“Mana
budak tu Maria?” Soal Wan Nazariel kepada setiausahanya itu ketika melangkah
masuk ke pejabatnya. Tercari-cari akan kelibat Nuriz.
“Entahlah
tadi ada terserempak dengan dia waktu punch
card tadi, mungkin dia keluar breakfast
kut. Ada apa bos cari dia?” Hairan pagi-pagi lagi dah masuk pejabat dengan
muka mencuka, elok muka tu handsome
terus jadi tak handsome kalau macam
tu gayanya.
“Ha..
kalau dia dah ada nanti you suruh dia masuk bilik I, kata I nak jumpa dia.”
“Ok”
Lelaki itu kelihatan pantas mengatur langkah menuju ke biliknya sendiri. Hai mood tak baik lagilah tu nampaknya hari ini. Maria mencapai buku hitam berkulit keras dan sebatang pen yang terletak di atas mejanya lalu langkahnya dipanjangkan menuju ke arah bilik lelaki itu.
Lelaki itu kelihatan pantas mengatur langkah menuju ke biliknya sendiri. Hai mood tak baik lagilah tu nampaknya hari ini. Maria mencapai buku hitam berkulit keras dan sebatang pen yang terletak di atas mejanya lalu langkahnya dipanjangkan menuju ke arah bilik lelaki itu.
Perlahan
diketuknya pintu bilik itu. Hai nilah risikonya bila jadi seorang setiausaha..
kalau boss dalam mood tak baik selalu
saja kena jadi mangsa keadaan. Dia mengeluh sebelum melangkah masuk.
“Hah
yang you pagi-pagi lagi dah tercegat dalam bilik I ni kenapa? Tak ada kerja
lain ke nak buat?” Soal lelaki itu acuh tak acuh sambil wajahnya asyik tunduk mengadap
kertas-kertas yang terdapat di atas mejanya.
Eh
dia ni kenapa pula hari ni? Tak akan pula masih lagi dalam mamai ke apa
pagi-pagi ni.
“Hai boss, kan tercegat dalam bilik you ni kerja I setiap hari? I nikan setiausaha you. Mestilah kena masuk jumpa you pagi-pagi macam biasa. You ni sihat ke tidak ni? Sejak bila pula you jadi seorang pelupa ni?” Apalah dia ni, pagi tadi breakfast semut cicah kopi ke? Sampai jadi pelupa tahap orang tua umur lanjut.
“Hai boss, kan tercegat dalam bilik you ni kerja I setiap hari? I nikan setiausaha you. Mestilah kena masuk jumpa you pagi-pagi macam biasa. You ni sihat ke tidak ni? Sejak bila pula you jadi seorang pelupa ni?” Apalah dia ni, pagi tadi breakfast semut cicah kopi ke? Sampai jadi pelupa tahap orang tua umur lanjut.
“Ha..
ops yalah, isk macam mana I boleh lupa ni. Ha.. hari ni ada apa-apa temujanji
untuk I ke?”
Huh
macam mana aku boleh lupa yang dia ni setiausaha aku. Asyik fikirkan sangat
pasal minah yang sorang tu sampai benda rutin pun aku boleh terlupa. Ceh buat
malu saja dengan Maria.
“Ok boss hari ni you ada dua temujanji, yang pertama jam sebelas pagi nanti dengan Tuan Munir di pejabatnya dan yang kedua jam tiga petang dengan Puan Sita.. itu saja”
“Ok boss hari ni you ada dua temujanji, yang pertama jam sebelas pagi nanti dengan Tuan Munir di pejabatnya dan yang kedua jam tiga petang dengan Puan Sita.. itu saja”
Dia
ni entah dengar entah tidak dengan apa yang aku cakap ni? Rupa macam orang yang
tengah melayang fikirannya jauh entah pergi ke mana-mana sajalah tu. Hai boss
aku yang satu nilahkan. Nak kata angau muka tak macam orang angau saja… Haish.
