iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, March 29, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[33]


Kenapa dengan dia ni? sejak balik tadi mukanya ketat semacam saja... isk ada yang tak kena ke? nak tanya pada mummy, mummy pun buat muka macam jeruk terlebih cuka... nak tanya si Daniel... errr macam tak berani saja.. tak pernah-pernah sebelum ni mukanya tegang macam ni.. Balqish memandang dua orang insan yang sedang duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu itu.. isk perang apa pula yang mereka sedang lancarkan ni? seorang mengadap ke kanan seorang mengadap ke kiri..

Bibir Daniel kelihatan berketap terkumat-kamit.. hisy baca mentera apa pula dia ni... tak fahamlah dengan mereka berdua ni.. dahlah sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut masing-masing sejak tadi.. kesudahannya aku ni dah jadi macam tunggul kayu... tak pun boneka.. apa aku tanya seorang pun tak menjawap.. geram ni..

"Mummy.."

"Daniel"

Eh.. apa kenanya ni? sekali bersuara dua-dua pula serentak nak bercakap.. Balqish memandang wajah Daniel dan Puan Sri Nuha.. hairan, tak faham, kurang mengerti dengan perangai dua beranak ini..

"Kamu dah fikir apa yang mummy cakap dalam kereta tadi Niel?"

"Tak... bukannya urusan Niel pun, kenapa Niel pula nak kena pening-pening kepala untuk fikir benda mengarut yang tak masuk akal tu.."

"Amboi senang kamu cakap bukan urusan kamu ya, habis tu urusan siapa? takkan urusan mummy pula? pandai ya... dah makan lepas tu biar macam tu saja, cubalah belajar bertanggungjawab sikit.."

Eh makan apa pula ni? sejak bila pulanya Daniel ni pandai makan sendiri-sendiri ni? lepas tu biar begitu saja? bukan selalunya aku yang jadi tukang kemaskan ke? Balqish masih blur tak faham makna yang tersirat di sebalik kata-kata mummy mentuanya itu.

"Apa buktinya mummy yang Niel yang makan dia? eh mummy ramai lagilah yang makan dia, dia sengajalah tu nak sabotaj Niel, nak kenakan Niel, dia cemburu tengok kehidupan Niel sekarang ni.."

"Err... chop-chop... apa benda sebenarnya ni mummy? abang? makan apa ni? Qish tak fahamlah.."

Mereka berdua berpandangan tak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Balqish itu.

"Kenapa abang dan mummy diam? tak nak kongsikan ke apa yang meributkan mummy dan abang ni?"

Larr orang tanya tak mahu jawab pula... susah sangat ke soalan aku ni... isk aku rasa budak darjah satu pun boleh jawab soalan aku ni.

"Tak ada apa-apalah...." Puan Sri Nuha membuka mulut akhirnya, serba salah nak memberitahu perkara sebenarnya, takut menambahkan lagi kekalutan yang sedia ada.

"Kalau tak ada apa-apa kenapa muka mummy dan abang tegang semacam saja?" masih tak puas hati lagi dengan jawapan yang di berikan oleh emak mentuanya itu.

"Qish ni kenapa? dah mummy kata tak ada apa-apa, jadi maknanya tak ada apa-apalah.. tu pun tak faham ke?" tiba-tiba Daniel membentak, mungkin marah yang bergumpal didalam dadanya membuatkan dirinya mudah naik angin.

"Abang ni kenapa? kalau ya pun tak ada apa-apa, janganlah marah-marah orang..." lirih nadanya, rasanya ini pertama kali Daniel meninggikan suaranya di hadapan emak mentuanya.

Balqish menggetap bibir, entah kenapa mudah sangat air matanya memenuhi tubir matanya, menanti masa untuk gugur menuruni pipinya.. dah dia balik dengan muka masam mencuka, kita tanyalah... ingat nak ambil berat pada dia, tapi tak sangka dia marahkan kita pula... ceh lain kali jangan harap aku nak ringankan mulut ni untuk bertanya pada kau.

"Kamu berdua ni, boleh tak jangan bergaduh depan mummy ni, pening kepala mummy tau tak dengan sikap kamu berdua ni.." tegur Puan Sri Nuha bila dia melihat bunga-bunga pergaduhan yang sudah mula tercetus diantara anak dan menantunya.

"Dahlah... Niel nak naik dulu, nak rest... "

Balqish hanya memerhati langkah Daniel yang laju memijak anak tangga sehinggalah tubuh itu hilang di sebalik pintu biliknya.

"My..." wajah Puan Sri Nuha di pandangnya mohon penjelasan kononnya.

"Entahlah Qish... mummy pun tak tahu nak kata apa lagi.."

