iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, August 24, 2012

[[Special Entry]] Kurela Cinta Ini Bertamu Versi Qish Daniel Pening Nak Raya

Tatkala cinta mengetuk hati,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah ku terima takdir ini?
Yang aku dan engkau perlu bersama?




“Abang tolonglah...” Berlagu nadanya, gaya merayu pun ada juga.

 “Ya abang tolonglah ni.” Balas Daniel laju.

 “Tolong apa gitu kalau setakat tengok je.” Qistina Balqish mencebik.

“Tolong tengok! Tolong jugalah namanyakan? Hahaha!” Daniel Muaz ketawa lepas. Seronok dapat mengenakan isterinya.

Oho buat lawak ya? Sengaja ya buat-buat tak faham tolong apa yang aku maksudkan ni. Dia mula membebel di dalam hatinya. Geram perasaannya bila melihat Daniel Muaz yang enak berduduk santai sambil memerhatikan dirinya yang tak cukup tangan menyediakan segala persiapan raya itu. Mummy dan daddy mentuanya tiada kerana keduanya menunaikan umrah dan serentak menyambut aidilfitri di tanah suci Mekah.

“Amboi tu kenapa tu jelling-jeling manja dekat abang? Hello abang puasa tau, jangan nak goda-goda abang ya.” Daniel menegur. Sebenarnya bukan dia tak faham maksud jelingan Qistina Balqish tu, huh manja apa begitu. Tu jelingan nak telan orang maknanya.

“Huh tak kuasa eh nak goda abang tu. Buat kurang pahala puasa orang saja. Abang jangan nak perasan ya. Qish tak ada mood nak layan abang tau.” Dia membalas dalam nada bergumam bersulam bengang.

Hello kita tak akan tergoda pun tau kalau awak nak buat lawak bangang tahap cipan tertelan cili tu. Kita sedikit pun tak melompat suka. Benci tau! 

“Alololo Qish ni sensitif lebih pula dia. Jangan cakap Aliff nak dapat adik lagi sudahlah ya. Kesian anak kita tak puas bermanja lagi dah beradik.”

“Abang!!!” Eeeiii geramnya aku.

“Ya sayang abang di sini je, tak perlulah jerit kuat-kuat panggil abang kalau ya pun nakkan abang ni. Keh keh keh.” Rancak dia ketawa menyakat. Bukan selalu dapat begini. Sementa kedua ibu bapanya tiada eloklah dia manfaatkan masa yang ada ni untuk menyulam kasih dengan isteri yang dicintainyaa itu. Chewahhhh!

“Abang, Qish tengah sibuk ni, tak ada masa nak main-main dengan abang tau.” Hai suamiku nan satu ni, eh memanglah satu, manalah boleh seorang perempuan bersuami lebih dari satu. Ah sudah apa yang aku mula nak mengarut ni.

“Eh bila masa abang kata abang nak main ni? Tengah puasa manalah boleh ‘main’. Batal puasa tau. Tak pasal-pasal abang kena ganti puasa 2 bulan berturut-turut nanti tau.”

“Oiii abang!” Balqish mengusap dadanya menahan sabar. Ya ALLAH ya Tuhanku kenapalah suami aku ni punya perangai makin hari makin tak centre ni? 

“Apa oi-oi ni Qish sayang? Dosa tau oi-oi dengan abang.” Daniel Muaz tersenyum lebar. Seronok bila melihat kemarahan mula bertanda diwajah Balqish.

“Ceh pandai pula dia kata dosalah apalah. Abang tu cuba fikiran tu jangan nak biru-biru waktu puasa begini boleh tak? Buat kurang pahala puasa saja tau.” Dia berpaling sambil kedua tangan mencekak pinggangnya sendiri.

“Mana ada biru-biru. Qish tu yang over sensitive tau.”

“Dahlah malas layan abang. Eh abang daripada abang duduk tak buat apa tu baik abang tolong Qish pasangkan langsir ni. Ada juga faedahnya.” Sambil mengunjukkan kain langsir warna peach itu kepada Daniel Muaz dengan harapan lelaki itu akan meringankan tulangnya untuk membantu dirinya.

“Eh tadi kata malas layan abang, lepas tu kenapa suruh-suruh abang pula ni? Tak malu ke?” 

