Benci-benci membenih kasih.
Marah-marah membaja sayang.
Kringggggggggggg!!!
Jam loceng yang berada di atas meja berbunyi kuat bermakna waktu sudah tepat
jam 1 tengah hari. Pen Parker yang
berada di celah jari jemarinya diletakkan perlahan di atas meja. Kerta-kertas
yang berselerakan disusun rapi dan diletakkan di bahagian sudut kiri mejanya
yang terdapat sebuah tray di situ.
Dia bangun perlahan, sambil tangan dipanjangkan mencapai bungkusan beg kertas
yang diletakkan di meja kecil di belakangnya. Dia berjalan melenggang kangkung
menuju ke pantry. Satu gelas kaca berwarna putih
jernih dicapai. Thermos yang
terletak di sudut cabinet itu
dicapai. Separuh air panas, separuh air sejuk, dicampurkan jadilah air suam.
Rutin tengah hari dia ialah meminum air suam sambil menjamah bekalan makanan
yang dibawa dari rumah. Lebih bersih, lebih selamat dan yang penting
kesihatannya pun turut terjamin.
Dia ingat
lagi pada hari pertama dia masuk berkerja kira-kira 6 tahun lalu. Dia telah
menikmati makan tengah hari di sebuah restoren berdekatan dengan pejabatnya,
dan akibatnya dia terpaksa ambil MC lebih daripada 3 hari. Langsung tak boleh bangun,
keracunan makanan kata sang doktor atau dengan kata lainnya food
poisoning. Adeysss fobia.
“Aduh
sengalnya pinggang aku ni!”
Leila
Suria yang sedang tunduk menikmati bekalan makanannya tersedak dikejutkan
dengan satu suara garau yang muncul secara tiba-tiba. Urhgghh siapa pula yang
mengganggu waktu makan tengah hari ni aku ni. Aku ingat semua makhluk yang ada
dekat pejabat ni semua dah keluar makan rupanya masih ada satu lagi yang
tertinggal. Bunyi pintu peti ais yang dihempas kuat hampir meluruhkan
jantungnya. Dia mengusap dadanya sambil mulut terkumat kamit membebel tanpa
suara. Marah bila ketenangannya diganggu.
Rio Alami Raqly
mencapai satu tin coca cola yang sememangnya tersedia ada di dalam peti sejuk
itu. Krak! Bunyi tutupnya dibuka kedengaran kuat. Dia meneguk rakus isinya.
Cuaca matahari yang hangat terik di luar membuatkan dia berasa cepat dahaga.
“Erkkk!”
Dia sendawa kuat. Tin yang sudah kosong isinya dilambung tinggi dan ditendang
menuju ke arah bakul sampah yang terdapat di situ namun sayang tendangannya
tersasar dan tin itu tergolek jatuh ke lantai.
Rio
memusingkan tubuh menuju ke arah pintu pantry, mula
melangkah keluar sedikit pun tak mengambil endah tentang tin yang tergolek di
atas lantai itu.
“Hello, menjaga
kebersihan tu tanggungjawab manusia, hanya bukan manusia saja yang suka buang
sampah merata-rata ni dan tak tahu menjaga kebersihan.” Leila Suria yang dari
tadi memerhatikan perbuatan lelaki itu mula bersuara bila melihat sepah yang
ditinggalkan oleh lelaki itu. Kurang senang dengan perbuatan lelaki itu.
Rio buat
tak dengar saja teguran gadis itu. Dia mula bersiul-siul kecil sambil
meneruskan langkahnya.
“Hello I’m
talking to you… eh lupa pula, you kan bukan manusia tu yang tak
faham apa manusia lain cakap. Kalau manusia dia akan ikut peraturan, sukakan
kekemasan, kebersihan dan bla… bla..” Leila Suria mula membebel.
Eh-eh
lebih-lebih pula perempuan ni. Hati mula berdetik geram. Rio mula rasa panas
perasaannya.
