iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Sunday, January 31, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[24]

Panasnya... dia menolak duvet yang menyelimuti tubuhnya.. terasa suhu sedikit membahang ketika dia tersedar sebentar tadi, sehingga membuatkan badannya sedikit berpeluh.. huh dah pukul berapa ni? macam lama saja aku tidur ni, Daniel meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang biasa di letakkan di atas meja kecil yang terdapat di sisi kati.. namun tiada... eh ke mana pula perginya handphone aku ni...biasanya ada aku letak di sini.

Badan terasa sedikit segar... panas juga sudah mula berkurangan rasanya... dia duduk perlahan bersandar pada kepala katilnya.. cuba menyusun kembali memori-memorinya yang sedikit berterabur.. eh Qish ni kenapa dia tidur di sini pula.... dia terkejut... baru dia perasaan yang kepala Balqish elok terlentok dengan tangannya erat memeluk kedua kakinya.. mesti dia penat jaga aku semalaman... wajah itu direnungnya... lena sekali kelihatannya.. perlahan-lahan dia menarik kakinya.. tak mahu mengejutkan lena Balqish.. tubuh milik Balqish di cempungnya dan dengan penuh cermat dia meletakkan tubuh itu ke atas katil miliknya..

Balqish dilihatnya sedikit bergerak mengiring ke arahnya.. wajah itu tetap manis walaupun dalam keadaan tidur, dia merebahkan kembali tubuhnya... terasa ingin pula berbaring di sisi Balqish.. ah isteri yang tak pernah dihargai kehadirannya... dia mengeluh... Qish.. agaknya sampai bila hidup kita begini? kau tak teringin ke kalau-kalau kita hidup normal macam pasangan lain tu? berkongsi suka duka bersama.... dan melakukan segalanya bersama... ah kan seronok kalau kau dapat dengar apa yang aku katakan ini... Daniel mengeluh.

Tubuh kecil itu dirangkulnya perlahan... dan matanya jatuh pada perut Balqish yang semakin membesar itu... terasa tak sabar pula menantikan kehadiran si kecil ini, moga ia akan membawa sinar bahagia buat kita semua, dan semoga dia dapat mengubah kehidupan kita ni.

Tangannya perlahan membelai rambut Balqish... dan akhirnya kucupan lembut hinggap di ubun-ubun isterinya itu... tak sangka tindakannya itu membuatkan Balqsih merangkul erat tubuhnya malah kepalanya beralih berbantalkan lengan sasanya pula... Qish... Qish... aku tak fahamlah dengan kau ni tau... kadang-kadang manja, tapi kadang-kadang garang macam singa ... tapi itulah daya penarik kau dan aku tak pernah jumpanya pada wanita-wanitaku yang lain... hai andailah aku diberi pilihan... aku nak sangat kalau kita dapat bermula dari awal.. berkenalan.. bercinta dan kemudian bertunang dan akhirnya berkahwin... kadang-kadang aku masih tak percaya yang kita ni suami isteri... kita dekat tapi macam jauh sangat... kenapa ya kau tak pernah beri aku peluang mendekati kau? yalah semakin aku cuba untuk rapat... semakin pula kau cuba untuk menjauh..

Memang dia akui Balqish bukanlah jenis yang diidamkan oleh jiwa lelakinya itu, tapi... semenjak mereka tinggal bersama banyak sangat kelakuan Balqish yang memikat hatinya... telatah Balqsih yang sedikit cuai membuatkan sedikit sebanyak dia berusaha melindungi Balqish.. kesudian Balqish bersusah payah belajar memasak membuatkan sedikit terusik perasaannya..

"Awak... saya tak retilah nak siang sayur ni...awak tolong siangkan ya..."

"Eh apa pula aku, aku lagilah tak reti... kau siang sajalah macamana pun..."

"Alah awak tolonglah.. saya nak goreng ikan ni... kalau awak tolong lagilah cepat siapnya.. kalau cepat siap, cepatlah kita makan.. kan ke awak kata awak dah lapar sangat tadi.."

"Yelah.. aku buat.. pandailah kau ni bercakap kalau nak aku tolong kau.."

Balqish hanya tersenyum mendengar Daniel yang sedikit merungut itu bila disuruh membantu, dalam pada merungut tetap jua melakukan apa yang disuruhnya, itulah Daniel...

"Aduh.." dia terjerit kecil bila jarinya secara tak sengaja dihiris oleh mata pisau..

"Hah kenapa tu..?"

"Tak ada apa-apa.. kena pisau sikit nih.."

