iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Saturday, September 27, 2014

Novel Kau Yang Tak Diundang dan beberapa Review dari mereka...

Assalamualaikum ucapan terima kasih tak terhingga kepada awak-awak yang sentiasa mengunjungi rumah kecil saya dan tak putus-putus memberi sokongan pada karya tulisan saya walaupun saya kini sudah bernaung di bawah rumah penerbitan baru. Sempena keluarnya naskah terbaru, bawah ni saya selitkan gambar khas para pembaca yang sangat hargai. Walaupun tak sampai separuh yang termuat, anda adalah sumber kekuatan saya untuk terus menulis.

Kak manja lara/ Ely dari KK dengan naskah Kau Yang Tak Diundang(KYTD) dan gif yang ditempah khas untuk 300 pembeli awal..

Kak norliza dari Gombak selangor.

Daney my PA di Pejabat Penerbitan Anaasa juga bersama KYTD

Cikgu Wan Norliza, siap bawa ke meja makan sekali.... Hihi ^_^

Rafidah... juga dari sabah...

Ticer Yusrim dari Kuala Terengganu...

Restock dari Fumi Edar ^_^

Salah seorang pembaca yang comel, kak Dyla bersama KYTD

Kiriman untuk kak Syahafiza di Jelebu N. Sembilan


Dan banyak lagi gambar-gambar KYTD tak terpos di sini....

Nah ni beberapa review daripada pembaca awal Kau Yang Tak Diundang yang positif! Klik gambar untuk besarkan ya :D

Di review yang pertama dari seorang pembaca yang sempat saya temui.

Berjuraian air mata katanya.... Terima kasih ^_^

Hah yang ini review yang agak special sikit sebab tukang baca dan tukang nangis ni seorang LELAKI... hihi

Ok bagi awak-awak yang nak dapatkan novel ni... insya-ALLAH novel ni sudah mula masuk ke kedai-kedai buku berhampiran... Nak order secara online boleh juga, penghantaran adalah Percuma serata Malaysia. Harga online ada diskaun RM2 untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.

Bawah ni sinopsis ringkas Novel : Kau Yang Tak Diundang.

ISBN : 978-967-12892-0-4
Harga : 
SM RM25.00/SS RM28.00

Sinopsis Ringkas :

Gara-gara adik dirinya tersepit! Gara-gara adik dia terpaksa mencari suami segera dek kerana syarat yang digariskan oleh ibu dan ayahnya. Gara-gara adik hidupnya yang aman sentosa menjadi huru-hara!
Kehadiran peminat rahsia yang mengirimkan jambangan bunga setiap hari dan hanya menggelarkan diri sebagai ‘R’ sedikit memberi cahaya dalam hidupnya. Dia yang sememangnya sedang tersepit terdesak mencari abang ipar untuk adik kesayangannya itu tanpa berfikir panjang terus melamar si ‘R’nya. Sangkanya masalah sudah selesai bila si ‘R’ itu bersetuju untuk menghantar rombongan ke rumahnya dan segalanya berjalan seperti yang dirancang tapi sebaliknya pula yang terjadi. Sesuatu telah berlaku pada hari pernikahannya. Pengantin lelaki telah BERTUKAR! Dalam sekelip mata juga kehidupannya yang tenang itu berubah. Tunggang langgang dan haru biru!
Leila Suria: “You cakap apa sampai Tuan Rolland termakan cakap you ni?”

Macam mana Rolland Fiqry yang sepatutnya menjadi suaminya kini bertukar tempat dengan anaknya pula?

Rio Alami Raqly : “I cakap I cintakan you dan tak boleh hidup tanpa you.”

Kau Yang Tak Diundang memang tak pernah diundang langsung pun kehadiranya. Bagi Leila Suria kehadiran lelaki itu memang tak pernah dialu-alukan langsung dalam hidupnya. Dasar budak kecik tak cukup umur, tahu menyakitkan hati saja!


**** Bagi anda yang ingin menempah Novel Kau Yang Tak Diundang secara dalam talian, boleh layari laman Facebook Penerbitan Anaasa untuk maklumat lanjut.**** Terima kasih daun keladi, kalau sudi berkunjung lagi ke sini.


Thursday, September 4, 2014

Novel : Kau Yang Tak Diundang Berada di Pasaran SEPTEMBER ini dan Open Order...



Assalamualaikum sayang2 ku semua. Online order untuk Novel pertama KAU YANG TAK DIUNDANG karya Nuril Bahanudin akan dibuka hari ini.