“Err..
apa tadi yang you cakapkan Maria? Boleh tolong ulang balik tak?”
Grr..
kan aku dah agak dah. Maria mendengus geram.
Dia
mengulangi apa yang dicakapkannya sebentar tadi satu persatu dengan harapan
lelaki itu mendengarkannya untuk kali ini. Kalau terpaksa ulang untuk sekali
lagi juga selepas ini memang dia telah merancang untuk merekodkan terus
suaranya. Habis cerita tak adalah kering air liurnya.
“Boss
dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” Dia menyoal inginkan kepastian.
“I
dengarlah Maria.. Jam 11 pagi dan 3 petangkan I punya appointment hari ini?”
“Yes betul. Ada apa-apa lagi kerja yang
you nak suruh saya buatkan ke?”
“Tak
ada rasanya. I tak mahu diganggu, dan jangan lupa kalau Nuriz dah masuk office nanti suruh dia datang jumpa I
tau as soon as possible Ok. Ada benda
I mahu suruh dia buat.”
“Yes boss!” Hai apalah lagi yang si Nuriz
buat sampai boss jadi macam tu. Tak faham sungguh aku dengan budak Nuriz ni dan
kenapalah suka sangat menduga kesabaran si boss tu.
******
Hai ni baru berapa hari saja aku kerja dengan dia. Aku dah mula rasa bosan yang teramat, nak tengok muka lelaki itu pun rasa dah sangat meluat. Dia mengeluh berat bila terkenangkan kerenah Wan Nazariel itu. Kepingan roti canai yang berada di hadapannya dicubit sedikit demi sedikit. Rasa tidak berselera untuk menjamahnya.
Hai ni baru berapa hari saja aku kerja dengan dia. Aku dah mula rasa bosan yang teramat, nak tengok muka lelaki itu pun rasa dah sangat meluat. Dia mengeluh berat bila terkenangkan kerenah Wan Nazariel itu. Kepingan roti canai yang berada di hadapannya dicubit sedikit demi sedikit. Rasa tidak berselera untuk menjamahnya.
Kesian
budak-budak tu, mesti ternanti-nanti kedatangan aku. Dahlah aku janji dengan
mereka akan ajar mereka subjek matematik dan akaun. Teringat pula akan janjinya
dengan anak-anak di Darul Qaseh, memang itu yang selalu dilakukan andai dia
kelapangan, mengajar mereka-mereka yang ingin menghadapi peperiksaan SPM dan
PMR, namun minggu ini dek kerana keletihan yang teramat sangat dia terpaksa
melupakan janji yang telah dibuat itu.
Dahlah
kerjanya memenatkan. Dia kerah tenaga aku ni macam aku ni robot. Hisy malasnya
nak masuk kerja. Jam dipergelangan tangannya dikerling sekali lalu, 8.45 pagi..
Ini karang mesti ada saja benda yang dia nak suruh aku buat. Pantang nampak
muka aku. Dia bangun perlahan selepas meneguk nescafenya buat terakhir kalinya sebelum
membayarnya.
“Tak ada duit tak boleh makan!” Terdengar suara tuan kedai seolah sedang marah-marah kepada seseorang mebuatkan dia tersentak.
Terpanggil
untuk melihat punca kemarahan tuan punya kedai itu.Mati langkahnya kala itu. Terkejut
melihat drama yang terbentang di depan matanya kini. Simpati menerjah benaknya.
“Tolonglah
saya pakcik, saya lapar.” Kedengaran pula satu suara yang agak halus, sayu
memohon simpati. Terbit rasa belas dalam hatinya saat itu. Perasaan sebak hadir
secara tiba-tiba.
“Ah...
tak ada tak ada.. pergi pergi! Apa kau ingat sini tempat makan free ke?”