"Tulah awak buat kerja tak ikhlaslah tu.. meh sini saya tengokkan luka tu.." belum sempat dia menjawab Balqish telah pun memegang tangannya melihat jari telunjuknya yang sedikit terluka.. terus tangannya di tarik ke sinki.. luka di jarinya di cuci.. dan ditampalkan dengan plaster.

"Dahlah awak pergilah dok depan, rehat biar saya buat ni seorang.."

"Ai tadi suruh aku tolong, ni suruh aku rehat pula.. mana satu ni?"

"Yalah saya baru suruh awak tolong sikit saja pun awak dah cedera.. nanti kalau saya suruh tolong banyak-banyak nanti lagi teruk pula cederanya.."

Akhirnya hanya Balqish saja yang memasak, dan semenjak hari itu Balqish tak pernah meminta dirinya membantu melakukan itu dan ini.. agaknya Balqish tak mahu dia cedera lagi kot.. hehe sayang juga dia dengan aku kan? oi Daniel.. tolonglah tolong jangan perasan.. bisik hati kecilnya.. dia tergelak sendirian bila mengenangkan peristiwa itu.

"Qish tolonglah... esok sajalah kita cari ya..? aku penat ni.." dia berusaha memujuk Balqish yang sedari tadi asyik merayu-rayu agar kehendaknya di penuhi..

"Saya tak kira.. saya nak juga sekarang... saya taknak tunggu esok.." wajahnya sudah mula mencebik.. ingin menangis mungkin.

"Mana kita nak cari tengah-tengah malam ni Qish? siang-siang tadi tak nak minta.."

"Baru sekarang terasa nak makan... awak pergilah cari.. kesian anak kita nak makan.." dia masih mendesak..

"Esok sajalah aku cari.." dia kembali tunduk mengadap meja kerjanya.. menyemak beberapa dokumen penting.

Balqish terdiam mendengar keputusan lelaki itu... rasa sebak datang tiba-tiba..

"Tak apalah.." kecewa sekali nadanya... sampai hati buat macam ni.. dia melangkah keluar dari bilik kerja lelaki itu..

"Tu nak pergi ke mana tu Qish?"

"Pergi mana-mana yang saya sukalah... buat apa bersama dengan orang yang tak hargai kita.. huhu baby.. papa jahat.. dia dah tak sayangkan kita.. " dia teresak-esak..

Alahai ni yang aku lemah ni..

"Yalah-yalah... aku carikan.. hisy siang-siang tak nak, mana aku nak cari kuih Donat tengah-tengah malam ni Qish? kalau petang tadi boleh jugalah aku cari dekat kedai-kedai tepi jalan tuh.."

"Alah... buku resepi kan ada.. awak buatkanlah.." sekelip mata wajah yang berjuraian air mata itu bertukar menjadi ceria.. bercahaya..

Dan malam itu menjadi sejarah dalam hidupnya sepanjang 25 tahun, dia membuat kuih Donat.. kuih yang tak sama saiznya, ada besar ada kecilnya tapi dia tak peduli.. yang pasti dia rasa satu perasaan yang lain hadir bila melihat wajah Balqish yang penuh gembira ketika menikmati kuih buatan tangannya itu, seolah belum pernah menikmatinya dalam seumur hidupnya..

"Awak nak sikit?? sedap tau.." belum sempat dia menjawap Balqish sudah pun menyuakan kuih itu kemulutnya.. dan dia tanpa berfikir panjang terus menjamah kuih itu.. rasanya itulah pertama kali sewaktu mereka hidup bersama mereka berkongsi makanan.. hurm biasa saja rasanya... tulah orang mengandung ni memang pelik sikit rentaknya.. ikutkan sajalahkan..

Daniel tersenyum sendirian.. tak sangka banyak sungguh peristiwa yang mencuit hati sepanjang waktu mereka bersama.. Balqish memang agak pandai memancing emosinya dengan sikapnya yang selamba saja itu..

Qish-Qish... agaknya bagaimana ya perasaan kau terhadap aku? Kalau kau bagi peluang pada aku, mungkin kita akan menjadi pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat... aku rasa hidup aku dah terbiasa dengan kehadiran kau di sisi.

Baby... papa sayang mama tau... syiii.. jangan bagitahu mama tau.. ni rahsia kita je tau.. bisiknya perlahan sambil mengusap perlahan penuh kasih pada kandungan isterinya itu.

*********

Suhail duduk di kerusi yang di sediakan di situ.. badannya bergoyang-goyang mengikut rentak alunan muzik yang membingit berdentam-dentum itu.. sedikit pun dia tak rasa terganggu dengan situasi itu. Bau asap rokok, arak dan pelbagai bau manusia yang ada di situ sedikit pun tidak menyekat kehendaknya untuk terus berlama berada di situ.