300 ORDER PERTAMA AKAN MENDAPAT TANDATANGAN DARIPADA PENULIS..😙
Harga SM RM25.00/SS RM28.00

Isbn no : 978-967-12892-0-4

Untuk order online anda layak untuk diskaun sebanyak RM2.
 
Sila nyatakan detail anda seperti di bawah:-

1. Nama

2. Alamat
3. No telefon.
4. Bukti pembayaran
Sila buat pembayaran melalui: 
1. Cimb Anaasa Publication - 8602041172
2. MBB Azilawaty Muda - 164070489366
Anda boleh email pada langgan.anaasa@gmail.com atau whatap ke 0193960076 atau 01125586528. Boleh juga order terus di Facebook Penerbitan Anaasa (klik)
Terima kasih..

Gara-gara adik, dirinya tersepit! Dia terpaksa mencari suami segera dek kerana syarat yang digariskan oleh ibu dan ayahnya. Lantaran itu, hidupnya yang aman sentosa menjadi huru-hara!
Leila Suria, gadis yang akhirnya menuruti syarat kedua ibu bapanya demi kebahagian adiknya. Memilih untuk menerima lelaki yang tak diundang untuk menjadi suaminya, membuatkan hidupnya berubah. Keindahan cinta mula dirasai. Namun, di kala bahagia mula berbunga, duka menjengah di hati. 

“Menangislah kalau you rasa itu boleh buat you rasa tenang” ~ Rio
Kesedihan hati ditutupi dengan cinta yang diberi. Beban yang sarat kian hilang kerana berpaut pada bahu lelaki yang cukup mencintai dirinya. 

“You tak pernah abaikan I malah sentiasa memberi sokongan kepada I untuk menghadapi segala ujian yang berat ini”~Leila Suria
Namun, kehadiran sahabat lama mengundang rasa curiga. Hadirnya untuk terus bersahabat, merentap bahagia yang mula meresap.

“You cemburu ke apa Rio?~ Leila Suria
“I cemburu? Tolong sikit! Cermin muka you tu dulu sebelum nak cakap I macam tu!”~Rio
Mampukan Leila Suria melatih hati untuk setia menerima cinta yang tak diundang agar kekal selamanya dihati? Adakah masih ada ruang untuk dia menyemai kasih seorang lelaki di jiwa sedangkan hatinya remuk kerana satu kesilapan? Atau, kehadiran sahabat lama bakal mengubah keteguhan cinta itu?

Friday, August 15, 2014

Video Promo Novel : Kau Yang Tak Diundang.



Assalamualaikum sayang-sayang... Sementara menanti proses terbit mari kita panaskan mood dulu. Jom intai sikit isi 'anak' ke -3 saya ni... Boleh klik di Video tu untuk menonton... Sebab saya cuba upload video di blog ni tapi tak dapat pula... huhuhu

Insya-ALLAH bakal terbit tidak berapa lama lagi di bawah rumah penerbitan baru iaitu Penerbitan Anaasa... Diharap dapatlah memberikan sokongan kepada penerbitan ini demi merancakkan lagi INDUSTRI PENULISAN KREATIF tanah air.

Jutaan terima kasih kepada semua yang setia mengikuti blog kecil saya ni. Budi baik kalian, hanya mampu dibalas dengan ucapan terima kasih. Semoga juga kalian sentiasa dirahmati-NYA walaupun di mana jua berada.

Friday, August 8, 2014

Tukar Tajuk



Assalamualaikum... lama sangat tiada sebarang entry di blog ini. Lebih kurang 8 bulan saya kira blog ini terbiar sepi. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa ya? Jawapannya kekangan masa, kesibukan kerja dan ditambah pula dengan terlibat dalam kemalangan kira-kira 4 bulan lepas dan masih belum sembuh sepenuhnya kini... bertatih-tatih menulis kembali^_^

Untuk pengetahuan semua, setelah ambil kira, dan berfikir sedalam-dalamnya saya telah mengambil keputusan untuk menukar tajuk naskah saya yang ke-3 insya-ALLAH iaitu Cerita Serupa Kita kepada tajuk Kau Yang Tidak Diundang. Tajuk ini yang saya serahkan kepada penerbit (alhamdulillah sudah lulus pun penilaiannya) dan insya-ALLAH akan diterbitkan dengan tajuk yang baru menggunakan nama pena Nuril Bahanudin dan di bawah rumah penerbitan yang baru. Doa-doalah segala-galanya dilancarkan ALLAH. Segalanya saya akan umumkan kelak bila sudah mendapat surat Hitam dan Putihnya.

Terima kasih semua sebab tak jemu-jemu berkunjung ke laman kecil saya ni. Saya akan sambung pos sedikit lagi bab Novel Kau Yang Tak Diundang ke dalam blog ini.

