, engkau dengar tak mak suruh ni, pergi petikkan kelapa, mak nak masak ni, kot-kot kalau Semah datang nanti boleh juga dibagi sikit" suruh Mak Piah lagi.

Semah?? hah Semah nak datang? sedikit ceria dia, laju dia melompat turun, tanpa menggunakan tangga lagi, terus memanjat pokok kelapa yang berhampiran, Mak Piah hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai Syawal itu, tak faham sungguh!

Ah, Semah, demimu Semah usahkan sebiji kelapa aku sudi petikkan, seratus biji pun aku sanggup.. jerit hatinya riang, tak sabar ingin bersua muka dengan Semah, melepaskan rindu dendam yang sarat didalam dada ini.

Dari satu pokok ke satu pokok kelapa dia menggugurkan buahnya, huh demimu Semah pokok kelapa satu kampung pun aku sanggup petik buahnya, ah, Semah suka minum air kelapa muda, aku mesti cari kelapa muda yang terbaik buat dia.

Dalam fikiran sudah terbayang aksi dia melutut sambil menyuakan sebiji kelapa muda yang sudah siap ditebuk untuk dia minum kepada Semah, gadis pujaannya itu, oh romantiknya saat itu.

"Lailahaillallah Syawal, mak minta sebiji dua saja, ni dah macam ambil kelapa untuk masak bagi makan sekampung" Mak Piah menepuk dahi, pening dengan si Syawal, hai lama-lama aku melayan dia ni boleh naik darah tinggi aku.

"Assalamualaikum " terdengar suara orang memberi salam.

Laju Syawal menuruni pokok kelapa yang sedang dipanjatnya itu, dia kenal suara itu, suara gadis pujaannya.

Eh, Semah tak berseorangan, siapa awek di sisi Semah itu ya? hati mula tertanya-tanya hairan.

"Waalaikumussalam Semah, hah panjang pun umur kamu, baru Mak Piah sebut-sebut tadi, lama kamu tak datang sini, Syawal ni dah rindu benar dengan kamu.."

"Semah sibuk sikit Mak Piah, peperiksaan dah nak dekat, kena ulang kaji sikit.."

"Owh.."

"Syawal, mari sini" gamit Semah kepadanya, ikutkan hatinya, kalau Semah berseorangan sudah lama dia meluru pada Semah, memeluk tubuh gadis pujaan hatinya itu, tapi dia malu kini bila terpandangkan awek memakai gaun merah jambu di sisi Semah itu, awek cun pula tu, walaupun gelap sikitlah dari Semah.

"Eh siapa yang kamu bawa tu Semah?" dari tadi tak tertanya-tanya siapa yang bersama dengan Semah itu.

"Ini Cek Mek, Mak Piah, Semah pinjam daripada jiran sebelah rumah, saja bawa sini buat kawan untuk si Syawal ni" sambil mata meleret pada Syawal yang merenung tajam padanya, sesekali menjeling Cek Mek yang berada di sisinya, ewah-ewah dua-dua malu kucing pulak, desis hatinya.

"Hah baguslah tu kamu bawak Cek Mek ni, Syawal ni Mak Piah tengok lain macam benar dua tiga hari ni, monyet biarkan dengan monyet, takkan dengan manusia pula, ya tak?"

"Ha'ah Mak Piah"

Aku monyet? Syawal menggaru-garu kepalanya, errrr betullah... hampir terlupa pula yang aku ni monyet, patutlah mak dan bapak sedikit risau aku rapat dengan Semah, hehehe..

Cek Mek.... aku datang.. semakin ceria hatinya bila melihat Cek Mek si monyet betina yang tadinya malu-malu kini sudah berani melangkah mendekati dia.

"Tak lama lagi bercuculah Mak Piah ya" ucap Semah bila melihat kemesraan yang mula terbit antara Syawal dan Cek Mek, Syawal, monyet yang dinamakan syawal sempena dengan bulan waktu Pak Atan menemui Syawal terperangkap dalam jerat buatan manusia dan ditinggalkan oleh ibunya sendirian tahun lepas.

Alahai Syawal..

*********

Cerpen yg dinukilkan sempena seekor monyet peliharaan seorang teman.. thanks Syima kerana menjadi sumber inspirasi akak untuk cerpen ini.. satu hari nanti akak nak jengah si Syawal tu :)

Saturday, August 21, 2010

Info buat semua sahabat pembaca kesayangan saya.

Justify FullAssalamualaikum warahmatullah, syukur pada ALLAH atas setiap rahmat kurniaan DIA, kerana sehingga hari ini saya masih bernafas dengan gembira.

Seperti semua sedia maklum, saya punya impian untuk membukukan semua novel-novel tulisan saya, dan hari ini alhamdulillah, saya semakin selangkah menghampirinya.

Jadi kepada sahabat2 sekalian saya mohon izin untuk me-remove Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu, daripada episode 38 sehingga episode Epilog.

Untuk pengetahuan sahabat2 pembaca smua, dalam blog ini KRCIB cuma ada 61 episode sahaja, tapi hakikat sebenarnya, KRCIB mmpunyai lebih kurang 76 episode... terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tak jemu mengunjungi Pondok Buruk saya ini, kerana disebabkan anda semua, ada penerbit telah booking manuskrip saya.. saya janji andai NOVEL ini keluar, Insya-ALLAH anda semualah orang pertama yang saya bagi tahu, sebab saya merasakan anda terlalu dekat dengan saya walaupun saya dan anda tak pernah bersua muka tapi kerana komen2 yang anda tinggal di komen box dan email box saya membuatkan saya sangat menghargai anda.

Salam ramadhan al-mubarak buat anda semua sahabat2 pmbaca sekalian, sy lebih suka menggelar anda sbagai shabat, bukan peminat kerana siapalah saya untuk di minati, saya hanya insan biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan, saya juga minta maaf andai sepanjang KRCIB di post, ada cadangan yang saya tak dapat nak penuhi, namun hakikatnya saya menghargai cadangan anda semua, sebab anda yang TERBAIK pernah blku dalam hidup saya ni.

Terima Kasih..
Hanya Insan biasa
Nuril Bahanudin

Thursday, April 29, 2010

I Telah di Tag (^^)


Assalamualaikum warahmatullah... buat ptma kali dalam sjrh Tentang Sesuatu.. kuar n3 slain cerpen dan novel.. hoho terima kasih to Nozi kerana telah men-tag I.. nak jwb neh..

1) adakah anda rasa HOT?

Entah x pula rsenya.. kalau hot xdalah i pakai sweater ni.. sejuk2.....

2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?
3) Cerita pasal gambar nih...

Sgt subjektif... bsrkan dan bcelah tulisannya insyaALLAH anda akn fhm..

4) Kali terakhir makan PIZZA...?

X bpe mam pizza..

5) Lagu terakhir anda dengar...?

For the rest of my life ~ maher zain.. lgu itu sungguh sedap utk ddgr...

6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?

Sy sdg bkrja~ (peace boss, jgn marah ai..)

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

They call me as Uci.. syiii diam2 seh... besenya tmn2 di pnulisan2u yg pggil bgitu

8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?

1) Papa Meow
2) Lagi2 aku
3) Epy Elina
4)Duka Lara Ialah sebuah perjalanan yg indah
5) Akak

9) Siapa orang no 1 pada anda..?

Seorg yg penyayang pd haiwan.. kucing n anjing... smoga teruskan kecintaan pd mrk(bntg) itu...


10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?

Sy ske mmbaca komen2 yg dbrikan.. t. kaseh akak... ska mmbce n3nya juga...

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?

I tak tau eh... nnti I tnya beliau... ngehehe

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?

very creative.. pnulis yg baik, novel crpen.. sajak.. dan swktu dgnnya..

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?

Nga~ kita x pernah bcinta kan?? tanya sambil buat muka blur2...


14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?

Fakta yg xley nak autalahkan.. beliau sorg perempuan.. hehehe.. adeyss I x tau nak jawab apa.. beliau sorg penulis yg kretif... thanks ya.. coz tag me...

Nga~ siap sudah mnjwab tag dri tmn kita Cik Nozi.. Yg I dah tag tu.. sila jawab ya... lau x jwb pun xpa... apa bley buat.. namo nak paksa2 org (ayat majuk) ... salam.. hehe.. I bz nih... lalalariks,,

Tuesday, April 20, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[37]


Suasana sesak hingar bingar langsung tak mampu mengusik jiwanya... perasaannya mati kini.. Daniel lebih selesa di sini, menghabiskan masa memerhatikan ikan-ikan yang berenang berkejaran didalam kolam buatan itu... wajahnya kusam.. bak kata orang langsung tak ada seri pengantin, keruh semacam saja...

Qish apalah yang sedang kau lakukan sekarang ni? kau mesti ingat abang dah membuangmu daripada hidup abang... Qish tahu tak sampai sekarang ingatan abang ni setiap detik setiap saat langsung tak pernah berhenti memikirkan tentang dirimu...

"Kenapa mummy tak benarkan Qish ikut sekali dengan kita?" dia menyoal mummynya tidak puas hati dengan keputusan Puan Sri Nuha itu.

Kesian Qish.. tiba-tiba terbayang raut hampa pada wajah Balqish.. tentu perasaan isterinya itu terusik dek keputusan mummy itu..

"Eh kamu ni, kalau kita bawa dia nanti, mesti orang akan mengata kita bukan-bukan... pengantin lelaki gatallah, anak tu kecil lagi dah miang nak berbini lagi.. kamu tak malu ke?..."

"Alah biarlah orang nak kata apa-apa pun mummy, bukan Niel yang nak sangat bernikah dengan perempuan tu, mummy dengan daddy yang beria-ia paksa Niel kan... lagipun biar semua orang tahu yang si Suhail tu yang gatal... perampas hak orang, muka saja yang lawa.. tapi hati busuk.. huh!"

Qish isteri aku yang sah, dan dia berhak untuk turut serta dalam semua ni..

"Amboi.. senang kamu cakap ya? cuba belajar menjadi yang bertanggungjawab sikit... selesaikan apa yang telah kita buat, jangan nak tinggalkan begitu saja.. lagi pun jangan nak menambahkan malu daddy lagi.. cukuplah dengan apa yang kamu dah lakukan sebelum-sebelum ini.."

Daniel terdiam.. tak ada mood untuk membalas apa-apa.. rasanya dah berpuluh kali daddy ulangkan benda tu sampaikan dia naik jelak mendengarnya... entah kenapa udara malam ini terasa sangat membahang, panas seperti hatinya yang sedang panas itu, huh ikutkan akal pendek aku ni.. dah lama aku berlalu daripada majlis ni... biar semua dapat malu... tapi mengenangkan masih ada sisa hormat pada daddy dan mummy.. aku tak

"Dah-dah jom kita masuk ke dalam tu.. majlis dah nak mula.. tok kadi pun dah sampai.. nanti apa pula kata orang kalau tengok pengantin lelaki masih tak ada lagi dekat dalam tu... hah lagi satu, muka tu cubalah senyum sikit... ni tak masam mencuka.. orang tengok pun naik gerun tau tak.." bebel Puan Sri Nuha perlahan.. macamlah dia tak tahu yang Daniel memang tak suka majlis ini berlangsung, tapi dia sengaja butakan mata.. suka atau tidak majlis ini tetap kena diteruskan.. ini muktamad!

"Yalah.." hisy tok kadi ni pun satu.. cubalah sakit time-time macam ni.. kan boleh aku cancelkan pernikahan ini.. ke situ pula fikirannya melalut.

Berat terasa kakinya untuk melangkah masuk kedalam villa itu... huh.. dia mencebik geram tatkala matanya berlaga pandangan dengan Suhail.. heeeiii menyampahnya.. balik-balik muka dia juga yang nak kena aku hadap...

Dia duduk bersila dihadapan jurunikah yang telah sedia menanti.. berat terasa tangannya ketika ingin berjabat tangan dengan lelaki separuh usia di hadapannya itu.

"Semua sudah bersedia?" soal lelaki itu kepada dirinya dan saksi-saksi yang berada di sekeliling...

Daniel hanya mampu mengangguk, entah kenapa suaranya terasa seolah tersekat di kerongkong... matanya di pejam rapat... dia menyedut nafas dalam... ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.

"Daniel Muaz Bin Tan Sri Darwish..?"

"Saya"

"Aku..."

"Nanti dulu...!!" tiba-tiba ada satu suara yang menyampuk.. membuatkan mereka semua yang hadir agak tersentak..

Suasa menjadi sepi.. Daniel tersentak.. hisy apa pula lagi ni... boleh tak majlis ni selesai cepat.. aku nak balik rumah ni... dahlah rimas teramat sangat.. dia menggerutu geram.