Huh... hampir seminggu tidak menjejakkan kaki ke sini, baru hari ini dia dapat berkunjung ke sini, ni semua gara-gara orang tuanya yang sibuk mahu dia mengikuti mereka melakukan kerja-kerja amal di beberapa buah masjid yang berada di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Dia mencebik... huh.. aktiviti yang membosankan..

Malam ini dia hanya memakai gaun warna merah terang yang mendedahkan dadanya yang putih melepak itu.. setiap kali dia menggoyangkan tubuhnya mengikut rentak muzik yang berkumandang.. isi dadanya seolah mahu turut meloncat keluar. Rokok di celah jemarinya di bawa kemulut... dan di sedut dalam.... asapnya kelihatan keluar berkepul-kepul dari rongga hidung dan mulutnya..

"Hai... may I join you? are you alone?" tegur satu suara yang agak garau.. dekat ditelinganya..

Suhail tersentak... terus matanya mencari siapakah gerangannya yang menegurnya... wajahnya mengukir senyuman penuh menggoda kepada lelaki yang menegurnya itu... hurm agak kacak.. rasanya bukan melayu tulen ni...

"Sure.. silakan.."

"Thanks... nak minum? I belanja you hari ni.."

Hai baiknya.. belum kenal lagi dah nak belanja aku, biasalah lelaki suka sangat pancing perempuan dengan wang ringgit.

Lelaki itu mengangkat tangannya melambai kepada seorang pelayan di situ... dan tak sampai 5 minit dua gelas berisi air berwarna keperangan tiba di meja mereka..

"Thanks.. I Suhail... you?" dia menghulurkan tangan ingin berjabat tangan.

"I am Ricky... nice meeting you.." ujar lelaki itu sambil menyambut tangannya dan dibawa ke mulut terus dikucupnya lembut. Mata lelaki itu melirik kepadanya dengan senyuman menggoda.

"Selalu ke you lepak sini sorang-sorang?" dia bertanya sekadar menghangatkan suasana antara mereka..

"Tak juga.. biasanya dengan my friend tapi dia tak dapat join pula hari ni.. tu yang I sorang saja ni.."

"Oh.. eh kalau you tak kisah.. boleh I temankan you? I pun sorang saja ni.." lelaki itu menawarkan dirinya.

Dia hanya tersenyum mendengarkan tawaran lelaki itu...

Mereka berlaga gelas.. dan tegukan demi tegukan, gelas demi gelas air itu mengalir masuk kedalam tubuhnya... dia lupa segalanya.. dia mahu enjoy... dia mahu lupakan segalanya yang mengongkong hidupnya... dia lupa dosa pahala, halal haram..

"Jom menari nak.." ajak lelaki itu sambil menarik tangannya.

Dia hanya mengikut saja rentak lelaki itu, pandangan pula semakin berbayang.. dia mabuk kini.. rentak tari juga telah sumbang, pincang..... dia hanya melentukkan kepala ke bahu lelaki itu, membiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya... langsung tidak menolak bila bibir lelaki itu mula menjalar ke segenap wajahnya, dia hanya tersenyum menikmati sentuhan lelaki itu...

Dia hanya ketawa mengekek bila lelaki itu merangkul tubuhnya membawa keluar dari club itu.. dia langsung tak peduli lelaki itu mahu membawanya ke mana.. dia hanya ketawa gembira.. dia sendiri tak tahu untuk apa ketawanya itu, cuma dirinya mahu ketawa lalu dia menghamburkan tawanya keluar, lepas dan bebas... mereka berjalan terhuyung-hayang... penangan air kencing syaitan yang baru saja mengalir masuk ke dalam tubuh.. dia lupa sedangkan setitis air haram itu masuk ke tubuhnya, segala amal yang dilakukannya takkan diterima selama 40 hari.. itu baru setitis... tapi dia dah minum bergelas-gelas malah berbotol-botol... ah waktu muda nilah nak enjoy puas-puas, bisik sang iblis pada telinganya..

*********

"Hai ni kenapa muka masam macam tikus tertelan asam jawa ni?" soal Daniel agak hairan.. sedar-sedar dari tidur tadi.. wajah Balqish sudah mula mencuka.

Hanya jelingan tajam yang diberikan kepadanya sebagai jawapan kepada soalannya.

"Huihh seksinya kau punya jelingan tu macam nak tercabut biji mata.. eh kenapa ni? pagi-pagi tak eloklah masam-masam ni, nanti rezeki susah nak masuk.."

Aku ada buat salah ke sampai dia marah macam ni... Daniel tertanya-tanya.. cuba diingati apa yang telah dilakukan.. tak ada rasanya.

"Awak tulah.."

"Kenapa pula dengan aku?"

