iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, January 15, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[20]

Langit luar yang berawan kelam dan hanya dihiasi jutaan bintang itu diperhati dan direnung dengan penuh minat, entah kenapa perasaan jemu tidak pernah menerjah hadir walaupun sudah berjam-jam lamanya dia berdiri memandang pemandangan yang sama itu. Angin malam yang bertiup lembut sepoi-sepoi sesekali menerjah masuk melalui tingkap yang terbuka itu menampar lembut kulit tubuh sasanya yang hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek itu.. hurm sejuk juga terasanya dicampur pula dengan angin yang terlahir dari putaran ligas kipas yang tergantung di siling itu, memang membuatkan dia sedikit menggigil.


Balqish yang sedang lena di katilnya di renungnya.. tenang sekali tidurnya.. tak mengigau seperti malam semalam.. hari ini masuk hari yang ke dua dia terpaksa bermalam di sini, teringat pula kerja-kerja di pejabat yang pastinya sudah menimbun sedia menantinya untuk disiapkan.

"Encik Daniel, awak tak masuk office lagi ke hari ni?" soal Zairyn di talian siang tadi ketika dia memberitahu akan ketidakhadirannya lagi hari ini.

"Tak Zairyn kenapa? Tan Sri ada cari saya ke?"

"Yuplah.. dia bising Encik tak datang, macam-macam dia tanya pada saya ni, sampai saya tak tahu nak jawab apa dah.."

"Awak cakap dengan daddy, dia tak perlu risau atau apa ke, nanti ada masa saya call dia.."

Hai kesian juga dengan Zairyn ni, macam dia tidak kenal benar dengan perangai daddynya itu, pasti akan bertanya selagi belum dapat jawapan yang memuaskan hatinya.

"Ok.. ni encik ni sebenarnya kenapa tak datang office ni, cuba encik beritahu saya terus terang apa ke halnya.."

"Ala.. Zairyn saya bukan suka-suka tak datang office tu.."

"Yalah saya tau, tapi apa sebabnya encik oi?" hisy orang tanya tu jawab sajalah, ni lagi nak pusing sana pusing sini..

Hisy apa aku nak bagi alasan dekat Zairyn ni, banyak tanya pula dia ni mengalahkan mummy pula hari ni.

"Er... saya.. saya.." dia berkira-kira untuk memberi alasan.

"Saya, saya apanya encik?" hairan susah sangat ke nak bagitahu akan halnya? pelik betullah..

"Saya punya kucing masuk wad.." hah terkeluar juga alasan yang dirasakan bernas dalam akal fikirannya itu.

"Ha kucing masuk wad? lah kucing encik yang masuk wad bukannya encik, itupun sampai tak datang pejabat, apalah encik ni.."

Ni baru kucing yang masuk wad dah jadi tak tentu arah tapi kalau kekasih hati pula mesti sewel jadinya, hisy tak faham sungguh dengan orang-orang kaya ni sayangkan kucing melebihi sayangkan diri sendiri... Zairyn bermonolog sendiri.

"Yelah tu kucing kesayangan saya, kalau dia tak ada tak lena tidur saya tau.." hai Qish, kau jadi kucing akulah gamaknya, sorry aku terpaksa membuat alasan begitu... huhu kalaulah dia tau aku buat alasan macam ni mesti dia membebel dua hari dua malam tanpa henti.. pot pet pot pet.. aduh tak sanggup aku nak membayangkannya dan nak mendengarnya.

"Err Zairyn, lain kali sajalah kita sambung, saya nak letak phone ni, nak drive.. nanti kalau ada hal-hal penting awak call saya nanti ya.."

Cepat-cepat dia mematikan talian, dia tahu semakin lama dia melayan kerenah setiausahanya itu, pasti lebih banyak yang akan dipersoalkan oleh gadis itu.

"Awak tak tidur lagi?" teguran lembut itu menyentakkan lamunannya. Pantas dia berpaling dilihatnya Balqish sudah terjaga dari lenanya dan sedang duduk bersandar memandangnya..

"Kenapa? ada apa-apa yang kau perlu kan? kau lapar? nak makan? ke nak ke toilet?" soal Daniel tanpa menjawab pertanyaan Balqish itu.

"Tak... saya terjaga.. lepas tu tak boleh lena kembali, saya tengok awak asyik termenung saja, kenapa? awak ada masalah ke?" rasanya ini pertama kali dalam sejarah hidup mereka bersama dia bercakap dengan nada yang baik, lembut penuh mengambil berat.

"Tak adalah.. mana ada aku termenung, aku tengok langit.. saja nak kira bintang.. " dia menjawab, dia berjalan perlahan menghampiri katil Balqish dan akhirnya duduk di kerusi yang terdapat di sisi katil itu.