***********

Dia memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg bersaiz sederhana itu... sesekali tangannya menyeka air mata yang tak henti-henti mengalir di pipinya.. Dia menyedut nafas dalam.... memandang ke arah sekeliling bilik itu....ah terlalu banyak sangat kenangan yang ada disini... di setiap ruang ini, di segenap penjuru tempat ini, pandangan mata aku hanya melihat dia, gelak tawa dia, lenggok langkah dia semuanya telah terhafal dalam ingatan ini... tak termampu rasanya nak ku bayangkan yang hidupku ini tanpa kehadiran dia di sisi... mampukah aku? setelah sekian lama sentiasa ada dia yang setia berdampingan membantu, mengisi separuh ruang hatiku ini...? kuatkah aku?

Sebentar lagi... ah.. mungkin sekarang agaknya... jam dipergelangan tangannya dikerling sekilas... suamiku akan menjadi suami orang lain... ya akan menjadi milik Suhail..

Salah siapakah ini, hingga semuanya terjadi? salah akukah sampai dia mencari yang lain.... atau silapkah dia sendiri sehingga mengabaikan setianya sendiri pada diriku ini.... atau sememangnya memang salah aku juga kerana langsung tidak pernah menyatakan rasa cintaku terhadap dirinya. Sungguh, rasanya telah beratus kali dia bermuhasabah diri semenjak beberapa hari yang lalu, mencuba mencari hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpanya... namun dia tetap buntu.. langsung tak jumpa penyelesaiannya.. mungkin inilah rahsia DIA.. dan dia sebagai hamba yang diuji.. dia harus redha.. dia harus pasrah...

Balqish melabuhkan punggungnya perlahan di birai katil.. jiwanya terasa kosong.. perasaannya terasa sepi.. dia kini bersendirian melayan duka yang melara dalam jiwanya.. dan berbeza pula dengan Daniel.. Lelaki itu pasti sedang dikelilingi oleh sanak saudaranya.. dan entah-entah lelaki itu sedang tersenyum lebar, yalah pasti sedang gembira barangkali.. tak sabar mungkin agaknya untuk di satukan dengan kekasih pujaan hatinya sekian lama..

Batrisyia.. ingatannya tiba-tiba tertumpu pada si kecil, satu-satu permata hatinya yang dia ada.. kesian dia.. dia langsung tak tahu apa-apa, dan tak sepatutnya dia menjadi mangsa kepada keadaan ini.. Kalau memang benar itu silap dia.... dia terima dan dia akur... tapi haruskah, atau lebih tepat lagi mestikah Batrisyia terheret sama? tersepit dalam situasi yang tak diduga ini? perlukah??

Ah.. maafkan mama sayangku, wajah mulus anak kecil itu yang sedang terlentang ditengah ruang katilnya dengan matanya yang galak ke sana ke mari di perhatikannya. Anak sekecil dia ini, apalah yang dia tahu..

Tak apa anakku, nanti mama akan bawa sayang pergi ke tempat yang jauh... dan kita akan bina hidup baru yang lebih bahagia dan gembira..

Pakaian-pakaian si kecil diambilnya beberapa helai, di sumbat kedalam beg yang turut memuatkan pakaiannya sekali tadi.. cukuplah kot... bawak yang mana penting saja..

Perancangannya mudah... dia akan pergi menaiki teksi, pulang ke rumah yang didudukinya bersama Daniel.. ambil kereta kesayangannya dan pergi.. ke mana hala tuju selepas itu.. dia masih belum pasti... dan yang pasti biarlah tempat itu jauh, jauh daripada Daniel dan semua insan yang dikenalinya.. dia ingin bina hidup baru.. susah senang biarlah dia yang tanggung sendiri.. dia ingin buktikan yang dia mampu hidup tanpa kehadiran lelaki itu.

Segalanya habis disini, itu tekadnya.. tak ingin lagi berpaling ke belakang... untuk apa menyemai cinta, untuk apa terus setia andai setianya langsung tak pernah dihargai oleh lelaki itu.. tak sangka kan dalam lelaki itu sentiasa di sisinya... masih sempat lagi lelaki itu menanam benih kepada perempuan lain... ah lelaki memang begitu agaknya.. tak cukup pada yang satu..

Dia melangkah perlahan, menuruni anak tangga satu persatu, sebelah tangan membimbit beg pakaiannya dan sebelah tangan lagi mendukung Batrisyia.. memang inilah perancangannya.. pergi ketika saat orang tiada... biar pemergiannya tak disedari...

Untuk apa mengucapkan selamat tinggal andai datangnya ke sini dulu memang langsung tak pernah di undang.. dia menyeret langkahnya yang memberat itu, ikutkan rasanya dia memang langsung tak kuat untuk menempuh semua ini, namun dia tetap cuba gagahkan dirinya... ya dia harus tabah..

Masih terngiang jelas di telinganya kata Puan Sri Nuha kepadanya.. bila dia cuba bersuara.. membantah perkahwinan itu beberapa hari yang lalu..

"Mummy tak bolehkah kalau abang tak menikahi Suhail tu..?"

"Kenapa pula? Daniel mampu apa, lagi pun budak tu bukan siapa-siapa pun, dia tu anak kenalan rapat keluarga ini... "

"Tapi abangkan dah berkahwin, takkan mummy sampai hati nak buat kami begini? tu Risyia pun masih kecil lagi, kalau mummy tak kesiankan saya pun tak apa tapi tolonglah kesiankan Risyia tu..."

"Balqish.. kamu kena faham... Daniel tu anak kami.. dan untuk pengetahuan kamu, kami memang dah lama nak jodohkan Daniel dengan Suhail, jadi alang-alang perkara ni dah terjadi.. apalah salahnya kami teruskan perancangan yang dah terbengkalai tu... dek kerana perkahwinan kamu dan Daniel hari tu... lagi pun tak salah rasanya, Daniel pun bukannya tak mampu pun, malah lebih daripada mampu... sekurang-kurangnya dapat juga kami menutup aib yang ada.. dan dapat juga menyatukan 2 buah keluarga.. "

Yalah kan.. aku tahu aku ni bukan siapa-siapakan? bersuara pun macam tak bersuara.. semuanya di reject.. serupa aku jadi tunggul kayu kalau macam ni.. aku ni siapa? bukannya menantu pilihan.. dahlah sebatang kara, orang biasa nama pun bukan Syarifah, Syed.. Raja atau pun Tengku...

Suhail... ya teringat pula pertemuan dia dengan Suhail seminggu yang lalu.. pertemuan senyap-senyap tanpa pengetahuan semua orang.. dia sudah sedaya upaya cuba memujuk Suhail membatalkan niatnya.. namun jawapan gadis itu mudah...

"Daniel calon terbaik I, dia ada segalanya.. dan family kami juga saling mengenali dan pasti sukar kalau dia nak lepaskan I begitu saja nanti..."

Tak sangka sungguh Balqish.. Suhail yang dilihatnya berpakaian sopan, berbaju kurung dengan kepala dilitupi tudung, mempunyai fikiran sebegitu teruk... kalah dengan dirinya yang hanya berpenampilan biasa... agaknya betullahkan kata orang, jangan menilai daripada luaran.. begini punya manusia pun adakan?

"Lagipun kami memang saling menyintai.. yalah kalau tak cinta masakan kami boleh bersama, berkongsi segalanya..." Suhail menambah, dengan cerita rekaannya sendiri pula.. saja..

"Itu bukan cinta cik Suhail, itu lebih kepada nafsu tau tak.. orang kalau ikhlas bercinta dia tahu bezakan halal dengan haram..." Balqish bengang... terhambur juga apa yang terbuku dihatinya..

"Alah.. you jangan tunjuk alim, tunjuk baik depan I, macamlah I tak tahu perkahwinan you dengan Daniel macamana.. you tu pun sama saja.."

"Hello tolong sikit ok.. itu semua kemalangan saja tau tak.."

"Kemalangan? atau dirancang Balqish? hanya orang bodoh saja yang percayakan kata-kata you tu.. masakan tidur sengaja tak kunci pintu bilik.. " Suhail menjuih bibir..

"Up to you.. nak percaya atau tak.. yang penting I dan DIA tahu kebenaran di sebalik semua ini.."

"Semua salah you Balqish.."

"Salah saya? kenapa pula?"

"Yalah kalau tak kerana you kahwin dengan Daniel, benda ni semua tak akan berlaku, dan I dan family I dan semua orang tak akan mendapat malu.."

Balqish terdiam.. salah akukah? ke perempuan ni memang tak reti nak terima qadak dan qadar ALLAH...

"Cik Suhail saya datang sini bukan untuk kita saling tuding menuding jari kata salah siapa, saya cuma datang nak selesaikan masalah kita ni.. itu saja.."

"Selesaikan apa lagi? bagi I segalanya sudah selesai.. pernikahan itu akan diteruskan, you setuju atau tak.. itu tak penting bagi I tau, you faham tak.."

"Tapi I isteri dia dan I berhak untuk tidak memberi persetujuan..."

"Hey... kau ingat aku takut ke kalau kau tak setuju.. pergi jalanlah dengan hak kau tu.. kau buang masa aku sajalah.." Suhail meninggi suara tiba-tiba hingga membuatkan Balqish terpinga-pinga.. terserlah perangai Suhail yang sebenarnya...

"Kalau setakat datang jumpa aku nak kata pasal hak kau.. kau buang masa aku.. hey suka atau tidak Daniel akan jadi milik aku, dan kau... jangan nak tunjuk lagak depan aku.. kalau kau rasa nak selamatlah..." ugut Suhail sambil menudingkan jari telunjuknya pada wajah Balqish sebelum berlalu meninggalkan Balqish sendirian.. langsung tak peduli dengan mata-mata orang di sekeliling yang memandang ke arahnya.

Huh ini ke wanita pilihan Daniel? agaknya lelaki itu dah buta dek penampilannya sehingga segala keburukannya dia tak nampak... Balqish hanya mampu berdoa dalam hati... biar ada keajaiban yang datang untuk membatalkan majlis yang bakalan berlangsung...

Banglo mewah yang tersergam sepi itu dipandangnya.. mungkin buat kali terakhir.. cintaku tertinggal di sini.. kasih ku juga tertumpah disini dan tangisanku juga berlagu di sini... Selamat tinggal semua, selamat tinggal Daniel.. izinkan aku berlalu daripada hidup kamu...

Dia tunduk.. menyedut nafas perlahan dan berpusing... untuk melangkah pergi... namun langkahnya mati ketika baru beberapa kali dia menapak.. pandangan matanya disuluhi kemilau cahaya lampu daripada sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari dirinya...

Eh siapa pula ni... dia tertanya-tanya... cuba diamati siapa... tapi dia tak jelas.. dia mula di selubungi rasa hairan...

Saturday, April 17, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[36]


Balqish mengeluh... rawan hatinya tak siapa yang mampu mengurangkannya.. pedih hatinya tak siapa mampu hilangkan... kecewa hatinya tak siapa mampu memujuknya... ah.. kenapalah ujianNYA sering kali datang bertimpa-timpa sampaikan aku rasa sesak sangat nafas ini, sempit sangat ruangnya? mengapa bila rasa sayang itu mula bercambah... ada pula yang datang mencantaskannya tanpa sedikit pun memberikan amaran? kenapa bila rasa cinta itu mula memekar, ada pula yang datang meracuninya tanpa sedikit pun berbelas kasihan?... air mata yang mengalir lebat di pipi diseka perlahan, namun hanya seketika.. pipinya kembali lencun.. ah air mata ni macam tak ada tanda-tanda ingin habis, langsung tak mahu berhenti.

Amukan Tan Sri Darwish pagi tadi benar-benar di luar duganya.. Daniel pula hanya mendiamkan diri bila diasak oleh daddynya.. sangkanya lelaki itu akan menepis, menyangkal segala tuduhan bapa mentuanya, menyatakan yang segalanya adalah tidak benar, karut belaka... tapi... segalanya sebaliknya.. dia tergamam, terkedu, terkelu segala bicara.

Longlai jiwanya bila diberitahu yang dalam dua minggu lagi suaminya akan menikahi perempuan lain... ya ALLAH.. kalau tak kuat iman memang dah lama aku jadi gila, kalau tak kuat iman dah lama aku tamatkan segalanya.. hilang segala masalah.. tapi betulkah? atau sekadar menambahkan masalah yang lain? nasib baiklah separuh daripada jiwanya masih mampu berfikir secara rasional.. baru beberapa hari dia lepas pantang, anakku pun masih belum lagi mengenal orang, kini papanya pula igin menikahi perempuan lain dan dia, seorang isteri yang langsung tidak diberi sebarang pilihan untuk menyatakan sebarang rasa.. segala keputusan di tangan mereka, alasannya pula hanya simple.. untuk menutup aib yang semakin terbuka.. Ya ALLAH sampainya hati mereka buat aku macam ni, macam aku ni tak punya perasaan, apa mereka ingat aku ni tunggul kayu??..

