Bab 24
“You ni, asyik duduk melangut
menongkat dagu termenung macam orang mati laki ni kenapa Dorynn? Buruk benor rupenya. Tu ha telefon dari tadi
terjerit-jerit tapi you buat ‘dek’ je macam dia tak berbunyi. Haisy muda-muda
lagi dah pekak ke?” Darius yang semakin hilang sabar dengan perangai Dorina
yang dilihatnya semakin menjadi-jadi sehari dua ini menegur lancang.
Dorina memasamkan muka. Menjeling
tajam kepada Darius. Hisy si lembut ni, bukan main lagi mulut dia. Sekali aku
sumbat dengan tumit kasut ni karang baru tahu. Aku dahlah tengah susah hati
yang memikirkan rancangan yang dibuat semakin menjauh daripada jangkauan.
“Sibuklah you Dar. Pergi buat kerja
you jangan nak membebel dekat sini. Boss pun tak pernah marah I tau.”
“Boss tak pernah marah sebab dia tak
nampak perangai sebenar you yang pandai berpura-pura rajin di hadapan dia tu.
Eh dolphin ops silap Dorynn, you ni
pergi kerja dengan niat apa ek? Untuk berkerja atau mahu menggoda boss? Tu
bibir tu merah menyala dah cantik menawan dah tapi sayang you tu tak pandai
senyum, cemberut berkerut macam muncung ikan lumba-lumba. I rasa ikan
lumba-lumba lagi cantik dari you. Kesian boss dapat staff macam you.”
“Encik Darius, mood I tak berapa baik ni. Baik you jangan nak membebel-bebel depan
I ni ok. Yang you tu spesis sotong tu tak sedar diri pula? Jalan melenggang
terkedek-kedek serupa itik pulang petang. Cakap orang tapi diri sendiri sama
saja.”
Darius mendengus geram. Huh siapalah
lelaki malang yang menjadi laki perempuan ni. Langsung tak ada adab ketimuran.
Cakap main lepas saja. Bila ditegur sepatah berpuluh patah pula dia jawab. Huh
tak kuasa I nak layan eh. Buat habis air liur saja.
“Hah tahu pun you diam ya? I ingat
you tak jumpa titik noktah tadi. Membebel tanpa henti. Buat sakit telinga I ni
saja.” Dorina menyindir sinis bila melihat Darius yang terdiam mendengar
kata-katanya yang sebentar tadi.
“I malas nak bertekak dengan you
Dorynn. Menasihat you macam beri nasihat kat batu, langsung tak memberi kesan.
Kalau macam ni sikap you memang sampai ke tua pun tiada siapa yang nakkan you
Dorynn kalau you tak berubah.”
“I berlaki ke tak ke, bukannya
urusan you pun.”
“Memang pun…”
“Hah kalau dah tahu tu yang you
sibuk mengata I kenapa? Paku dulang paku serpih, kata orang sendiri yang lebih
tak tau pula. Umur dah hujung-hujung 30 puluh tapi masih single lagi di status dia tu tak sedar pula.” Dorina mencebikkan
bibir geram dengan perangai kaki sibuk Darius itu. Sudah lama dia kurang
berkenan dengan perangai Darius itu. Jauh berbeza dengan Wan Nazarielnya, yang
sentiasa dipuja siang dan malam serta siap termasuk dalam mimpi malamnya lagi.
“Amboi apa ke hal riuh sangat ni?
Dah macam Pasar Borong Selayang dah gamatnya office ni. Eh Dar you tak ada kerja ke nak dibuat selain daripada
‘bermesra’ dengan si Dorynn ni?”
“Huh Maria, you tak sayang mulut ke
tu? Banyak lagi kerja yang I boleh buat selain daripada nak bermesra dengan
minah-perasan-cantik-ni Maria oi. I tegur dia yang asyik berangan tak ingat
dunia tu, sudahnya dia marah I balik. Macam ni punya orang pun ada. Apalah yang
boss kita pandang dengan dia ni. Buat kerja kurang tapi make-up je lebih.”
“Huh apa dia ingat dia tu baik
sangat ke mengata I macam ni. Lebih-lebih tau si sotong ni Cik Maria. Ikutkan
marah I ni, rasa nak cili-cili je mulut dia tu. Biar tak boleh bercakap
setahun.”
“Sudah-sudahlah tu kalian berdua.”
Maria menegur mengeraskan suara. Mula tidak betah melihat perangai Darius dan
Dorina itu.