“Kalau
betul orang tu manusia, dia tak akan hanya pandai cakap saja. Tolonglah sekali
bersihkan sampah tu. Lagi dapat pahala apa! Eh I rasa you sesuailah dengan
jawatan cleaner office ni daripada jawatan Senior
Account dekat office ni”
Amboi
pandainya dia cakap pasal pahala. Tak pasal-pasal jadi kerja orang pula nak
bersihkan sampah dia. Spoil mood makan
tengah hari aku sajalah. Hati berdetak geram. Bekas makanannya ditolak ke tepi.
Dia mula ingin bangun. Selera makannya kini mati bila diganggu dengan kehadiran
lelaki itu yang tidak diundang, ditambah pula dengan perangai tak beradab yang
ditonjolkan oleh lelaki itu. Betul-betul mencukupkan sebab untuk dia tidak
terus menikmati makan tengah harinya. Ceh!
“Encik Rio
Alami Raqly, kalau tak mahu dicakap orang, jangan pandai menyepahkan barang!
Dah saya ada kerja lain daripada kutip tin yang encik sendiri sepahkan tu.
Kalau tak sengaja tu boleh juga dimaafkan, ini sengaja!” Bukan dia jenis yang
suka membebel tapi memang sangat menjadi kebencian buat dirinya melakukan kerja
orang lain lagi-lagi kalau kerja yang langsung tak memberi faedah pada dirinya.
“Lerr…”
Kelu lidah Rio bila mendengar bebelan gadis itu.
Hah memang
patut pun gadis tu digelar minah batu oleh perkerja lelaki di pejabatnya.
Memang tak ada reaksi, marah ke tak ke senada saja rupanya. Serius semedang
agaknya memang muka dia spesis tak pandai senyum. Tapi dengan lelaki saja,
dengan perkerja perempuan tau pula gadis itu melemparkan senyuman.
******
“Rio masuk
bilik papa!” Serius muka Tuan Rolland Fiqry Abdullah mengarahkannya kala itu.
Tangannya laju menarik telinga kanan Rio seperti anak kecil yang dihukum bila
membuat nakal.
“Aduh papa
apa ni buat Rio macam ni? Malulah semua staf tengok!” Dia menjerit kesakitan.
Terkejut dengan tindakan tidak diduga yang dilakukan oleh papanya itu
“Malu kamu
saja yang kamu tau ya? Malu papa ni macam mana? Hati papa yang panas ni kamu
tak tau pula. Perasaan papa yang sedang huru hara ni kamu tak nak ambil kira?”
Apa kena
pula papanya ni hari ni? Angin tak ada ribut pun tak ada kat luar tu tau-tau
berangin pula papa di dalam office ni hari
ni. Glup! Jangan-jangan papa dah tau apa yang aku buat hari tu. Alamak macam
mana ni? Kalau papa tau mesti ada yang bagi tahu. Siapakah yang tergamak? Dia menelan
air liur kesat. Peluh renik mula membasahi dahinya bila memikirkan hukuman yang
bakal diberikan oleh papanya nanti. Aduh memang mati aku hari ini.
Pap!!!
Sebuah fail dilemparkan kasar ke atas meja di hadapannya. Rio hanya berdiri
tegak memerhatikannya. Buntang matanya bila melihat fail itu. Dia kenal fail
itu!
“Bertuah
punya anak, papa beria-ia ingat segala isi dalam fail ni benar, rupa-rupanya
semua bohong belaka!” Piatan telinga bertambah dikuatkan.
“Aduiiiii
papa… a… auwww putuslah telinga Rio nanti.” Tangan papanya dipegang. Kononnya
ingin menghentikan piatan tangan papanya.
“Rasakan
hah rasakan.” Tuan Rolland Fiqry mendengus kasar.
Sungguh
sakit hatinya bila berjaya membongkar pembohongan Rio kepadanya. Mati-mati dia
meletakkan seratus peratus kepercayaannya kepada anak itu tapi sayang
kepercayaannya diambil mudah. Dia ditipu oleh si anak dalam tak sedar. Anak
bertuah!
