iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, October 2, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [prolog]



Angin petang yang bertiup-tiup sepoi bahasanya, menampar wajahnya perlahan, mendamaikan rasanya. Dia bersandar santai pada kerusi malas yang terdapat di balkoni banglo mewah itu... hurm bestnya, dah lama tak rasa duduk bersendirian gini, hati kecilnya berkata, memang terasa aman menghirup udara petang tanpa gangguan sesiapa, terutama gangguan daripada lelaki itu... ya lelaki yang sentiasa ada sahaja tingkah yang menyakitkan hatinya, bencinya!.. dia merengus, hisy kenapa mesti ingatkan dia, malas nak layan otak aku ni.. dia menggerutu dalam geram

Tangannya dipanjangkan mencapai buah pelam muda yang terdapat pada dalam piring yang terletak di atas meja kecil yang terdapat di situ, di cicah perlahan dengan kicap yang telah di campur dengan sedikit gula... yummy... sedapnya... terpejam-pejam matanya menikmati keenakan buah pelam muda itu, memang dari semalam dia kepingin menikmati pelam muda itu, dan tadi tak pasal-pasal Pak Damin, drivernya dikerah untuk membantunya menjolok buah pelam muda yang terdapat di pokok belakang banglonya... dia tersengih kecil, kalaulah ada lelaki tu jangan harap aku merasa makan benda ni... hisy alamat kempunanlah aku, dah lah kejam ngalahkan nazi,... isk ingat lagi kat dia, benci...! benci..! Qistina Balqish bengang... hee kenapa asyik teringat kan mamat tu.. bosannya.. dia tak ada aku teringat, bila dia ada aku sakit.. aduyyyai tak faham aku...

"Kat sini rupanya kau, puas aku cari tadi, eh kau makan apa tu Qish.." tiba-tiba dia disapa, tanpa di beri salam..

Opocot mak hang terlepas... dia terkejut serentak dia melatah sehingga memburaikan tawa si penyapanya tadi..Pantas dia berpaling, serentak wajahnya bertukar pucat, glup.. dia menelan air liur terasa kelat, alamak Hitler ni dah balik, kata tadi ada meeting, ni alih-alih terpacak pulak kat sini, hiys tak boleh dipercayai langsung, matilah aku...dia risau.

Daniel Muaz menapak menghampirinya, matanya membuntang melihat apa yang dimakan oleh Qish itu...

" Kau makan pelam muda? kau gila ke apa? nak bunuh anak aku tu ke? " melengking suaranya, dia marah...

Terkulat-kulat dia memandang lelaki itu, eley anak kau anak aku jugak, ingat aku ni kejam sangat ke nak bunuh anak sendiri, dia mengomel dalam hati, geram, tanya tidak apa pun tidak, lepas tu main sembur orang je, dasar Hitler...

"Awak... bukan saya nak makan sangat pelam ni, tapi anak awak ni yang nak makan, jadi kenalah saya makan, lagi pun saya makan sikit jea awak, takkan memudaratkan punya.." dia menjawab perlahan dengan sabar yang masih tersisa. Yelah nanti kalau tak makan, kempunan pulak anak aku ni… kan ke kesian..

"ok aku percaya pada kau, tapi kalau apa-apa jadi pada baby tu siaplah kau.. aku takkan lepaskan kau.." keras nada lelaki tu, menambahkan lagi rasa meluat pada dirinya, huh tak kuasa nak layan.

Huh semua kau punya pasallah, kalau tak kerana kau punya salah malam tu, takda lah aku dan kau terikat macam ni... hey sabar jelah, dia mengusap perlahan kandungan yang hanya menanti hari saja lagi itu.. baby tengok papa tu, suka sangat marah-marah mama, dia berbisik perlahan..

Daniel Muaz membebel dalam hati, hey tak faham betul dengan orang mengandung ni suka sangat menguji sabar aku.. bukannya aku suka nak marah-marah ni tapi tulah aku cuma risaukan kesihatan anak aku tu.. buatnya apa-apa jadi, siapa yang susah? aku jugak...

Qistina Balqish melangkah masuk kedalam perut banglo itu, hey baru nak santai-santai sikit dia dah balik, cubalah pegi outstation tu 2,3 hari ke, aman sikit aku, ni tak, dahlah kalau ada kat rumah ni buat aku rimas, apa yang aku buat ada je silapnya.. menyampah betul..

**************

"Awak.. oh awaknye..." Balqish memanggil Daniel perlahan, hisy mana pulak mamat ni.. tadi ada kat sofa tu, ni dah tak ada pulak, macam chips more pulak, kejap ada kejap tak ada, dia tercari-cari kelibat Daniel, hurm mesti kat bilik kerjanya, hatinya mengandaikan. Perlahan dengan hati-hati dia melangkah ke arah bilik kerja lelaki itu, diketuk perlahan pintunya. Setelah mendengar arahan menyuruh masuk daripada lelaki itu, barulah tombol pintu dipulas dan dia melangkah masuk.

"Hah nak apa? aku sibuk ni.." lelaki itu bertanya tanpa sedikit pun mengangkat wajahnya dari mengadap beberapa keping kertas yang terdapat di atas meja kerjanya itu.

"Awak... perut saya sakitlah.." beritahunya perlahan. Memang perutnya terasa sakit, mulanya tadi dia memang berniat tidak mahu memberitahu lelaki itu, sebab pada anggapannya hanya sakit perut biasa, tetapi bila sakit itu semakin menyengat kini, hendak tak hendak dia kena beritahu lelaki itu.

"Hah apa? sakit perut?" lelaki itu meyoal terkejut, siap dengan mimik muka sekali.

Hisy over acting betullah mamat ni, hatinya membebel.

"Tulah siang tadi yang kau pergi makan buah pelam muda tu kenapa, kan dah sakit perut, kalau aku larang ada je alasan kau" lelaki itu mula berleter.

Adoi dia mula dah, ni yang aku paling tak suka dengan dia ni, kuat membebel mengalah aku yang perempuan ni.

" Tengok, sekarang siapa yang susah? aku jugak, hey tak faham betullah aku dengan orang perempuan ni, lagi kita larang lagi dia nak buat, kalau marah kata aku ni kejam..." bebelan terhenti apabila melihat raut wajah Balqish yang mula berpeluh.

"Kau ok ke?" dia bertanya, kali dia betul-betul risau, serius..

Balqish mengeleng-gelengkan kepalanya..

"Apa yang geleng-gelengkan kepala? jawablah aku tanya ni kau ok ke tidak?" hisy guna bahasa isyarat pulak, tak faham aku.

"Awak... saya rasa baby ni nak keluar lah.." perlahan dia memberitahu dengan wajah yang berkerut menahan kesakitan yang semakin menekan.

"What?? kau dah nak bersalin? bukan ke doctor kata due datenya next week?" dia bertanya, masih tak percaya

"Hah ni mungkin sebab kau makan buah pelam muda tu tadi.."

"Awak..! boleh tak awak jangan banyak soal, hantar saya pergi klinik atau saya pergi sendiri.." hisy orang dahlah sakit, dia nak membebel lagi.

"o..ok, jups aku nak ambil wallet dan tukar seluar, kau duduk kejap" dia memimpin Balqish duduk di kerusi yang terdapat di situ.

Tak sampai 5 minit dia selesai menukar seluarnya, Balqish pula semakin senak menahan kesakitan dengan kainnya yang mula membasah.

"Awak jauh lagi ke kita ni?" dia bertanya, sungguh dah tak berdaya lagi menanggungnya, baby ni pulak memang macam dah nak keluar sangat, tak sabar nak melihat dunia kot..

"Sabar ye, depan tu jam pulak, isk time-time macam ni pulak nak eksiden.." Daniel mengerling kearah Balqish sesekali, dia risau teramat risau.

"Awak..." tiba-tiba Balqish memegang lengannya kejab.. dia tersentak

"Saya rasa kepala baby ni dah keluar.." putus-putus dia memberitahu..

"Hah???" dia terkejut, apa aku nak buat ni... namun tingkahnya mendahului akal, isyarat di berikan dan dia membehentikan keretanya di bahu jalan..

Thursday, October 1, 2009

Cepen : Suci Nur Qaseh




Prolog

Derap langkah di atur perlahan, lemah tak bermaya, terasa sudah tiada tenaga semenjak menerima perkhabaran duka tadi. Dia mengetap bibir menahan air mata daripada gugur. Kenapa begitu berat dugaanMu kali ini Tuhan? Kenapa diri ini tak pernah putus- putus Kau uji? Banyak sangatkah dosaku padaMu sehingga terlalu sering ku Kau hukum.. Ya ALLAH maafkan aku atas masa-masa lalu ku, ampunkan aku atas segala ingkarku padaMu..

Ujian ini yang terlalu berat penanggungannya kurasakan, baru sekejap rasanya bahagia itu di kecap, kini sekelip mata pula ia disentap.