Hairan, kenapa dengan Darius gadis
itu langsung membiarkan perangai lepas lakunya itu terserlah? Kalau dengan Wan
Nazariel mahupun dengan staff-staff lelaki lain perangai Dorina langsung
berubah 100%, lemah lembut manja dan menggoda. Tipulah kalau lelaki normal yang
punya nafsu tak terliur. Dia mengeleng-gelengkan kepala. Susah nak faham dengan
mana satu perangai sebenar Dorina itu. Kadang-kadang boleh jadi terlalu
lemah-lembut, kadang-kadang boleh jadi seperti singa lapar, menyinga saja
taunya bila ditegur.
“Huh!” Dorina mendengus kasar.
“Eleh!” Darius membuang pandang ke
arah dinding. Andai dibandingka muka Dorina dan dinding ni, aku rasa dinding ni
lagi lawa dari dia. Sempat juga dia mengata gadis itu.
“Dah pergi sambung kerja you Dorynn…
Dar bukan I dengar you ada meeting ke
setengah jam lagi?”
“Ha’ahlah Maria, nasib you ingatkan
I, melawan si dolphin ni buat I jadi pelupa.” Jam yang berada dipergelangan
tangannya itu dikerling.
Menyinga Dorina mendengar gelaran
yang sengaja diberikan oleh Darius itu. Laju jemarinya mencapai sepatang pen
yang terdapat diatas meja dan laju juga dia melemparkan pen itu ke arah lelaki
itu. Sayang balingannya tak kena dan tersasar ke tubuh seseorang. Glup! Pucat
wajahnya bila melihat wajah ‘mangsa’ keadaannya.
Darius yang pada mulanya ketawa,
kononnya meraikan kemenangan itu terhenti kalut. Pucat semerta wajahnya, 2x5
seperti wajah Dorina.
“Hai saya rasa saya menggajikan
pekerja dewasa, bukannya yang seusia dengan kanak-kanak tadika.” Dato’ Wan
Nazri menegur sinis. Pen yang tadinya tepat mengenai batang hidungnya dan
terdampar berhampiran kakinya itu dikutipnya.
Huh nasib baik kena hidung, kalau
kena mata mesti buta sebelah dah ni. Sempat hatinya berbisik lega.
“Da… Da.. Dato’… ma.. ma.. afff”
Tergagap-gagap Dorina memohon maaf. Kecut juga hatinya melihat raut serius bapa
kepada Wan Nazariel itu.
Padan muka kau Dorina. Maria
mengulum senyum melihat kekalutan yang terlakar jelas di raut putih melepak
Dorina itu.
“Lain kali kalau nak bergurau-gurau
pun jangan baling pen ni tau. Pen ni tak bersalah, yang bersalah orang, lagipun
bahaya tau. Kalau kena betul mata tadi dah buta saya ni. Haisy hilang kacak
dah. Silap-silap Datin cari yang lain nanti. Kesian saya.” Sempat menyelitkan
jenaka dalam pada dia menegur sikap pekerjanya.
Memang itu caranya. Begitulah
selalunya kalau dia menegur pekerjanya. Lembut dan berhemah. Tak berminat
melenting, menggunakan kekerasan dan mungkin itulah sebabnya ramai yang
menyertai syarikatnya mampu bertahan lama sampai ke umur bersara.
“Hah Maria, yang kamu tekup-tekup
mulut tu kenapa? Nak gelak lepas sajalah. Tak payah cover depan saya ni.”
“Errr tak… tak adalah Dato’… Mana
ada saya nak gelak.” Laju dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Walaupun bekas
majikannya itu seorang yang sporting.
Belum pernah terlintas dalam fikirannya untuk lepas laku di hadapan lelaki itu.
Wajah Dorina yang kemerah-merahan
terkulat-kulat selepas ditegur itu direnung lama. Darius tersenyum sinis dalam
diam. Tulah ada hati lagi nak baling dekat aku. Kan dah kena dekat orang lain.
“Err ada apa Dato’ ke sini?” Maria
menyoal sengaja cuba menghidupkan suasana yang tiba-tiba menjadi sepi.
“Saja… Anak sayakan tengah bercuti,
jadi sementa dia bercuti tu biarlah saya tengok-tengokkan company ni bagi pihak dia. Ada yang tak beres ke Maria? Client kita macam mana? Setakat ni ada
yang tak boleh diuruskan?” Berpuluh tahun dalam bidang perniagaan bermacam
ragam yang dia jumpa, namun setakat sehingga ke hari ini belum ada lagi ragam
yang tak mampu dihadapinya.
