iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, March 15, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[31]

"Saya nak tengok history channellah awak" Balqish menegur bila melihat Daniel menukar saluran yang sedang di tonton olehnya, suka-suka dia saja tau.

"Alah abang nak tengok Star movielah" balas Daniel acuh tak acuh, sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya daripada kaca televisyen, khusyuk menonton.

"Lagipun rancangan yang Qish tengok tu buat abang mengantuk saja.. "

"Tak nak, tukar balik, nak tengok yang tadi juga, movie ni tak bestlah, dahlah sikit-sikit menangis saja wataknya, lepas tu lawan-lawan macam apa-apa entah, tak real pulak lakonannya, entah apa-apalah punya cerita pun nak tengok.." dicubanya mencapai remote control yang berada berhampiran dengan lelaki itu namun Daniel lebih pantas mengambil remote control itu dengan tangan kanannya lalu di sembunyikan pada belakang badannya.

"Awak ni nak tengok star movie ke apa movie ke pergilah tengok dekat tingkat atas tu, jangan kacau saya dekat sini.." Balqish masih lagi tidak putus asa, isk dia ni suka sangat buat kacau tau... dia mengomel geram.

"Tak naklah.. tingkat atas tak ada Qish temankan abang, lagipun tak seronok tengok tv sorang-sorang.." dia menjawab selamba.

"Mengadalah tu, bagi sini remote tu..." dia meminta namun tiada balasan, melihat reaksi begitu, Balqish mengambil keputusan untuk mengambilnya sendiri dari lelaki itu, hisy cakap macam cakap dengan dinding, saja nak buat aku benganglah tu.

"Eii gelilah, apa ni raba-raba abang.."

"Mana ada orang raba dia, perasan, cepatlah bagi remote control tu pada saya boleh tak?"

"Ambillah sendiri kalau dapat.."

Geram dengan jawapan lelaki itu, Balqish menolak kuat tubuh sasa itu, padan muka siapa suruh cari pasal dulu..

"Aduh sakitlah.. main kasar nampak.."

"Mana ada main kasar, eleh tolak sikit pun dah sakit ke?, siapa suruh main-main lagi, orang minta elok-elok tak nak bagi, rasakanlah.."

"Yelah-yelah.. nah ambillah.." Daniel menghulurkan remote control kepadanya dan Balqish tanpa was-was terus memanjangkan tangannya untuk mengambil huluran lelaki itu, tak sedar akan kenakalan yang terlakar di riak wajah lelaki itu untuk mengenakan dirinya.

"Bukk...!" Balqish tersungkur di dada bidang lelaki itu bila Daniel menyentap kembali remote control yang baru sedikit di capainya.

Daniel ketawa kuat bila melihat keadaan Balqish tika itu, gembira dapat mengenakan Balqish kala itu.

Cis, bertuah punya suami, dia kenakan aku rupanya ya.. tak apa.. kau tengok macam mana aku kenakan kau pulak.. hehe

"Qish oh Qish.." Hairan bila Balqish hanya diam sedikit pun tidak bergerak langsung untuk beralih daripada dadanya.

Ah sudah kenapa pula dia ni? Daniel mula cuak, tubuh Balqish digoyangkannya perlahan namun tetap kaku tiada reaksi. Isk takkan boleh pengsan kot.

"Qish.. janganlah macam ni, abang gurau saja tadi.." pipi Balqish di tepuknya perlahan, Alahai macamana ni, kalau mummy tau mesti dia bebelkan aku tujuh hari tujuh malam tanpa henti ni.. dia mula kalut, hatinya yakin menyatakan yang Balqish telah terpengsan dek kerana perbuatannya. Teringat pula akan mummynya.. hatinya bertambah kecut.

"Kamu ni, ada ke usik isteri sampai pengsan, akal letak dekat mana?.."

atau pun begini..

"Suami apalah kamu ni sampai pengsan Balqish dibuatnya.. bla.. bla.. pot.. pet.. pot.. pet.."

Danieil menggelengkan kepalanya, cuba menepis banyangan negatif yang mula terlayar diruang matanya, ah.. tak boleh jadi ni, mummy tak boleh tau hal ini, dia bingkas bangun, ingin menuju ke dapur.. mengambil segelas air untuk direnjis bagi menyedarkan Balqish daripada pengsan kononnya.. namun baru dua tiga langkah, telinganya menangkap sesuatu bunyi, bunyi seperti orang sedang menahan tawa.. lama dia mengamati.. jangan-jangan.. cepat-cepat dipalingkan tubuhnya untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi, dan terbeliak besar matanya apabila melihat Balqish sedang bersandar santai pada sofa siap menayangkan remote control yang berada di tangannya.

