Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang...
Suasana di
restoran mewah itu sungguh santai. Tenang dengan bunyi melodi yang terhasil
dari gesekan biola yang dimainkan di suatu sudut penjuru restoran itu.
Betul-betul sungguh mengasyikkan. Betul-betul mewujudkan suasana romantik.
Mereka menjamu selera sambil berbalas-balas pandangan mata. Menjeling , melirik
manja dan tersenyum mesra.
“Kenapa
you pandang I macam tak pernah tengok I sebelum ni Zaf?” Lily Serina menegur.
Semenjak dari tadi dia mula perasan yang mata jejaka yang duduk berhadapan
dengannya itu tak henti-henti melirik kepada dirinya.
“Tak ada
apa-apa… You nampak anggun hari ni Erin.” Lelaki itu menjawab sambil memuji.
Kembang
hati Lily Serina mendengar pujian yang meluncur daripada mulut jejaka
kesayangannya itu.
“Jadi
selama ni I tak anggunlah di mata you?” Dia menyoal manja.
“Tak juga,
selama ni pun memang anggun tapi hari ini… betul-betul anggun.”
“Oh ya?
Tapi…”
Krak!
Kunyahannya terhenti serentak dengan katanya yang mati. Dia seperti tergigitkan
sesuatu benda yang keras yang berada di dalam pencuci mulut berbentuk ais krim
yang dipesannya itu.
“Apa ni?
Batu ke apa yang mereka letak di dalam ais krim I ni.” Dia mula membebel,
wajahnya yang tadi penuh dengan senyuman bertukar bengang. Bendasing yang
berada di dalam mulutnya ditarik keluar.
Buntang
matanya melihat benda yang disangka ‘batu’ yang berada di celah dua jari
jemarinya itu.
Zaf?”
Wajah jejaka di hadapannya yang sedang asyik merenung wajahnya dengan penuh
minat itu dipandangnya…. Menagih penjelasan daripada lelaki itu.
“Erin,
kita kahwin ya?” Balas lelaki itu sambil mengenyitkan mata kepadanya yang mula blur.
“What?” Soalnya
macam tak percaya.
Zafri
dilihatnya berdiri dan tiba-tiba berlutut di hadapannya.
“Lily
Serina Binti Muhammad Salleh sudi tak you jadi isteri I? I Meor Zafri Meor
Zahin berjanji akan jaga you seperti I jaga diri I jika you sudi terima lamaran
I ni.”
“I… I… Eh
I tak mimpikan Zaf?” Dia cubit pipinya sendiri. Sakit!
“Tak
sayang…” Cincinya yang berada dalam genggaman tangan Lily Serina itu diambilnya
lalu terus disarungkan ke jari manis gadis itu walaupun Lily Serina belum
memberikan jawapan pada lamarannya.
“Errr… I
tak tahu nak jawab apa.” Dia terdiam. Blank!
“Orang
tua-tua kata kalau perempuan diam tandanya dia setuju tu encik.” Seorang
pelayan yang muncul secara tiba-tiba entah dari mana berbisik perlahan kepada
Zafri dan membuatkan lelaki itu teranguk dengan diiringi senyum yang melebar di
wajahnya.
“Jadi you
terima lamaran I ni Erin?” Soalnya lagi. Mengharap yang jawapannya adalah
positif.
Lily
Serina dengan wajahnya yang sudah bertukar warna kemerah-merahan kerana malu
dirinya menjadi tumpuan pandangan mata mereka di sekeliling akhirnya
mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan.
“Yes! I
sudah jangka you terima lamaran I sayang. I love you! Yeah.”
Begitu teruja melahirkan rasa gembiranya sehingga tanpa sedar lelaki itu
melompat bersorak kegembiraan.
Ruang
restoran mewah itu yang tadinya menjadi sepi bertukar hingar bingar dengan
bunyi tepukan dan sorakan pengunjung yang memberi sokongan kepada pasangan itu.
“I tak tak
tahu… You betul-betul buat I terkejut. You tak pernah pun mention yang you
nak melamar I.” Lily Serina sebak. Tubir mata terasa bergenang secara
tiba-tiba.
“I saja
nak buat kejutan dengan you dan nampaknya kejutan I berjaya. Terima kasih
sayang sudi terima I. Nanti bolehlah bawa keluarga I jumpa ibu bapa you. Boleh
kita bincang majlis kita ni. I kalau boleh nak cepat-cepat nikah dengan you.
You tau, I dah macam orang gila bayang tau. Siang malam selalu teringatkan you
sampai tidur pun asyik teringatkan you. Dah macam orang tak betul pun ya juga.
Hebat sungguh penangan cinta you. I tak dapat bayangkan kalau you tolak lamaran
I tadi. Mesti I rasa nak bunuh diri kalau you tolak I tadi.”
Semenjak
dua menjak ini dia dapat rasakan kasih sayangnya terhadap gadis itu begitu
membuak-buak. Sehingga setiap masa dia mendambakan kehadiran gadis itu di
sisinya.
“Hisy apa
cakap macam tu. I sayangkan you Zaf, masakan I akan tolak lamaran daripada
lelaki yang I sayang.”