"Mummy pun nak naik dululah Qish, mengantuk pula rasanya.. yelah semalaman tak tidur langsung.." dia beralasan, selebihnya dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab andai Balqish terus bertanyakan soalan kepadanya, serba salah, sungguh bila dia memandang wajah polos milik menantunya itu, dia tak sampai hati... ingin memberitahu letak duduknya perkara sebenar.. tak sanggup membayangkan bagaimana rupa menantunya andai mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, mesti dia kecewa, mesti dia hampa... ah aku perempuan, dan aku faham bagaimana rasa pedihnya luka andai suami yang disayangi sanggup melakukan perkara yang sebegitu rupa.

Lah... aku juga sendiri di sini.. ingat turun ni nak taulah juga apa yang sebenarnya berlaku, tapi masing-masing boleh pula pakat-pakat tak mahu jawab isk ni yang buat aku bertambah rasa ingin nak tahu ni.... Balqish mengomel geram, bengang dirinya ditinggalkan sendirian dengan pelbagai persoalan tanpa di beri jawapan yang sepatutnya.

*********

Datin Adlyn hanya memandang kosong pada tubuh Suhail yang masih terbaring lemah itu.. pucat benar kelihatannya wajah anak itu.. entahlah.. dia sendiri sehingga kini masih lagi sukar untuk menerima kenyataan yang terbentang di ruang matanya kini.

Sungguh... dia sendiri masih tak tahu apa sebenarnya perasaan yang sedang melanda jiwanya kini... marah hampa kecewa.. bercampur aduk.

Dato' Zakuan yang telah lama terlena di atas sofa di ruang kamar VIP itu dipandangnya, penat benar wajah suaminya itu.. dia pun turut berasa letih juga tapi entahlah... fikirannya sungguh berserabut sehingga tiada asa hendak menuruti nafsu tidurnya.

Perbincangan yang berlangsung sebentar tadi masih lagi belum jumpa titik penamatnya, ya dia hanya melihat wajah tegang Daniel ketika meninggalkan mereka tadi, tak tahu apa yang mereka berdua bincangkan tadi...

Kalaulah dia dapat mengagak benda ini bakal terjadi, mungkin awal-awal lagi dia telah menikahkan Daniel dengan Suhail... kalaulah dia dapat menghidu perubahan perangai Suhail dari awal, mungkin perkara sebegini dapat dielakkan... isk itu semua kalau ada 'kalau'... masalahnya semua benda yang memalukan ini telah pun terjadi.. itu kenyataannya... walaupun terlalu pahit dia terpaksa menelannya juga... Suhail manusia biasa, seperti dia juga tak dapat lari daripada melakukan silap dan siapalah dia untuk menghukum anak itu walaupun jiwanya benar-benar terluka dengan perbuatan anaknya kali ini.

Dalam hal ini dia tak tahu ingin meletakkan silap pada siapa, mungkin salah dia juga, kerana mahu melihat Suhail menjadi sempurna sampai anak itu memberontak dalam diam, atau mungkin salah Dato' Zakuan kerana terlalu menyekat langkah puteri tunggal mereka... atau juga salah Suhail sendiri?? kerana terlalu mengikuti jiwa remajanya, sampai tidak dapat membezakan halal dan haram.

ALLAH beratnya ujianMu kali ini... sampai aku rasa aku tak mampu menggalasnya..

"Lyn.. are you ok?" terasa bahu di usap lembut secara tiba-tiba...

"Abang... dah bangun?" sengaja di biarkan soalan suaminya itu terbiar sepi.. tak ada daya menjawabnya..

"Abang tak boleh lena... Lyn fikir apa... tak nak kongsi dengan abang ke?"

"Entahlah bang... Lyn fikir pasal kita... agaknya dosa apa yang kita telah lakukan sampai kita di uji begini?"

"Lyn... kadang-kadang DIA uji kita bukan sebab dosa yang telah kita lakukan, tapi DIA uji kita sebab nak tengok seteguh mana keimanan kita padaNYA.. adakah kita hanya dekat padaNYA waktu kita dalam kesempitan sahaja atau kita sentiasa mendekatinya tak kira susah dan senang..." lembut nadanya menuturkan... kalau isterinya kecewa, dia lagilah kecewa, berkali-kali ganda rasanya, yalah dia seorang lelaki, seorang pemimpin ketua keluarga.... namun dia tak mampu menjalankan dengan baik.. seorang anak pun dia tak mampu membimbingnya dengan baik...

"Lyn malu bang, selama ni kita sering menjadikan anak kita contoh kepada anak-anak teman-teman kita, tapi tak sangka anak kita lebih teruk daripada anak-anak teman-teman kita... entahlah bang, mungkin ni balasan pada kita juga sebab terlalu bangga-banggakan dia.."