"Tengok langit kira bintang? eheh sejak bila jadi mamat yang melayan perasaan ni? ke awak rindu dengan kekasih-kekasih hati awak tu? yalah dah dua hari awak kena jaga saya.. kesian awak.." sengaja dia mengusik.

"Uik.. tolong jangan nak mulakan ok, aku tak ada mood nak bergaduh tengah-tengah pagi ni ok.."
suka sungguh dia ni cari pasal dengan aku, tak padan dengan keadaan yang tak sihat tu, Daniel mendesis, terkadang dia memang agak bengang dengan sikap Balqish yang suka mencari pasal dengannya.

Tersenyum dia mendengar kata yang terlahir dari Daniel itu, sebenarnya bukan niat dia pun untuk mencetuskan bunga-bunga pergaduhan antara mereka tapi sekadar untuk menghilang sunyi yang hadir antara mereka, entah kenapa dia kadang-kadang terkedu lidah untuk berbicara jika hanya tinggal mereka berdua sahaja, rasa kekok, segalanya serba tak kena..

"Awak rasa bila saya boleh keluar ya? kerja dekat pejabat tu mesti dah menimbun menunggu saya ni, lagi pun kesian Suraya tak ada kawan dekat office tu.." bukan kerja sebenarnya yang dirisaukan, hakikatnya lebih kepada rasa bosan yang dirasai akibat terlantar tanpa melakukan sebarang aktviti.

"Entah.. aku tanya doktor siang tadi, dia kata kalau keadaan kau dah semakin ok, siang nanti dah boleh keluarlah.." hai dia ingat dia sorang saja banyak kerja dekat pejabat tu, aku ni taklah ya..

"Seronoknya kalau dah boleh keluar.. saya dah rasa bosan sangat duduk sini, asyik-asyik kena periksa itu ini ,kalau nurse lelaki best juga, boleh juga cuci mata, ni tak semua nurse perempuan.. boring tau, dahlah lepas tu kena makan ubat pula.. loya tau tekak ni nak menelannya.."

Alahai kedengaran manja pula suara dia ni pagi-pagi ni, ke perasaan aku saja ni..

"Baby macammana sihat ke?"sengaja menyoal sebelum perasaannya mula menerjah memikirkan yang tidak-tidak, isk haru nanti.

"Baby sihat saja ni, kuat macam mama dia juga.." riang rasa hatinya bila teringatkan baby yang dikandungnya itu, syukur pada ALLAH sangat-sangat kerana masih terus mengizinkan anak itu terus bersamanya.

"Boleh tak aku nak pegang baby kita ni?"

Terpempan dia mendengar pemintaan Daniel itu, rasanya sepanjang mereka bersama belum pernah lelaki itu meminta itu, terkelu lidah untuk menjawabnya.

Perlahan-lahan tangannya menyentuh perut Balqish yang sudah berubah bentuk itu buat pertama kalinya, ada sesuatu perasaan yang hadir menyentak jiwanya, perasaan yang sukar digambarkan, dan sukar di mengertikan.. seronok, gembira segalanya ada.. adakah perasaan ini yang di rasai oleh semua orang yang bakal menjadi seorang ayah? dia tertanya-tanya dalam hatinya. Tangannya mengusap lembut penuh kasih, dan dalam waktu yang sama Balqish rasa perasaannya hampir nak pecah membendung rasa segalanya ada.. wajah sudah bertukar rona warna kemerahan.. malu usah cakaplah.

"Anak papa.." Daniel menyeru perlahan sebelum tunduk mengucup lembut perut Balqish itu..

"Awak... saya nak pergi toilet.." dia meminta izin, dada dah rasa nak pecah dengan jantung yang berdegup kencang dengan debar usah katalah.. hisy buang tebiat sungguh lelaki ini hari ni, tiba-tiba datang perangai romantik dia, mamai ke apa.. seram aku.. tapi.. seronok juga.. rasa macam diri ni dihargai..

********

"Setiausahanya kata, Niel MC sebab kucingnya masuk wad.." hairan bila ke masanya anak itu bela kucing? sejak bila Daniel jadi pencinta haiwan ni? tertanya-tanya di benak hati Puan Sri Nuha dengan tingkah anak bujangnya yang aneka ragam itu.

"Yelah.. dah itu saja yang si Zairyn beritahu pada daddy.. eh tapi betul ke anak kita ada bela kucing mummy? seingat daddylah dulu waktu kecik-kecik si Daniel tu bukannya suka dengan kucing.."

"Entahlah daddy, mummy pun tak faham sungguh dengan perangai anak kita tu.. alahai.. mummy tak kira, esok siang kita pergilah rumah dia, jenguk dia, sihat ke tidak.. ada dia telefon daddy?"

"Tak ada pula, Zairyn kata, Niel ada juga kata nak telefon Daddy, agaknya dia terlupa kot.. pergi rumah dia? sukahati mummylah daddy ikut saja.."