Sungguh
semenjak dia mengenali lelaki itu, perangai playgirlnya juga
sudah mula terhakis dalam dirinya. Semua lelaki yang selalu berdampingan dengan
dirinya juga telah dijauhi atau dengan kata lainnya telah dia tinggalkan. Dia
belajar menjadi setia!
“I harap
keluarga you sudi terima diri I sebagai pendamping you.”
“Eh apa
pula yang you cakap macam tu. I yang sepatutnya cakap macam tu. Keluarga I ni
orang kampung saja. Bapa I persara kerajaan, emak I suri rumah sepenuh masa.
Kalau bandingkan dengan keluarga you dah macam langit dengan bumi dah. Jauh
sangat jurangnya. Sudi ke keluarga you terima I ni?” Lily Serina bertanya.
Dia tahu
latar belakang Meor Zafri tapi tak banyak. Lelaki itu bukan seperti dirinya.
Lelaki itu anak hartawan. Lelaki itu lahir di atas longgokkan emas, tidak
seperti dirinya lahir daripada keluarga biasa-biasa, dibesarkan dengan suasana
kampung, cuma disebabkan dirinya pandai bergaul, gaya dia berfesyen juga tidak seperti
anak kampung lain. Itu saja dan hakikatnya semoden mana dia bergaya dia tetap
anak kampung yang tiada apa-apa untuk dipertaruhkan untuk memenangi hati
keluarga lelaki itu.
“Alah you
jangan risaulah Erin. Keluarga I tak cerewet. Mereka terima saja siapa pilihan
I asalkan I suka sudahlah. Lagipun father I dah
lama meninggal. I anak tunggal. Mother I pula
asyik tak sihat saja.”
“Oh you
tak pernah bercerita dengan I pun yang mak you tak sihat.”
Selama ini
lelaki itu jarang bercerita tentang latar belakang keluarganya. Bukan tidak
ditanya namun lelaki itu sering mengelak bila disoal. Dia yang sedar dia tiada
apa-apa hak ke atas lelaki itu lagi akhirnya menurutkan saja rentak lelaki itu.
“I tak
mahu menyusahkan you.”
“Zafri I
tak rasa susah pun, malah I rasa gembira dan rasa lebih dihargai sebab you sudi
berkongsi rasa peribadi dengan I. Berjanji dengan I lepas ni you tak akan
rahsiakan apa-apa lagi dengan I ya? Kitakan bakal hidup bersama, kalau boleh
biarlah kita kongsi susah senang bersama.”
“Ok I janji.”
Jawab lelaki itu pendek sambil menghadiahkan senyum manisnya. Terserlah lesung
pipit yang terdapat di kedua belah pipinya itu.
“Hah macam
nilah bakal suami I.” Lily Serina mencuit sedikit dagu lelaki itu.
“So bila I
boleh jumpa keluarga you Erin?”
“Amboi
macam tak sabarnya gaya you.”
“Mestilah.
I dah tak sabar nak hidup dengan you tau.”
“Bila I
dah jumpa your mumlah Zaf. I nak juga kenal dengan
bakal mentua I.”
“Ok esok I
bawa you jumpa mother I.” Putus lelaki itu.
“Wow
cepatnya.” Lily Serina sedikit terkejut.
“Haha
kenapa pula Erin?”
“Errr
tiba-tiba I rasa seram sejuk. Berdebar-debar.”
“Jangan
risau. Mother I tak makan manusia.”
“Memanglah…
tapi I tetap seram sejuklah. Nak jumpa bakal mak mentualah katakan.”
“Tak ada
apalah, atau….”
“Atau apa
Zafri?”
“You nak
jumpa lepas ni ok juga. Mother I free hari ni.”
“Zafri!”
Terbeliak matanya dan lelaki itu hanya ketawa besar bila melihat reaksinya.
Bahagia menerjah segenap perasaannya walaupun seperti terlalu mendadak tapi
entah mengapa dia merasakan yang dirinya sudah bersedia untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang isteri. Isteri kepada lelaki yang berada di
sisinya itu.
Agaknya
bagaimana nanti penerimaan kedua orang tuaku kalau mendengar berita ini?
Setujukah mereka dengan lelaki pilihan aku ni? Ada halangan tak mereka?
Bagaimana pula nanti dengan kakak? Tak kisahkah dia kalau aku melangkaui dia?
Mendahului dia?
“Eh you
diam ni kenapa pula?”
“Tak ada
apalah Zaf, tiba-tiba I rasa sangat nervous sampai
tak tahu nak kata apa-apa. Kelu dah lidah ni.”
“Alah tak
ada apalah you jangan risaulah…”
2 comments:
seram plak nk ngadap bakal mak mertua...dah siap sedia ker erin...tk sangka plak si erin nih upa2 nyer bekas playgirl...hehe ingt zaf yg playboy...hehe
lagi sis. hhehhehe.. kite ni malu kan asyik mintak je.. ahha.. tp xpuas la sis.. ehheehhe.. rse kejap jo. ekekekkeke....
Post a Comment