"Entahlah Lyn... tipulah kalau abang kata abang tak ada rasa malu... tapi benda dah pun terjadi... nak tutup pun lambat laun orang akan tahu juga... redha sajalah.. ni semua pengajaran buat kita.. dan kita hanya mampu merancang, selebihnya hanya DIA yang tentukan..."

"Jadi abang rasa kita perlu buat apa?"

"Seperi yang Suhail kata, kalau betul Daniel yang lakukan abang nak dia bertangungjawab... abang nak dia nikah dengan anak kita.."

"Tapikan dia dah beristeri, siap dah ada anak lagi.."

"Ah abang tak kira... dia lelaki boleh berkahwin lebih dari satu..." tekadnya muktamad... itu saja jalan yang mampu difikirkan kini.. lagi pun siapa lagi lelaki yang sanggup terima perempuan yang telah tidak suci seperti Suhail itu.

"Abang sanggup tengok anak kita bermadu ke?"

"Lyn pilihan apa lagi yang kita ada..."

"Ok kalau itu yang abang rasa jalan yang kita ada... I ikut sahaja kehendak you tu.."

************

Balqish mencuri pandang ke arah Daniel yang sedari tadi hanya diam membeku saja di sofa yang terdapat dalam bilik tidur mereka.. Hairan melihat perangai mendiamkan diri lelaki itu, biasanya pantang ada peluang Daniel suka menghampirinya, menyakat dirinya..

"Er... Daniel..." dia menyeru nama lelaki itu.

Diam...! tiada reaksi.. nampaknya lelaki itu betul-betul tenggelam dengan dunianya sendiri.

"Daniel.." sekali lagi dia memanggil... siap melambai-lambaikan tangannya ke hadapan wajah lelaki itu.

Tetap juga tiada reaksi...Isk mamat ni tidur dengan mata celik ke apa...

"Awak..." dia menyentuh perlahan dahi Daniel.. mana tau kot-kot lelaki itu kurang sihat ke, lain benar perangainya... isk normal je suhunya tak ada pula panas..

"Ha... er nak apa?"

"Awak ni ok ke tidak... asyik termenung saja dari tadi..."

"Aku ok.." hanya dua patah jawapan yang di berikan...

A'ah.. yalah tu ok... ok apanya kalau bahasa pun dah bertukar 'abang' ke 'aku'... hari tu dia yang beria nak bahasakan dirinya 'abang'.. Balqish mencebik.

"Awak nak saya masakkan apa-apa ke?"

Tiada jawapan... eeii suami aku ni... aku cakap dengan dia serupa aku cakap dengan sofa nilah..

"Awak saya tanya ni.. awak nak makan apa-apa tak? saya nak masak ni.."

"Masak jelah apa-apa, nanti abang makanlah.."

"Betul ni? tak nak suruh saya masakkan apa-apa?" dia bertanya lagi inginkan kepastian..

"Qish ni kenapa? kan aku dah jawab tadi.. heiisy sejak bila jadi tak faham bahasa ni? orang dah lah serabut dia boleh pulak pot-pet pot-pet macam mak nenek.. dah aku dah jawab sekali tu dahlah, ni nak juga tanya-tanya lagi..." bentak Daniel tiba-tiba, membuatkan Balqish terkejut, tersentak, terkesima, tak pernah-pernah dirinya di marahi sebegini.

"Qish tanya saja... sebab awak nampak lain... kalau ya pun awak tengah serabut.. janganlah buat perangai macam ni.. marah-marah saya macam ni..." sedihnya di marahi tanpa sebab.

Daniel meraup mukanya.. serba-salah bila mendengar nada suara Balqish seperti orang ingin menangis. Perlahan-lahan dia menapak, melangkah menghampiri Balqish.. Bahu isterinya di pegang...

Ah dia tak tahu apa-apa, dan dia tidak sepatutnya menjadi mangsa tempat aku menghamburkan marah.

"Qish abang minta maaf.. ab.. abang.."

"Dahlah... saya maafkan awak, saya tahu awak tak sengaja.." tangannya menepis lembut tangan Daniel yang berada di bahunya, petanda protes.

"Abang tak sepatutnya marah Qish.. I am sorry ok.." tubuh isterinya di tarik lembut kedalam dakapannya walaupun Balqish meronta-ronta minta dirinya di lepaskan..

"Abang minta maaf.." suara itu dirasakan begitu hampir di telinganya..

Balqish terasa kucupan lembut hinggap di dahinya..

"Lepaslah.. saya dah maafkan awak.." dia menolak perlahan tubuh sasa suaminya itu.

"Eeeii.. bencilah dengan awak ni, pantang ada peluang suka ambil kesempatan..." Balqish memasamkan muka, tidak berkenan dengan perbuatan Daniel menciumnya tadi.