***********

Jari jemarinya laju menaip bait-bait akhir asignmentnya, walaupun kerja itu sepatutnya di hantar pada hari isnin depan tetapi memang menjadi kebiasaannya untuk meyiapkan tugasan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Dia tak suka tergesa-gesa. Dia mengurut-ngurut tengkuknya perlahan, terasa sengal, yelah berapa jam duduk mengadap laptop, adeyys nak tercabut dah rasa urat pinggang aku ni, getus hatinya. Dia menggeliatkan tubuhnya perlahan, berhajat mengendurkan urat-urat yang semakin tegang. Mug Nescafe yang terdapat di sisi meja kerjanya di capai, terus dibawa kemulut, dengan lafaz bismillah, air itu ditegukknya perlahan. Memang menjadi kebiasaannya andai punya kerja, pasti berteman dengan secawan Nescafe.

Sesekali matanya mengerling pada telefon bimbitnya, seperti tadi telefon itu tetap diam kaku tidak berdering petanda ada panggilan atau mesej yang masuk. Dia mengeluh perlahan, hai mana lah dia ni, call tak angkat, mesej tak balas, ada suami macam tak punya suami.. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan perangai suaminya itu, kata cintakan dia, sayangkan dia, tapi gaya perlakuan tak seperti orang yang menyayangi dan mencintai dirinya.. hisy tak faham aku ngan perangai laki aku ni. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Aku ni kadang-kadang rasa macam perempuan simpanan dia jea, bila dia rasa dia perlukan aku, dia hubungi aku, datang dekat dengan aku, kalau tak, macam nilah, buat endah tak endah je dengan aku ni, macam aku ni tak wujud, bukan aku mintak macam-macam dari dia cuma aku nak sedikit masa bersama dengan dia seperti pasangan lain, keluar menghabiskan masa di hujung minggu, dah lah hari-hari lain takda masa untuk bersama, yelah aku dengan kuliah, dia dengan kerja…. Suci Nur Qaseh mengeluh lagi… dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, hai kalau asyik fikirkan dia semua kerja aku boleh tak jadi. Dah-dah aku taknak ingatkan dia, aku nak siapkan kerja, hati kecilnya membentak mencuba mengalau bisikan demi bisikan yang mengganggu fikirannya. Ah dia ingat dia tu siapa yang perlu aku ingat selalu, tapi…. Dalam aku menafikan sebenarnya aku terlalu merindui dan mencintainya, setiap waktu akal fikiranku tetap tak dapat lari daripada memikirkannya walau berjuta kali aku menafikannya.

**************

“ Kamu tak pegi jenguk isteri kamu hari ni Neal” tegur Hajah Marsyitah, hairan sedari tadi dia melihat anaknya asyik berbaring bersantai di ruang tamu, lagak seperti orang bujang je....

“ Jap lagi saya jenguklah, mama ni macam tak suka saya balik tengok mama jea…” Nada menyindir jawapan yang keluar dari mulut anaknya.

“ Bukannya tak suka kamu balik, tapi mama lagi suka kalau kamu balik bawa isteri kamu sekali, kamu ni bukannya orang bujang macam dulu-dulu, boleh ke mana-mana seorang diri.” Bebelan Hajah Marsyitah mula terbit. Geram dengan tingkah anak itu yang masih tak berubah-rubah dari zaman bujang sampai dah berkahwin.

Razaleigh Azneal bangun dari pembaringannya, mencapai kunci kereta yang terdapat di atas meja kecil yang terdapat disitu.

“ Neal balik dululah ma….” Ringkas ayat yang keluar dari mulutnya.

“ Aik… mama cakap sikit kamu dah nak balik, bilalah kamu nak berubah ni Neal, cakap sikit merajuk, cakap sikit merajuk…” Hajah Marsyitah menggeleng-geleng kepala melihat tingkah perangai anak lelakinya itu.

Tulah dulu aku tak setuju tapi si Neal ni nak sangat, yelah dah tau budak perempuan tu masih belajar tapi gatal sangat nak kahwin, sebab sayangkan sangat si Neal tulah aku ikutkan kehendaknya, kononnya saling cintalah, apalah, tapi ni baru berapa bulan nikah dah lain pulak rentaknya, sorang ke hulu sorang ke hilir… hai tak faham aku dengan budak-budak sekarang ni, apa diaorang ingat kahwin nikah ni perkara main-main… bebel hati kecilnya..

“Hai mama jauh benar papa tengok menungan tu” tersentak Hajah Marsyitah bila tiba-tiba dirinya di sapa.

Dia menoleh, sambil mengurut dadanya, hai bila masalah suami kesayangan aku ni balik, tak perasan pun, tau-tau muncul jea tak bagi salam…selalu begitu! Marahnya dalam hati.

“Papa ni cuba balik tu bagi salam dulu, takdalah mama terkejut, nasib baik mama takda lemah jantung tau, kalau tak dah lama jalan.” Jelingan tajam dihadiahkn kepada suaminya, Haji Redha bukannya marah betul pun, sengaja menduga suaminya.

“ Alah sebab tau mama sihat walafiatlah papa berani buat gitu… mama kalau menjeling boleh buat papa bertambah jatuh cinta dengan jel….”

Belum sempat ayat dihabiskan jari jemari isterinya laju mencubit…

“Aduyyy sakitlah sayang, gurau sikit jea dah kena ketam…”

Mengekek tawa Hajah Marsyitah melihat tingkah suaminya, tulah usik mama lagi…”

************

Deringan telefon bimbit menggangu pemanduannya, dengan malas dia menjawab..

“ Hallo… abang tengah drive ni…” Razaleigh Azneal menjawab acuh tak acuh.

“Abang nak datang ke tak ni, Suci dah siap, dah lama tunggu, kan abang janji nak dinner sama hari ni..takkan abang dah lu…”

“Yelah-yelah abang ingat, sabarlah sikit, abang tengah drive ni..” tak sempat isterinya menghabiskan kata dia dah memotong mematikan terus bicara Suci.

“Ok Suci tunggu…” dia memutuskan talian… hurm perempuan memang tak tahu sabar.. getus hati kecilnya…

***************

Aku yang dikatakan tak sabar? Hai nasib suami, kalau orang lain memang kena jawab balik gamaknya. Pantang betul bagi aku orang tak tepat masa ni.. omelnya perlahan geram, yelah dah lah lambat lepas tu tak minta maaf lepas tu senang-senang jea marah-marah kan kita balik… geram… geram…geram… gumpalan tisu ditangannya di carik-carik melepas geram..eeee….geram kenapa lelaki ni ego dan payah nak minta maaf bila buat silap?? Tanya dia pada diri sendiri..yelah jatuhlah standard kalau lelaki minta maaf, takkan itu pun kau tak tahu.. jawab hati kecilnya.

Opocot….! Dia terkejut bila telefon bimbitnya tiba-tiba berlagu, isk termelatahlah pulak… ops!

Ehem-ehem… “ Hello….” Dia menjawab.

“Mana ni abang dah sampai, cepatlah turun…” terdengar suara suaminya di talian.

“Ok 5 minit lagi Suci sampai…”

Dia bingkas bangun menjeling sekilas penampilannya pada cermin..hurm comel gak aku ni, sempat lagi dia memuji diri sendiri.. Ekekeke, Beg tangan di capai lalu dia bingkas, walaupun lambat takpalah janji sampai, dan dapat habiskan masa bersama, dah memadai baginya.

***************

Riang hatinya bila suaminya melayan dengan baik pula kali ni, tadi dalam talian bukan main bad mood suaranya, hai kadang-kadang memang pening nak faham perangai suami aku yang satu ni.. yang satu??? Of course lah suami aku kan sorang jea… isk dah nak termengarut lak aku ni..

“Balik rumah abang ye hari ni.. esok kelas petang kan?” Razaleigh Azneal bertanya lembut sambil matanya menjeling sekilas ke wajah isterinya.

“Yup esok kelas petang..” Suci Nur Qaseh menjawab ringkas dah tau dah, biasa kalau keluar bersama, memang dia akan bermalam di rumah suaminya itu…macam selalu…

***********

Tut…! Tut…! Telefon bimbinya berbunyi, pertanda ada mesej masuk.

Pantas tangannya dipanjangkan untuk menggapai telefon itu.. Mesej dari siapa pulak ni… no tak ada dalam simpanan.

<017-7773456> Lepaskan Neal dia milik aku!

Tersentak dia membacanya, berderau darahnya, mesej dari siapa ni, siapa dia ni sampai sanggup hantar mesej kat aku macam tu sekali….

Siapa awak?

Butang send ditekan membalas pesanan mesej itu.

<017-7773456> Saya kekasih Neal! Orang yang Neal sayang dan cinta selama ini.

Lagilah bertambah terkejut membaca balasan mesej itu..

orang yang Neal sayang dan cinta? Hey Neal cuma sayang dan cintakan saya seorang, sebab saya isterinya.

<017-7773456> Kau yang dia sayang dan cinta? Hey perempuan jangan perasanlah…

Apa maksud awak? Mana awak dapat no saya ni?

<017-7773456> Kalau kau nak faham yang aku maksudkan, apa kata kita jumpa, dan aku nak kau sedar siapa diri kau di mata Neal. Jangan jadi minah perasan.. mana aku dapat no kau, tu tak penting.

Pedihnya mata membaca mesej-mesej yang dibalas oleh insan yang tak dikenali itu, pandangannya sudah kabur dek kerana air mata yang bertakung yang menanti bila-bila masa sahaja hendak tumpah.

Nak jumpa kat mana? Saya tak kenal awak, macam mana saya nak tau itu awak.??

<017-7773456> Jumpa dekat Restoran Anjung Citra jam 3 pm ni, jangan risau aku kenal kau..