“Hmm setakat ni semua berjalan
lancar. Tak ada masalah. Usahlah Dato’ risau sepanjang ketiadaan En Zariel ni
insya-ALLAH saya, Darius, Dorina dan staf yang lain akan menjalankan
tanggungjawab seperti biasa. Betul tak Dar?”
“Ha’ah!” Laju mengangguk.
“Bagus, gembira saya mendengar kata
awak tu Maria. Bangga saya ada pekerja berdedikasi seperti kalian semua. Senang
hati saya kalau begitu.”
“Err terima kasih Dato’, malu kami
dipuji.” Serentak Maria dan Darius bersuara.
“Ha kalau begitu saya minta diri
dululah. Ada janji dengan Datin nak lunch sama-sama. Nanti lewat merajuk pula
dia. Selamat berkerja kamu semua. Kalau ada apa-apa yang tak beres boleh
hubungi saya terus. Maria awak taukan macam mana nak hubungi saya?”
“Tau Dato’…” Laju dia menjawab.
“Bagus. Ha Darius you pun sama. Pergi
buat kerja you jangan asyik nak mengusik anak dara orang saja.”
“Er ya-ya Dato’…”
“OK saya balik dulu. Lewat dah ni
pun. Habislah saya kena leter dengan Datin tu nanti. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…” Serentak
masing-masing menjawab bersama hembusan nafas lega keluar daripada rongga
hidung masing-masing. Nasib baik.
Bab 25
Yess! hari yang membencikan semakin
berakhir. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya lincah melipat
pakaian-pakaiannya dan memasukkan ke dalam beg. Hari ini hari yang terakhir mereka
berada di sini.
Ah, semuanya dah siap. Dia tersenyum
sendirian melihat kerjanya yang sudah pun berjaya dibereskan. Lelaki itu masih berada
di dalam bilik air. Huh mandi mengalahkan orang perempuan, berjam-jam lamanya.
Sempat hatinya mengomel.
Awal lagi ni, baru pukul 8 lebih. Dia
melihat jam yang tergantung di dinding. Ah ada baiknya aku pergi jalan-jalan
dulu. Kalau tunggu mamat tu bersiap, satu pulau ni pun aku sempat nak pusing.
Dengan langkah yang terjingkit-jingkit
dia menuju ke arah pintu. Tak mahu Wan Nazariel sedar akan kepergiannya. Tak
mahu perkara beberapa hari yang lalu berulang kembali. Tak ada privacy langsung. Aku nak ke mana-mana
pun tak boleh. Asyik ada saja muka dia mengekori aku ni. Berhati-hati dia
memulas tombol pintu.
Toleh kiri, toleh kanan, pandang
depan, pandang belakang, yes.. dia
tak sedar, apa lagi, pecutt... zoommm.. Dia berlari menjauh daripada bilik
penginapannya. Mesti lelaki tu tercari-cari ke mana aku pergi nanti. Padan muka
dia. Sengaja telefon bimbitnya ditinggalkan dalam bilik.
Lawanya cengkerang siput ni. Dia
mula terleka mengutip kulit-kulit siput yang bertaburan di gigi air di tepi
pantai itu. Semakin lama semakin jauh langkahnya daripada orang ramai dan dia
sendiri tak perasan.
“Wow.. weh awek cunlah." Tiba-tiba
ada satu suara sengau menyapanya.
Nuriz tersentak, serentak baru dia tersedar
akan keadaan di sekelilingnya. Dia bersendirian kini dan dikelilingi oleh tiga
lelaki yang tidak dikenali. Biar betul? Kenapa aku tak sedar dari tadi yang aku
dah semakin menjauh daripada orang ramai.
“Ini kalau buat kenduri ni mesti
sedap ni geng.” Sambil menjilat bibir sendiri si lelaki jongang itu
menghampirinya. Nuriz mengundur setapak ke belakang.
Apa aku nak buat ni. Call polis! Ya, tangannya kalut
menggagau ke dalam saku seluar jeans yang dipakainya. Kiri dan kanan. Mencari
telefon bimbitnya, tapi tak ada.