Hiba
hatinya melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian agak lusuh,
mungkin usianya lingkungan 9-10 tahun memohon belas untuk mengisi perutnya yang
kosong, namun sayang pemilik kedai itu seolah tiada sedikit pun punya rasa simpati
langsung…
“Ah
pergi berambus kau! Akukan dah kata kalau tak ada duit tak boleh makan sini kau
tak faham ke?”
“Tak
apa.. biarkan dia makan encik, nanti saya bayarkan untuk dia.” Nuriz sendiri
tak sedar macam mana boleh terluncur kata begitu dari mulutnya hingga
menyebabkan lelaki itu berhenti dari sumpah seranahnya.
Tak
sampai hati! Ya dia seolah dapat merasai apa yang dideritai oleh kanak-kanak
itu dari pandangan matanya yang sayu mengharapkan belas dari orang lain untuk
meneruskan kehidupan. Arghh mengapa mesti ada yang punya nasib yang begitu duka
seperti ini?
Dilihat
kanak-kanak itu begitu gelojoh menjamah makanan yang dihidangkan kepadanya
seolah-olah sudah berhari-harian tidak menjamah apa-apa. Kelaparan! Sebak
rasanya. Kesian dia, manalah mak ayah dia ni agaknya. Masakan dia tak ada
keluarga? Nuriz mengeluh.
Not
sepuluh ringgit dihulurkan kepada penjaga kaunter bayaran itu sebelum dia
melangkah pergi. Insaf pula hatinya bila teringatkan kepada mereka-mereka yang
kurang bernasib baik. Dirinya walaupun tak punya siapa-siapa tapi nasibnya tetap
terbela tak terabai melarat seperti kanak-kanak itu.
Sempat
dia menoleh sekali lagi ke arah kanak-kanak itu dan dalam masa yang sama
kanak-kanak itu memandang ke arahnya juga. Mereka berbalas pandangan dan
kanak-kanak sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya mungkin mengucapkan
terima kasih. Dia mengangguk sempat melambai tangan kepada kanak-kanak itu
sebelum berlalu.
Hai
aku dah lambat ni, kejap lagi mesti membebel panjang pakcik tu dengan aku ni.
Dia tu suka sangat cari silap aku, kalau sehari tak marah aku memang bukan
dialah tu. Teringat pula pada Wan Nazariel hati menjadi sebal ditambah pula
dengan kerenah penyambut tetamu a.k.a Dorina yang suka menempel tereseh-eseh pada Wan Nazariel yang
menyakitkan matanya. Dorina konon.. dah macam deodorant saja bunyinya aku dengar.
Langkah
kaki diatur pantas menuju ke pejabatnya. Dia tak mahu lelaki itu mengamuk,
bukan kerana dia takutkan lelaki itu cuma.. dia tak suka bising-bising,
memanjangkan perkara yang tak seberapa nak panjang, atau senang cerita perkara
remeh yang tiada berkepentingan langsung.
“Hah.. Nuriz ada pun awak, boss nak jumpa.. Entah apa yang dia nak entah, pagi-pagi lagi dah cari you.” Tegur Maria sebaik sahaja melihat dirinya menolak pintu masuk.
“Hah.. Nuriz ada pun awak, boss nak jumpa.. Entah apa yang dia nak entah, pagi-pagi lagi dah cari you.” Tegur Maria sebaik sahaja melihat dirinya menolak pintu masuk.
Aku
dah agak dah, apalah yang dia nak suruh aku buat pula kali ni kan.
“You
hati-hati sikit, mood dia tak berapa
baik hari ni.” Bisik Maria perlahan kepadanya.
“Wah…
staff baru pun dah pandai curi tulang” Dorina yang entah daripada mana muncul
tiba-tiba menghamburkan kata-kata sinis berbaur sindiran kepadanya.
Nuriz
dan Maria tersentak, terkejut dan berpandangan sesama sendiri.