“Huh abang tak nak buat sudahlah. Biar Qish buat sendiri. Abang pergi jauh-jauh, jangan nak duduk dekat sini macam mandor pencen pula ya. Sakit hati!” 

Kain langsir yang berada ditangannya disangkutkan pada bahu. Sedikit berjauh hati dengan Daniel Muaz. Agaknya keletihan yang menekan segenap ruang anggota tubuhnya menyebabkan dia menjadi sedikit sensitif. 

Sebuah kerusi yang berada tidak jauh dari situ diambilnya. Untuk dipanjat sebagai penyambung dirinya yang rendah itu. Moga-moga dia dapat memasang langsirnya. Doanya dalam hati. Huh tengoklah tak harapkan dia pun kerja aku boleh siap tau. Dengusnya di dalam hati.

Daniel hanya mengangkat bahu melihat perilaku isterinya itu. Sebenarnya dia tak kata pun tak mahu membantu, niatnya hanya hendak mengusik sahaja itu yang dia bercakap begitu tapi nampaknya Balqish yang terlebih sensitif itu telah silap fahaman. Menyangka dia tak mahu membantu langsung.

“Terpulanglah… Qish buat sendiri ok, apa-apa jadi nanti jangan nak salahkan abang tau.” Akhbar The Star yang terhampar di atas meja kaca di sisi sofa dicapainya. Kononnya tak mahu ambil tahu apa yang dibuat oleh isterinya dia buat-buat khusyuk tunduk menatap akhbar itu. 

“Jangan nak curi-curi pandang pada orang ya?” 

“Huh bila masa abang pandang Qish? Tak nampak ke abang tengah baca paper ni?” Sambil menunjukkan akhbar yang berada di tangannya.

“Eleh macamlah orang tak tau mata dia tu asyik curi-curi pandang pada kita. Kita taulah kita comel.” Selamba memuji diri sendiri. Siapa lagi nak tolong pujikan kita kalau tak kita sendiri ya tak?

“Aaaaaa!!! Aduhhh!” Lantang jeritannya bila kaki kirinya tiba-tiba tergelincir daripada kerusi yang dipanjat. Dia hilang imbangan dan akhirnya tubuhnya melayang jatuh.

Bukkkk!!! Macam nangka busuk gugur ke bumi bunyinya.

Daniel terbeliak mata, namun tak berbuat apa-apa. Terkaku agaknya bila melihat isteri sendiri buat gaya lagak ngeri.

******

“Isk sengetlah abang letak tu… ke kanan lagi… ha lagi…” Riuh mulutnya mengarah itu dan ini bila melihat hasil kerja suaminya itu yang tak sempurna di matanya. Huh letak frame dekat dinding pun tak centre, apalah dia ni. Nampak sangat kerja mudah begini pun tak pernah dibuatnya. Sabar jelah.

“Qish abang letihlah, nak rehat boleh?” Daniel Muaz merayu. Sudah berapa jam dia tidak berhenti dikerah untuk buat itu dan ini.

No, no… esok dah nak raya nanti tak siap ya cik abang.”

“Alah suruhlah bibik kita buat. Apa guna kita ada bibik kalau tak boleh nak disuruh buat kerja.” Baru aku teringat yang aku ni ada orang gaji. 

“Hellooo cik abang sayang, lupa ke yang bibik kita tu dah dihantar balik ke kampungnya 2 hari lepas? Haisy nak kata dah tua nampak muda lagi. Tak akan baru buat kerja sedikit dah jadi pelupa?” Betullah suami aku ni.

“Ha kita dah hantar dia balik kampung? Aduiii macam manalah abang boleh lupa. Ini semua Qish punya pasallah.” Daniel menepuk dahinya sendiri.

“Aik kenapa pula salahkan Qish?”

“Yalah kalau Qish tak jatuh tadi kan tak susah abang ni tau.”

Gara-gara ingin memasang langsir Balqish terjatuh dan kini pinggangnya sakit. Terhentak ke lantai barangkali. Ingin dibawa ke hospital tak mahu siap menangis hentak-hentak kaki lagi hampir sejam kononnya protes tak mahu ke hospital. Alasannya sebab takut kena bermalam di hospital. Tak mahu beraya di hospital. Daniel menggeleng-gelengkan kepala dalam tak sedar. Kadang-kadang aku rasa isteri aku ni macam budak-budak lagi. Sudahlah perangai cuai tu tak mahu nak berubah, dari belum berkahwin sampai sudah beranak dua, perangai tu tetap tak lupus-lupus juga dalam dirinya.