Raut tenang Batrisyia yang sedang lena dalam tidurnya sedikit pun tidak mampu memberikan ketenangan pada dirinya, sayang... papa dah tak sayangkan mama, papa dah tak sayangkan kita.. Risyia akan ada mama baru... dan mama.. mama akan sendiri seperti dulu... hiba hatinya andai ini yang terjadi.. ke mana kaki harus melangkah andai lelaki itu membuang dirinya? kepada siapakah dia akan mengadu tentang nasib dirinya ini sedangkan dia hanya sebatang kara di dunia ini....

Entah kemana lelaki itu menghilang Balqish sendiri tak mahu ambil pusing... segala impian, harapan untuk hidup bahagia dengan lelaki itu hancur berkecai, musnah dalam sekelip mata.. semalam baru sekejap kau panggil aku sayang... semalam baru sekejap aku rasa bahagia berada di sampingmu.. kini dalam sekelip mata kau rengut segala rasa itu... teganya kau suamiku...

Telefon bimbitnya sudah berkali-kali mengalunkan irama... meminta perhatian darinya, namun Balqish buat tak endah.. tak ada mood untuk menjawab, hatta berbual dengan seseorang kala ini, dia mahu bersendirian, tak mahu diganggu oleh sebarang suara.

Bingitttt!!! hisy siapalah yang tak faham bahasa ni... dah orang tak angkat tu sudahlah, tak perlu nak call banyak-banyak kali... dia merengus.

-Qish kalau kau tak nak layan kau offkan sajelah phone tu.... habis cerita daripada terbiar memekak, berbunyi... bikin bising saja.

+Ya tak ya juga.. eh kenapa aku tak terfikir dari tadi?

Telefon bimbitnya dicapai... ingin dimatikan kononnya, namun lain pula yang dibuat oleh tangannya..

Eh siapa ni? nombor tak ada dalam simpanan.. dia mula tertanya-tanya... huh sampai 19 misscall.. apa penting sangat ke panggilannya itu?

"Hello.." cepat-cepat dia menekan butang "answer" bila nombor yang tak dikenali itu memanggil sekali lagi...

"Hai.."

Perempuan! siapa ni dia mula tertanya-tanya dalam hati, suara macam tak pernah aku dengar saja sebelum-sebelum ini...

"Balqish..??"

"Ya... siapa ni?" serak-serak suaranya bertanya, kesan daripada menangis sepanjang hari.

"I bakal madu you.."

"What!!"


**********

Daniel menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu... rambutnya sendiri sudah kusut masai.. tak teratur... raut wajahnya keruh, dek tekanan yang tak termampu di tanggung olehnya.

Qish maafkan abang sayang... abang terpaksa.. abang tak mahu Suhail ceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada awal perkahwinan kita dulu, penyebab kepada perkahwinan kita tu, abang tak mahu mummy dan daddy samakan Qish seperti perempuan-perempuan abang yang dulu... abang tak mahu mummy dan daddy memandang jelik pada Qish.. abang tak sanggup nak hadapi semua itu andai semua ini terjadi, tapi Qish percayalah... hati abang hanya untuk Qish seorang, bukan untuk Suhail.. abang janji, abang akan selesaikan semua ni, abang janji kita akan hidup bahagia selepas ini... tapi... tolonglah... fahami abang.. abang tersepit dek keadaan.. ah mungkin ini semua balasan buat abang, sebab abang banyak sangat mainkan perempuan dulu..

Hancur hatiku sayang melihat wajahmu dilimpahi air mata... derita jiwaku sayang melihat kecewa bertanda di rautmu... kalaulah mummy yang bersuara, dia memang masih mampu menepisnya.. tapi andai daddynya dia memang terpaksa akur, sebab daddy bukan jenis yang akan cakap sahaja... dia tahu daddy akan buat apa saja agar dia menuruti kehendaknya itu..

"Abang... apa semua ni?"

Daniel terkelu tak mampu menjawab soalan Balqish yang bernada lirih itu..

"Abang cakaplah.... takkan abang sanggup biar Qish dalam keadaan tertanya-tanya macam ni?"

Sungguh...! bukan dia sengaja membiarkan Balqish terus tertanya-tanya tapi... dia tak mahu andai jawapannya nanti menambahkan lagi air mata isterinya yang mengalir turun, mendalamkan lagi garisan luka perasaan isterinya itu.

"Abang...." sayu nada itu terus menagihkan jawapan darinya..

"Abang tak ada jawapan untuk soalan Qish itu, maafkan abang.. abang nak bersendirian... mummy, daddy, Niel nak keluar sekejap, saya nak kena fikirkan balik apa yang daddy katakan tadi..."

"Apa pun yang terjadi... daddy nak kamu buat apa yang daddy suruh tu... muktamad, tiada apa-apa alasan lagi faham!"

Dia hanya seperti dengar tak dengar saja kata-kata Tan Sri Darwish itu...

Dia sendiri tak tahu sudah berapa lama dia membawa dirinya ke sini.. dia sendiri tak rasa ingin pulang walaupun tubuhnya mula di selubungi kesejukan dek curahan air embun.. bukan ingin melarikan diri... tapi dia serba salah, kecewa melihat wajah sendu Balqish itu, terkilan kerana membuatkan Balqish menitiskan air mata... dia tak kuat untuk melihat semua itu, jiwa lelakinya rapuh melihat segala itu...

Daniel sedar, raut hampa menggaris jelas di wajah Balqish, maafkan abang, maafkan abang, maafkan abang Qish, bisik hatinya, hanya itu yang termampu dilakukan... ah lemahnya aku ini rupanya.

Ah kalaulah mereka boleh mendengar isi hatiku ini, ketahuilah betapa kecewanya aku dengan keputusan daddy ini, betapa hampanya perasaan aku ini dan betapa hancurnya jiwa aku...

SUHAIL! moga tiada bahagia dalam hidup kau perempuan tak guna... sumpahnya dalam hati..

***********

Suhail tersenyum lebar... hampir sepuluh minit dia begitu, semenjak menamatkan perbualan di telefon sebentar tadi... hatinya puas.. seronok usah katalah perasaannya kini.

Heh padan muka... Daniel tu sepatutnya memang dari dulu lagi dah jadi milik aku, tapi tulah mama dan papa lambat sangat bertindak.... ah.. tapi tak apalah dalam dua minggu lagi dia akan jadi milik aku..

Betapa gembira dan seronoknya perasaannya tadi bila mamanya memberitahu yang keluarga Daniel bersetuju untuk menyatukan mereka dalam tempoh dua minggu lagi...

Heh padan muka kau Daniel dan keluarga kau tu apalah bodoh sangat dok percayakan cakap aku bulat-bulat...

Ni semua salah kau Daniel.. ni memang balasan buat kau... rasa bengang, menyampah, meluat dan benci pada Daniel mula hadir pada pertemuan pertama yang diatur oleh keluarganya tika itu.. ingatannya masih jelas pada pandangan jelik Daniel atas penampilannya... teringat bagaimana dinginnya lelaki itu padanya, bercakap dengannya seolah nak tak nak, seolah terpaksa... heh ingat aku ni perempuan kolot sangat ke? sekarang baru kau tau siapa aku...

Dia tertawa kecil sendirian bila teringatkan kembali perbualan antara dia dan Balqish, sengaja dia menelefon wanita itu.. ingin mengetahui perasaan wanita itu... dan kini dia tersenyum puas.. seronok...

"Su... Suhail.." serak-serak Balqish meneka.. apalah yang dia inginkan lagi? tak cukup lagikah dia dapat apa yang dia inginkan selama ini?

"Yess... tau pun you..."

"Untuk apa awak telefon saya ni?"

"Saja... untuk berbual dengan bakal madu I.."

"Tahniah.." ucap Balqish tersekat-sekat.. tahniah kerana berjaya mencederakan perasaan aku, dan terima kasih kerana menghadiahkan tangisan dan limpahan air mata padaku ini.. bisik hati kecilnya..

"Terima kasih... eh you tak nak tahu ke bagaimana hubungan cinta kami?" sengaja ingin memprovok, bengang pula mendengar nada tenang Balqish itu..

"Err.. tak apalah.. lain kali sajalah.. "

"Heh.. I percaya kita akan jadi madu yang baik.."

"Err... Suhail kita berbual lain kali sajalah.. dah lewat malam ni.. saya dah mengantuk.." tak berdaya untuk meneruskan perbualan, jiwa dah rasa hancur luluh mendengar nada riang suara Suhail di hujung talian itu. Terima kasih atas derita yang kau hadiahkan, terima kasih atas rasa kecewa ini... Daniel..

"Ok.. kita jumpa lagi dua minggu lagi... kirim salam dekat anak you.. peluk cium dari mama barunya.." hehehe...

Bunyi gagang telefon yang dihempas tanpa pamitan melebarkan lagi senyuman di wajahnya.. heh.. mesti kau bengang kan? baguslah.. memang itu yang aku nak.. tulah siapa suruh suami kau tu sombong sangat.. bongkak sangat..

++++++++

Nuril's kata : Assalamualaikum n salam sejahtera kengkawan.. maaf n3 kali ini agak duka lara sedikit.. apa jadi agaknya pada kisah cinta Daniel dan Balqish.. kita tunggu next ep.. thanks kpd kgkwn yg setia mmbaca dan meninggalkan komen.. sy terharu... dan saya juga hanyalah seorang penulis amatur yang masih lagi banyak kekurangan.. sila tunjuk ajar andai saya tersasar~

Tuesday, April 6, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[35]


"Aku terima nikahnya Suhail Munirah Binti Dato' Zakuan dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai...."

Dengan sekali lafaz sahaja Daniel dan Suhail telah pun sah menjadi suami isteri kini.. Suasana hingar bingar di banglo mewah itu kini bertukar menjadi sunyi sepi.. semua mata hanya tertumpu kepada Daniel yang sedang berjalan perlahan menuju ke arah Suhail..

Daniel sedaya upaya cuba memaniskan mukanya, agar segala kebencian yang bersarang di lubuk hatinya tidak ketara sangat kelihatannya.

Suhail dengan wajah yang berbunga ceria tidak sabar menanti ketibaan Daniel untuk majlis membatalkan air sembahyang dan Daniel pula sebaliknya... wajahnya terlalu dingin, pandangan mata yang kosong...

Huh, nasiblah dekat depan orang ramai, kalau tak, tak ingin aku nak dekat dengan kau, nak pandang muka kau pun aku tak lalu... Daniel mendengus..

Dengan hati yang membengkak dia menghulurkan tangan untuk di sambut oleh Suhail.. dan Suhail pula dengan wajah yang penuh kemenangan terus menyambut tangan Daniel itu... baru saja dia ingin mendekatkan bibir untuk mengucup tangan lelaki yang baru saja sah menjadi miliknya itu... dia dikejutkan oleh jeritan seorang wanita.... terus terkaku perbuatannya.

"Tidakkkkkkkkkkk!!!!!!!!!" Balqish seolah tak percaya apa yang dilihat oleh matanya itu.. melihat suami sendiri bernikah dengan orang lain.

"Qish..." Daniel terpempan, terkesima.. matanya terbuntang memandang sekujur tubuh milik Balqish yang berdiri di muka pintu, mereka berlaga pandangan... ada riak hampa terlakar di wajah Balqish itu...tak sangka... sangkanya semuanya telah diuruskan, Balqish telah di hantar ke Genting Highland untuk bercuti, dan dia kononnya akan menyusul selepas segalanya selesai... tapi nampaknya... segalanya hanya tinggal rancangan..

Wajah Balqish yang sedang mendukung Batrisyia kini lencun dengan air mata... hancur luluh hatinya kini, tak sangka kepercayaannya di khianati oleh lelaki itu...

"Apa semua ni? sampai hati kau Daniel buat aku begini, apalah salah aku? tak kesian ke pada anak kita yang masih kecil ni?..." dia bertanya dengan nada sebak yang menggila..

"Errr... Qish jangan salah faham.. tolonglah dengar penjelasan abang dulu.." Bahu Balqish cuba diraih... memusingkan tubuh isterinya itu agar wanita itu memandang ke arah dirinya, melihat wajahnya..

"Ah.. Qish tak nak tahu apa-apa... biar kita berpisah saja kalau macam ni.." keputusan yang muktamat... dia tidak rela berkongsi kasih tak sanggup... masakan lelaki itu mampu berlaku adil..

"Qish... tolonglah... dengar dulu apa yang abang nak kata ni... abang sendiri pun tak mahu benda ni berlaku, terjadi... tak mahu..... bukkkk!!! aduhhh" sakitnya... siapa yang pukul aku ni..