"Yelah.. telefon kita pun tidak, kita telefon dia pun jarang berangkat, susah-susah biar kita jenguk dia kan senang.."

"Ok jugalah tu, daddy pun malas rasanya nak masuk office esok, nak rehat rasanya.."

Memang esok dia hanya bercadang ingin berehat saja di rumah memandangkan dia memang tiada agenda penting, lagi pun usia macam sekarang ni memang patut pun dia berehat saja di rumah tak memikirkan kerja lagi.. Tan Sri Darwish mengeluh hai kalaulah ada anak yang ramai kan seronok, meriah sikit rumah ni, tak adalah sunyi sangat rasanya.. Daniel di suruh kahwin tak mahu pula, kalau tidak mesti hidupnya sekarang sudah lengkap di kelilingi anak dan cucu.. haisyy..

*********

"Hurm nampaknya kesihatan puan sudah agak baik.. hurm.. puan dah boleh balik rumah hari ni.."

Riang hatinya, berbunga senyuman di wajahnya mendengar kata dari Doktor Naim itu..

"Alhamdulillah, betul ke doktor? terima kasih doktor.." hee gembiranya.. mana pula Daniel ni, kata pergi beli air tapi kenapa lama sangat ni..

"Ya.. tapi puan kena jaga diri, hati-hati dengan setiap langkah tu dan jangan buat kerja-kerja yang berat sangat.."

"Tak apa doktor saya akan pastikan dia sentiasa berhati-hati, dan saya akan pastikan dia tak buat kerja teruk-teruk.." sampuk Daniel yang baru muncul tiba-tiba.

"Baguslah begitu encik Daniel, cuma.. orang mengandung ni sensitif sikit, semua kehendak dia mesti kena ikut, jadi kena banyakkan bersabar dengan kerenah mereka ni, kalau tak sabar nanti macam-macam pula boleh jadinya..."

"Ha.. awak dengar tu doktor kata tu, lain kali saya buat kerja dekat dapur, ringan-ringan sikit tangan tu tolong saya.. lepas ni awak pula yang kena masak seminggu.." Balqish yang dari tadi hanya diam mendengar saja kini bersuara.. sengaja ingin mengenakan Daniel.

"Aik.. aku pula yang kena masak?? bukan kau kata hari tu aku masak tak sedap ke? sup tawarlah, sayur masin sangatlah..." terkeluar bahasa kau dan aku seperti selalu, terlupa akan kehadiran doktor itu di antara mereka.

Hisy mereka berdua ni, macam budak-budaklah.. Doktor Naim menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah mereka berdua, tercuit juga hatinya.. kelakar pun ada juga.. agaknya semua pasangan muda zaman sekarang macam nilah kot.. pasangan moden.

"Er.. saya keluar dululah ya.. nanti kita jumpa di bilik saya.." pesan Doktor Naim sebelum berlalu.

Daniel hanya mengangguk dan hanya ekor matanya saja menghantar langkah doktor itu...

"Nah awak tolong saya packing barang-barang saya ni.." Balqish menghulurkan beg kepadanya..

"Hai aku juga yang kena buat ke?"

"Yalah.. kan doktor kata saya kena banyak berehat.." hii seronoknya dapat buli dia, time nilah aku nak balas dendam, hatinya berbisik nakal.

"Tapi kan kau dah puas berehat.." masih tak puas hati.

"Buat sajalah, banyak tanya pula dia, kalau tak nanti saya bagitahu doktor yang awak dera saya, biar doktor tu bebelkan awak lagi, biar padan muka.." ugutnya.

"Bagitahulah, aku tak takut pun.."

"Oh tak takut ya? dok.." dia menjerit ingin membuka mulut memanggil Doktor Naim..

"Ok jangan-jangan.. aku buat.. hisy itu pun nak mengadu macam budak-budak.." dia mendesis geram dengan perangai nakal Balqish hari ni.

Eleh kata orang perangai macam budak-budak, diri sendiri pun sama dia tak sedar pula.. Balqish mencebik mendengar ungakapan dari Daniel tadi. Matanya seronok memerhatikan tingkah Daniel yang sibuk mengemaskan barang-barangnya, tersungging senyuman nakal di wajahnya..

*********

"Ya ALLAH ni rumah ke sarang tikus ni," terbeliak biji matanya, terkejut melihat keadaan dapur rumah anak bujangnya itu macam tongkang pecah, dengan sinki penuh dengan bekas-bekas yang telah digunakan tanpa di basuh.

Hai sejak bila si Daniel pandai memasak di rumah ni, pandai memasak tapi tak pandai berkemas, apa nak jadilah budak sorang ni.

Apron yang tersangkut di dinding di capai, lengan bajunya terus di sinsing sehingga ke paras siku, tanpa berlengah dia terus memulakan aktiviti pembersihan, memang dia rimas, matanya sakit melihat keadaan yang bersepah tidak terurus itu.