Dia kenal aku? Siapa dia sebenarnya? Kenapa abang tak pernah cerita apa-apa tentang dia kepada aku?? Sampai hati abang, buat Suci macam ni… dia teresak pilu, terasa seperti dikhianati..

Jangan fikir bukan-bukan Suci, entah-entah perempuan tu sengaja nak duga kau kot, jangan menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar, pujuk hati kecilnya.

Ya…! Aku tak boleh terus percayakan mesej-mesej tu.. pantas air mata yang gugur dipipinya di kesat perlahan, isk kang menangis banyak-banyak bengkak pula mata ni waktu jumpa orang tu, aku tak mahu dipandang lemah, rapuh dan goyah, menerima apa sahaja tanpa sedikit menentang…

Adeyys sakit kepala ni datang lagi, dia mengurut-ngurut perlahan kepalanya, tulah banyak sangat fikir, kan dah datang balik sakitnya, alah apa susah, active fast kan ada.. esok keputusan ujian kesihatan tu, mintak-mintak takda apa-apalah… doanya dalam hati…

Akhir-akhir ni dia memang sering sangat diserang sakit kepala yang melampau, hingga kadang dia tak mampu menahannya, akibatnya seringkali dia menelan empat biji active fast sekali gus..memang tak elok untuk kesihatan mengambil ubatan tanpa nasihat doktor.. tapi itu yang paling jimat kosnya..

***************

Razaleigh Azneal termenung didalam pejabatnya, entah kenapa lewat ini makin kerap wajah isterinya itu terlayar di mindanya, mengganggu waktu tenangnya. Ah… kenapa kadang-kadang aku rasa terlalu sayangkan kau, tapi kadang-kadang aku terlalu bencikan kau..

Mungkin….. tingkah perlakuan kau, saling tak tumpah seperti dia.. kenapa kau mampu menggegarkan hati dan kenapa kau juga mampu mengeraskan hatiku sehingga kadang-kadang aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Kenapa kau mesti kadang-kadang suka minum Nescafe tanpa gula? Kenapa aku sering nampak bayang-bayang dia dalam diri kau…kenapa??

Dia meraup wajahnya berkali-kali, ah dia masa laluku, dan Suci masa kiniku, dia tak sepatutnya terlibat dengan masa laluku… tapi…entahlah aku buntu..

*******************

Nilah tempatnya… ya.. tempat yang akan merungkaikan segala tanda tanya.. Suci Nur Qaseh melangkah perlahan memasuki ruang Restoran Anjung Citra… dipandang ke arah sekeliling mencari kalau-kalau ada wajah yang di kenali berada di situ…tapi tiada nampaknya…

“Cik…” dirinya disapa oleh seorang pelayan restoran itu, pantas dia menoleh…

“Ye?” dia bertanya..

“Teman cik di sana…” Kata pelayan itu dan menyebabkan dia mengikut atur langkah pelayan tu.

Dirinya kini menghampiri seorang wanita yang berkaca mata hitam..

“Silakan duduk cik…” ujar pelayan itu.

Beberapa ketika hanya suasana bisu menjadi peneman mereka, Suci macam tak percaya, wanita di hadapannya seolah pantulan wajahnya dari cermin, hampir serupa, sama…

“Cik berdua nak order apa..?” pelayan itu bertanya teragak-agak.

“Bagi Nescafe O suam, kurang manis..” jawab mereka serentak.. isk peliknya..

Situasi yang menjanggalkan bagi Suci, udara sekeliling terasa kaku dan melemaskan…

“So… cik…?”

“Panggil I Suria, Suria Lestari…” jawab wanita dihadapannya ringkas.

“Awak nak bagitau apa kat saya?” Suci bertanya terus, malas bermukadimah mengatur bicara berbunga-bunga, straight to the point lagi cepat.

“ I rasa I tak perlu bagi tau kat you pun you dah tau kan?, Neal tu bukan cintakan you, dia datang kepada you sebab you seiras macam I, dan kelakuan kita pun hampir sama, contohnya waktu kita nak order tadi, padahal tak dirancang bukan??” panjang lebar jawapan Suria.

“Lagipun 5 tahun hubungan kami, mana mungkin semudah itu untuk Neal dapat melupakan I, ..”

“Then kenapa you tinggalkan Neal kalau you betul-betul sayangkan dia?” Suci bertanya

“Dulu I ingat mampu hidup sendiri tanpa dia, tapi I silap, 5 tahun tempoh perkenalan banyak pahit manis kami lalui bersama..now I nak you pulangkan hak I..dia milik I” tegas suara Suria..

Suci tergamam mendengar pemintaan itu, mana mungkin aku memberikan suamiku pada orang lain, dia bukannya barang dagangan.

“Kenapa Suria tak jumpa Neal dan bincangkan masalah kalian ni? Kenapa mesti libatkan saya? Saya tak kisah kalau sekiranya Neal sudi terima awak kembali, dalam kata lain, saya tak kisah berkongsi…” akhirnya jawapan itu yang keluar dari bibirnya.

“Masalahnya aku kisah…” pantas dan agak memeranjatkan bicara yang terlahir dari mulut Suria.

“So sebelum kalian punya anak, dan keadaan bertambah rumit, aku nak kau tinggalkan Neal..” Berubah rentak bahasanya dari you dan I kepada aku dan kau…

“Kalau saya taknak??” Suci cuba bertarik tali.

“Kau akan tau akibatnya…” bernada keras kali ini bicara yang terlahir dari Suria.

Suci tersentak dari lamunannya bila terasa bahunya di tepuk lembut oleh seorang jururawat hospital itu, memecahkan terus ingatannya kepada detik-detik pertemuan dia dengan Suria semalam.

“Maaf kan saya cik, Doctor Finola ingin berjumpa dengan cik…”

*************

“You nak apa lagi jumpa I ni? Hubungan kita dah habis semenjak you tinggalkan I hari.. finish! Over! Ok… jangan ganggu hidup I lagi, I dah bahagia dengan family I …” Kasar sungguh suara Razaleigh Azneal hingga membuatkn Suria Lestari tersentak..

“ Bahagia you kata, hey kalau bahagia kenapa pilih perempuan yang iras I sebagai isteri you? Jangan tipulah, I tau you takkan semudah itu buang I dari hidup you kan??” yakin sekali nada Suria.

“Hey you ingat you tu bernilai sangat ke untuk belai you sampai bila-bila, bagi I kita tak pernah ada apa-apa lagi semenjak you berambus hari tu.. you dekat hati I dah lama berkubur..dah mati…!!” tengking Azneal kuat sambil menunjuk ke arah dadanya.

“Lagipun I dah ada Suci, wanita yang seribu kali lebih baik dari you..” sambungnya lagi, memang sakit bila cinta tak dihargai dan bertambah sakit bila orang yang membuang kita datang kembali mengutip kita seolah kita ni hanya barangan yang boleh disorong tarik tanpa nilai dan perasaan..

“Neal, I tak boleh lupakan you, lagi pun I dah bincang dengan Suci, dan dia sanggup berundur,” lain yang Suci beritahu lain pula yang disampaikan.

“Wha…what…!! You jumpa Suci..? kenapa you nak libatkan Suci sedangkan ni cuma masalah kita berdua?” sabarnya hilang sudah kini, marahnya makin menyala meluap-luap, tak sangka Suria sanggup bertindak hingga ke tahap itu.

“You listen here cik Suria Lestari, walaupun seribu kali you merayu kepada I untuk terima you balik, I tetap takkan terima you, never! Pintu hati I dah tertutup untuk you.. you boleh keluar dari my office dan jangan sesekali tunjukkan muka you kat sini, get out…!” Dia betul-betul marah, hilang sabar.

Bertahun dulu kau ada peluang tapi kau tolak peluang tu demi kehendak kau yang tak terbendung, kini bila peluang untuk kau telah tertutup kau merayu untuk diberikan satu peluang lagi, hidup bukannya sentiasa punya peluang… bisik hati kecilnya.

***************

Dia menoleh untuk terakhir kalinya pada kondominium yang banyak mencatatkan kenangan cintanya itu.

Selamat tinggal semua kenangan.. aku perlu berlalu, menagih kasih pada yang tak sudi buatkan diriku terlalu letih, menagih cinta kepada yang tak rela membuatkan aku terlalu lelah.

Segalanya ditinggalkan dirumah mewah itu, dia hanya membawa apa yang sebenar-benarnya adalah hak milik mutlaknya. Cuma…. Sebentuk cincin pernikahan di jari manisnya itu tak mampu dirungkaikan dari jarinya, kalau boleh dia mahu bersama cincin itu sehingga akhir hayatnya, lambang sebuah ikatan suci yang pernah terpateri.

Minggu yang terlalu melelahkan buat dirinya… diganggu dengan kemunculan Suria, diikuti pula dengan berita duka yang diterimanya semalam membuat dia mengambil keputusan untuk berundur, walaupun hakikatnya dia terlalu cintakan lelaki itu.

“Selamat tinggal abang, biarlah Suci pergi andai kehadiran Suci tak diperlukan, Suci faham kini, Suci Cuma pengganti abang untuk mengubati kerinduan pada Suria, sepatutnya Suci kena sedar dari dulu lagi, Cuma Suci memang tak sedar diri, terhegeh-hegeh pada abang.” Bisiknya perlahan.