ALLAH, jantung semakin berdegup
kencang, resah dan bimbang menyatu dalam dirinya. Kan tadi aku tinggalkan handphone tu di dalam bilik. Ha kononnya
mahukan sedikit privacy, sekarang
siapa susah kalau berlaku benda yang aku tak jangka? Diri aku sendiri juga.
Hati mula berbisik kesal dengan tindakannya sebentar tadi.
Macam mana ni? Dia mula mencari akal
untuk melepaskan diri. Mereka bertiga ni memang tak ada kerja lain ke nak
dibuat? Dia menggetap bibir, merenung satu persatu wajah-wajah di hadapannya. Ni
kalau aku jerit ni, agak-agak ada yang nak dengar tak? Dia bermonolog
sendirian.
“Tolong..!!!!” Jeritnya sekuat hati.
“Tolong..!!!!” Jeritnya sekuat hati.
“Haha jeritlah sampai tercabut anak
tekak kau pun, takkan ada yang nak dengar jeritan kau tu tahu tak?” Mereka
bertiga ketawa serentak, mengejek.
“Hah apa lagi yang korang tunggu,
siapa dulu ni? Aku dululah ya, sebab aku lebih tua sikit daripada korang berdua.”
Apa maksud mereka siapa dulu ni?
Nuriz masih lagi tak faham.
“Tolong jangan apa-apakan aku, kalau
korang nak duit ambillah tapi jangan buat apa-apa pada aku.” Terketar-ketar dia
ketakutan mula menguasi diri. Manalah tahu kut-kut mereka masih punya hati nurani,
terpujuk dengan rayuannya.
“Duit pun kami nak, engkau pun kami
nak sekali! Amacam boleh tak? Hahaha…” Lantang lelaki itu bersuara. Mungkin dia
ketua dalam antara mereka bertiga. Paling banyak bercakap dan paling ganas
mukanya dengan mukanya yang berparut di sana sini.
Gila ke apa mereka ni? Ke mereka ni
tak siuman? Nuriz mengundur diri, bila selangkah mereka mendekat, selangkah
pula dia berundur. Wajahnya sudah pucat, ya ALLAH kalaulah aku tahu ini akan
berlaku, aku lebih rela tak ada privacy,
diekori oleh lelaki itu setiap masa daripada perkara ini terjadi pada aku, hati
berbisik kesal.
Entah apa malanglah nasib dirinya
dalam waktu kritikal ini ketika dia sedang berundur daripada terus didekati
oleh lelaki-lelaki itu entah macam mana kakinya tiba-tiba tersadungkan sesuatu.
Tunggul kayu ataupun batu barangkali. Tak sempat nak lihat dia sudah pun
terlentang di atas hamparan pasir itu. Melihat dirinya yang sudah terjatuh,
seolah menjadi peluang keemasan pula buat ke tiga-tiga lelaki itu. Salah seorang
daripada mereka terus menerkamnya rakus seperti harimau yang kelaparan
lagaknya.
“Lepaslah!!” Dia cuba meronta-ronta
dan menjerit sekuat hatinya.
“Diam! Aku Cuma nak bagi kau
seronok-seronok ni!” Tengking lelaki itu kuat. Berdesing telinganya.
Gila! Sedang dia berusaha melepaskan
dirinya, tangannya tiba-tiba laju membalingkan pasir yang berada dalam
genggamannya terus tepat mengenai mata lelaki itu, menyebabkan lelaki itu
menyeringai kesakitan. Terus tubuh yang menindih dirinya itu ditolak kuat, sehingga
lelaki itu jatuh terlentang. Cepat-cepat dia bangun melarikan diri. Nasib baik
juga aku pakai seluar, kalau buatnya aku bergaun ke kan susah tadi.
“Kejar perempuan tu cepat! Jangan
bagi dia lepas. Tak guna! Memang nak mampus perempuan ni!” Lelaki itu mula
mengarah rakan-rakannya dalam pada mulutnya menyumpah seranah tidak puas hati
dengan tindakan Nuriz yang berani itu.
Baru beberapa langkah dia merasakan
tubuhnya bebas, dirinya telah dicekup kembali.
“Bodoh! Kau nak lari mana hah?” Laju
tangan lelaki itu menempeleng wajahnya kuat, membuatkan dia jatuh tersungkur, berpinar
pandangannya dirasakan seketika.
Dapat dirasakan pakaian yang
tersarung ditubuhnya dikoyakkan ganas.