“Apa pula salahkan Qish. Dah kaki Qish ni nak terpeleot, Qish pun tak jangka. Itulah abang, Qish minta tolong dengan abang, abang tak mahu buat. Kalau abang buat tadi mesti Qish tak jatuh, sakit dan terlantar macam ni. Aduhhh!!” Dia mengaduh kesakitan bila cuba menggerakkan tubuhnya. Kononnya ingin bangunlah tu.

“Aik balik-balik abang juga yang kena. Qish tu yang tak tau nak berhati-hati. Kerja main redah je lepas tu cuai semedang. Dah-dah duduk diam-diam je dekat situ jangan nak banyak bergerak ke sana ke mari, nanti kalau bertambah teruk sakit tu abang juga yang susah. Biar abang buat sendiri semua tu.”

Balqish mengulum senyum bila mendengar tegahan Daniel itu. Hehe sayang juga dia dekat aku. Ingat suka membuli aku je, rupanya… bagus-bagus kalau macam ni sakit selalu pun tak apa, bolehlah aku buli dia lagi. Kui! Kui! Kui! Ketawa nakal mula bergema di dalam hatinya.

“Baik pula Aliff waktu-waktu begini, tak meragam macam hari-hari lepas. Selalu tu tidur pun sekejap saja, lepas tu bangun merengek menangis bila sedar tak ada orang temankan dia tidur.” Macam tahu pula anak itu tentang kesibukan mama dan papanya.

“Abang ni… anak kita diam tak meragam abang bising. Nanti dia bangun meragam baru tau. Abang juga yang pening, mana nak layan Aliff mana nak jaga Qish yang tak sihat ni.” Pandailah anak mama, bagi peluang dekat mama nak bermanja dengan papa. Pujinya di dalam hati.

“Yelah, abang bukan apa… abang hairanlah Qish.”

“Alah tak ada apa yang abang nak hairankan. Anak kita tu kenyang sangat tu. Bukan abang bagi dia susu dan nestum banyakkan tadi. Tak usahlah abang risaukan dia. Nanti kalau dia jaga tu mesti dia menangis punya. Sekarang yang abang perlu risaukan siapa yang nak masakkan rendang, kuah kacang, kuah lodeh, lontong, rebus ketupat tu. Qish memang tak larat nak bangun ni tau.” Dia buat memek muka lesu tak berdaya.

Agaknya tau ke suami aku tu memasak rendang?

“Hah abang ke yang kena buatkan semua tu?”

“Yalah cik abang, tak akan pula anak kita si Aliff tu yang tolong masakkan pula.”

“Errr tak akan Qish tak boleh tolong langsung? Susahlah macam ni…” Lemah nada suaranya.

Matilah aku kalau semua aku kena buat sendiri. Aduh mummy, daddy kenapalah pergi beraya kat sana? Macam manalah Niel nak selesaikan persiapan raya ni? Sudahlah bibik dah balik kampung, Qish pula dah terjatuh dan sakit pinggang…. Dia memicit dahinya. Terasa berserabut, berpinar tiba-tiba.

“Qish nak tolong abang macam mana? Qish nak bangun tak boleh. Hah tengok ni… aa… aduhhh!” Dia buat kerutan panjang di dahi. Kononnya sangat seksa untuk mendudukkan tubuhnya sendiri.

“Aduhhh macam mana ni? Errr agak-agak kalau kita upah catering saja untuk masakkan untuk kita boleh tak sayang?”

“Oii abang jangan nak mengarut boleh tak? Manalah ada catering yang sudi nak ambil tempahan sehari sebelum hari raya ni. Mereka pun nak cuti raya juga apa.”

“Eh ya tak ya juga. Habis tak akan abang nak buat semua ni?”

“Yalah… wajib buat ok!”

Hehehe… rasakan sekarang nilah masa aku nak buli beliau ni. Itulah aku minta tolong baik-baik lagi main-mainkan aku. Sekarang rasakan buat semua tu sendiri.