Kakinya di atur kearah sebuah teksi yang sedari tadi sedia menanti, aku akan pergi, jauh dari semua, biar aku tanggung derita ini sampai aku menutup mataku… tekad hatinya.

Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal cinta, selamat tinggal segalanya….

*****************

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya, terasa kemas daripada biasa, mungkin Suci balik dan kemaskan agaknya.. dia melangkah pula ke ruang dapur, melihat lauk yang telah siap di masak tersimpan elok di bawah tudung saji, kecur liurnya, perut terasa lapar tiba-tiba…

Usai makan Razaleigh Azneal tercari-cari kelibat Suci, mana pulak dia ni.. semua bilik telah diintai tapi orangnya tiada..Dia pelik… tiba-tiba matanya terpandang sekeping kertas berlipat elok terdapat di atas meja telefon.. pantas kertas itu dicapai, dibuka rakus lipatannya, tak sabar ingin mengetahui isinya…

Assalamualaikum suamiku, kekasih hati, maafkan Suci andai surat ini mengganggu hidup abang, tapi Suci janji ni yang terakhir, Suci sedar, Suci bukan siapa-siapa pada abang, sejak awal-awal lagi Suci dah rasa kelainan hubungan kita, tak seperti pasangan lain, kita dekat tapi sentiasa jauh… Suci sedar dan Suci juga faham, Suci cuma pengganti dalam hidup abang.. jadi sebelum abang membuang Suci, biarlah Suci undur diri dengan sendirinya, Suci kembalikan segala milik abang, Suci pulangkan semua, cuma Suci minta izin pada abang benarkan cincin pernikahan kita terus melekat di jari manis ini sebab Suci tak mampu nak tanggalkannya, Suci kembalikan abang pada Suria sebagaimana kehendak dia, dan Suci tahu abang akan lebih bahagia bersama Suria, kekasih yang paling abang cinta dan sayangi.

Dari kejauhan Suci titipkan doa abang bahagia selamanya dalam hidup abang, pemergian Suci ni tak perlulah abang jejaki atau kesali. Maafkan segala silap dan salah Suci sepanjang kita bersama, halalkan segala yang abang telah beri pada Suci selama ini…

Sayang, Rindu, Kasih dan Cinta selamanya dari:

Suci Nur Qaseh…

Sept 10,2009.

Menggigil tangannya seusai habis membaca isi surat itu, tubuhnya di hempas lemah pada sofa, ya ALLAH, Suci kenapa bertindak melulu macam ni, kenapa taknak bincang dulu dengan abang… Razaleigh Azneal mengeluh hampa.. terasa kehilangan bila telah tiada di sisi sedangkan sebelum ini jarang kelibat wanita itu dihargai.

Ah……. Dia mesti masih ada dekat-dekat sini, aku kena cari dia.. pantas kunci kereta dicapainya, dia percaya Suci masih ada berdekatan sini… yakin hatinya.

**************

Suci termenung bersandar di birai tingkap, tak sedar berapa lama dia di situ, kerinduan yang semakin menyala terutama semenjak disahkan hamil.. Dia mengusap perlahan perutnya yang semakin membuncit. Sedar tak sedar 3 bulan telah berlalu bererti kandungannya kini menginjak ke 5 bulan, dia tersenyum pahit. Anak ini tak bersalah, tak perlu aku pisahkan pada ayahnya, bisiknya perlahan. Satu masa nanti, bila tiba waktunya aku akan pulangkan kembali anak ini pada ayahnya, sebab aku tahu aku sendiri tak akan mampu menjaganya sendiri.

Malam tadi aku mimpikan dia lagi, Suci mengeluh.. melepaskan hembusan nafas berat, Ya ALLAH kenapa semakin aku cuba nak melupakan dia semakin menyala-nyala ingatan aku pada dia, semakin aku menjauhkan diri ini daripadanya, aku semakin rasa dia sentiasa berada dekat dihatiku. Adakah dia memang tercipta untukku? Adakah dia juga merasakan apa yang aku rasa??? Ah jangan perasan lah Suci, kau tu cuma hanya pengganti, hanya PENGGANTI!!!, kau kena ingat tu, kalau betul kau tu begitu penting buat dia, mesti dia akan berusaha cari kau sampai dapat, lagipun buat apa dia cari kau lagi, sedangkan si Suria kekasih hatinya telah kembali, kau kena sedar diri kau tu Suci.. bisik hati kecilnya

Ye…! Aku kena sedar diri ini, aku tak boleh terlalu perasan yang dia juga ada perasaan padaku.. Aku kena lupakan dia, tak perlu ingatkan dia… apa yang penting sekarang jaga kandungan ni, dan lahirkan anak ini dengan selamat.. tekadnya.

************

Jambang yang tumbuh meliar di wajahnya sudah cukup menceritakan derita beban penanggungan jiwanya kini, segalanya di buat serba tak kena, Razaleigh Azneal begitu buntu, puas mencari jejak isterinya itu, tapi sedikit tanda pun tak ditemui. Betul kata orang, kita hanya akan berasa sesuatu yang kita anggap tak bererti itu terlalu bererti bila ia sudah menghilang tiada di sisi..

Ya ALLAH, di mana kau Suci, Abang terlalu merindui kamu, terlalu risaukanmu… kenapalah abang terlalu ego, tak pernah pedulikan perasaan Suci, abang hanya fikirkan tentang diri abang, abang memang pentingkan diri.. tapi sekarang abang sedar, Suci yang berada dalam diri abang, bukan Suria, Suci yang abang cinta bukannya Suria lagi.

Ya ALLAH andai aku diberikan satu peluang lagi, izinkan aku menemui insan kesayanganku dan memberikan dia sebuah bahagia, Ya ALLAH aku tahu kau mendengar pintaku ini. Doa hatinya.

“Kamu dah cari si Suci tu Neal?” tiba-tiba suara Hajah Marsyitah yang entah dari mana munculnya menegeur.

Dia menoleh, melepaskan keluhan berat sebelum menjawab pertanyaan mamanya itu.

“Entahlah mama, Neal tak tau nak cari mana lagi, dah buntu dah rasanya.. semua tempat dah cari tapi tak juga jumpa..” dia menjawab lemah.

“Cuba kamu ingat-ingat balik mana tempat yang Suci suka pergi atau selalu pergi?”

“Setahu Neal, Suci selalu balik rumah arwah mak ayah dia kalau Neal keluar outstation.”

“Kamu ada jenguk dia kat rumah arwah mak ayah dia?” Soal Haji Redha tiba-tiba menyampuk.

“Saya tak tau mana rumahnya papa, yang saya tau rumahnya dekat Hulu Selangor..”

“ Kamu ni, isteri sendiri pun tak tau tinggal mana, patut sangatlah isteri kamu tu tinggalkan kamu, kamu langsung tak ambil berat pasal dia.. keciklah hati dia…hey tak fahamlah papa dengan kamu ni…” Haji Redha membebel.

“Papa, anak kita tengah serabut tu, papa janganlah tambah lagi serabut dia, sekarang ni bukan masa untuk papa marah dan salahkan dia, sekarang ni kita kena fikir mana nak cari si Suci tu, sihat ke dia, hidup ke dia, makan ke tidak dia…” Hajah Marsyitah menegur.

“Ha…!” Tiba-tiba dia menjerit, menyebabkan kedua orang tuanya terjerit.

“Ha.. kamu ni kenapa Neal terjerit-jerit tiba-tiba, terkejut mama dan papa..”

“Neal rasa Neal ada simpan salinan ic Suci, kat situ ada alamat rumah Suci..” Wajahnya tiba-tiba berbunga harapan. Mungkin pencariannya akan bertemu titik noktahnya hari ni

“ Ha kalau gitu mana ? boleh kita cari dia hari ni, cepat cari cari cepat jumpa, cepat jumpa cepatlah settle masalah kamu tu… mama dah tak larat nak tengok kamu angau semacam jea…”

*****************

Suci mengurut-ngurut perlahan-lahan pinggangnya yang sengal, kandungan yang semakin membesar membuatkan dia sering mengalami sakit pinggang. Aduyy anak ibu, kenapa nakal sangat ni sayang… tak kesian ke pada ibu.. dia berbisik perlahan sambil mengusap perutnya yang terasa sedikit senak… begitulah yang dilakukan bila sikecilnya mula menendang…

Masa berlalu terlalu cepat rasanya.. Suci mengeluh, sehingga kini dia masih tak mampu melupakan suaminya, bahkan semakin hari kerinduannya semakin menyala-nyala menekan jiwanya.. Hari ini dirasakan terlalu meluap-luap rindunya.. dia tak tahu kenapa. Air mata terasa bertakung tiba-tiba di tubir mata, bila masa akan gugur membasahi pipinya.. Wahai angin tolong sampaikan salam penuh kerinduanku pada sidia, moga dia sentiasa mendengar bisikan cintaku ini..

“Assalamualaikum…” terdengar nada memberi salam dari luar, membuatkan dia tersentak, pantas air matanya yang hampir gugur diseka, perlahan-lahan dia bangun dalam sukar, menilik sepintas lalu penampilannya di cermin. Siapa pulak yang datang ni.. selama aku di sini belum pernah ada tetamu.. isk makcik jual jamu ke?? Dia tertanya-tanya…

Tombol pintu utama dibukanya..