“Tak
apa cik Maria.. dengan saya mood dia
memang hari-hari tak baik. Saya dah biasa dah tak perlu nak hati-hati lagi,
hati-hati saya yang makan hati jadinya.. isy.” Ujarnya kepada Maria tanpa
sedikit pun mengambil peduli Dorina yang tersengih sinis menyindir dirinya tidak
jauh daripada mereka.
Maria
hanya tersenyum mendengar apa yang diperkatakan oleh Nuriz itu. Tak tahu nak
kata apa dah, dua-dua memang tak boleh ngam agaknya. Dia sendiri hairan
memikirkan perhubungan antara Nuriz dan Wan Nazariel semenjak awal kemunculan
gadis itu dipejabatnya lagi. Majikannya seolah tidak menyukai gadis itu dan
yang bertambah dia tak faham, kalau betul Wan Nazariel tak suka Nuriz, apa pula
motifnya menggajikan Nuriz di companynya?
Haisy kalau fikir sendiri, sampai ke pagi esok pun belum tentu dia akan
mendapat jawapannya sebab yang dia pasti Wan Nazariel mungkin ada sebabnya yang
tersendiri. Maria menjungkitkan bahu. Ah biarlah, bukan urusan aku yang perlu
aku nak sibuk-sibukkan.
“Hai
Nuriz you tak dengar ke I cakap ni?” Soal Dorina tak puas hati.
“Aku
nak cepat ni Dorynn, tak ada masa nak layan orang mulut murai macam kau ni.” Selamba
dia membidas kata Dorina itu. Tak padan berkerja sebagai penyambut tetamu, tapi
belagak macam diva di sini.
Maria
tersenyum lebar, sempat mengangkat ibu jarinya kepada Nuriz tanda menyokong
kata-kata gadis itu. Huh biar perempuan ni rasa.
“Eiiiii
Nuriz!!! Kau… kau.. kan!” Hilang sudah bahasa I dan you yang digunapakainya sebentar
tadi.
Dia
menghentakkan kakinya geram. Bergema bunyi tumit kasut tingginya itu. Matanya
yang sememangnya bulat bertambah bulat mendengar bidasan polos yang keluar
daripada mulut Nuriz itu. Tak apa, ada masa nanti siap kau aku kenakan
cukup-cukup. Sempat hatinya menyemat dendam.
“Tuan
nak jumpa saya?” Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu dia terus memulas tombol
pintu bilik lelaki itu dan melangkah masuk walaupun lelaki itu tak sempat
memperlawanya.
Tersentak Wan Nazariel dibuatnya, hampir tersembur neskafe yang baru saja diteguknya. Kurang asam punya minah, main terjah saja taunya dia ni. Dia merenung tajam pada Nuriz yang berdiri memandangnya. Wan Nazariel membetulkan duduknya cuba menutupi rasa terkejutnya tadi.
Ekekeke padan muka dia. terperanjat. Nuriz mengulum senyum menahan tawa yang hampir melantun keluar dari mulutnya dek tingkah lelaki itu sebentar tadi.
Tersentak Wan Nazariel dibuatnya, hampir tersembur neskafe yang baru saja diteguknya. Kurang asam punya minah, main terjah saja taunya dia ni. Dia merenung tajam pada Nuriz yang berdiri memandangnya. Wan Nazariel membetulkan duduknya cuba menutupi rasa terkejutnya tadi.
Ekekeke padan muka dia. terperanjat. Nuriz mengulum senyum menahan tawa yang hampir melantun keluar dari mulutnya dek tingkah lelaki itu sebentar tadi.
“Hai..
awal kau masuk hari ni?” Sindir lelaki itu dengan wajah sinisnya seperti
selalu.
“Eh.. tuan mengigau ke apa ni? Awal apanya, saya rasa saya dah lewat ni, ke jam tuan yang mati? Jam saya dah pukul 9 pagi lebih dah.” Sengaja dia buat-buat tak faham maksud lelaki itu, walaupun dia sememangnya sedar kata lelaki itu bertujuan untuk menyindir dirinya.