Daniel tersenyum.. terusik hatinya dengan reaksi Balqish itu, entah kenapa jiwanya terasa lapang setiap kali bersama dengan Balqish... dan Balqish dah pandai merajuk minta di pujuk... wah perkembangan yang baik ni...

"Ni kenapa senyum-senyum pula? tadi bukan main masam lagi..."

"Tak ada apa-apalah.. dahlah pergilah memasak... abang nak mandi kejap.."

Terbeliak mata Balqish bila mendengar kata Daniel itu...

"Hah awak tak mandi lagi?? eeiii tak senonohlah awak ni, tak mandi lagi dah peluk-peluk orang.."

"Dah orang tu merajuk... orang ni peluklah dia sebab nak pujuk dia.."

"Dah-dah pergi mandi, saya nak masak ni... lepas mandi nanti tolong tengok-tengokkan Batrisyia mana tau kot dia terjaga minta susu ke.."

"Ok sayang... eh jom mandi sekali dengan abang.." sengaja dia menarik tangan Balqish ingin mengusik.

"Tak naklah.. saya dah mandi tadi..." isk suami aku nilah kan.. dia diam aku risau... tapi bila dia tak diam... aku yang letih melayan kerenah tercabut skrunya ni.

14 comments:

Sha said...

shian qish xpsl2 kne mara..
xnk la niel kne kwin pkse ngn suhail 2...plzzz3..
nk niel ngn qish jer..
xnk bermadu2 nih...

suriyani said...

salam nuril..
hmmm,,xkan la sampai kene kawen kot..??xnakkkkk...!!!
ape la suhail ni...

Unknown said...

salam...
wah...taknk lh c daniel 2 kna kawen ngn suhail...
cian kat balqish kalau die tau perkara sbnr apa yg terjadi....
jangan kawen....daniel tak slh....
huhuhu....

Nuril Bahanudin said...

salam.. hai2 ranting.. hai nik, hai misa ain..
alah... naklah diaorang kahwen..
alah naklah...
hehehe..
knpa ek yu all x suke daniel dngn suhail kahwen ni?
kan sesuai tu, cam pinang dibelah kapak apa..
ehehehe guwau jea.. jgn amik ati..
nak tau daniel dgn Suhail jadi kahwen ke tidak.. kita 2nggu ep strusnya..
- (^^)~

akak said...

plez plez plez jnglah kawinkan si suhail ngn si daniel..cian kat qish nnti.. payah2 matikan je watak si suhail..(wah boleh plak mintak gitu??) hahaha.

Sandy said...

alaaa kak nuril neh...mestilaa x ske
sbb daniel hanye layak ngan qish jeee...hehehe
x mau laa diduakan ngan si suhail uh
kak nuril jangan lupe tau sambunk skali citer tuk 3 bulan 2...lame da x de n3 terbaru..huhu =)

Nuril Bahanudin said...

Wah kejamnye akak...
ekekeke...
Alah Nuha rileklah..
hehehe konflik tu kan msti ada dalam setiap perkahwinan.
n3 utk 3 bulan tu ade buat tapi x smpat post lagilah.. tgklah esok akak postkan..
masyeh2..

Unknown said...

comey,,,
xnk daniel kawen ngan suhail,,,
sian kt qish,,,
suhail jahat,,,

Anonymous said...

kak nuril...pleaseeeeeeeeeee jgn bg depa kawin...teman xsuka ler....

aqilah said...

takkan la daniel kena jadi kambing hitam suhail lak???????? adusssssss.............nehi.....nehi...................

faiicie said...

eeee...sengalnya ngn Suhail 2...
suka2 ja fitnah org...
Niel ngn Qish baru nak mulakan khdupan yg bahagia...adala pulak badai yg melanda...bg can la skettttt ngn Niel n Qish 2 nak bercinta-cintun...huhu

Cik D said...

adei...xmo daniel kawen ngan perempuan 2...e...jahat betul la suhail 2...xptut betul...huhuhu...cpt smbg kak...bez ler...suke...suke kat story ne...hehe..

Anonymous said...

salam kak nuril..
sy bru je smlm start bca citer ni dr mla...best r..dh lma x sngih2 n gelak2 cmni...hehehe
crita akak mnarik+best r..ska sgt
sy pun x skong r klu daniel kna kwin ngn suhail..isk..isk..
ape pun hrp akak dpt smbung lg..
sy akn trus mnanti..hehe

-cahaya-

Nuril Bahanudin said...

Hai miz ruha, anonymous, aqilah,cinta terindah, hoshiyo..
terima kaseh sbb mmeri komen..
Hai Cahaya..
terima kaseh krn mngikuti novel ni..
(^^)