“Abang manalah tau masak rendang tu semua sayang oiii…” Aku ni bukannya ambil subjek ekonomi rumahtangga pun waktu sekolah tu untuk memasak segala bagai ni. Setakat masak yang simple-simple tu aku taulah.
 
“Hai cik abang sayang lupa ke buku masakan yang awak belikan untuk saya dulukan ada. Ha waktu beginilah elok dapat gunakan buku tu.”

“Hamboiii sayang masih simpan lagi ke buku-buku tu? Dah 5 tahun rasanya…tak expired ke resepi-resepi tu?”

Expired apanya? Jangan nak mengarut dan beri alasan macam-macam ya. Dah-dah pergi memasak sana ya. Nanti tak siap pula. Esok tak pasal-pasal kita hidangkan tetamu biskut kering dengan air kosong je. Tahu dek mummy dengan daddy mesti masak kita kena leter tau.”

Sengaja dia tekankan perkataan mummy dan daddy untuk menggerunkan pendengaran Daniel. Biar Daniel gentar, biar lelaki itu tak beri alasan macam-macam untuk memasak. Hahaha…

“Yelah-yelah abang nak memasaklah ni kalau macam tu.” Kalau bagai yang dikata, siapalah dia untuk membantah sebab kalau dia tak buat siapa lagi yang akan buat. Tersepit dengan keadaan.

“Hah bagus, macam tulah suami Qish. Ni yang bertambah sayang dekat abang ni.” Mata kiri dikenyitkan nakal kepada lelaki itu. Senang hatinya bila lelaki itu akur menerima tugasan darinya.

******

Allahuakhbar Allahuakhbar…

Azan subuh yang kedengaran dari surau berhampiran mengejutkan dirinya daripada lena. Terpisat-pisat dia membuka mata. Terkejut bila melihat ruang sisinya kosong. Mana Daniel? Kenapa tak ada di sebelahnya? Masakan lelaki itu sudah bangun awal. Melilau matanya ke segenap ruang bilik.

Dia mengenyeh-ngenyehkan matanya untuk memastikan dia tidak silap pandang. SAH! Memang Daniel tidak berada di sisinya. Hanya ada cuma Muhammad Aliff Imani yang nampaknya tidur lena langsung tak berkutik. Amboi sopannya anak mama sehari dua ni. Betul-betul bagi peluang kepada mama dan papa ya. Sempat diusap pipi si kecil yang sedang lena itu sebelum bangun menuju ke bilik air. Ah solat subuh dulu baru cari dia.

Tak masuk-masuk pun dia ke bilik ni. Tak akan marahkan aku ni sebab buli dia memasak semalam? Balqish mula risau. Usai sudah solat subuhnya, namun kelibat Daniel langsung tak kelihatan.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari lelaki itu. Kain telekong dilipat digantung di tempat sepatutnya, begitu juga dengan kain sejadah. Dia melangkah keluar daripada perut bilik. Dari atas anak tangga lagi dia sudah nampak kelibat sekujur tubuh yang sedang baring terlena di atas sofa di ruang tamu.

Isk isk isk suami aku ni, dengan apron masih melekat di tubuh dia boleh tidur. Nampak sangat letih memasak. Balqish mengeleng-gelengkan kepala sambil melangkah turun, terus menuju ke arah dapur ingin melihat hasil kerja suaminya.

Wah terbaik, perfect! Semua sudah siap. Heh memang hari ini dalam sejarahlah, Daniel masak untuk raya. Ni kena tulis dalam diari ni. Hehehe tak sia-sia aku berlakon jadi orang kurang upaya semalam. Dia ketawa kecil sendiri.

“Apa yang menggelikan hati sangat tu Qish?” Tiba-tiba satu suara garau menegur dari arah belakang. Betul-betul sangat hampir dengan telinganya.

“Opocot!” Dia tersentak terkejut.

Daniel Muaz betul-betul begitu hampir dengannya dengan wajah yang separa mamai. Ketawanya hampir terburai bila melihat apron berwarna pink yang siap-siap beropol-ropol tepi-tepinya yang masih tersarung di tubuh sasa milik Daniel itu. Cepat-cepat dia menekup mulutnya menggunakan tangan untuk menahan ketawa.

“Eh ni kenapa pula ni? Yang tekup-tekup mulut kenapa?” Berkerut-kerut mukanya melihat perilaku Qistina Balqish itu.