“Waalaikumussa….” Jawapan salam mati di pertengahan, lidahnya terkaku kelu.. apabila mata melihat gerangan tetamu yang bertandang.. Ya ALLAH aku bermimpikah atau apa??? Serentak dia rasa pandangannya gelap dan tubuhnya melayang terjatuh longlai tapi belum sempat menyembah tanah dia disambut… Selepas itu dia langsung tak ingat apa-apa.

***************

Epilog

Anak kecil yang berlari-lari kearahnya dipandang mesra, dia tunduk menanti si kecil itu ke dalam dakapannya.. Neal tersenyum.. Qaseh Nur Cinta permata yang berusia tiga tahun ini satu-satunya peninggalan arwah isterinya. Sedar tak sedar 3 tahun sudah berlalu dan 3 tahun jugalah Suci meninggalkan dia membesarkan Cinta seorang diri..

3 tahun lalu….

“Abang…” perlahan suara yang keluar dari mulut isterinya..

“Ye sayang?...” jemari isterinya masih tak lepas dari genggaman tangannya..

“Suci minta maaf, halalkan makan minum Suci.. Suci banyak susahkan abang, risaukan abang, Suci tau Suci dah tak lama.. kalau Suci dah tak da abang…” tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Razaleigh Azneal telah meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.

“Syyy…apa sayang mengarut ni.. sayang akan selamat sihat seperti dulu..” Sangkanya Suci kata begitu sebab kerisauan mahu melahirkan anak mereka, tapi rupanya Suci menyembunyikan sesuatu…dan itu yang di kesalkan hingga kini..

2 minggu Suci koma selepas melahirkan Cinta, akhirnya isterinya pergi juga selepas sekian lama melawan penyakit barah otaknya… Betapa hancur luluh hatinya tika itu, belum sempat dia menebus segala silapnya, isterinya itu terlebih dahulu pergi meninggalkannya..Cintalah pemberi semangatnya dan kerana itulah juga anak itu diberi nama Qaseh Nur Cinta, sebagai bukti cahaya cinta isterinya padanya.

Terasa ada air hangat mengalir dipipinya.

“Ayah nangis?” tanya si kecil yang belum faham apa-apa itu memecahkan terus lamunan panjangnya.

Dia menggeleng-geleng pantas, “ Tak mata ayah masuk abuk sayang..” Dia berdalih, dia tak mahu anaknya itu tahu lara hati yang ditanggungnya kini.

“ayah kate nak bawah Cinta gi playground?” si kecil menuntut janji..

Dia menepuk dahi, hampir terlupa dengan janjinya..

“ Kiss ayah dulu, baru ayah bawa cinta gi..” katanya sambil menyuakan pipi.

Dan si kecil itu dengan senang hati mengucup pipinya, siap kiri kanan lagi..

Razaleigh Azneal tersenyum bahagia.. Terima kasih sayang hadiahkan abang permata hati secomel Cinta, abang akan jaga Cinta selagi ada hayat abang ni, abang doakan Suci tenang dan damai disana…

Monday, September 21, 2009

Cerpen : Cinta Itu Ketulusan Hati




Syyy... minah tu datang... terdengar suara bisikan, suasana hingar bingar dalam kelas hilang seketika, semua mata menuju ke arahnya tetapi dia tetap buat endah tak endah..

Ah pedulilah... aku bukannya kacau diorang pun, Seri Ayu Arlissa membebel dalam hati.

"Apa ke hal le nerdy girl tu, skirt kuning baju merah pastu kasut merah kuning dah akan-akan macam badut kat McD jea.. agak-agaknya dia couple dengan badut tu kot" kedengaran suara-suara sumbang mengutuknya di susuli gelak tawa besar dari mereka.

Dia dah lali sebenarnya dengan kutukan begitu, biarlah nanti mereka sudah penat mereka diamlah tu. Cermin mata berbingkai besar dibetul letak duduknya setelah dirasa agak melonggar ke pangkal hidung. Old skool! heh tapi dia suka sebabnya biarlah dia sendiri yang tahu..hehehe..


***********


"Apa kenalah anak daddy ni sebenarnya? kadang-kadang daddy tak fahamlah dengan perangai Lissa ni tau" Tengku Lutfi meleteri anak gadis tunggalnya.

"Ala daddy, Lissa selesa begini, lagi pun Lissa cuma pakai gitu waktu kat kolej jea, sebab Lissa nak duga budak-budak tu, dorang kawan dengan Lissa sebab diri Lissa sendiri ke atau sebaliknya" panjang lebar dia menjawab.

Tengku Lutfi hanya menggelengkan kepalanya tak tahu nak cakap apa lagi dah.. Siapa tak pening tengok anak gadis yang selama ni pandai bergaya berubah laku jadi selekeh macam budak tak cukup akal pun ada juga.. Adeyyy anak aku ni la kan.. dia mengeluh dalam hati. Sungguh kadang-kadang dia tak faham langsung perangai anaknya yang satu ni, nakal dan suka sangat menduga, agaknya terikut perangai bondanya lah tu. Nasib baik satu jea anak aku yang perangai macam ni.


**********


Seri Ayu Arlissa, comel namanya tapi sayang orangnya tak secomel namanya. Syed Aris Adrian mengeluh. Pertama kali mendengar nama itu dia rasa dia dah jatuh cinta, tapi bila bersua dengan pemilik nama tu dia rasa macam dah putus cinta.. Aduuuyy kenapalah mesti kau nerdy girl, yang punya nama seindah itu. Dia mengeluh dan terus mengeluh lagi.



Bukkkk!! terasa tubuhnya dilanggar serentak dengan itu dia terloncat-loncat kesakitan bila terasa kakinya di hentak sesuatu.

Ouchh.... dia terloncat-loncat... sakit!! apa taknya buku setebal encyclopedia yang menghempap kakinya..

Kemarahan menggelegak naik ke otak.. dah la aku tengah kecewa ni.. siap kau..

"Oitt buta ke apa hah? jalan mata taruk mana weh? melengking suaranya, marah yang terkumpul terlepas..

"Sorry, saya... saya....."

"Apa saya saya? kau gagap ke hah?"

"Err saya tak sengaja lar..." suara itu menjawab.

Syed Aris Adrian yang sedang tunduk mengurut kakinya mengangkat wajahnya perlahan bila terdengar suara lembut yang sedikit menggeletar macam budak nak menangis..

Terbuntang biji matanya.. Nerdy girl... macam tau-tau jea tengah fikir pasal kau.

Ditilik segenap wajah gadis di hadapannya, hurm.. cantik gak nerdy girl.. desis hatinya

Wajah Arlissa kemerah-merahan akibat ditenung sebegitu, pantas dia tunduk mengutip bukunya yang bertaburan dan pecutttt... larii...

Apahal lar mamat tu pandang aku gi tu? aku tak cukup mata ke? ke hidung aku takda? pantas dia meraba-raba wajahnya.. cukup semuanya Alhamdulillah.

Langkah kakinya di atur menuju ke kelas, boringnya kelas Law ni.. adeyss malas betul.. Pintu di tolak kuat, tapi......... sesuatu yang tak dijangka berlaku..

burss....!! habis mukanya dan seluruh tubuhnya kena simbah dengan tepung yang dicampur air dan diletakkan diatas pintu.. Arlissa tergamam…apakah ini..

mangkuk punya manusia…!! sumpah Arlissa dalam hati..



Entah siapa punya kerja.. Kelas menjadi gamat, dia ditertawakan... Rasa macam dirinya seorang badut sarkas yang sedang buat lawak tahap antarabangsa. Wajahnya memerah.

Lissa awak ok? tiba-tiba dia ditegur seseorang dari arah belakang, lembut suara itu, pantas dia menoleh. Arlissa hanya menggeleng.

"Mari". tangannya ditarik lembut,

"Biar saya tolong bersihkan awak" Nini Nahlia, rakan sekelasnya yang agak kampung sikit gayanya tapi orangnya baik hati...

"Kesian awak, awak banyak-banyak sabar ye wak, mereka tu memang gitu suka sangat buli orang" lembut suara gadis itu memberi nasihat, sambil jari-jemarinya ligat membersihkan rambut Arlissa yang dah bertukar putih akibat terpalit dek tepung-tepung itu tadi.

Ini pertama kali Arlissa berborak dengan gadis itu, biasanya hanya senyum jea yang menjadi bicara antara mereka jika berselisih.

"Thanks ya sebab tolong saya, sebab saya. awak terponteng kelas Law hari ni"

"takpa, saya pun memang tak berniat nak pergi kelas Law tu... boringlah.." Nini Nahlia menjawab sambil tersengih nakal.

"Ler.. sama la, saya pun tak suka kelas law pun" hehehe.... ada geng la aku lepas ni..

***********

Peristiwa siang tadi masih tergambar di ruang matanya. Adui kenapalah aku asyik teringatkan nerdy girl tu.. aku angau ke apa? hisy takkan lar mamat kacak macam aku ni ley terjatuh cinta dengan dak nerd tu.. arghh apa barang…! hatinya penuh ego menafikan

Tapikan kalau tengok dari dekat comey gak minah tu, ala zaman sekarang touch up sikit sure yang tak lawa jadi lawa.