"Awak ni kenapa? mimpi naik kapal terbang terhempas ya?" tegur Balqish dengan mata separuh terbuka... entah apa-apalah suami aku ni... dah besar-besar pun jatuh katil lagi... lawak sungguh beliau ini.

"Hah? er... Qish dah balik dari Genting ke?" soalnya masih mamai..

"Genting?? oitt cik abang oi... bila masanya saya pergi Genting ni? awak ni mengigau ke apa?"

"Tulah lain kali sebelum tidur tu ambil wudhuk dulu... barulah tak mimpi yang bukan-bukan.." Balqish membebel perlahan... kacau saja orang nak tidur...

"Err... abang mengigau ya? eh maknanya aku tak nikah lagilah ya?? fuh..." Daniel mengurut dadanya lega.. lega yang semuanya hanya mimpi ngeri saja... ceh boleh pula aku termimpikan perempuan tu...

"Nikah? nikah dengan siapa ni? eh bukan ke awak memang dah bernikah dengan saya ni ke? dah-dah bangun pergi basuh muka tu... "

"Ha... eh yalah... abang lupa lagi..."

Aduh... nasib tak terkantoi... kurang ajar punya Suhail, sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya... dia menggetap bibir... dengan langkah yang malas dia menuju ke bilik air... aduh sengal badan aku ni, boleh pulak aku jatuh... nasib baiklah katil tak tinggi sangat, kalau tak mahu patah riuk tulang aku ni..

Er agaknya apalah makna yang tersirat di sebalik mimpi tu? minta-minta dijauhkan olehNYA daripada segala kesulitan...

"Qish... alah takkan nak sambung tidur kot.. mehlah temankan abang, abang tak boleh tidur ni..." dia menepuk perlahan bahu Balqish yang baru saja ingin memejamkan mata itu.

Alah dia ni, dia yang tak boleh nak tidur balik, kita juga yang jadi mangsa nak kena temankan dia, ni dah mengalahkan Risyia dah ni, Risyia pun tak minta di teman, yalah anak aku tu kan manalah tau bercakap lagi... eh... sabar jelah dengan suami aku ni, karang kata tak mahu karang... dikatakan derhaka pula, tak pasal-pasal dapat dosa di awal pagi begini... isk nak tak nak kena teman juga.. yalah kalau kata tak nak pun mesti dia paksa-paksa nanti.. silap-silap dia ugutnya aku...

"Hah abang kiss nanti..." tergiang-ngiang tiba-tiba ugutan Daniel itu..

Huh tak nak aku... dia bangun perlahan, masih liat ingin berpisah dengan selimut, bantal, katil dan hatta cadar sekali...

"Alolo... cuba senyum sikit... tu macam tak ihklas je tu... alah kalau tak nak takpalah.. biarkan sajalah abang seorang diri... ya siapalah abang nikan pada Qish.." ada nada rajuk di situ, Balqish tak tahu seriuskah atau sengaja dibuat-buat oleh lelaki itu.

"Alah.. saya tak cakap pun tak nak.. isk awak ni cepat sangat bersangka buruk tau.. tak baik tau tak.."

Diam... tiada balasan daripada suaminya itu... alahai dia merajuk betul ke? aku ni dahlah fail bab pujuk-memujuk ni... gagal...! Balqish menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Awak.. huihhh buruk benar muka tu kalau merajuk... "

Tetap juga sepi seperti tadi.. sebenarnya Daniel bukannya serius pun, tapi dah alang-alang Balqish ingat dia serius, baik dia teruskan saja, nak juga tengok kesungguhan isterinya untuk memujuk kononnya... isy mengada jugak aku ni... alah sekali-sekala tak apa kan? bukannya dengan orang lain pun...

"Ok... saya kira sampai tiga, kalau tak saya pula yang merajuk..." Balqish mengugut geram.. benci tau dia ni, suka buat aku jadi serba salah..."

Daniel hanya membatu...

"Ok... satu.... dua..... ti...."

"Cup..!" hehehe.. Daniel tertawa kuat, seronok...

"Awak ni... huwaa..." jahatnya dia... suka buat aksi 18sx tau dengan aku ni.... er pembaca jangan bayangkan apa-apa tau... tak baik.. Balqish menyentuh bibirnya sendiri yang baru di kucup oleh Daniel itu..

"Ok hadiah untuk Qish... sebab pujuk abang..." dengan langkah melenggang dia bergerak menuju ke arah pintu biliknya..

Balqish yang masih lagi terpempan di tempat berdirinya tadi langsung tak di pedulikan.. dan yang pasti dia sangat gembira dapat mengenakan isterinya itu.

Aku dah jangka dah... heiii mamat ni memang senget ... senget-senget pun suami aku... hai pasrah jelah nampaknya...

"Qish abang nak pergi dapur ni, buat air, Qish nak air apa-apa tak, abang boleh buatkan?" kot-kot dengan secawan air mampu meredakan kebengangan isterinya itu terhadapnya..

"Hah?"

"Isk... dia ni kena kiss terus jadi orang istimewa ke.."

"Hah awak kata saya pekak ya?"

"Mana ada, abang cakap orang istimewa jelah.."

"Yelah-yelah... samalah tu maksudnya.."

"Lainlah Qish.."

"Apa yang lainnya?"

"Yang lainnya, sebutan dan perkataannya.." hahaha...

Tengok tu, dah dua kali dia kenakan aku...

"Qish nak abang buatkan air apa?"

"Err... saya nak air nescafe, tak nak nescafe tak nak gula tau..."

"Hah? air macamana tu?" Daniel bertanya lurus... tak pernah terdengar pun orang order kat restoran macam tu..

"Air kosonglah awak... hahaha.. dah terkena.."

Cit, dia kenakan aku balik rupanya.. bertuah punya isteri..

******

"Mummy tak tidur lagi? dah pukul berapa ni?" jam kecil yang berada di atas meja kecil yang berada di sisi katil di kerlingnya... hairan dah jam 3 pagi... apa yang isterinya fikirkan agaknya ya?

"Mummy tak dapat tidurlah daddy, mata ni tak rasa mengantuk lagi..."

"Fikirkan apa? marilah kongsikan dengan daddy ni? kot-kot daddy boleh tolong ke.."

"Entahlah daddy, serba salah mummy nak ceritakan sebenarnya...

"Kenapa pulak? alah cerita sajalah.. sebelum-sebelum mummy tak pernah sembunyikan apa-apa dari daddy kan?"

"Tapi yang ni lain sikit daddy.."

"Lain apanya ni? suspenlah mummy ni.. ceritalah cepat... daddy nak dengar ni.."

"Janji yang daddy tak marah nanti ya?"

"Lah tak cerita lagi manalah tahu daddy nak marah ke tidak..."

"Ok-Ok daddy cuba tak marah...." janjinya bila melihat isterinya itu hanya diam... seolah-olah sedang memikirkan sesuatu..

"Begini......" Puan Sri Nuha mula bercerita... segalanya... satu pun tak tertinggal...

"Hai Daniel ni, tak satu, satu hal dia buat, tak tahulah apa nak jadi..." entah kenapa dia terasa geram teramat sangat.. tangannya mula mengepalkan penumbuk..

"Daddy... kan daddy janji takkan marah.." tegur Puan Sri Nuha sambil mengusap lembut bahu Tan Sri Darwish... cuba menenangkan..

"Perkara macam ni, mummy kata tak marah? cuba mummy fikirkan.. Zakuan dan Adlyn tu kawan rapat keluarga kita, dan anak kita pula rosakkan anak dara mereka.."

"Entahlah daddy, mummy pun tak tahu nak buat apa, mummy tanya Daniel, dia kata dia tak buat..."

"Mummy, siapalah yang nak mengaku kalau dia dah melakukan sesuatu kesalahan tu..."

"Tapi dia beria kata dia tak buat... "

"Habis nak kata si Suhail tu menipulah ya? budak tu baik sangat perangainya daddy tengok.."

"Entahlah serba salah mummy nak percayakan siapa.."

"Daniel pun satu... hisy.. aci redah saja, ikutkan sangat nafsu tu.."

"Daddy... gayanya, daddy macam percaya yang anak kita bersalah saja dalam hal ini.."

"Daddy tak tahu... daddy serabut sekarang..."

"So apa kita nak buat ni?"

"Daddy nak anak kita bertanggungjawab...!" muktamad keputusannya.

"Tapi... kita tak ada bukti yang betul anak kita punya kerja.. takkan kita nak percayakan Suhail bulat-bulat... buatnya Suhail hanya buat cerita, kan dah kesian anak kita, tu Balqish tu baru saja nak habis berpantang, apa perasaan dia kalau dia tahu benda ni."

"Entahlah... daddy buntu sekarang ni... "

"Kita tak boleh bertindak terburu-buru macam ni..."

"Daddy tak tahu nak buat apa sekarang ni, tapi kalau betul Daniel punya kerja, Daddy nak dia bertanggungjawab.." anak... tak habis-habis kau menduga kesabaran ayahmu ini...

*********

Nuril : Alhmdulillah.. n3 strusnya... sdikit pendek... maaf ya kengkawan... sekarang Nuril agak bz.. fokus menyiapkan sebuah cerpen sempena bengkel penulisan bulan May nanti insyaALLAH... ni pn curi2 update kat opis ni... hehehe peace bos... marah kena jual ti...

Saturday, April 3, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[34]

Angin petang menampar lembut pada wajah tegangnya... Daniel mengeluh... dan terus mengeluh... itulah yang dilakukan sejak hampir satu jam tadi berada di sini.. berat benar ujianMu kali ini ku rasakan ya ALLAH.., lebih berat daripada kena bernikah dengan Balqish hampir 11 bulan yang lalu.. entahlah dia sendiri tidak tahu seberapa lama dia mampu menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Balqish.. tak tahulah bagimana reaksi isterinya itu nanti... marahkah Balqish?, kecewakah? atau sedih??.

Tuhan... tolonglah tunjukkan aku jalan untuk keluar daripada belenggu masalah kali ini... Tuhan aku buntu kali ini.. bantulah aku...

Perbincangan dengan Suhail semalam betul-betul menemui jalan buntu.. permintaan yang menyesakkan dirinya...

"Kenapa mesti I?" Daniel membentak, geram sungguh hatinya... wajah Suhail yang putih memucat itu direnungnya penuh benci... nasiblah kau tengah terlantar macam ni, kalau tak nak saja aku cekik-cekik kau biar mati terus, habis cerita... hisy hidup tak habis-habis nak menyusahkan orang saja.

"Sebab cara hidup you hampir sama dengan cara hidup I.." selamba saja jawapan yang terluncur dari mulut Suhail itu, sedikit pun tiada terselit nada bersalah kedengarannya.

"Tapi I mana pernah sentuh you, kenapa you sengaja nak perangkapkan I?"

"Eh kenapalah you ni susah hati sangat, I hanya buat impian keluarga kita untuk menyatukan kita berdua, menjadi kenyataan.. alah lagi pun you tak payahlah berlagak baik sangat.. macam you tak pernah sentuh perempuan sebelum-sebelum ni kan? agaknya dah berapa ramai perempuan yang you dah sentuh? mesti tak terkira kan? so anggaplah I ni macam salah seorang perempuan yang you pernah sentuh.."

Urgh... gila ke apa perempuan ni... dia ingat segalanya akan selesai kalau mengambil keputusan sebgini ke? menambahkan lagi masalah adalah... ni yang susah jadinya kalau bertindak mengikut nafsu... dan akibatnya orang lain yang akan mendapat susah.

"Tapi I tak nak, I tak setuju dengan cara you ni... I tak berkenan, you melibatkan I dalam masalah you..." luah Daniel tegas... walau apa pun yang terjadi, dia mesti menghentikannya.. dia tak mahu ada hati yang terluka dan jiwa yang terguris dek kerana dia menuruti kehendak gila Suhail itu.

"Terpulanglah pada you Daniel... I tak kisah, kalau you rasa, you nak mummy you tu tahu rahsia, cerita di sebalik perkahwinan you dengan isteri you tu, dan juga kisah tentang berapa orang perempuan yang you dah usik... yang dah jadi sisa tu... you nak isteri kesayangan you tahu juga ke? I akan rela hati, senang hati untuk menceritakan kepadanya...?"

"Kau... kau... urghh berani kau ugut aku.. hei kenapa mesti nak I yang bertanggungjawab atas keterlanjuran you sendiri? mana boyfriend you yang you dok berkepit ke hulu-hilir dekat kelab tu? kenapa kau tak suruh dia pula? atau dia pun dah tinggalkan kau juga, oh lupa pulak aku perempuan jalang macam kau ni siapalah yang nakkan..?" sengaja Danie berkata begitu, untuk membakar amarah Suhail.. namun nampaknya Suhail hanya bersahaja... dia sendiri yang bertambah bengang adalah... ah perempuan macam ni manalah ada apa perasaan.. orang kata apa pun bukannya menjadi kudis pada dia...