“Tak ada apa-apa, abang nampak kacak dengan apron ni. Sesuaaaiiii sangat.” Senyum nakal tersungging di bibirnya.

“Ialah tu, sesuai sangat atau sebaliknya? Macam abang tak tahu Qish tu. Itu tak lain tak bukan mengata abanglah tu dalam hati tu kan?”

“Eh mana ada, abang ni cuba jangan perasan…”

“Macam manalah abang tak perasan Qish oi, kalau hanya kita saja di rumah ni dan mata Qish pula tak lepas-lepas daripada pandang abang ni. Sudahlah abang nak naik solat subuh dulu… Eh Qish dah sihat ke?” Daniel Muaz memandang ke arah Qistina Balqish dengan wajah berkerut seribu. Masakan sudah sihat sepenuhnya sedangkan semalam isterinya itu kelihatan kritikal sangat kecederaannya kononnya.

“A’ah Qish dah rasa sihat sangat ni.”

“Eh masakan sakit pinggang tu boleh sembuh dalam sekejapan? Semalam bukan main lagi menangisnya bagai nak rak.”

“Entah Qish pun hairan, semalam macam sakit sangat, tapi pagi ni bangun dari tidur Qish rasa dah ok dah…” Matanya ditala untuk memandang ke arah frame gambar keluarga yang digantung oleh Daniel semalam demi untuk mengawal tona wajahnya yang ingin berubah itu. Dia tak mahu Daniel perasan. 

“Ke Qish… tipu abang semalam?” Daniel berserkap jarang. Mula menangkap helah Balqish. Dia tahu isterinya bukan jenis pandai untuk menipu. Apatah lagi bila dia perasan yang Balqish cuba melarikan matanya daripada terus bertembung dengan matanya.

“Errr maa… mana ad…ada.” Dia serba salah, serkapan Daniel Muaz nampaknya hampir mengena.

“Terpulanglah kalau Qish tak nak bercakap jujur dengan abang. Abang naik atas dululah.” Mula memusingkan tubuhnya. Hampa bila dia mula sedar yang Qistina Balqish mempermainkan dirinya.

“Abang….”

“Abang belum solat subuh lagi.” Laju dia memotong cakap isterinya.

Qistina Balqish menggigit bibir bila melihat Daniel Muaz yang melangkah laju memanjat anak tangga. Marahkah suami aku? Hati mula serba salah.

******

“Abang Qish minta ampun, Qish minta maaf…. Abang bukalah pintu ni.”

Naik lenguh sudah tanganya mengetuk daun pintu milik mereka nampaknya Daniel masih lagi berdegil dan mematikan diri di dalam bilik. Sedikit pun tak mahu menyahut panggilannya.

Aduh macam mana ni. Tak akan dia betul-betul marah kut? Jam di dinding dikerlingnya sudah hampir jam 10 pagi. Kejap lagi mesti tetamu akan datang beraya dan mereka juga masih belum pergi menziarahi kubur Risya. Masakan nak sambut tetamu dalam keadaan begini? Dalam keadaan dia hanya berkain batik dan bert-shirt. Buang tebiat! Nanti mesti orang kata menantu Tan Sri Darwish dan Puan Sri Nuha ni selekeh.

“Abang…” Rayunya lagi dengan harapan suaminya akan sejuk hati dan membuka pintu.

Sementara itu….

Hah rasakan, semalam sengaja kenakan abang ya. Hari ni tau nak menggelabah bila abang protes. Qish, Qish perangai nakal tu tak pernah mahu berubah. Sudahlah dulu Qish buat-buat pengsan sampai abang sendiri naik cuak gara-gara Qish berebutkan remote daripada abang, sekarang Qish kenakan abang kononnya pinggang Qish terseliuh sampai tak boleh bergerak segala bagai. Sudahnya abang juga yang kena kerah buat kerja Qish sampai selesai. Kenapalah abang ni tak perasankan helah Qish tu. Bertuah punya isteri.

Daniel membebel panjang sendirian. Terkumat-kamit mulutnya sambil tubuhnya disandarkan ke pintu bilik.

Dalam kepalanya ligat memikirkan cara untuk membalas dendam kepada isterinya. Sebenarnya dia bukannya marah sangat pun tapi dia sengaja bersikap sebegitu. Sengaja ingin mendera perasaan Balqish itu.