Ah asyik teringatkan minah tu jea macam aku tak ada keja lain nak dibuat…pantas dia bangun capai kunci kereta yang terdapat di atas meja belajarnya dan berlalu.

Keluar lepak lagi best dari ingat dak nerd tu…

************

Arlisa tersenyum-senyum sendirian dalam kamarnya, peristiwa siang tadi mencuit hatinya, takpa hari ni hari korang, hari esok pon hari korang gak tapi tunggulah hari aku nanti korang akan tahu siapa aku… tapi ada hikmahnya peristiwa tu sebab dia dapat satu kawan baru.

Comel gak budak tu walaupun kampung girl, tapi takpa yang penting hati mau ikhlas ma...bisik hati kecilnya

Eh..eh jups siang tadi aku terlanggar satu mamat.. hurm ensem gak mamat tu tapi yang musykilnya apahal dia tenung muka aku lepas dia marah? pelik betul...

“Lissa…” terdengar namanya diseru, mematikan terus lamunannya.

Dia menoleh bila merasakan ada seseorang menghampirinya. Pantas bibirnya melebar senyum.

“Ada apa bonda?” lembut dia bertanya sambil matanya tak jemu-jemu merenung wajah wanita kesayangannya, lagipun dia pernah terbaca didalam sebuah buku agama, dia dah terlupa apa tajuk buku tu dan siapa penulisnya, menyatakan bahawa kalau kita merenung wajah bonda kita, kita akan dapat pahala, begitulah tingginya martabat seorang bonda, renung mukanya sahaja dah dapat pahala. Ah sempat lagi aku mengelamun…citt!

“Next week daddy dan bonda ingat nak buat majlis doa selamat dan makan-makan sikit, lagi pun next week kan hari ulang tahun perkahwinan daddy dan bonda yang ke 30, nanti Lissa ajaklah kawan-kawan Lissa datang ya?”

“Tengoklah bonda, Lissa mana ramai kawan kat kolej tu” Arlissa menjawab malas

“Lagi satu sebelum bonda lupa, Along dan angah Lissa pun balik next week, mereka dah janji nak raikan ulang tahun perkahwinan bonda dan daddy”

“Ha… sebelum bonda terlupa, bonda tak mau Lissa pakai pelik-pelik macam Lissa selalu buat waktu nak pergi kolej tu, memalukan bonda jea tau..”

“Yes bonda Lissa janji takkan pakai pelik-pelik,” janjinya sambil tangannya diletakkan di dahi laksana sedang membuat tabik hormat.

“Ouch sakitlah bonda,” terjerit dia bila pipinya di cubit

“Padan muka, bonda cakap betul-betul Lissa main-main lagi”

“oklah bonda nak masuk tido ni.. good night sayang” dahinya dikucup dan Arlissa membalas dengan mengucup tangan bondanya.

“Good night t0o bonda, assalamualaikum”

“waalaikumussalam wbt” lampu bilik dipadamkan


********************

Nini Nahlia berjalan perlahan-lahan melewati kawasan taman menuju ke dewan kuliahnya. Tiba –tiba dirinya ditegur dari arah belakang,

“Hai cik adik sorang je ke” terdengar suara garau menyapanya pantas dirinya menoleh, terkejut nyaris tercium wajah pemilik suara garau itu yang dirasakan terlalu hampir.

“Johan, apa awak nak ni?” siapa tak kenal Johan Johari, anak kepada Dato’ Jamil Johari. Pelajar nakal yang selalu membuat onar tapi tak dapat diambil apa-apa tindakan oleh lembaga disiplin sebab bapanya antara pemegang saham terbesar di kolej mereka.

“Budak kampung ni mesti barang baik ni bos” terdengar suara yang lain pula menyampuk.

“Saya hanya nak temankan cik adik jea, bahaya seorang gadis berjalan sorang-sorang, kena culik nanti siapa susah? Mereka dan keluarga mereka juga” serentak habis bicara lelaki itu, ketawa besar meletus antara mereka .

Wajah Nini Nahlia dah bertukar pucat. Ya ALLAH tolong lah hambamu. Dia cuba menjarakkan tubuhnya dari Johan tapi tangannya pantas disambar.

Dia meronta-ronta, tapi tetap tak dapat melepaskan diri. Dahla kawasan ni sunyi, kalau aku jerit pun entah ada yang dengar atau tak.. Aduii macam mana ni. Dalam keadaan genting begitu, kakinya entah macam mana lebih pantas dari akalnya memijak kaki Johan, Kebetulan hari ni dia memakai kasut tumit tinggi, sebab ada presentation nanti. Johan terhencut mengaduh kesakitan,

“Kurang ajar kau perempuan”, serentak tangannya melayang mengenai pipi Nini Nahlia.

“Kau yang paksa aku berkasar, dasar perempuan kampung” Nini Nahlia terjelepok ke atas rumput, pandangan berpinar dan terasa sesuatu yang hangat mengalir di bibir dan hidungnya.

Johan pantas menolak tubuh Nini Nahlia, terlentang gadis itu, pantas ditindih tubuh gadis itu. Nini Nahlia tak berdaya melawan, hanya mampu memejamkan mata tak sanggup memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini.

“Johan apa yang kau buat ni hah, oh God kurang ajar kau..!” serentak tubuh Johan ditolak kasar. Syed Aris Adrian yang tak tahu dari mana munculnya merenung garang wajah Johan.

“Kau tak malu ke hah? Buat benda gitu pada seorang yang lemah, kau ni memang hampas punya jantan lar” Bengangnya sampai tahap maksimum. Johan merenung tajam wajah Adrian

“Wei mat gua tak kacau lu yang lu kecoh apa hal? Nak tunjuk hero la tu”

“Baik kau blah sebelum kaki aku naik kat muka kau…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya Johan dah meluru ke arahnya. Apa lagi bergelutlah mereka, tapi Adrian bukan calang-calang orangnya, dia pemegang tali pinggang hitam dalam taekwondo.

Akhirnya Johan terlentang dengan hidung berdarah

“Ini untuk perempuan yang engkau belasah tadi” kata Adrian sambil berdiri.

“Awak tak apa-apa?” dia menghampiri Nini Nahlia pantas tangan dihulurkan untuk membantu gadis itu. Mari saya bawa awak ke klinik.

“Nini…” Ya ALLAH apa yang terjadi ni? Arlissa yang entah dari mana munculnya terkejut melihat wajah pucat Nini Nahlia. Pantas tangannya mengeluarkan tisu yang sentiasa ada didalam handbagnya, dilap perlahan pada hidung dan bibir Nini.

“Apa yang terjadi sebenarnya ni” matanya beralih kepada Adrian inginkan penjelasan.

“Panjang ceritanya…apa kata kita bawak kawan awak ke klinik dulu..”

*****************

Peristiwa itu bagaikan sesuatu hikmah bagi mereka, Hubungan mereka bertiga menjadi rapat seperti ada keserasian antara mereka . Tapi mereka tetap tak dapat lari dari kutukan-kutukan insan-insan yang tak pernah senang melihat orang lain gembira. Siapa tak pelik meihat seorang mamat kacak dikelilingi oleh 2 gadis yang sorang nerd gila skema, dan seorang lagi minah kampung yang 24 jam pakai baju kurung.

“Ad, Nini, ahad ni rumah Lissa ada makan-makan sikit jadi Lissa jemput korang datang ek” Arlissa tiba-tiba teringatkan pesan bondanya. Tika itu mereka bertiga sedang asyik membincangkan pasal projek kumpulan mereka.

“Boleh gak, kebetulan I free ahad tu, nanti bolehlah I kenal dengan keluarga bakal mertua” bersahaja jawapan Adrian, sengaja menyakat gadis itu kononnya tapi dalam hati memang itu niatnya, sebab dia dah jatuh cinta.

Nerdy girl I luv u… jerit hatinya

“Nanti Adrian jemput Nini yea?, pantas dia mengeluarkan bicara cuba menyembunyikan kekalutan hatinya. Memang dia pun ada perasaan pada lelaki itu.


*****************

Hari ini, hari yang paling sibuk buat Arlissa, tak menang tangan melayan tetamu keluarganya, Selepas bacaan doa selamat, mereka mengadakan jamuan menjemput kenalan keluarganya. Arlissa tercari-cari kelibat teman-temannya.

“Mana dorang ni takkan tak datang kot” dia mengomel sendirian. Malam ini dia hanya memakai kebaya potongan bentuk badan warna merah lembut, dan kepalanya pula dililit dengan selendang putih berbunga merah lembut. Nampak ringkas dan ayu. Takda lagi cermin mata berbingkai besar, semuanya dah bertukar pada kanta matanya. Tak sedar ada mata yang memerhatinya dari kejauhan.

Uikk tu nerdy girl ke? Lawanya dia.. Adrian hampir terkaku, matanya tak lepas-lepas memandang gadis itu.

“Adrian cepatlah, kita dah lewat ni, yang awak tercegat-cegat tu kenapa?” Nini Nahlia kehairanan pantas dia memandang arah yang ditenung oleh lelaki itu

Owh patutlah tak lepas pandang, ceh mamat ni.. Nini berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian, berbanding aku dan Lissa, jauh panggang dari api rasanya, ucapnya dalam hati, sungguh semenjak peristiwa Adrian menjadi hero hari itu, ada sesuatu perasaan yang wujud untuk lelaki itu… ah lupakan aje semua tu, tengok dia bahagia dah cukup gembira buat aku, putusnya… langkah kakinya diatur menghampiri Arlissa, sebuah senyuman yang manis di ukirkan pada bibirnya, mencuba menceriakan wajahnya sendiri..