"Hello... eh you ingat I ingin sangat ke nak berlakikan you tu hah?, tolonglah... kalau tak sebab benda ni dah jadi, I takkan nak kita nikah... alah anggap sajalah you tengah buat amal ni, kot-kot boleh tampung dosa-dosa yang you pernah lakukan sebelum-sebelum ni.."

"Amboi senang-senang je kau cakapkan... kalau tak ingin, kenapa terhegeh-hegeh suruh aku kahwin dengan kau?? kenapa tak mintak jantan yang dah buat perut kau jadi buncit tu kahwini kau? eh sejak bila kau tahu pasal amal dan dosa ni? geli telinga aku mendengarnya orang macam kau ni cerita pasal dosa-dosa ni.. kau tak layak tau tak? kau sepatutnya ingatkan diri kau sendiri pasal dosa-dosa ni..."

Huh dengan perempuan macam dia ni tak perlu nak bertapis-tapis cakap... cakap saja apa yang di rasakan hendap di cakapkan, biar dia sedar diri sikit..

"Heh sebab I tahu you macamanalah I berani kata pasal dosa-dosa ni.. macam nilah.., kita nikah then after seminggu you boleh ceraikan I, lepas tu bolehlah kita jalani hidup seperti biasa, anggaplah benda ni tak pernah terjadi dalam hidup you... apa macam?"

"Wah-wah.. senangnya kau punya cadangan... hei kau ingat ni dalam cerita novel ke apa? nikah cerai pun kau buat macam mainan.. "

"Eh kira oklah tukan... lagipun I minta seminggu saja... bukan lama pun, pejam celik pejam celik dah habis berlalu waktu seminggu tu.."

"Aku tak setuju dengan cadangan kau tu... dan untuk pengetahuan kau aku tak ada hati langsung nak bernikah dengan kau, kau tahu tak? kau dah menyusahkan aku dan keluarga aku..." marah yang bergumpal dalam dada di hamburka.. pedulilah Suhail nak menangis ke apa ke, yang pasti sekarang perasaan dia teramatlah bencikan Suhail...

"OK sekarang you cakaplah macam tu... sombong dengan I, jangan sampai satu masa nanti you cari I dan merayu-rayu pada I pula..." yakin benar kata-kata Suhail itu, siap berbaur ugutan... orang kalau dah hatinya hitam, dalam keadaan sakit pun belum tentu dia nak insaf... Daniel mengetap bibir geram... cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu, takut andai dia berlama di situ, dia tak akan mampu menahan sabar yang semakin menipis, takut kelak dia akan mula mencederakan Suhail bila marahnya mula menguasai diri...

"Ingatlah apa yang I cakap ni..."

Kurang ajar kau perempuan... kau ugut aku... kau sengaja nak hancurkan rumah tangga aku yang baru terbina ini, kau saja nak musnahkan cinta aku yang baru hendak bertunas ni...

"Awak ni... kenapalah asyik termenung sehari dua ni? awak ni ada masalah ke? nak kata angau, saya ni ada je dekat depan mata awak..." Balqish membebel perlahan... geram.. apa yang dicakapkan kepada lelaki itu, seperti dibuat endah tak endah saja... entah dia dengar entah tidak.

"Qish cakap apa tadi? abang teralit tengok pasangan burung yang hinggap dekat dahan pokok sana tu... comel sungguh... hesyss kalaulah kita macam tu alangkah seronoknya..."

Balqish mencebik... melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Daniel itu...

"Urhg tak nak saya jadi macam tu... makan makanan yang tak masak, lepas tu makan ulat-ulat.. eeii geli-geleman saya..."

"Lah... abang tak kata pun kalau kita jadi burung tu... yang abang maksudkan kalau kita diibaratkan seperti burung tu, sentiasa bersama.. berdua ke mana juga..."

"Oh... eh manalah boleh kita berdua saja sekarang ni... kitakan dah bertiga.. ke amana-mana mesti bertiga, takkan nak tinggalkan saja Risyia kita tu... menangislah dia nanti..."

Adui isteri aku ni, bila dah datang perangai lurus bendul dia, cakap apa saja pun dia tak faham.. ke dia buat-buat tak faham? apa-apalah..

"Hah Qish cakap apa dengan abang tadi?"

"Cakap apa ya...errr kejap saya cuba ingat kembali... terlupa... ni awak punya pasallah, ajak lagi saya mengarut..

"Eh salahkan abang pulak... dia tu yang banyak makan semut.. tu yang jadi perlupa.."

"Amboi tak sayang mulut nampak.. sedap saja mengata orang ya? Hah... ok saya dah ingat balik dah..."

"Apa dia Qish..."

"Begini..."

"Hisy cakap sajalah cepat... yang terhenti-henti tu kenapa..." saja buat suspenlah tu... gerutu hati Daniel.

"Uik tak penyabar langsunglah awak ni.." hehehe saja nak duga dia, penyabar ke tidak tu..... tapi nampak gaya macam tak saja... alahai suami aku yang satu ini.. eh memanglah satu, takkan ada dua pula... haram tu...

"Qish..."

"OK-OK saya cakap ni..."

"Cepatlah.. karang abang kiss karang kalau main-main lagi..."

"Eh ugut-ugut orang pula dia ni.."

"Qish.."

"Yalah-yalah..." hehe dah benganglah tu...

Melihat reaksi Daniel yang mula menghampiri dirinya... cepat-cepat dia membuka mulut... tak nak oi kena kiss... tak rela I tau...

"Cuti saya dah nak habis ni... saya rasa eloklah kalau kita balik rumah kita... balik awal dua, tiga hari... yalah mesti rumah tu dah berabuk, lama sangat kita tinggalkan.. silap-silap labah-labah pun dah buat sarang dekat dalam rumah tu...."

"Kalau tak balik tak boleh ke Qish...?"

"Kenapa pula taknak balik..? ke awak masih lagi tak puas berkepit dengan mummy dan daddy awak?"

"Qish ke situ pulak.. tak adalah... abang rasa lebih selesa dekat sini... yelah sekurang-kurangnya Qish ada teman, kalau-kalau abang kena pergi outstation dua tiga hari..."

"Alah awak ni... bukan sekarang saya dah ada teman ke? tu anak kita tu, kan dia boleh temankan mama dia, apa yang awak nak risaukan? sebelum-sebelum ni awak selamba saja tinggalkan saya seorang diri... boleh saja kan.."

"Ok-ok sukahati Qishlah..."

"Lagi pun saya dah rindu dekat kereta saya tu..."

"Ceh kenapalah tak cakap terus terang yang Qish tu sebenarnya rindukan... tuk... er kereta Qish tu..."

"Apa dia, baik awak ulang balik... apa tuk-tuk tu? oh kutuk kereta saya ya...."

Teringat peristiwa yang Daniel menggelarkan kereta kesayangannya tukun... kurang asam jawa sungguh suamiku ini dulu...

"Mana ada apa-apa..." Daniel tersengeh, menahan gelak yang hampir memburai...

"Eiii... jahatlah awak ni tau..." Balqish memasamkan muka.. tak apa, nanti hari aku siaplah...

"Baby tengok papa ni, jahat gelakkan mama, jom kita jangan kawan papa, malam ni cakap dengan papa dia tak boleh tidur sekali dengan kita..."

"Alahai... sayang... abang gurau saja... baby bagitahu dekat mama, papa gurau saja..."

SAYANG... gulp... dia panggil aku sayang? macam tak percaya saja... biar betul... oh sekali lagi aku dah terjatuh cinta toing-toing, gedebuk-gedebuk dengan suami aku sendiri... eh aku tak bermimpi kan? dia menampar pipinya sendiri kuat-kuat...

"Ouch... !" sakitlah...

"Qish... yang tiba-tiba tampar diri sendiri kenapa?"

"Err... ada nyamuklah hinggap dekat pipi saya tadi.."

"Mana abang tak nampak pun..."

"Err dah terbanglah tu kot..."

Wajah Balqish direnungnya lama... mereka bertemu pandang... lama membalas panahan mata sesama sendiri... sehinggalah Balqish menunduk dengan getaran hati yang menggila.... eh orang kata kalau hati kita bergetaran sewaktu bertemu pandang dengan seseorang tu, bermakna orang tu jodoh kita.... betullah tu kot...

Qish... apalah perasaanmu andai kau mendengar apa yang Suhail fitnahkan kepada abang ni? Qish percayakan dia ke percayakan abang? ah kenapalah aku tak ada kekuatan untuk memberitahu semua ini kepadanya... Daniel mengeluh kuat...

"Awak ok tak ni?" hairan... tadi kelihatan ceria mengusik aku, ni sekelip mata wajahnya bertukar menjadi muram pula... agaknya apalah yang mengganggu fikiranmu itu suamiku..

"Ok... eh jomlah kita masuk dalam... sejuk dekat luar ni... nanti demam pula Risyia tu..."

*********

"So macamana? kamu dah dapat kata putusnya Suhail?"

"Entahlah mama... Daniel tu macam endah tak endah saja dengan Suhail ni..."

"Budak tu memang nak kena ajar, dia sedap-sedap berkepit dengan anak dan isterinya, anak kita dibiarkan saja terlantar macam ni.." bentak Dato' Zakuan geram, hatinya nekad kini... Daniel memang kena ajar, biar dia sedar dirinya itu sikit.. sekali kau buat anak aku, dua kali aku akan membalasnya..

"Biar mama telefon Puan Sri Nuha, nak bincang apa yang patut...manalah tahu dia boleh pujuk anaknya itu.."

"Err tak perlulah kot mama, mungkin Daniel perlukan sedikit masa untuk terima semua ni"

"Perlukan masa??? sampai bila? sampai berita tentang hal kamu ni tersebar.. macam tu?"

"Alah papa janganlah risau sangat, tahulah Suhail macamana nak selesaikan.."

"Amboi... jangan risau konon, tahu macamana nak selesaikan konon... Eh suhail... yang Suhail bela sangat budak Daniel tu kenapa? orang kalau ya pun cinta sangat pun... cuba bertindak ikut rasional.. ini tak semuanya kamu nak bagi.. sampai tergadai body macam tu saja... nasiblah juga keguguran... kalau tak apalah yang papa nak cakap kalau orang tanya cucu papa tu datang dari mana..."

"Eii papa ni tak habis-habis nak fikirkan diri tu depan mata orang lain... papa tahu tak sebab sikap papa macam nilah Suhail jadi macam ni tau tak...? papa selalu nak Suhail kelihatan sempurna dekat depan mata orang lain sampai Suhail rasa hidup Suhail ni macam boneka.. ikut saja kehendak papa dan mama..."

"Jadi sekarang kamu salahkan papa dan mamalah? kiranya kamu memberontaklah ni?"

Terkesima.. anak yang selama ini hanya menurutkan saja apa katanya kini mula bersuara.. malah meninggikan suara padanya lagi..

"Memang...!"

"Suhail tak baik cakap dengan papa macam tu nak.."

"Suhail rasa tertekan sangat sebab ada papa, dan mama macam ni.."

"Sampai hati Suhail cakap kami macam ni..."

"Suhail benci, bila tengok kawan-kawan mereka bebas buat aktiviti yang mereka suka, tapi Suhail.. Suhail tak macam tu... Suhail hanya kena akur saja dengan papa dan mama... 24 tahun Suhail pendamkan semua rasa hati Suhail.. tapi hari ni Suhail dah tak boleh simpankan lagi... Suhail dah tak larat nak pendamnya lagi.."

"Papa cuma nakkan yang terbaik untuk Suhail.."

"Yang terbaik papa kata? sampai Suhail perlu nak sekat segala kebebasan yang Suhail ada untuk menikmati pada zaman remaja Suhail..? kalaulah papa lebih terbuka mesti Suhail takkan jadi macam ni..." lirih nadanya... kecewa bersalut duka...

Lama Dato' Zakuan terdiam... cuba mencerna kata-kata anaknya itu... sehinggalah akhirnya dia mengeluh berat... mungkin ada benarnya anaknya jadi begitu kerana dia, dia memang terlalu pentingkan kesempurnaan..

"Maafkan papa kalau Suhail rasa cara papa tak kena dengan jiwa Suhail.."

Suasana kamar wad itu kembali sunyi sepi... masing-masing melayan perasaan sendiri...

Ah... kenapa aku hampir terlupa yang anakku ini juga punya perasaan, punya keinginan seperti orang lain... kalau benarlah ini salahku... ya ALLAH berdosanya aku... dia menghembuskan nafasnya berat.