“Abang Qish kira sampai tiga kalau abang tak buka juga pintu ni Qish nangis kuat-kuat biar semua orang dengar.”

Suara Balqish masih lagi kedengaran di sebalik pintu, bezanya kali ini bukan dalam nada rayuan tapi nada ugutan pula.

Daniel ketawa kecil. Kelakarlah isteri aku ni. Lagi nak menangis macam budak-budak.

“Abang Qish kira ni tau…”

Tetap dia tiada balasan daripada Daniel.

“Ok satu!”

Senyap…

“Dua!...”

Tetap sepi…. 

Haisy ni betul ke dia nak dengar aku menangis ke apa.

“Ti…..g….”

Tak sempat pintu dibuka dari arah dalam. Daniel keluar dengan muka mencuka sambil memeluk tubuh sendiri.

“Hah nak apa?” Dingin nadanya.

“Err… Qish… Qish…Qish…”

“Hai sejak bila pula jadi gagap ni?” Sergah Daniel agak keras.

“Qish minta maaf… Abang maafkan Qish ya?” Tangan lelaki itu diraih.

“Huh pandai pula nak minta maaf ya? Apa ingat abang ni robot ke? Sampai hati tau buat abang macam tu. Kerah abang sampai abang tertidur dekat sofa tu. Bukannya nak tolong selimutkan. Dahlah sejuk.” Lirih nadanya.

“Ala… abang janganlah merajuk.”

“Tak ada masa eh abang nak merajuk. Bukannya Qish tu tahu nak pujuk pun abang ni. Siapalah kita ni.” Daniel buat-buat ayat macam penglipur lara.

“Eleh yalah tu. Semua ni salah abang tau.”

“Aik abang lagi yang kena. Sepatutnya abang yang cakap macam tu dengan Qish.”

“Yalah kalau abang tolong Qish semalam tak adalah Qish kenakan abang teruk-teruk macam tu. Qish minta tolong abang dengan cara baik tapi abang buat tak tahu jadi terpaksalah Qish guna cara macam ni.”

“Oh pandai, geliganya isteri abang dalam bab kenakan orang ni. Abang punyalah risau takut pinggang Qish tu tergeliat betul. Punyalah sakit kepala nak fikirkan apa yang abang nak jawab kalau mummy dan daddy balik nanti rupa-rupanya hanya lakonan Qish saja. Bertuah punya isteri. Eiiii geramnya abang tau.”

Daniel menarik kuat hidung Balqish.

“Auuwww… aduh. Sakitlah…” Dia mengaduh.

“Ha! Ha! Ha!” Daniel Muaz hanya ketawa lepas bila melihat warna merah mula bertanda di hidung isterinya itu.

“Ha jadi abang maafkan Qish tak?”

“Untuk isteri kesayangan abang masakanlah abang tak maafkan dia, lagi-lagi di waktu raya begini.”
Really? Yeayyy ni yang bertambah sayang sangat dengan abang ni.” Terus dia humbankan dirinya dalam pelukan Daniel.

“Ya tapi dengan satu syarat…”

“Hah ada syarat? Apa dia?”

“Jangan marahkan abang lepas ni ya kalau apa-apa jadi.”

“Hah nak marahkan abang? Kenapa pula? Tak akan abang pun ada buat jenayah dengan Qish kut?” Lain macam saja ayat suami aku ni. Dia memandang pelik wajah Daniel Muaz itu.

“Janji jangan marah…” Daniel tersenyum… dan senyumannya makin lama makin melebar bila melihat kerutan semakin banyak kelihatan di dahi Qistina Balqish.

******

“ABANG!!!! Lailahailallah… subhanallah… sabarkan aku.” Lantang suara Qistina Balqish daripada arah dapur.

Daniel Muaz yang sedang rancak berbual dengan Haizam dan Suraya yang datang berkunjung tersentak.

“Apa kena tu Daniel dengan si Qish tu?” Soal Haizam hairan.

Daniel mengangkat bahu tanda tak tahu.

“Entah, aku pergi tengok dia kejap ya?”

“Abang oiiiii apa gerangan sudah terjadi pada masakan tuan hamba ni?” Laju Balqish melontarkan tanya sebaik terpandang wajah suaminya itu.

“Apa?”