“Papa…
putus telinga Rio nanti. Papa sudahlah… kalau putus telinga Rio ni nanti tak
ada siapa nakkan Rio ni. Tak pasal-pasal anak papa ni jadi bujang terlajak
karang.”
“Biar
putus! Huh ada telinga pun bukannya kamu buat untuk mendengar. Cakap papa tu
kamu ambil dengar sambil lewa saja. Nasib kamu saja seorang anak papa, kalau
ada yang lain perangai macam kamu juga mahu gugur habis semua rambut papa ni.
Botak!” Panjang lebar leteran Tuan Rolland Fiqry kali ini. Hilang sabar benar
nampaknya.
“Alah papa
ni, sebab Rio satu orang sahajalah anak papa baru Rio berani buat macam ni.
Harta papa banyak tau, kalau Rio guna seorang sampai umur 200 tahun pun belum
tentu habis harta tu. Bukannya boleh bawa mati pun kalau tak diguna. Membazir
sajalah kalau ditinggalkan begitu sahaja.” Dia menjawab selamba sikit pun tak
ada nada rasa bersalah.
“Hah
tengok tu pandai lagi menjawab. Eiii geramnya tak tahulah papa apa nak jadi
dengan kamu ni Rio. Nak kata kecil lagi dah besar, dah dewasa, dah 27 tahun pun
umur kamu tu, tapi perangai masya-ALLAH tak semenggah dengan umur.”
“Alah papa
ni, tak eloklah marah-marah. Nanti muka papa yang kacak tu berkedutlah. Tak
laku dah. Macam mana nak cari mama baru untuk Rio?” Matanya dikenyit nakal
kepada papanya. Bukan susah nak kendurkan marah papa.
“Ya ke
muka papa dah berkedut? Alamak…” Wajah tegang tadi terus berubah seratus
peratus. Kalut! Bimbang kata si anak adalah benar.
“Abby
bawakan I cermin!” Terus diberikan arahan kepada setiausahanya, Rabiah yang
sedang asyik tunduk konon-kononnya sedang tekun membuat kerja di mejanya.
Macamlah dia tak tahu yang sebenarnya setiausahanya itu sedang seronok mencuri
dengar akan bebelan dia kepada Rio.
“Yes tuan!”
Rio
mengulum senyum. Ha see…. Kan aku
dah kata senang saja nak buat papa ni tak jadi marah. Sekejap saja dah lupa
marah dia pada aku kalau dah mula risaukan kulit wajah dia tu. Bicaranya nakal
di dalam hati.
Wajah
lelaki pertengahan usia 50an itu direnungnya. Papa bukannya tua sangat pun.
Memang kalau dilihat daripada raut wajahnya papa macam tak sama dengan usianya.
Selalu kalau mereka berdua berjalan bergandingan ramai orang ingat mereka adik
beradik, bukannya anak beranak. Mungkin sebab cara papa yang cerewet menjaga
penampilannya. Papa, papa sibuk sangat jaga penampilan tapi bukannya ada girlfriend pun. Dia
mengeleng-gelengkan kepala melihat aksi wajah Tuan Rolland Fiqry yang sudah
berkerut seribu itu. Huh tu dia, gaya macam memikirkan masalah negara.
“Tuan ni
cermin yang tuan minta tadi.” Lembut suara yang menegur dirinya yang sedang
asyik memicit dahi kononnya sakit kepala memikirkan kedutan yang mula
bermaharajalela di wajahnya.
Aik itu
bukan suara si Abby. Pantas terhenti tangannya. Wajahnya diangkat. Terbeliak
matanya bila melihat bukan Rabiah yang menghantarkan cermin tapi Leila Suria si
gadis idamannya.
“Eh mana
si Abby?” Soalnya berbasa basi. Hakikatnya dalam hati dia sangat gembira dengan
kehadiran gadis itu. Hilang kalut, hilang resah melihat wajah tenang milik
gadis di hadapannya.
“Abby
tiba-tiba sakit perut tuan, tu yang dia suruh I bagikan ni pada you.”
“Oh thanks.”
Tangannya dipanjangkan untuk mengambil cermin yang dihulurkan tapi tanpa
disengaja tangannya mendarat di atas tangan gadis itu.