Wednesday, January 8, 2014

Novel : Kau Yang Tak Diundang [16]

Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang....

Awal dia sampai hari ini, seperti hari-hari yang lepas. Ketenangan dan kelapangan yang luar biasa dia rasakan hari ini selepas ribut-ribut yang melanda harinya yang lepas-lepas menghilang pergi.

“Ayah tak kisah siapa pun pilihan Suri.” Tenang kata Pak Salleh itu menusuk ke pendengarannya.

“Ibu pun sama macam ayah juga. Tapi kalau kamu ikut calon ibu si budak Diraz tu pun ibu suka juga.” Dalam setuju tetap juga terselit sedikit bantahan kecil daripada Mak Lydia itu.

“Errr Suri lebih selesa dengan pilihan Suri tu bu…” Beralas dia menolak.

“Tak kisahlah ibunya, yang penting sekarang ni anak kita bahagia sudahlah. Lega hati saya ni tau. Akhirnya apa yang saya harapkan selama ini jadi kenyataan juga. Syukur Alhamdulillah.”

“Tapi tulah bakal menantu kita tu hampir sama umur dengan kita ni ayahnya oi. Janggal saya rasa.”

“Nak buat macam mana ibunya. Dah jodoh anak kita dengan lelaki umur macam tu. Kita kena terimanya dengan redha.”

“Yalah-yalah ayahnya. Saya ikut sajalah mana yang awak rasa baik.”

“Terima kasih ibu, terima kasih ayah.” Lapang sangat perasaannya.

Ah sekarang ni semuanya adalah tak penting. Apa yang paling penting sekarang ni ialah dia perlu membantu adik untuk merealitikan impiannya. Kalau ini caranya dia rela. Biar dia jadi lilin yang membakar diri.

“Err selamat pagi cik.”

“Hah selamat pagi.” Eh bila masanya lelaki ini berada di depan mata aku ni? Tak dengar pun bunyi dia masuk. Itulah Leila sibuk sangat melayan lamunan. Agaknya kalau perompak masuk sini, sampai dia dah habis rompak pun belum tentunya kau sedar akan kehadiran dia.

“Ya?” Soalnya sepatah.

“Saya cari… Cik Leila Suria.”

“Ya saya tu.” Hai pagi-pagi lagi dah dicari orang aku ni. Berkerut-kerut dahinya.

“Ada bungkusan untuk cik. Awak sign di sini sebagai tanda terima ya.” Ujar pemuda itu sambil menghulurkan sehelai kertas putih untuk ditandatangani olehnya.

“Nah untuk cik.”

Satu kotak berwarna coklat bertukar tangan. Dia menyambutnya dengan wajah yang bingung. Siapa pula yang tersalah hantar barang dekat aku ni.

“Ke… kejap…” Belum sempat dia bertanya si pemuda penghantar barang itu sudah menghilangkan diri di sebalik pintu. Dia mengeluh hampa.

Kotak itu dibelek-belek depan dan belakang. Sayang langsung tak tertulis apa-apa tentang siapa pengirimnya. Haisyh jangan ada yang nak buat lawak kirimkan aku lipas sudah. Mahu mati sakit jantung aku nanti. Perlahan-lahan dia mengoyakkan pembalut kertas itu.

Telefon bimbit! Uikkk ada yang tersalah kirim ke apa ni? Leila Suria menelan air liur. Tak pernah menjangka akan menerima pemberian sebegini. Eh siap ada sim kad lagi…

Buat awak yang dicintai dan pemilik hati ini…

Bulat biji matanya membaca mesej yang keluar sebaik saja butang on ditekan. Dia mengenyeh-ngenyehkan matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya tidak silap.

“Biar betul!” Lantang suaranya terkeluar bergema memecahkan ruang sunyi pejabat yang belum berapa ada penghuninya itu.

“Opss!!” Laju dia menekup tangan ke mulutnya. Sedar akan keterlanjuran suaranya itu.

“Amboi orangnya seorang tapi bisingnya mengalahkan orang bersepuluh. Kau kenapa ni Leila?” Rabiah yang baru saja melangkah masuk sambil membimbit beg tangannya menegur hairan. Berkerut dahinya. Dari luar lagi dia sudah mendengar suara Leila Suria itu. Jarang temannya itu mengeluarkan bunyi bising melainkan ada benda luar biasa yang telah terjadi.

“Ha? Err…” Laju tangannya disembunyikan ke belakang badan.