Ah ringan rasa dada ini... akhirnya berjaya juga ku luah rasa hatiku ini yang ku pendam selama bertahun ini... tanpa sedar wajahnya menggaris senyum.. lapang teramat lapang perasaannya kini.

Baguslah kalau papa dan mama dah tahu...

Monday, March 29, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[33]


Kenapa dengan dia ni? sejak balik tadi mukanya ketat semacam saja... isk ada yang tak kena ke? nak tanya pada mummy, mummy pun buat muka macam jeruk terlebih cuka... nak tanya si Daniel... errr macam tak berani saja.. tak pernah-pernah sebelum ni mukanya tegang macam ni.. Balqish memandang dua orang insan yang sedang duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu itu.. isk perang apa pula yang mereka sedang lancarkan ni? seorang mengadap ke kanan seorang mengadap ke kiri..

Bibir Daniel kelihatan berketap terkumat-kamit.. hisy baca mentera apa pula dia ni... tak fahamlah dengan mereka berdua ni.. dahlah sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut masing-masing sejak tadi.. kesudahannya aku ni dah jadi macam tunggul kayu... tak pun boneka.. apa aku tanya seorang pun tak menjawap.. geram ni..

"Mummy.."

"Daniel"

Eh.. apa kenanya ni? sekali bersuara dua-dua pula serentak nak bercakap.. Balqish memandang wajah Daniel dan Puan Sri Nuha.. hairan, tak faham, kurang mengerti dengan perangai dua beranak ini..

"Kamu dah fikir apa yang mummy cakap dalam kereta tadi Niel?"

"Tak... bukannya urusan Niel pun, kenapa Niel pula nak kena pening-pening kepala untuk fikir benda mengarut yang tak masuk akal tu.."

"Amboi senang kamu cakap bukan urusan kamu ya, habis tu urusan siapa? takkan urusan mummy pula? pandai ya... dah makan lepas tu biar macam tu saja, cubalah belajar bertanggungjawab sikit.."

Eh makan apa pula ni? sejak bila pulanya Daniel ni pandai makan sendiri-sendiri ni? lepas tu biar begitu saja? bukan selalunya aku yang jadi tukang kemaskan ke? Balqish masih blur tak faham makna yang tersirat di sebalik kata-kata mummy mentuanya itu.

"Apa buktinya mummy yang Niel yang makan dia? eh mummy ramai lagilah yang makan dia, dia sengajalah tu nak sabotaj Niel, nak kenakan Niel, dia cemburu tengok kehidupan Niel sekarang ni.."

"Err... chop-chop... apa benda sebenarnya ni mummy? abang? makan apa ni? Qish tak fahamlah.."

Mereka berdua berpandangan tak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Balqish itu.

"Kenapa abang dan mummy diam? tak nak kongsikan ke apa yang meributkan mummy dan abang ni?"

Larr orang tanya tak mahu jawab pula... susah sangat ke soalan aku ni... isk aku rasa budak darjah satu pun boleh jawab soalan aku ni.

"Tak ada apa-apalah...." Puan Sri Nuha membuka mulut akhirnya, serba salah nak memberitahu perkara sebenarnya, takut menambahkan lagi kekalutan yang sedia ada.

"Kalau tak ada apa-apa kenapa muka mummy dan abang tegang semacam saja?" masih tak puas hati lagi dengan jawapan yang di berikan oleh emak mentuanya itu.

"Qish ni kenapa? dah mummy kata tak ada apa-apa, jadi maknanya tak ada apa-apalah.. tu pun tak faham ke?" tiba-tiba Daniel membentak, mungkin marah yang bergumpal didalam dadanya membuatkan dirinya mudah naik angin.

"Abang ni kenapa? kalau ya pun tak ada apa-apa, janganlah marah-marah orang..." lirih nadanya, rasanya ini pertama kali Daniel meninggikan suaranya di hadapan emak mentuanya.

Balqish menggetap bibir, entah kenapa mudah sangat air matanya memenuhi tubir matanya, menanti masa untuk gugur menuruni pipinya.. dah dia balik dengan muka masam mencuka, kita tanyalah... ingat nak ambil berat pada dia, tapi tak sangka dia marahkan kita pula... ceh lain kali jangan harap aku nak ringankan mulut ni untuk bertanya pada kau.

"Kamu berdua ni, boleh tak jangan bergaduh depan mummy ni, pening kepala mummy tau tak dengan sikap kamu berdua ni.." tegur Puan Sri Nuha bila dia melihat bunga-bunga pergaduhan yang sudah mula tercetus diantara anak dan menantunya.

"Dahlah... Niel nak naik dulu, nak rest... "

Balqish hanya memerhati langkah Daniel yang laju memijak anak tangga sehinggalah tubuh itu hilang di sebalik pintu biliknya.

"My..." wajah Puan Sri Nuha di pandangnya mohon penjelasan kononnya.

"Entahlah Qish... mummy pun tak tahu nak kata apa lagi.."

"Mummy pun nak naik dululah Qish, mengantuk pula rasanya.. yelah semalaman tak tidur langsung.." dia beralasan, selebihnya dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab andai Balqish terus bertanyakan soalan kepadanya, serba salah, sungguh bila dia memandang wajah polos milik menantunya itu, dia tak sampai hati... ingin memberitahu letak duduknya perkara sebenar.. tak sanggup membayangkan bagaimana rupa menantunya andai mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, mesti dia kecewa, mesti dia hampa... ah aku perempuan, dan aku faham bagaimana rasa pedihnya luka andai suami yang disayangi sanggup melakukan perkara yang sebegitu rupa.

Lah... aku juga sendiri di sini.. ingat turun ni nak taulah juga apa yang sebenarnya berlaku, tapi masing-masing boleh pula pakat-pakat tak mahu jawab isk ni yang buat aku bertambah rasa ingin nak tahu ni.... Balqish mengomel geram, bengang dirinya ditinggalkan sendirian dengan pelbagai persoalan tanpa di beri jawapan yang sepatutnya.

*********

Datin Adlyn hanya memandang kosong pada tubuh Suhail yang masih terbaring lemah itu.. pucat benar kelihatannya wajah anak itu.. entahlah.. dia sendiri sehingga kini masih lagi sukar untuk menerima kenyataan yang terbentang di ruang matanya kini.

Sungguh... dia sendiri masih tak tahu apa sebenarnya perasaan yang sedang melanda jiwanya kini... marah hampa kecewa.. bercampur aduk.

Dato' Zakuan yang telah lama terlena di atas sofa di ruang kamar VIP itu dipandangnya, penat benar wajah suaminya itu.. dia pun turut berasa letih juga tapi entahlah... fikirannya sungguh berserabut sehingga tiada asa hendak menuruti nafsu tidurnya.

Perbincangan yang berlangsung sebentar tadi masih lagi belum jumpa titik penamatnya, ya dia hanya melihat wajah tegang Daniel ketika meninggalkan mereka tadi, tak tahu apa yang mereka berdua bincangkan tadi...

Kalaulah dia dapat mengagak benda ini bakal terjadi, mungkin awal-awal lagi dia telah menikahkan Daniel dengan Suhail... kalaulah dia dapat menghidu perubahan perangai Suhail dari awal, mungkin perkara sebegini dapat dielakkan... isk itu semua kalau ada 'kalau'... masalahnya semua benda yang memalukan ini telah pun terjadi.. itu kenyataannya... walaupun terlalu pahit dia terpaksa menelannya juga... Suhail manusia biasa, seperti dia juga tak dapat lari daripada melakukan silap dan siapalah dia untuk menghukum anak itu walaupun jiwanya benar-benar terluka dengan perbuatan anaknya kali ini.

Dalam hal ini dia tak tahu ingin meletakkan silap pada siapa, mungkin salah dia juga, kerana mahu melihat Suhail menjadi sempurna sampai anak itu memberontak dalam diam, atau mungkin salah Dato' Zakuan kerana terlalu menyekat langkah puteri tunggal mereka... atau juga salah Suhail sendiri?? kerana terlalu mengikuti jiwa remajanya, sampai tidak dapat membezakan halal dan haram.

ALLAH beratnya ujianMu kali ini... sampai aku rasa aku tak mampu menggalasnya..

"Lyn.. are you ok?" terasa bahu di usap lembut secara tiba-tiba...

"Abang... dah bangun?" sengaja di biarkan soalan suaminya itu terbiar sepi.. tak ada daya menjawabnya..

"Abang tak boleh lena... Lyn fikir apa... tak nak kongsi dengan abang ke?"

"Entahlah bang... Lyn fikir pasal kita... agaknya dosa apa yang kita telah lakukan sampai kita di uji begini?"

"Lyn... kadang-kadang DIA uji kita bukan sebab dosa yang telah kita lakukan, tapi DIA uji kita sebab nak tengok seteguh mana keimanan kita padaNYA.. adakah kita hanya dekat padaNYA waktu kita dalam kesempitan sahaja atau kita sentiasa mendekatinya tak kira susah dan senang..." lembut nadanya menuturkan... kalau isterinya kecewa, dia lagilah kecewa, berkali-kali ganda rasanya, yalah dia seorang lelaki, seorang pemimpin ketua keluarga.... namun dia tak mampu menjalankan dengan baik.. seorang anak pun dia tak mampu membimbingnya dengan baik...

"Lyn malu bang, selama ni kita sering menjadikan anak kita contoh kepada anak-anak teman-teman kita, tapi tak sangka anak kita lebih teruk daripada anak-anak teman-teman kita... entahlah bang, mungkin ni balasan pada kita juga sebab terlalu bangga-banggakan dia.."

"Entahlah Lyn... tipulah kalau abang kata abang tak ada rasa malu... tapi benda dah pun terjadi... nak tutup pun lambat laun orang akan tahu juga... redha sajalah.. ni semua pengajaran buat kita.. dan kita hanya mampu merancang, selebihnya hanya DIA yang tentukan..."

"Jadi abang rasa kita perlu buat apa?"

"Seperi yang Suhail kata, kalau betul Daniel yang lakukan abang nak dia bertangungjawab... abang nak dia nikah dengan anak kita.."

"Tapikan dia dah beristeri, siap dah ada anak lagi.."

"Ah abang tak kira... dia lelaki boleh berkahwin lebih dari satu..." tekadnya muktamad... itu saja jalan yang mampu difikirkan kini.. lagi pun siapa lagi lelaki yang sanggup terima perempuan yang telah tidak suci seperti Suhail itu.

"Abang sanggup tengok anak kita bermadu ke?"

"Lyn pilihan apa lagi yang kita ada..."

"Ok kalau itu yang abang rasa jalan yang kita ada... I ikut sahaja kehendak you tu.."

************

Balqish mencuri pandang ke arah Daniel yang sedari tadi hanya diam membeku saja di sofa yang terdapat dalam bilik tidur mereka.. Hairan melihat perangai mendiamkan diri lelaki itu, biasanya pantang ada peluang Daniel suka menghampirinya, menyakat dirinya..

"Er... Daniel..." dia menyeru nama lelaki itu.

Diam...! tiada reaksi.. nampaknya lelaki itu betul-betul tenggelam dengan dunianya sendiri.

"Daniel.." sekali lagi dia memanggil... siap melambai-lambaikan tangannya ke hadapan wajah lelaki itu.

Tetap juga tiada reaksi...Isk mamat ni tidur dengan mata celik ke apa...

"Awak..." dia menyentuh perlahan dahi Daniel.. mana tau kot-kot lelaki itu kurang sihat ke, lain benar perangainya... isk normal je suhunya tak ada pula panas..

"Ha... er nak apa?"

"Awak ni ok ke tidak... asyik termenung saja dari tadi..."

"Aku ok.." hanya dua patah jawapan yang di berikan...

A'ah.. yalah tu ok... ok apanya kalau bahasa pun dah bertukar 'abang' ke 'aku'... hari tu dia yang beria nak bahasakan dirinya 'abang'.. Balqish mencebik.

"Awak nak saya masakkan apa-apa ke?"

Tiada jawapan... eeii suami aku ni... aku cakap dengan dia serupa aku cakap dengan sofa nilah..

"Awak saya tanya ni.. awak nak makan apa-apa tak? saya nak masak ni.."

"Masak jelah apa-apa, nanti abang makanlah.."

"Betul ni? tak nak suruh saya masakkan apa-apa?" dia bertanya lagi inginkan kepastian..

"Qish ni kenapa? kan aku dah jawab tadi.. heiisy sejak bila jadi tak faham bahasa ni? orang dah lah serabut dia boleh pulak pot-pet pot-pet macam mak nenek.. dah aku dah jawab sekali tu dahlah, ni nak juga tanya-tanya lagi..." bentak Daniel tiba-tiba, membuatkan Balqish terkejut, tersentak, terkesima, tak pernah-pernah dirinya di marahi sebegini.