Terasa
terhenti putaran dunia seketika. Dia terpana, Leila Suria terpempan.
Hamboiihhh
papa ni, dia nak buat filem kuch kuch hota hai ke dengan
minah stone ni? Bukan main lagi senyum lebar
macam kerang dah lama terendam dalam akuarium.
“Ehem!
Ehem!” Dia berdehem keras. Sengaja.
“Ops sorry Leila, I
tak sengaja.” Laju dia menarik tangannya. Baru sedar akan keterlanjuran
perbuatannya.
“Errr ta…
tak apa. Saya minta diri dulu ya tuan.” Malunya bila diri menjadi bahan
perhatian dua beranak itu. Kalut dia meminta diri.
“Papa ni,
ada ke pandang anak dara orang sampai macam tu. Gaya macam nak telan terus saja
minah tu.”
“Uikh mana
ada. Perasaan kamu sajalah. Papa biasa saja.”
“Eleh tak
mengaku pula dia. Papa suka dia ya?” Dia berserkap jarang. Macam dia tak sedar
akan lain benar layanan papanya dengan Leila Suria. Papa sentiasa berlembut
dengan gadis itu. Semua kerja gadis itu juga selalu tip top di depan mata papa.
Semuanya terbaik bak kata papa dan yang paling dia tak boleh tahan bila papa
sentiasa membandingkan dia dengan gadis itu. Huh lagi-lagi Leila Suria. Entah
apa yang bagusnya dengan dia ni entah.
“Huh
jangan kamu mengarutlah Rio.”
“Alah papa
ni malu-malu pula nak mengaku dengan Rio ni.”
“Sudah,
jangan kamu nak melebih ya.” Marah bila digiat walaupun dalam hati dia sangat
suka mendengar kata-kata anak bujangnya itu.
“Alah papa
ni, dengan Rio pun nak selindungkan lagi.”
“Sudah-sudah,
malas papa nak layan kamu mengarut Rio. Jangan nak ubah topik sekarang ni ya.
Cakap dengan papa mana duit-duit tu pergi?”
“Duit apa
papa?” Aduiii ingatkan dia dah lupa sekali boleh pula dia ingat balik.
“Duit yang
kamu laburkan kononnya untuk projek baru syarikat kita tulah.”
“Errr….
Aaa…”
“Jawablah
papa tanya ni, yang kamu tergagap-gagap pula kenapa ni?”
“Errr
papa, haa… tiba-tiba Rio rasa sakit perutlah. Rio pergi toilet kejap.”
Belum
sempat Rolland Fiqry kata apa dia dah berdesup keluar. Bergegas! Takut
langkahnya dikejar.
“Rio!!!”
Bergema lantang namanya dipanggil, namun dia buat-buat tak dengar saja sebelum
mencapai kunci Pagani Zonda hitamnya yang terletak di atas mejanya. Kena
melarikan diri secepat mungkin sebelum putus telinganya dipiat sekali lagi oleh
papa. Haiyaarrkkk!!!
“Apa yang
korang tengok? Pergi sambung kerja!” Herdiknya kuat bila perasan banyak mata
yang sedang memandang ke arahnya.
Semua
stafnya masing-masing menikus, menunduk kembali menghadap kerja di meja
masing-masing. Siapa tak kenal dengan perangai anak majikannya. Panas baran tak
bertempat.
Leila
Suria hanya tersenyum sumbing mendengar herdikan itu. Dalam hati dia ketawa
besar. Hilang sakit hatinya mengenangkan perbuatan lelaki itu tengah hari tadi
bila melihat lelaki itu dimarahi oleh majikannya. Kesian-kesian dah besar-besar
pun kena piat telinga dengan papanya. Buat malu saja, depan public pula tu.
1 comment:
ala~~~!!! lagi la~~ lagi la~~ lagi la!!!!! kak Nuril!!!!!! huwaaa!!!!!!! kang kena piat tlinge mcm rio tu jgk bru tau. hahahhahahha....
Post a Comment