“Eh.. tuan mengigau ke apa ni? Awal apanya, saya rasa saya dah lewat ni, ke jam tuan yang mati? Jam saya dah pukul 9 pagi lebih dah.” Sengaja dia buat-buat tak faham maksud lelaki itu, walaupun dia sememangnya sedar kata lelaki itu bertujuan untuk menyindir dirinya.
Tengok
aku yang nak kenakan dia, tapi aku yang terkena balik. Cis!
“Tahu
pun kau dah lewat masuk. Ni apa benda ni hah?” Soalnya sambil menghempaskan
sekeping sampul surat sederhana besar berwana coklat ke atas mejanya.
“Ni
suratlah tuan, tuan nak saya bacakan untuk tuan ke?” Nuriz menyoal sengaja.
“Aku
taulah ni surat, masalah kau dah hantar ke salah tempat. Berapa kali aku nak
pesan buat kerja kau tu elok-elok. Kau tak reti baca ke alamatnya? Buta huruf
ke ha? Nasib baik mereka pulangkan balik. Buat kerja tak semenggah langsung!” Bebel
lelaki itu.
Eii..
betul ke aku ada salah hantar ni? Ke dia sengaja nak kenakan aku? Aku tengok
sampul dia macam baru lagi. Dia ni bukannya betul sangat, suka sangat cari
silap dengan aku. Aku buat betul pun dia mesti kata salah punya..
“Sorry tuan.” Dia memohon maaf. Tak kira
kita silap atau tak jangan lokek memohon maaf, teringat pula pesanan bekas ustazahnya
sewaktu zaman sekolahnya dahulu.
“Sorry, sorry itu saja yang kau tahu.. sorry pergi naik lorrylah. Huh!”
“Habis
tuan nak saya buat apa? Nak suruh saya naik lorry
tu sekali ke? Saya tak sengajalah.” Kira untung aku nak minta maaf tau walaupun
belum pasti aku yang bersalah dalam hal ini sebenarnya tau.
“Amboi-amboi
kau loyar buruk pula dengan aku ek? Cuba belajar jadi serius sikit bila buat
kerja. Ini tak asyik nak main-main saja tu yang sampai salah hantar ke
tempatnya. Ni aku nak kau pergi hantar balik surat ni ke tempat dia yang betul,
alamat yang betul.. dan lagi satu hari ni kau kena buat OT, denda sebab kau
cuai buat kerja.” sambungnya lagi
Aik
ada denda-denda pula, ingat zaman sekolah saja yang denda-denda ni
“Hari ini aku nak kau kemaskan file-file, susun ikut kriteria. Buang habuk-habuk yang ada. Tukar lapik kabinet fail tu sekali, sebab aku tengok lapik dia sekarang dah kotor.”
“Aik
itu kerja dispatch juga ke Tuan?” Soalnya..
macam tak ada staff lain nak dikerah ke apa dia ni? Apa guna bayar gaji kepada
mereka kalau tak suruh buat kerja. Tu si Dorina yang selalu mengendeng dekat
meja dia tak mahu pula dia suruh. Cis! Dia mendesis geram.
“Hai
kau dah lupa ke dalam perjanjian yang kau dah tandatangani yang kau kena buat
apa yang aku suruh, so aku dah suruh ni tak kira kerja dispatch ke tidak ke, kalau aku dah suruh buat tu buat sajalah tak
payah nak banyak soal.. faham??” Bentak Wan Nazariel kasar.
“Tapi
tuan, hari ni saya rasa tak bolehlah. Saya dah ada janji dengan kawan saya.” Teringat
pula akan janjinya pada Mirna yang mereka akan pergi membeli barang keperluan
rumah.
“Tak ada excuse ok. Kalau kau ada hal ke apa ke siapkan kerja kau tu dulu.” Putus lelaki itu.