"Qish tanya saja... sebab awak nampak lain... kalau ya pun awak tengah serabut.. janganlah buat perangai macam ni.. marah-marah saya macam ni..." sedihnya di marahi tanpa sebab.

Daniel meraup mukanya.. serba-salah bila mendengar nada suara Balqish seperti orang ingin menangis. Perlahan-lahan dia menapak, melangkah menghampiri Balqish.. Bahu isterinya di pegang...

Ah dia tak tahu apa-apa, dan dia tidak sepatutnya menjadi mangsa tempat aku menghamburkan marah.

"Qish abang minta maaf.. ab.. abang.."

"Dahlah... saya maafkan awak, saya tahu awak tak sengaja.." tangannya menepis lembut tangan Daniel yang berada di bahunya, petanda protes.

"Abang tak sepatutnya marah Qish.. I am sorry ok.." tubuh isterinya di tarik lembut kedalam dakapannya walaupun Balqish meronta-ronta minta dirinya di lepaskan..

"Abang minta maaf.." suara itu dirasakan begitu hampir di telinganya..

Balqish terasa kucupan lembut hinggap di dahinya..

"Lepaslah.. saya dah maafkan awak.." dia menolak perlahan tubuh sasa suaminya itu.

"Eeeii.. bencilah dengan awak ni, pantang ada peluang suka ambil kesempatan..." Balqish memasamkan muka, tidak berkenan dengan perbuatan Daniel menciumnya tadi.

Daniel tersenyum.. terusik hatinya dengan reaksi Balqish itu, entah kenapa jiwanya terasa lapang setiap kali bersama dengan Balqish... dan Balqish dah pandai merajuk minta di pujuk... wah perkembangan yang baik ni...

"Ni kenapa senyum-senyum pula? tadi bukan main masam lagi..."

"Tak ada apa-apalah.. dahlah pergilah memasak... abang nak mandi kejap.."

Terbeliak mata Balqish bila mendengar kata Daniel itu...

"Hah awak tak mandi lagi?? eeiii tak senonohlah awak ni, tak mandi lagi dah peluk-peluk orang.."

"Dah orang tu merajuk... orang ni peluklah dia sebab nak pujuk dia.."

"Dah-dah pergi mandi, saya nak masak ni... lepas mandi nanti tolong tengok-tengokkan Batrisyia mana tau kot dia terjaga minta susu ke.."

"Ok sayang... eh jom mandi sekali dengan abang.." sengaja dia menarik tangan Balqish ingin mengusik.

"Tak naklah.. saya dah mandi tadi..." isk suami aku nilah kan.. dia diam aku risau... tapi bila dia tak diam... aku yang letih melayan kerenah tercabut skrunya ni.

Thursday, March 25, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[32]


"I tak percaya ini boleh berlaku dalam keluarga ni, belum pernah lagi benda ni terjadi dalam sejarah keturunan I yang sebelum-sebelum ni tau" sudah beberapa kali ayat itu diulangi, dia mundar mandir, masa dirasakan seolah-olah terlalu lambat berlalu.

"Sabar sayang, cuba you bawa bertenang, duduklah... dari tadi abang tengok asyik dok ke hulu ke hilir, bertambah serabut abang meihatnya adalah..." tegur Dato' Zakuan, mungkin sudah kehilangan sabar dengan tingkah Datin Adlyn itu.

"Macamana I nak sabar abang, anak kita tu dekat dalam sana tengah bertarung nyawa tau tak?, ya ALLAH apalah salah I ni sampai perlu di uji begini" dia menghempaskan punggungnya pada kerusi kosong yang terdapat bersebelahan dengan suaminya itu, air mata sudah mula berlumba-lumba turun daripada tubir matanya terus membasahi pipinya, hancur luluh terasa hatinya kini, mana taknya bila mengenangkan anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari sanggup meremuk redamkan jiwanya dengan laku yang tak pernah diduga oleh akal warasnya itu.

"syiii... tenang sayang, janganlah menangis macam ni, ini ujian ALLAH pada kita, mungkin ini peringatan buat kita, teguran kepada kita" Dato' Zakuan menarik tubuh Datin Adlyn rapat ke tubuhnya, mengusap lembut bahu isterinya itu, memujuk dengan bisikan lembut agar tangisan isterinya yang kuat memburai dapat di hentikan, agar hati isterinya yang sedang dirundung walang itu dapat dilegakan.

Ah mudahnya menjadi wanita, sungguh kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu dalam jiwa lelakinya, yalah... bila marah, sedih atau pun gembira mereka tidak penah segan silu menitiskan air mata, tapi aku?? aku merasa sebak, kecewa dengan apa yang menimpa kini tapi langsung tak mampu menitiskan air mata, kenapa ya? egokah aku? duhai anak kenapalah kau begitu tega menduga rasa papa dan mama dengan lakumu yang sebegitu itu? tak kesiankah kau kepada kami ini? dia menggetap bibir, marah, kecewa, sedih, pilu dan segala macam rasa bertinidih-tindih dalam jiwanya sampai tak tahu nak di terjemahkan dalam perkataan kini.

Menggigil, menggeletar habis seluruh tubuh bila terkenangkan pengakuan yang terlahir daripada bibir pucat Suhail beberapa jam tadi, pandangannya terasa gelap tiba-tiba, dunia pula seolah-olah berhenti berputar, sungguh.... tak tahu ke mana harus disorokkan mukanya andai perilaku anaknya yang telah kecundang dengan tuntutan nafsu itu tersebar.. terasa wajahnya seperti telah dicontengkan oleh arang yang takkan mampu dibersihkan lagi.

"Siapa yang lakukan semua ni nak? cakap pada papa? papa mahu orang tu bertanggungjawab.." asaknya pada Suhail yang sedang dalam keadaan separuh sedar itu.

Suhail hanya mampu menggelang lemah... sungguh dia pun masih tak pasti siapa gerangan bapa kepada kandungannya itu.

"Cakap dengan mama lelaki mana yang buat Suhail sampai macam ni? mama nak jumpa lelaki itu, dia mesti bertanggungjawab.. dia tak boleh tinggalkan kamu macam tu saja..." bentak Datin Adlyn pula, geram melihat si anak hanya membisu, hatinya yakin, kuat menyatakan anaknya itu tidak bersalah, masakan anak sebaik Suhail sanggup membelakangkan dosa dan pahala demi nafsu...

"Betul kata mama tu, kalau Suhail tak cakap masakan kami akan tahu siapa yang perlu bertanggungjawab... cakaplah siapa dia orangnya?" pujuk Dato' Zakuan pula bia dilihatnya Suhail hanya membisu kala di soal oleh isterinya itu.

Suhail tetap juga diam, matanya pula terpejam dengan wajah yang berkerut menahan sakit yang semakin menekan.

"Siapa?"

Menggeleng.. sungguh dia tak tahu lelaki yang mana satu yang berjaya meninggalkan benih dalam rahimnya itu..

"Masakan kamu tak tahu..?"

Tetap diam membeku, tiada jawapan yang lahir dari bibir pucat itu..

"Jangan sampai sabar papa hilang Suhail?"

Ah entah kenapa otaknya seolah terhenti, tak mampu berfungsi... agaknya mungkin sebab kesakitan yang terlalu menekan sehingga dia hilang punca.. segala ingatan jadi kabur..

"Siapa lelaki itu?" agak keras kali ini nadanya...

"Di...di..." dia tergagap-gagap..

"Di.. di.. tu siapa? " sergah Datin Adlyn semakin hilang sabar..

"Di.. di.. dia Daniel mama.."

"What??? biar benar? mama tak percaya?" bentak Datin Adlyn kuat.. pengakuan si anak di rasakan tak mampu diterima dek akal fikiran warasnya, masakan anak teman baiknya itu sanggup merosakkan anak gadisnya itu.

"Lynn.. habis tu you nak kata anak kita reka ceritalah ya? I tengok budak Daniel tu sosial juga apa.. perempuan pun keliling pinggang dan tak mustahillah apa yang Suhail kata tu benar.." sokong Dato' Zakuan pada pengakuan anaknya itu.

"Kalau benar budak tu yang lakukan pada anak kita, I nak dia bertanggungjawab, I tak nak dia lepas tangan macam tu saja, apa dia ingat anak kita ni tak ada nilai ke apa?, senang-senang usik anak orang lepas tu tinggal macam tu saja..." dia menggetap bibir geram.. rasa hati mahu pecah menahan amarah yang membara secara tiba-tiba, rasa seperti dikhianati juga pun ada..

"I nak call dia sekarang, I nak dia bertanggungjawab atau I bawak kes ni ke muka pengadilan biar dia meringkuk dalam penjara, apa dia ingat anak kita ni anak patung ke.."

Pintu yang dikuak secara tiba-tiba dari arah dalam membuatkan dia tersentak, segala lamunan tentang peristiwa beberapa jam tadi pecah bertaburan.. Bingkas dia bangun mendapatkan Doktor wanita separuh usia yang memakai tag nama Majidah itu..

"Doktor bagaimana keadaan dia ?" tak sabar-sabar dia bertanya.. ingin mengetahui keadaan sebenar anak tersayang.. gerun hatinya bila melihat wajah kusam doktor itu sebaik keluar dari bilik itu... Ya ALLAH harap-harap tiadalah perkara buruk terjadi pada anak ku itu.

"Hurmm... keadaan Puan Suhail masih lemah, dia masih belum sedar, dia kehilangan banyak darah dan kami juga minta maaf sebab tak dapat menyelamatkan kandungan dia.."

Suhail kehilangan kandungannya?? Dato' Zakuan terpempan, dia tak tahu apa perasaannya kini? gembirakah? atau pun sedih? gembira cucu yang tak diundang telah pergi atau... sedih entahlah dia sendiri tak pasti.

"Boleh kami tengok keadaan dia doktor?" Soal Datin Adlyn tak sabar-sabar..

"Boleh... tapi jangan lama-lama, saya mahu dia berehat secukup-cukupnya.. oh ya Datin, kalau boleh saya ingin berjumpa suami dia, ada banyak perkara yang saya ingin bincangkan dengan dia.. mana ya suami dia agaknya?

"Suami..?"

"Ya suami dia..." Doktor Majidah kehairanan bila melihat perubahan wajah Datin Adlyn itu, pelik masakan suami anak sendiri pun tak tahu.. atau.... hatinya mula membuat telahan yang kurang baik..

"Suami dia err... suami dia... ha... tu pun suami dia.." berubah sedikit riak keruh di wajah Datin Adlyn bila terlihat kelibat Daniel berpapasan dengan Puan Sri Nuha menghampiri mereka..

Daniel kehairanan, dia perasan bila melihat beberapa pasang mata tajam merenung langkahnya, eh mereka ni tak pernah nampak aku ke apa? pandang macam nak telan orang.. apa dia orang ingat aku ni betul-betul dah rosakkan anak dara mereka ke? eh tolong sikit eh, bagi free pun belum tentu aku nak perempuan tu, dahlah sosial mengalahkan aku yang lelaki ni, ni dah termengandung ni senang-senang saja petik nama aku, isk aku sentuh dia pun tak pernah inikan pula nak buat benda tu pada dia..

"Doktor Majidah nak jumpa kamu, dia ada benda nak bincang dengan kamu katanya.." beritahu Dato' Zakuan sebaik saja dia menghampiri mereka..

Daniel terpinga-pinga.. nak jumpa aku? buat apa? apa halnya pula?..

"Mari encik..." Doktor wanita itu memberi isyarat mata padanya seolah bertanya siapa namanya..

"Daniel.."

"Mari encik Daniel... kita ke bilik saya.. ada sesuatu yang ingin saya perkatakan dengan awak.."

"Err... ta.. tapi saya.. bu.."

"Pergilah Daniel.." arah Puan Sri Nuha.. dirinya sendiri pun masih seolah tak berapa nak percaya dengan apa yang terjadi..

"Tapi mummy.. Niel.."

"Tak apalah.. pergi saja Niel, dengar apa yang doktor tu nak kata.."

Dengan langkah yang memberat dia mengekori langkah doktor wanita itu.. hai bala.. bala... tak satu, satu yang menimpa hidup aku ni, apalah malang sangat nasib aku ni, baru saja nak belajar untuk mengecap bahagia..

Puan Sri Nuha hanya menghantar langkah Daniel dengan ekor matanya sahaja.. hai tak tahulah macamana nak beritahu suaminya tentang perkara ini, tentu Tan Sri Darwish akan mengamuk sakan.. silap-silap haribulan anak itu akan dihalau keluar dari rumah.. jauh di sudut hati timbul pula belas kepada Balqish.. kesian anak masih lagi kecil Daniel dah mula buat perangai.. Niel.. Niel.. mummy tak tahu ke manalah kamu letakkan akal fikiran tu.. Balqish tu mummy tengok dah cukup baik dah buat kamu, kenapalah kamu buat perangai macam ni pula... tak fahamlah mummy dengan kamu ni.