"Daddy ooo daddy.." Puan Sri Nuha melaung memanggil suaminya.

"Ya nak apa mummy..?"

"Tolong mummy buang sampah ni, si Niel ni tong sampah dah penuh pun tak reti nak buang, hisy entah ke manalah budak tu, dengan keadaan rumah tak terurusnya.."

"Entahla mummy, susah-susah suruh saja dia pindah balik, duduk dengan kita sekali, senanglah kita nak menjaganya.. "

"Mummy dah cakap banyak kali dah tapi dia degil.. hisy tak fahamlah dengan budak tu, dah daddy tolong buang sampah tu, lepas tu tolong mummy siang sayur ni, mummy nak masak untuk kita ni.."

Nasib sebelum datang tadi mereka telah singgah terlebih dahulu ke super market, nak harapkan barang-barang di rumah Daniel hurm.. tak adalah nampaknya, dengan peti aisnya kosong, dan lauk-pauk di atas dapur terbiar basi.. macam manalah dia boleh hidup dengan keadaan macam ni, hai orang lelaki macam tulah dia.

Usik-mengusik menceriakan suasana dapur, begitulah selalunya memang ada sajalah kerenahnya jika mereka berdua berdua bersama dan agaknya itulah yang menjadi resipi rumah tangga mereka terus kekal bahagia sehingga kini... tak sampai berapa jam saja beberapa hidangan telah berjaya disiapkan.. terlakar riak puas di wajah Puan Sri Nuha, dah lama rasanya dia tidak memasak untuk anak tunggalnya itu.

"Hurm mummy lapar pula perut daddy mencium bau hidangan ni.. agaknya pukul berapalah anak kita ni balik ya.."

"Sabarlah daddy, kejap lagi baliklah anak kita tu..."

Seusai saja Puan Sri Nuha berkata, kedengaran deruman enjin kereta menderu masuk..

"Hah agaknya itu dia kot, panjang umurnya.. baru kita sebut-sebut.." riang hatinya pantas dia menuju ke hadapan ingin menyambut kepulangan si anak.

Memang tepat jangkaannya bila melihat kereta milik Daniel elok terparking..

Daniel memerhati keadaan sekililing rumahnya.. terkejut melihat kereta milik Tan Sri Darwish elok terparking di halaman..

"Isy.. tu macam kereta daddy aku saja, Qish apa kita nak buat ni?" wajah Balqish yang berada di sisinya di renung, memikirkan alasan apa pula perlu diberikan kali ini.

Haisyy.. waktu macam ni boleh pula mereka datang, perkara yang tidak pernah diduga berlaku kini... belum sempat memikirkan alasan yang patut... Puan Sri Nuha dan Tan Sri Darwish sudah terjenggul dengan wajah ceria di pintu utama membuatkan Daniel dan Balqish berpandangan sesama sendiri... mereka terpempan di tempat duduk masing-masing, terkaku tak tahu nak buat apa-apa..


12 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

ahaha..kntoi plak si qish ngn daniel ni..ahaha..
next2..

hana_aniz said...

biarlah terkantoi!!
tak de parents daniel sruh dia kawin dgn mira...
huhuhuhu..

Bae said...

Hai cheesecake.. adeyy lapar lak nengok nick cake ni.. macam nak ngap je..
hai hana..
Masyeh bace n komen..
Kita tunggu dan lihat agaknya apa yang terjadi sterusnya pada mereka ni.. eh2
salam~

rubisya said...

huhuhu..biala mummy n daddy niel taw n yg penting time si qisy 2.. br best...hehehehe

nurul said...

ok r parents daniel dah tau..arap2 qish diterima..pas2 leh la pupuk cinta ngan daniel hikhik..nak lg!!

Sandy said...

waaa nak terbongkar dah rahsie nie...heee cepat cket sambong tau
org dah teruje nak tau kesah seterusnye dah nie...hehehe
excited3....

sinichies_girl88 said...

mntak2 la family niel ni sporting orgnya huhuhu...
makin menarik...
sambung lagi erk..
cpat2 masuk n3
:)

akak said...

nuril
biarlah parents dorang tahu..mesti sukanya dah nak dpt cucu...peace!!!

akira_bita said...

jangn si daniel undo kete lari udah la ye.... hahahahah!!

aqilah said...

alamak, kantoi!!!!!!! berterus teranglah daniel...........

Nuril Bahanudin said...

Salam smua~
Terima kasih,
Rubisya,nurul,nurul nuha,sinichies_girl88, akak, akira_bita , aqilah dan smua..
yg sntiasa mngikuti prkmbngan novel ni..
Thanks a lot..
Tnpa anda smua siapalah saya..
heuheu..:D~

abigemok said...

pinjam jap.. :D