“Macam mana kita nak hidang pada mereka sedangkan rendang ini rasanya seperti kita dah buka kilang garam… masin menyengat abang oi… Mahu kena darah tinggi para tetamu kita nanti.”

Oh patutlah sudah pesan pada kita awal-awal jangan marahkan dia. Ini rupanya onar yang dia dah cipta.

Sorry abang mengantuk sangat sampai tak sedar abang letak berapa banyak garam.”

“Haduiii… sudahlah rendang masin, kuah kacang ni pula manis macam lori gula dah terbalik dalam periuk kuah kacang ni. Tak akan kita nak hidangkan ketupat je pada tetamu? Ketupat cecah dengan air oren, boleh begitu? Haisy memang tak patut. Aduii.”

“Habis kita nak buat apa sayang?” Tanya Daniel blur.

“Manalah Qish tau… hidang kueh raya sajalah nampaknya.”

“Itulah lain kali jangan paksa abang masak, kan dah haru biru jadinya.”

“Kalau abang tak mulakan dulu tak adalah jadi macam ni.”

Masih tak habis lagi untuk nak bertelagah.

“Hai korang berdua ni raya ni hari ini. Sudah-sudahlah tu. Tak payah nak bertekak. Hidang je apa pun dengan kami ni. Kami tak kisah. Kami bedal je semua.” Suraya yang tak tahu bila masa munculnya menegur pasangan sahabatnya itu. 

“Daniel ni Su…”

“Apa pula abang…”

“Sudah… adoii peninglah aku dengan korang ni. Umur makin meningkat tapi perangai tu tetap kebudak-budakan juga. Bila entah nak matangnya entah.”

“Ok-ok abang beralah… tak mau gaduh-gaduh.”

“Yeayyy Qish menang!” Seronok melihat Daniel Muaz beralah.

Tengok tu baru kejap tadi dia minta maaf dengan aku sekarang macam sengaja nak lancarkan perang dengan aku.

“Yelah-yelah Qish pun mengaku Qish salah… Qish minta maaf dengan abang, selamat hari raya maaf zahir dan batin.”

Tangan Daniel diraih. Dibawa ke mulut dan dikucup penuh kasih tanpa sedikit pun segan dengan Suraya yang masih tak lepas-lepas memerhatikan mereka.

“Ya abang pun sama… minta maaf dengan sayang sebab selalu buli sayang macam-macam.” Tangannya mengusap penuh kasih kepala isterinya.

“Hah kan bagus macam ni. Berdamai di hari raya. Ini tak asyik bertekak saja gayanya bla… bla… pot… pet…” Suraya mengambil kesempatan bebelkan pasangan itu..

“Suraya!” Serentak Balqish dan Daniel bersuara.

“Ops terlebih sudah… Selamat hari raya, Balqish dan Daniel maaf zahir dan batin… Errr minta duit raya sekali. Hehehe..”

“Duit raya? Huh tak sedar diri betul. Dah tua kerepot pun nak duit raya lagi.” Tempelak Balqish selamba. 

Suraya hanya ketawa besar mendengar tempelak Balqish itu. Sedikit pun tak ambil hati.

Hai semoga syawal kali ini terus memberi sinar bahagia untuk kita semua. Balqish tersenyum sendiri.

*** Assalamualaikum sahabat-sahabat. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan. Entry khas bagi mereka yang rindukan Balqish, Daniel dan kroninya... Ramai yang email pada saya, inboxkan pada saya inginkan kesinambungan kisah mereka ni. Anda bagai mana? Kalau rasa perlu disambung sila tinggalkan komen 'Nak' diruang komen... Oh ya Qistina Balqish dan Daniel Muaz mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada anda semua *** ^^

6 comments:

nurul asliza said...

mesti la nak..:)
nak sambungan KRCIB dan xsabar nak tunggu 3bulan keluar...:)

Anonymous said...

Nak lgi....

Unknown said...

hoho.
mmg rindu sgt2 kat dorang..hhuhu. kalo kak nuril nk sambung,
xkan ada yg tolak.
hehe.

Unknown said...

sambung je dek,pape akak sokong u,best n funny gak dek!sambungggggg dek couse tak puas nak g..........hehehe

Unknown said...

Please sambung saya minat sangat dengan nukilan akak yang ni. Sebab novel nilah saya start baca novel melayu

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com