“Lissa…” Dia menoleh, kelihatan Nini Nahlia menghampirinya. “Aik Nini datang sorang jea ke? Mana Adrian”

“Assalamualaikum….Lissa”

Arlissa memusingkan badan kearah suara yang member salam, serentak pandangan mereka bertamu.

“Waalaikumussalam wbt” hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.Lidahnya kaku apabila melihat Adrian berdiri tegak di hadapannya, segak berbaju melayu merah lembut ...

Uii kacaknya dia, macam berjanji jea… sempat lagi hatinya berkata-kata. Hanya pandangan mata yang menjadi penghubung bicara mereka seketika.

“Ehem…. Ehemm…” terdengar deheman dari Nini Nahlia.

“Cis kacau daun lah Nini ni, baru nak feeling”

“Korang kalau nak main tenung-tenung, jeling-jeling, feeling-feeling, ape-ape ke, tu nanti-nantilah dulu..perut Nini dah bergendang ni” Nini Nahlia menayangkan muka selamba sambil menepuk perutnya, sedikit pun tak ada rasa bersalah “mengacau daun" teman-temannya ekekeke….

“Opss lupa, jmputlah makan dulu Nini, Adrian”

*************

Nini Nahlia khusyuk berdiri di beranda rumahnya sambil memeluk tubuh, memerhati tingkah suaminya yang asyik melayan kerenah Puteri Mawar Syuhada yang galak bermain.. sesekali dia tergelak kecil melihat suaminya yang agak mengah melayan kenakalan si kecil itu..

Dia bahagia kini, berada di samping insan-insan yang sangat disayanginya... dia bersyukur dengan kehidupan yang di kurniakan padanya kini..

Beberapa tahun dahulu ada 2 gadis remaja bersama seorang pemuda, bersatu janji, yang apa pun terjadi, berpisah mereka tidak sekali.. ikatan itu suci buat Nini, Adrian dan Arlissa.. Beberapa tahun dahulu ke tiga-tiga remaja itu masih tercari-cari manakah hala tuju hidup mereka dan hari ini mereka semua telah menemuinya walaupun terselit takdir yang perit, mereka tetap redha dan tabah...

Jam di pergelangan di dikerling, di lihat jarumnya menunjukkan 5.30 petang... ah masa untuk mandikan "dia".. kakinya di atur masuk... ada tugas yang menantinya...

**************

Lissa ketawa riang, seronok sekali, dua insan kesayangannya membuat kejutan pada hari lahirnya yang ke 21, inilah sambutan yang paling seronok yang dirasakan sepanjang hayatnya..

"Thanks Adrian, thanks Nini... tak sangka you all susah payah sambut birthday Lissa.. " ucapnya gembira, dengan senyum riang masih tak lekang dari bibirnya...

"Takda apa-apalah Lissa, kita kan kawan, apa terjadi pun tetap kawan sampai akhir hayat...ingat ni ok..." Ujar Nini sambil memeluk tubuh Lissa...

Memang.. semenjak bermacam-macam peristiwa yang dilalui mereka... hubungan persahabatan mereka menjadi erat, orang-orang di sekeliling juga telah sedia maklum tentang persahabatan mereka bertiga, kini tiada lagi yang memandang pelik kepada mereka...

"Lissa... ni untuk you.." ujar Adrian yang sedari tadi memerhati tingkah dua temannya itu, dia menghulurkan sesuatu, yang berbalut cantik..

Lambat-lambat Arlissa mengambilnya...

"Bukalah..." arah lelaki itu...

Arlissa membuka lambat-lambat bungkusan itu... terdapat seutas rantai emas putih berloketkan bentuk hati... cantik... hanya itu yang mampu diungkapkan olehnya hatinya... eh ade sekeping cd terselit sekali di situ...dia memandang kearah Adrian, tertanya-tanya apakah isi cd tersebut...

"Cepatlah pasang... boleh kita tengok sama-sama.." tiba-tiba Nini yang dari tadi memerhati bersuara, tidak sabar ingin melihat kandungan cd tersebut..

Arlissa memandang Adrian dan lelaki itu hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Nini..


Nini Nahlia tersentak tatkala terdengar tangisan Mawar Syuhada, ah terpecah segala lamunannya, habis bertebangan...

"Kenapa tu bang?" dia bertanya pada suaminya..

"Entahlah sayang, mungkin Mawar mahukan ibunya kot..." jawab suaminya sambil menghulurkan anak kecil itu kepadanya.

"Anak mama kenapa ni...." pujuknya pada anak kecil itu... dia menepuk-nepuk perlahan belakang anak kecil itu, sehinggalah anak itu terlentok lena pada bahunya...

Suaminya itu hanya memerhati tindakannya... sebelum berlalu ke tingkat atas...
"Abang nak jengah "dia" kejap..." ujar suaminya.

***********

3 tahun menyulam cinta, mengenali hati budi masing-masing, akhirnya hubungan mereka disambungkan dengan ikatan yang sah, ikatan pernikahan...

Seri Ayu Arlissa tampak begitu sepadan berdiri di sisi Syed Aris Adrian, sama padan sama lawa, ibarat pinang dibelah dua... Nini Nahlia sebagai pengapit tidak kurang cantiknya pada hari itu..

Inilah hari yang ditunggu-tunggu...

"Tahniah Lissa, Adrian, moga kekal ke akhir hayat..." itulah ucapan tahniah yang tak putus-putus diterima daripada tetamu-tetamunya...

Mereka hanya mampu memberi senyuman sebagai jawapan, keletihan melayan tetamu yang ramai...

"Nini, walaupun status aku dan Adrian dah berbeza, aku harap persahabatan kita tetap kekal macam dulu, walau apa pun terjadi..." pohon Arlissa pada sahabat baiknya itu.

"Yup Lissa, aku akan sentiasa seperti dulu dan insyaALLAH aku akan terus jaga persahabatan kita ni... agar tak pincang dan lari rentaknya..." balas Nini Nahlia, memang azam dia begitu... menjaga, dan menyemai persahabatan mereka bertiga..

Lama……… ditatap temannya yang masih lena dalam peraduannya, entahkan bila akan sedar dia sendiri pun tak pasti, tapi yang pasti janjinya masih dipegang utuh seperti apa yang diucap beberapa tahun yang lalu…….

*************

Wajah lelaki itu kelihatan tenang, memerhati si isteri yang masih lagi lena dalam peraduannya.. 2 tahun berlalu, tapi belum ada tanda-tanda isterinya mahu bangun dari lena yang panjang. Dia ingat lagi tarikh keramat itu, kira-kira setahun selepas perkahwinan mereka.. Pagi itu, dia memang tak sempat menghantar isterinya seperti kebiasaannya semenjak 2 minggu lalu kerana kebetulan dia ada mesyuarat penting di pejabatnya, manakala kereta yang biasa digunakan oleh isterinya telah rosak, maka mereka berkongsi kereta dan isterinya kena menghantar dia ke pejabat dulu…

“Kenapa pandang abang macam tu?” dia menyoal, perasan sedari tadi isterinya asyik memandang wajahnya, merenung wajahnya..

Isterinya hanya menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum manis, semenjak berbadan dua, memang isterinya terlalu sensitive, perkara kecil pun kadang-kadang rajuknya memakan hari. Hai apa nak buat, sayang isteri, layan jelah…

“Abang nampak hensem hari ni…ekekeke..” usik isterinya.

“Uikk… selama ni abang tak hensem ke?” dia bertanya, hairan dengan perangai isterinya untuk hari ini, pembawakan budak ke? Isk….isk…isk… tukas hatinya..

“Tak…” selamba isterinya menjawab.

“Uik…” tercengang dia mendengar jawapan isterinya itu, seketika terdengar gelak manja isterinya…

“Owh… nakal, saja nak kenakan abang…” dia bengang, hidung mancung isterinya di tarik, terus bertukar merah warnanya..

“Janganlah…” isterinya menepis tangannya… Nampak manja dan ceria tak seperti hari-hari yang lalu semenjak berbadan dua, pantang di usik sikit mulalah sensitif, dan rajuknya bertandang……

Ah… keluhan nafas berat dilepaskan, andainya ku tahu hari tu punca segala, rela aku hilang duit berjuta, asalkan diri kau tak derita sayangku.. Dia tunduk perlahan, mengusap lembut wajah kesayangannya itu, jari-jemari kaku itu digenggam perlahan, di bawa ke mulut dan dikucup lembut.

“Bangunlah sayangku… anak kita pun dah besar dan rindu belaian ibunya…” dia tunduk, sebak, mengenangkan derita isterinya, lama dia begitu, sehinggalah dia terasa ada tangan mengusap lembut belakangnya, dia menoleh.. berdiri seorang wanita sambil mendukung puterinya, di bibir wanita itu terukir sebuah senyum… luntur segala gundah melihat senyuman wanita itu, pantas dia memeluk tubuh wanita itu bersama anak itu sekali, merekalah sumber kekuatannya kini…

***************

Dia memegang perutnya yang sedang sarat itu, sesekali dia terasa tendangan si kecil dari dalam perutnya.. Aduyy sayang, jangalah nakal sangat, tak kesian ke pada ibu..? dia berbisik perlahan sambil tangannya mengusap-ngusap perutnya yang terasa sedikit senak…

Dia gembira, tanda kasih pada suaminya kini membesar dengan sihat dalam rahimnya malah menanti detik untuk lahir kini… syukur tuhan atas kurniaanMu..