“Hoi!! Tak ada benda lain ke korang nak
buat selain nak menjahanamkan hidup orang?” Tiba-tiba ada satu garau menegur
kuat. Suara tu, ya dia kenal suara tu.
“Wah ada hero datang nampaknya.”
“Hero kepala otak engkau, tu bini
aku yang korang lanyak tu.”
Dapat dilihat jelas wajah Wan Nazariel
yang sudah bertukar rona. Bengis! Marahkah lelaki itu pada dirinya atas
tindakan pendek akalnya sebentar tadi atau pada manusia-manusia tak guna itu?
“Wah lagi menarik ni. Kalau begitu apa
kata kau tengok bini kau buat show
dengan kita orang, nak tak?” Ejek lelaki itu.
“Kurang ajar kau!” Sabarnya telah
berterbangan jauh kini. Terus meluru ke arah lelaki yang biadap itu. Seperti
aksi kungfu China lagaknya, penerajang sulongnya hinggap tepat pada perut
lelaki itu. Tersungkur jatuh lelaki itu dengan darah menyembur keluar daripada
mulutnya. Balasan yang setimpal atas kelancangan mulutnya sebentar tadi.
Melopong Nuriz. Wah ganas juga ya
suami aku. Hebat. Sempat dia memuji di dalam hati dalam pada keadaan dirinya yang
masih lagi separuh mamai itu. Penangan ditempeleng tadi masih belum hilang sepenuhnya.
Melihat kawan mereka sudah rebah
tumbang, jatuh tergolek, kedua-dua lelaki itu menerpa serentak menyerang Wan
Nazariel tapi sempat dielak. Akibatnya mereka berdua bertembung sesama sendiri,
pada bahagian kepala pula tu. Auww mesti sakit tu.. fikir Nuriz dalam hati.
“Oii kau tak apa-apa ke?” Terus
meluru kepada Nuriz, cemas sekali lagaknya. Tangannya perlahan menyentuh pipi
gadis itu yang memerah, memeriksa kecederaan Nuriz.
“Aa.. saya ok ni, tak apa-apa. Awak
jangan risau.”
Eii terkejutnya tengok dia ambil
beratkan aku ni. Terasa hangatnya sentuhan tapak tangan lelaki itu dipipinya
“Sengal.” Tiba-tiba Wan Nazariel
menunjal lembut dahi Nuriz.
“Apasal pula kata saya begitu?”
Soalnya tidak berpuas hati. Sekejap je tunjuk perangai caring dengan kita, lepas tu tunjuk balik perangai nak cari gaduh
dia. Apa punya lelakilah dia ni. Tak romantic
langsung. Hati mula berbuku dengan tindakan lelaki itu.
“Lain kali buatlah lagi perangai
akal pendek kau tu, kalau aku tak sempat tadi macam mana? Kalau aku tak dapat
ekori kau tadi macam mana? Keluar senyap-senyap konon…” Bebel lelaki itu.
“Sorry…”
Antara dengar dan tak dengar saja suaranya memohon maaf. Sedar akan keterlanjuran sikapnya sebentar
tadi.
“Sorry-sorry itu sajalah kau tau. Pergi naik lorry sampahlah.. huh! Dah bangun cepat,
sebelum mereka tu semua sedar.”
“Zariel!” Nuriz menjerit kuat
tiba-tiba.
“Apanya? Kau nak...” Tak sempat nak
habiskan ayatnya, tubuhnya telah ditolak oleh Nuriz dengan kuat. Jatuh
terlentang dia di atas hamparan pasir. Ptuih!! Terasa ada pasir melekat di hujung
lidahnya.
“Kau kenapa tol.. Riz!!!”
Tersentak melihat Nuriz yang terlentang
ditindih oleh salah satu daripada 3 lelaki tadi. Berlumuran darah dengan sebilah
pisau terpacak didadanya.
“Ya ALLAH!!! Sial! Mati kau tak
guna!” Bagai dirasuk dia menarik tubuh lelaki itu, ditumbuknya bertubi-tubi
sehingga tangannya sendiri terasa sakit, tapi dia tak peduli..
“Zariel..” Terhenti perbuatannya. Perlahan
nada panggilan itu tapi dapat didengar oleh telinganya.
“Nu… Nuriz, kau tak apa-apakan?” Terus
dipangkunya kepala gadis itu. Dikuis anak rambut yang sedikit menutupi wajah
gadis itu. Nampak lemah dan seksa dengan lelehan darah di bibir dan hidungnya.