Hisy dia ni, semua nak kena ikut cakap dia saja. Tak berperikemanusiaan langsung. Geram mendengar kata putus lelaki itu, kecik saja aku nampak dia ni. Rasa nak cekik-cekik saja biar sesak nafas. Eee geramnya.. Sabar Riz, cool down. Tarik nafas panjang-panjang, hembus... fuuu..
“Ingat
esok pagi, aku nak tengok semua dah siap seperti yang aku suruh tau.”
“Yalah..
saya buatlah tak perlu nak ulang cakap berjuta-juta kali sebab saya belum jadi
pelupa.”
“Ok sekarang kau boleh keluar buat kerja kau tu. Ha lagi satu bawak motor elok-elok, sikit ya jangan jadi minah rempit pula. Aku tak nak pula nanti keluar dekat paper seorang staff Naz Holding ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti lumba haram. Malu company saja nanti”
“Ok sekarang kau boleh keluar buat kerja kau tu. Ha lagi satu bawak motor elok-elok, sikit ya jangan jadi minah rempit pula. Aku tak nak pula nanti keluar dekat paper seorang staff Naz Holding ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti lumba haram. Malu company saja nanti”
Ewah-ewah
dia ni, apa dia ingat semua orang yang naik motor ni jenis yang merempit ke
apa? Cakap ikut sedap mulut dia saja. Hisy mulut tak ada insurans langsung tau.
“Tuan
jangan risau. Eh.. eh kalau tertangkap pun ok juga, nanti bolehlah
mempopularkan nama Naz Holding yang punya boss dia yang banyak cakap macam mak
nenek tu.. kan tuan kan?”
Dia melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan yang agak puas. Puas sebab dapat mengenakan lelaki itu kembali. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan air wajah lelaki itu yang agak terdiam mendengar bidasannya tadi.. Ini barulah kena buku dengan ruaskan? Hehehe…
Dia melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan yang agak puas. Puas sebab dapat mengenakan lelaki itu kembali. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan air wajah lelaki itu yang agak terdiam mendengar bidasannya tadi.. Ini barulah kena buku dengan ruaskan? Hehehe…
“Eeiii
kesiannya orang tu. Sayang rupa ada tapi bebal. Baca alamat pun sampai salah,
tak pasal-pasal kena buat kerja dua kali”
“Kau
ni apahal Dorynn? Dah tak ada kerja nak dibuat ke selain menyibuk mendengar
perbualan orang?” Geram mendengar sindiran Dorina itu. Panas hatinya
Dia
tak faham kenapa Dorina seolah tak puas hati dengan dirinya. Suka mencari pasal
dengannya. Dari hari pertama lagi dia sudah perasan hal ini. Ke dia cemburu
sebab… Wan Nazariel tu terlalu ‘memberi perhatian’ kepada aku ni? Hahaha… cemburukan
aku? Tak ada kerja ke apa? Dia menggeleng-gelengkan kepala.. tak faham pun ya
juga dengan sikap si Dorina itu sebenarnya.
“Suka
hati akulah nak dengar ke apa?” Balas Dorina sinis sambil melenggang
meninggalkan dirinya yang terpinga-pinga itu.
Biul
ke apa perempuan ni? Nampak benar perangai kaki sibuknya tu. Nuriz
menggelengkan kepala. Boss dengan staff sama saja tak betulnya. Nasib juga Cik
Maria tak seperti mereka berdua ni. Kalau tak mesti tak sampai 3 bulan aku dah
jadi penghuni Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Bahagia selamanya.
*** Saya dikhabarkan oleh penerbit yang manuskrip ini telah lulus dalam penilaian***
2 comments:
Yea...bila akan diterbitkan agak nye hehhehe
really!!! tahniah ya. rsnya dah lama ceta ni tak dipublish tuptup dah siap manuskrip. xsabar la nk tunggu novel ni terbit. ;D
Post a Comment