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi minta di jawab… aduyyy mana pulak handfree ni… dia kalut, tangannya menggagau-gagau dalam handbagnya, dalam masa yang sama matanya tidak memberi fokus pada pemanduannya.. dan seorang anak kecil yang entah dari mana munculnya tiba-tiba melintas, dia kalut, dalam cubaan untuk mengelak, keretanya menghentam pembahagi jalan, dan menyebabkan kepalanya terhantuk kuat pada stereng kereta… selepas itu pandangannya terus gelap, dunianya terasa terhenti terus………

Nini Nahlia menangis teresak-esak, dari tadi semenjak dia menerima panggilan telefon dari seseorang mood dia terus berubah , dari ceria menjadi sedih… patutlah semalam kau beria-ria pesan kat aku, patutlah semalam kau terlalu lain, patutlah semalam kau terlalu mesra……

Segalanya berubah dalam sekelip mata, dalam tak dijangka segala bahagia, gembira seolah di ragut pergi bersama sebuah kabar bernada duka…

“Ya ALLAH selamatkan dia, selamatkan dia…. Aku tak mahu kehilangan dia…” doanya dalam hati… air mata yang sedari tadi bergenang akhirnya tumpah mengalir di pipinya…

Masih terngiang-ngiang suara sahabatnya itu semalam…

“Hullo Nini……….” Nada ceria sekali suara Arlissa di talian, membuatkan hatinya turut berbunga riang…

“Lissa, yup, awat ceria sangat? Baby sihat?” dia menyoal..

“Sihat jea Alhamdulillah, ceria sebab dapat bercakap dengan kau…ehehehe, baby makin nakal ler….asyik nak menendang jea, agaknya terkenan dengan WWE yang ayahnya dok layan tu kot….” Sempat lagi berlawak dalam jawapannya…

“Wow, syukur dengar kau sihat, sorrylah aku busy sikit akhir-akhir ni, tak dapat nak call kau kerap sangat macam selalu…errr aku ada kerja ni,anway nanti aku free aku singgah rumah kau ek..?” terburu-buru Nini melayan temannya itu, memang kerja pejabatnya menimbun sedikit…

“Ok Nini see ya, eh lupa nak pesan sikit ni, kalau apa-apa jadi pada aku, aku mintak tolong kau sangat-sangat, tolong tengok-tengokkan Adrian and baby aku ni….”

Lain macam sekali nada suara Arlissa di pendengarannya membuatkan dia terkelu… kenapa pulak si Lissa ni, isy tak sedap hati aku ni, desis hatinya…

“Uikk kau kenapa ni Lissa,tetiba mengarut, takkan ada apa-apa jadi kat kau k,… jangan risau aku sentiasa ada kat sisi kau walau apa pun yang berlaku…”

“yelah, kan aku cakap, “kalau”….”

“Takda “kalau-kalau”…” tegasnya…

“Oklah… buatlah kerja kau tu, aku tak nak ganggu…bye assalamualaikum…” putus Arlissa…

Nini Nahlia hanya mengeleng-geleng kepala, dia meraup wajahnya sambil melepaskan nafas berat… agaknya kau dah jangka benda ni akan terjadi Lissa? Ya ALLAH tolong selamatkan dia…

Memang semenjak kemalangan itu, dia yang menjaga anak temannya itu, anak yang dilahirkan secara pembedahan demi nyawa ibunya dan nyawa anak itu sendiri, dan demi amanah itu, dia rela korbankan segalanya, dialah juga yang memberi semangat pada Syed Aris Adrian… dan akhirnya kini 2 tahun berlalu, Lissa masih tetap kaku, kerana kecederaan di kepala akibat hentakan yang kuat…

*************

Seri Ayu Arlissa… tenang di situ, menghirup udara segar, tempat ini aman, tanpa kesedihan dan sengketa, tempat ini aman tanpa lara dan duka, Cuma……. Tempat ini tiada insan-insan kesayangan aku… dia mengeluh, melepaskan nafas yang sedikit kuat… arhhgg… aku nak balik… agaknya dah berapa lama aku di sini yea?? Dia menyoal pada dirinya sendiri… entah kenapa kerinduan pada insan-insan yang disayangi makin meluap-luap terutama pada hari ini.

“Seri… kamu mahu pulang” tiba-tiba dirinya di soal oleh salah seorang wanita yang selama ini menjaganya sepanjang dia di situ…

“Ye… saya rindukan mereka..” jawabnya perlahan.

“Baguslah… kalau kamu mahu pulang, lagi pun dah lama kamu di sini.. tempat kamu juga bukan di sini” jawab wanita itu.

Dia mengangguk perlahan… selepas itu, dia rasa mengantuk tiba-tiba, dan perlahan-lahan dia terlena…………….

***************

“Abang tolong jaga Mawar sekejap, saya ada kerja sedikit ni…” pinta Nini pada Adrian, memang dia agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja di dapur dan sikecil itu pun sama turut ingin menyibukkan diri juga…

“Uihh anak ayah ni kacau mama pulak ye…babab karang…” Adrian mengambil Mawar dari tangan Nini Nahlia…

Beberapa bulan lalu, setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak, mereka berdua disatukan, memang ini jalan yang terbaik, sementelah Nini terlalu kerap berkunjung menjengan Arlissa dan membantu dia menjaga Mawar, memang mereka tak melakukan apa-apa yang tak elok, tapi pandangan orang lain mungkin berbeza..

“Meh kita jengah ibu…” dia mendukung si kecil ke bilik peraduan ibunya… Memang kebiasaannya begitu, bila ada masa terluang sering dia membawa anaknya itu kebilik Arlissa, mengajar anaknya berbual dengan ibunya.

“Sayang… anak kita dah besar, dah nakal, dah pandai kacau mamanya juga…” dia membisik perlahan, jemari kaku Arlissa di genggamnya perlahan.. diletaknya si kecil itu di birai katil, dibiarkan anak itu bermain-main di situ, dia mahu anak itu kenal siapa ibunya walaupun si kecil itu belum tau apa-apa…

Sayang, bilalah sayang nak bangun ni, sayang tak kesian ke pada abang? Dah lama tunggu sayang bangun, sayang seronok yea usik abang macam ni? Biar abang ternanti-nanti sayang… sampai hati sayang… ada rajuk dalam nadanya kini, memang dia rasa sayu, sebak, sedih segalanya ada…

Jari-jemari yang berada dalam genggamannya terasa bergerak-gerak perlahan membuatkan dia sedikit tersentak… Adrian terkaku, melihat kelopak mata Arlissa bergerak-gerak seolah mahu terbuka.. Ya ALLAh mimpikah aku?? Dia memejamkan mata beberapa kali, seolah tak percaya apa yang terhidang di depan matanya kini. Ya ini benar!! Arlissa dah terjaga, Arlissa dah membuka matanya..

“Ya ALLAH, sayang..” pantas dikucup lembut bebarapa kali jemari Arlissa yang sememangnya sedia ada dalam genggaman tangannya..

************

Nini menolak perlahan-lahan kerusi roda yang diduduki Arlissa menggelilingi Tasik Titiwangsa itu, sudah 2 minggu dia sedar, cuma kakinya belum kuat untuk berjalan, mungkin akibat terlalu lama terlantar sehingga dia perlu belajar berjalan kembali..

Syukur yang teramat, itu yang mampu Nini dan Adrian ungkapkan, sebab Arlissa menerima dengan terbuka pernikahan mereka berdua, dan apa yang paling seronok walaupun dia tak pernah menjaga dan membelai anaknya, Mawar, tapi sikecil itu tetap selamba mahu bemesra dengannya, tidak sedikit pun kekok.

“Lissa thanks sebab sudi terima Nini dalam hidup Lissa dan Adrian..” ucap Nini.

“Lissa yang sepatutnya ucapkan terima kasih kat Nini, yelah sepanjang Lissa koma, Nini yang banyak korbankan masa untuk jaga Lissa, Mawar dan bagi semangat kat abang, kalaulah Nini takda, Lissa tak tau apa yang akan jadi terutama pada abang.. Terima kasih Nini, Ninilah teman Lissa dunia akhirat, lepas ni kalau Lissa dah sihat, Nini bolehlah rehat dan lahirkan baby untuk abang pula…” Berselit gurauan bicaranya kali ini, sempat juga dia mengenyit mata pada suaminya yang sedang mendukung Mawar.

“Lissa ni ke situ pulak dia, ada je nak usik Nini, hisy perangai tak berubah-ubah..” Nini Nahlia pura-pura memasamkan muka..

“Eh eh… marah pulak kita cakap, betulkan apa yang Lissa cakap tu kan bang?

“Yup betul tu sayang, eh Nini nak anak berapa orang yea??” Adrian pun turut sekali mengusik Nini yang semakin memerah wajahnya.

Semoga segala kebahagian sentiasa mengiringi langkah mereka, itulah doa mereka bertiga di dalam hati kini..