"Pantang ada peluang, suka sangat ambil kesempatan.."

Sebentar tadi, sedar saja dari tidurnya dia tersentak.. tangannya begitu sedap memeluk tubuh lelaki itu dan kepalanya pula elok sekali beralaskan lengan lelaki itu... mereka memang dekat sekali, rapat.. sehinggakan dahi mereka bersentuhan..

"Lah aku ada buat apa pula?"

"Awak curi-curi peluk saya kan? jahat tau.. "

"Mana ada... kau yang peluk aku dulu.."

Err betulke aku yang peluk dia dulu? ke dia tipu saja...

"Eleh kalau awak tak tidur sebelah saya, tak adalah saya peluk awak... "

"Habis kalau tak tidur sebelah kau, aku nak tidur mana.. kan ni katil aku..."

"Tidurlah mana-mana pun janji bukan sebelah saya.."

"Eeeii.. orang dah tolong angkat kan dia, bukannya nak ucapkan terima kasih.." Daniel bergumam perlahan.

"Eleh orang tak suruh pun awak tu angkat saya.."

"Habis takkan nak biarkan kau terlentok tidur duduk sambil peluk kaki aku ni... lenguh tau tak.. apa kau ingat kaki aku tu teddy bear ke?"

Err aku peluk kaki dia?? betul ke? alahai malunya...

"Err saya gi mandi dululah..."

Dah malulah tu kan...ehehe.. Qish Qish macam-macamlah kau ni.. dia tergelak kecil dengan telatah Balqish itu.

Baru beberapa langkah menuju kearah pintu, Balqish tiba-tiba memusingkan tubuhnya dan melangkah ke arahnya kembali.. Eh dia nak apa pula ni.. aku ada salah cakap ke tadi?

Selamba tangannya menyentuh dahi Daniel, kemudian leher pula..

"Hurm dah baik demam awak.. pandai juga saya jaga awak ya.." terasa sedikit lega bila merasakan suhu badan lelaki itu sudah kembali ke normal.

Ingatkan apalah tadi.. ceh cuma nak merasa suhu badan aku saja...

"Dah awaknya jangan nak termenung pula... pergi mandi cepat lepas tu siap-siap.. nanti lambat pula pergi kerja.. dahlah dah lama awak tu bercuti.."

"Ya... aku taulah.. ke kau nak mandi sama dengan aku, aku tak kisah..." dia mengusik.. kelakar macam budak-budak dilayannya aku ni.

Balqish menjengilkan matanya mendengar kata lelaki itu..

"Gatal...!"

"Suami kau juga.." Daniel ketawa mengekek bila Balqsih menjelirkan lidahnya seusai dia menghabiskan ayatnya.. seronok dapat mengusik Balqish..


~> Nota jari jemari Nuril... salamunalaik... shbt rkn2 pmbaca... ramai yg tertanya-tanya napekah si Nuril ni lmbt sgt post kan new ntry ltely... huhu sya minta maaf kpda anda smua.. sy agak ksibukan(sibuk apa ntah..) heuheu.... tapi sy jnji sy akan cuba sdaya mgkin utk tidak mengabaikan novel2 sy ni...
Sy btrima kasih bbyk pd smua pmbca stia yg x pts2 mmbri sokongan2..
hehehe masyeh2... luv u olzZzzzZzzzZZz(ttdo dah eh2)

8 comments:

NURUL NUHA said...

x der laaaa manede lambat...ok laa2 kire dlm seminggu ade gak n3 yg terbaru...hehe x pe kite tunggu x kesah pon lambat asal jangan x wat terus dahlaaa...hehehe..papepon citer nie best sesangat x saba nak tau kesah seterusnye...

akak said...

thumbs up...
best3

::cHeeSeCaKe:: said...

bestla cite ni..
suke sgt2..
qish ni cute la..
xde la lmbt pon..
not bad..

epy elina said...

hohoho...
btul2...
x la lmbt sngt...
best2x...
smbung2x...

Anonymous said...

best nuril...
keep it up..
klu nk post 1 ep 1 hari pn ok gak hehe....
anyway tq so much...

xoxo ~aki~

suriyani said...

salam nuril..
btol 2..kire ok la..jgn x continue lg da..
mmg bes la..!!

linda leo said...

best sangat cetir ni,kelakar pun ada
................anway good luc for u...buat yang terbaik...

cikgulizz said...

kelakar la depa berdua ni..betul ker si daniel tu buat donat?? macam x caye jer..haha..x tahan nk gelak..macam mana dia uli?? ker pakai bread machine? syahdu nyer si daniel ni..buat donat utk si isteri..mana nk cari orng cam ni wehhh...suker3x..teruskn..