iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, August 30, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang


Assalamualaikum kesayangan saya. Nak memperkenalkan naskah terbaru yang bakal berada di blog mulai bulan hadapan, SEPTEMBER 2013. Naskah sudah 98% siap dan insya-ALLAH akan dihantar kepada penerbit untuk dinilaikan. Sama ada diterbit atau tak. Kalau tak diterbit, saya akan poskan keseluruhan ceriteranya di sini.

Terima kasih semua atas sokongan yang tak terhingga, dari saya tak tau apa-apa sehingga ke hari ini. Tekad saya bila mahu bergiat di dalam bidang ini secara serius, saya tak boleh mengalah dan hari ini alhamdulillah, berkat sabar itu memang ada. Saya mula mengecap manisnya sabar.

Klik di GAMBAR untuk membaca sinopsis ringkas NOVEL ini. Sinopsis lengkap akan saya poskan insya-ALLAH tak lama lagi.

OH ya sebelum tu, ada yang dah sudah memiliki Novel : 3 Bulan? Kalau sudah terima kasih banyak-banyak kerana sudi memiliki karya kecil saya tu dan kalau belum, jom dapatkan di kedai buku berhampiran anda.

Salam sayang,
Nuril Bahanudin.

Pssstt... semoga TUHAN sentiasa merahmati anda semua. Tanpa anda tiadalah saya yang bergelar penulis hari ini.


:::Selamat menyambut kemerdekaan negara MALAYSIA tercinta yang ke 56 ya sayang-sayang semua. Hargai keamanan yang kita miliki sekarang ni. Ia mahal!:::

2 comments:

IVORYGINGER said...

Br ja abis baca 3 Bulan. So, far okay. Cuma ending mcm tak cukup la. he.. ;D For next novel plz post a few entry. We cannot wait to reed it. ;D

Nuril Bahanudin said...

Hai ivory... thanks sudi memiliki novel 3 Bulan. Sudi melayan kerenah Riz & Riel. Entry baru sudah mula dipost ke blog.
Terima kasih atas kesudian berkunjung.