"Wekkk dah terkena.. yeay saya menang.."

"Tak aci kenakan abang.."

"Itu namanya strategi.. yeah i am genius.."

Geram dengan reaksi Balqish itu, Daniel cuba merampas kembali remote control yang berada di tangan Balqish itu.. dan tanpa sengaja..

Cup..! bibir Daniel terkena pada wajah Balqish.. masing terus kaku, dunia seolah terhenti saat itu, masing-masing terdiam dengan keadaan tak diduga itu.. wajah Balqish memerah kala itu, dada terasa ingin pecah dengan getaran yang tak terkawal..

"Err... aww.. awak ambillah remote ni.." tak tentu arah jadinya, tak senang duduk malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

"Tak apalah, abang dah tak nak tengok movie tu, movie kita ni lagi best.." Daniel mengusik sambil mengenyitkan mata kepada Balqish.

Ya ALLAH, jantung aku ni macam nak meloncat keluar dari dada dah kala ini, hai kenapalah dia ni boleh merubah jadi ala-ala mat romeo pula ni isk..

"Aaa.. tak apalah, saya dan mengantuk ni, saya nak naik tidur dululah.." dia pura-pura menguap dan cepat-cepat berdiri ingin berlalu ke tingkat atas.

"Qish.." terasa tangannya di tarik perlahan, Daniel memusingkan tubuh Balqish mengadapnya..

"Good night sayang..." sebuah kucupan lembut di hadiahkan ke dahi Balqish, syahdunya perasaan ini kala ni, jantung rasa bagai nak luruh.. ah adakah aku sedang bermimpi?? tolonglah sedarkan aku..

"Hai tak tidur lagi ke kamu berdua ni? kot iya pun nak manja-manja pergilah masuk dalam bilik.." tegur Puan Sri Nuha yang muncul secara tiba-tiba di kaki tangga.

"Er.. eh mummy kenapa tak tidur lagi?" tanya mereka serentak, wajah Balqish merah menyala malu mengenangkan yang Puan Sri Nuha mungkin menyaksikan apa yang telah berlaku di antara mereka.

"Nak tidur apanya, dah kamu berdua tu perangai mengalahkan budak-budak, hai dan jadi mak bapak orang pun tak matang-matang lagi.. suara kamu berdua tu sampai ke tingkat atas dengarnya tau, saja nak bagi Batrisyia terkejut ke apa?" leter Puan Sri Nuha dengan perangai anak dan menantunya itu, pening, entah bilalah budak berdua ni nak matang..

"Aerr.. ni semua abanglah punya pasal, kacau Qish nak tengok tv.." Balqish menudingkan jarinya pada Daniel, dialah punca segalanya.. mengacau saja taunya.. dahlah... dia.. err.. ya ALLAH malunya mummy lihatkah tadi peristiwa itu, kulit wajah rasa bertambah panas.

"Apa pulak, Qish yang kacau abang.."

"Dah-dah sama saja kamu berdua ni, tak fahamlah mummy dengan kamu berdua ni, kenapalah kebudak-budakkan sangat.. "

Mereka berdua hanya tunduk memandang ke lantai mendengar leteran Puan Sri Nuha itu, sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh masing-masing..

"Dah-dah pergi masuk bilik, matikan tv tu, dah tengah malam pun masih lagi tak sedar.. mummy nak ke dapur, nak minum dahaga pula rasanya.."

Melihat Puan Sri Nuha yang telah menghilang di sebalik dapur... Balqish terus berpaling mengadap Daniel, memandang geram pada wajah lelaki itu sambil memeluk tubuh.

"Ni semua awak punya pasallah tau, buat malu saya saja.."

"Mana pulak, abang tak buat apa-apa pun.." Daniel mengangkat bahu, seolah tiada apa kesalahan yang telah di lakukan olehnya.

"Eeeiiii... geramnya cakap dengan awak ni.." dia menghentakkan kakinya kuat ke lantai.

"Kenapa pulanya?"

"Yelah... yang awak pergi err tu saya kenapa?"

"Tu... tu.. tu apa?, bahasa alien ke?" sengaja buat-buat tak faham, mahu mendengar perkara yang sebenarnya keluar dari mulut Balqish.

"Alah buat-buat tak faham pula.." isk dia ni tak faham atau saja nak mengusik aku? bencilah dia ni.

"Apanya??" alah nak cakap pun malu-malu ke, bukannya aku buat benda tak elok pun tadi.. hihi.