“I'm
sorry.. Kali ni saya betul-betul minta ma… maaf. Sa… saya janji ta… tak
buat lagi ma…cam ni. “ Lemah suaranya. Meminta maaf untuk kesekian kalinya atas
masalah yang dicipta tanpa dia sengaja.
“No..
no jangan minta maaf dengan aku Riz. Aku yang silap, sepatutnya aku tak
perlu marahkan kau tadi Riz.”
Rasa kesal mula bertandang dalam
dirinya. Kerana marah dengan perbuatan gadis itu dia menjadi alpa dan lalai. Tangan
kanannya terketar-ketar mmenyeka darah yang mengalir di bibir Nuriz itu.
Sakitnya… Nuriz mengeluh di dalam
hati. Matanya juga dirasakan semakin berat untuk dibuka. Agak-agaknya lepas ni
aku mampu celik lagi tak ni? Hati sempat bertanya bimbang dengan kebarangkalian
yang akan berlaku.
“Riz…” Semakin risau bila melihat
mata gadis itu yang semakin layu.
“Saya o..ok. Awak ja..ngan bimbang,
cu..cu…ma letih. Sa..ya nak rehat
sekejap bo…bo…leh? Nak tidur kejap boleh t…ak?” Terus saja matanya terpejam
rapat seusai ayatnya. Dia betul-betul tak berdaya kini.
“Riz.. bangun Riz, Riz!! Kenapa kau
degil?? Aku tak benarkan kau tidur. Aku nak kau berjaga. Buka mata tu. Aku kata
bangun tu bangunlah. Cuba kali ni kau dengar cakap aku boleh tak?” Seperti
hilang akal dia menjerit kuat mengoyang-goyangkan tubuh Nuriz yang terkulai
lesu itu. Akhirnya dia terjelepok lemah dengan kepala gadis itu rapat
didadanya. Tanpa sedar air matanya mengalir deras dipipinya.
Tak tahulah berapa lama dia di situ
sehinggalah dia terasa ada orang menyentuh bahunya. Memanggilnya perlahan.
“Encik…”
Tersentak
bila mengangkat mukanya. Keadaan sekeliling yang tadinya sunyi sepi kini telah bertukar
hingar bingar. Dia pun tak sedar bila masanya mereka-mereka itu tiba, dan bila
masanya ke tiga-tiga lelaki itu ditahan dan siapa yang memanggil polis.
12 comments:
hilang rindu akk kat n3 u dek...tq sesangat u up dua bab sekali..hihi puas cikit akk baca dek.. tapi sedeh nyer bile nuriz jd cam tuh.agar musibah tu dapat mengukuh kn hati zariel sebagai suami nuriz..terima nuriz seada nyer...sampai bile nk rase bahgia,asyik jurang kebencian jer dicipta...nk baca kisah zariel n nuriz sweet2 plak lh pasni dek..cian sngt kat nuriz asyik di timpa malang jer...
huhuhu akhirnya ... ini pendapat saya ...minta maaf dulu kat penulis yer ... bab 24 jalan cerita dier ok tapi mcm panjang sgt utk watak Doryn yg just selingan jer ... xsepatutnya satu bab utk watak dier n watak tambahan... Bab 25 ok ... harap with this musibah spt kak norihan mohd yusof said harap zariel dpt terima nuriz sbg isterinya ... n protect her n start loving her...
Lamanya menunggu sambungan n3.. By the way TQ utk n3 ni walaupun suspen giler dah ni.. :D
Harap2Nuriz selamat!
Lamanya menunggu sambungan n3.. By the way TQ utk n3 ni walaupun suspen giler dah ni.. :D
Harap2Nuriz selamat!
tahniah. awak mmg penulis yang berbakat!gud luck :)
Kisah Saya & Shaklee
Salam cik nuril,
Bila nak update n3 terbaru nih? Lama dh hamba menunggu...
X de n3 br ke? Ari2 sy log in...keciwa la
Putus ada den ngan blog ni...dh 2 bln x de apa2
Sambung lagi.hehe.x sabar nak tau.
wuarghh..... mane sambungan saya x sabar2 nak bace ni .................. huhuhuhuhuhu dahlah dekat episod suspen nihh
nape tk de n3 baru dek...tempek lh akk dh rindu ngan nuriz ngan zariel...pleaseeeeee lh dek....hehe merayu betul2 akk nih...
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
Post a Comment