“Apa yang kau sorokkan tu? Wah-wah dah pandai nak rahsia-rahsia dengan aku ni ya Leila?” Soal Rabiah kehairanan.

“Mana ada aku sorok apa-apa.” Wajahnya cuba dibuat ke rona normal sepertinya tiada apa-apa.

“Eleh… tak mengaku pula.” Rabiah menapak mendekati dirinya.

“Wah iPhone 5! Aku baru cari benda alah ni kau dah dapat dulu. Eiii untungnya jadi kekasih boss, nak apa mesti dapat je. Bak sini aku tengok.” Tanpa menunggu kebenaran daripada Leila Suria, Rabiah terus merampas iPhone berwarna silver itu. Dibelek-belek dengan wajah penuh curiga.

Ohhh soooo sweeetttt boss kita ni. Tak sangkanya!” Becok mulutnya memuji tatkala membaca mesej yang tertera pada skrin iPhone itu.

“Err Abby… mana kau tau Tuan Rolland yang bagi dekat aku ni?” Soalnya. Entah siapa-siapa yang bagi aku, boleh pula dikaitkan dengan lelaki itu. Buatnya tak betul nanti apa kata lelaki itu pula.

“Tuan Rolland, Tuan Rolland… berapa kali aku nak cakap, korang tu dah nak kahwin panggillah Abang Rolland ke… sedap sikit telinga aku ni mendengarnya.”

“Abby ni membebel pula dia. Aku tanya tu jawablah.” Dia memasamkan muka tak puas hati bila dileteri.

“Eh, eh marah pula dia. Dah terang-terang kau saja yang cinta hati Tuan Rolland Fiqry kita tu… tentulah dia orangnnya ha tengok ayat tu siap tulis lagi ‘Buat awak yang dicintai dan pemilik hati ini…’ tu kau dah boleh agaklah. Alahai kawan aku seorang ni.”

“Tapi kalau buatnya bukan dari dia macam mana?”

“Eh kau ada scandal lain ke selain dia?”

“Mana adalah…” Sedikit marah.

“Dah tu kalau tak ada yang pergi kusutkan kepala kenapa. Memang dari dialah tu…”

“Lerr…” Dia kehabisan kata. Rabiah siapa tak kenal. Cepat sangat dia membuat spekulasi. Mak Joyah!

******

Dia duduk termenung di meja pejabatnya. Hari ini dia langsung tak ada mood untuk melakukan apa-apa perkara. Tadi tengahari pun dia langsung tidak keluar ke mana-mana. Perutnya sebu tiada selera untuk membenarkan makanan masuk ke ruang ususnya.. Otaknya sendat dengan segala macam rencana. Perbualan malam tadi juga asyik terngiang-ngiang di telinganya. Menggoda dirinya untuk membuka tindakan.

Sesekali dia melirik ke arah gadis itu yang mejanya bertentangan dengan pintu bilik pejabatnya. Dia tersenyum sumbing bila melihat tangan gadis itu tak lepas-lepas membelek pemberiannya. Heh!

Tunggu kau, aku kenakan kau cukup-cukup lepas ni!

Telefon bimbit yang berada di dalam saku bajunya dikeluarkan. Laju jari jemarinya menekan skrin sentuh telefonnya itu menghantar mesej.

<suka tak apa yang I bagi?>

Butang send ditekan dan mesej dihantar.

Kepalanya diangkat untuk memandang reaksi gadis itu. Bertambah lebar senyumannya bila melihat kepala si gadis terpusing memandang ke arah pintu bilik. Ops bukan pintu biliknya tapi pintu bilik sebelah… Bagus memang itu rencananya.

Bergegar-gegar telefon bimbit yang berada di dalam genggamannya petanda ada mesej yang masuk. Nasib telefon bimbitnya berada di dalam mode senyap, kalau tidak mesti kantoi sudah perbuatannya.

<Suka sangat… lain kali jangan susah-susah bagi barang mahal macam ni pada I..>

Dia mencebik bibir membaca mesej dari gadis itu. Eleh tu nak tunjuk baiklah tu. Jangan susah-susah konon, pada hal dalam hati melonjak gembira.

Mesej dibiarkan tidak berbalas. Cukuplah buat masa ini. Dia tiada mood. Kehilangan mood serta merta. Memang bernas cadangan si mamat sekor tu malam tadi. Aku nak tengok macam mana terkejutnya minah tu bila tahu hal yang sebenarnya. Tulah siapa suruh nak main dengan api. Penghujungnya kau sendiri yang terbakar rentung tau. Dia ketawa kuat. Berdekah-dekah tapi hanya bergema di dalam sudut hatinya sahaja.