Ya ALLAH bahasa apakah lagi yang perlu aku gunakan ni?

"Yang awak pergi kiss saya kenapa??" cepat-cepat di paling wajahnya mengadap ke dinding bila habis saja dia berkata, malu bertentang mata, tak sanggup oii..

"Oh yang tu.. saja jea, buat bekal untuk isteri abang malam ni, biar tidurnya lena tak mengigaukan abang.. hehe" Daniel tertawa mengusik.

"Huh miang.." Balqish mencebik, geli mendengarnya pun ada juga..

"Suami awak juga..."

"Eeii.. makin lama makin tak fahamlah layan dia ni.. dahlah saya nak naik tidur.."

"Jom.. abang pun dah mengantuk jugak ni.." tangan Balqish di capainya kononnya ingin beriringan ke bilik tidur.

"Janganlah.. tak malu ke pegang-pegang tangan orang.." Balqish menarik tangannya dari pegangan tangan lelaki itu, boleh migrain aku melayan dia ni.

"Hisy tak habis lagi ke budak berdua ni?" tegur Puan Sri Nuha yang baru muncul kembali dari arah dapur, dia hanya mampu menggelengkan kepala, baguslah dua-dua kebudak-budakkan, tak tahulah macamanalah mereka menguruskan rumahtangga sebelum ni.. heyy tak faham..

"Err dah habis dah ni mummy.. kami nak naik tidur.. good night mummy.."

"Ok good night too.." balas Puan Sri Nuha.

Mereka berdua beriringan memanjat anak tangga, namun baru 2 anak tangga didaki, langkah kaki terhenti dengan deringan telefon rumah yang minta di angkat, uikk siapa pula yang telefon tengah-tengah malam begini? Daniel dan Balqish berpandangan, baru saja ingin berpatah balik untuk menjawab panggilan tersebut, Puan Sri Nuha telah menjawabnya terlebih dahulu, dan mereka berdua hanya diam mendengar perbualan Puan Sri Nuha itu, takut manalah tahu ada berita buruk yang ingin di sampaikan.

"Hello... Puan Sri Nuha bercakap.."

"Owh Lyn.. ada apa telefon I tengah-tengah malam ni?, macam ada hal penting saja kedengaranya, eh cemas saja nada suara you ni kenapa?"

"Daniel?... ada.. kenapa?"

"Wh... what.. is it true?? cuba ulang balik apa yang you cakap tadi, I kurang jelas" ada nada getar terkeluar dari mulut wanita separuh umur itu.

Hairan.. apa yang terjadi kenapa mummy begitu cemas? berita buruk apakah yang baru mummy terima? Daniel menelan air liur terasa berpasir..

"Ok... ok.. nanti I ke sana, you tenang ok..."

Wajah keruh Puan Sri Nuha ketika menamatkan perbualan di telefon seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang tak kena, Balqish melangkah merapati mummy mertuanya, ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

"Pergi masuk bilik kamu Balqish.. mummy ada benda nak cakap dengan Daniel.." arah Puan Sri Nuha tiba-tiba.

Balqish terkejut, hal apakah agaknya ya sampai perlu dirahsiakan daripada aku?? hatinya mula tertanya-tanya, namun dia tetap akur dengan arahan itu, sayup-sayup di pendengarannya dia mendengar.

"Daniel mari sini, mummy ada benda nak bincang dengan kamu.."

Itu saja perbualan antara mummy dan anak yang sempat ditangkap oleh pendengaran Balqish, selebihnya mereka hanya bercakap dalam nada berbisik, Balqish perlahan-lahan merapatkan daun pintu biliknya..

"Whatttt!!! Niel tak buatlah semua benda tu mummy! benda tu mengarut..!"

Balqish yang baru saja merebahkan tubuhnya di atas katil tersentak, terkejut bila tiba-tiba mendengar suara Daniel melengking kuat, macam marah saja nadanya, bertambah lagi persoalan di benaknya, kenapa Daniel begitu marah?? apa yang sebenarnya berlaku ni? ada siapa-siapa yang boleh bagitahu aku tak?..............

24 comments:

Nurul Nuha said...

alaaaaa nie yang x nak nie....
x best laa kalo cam nie.....:(

safya said...

ape la org lain wat org lain yg kene tggung...
si suhail 2 mmg penpuan x tau malu..
sdap2 ngan org lain...pastu nak jdikan daniel kmbing itam plak...x mau le cm2..biar mak bpak suhail 2 tau anak diorg hancus...nak daniel ngan balqis gak...

shahieyza said...