"Macamana keadaan Suhail?" digagahi juga mulutnya untuk bertanya.

"Masih belum sedar kata doktor tadi.."

"Macamana sampai boleh jadi macam tu?" dalam gundah hendak juga dia mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

"Entahlah.. I pun tahu sebenarnya apa yang terjadi, pembantu rumah I yang jumpa dia pengsan dekat dalam biliknya.. entahlah I pun masih keliru sebenarnya, macam masih tak percaya pun ada juga.."

*********

Balqish termenung sendirian didalam bilik tidur.. puas sudah tubuhnya dikalih ke kiri dan ke kanan, namun matanya masih lagi segar, degil untuk terlena..

Hai tadi bukan main lagi mengantuknya.. ni tak nak pula tidurnya.. dia mengomel geram..

Agaknya apa yang tejadi sebenarnya? sampai emak mentuanya dan Danielnya juga bergegas keluar... Danielnya?? eh macam pelik saja.. hehe dia tergelak dengan bisikan nakal hati kecilnya itu sendiri.

Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya, penting sangatkah apa yang diberitahu oleh si pemanggil itu sampaikan tak sempat hendak menunggu hari siang untuk mereka pergi? apa pula kaitannya dengan Daniel? kenapalah pula lelaki itu melenting marah secara tiba-tiba tadi? kenapa mereka merahsiakan daripada aku? isk ni yang buatkan aku bertambah tertanya-tanya ni?

Jam yang tergantung di dinding di perhatikannya, sudah hampir 2 jam mereka pergi.. hii risau juga.. bermacam-macam andaian mula timbul di benaknya.. semuanya yang kurang enak pula tu.. ya ALLAH minta dijauhkan oleh ALLAH segala malapetaka..

Ah agaknya tiada kena mengena dengan kau kot Qish.. dah kau jangan nak menyibuk dengan benda yang bukan urusan kau.. tegur hati kecilnya..

Ya memang bukan urusan aku, tapi aku rasa tak sedap hatilah.. takut sesuatu yang tak baik terjadi pada mereka.. terutama Daniel, kesian anak aku nanti.

Tak ada apa-apalah.. mereka baik-baik saja.. dah-dah tadi kata mengantuk.. tidurlah Qish oi.. dah nak subuh dah ni, ..

Yalah aku nak tidurlah ni.. Balqish memejamkan matanya, memaksa dirinya untuk lena.. namun baru beberapa minit memejamkan mata, telinganya pula menangkap bunyi tangisan Batrisyia memecah sunyi pagi.. cepat-cepat matanya dibuka kembali, pantas dia bangun untuk mendapatkan bayinya itu.. tak mahu tangisan si kecil itu berpanjangan dan mengejutkan penghuni lain yang sedang enak diulit lena.

"Sayang anak mama lapar ya? nak susu ya?" Batrisyia diambil dan di bawa ke dalam pelukannya.. punggung anak kecil itu ditepuknya perlahan.

"Papa tak ada.. Risyia temankan mamalah ya, tidur dengan mama.." bisiknya perlahan, macamlah anak itu faham saja gayanya.

Kadang-kadang, andai dirinya dalam keadaan bersendirian sering kali fikirannya menerawang mengingati peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.. macam tak percaya dalam usianya sekarang dia telah punya cahaya mata, punya suami.. ingatannya pula secara tiba-tiba terputar pada perbualannya dengan Suraya beberapa bulan yang lalu.

"Qish agak-agaknya aku dengan kau siapa yang kahwin dulu ya?" Soal Suraya sambil menjungkitkan kedua keningnya, nakal sungguh kelihatannya raut wajah temannya nan satu itu.

"Tentulah kau dulu Su, kau kan dah bertunang.. aku ni calon pun tak ada lagi.." pantas dia menjawab tanpa sedikit pun berfikir panjang.. yalah kan ke Su yang dah ada calon, siap dah bertunang lagi, dan beberapa bulan lagi pula bakal mendirikan rumah tangga.

"Eh ada pulak.. aku ni dah bertunang tak semestinya kahwin dulu daripada kau tau.. entah-entah kau dulu tak? mana tau jumpa putera turun dari kayangan, terus tertarik... hai dapatlah aku timang anak buah cepat-cepat.."

"Adoi..!!"

"Padan muka.. kau ni memang tak boleh bagi peluang, suka sangat mengarut.. apa kau ingat kau sedang berhikayat ke? ingat cerita epik ke apa? boleh pula putera turun dari kayangan.. tulah banyak sangat baca cerita mengarut... kan otak tu pun dah merapu-rapu.." Balqish membebel geram..

"Alah aku gurau saja pun tak boleh ke? sakitlah kau cubit.." Suraya menggosok-gosok perlahan lengannya yang telah sedikit memerah dek cubitan Balqish itu.

"Padan muka.."

"Tak apa, kalau makbul apa yang aku cakap ni baru padan muka kau, waktu tu mesti baru kau ingat apa yang aku cakapkan ni.."

Ah memang makbul pun apa yang kau katakan tu Su, bezanya dia bukan putera kayangan, tak sangka kan.. tahun lepas aku sendiri tahun ni aku dah tak sendiri lagi.. malah dah bertiga pun.. kuasa ALLAH, takdirNYA memang kadang-kadang tak mampu aku nak duga, namun kini aku belajar untuk menjadi seorang yang redha dengan segala yang berlaku, aku percaya yang segala yang menimpa ini mesti ada hikmahnya.

Balqish tersenyum sendiri.. dah lama rupanya dia dan Daniel bersama.. sedar tak sedar dah banyak rupanya benda yang mereka kongsi bersama, dan dia sendiri sudah belajar untuk mengenali lelaki itu, belajar menghormati lelaki itu, yalah dah ada anak masakan dia masih dengan perangai dulu.. kekalkah agaknya hubungan yang termeterai tanpa rela antara kami ni? Ya ALLAH... aku mahu hubungan ini hingga ke akhir hayatku.. cukuplah hanya dia menjadi suami aku.. hanya dia.. aku tak mahu yang lain.. sungguh dalam hatiku telah pun rela cinta dia bertamu bersatu dengan perasaan ku ini..

Dia menepuk perlahan tubuh Batrisyia, matanya kini juga sudah mula memberat dan akhirnya dia mula terlena, lena bermimpikan keindahan yang mereka berdua bakal kecapi.. langsung tak menduga yang ada gumpalan awan mendung bakal berarak meladeni hubungan cinta mereka yang baru saja bertunas bercambah...


************

"Benda ni mengarut mummy, benda yang paling gila yang Niel rasakan.. Niel tak nak buat apa yang mummy sarankan.. kenapa pula Niel pula kena cuci sisa orang lain?"

Tak pasal-pasal kena leter dengan Doktor Majidah tadi.. tak pasal-pasal kena cop sebagai suami yang tak ambil berat tentang keadaan si isteri... huh menyusahkan sungguh! tak guna punya Suhail..

"Habis kalau bukan kamu punya kerja siapa lagi? dari dulu lagi mummy selalu tegur tentang kehidupan terlebih sosial kamu tu... tengok apa yang kamu buat? kamu saja nak kecewakan mummy kan? sampai hati kan kamu sanggup buat mummy ni..."

"Manalah Niel tau, mummy tanyalah Suhail sendiri, dia yang lebih tahu... eiii Niel tak fahamlah kenapa Niel mesti terlibat dalam masalah ni.. mummy ingat Niel sanggup ke buat semua benda ni? kalau dulu mungkin ya tapi sekarang takkan sekali-kali, Niel dah ada Qish, dah ada Batrisyia Niel takkan rosakkan masa depan mereka demi nafsu macam ni mummy, percayalah Niel tak buat semua tu." panjang lebar dia membela dirinya, berharap sangat Puan Sri Nuha percayakannya.. sungguh semenjak dia mengetahui Balqish berbadan dua dulu lagi dia telah berazam mengikis segala tingkah laku buruk yang yang sekian lama bersarang dalam dirinya.... segala tabiat keluar malam, bertukar pasangan, melepak di kelab malam semuanya telah ditinggalkan.. tekadnya cuma satu ingin menjadi insan yang lebih bertanggungjawab... dan dia berjaya... namun nampaknya ada pula yang iri hati, sanggup menabur fitnah kepadanya kononnya dia melakukan perkara yang dia sendiri tak lakukan...

Ah Suhail memang sengaja... nasib baik kau tengah terlantar.. kalau tidak memang dah lama pecah bibir kau tu dek penampar aku ni... dia menggetap bibir.. menggeletar seluruh tubuh dirasakannya menahan marah yang semakin membuak-buak...

"Siapa Qish dan siapa pula Batrisyia ni?" soal Datin Adlyn kehairanan bila mendengar nama 2 orang perempuan meluncur dari bibir Daniel, sebelum-sebelum ni tak pernah dengar pun nama-nama itu..

Puan Sri Nuha dan Daniel berpandangan sesama sendiri..

"Err... Qish dan Batrisyia.. mereka tu... mereka.." tergagap Puan Sri Nuha ingin memberitahu.. mesti mereka pelik, yalah belum pernah dia memberitahu kenalannya tentang perkahwinan Daniel..

"Beritahu sajalah kepada mereka mummy, biar mereka semua tahu mummy... tak perlu nak sembunyikan apa-apa lagi.."

"Mereka tu siapa Nuha?" soal Dato' Zakuan mula kurang sabar... hairan melihat Puan Sri Nuha sedikit gelabah bila disoalkan tentang nama yang di sebut oleh Daniel itu.

"Qish itu isteri saya, dan Batrisyia pula anak kami yang baru dilahirkan.." tenang Daniel memberitahu..

"Apa??? kamu dah kahwin Daniel?? benarkah ini Nuha? atau hanya sekadar alasan Daniel untuk lari daripada tanggungjawab?" soal Datin Adlyn masih tak percaya, yalah mana tau Daniel sengaja mencipta alasan untuk mengelak daripada kena menikahi Suhail pula.

"Ya benar Lyn.. I mintak maaf, I pun baru tahu.. "

"Tak ada maknanya saya nak bohong pada Datin.. lagi pun saya tak bersalah kenapa pula saya kena takut dan mencipta pula alasan.. tak logiklah.."

"Kalau kamu tak bersalah kenapa nama kamu yang Suhail sebutkan sebelum dia pengsan tadi??"

"Manalah saya tau Dato"

"Kamu jangan nak berdalih Daniel"

"Berdalih apanya Dato' dah memang saya tak tahu apa-apa ni.. Suhail yang lebih tahu, Dato' tanyalah dia apa yang sebenarnya bermain di kepala otak dia tu.." Daniel mendengus, semakin geram.. huh tulah dia perempuan.. dah terkantoi pandai pula gelabah.. lepas tu sedap-sedap saja tuduh-tuduh orang lain, nak tutup kesilapan sendiri orang lain yang jadi mangsa..

"Mummy jom balik.. buang masa saja datang sini.."

Serba salah Puan Sri Nuha mendengar ajakan Daniel itu.. tersepit... hai sini anak, sana kenalan.. mana satulah yang kena didahulukan ni.

"Mummy, kalau mummy tak nak balik, biar Niel balik sorang.." ugutnya bila melihat Puan Sri Nuha masih lagi tidak berganjak..

"Nantilah Niel.. kita tunggu Suhail sedar.. lepas tu kita bincanglah tentang masalah tu.. cari jalan penyelesaian yang terbaik.. kamu tak perlulah mengamuk macam ni kalau betul kamu tak bersalah.. marah bukan penyelesaian kepada masalah kamu tu, cuba kawal sikit baran kamu tu.." pujuk Puan Sri Nuha lembut.. tak mahu lagi menambahkan kekusutan dalam jiwa anaknya itu..

Arghhh... termakan juga dia dengan kata-kata mummynya itu... kau nak masalah ni cepat selesai atau lambat Niel? tentulah aku nak ia cepat selesai.. kurang sedikit rasa serabut yang menyesakkan kepala otak aku ni... kalau nak cepat... baik kau tunggu dan bersabar sedikit... dia mula bersoal jawab dengan hati kecilnya..

"Ok kita tunggu sampai Suhail sedar... lepas tu kita berbincang dan balik.." dia membuat keputusan.

Puan Sri Nuha hanya mengangguk.. sedikit lega hatinya bila melihat Daniel sudi bertolak ansur.

"Niel nak keluar sekejap.. sesak rasanya di sini.. kalau dia dah sedar mummy panggil Niel ok.."