Hahahaha...
Saat yg x ditunggu2 lgsg dh tiba!
Pe yg akn terjadi agaknya..?? :p

LadYBird cOnfeSSiOn said...

fuh sudah masuk dah part xbest dia. nilah yang nak ngamuk dgn suhail.

dahla tengok2 cerita panjang berepisod2 lg. huhu mesti panjang lg cabaran dia.

jgnla sampai daniel yg kena bertggungjwb. klu nak paksa daniel kawin gak, ish mesti kena tetap dgn daniel. pastu bagi suhail tu terseksa jd isteri kedua. biar dia rasa.

epy elina said...

hohoho...
mst puan sri nuha 2 nak daniel brtnggung jwb trhdp suhail....
x nak la....
daniel ngn qis pun lum lg stat brcnta...
dah ada hlngn....
nnt qis lari ngn ank dia bru pdn muka puan sri nuha 2....

raNt|ng pUtEh said...

ok..konflik suda bermula..
pe la jdik strusnye ea??
jgn d suruh niel kwin ngn suhail sudaaa...
kalo e2 trjdik, xmoooooo..
bkn niel yg wut..
ape la suhail 2...sonok2 ngn org len, suke2 ati jerk nk slhkn org len..cessszz..
hope la mummy niel prcye niel..

Nuril Bahanudin said...

Assalamualaikum wbt..
Hai2 smua..
Hai nurul nuha, safya, shahieyza, lady bird confession, epy elina, ranting puteh.. dan smua..
Anda rse nak mcm mane ya cerita ni?
saya pun tak tau lagi nk buat keputusan ni..
huhu~

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..
suhail tuduh daniel ke ayah pd baby die??
seannye qish klu daniel kne kawin ngn suhail..

iffahnazifa said...

Alaa, x nak la smpi daniel kna kawen ngan suhail..huhu:(

Kesian kt Qish, dorg bru je nk start baek2.

Anonymous said...

jgn bagi daniel kawin ngan suhail tau!



hope happy ending6_6


jgn tulis banyak sangat dugaan....

HAPPY-HAPPY said...

biar r QISH JE JADI ISTERI DANIEL.........

akak said...

nuril..
alah suh je si daniel paksa si suhail buat ujian DNA.. abes citer..takyah nak gaduh2 ngn Qish dah!

aqilah said...

hampeh tul lah suhail tu.. pandai buat, pandai tanggunglah! ni pedajal orang lain lak!!!!! apapun, akak followwwwwwwwwwwwwwwww

shahieyza said...

Buat last2 tu Qish yg tegakkan keadilan utk Daniel. Amacam?? hehe...

Stuju ngan pndpt sume, xmo Daniel kahwin ngan Suhail. Tp kalo perihal dorg kahwin bt citer ni lg best, pe salahnya, kan?? Pe2 pn, nk Daniel ngan Qish gak!

Anonymous said...

teman sokong.....yg pntg Daniel ngan qish yer

adrin_malina said...

daniel kan tau sikap suhail tu yang lepas bebas. buka aje ler pekung dia kat depan mak bapak daniel ngan suhail, biar suhail malu besar.

Anonymous said...

alaa writer buatlah si niel tu tegas. jgnlh bg dia khwn ngan si suhail yg ntah pape 2. kaco btl lah. buatlah daniel n qish lari ke. menyemaklah suhail tu!! baru jek nk happy2..

Anonymous said...

mesti si suhail nie ckp daniel buat dia mengandung.huh.nyapah la ngan dia tu.

cikgulizz said...

alamak..saspen la plak..tgh sedap feeling2 ngan depa berdua ni..sibuk la plak si suhail ni..ish..geramnyer kat suhail..nama sedap..perangai...ya ampun...x sabo ni..cepat ye new n3..

thecondemed1 said...

sweet deyh,
tp jgn ckp c suhail tu,
tuduh daniel lak??
jgn la kne kawen...
plezzz

nik suriyani said...

salam nuril..
telambt lak..mmg bes la..!!
kalo nak lg m'cabar..wat la kes suhail 2 ade kene mengene ngan daniel ker..x pun make it complicated cikit ker..hihi.. :)

Anonymous said...

mne smbungan..dh xsbar nk tau ni..=)

Nuril Bahanudin said...

Assalamualaikum wbt~ :D
Hai2 smua..
Ntry bru on da way..
huhu laptop sy ada masalah sdikit..
insyaALLAH ada xtra page..
Sowy ats klewatan..
pling lewat esok sy postkan..
salam~ n thanks bebanyak kpd kngkwan smua.

Asa Loan said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com