iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, April 20, 2010

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu[37]


Suasana sesak hingar bingar langsung tak mampu mengusik jiwanya... perasaannya mati kini.. Daniel lebih selesa di sini, menghabiskan masa memerhatikan ikan-ikan yang berenang berkejaran didalam kolam buatan itu... wajahnya kusam.. bak kata orang langsung tak ada seri pengantin, keruh semacam saja...

Qish apalah yang sedang kau lakukan sekarang ni? kau mesti ingat abang dah membuangmu daripada hidup abang... Qish tahu tak sampai sekarang ingatan abang ni setiap detik setiap saat langsung tak pernah berhenti memikirkan tentang dirimu...

"Kenapa mummy tak benarkan Qish ikut sekali dengan kita?" dia menyoal mummynya tidak puas hati dengan keputusan Puan Sri Nuha itu.

Kesian Qish.. tiba-tiba terbayang raut hampa pada wajah Balqish.. tentu perasaan isterinya itu terusik dek keputusan mummy itu..

"Eh kamu ni, kalau kita bawa dia nanti, mesti orang akan mengata kita bukan-bukan... pengantin lelaki gatallah, anak tu kecil lagi dah miang nak berbini lagi.. kamu tak malu ke?..."

"Alah biarlah orang nak kata apa-apa pun mummy, bukan Niel yang nak sangat bernikah dengan perempuan tu, mummy dengan daddy yang beria-ia paksa Niel kan... lagipun biar semua orang tahu yang si Suhail tu yang gatal... perampas hak orang, muka saja yang lawa.. tapi hati busuk.. huh!"

Qish isteri aku yang sah, dan dia berhak untuk turut serta dalam semua ni..

"Amboi.. senang kamu cakap ya? cuba belajar menjadi yang bertanggungjawab sikit... selesaikan apa yang telah kita buat, jangan nak tinggalkan begitu saja.. lagi pun jangan nak menambahkan malu daddy lagi.. cukuplah dengan apa yang kamu dah lakukan sebelum-sebelum ini.."

Daniel terdiam.. tak ada mood untuk membalas apa-apa.. rasanya dah berpuluh kali daddy ulangkan benda tu sampaikan dia naik jelak mendengarnya... entah kenapa udara malam ini terasa sangat membahang, panas seperti hatinya yang sedang panas itu, huh ikutkan akal pendek aku ni.. dah lama aku berlalu daripada majlis ni... biar semua dapat malu... tapi mengenangkan masih ada sisa hormat pada daddy dan mummy.. aku tak

"Dah-dah jom kita masuk ke dalam tu.. majlis dah nak mula.. tok kadi pun dah sampai.. nanti apa pula kata orang kalau tengok pengantin lelaki masih tak ada lagi dekat dalam tu... hah lagi satu, muka tu cubalah senyum sikit... ni tak masam mencuka.. orang tengok pun naik gerun tau tak.." bebel Puan Sri Nuha perlahan.. macamlah dia tak tahu yang Daniel memang tak suka majlis ini berlangsung, tapi dia sengaja butakan mata.. suka atau tidak majlis ini tetap kena diteruskan.. ini muktamad!

"Yalah.." hisy tok kadi ni pun satu.. cubalah sakit time-time macam ni.. kan boleh aku cancelkan pernikahan ini.. ke situ pula fikirannya melalut.

Berat terasa kakinya untuk melangkah masuk kedalam villa itu... huh.. dia mencebik geram tatkala matanya berlaga pandangan dengan Suhail.. heeeiii menyampahnya.. balik-balik muka dia juga yang nak kena aku hadap...

Dia duduk bersila dihadapan jurunikah yang telah sedia menanti.. berat terasa tangannya ketika ingin berjabat tangan dengan lelaki separuh usia di hadapannya itu.

"Semua sudah bersedia?" soal lelaki itu kepada dirinya dan saksi-saksi yang berada di sekeliling...

Daniel hanya mampu mengangguk, entah kenapa suaranya terasa seolah tersekat di kerongkong... matanya di pejam rapat... dia menyedut nafas dalam... ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.

"Daniel Muaz Bin Tan Sri Darwish..?"

"Saya"

"Aku..."

"Nanti dulu...!!" tiba-tiba ada satu suara yang menyampuk.. membuatkan mereka semua yang hadir agak tersentak..

Suasa menjadi sepi.. Daniel tersentak.. hisy apa pula lagi ni... boleh tak majlis ni selesai cepat.. aku nak balik rumah ni... dahlah rimas teramat sangat.. dia menggerutu geram.


***********

Dia memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg bersaiz sederhana itu... sesekali tangannya menyeka air mata yang tak henti-henti mengalir di pipinya.. Dia menyedut nafas dalam.... memandang ke arah sekeliling bilik itu....ah terlalu banyak sangat kenangan yang ada disini... di setiap ruang ini, di segenap penjuru tempat ini, pandangan mata aku hanya melihat dia, gelak tawa dia, lenggok langkah dia semuanya telah terhafal dalam ingatan ini... tak termampu rasanya nak ku bayangkan yang hidupku ini tanpa kehadiran dia di sisi... mampukah aku? setelah sekian lama sentiasa ada dia yang setia berdampingan membantu, mengisi separuh ruang hatiku ini...? kuatkah aku?

Sebentar lagi... ah.. mungkin sekarang agaknya... jam dipergelangan tangannya dikerling sekilas... suamiku akan menjadi suami orang lain... ya akan menjadi milik Suhail..

Salah siapakah ini, hingga semuanya terjadi? salah akukah sampai dia mencari yang lain.... atau silapkah dia sendiri sehingga mengabaikan setianya sendiri pada diriku ini.... atau sememangnya memang salah aku juga kerana langsung tidak pernah menyatakan rasa cintaku terhadap dirinya. Sungguh, rasanya telah beratus kali dia bermuhasabah diri semenjak beberapa hari yang lalu, mencuba mencari hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpanya... namun dia tetap buntu.. langsung tak jumpa penyelesaiannya.. mungkin inilah rahsia DIA.. dan dia sebagai hamba yang diuji.. dia harus redha.. dia harus pasrah...

Balqish melabuhkan punggungnya perlahan di birai katil.. jiwanya terasa kosong.. perasaannya terasa sepi.. dia kini bersendirian melayan duka yang melara dalam jiwanya.. dan berbeza pula dengan Daniel.. Lelaki itu pasti sedang dikelilingi oleh sanak saudaranya.. dan entah-entah lelaki itu sedang tersenyum lebar, yalah pasti sedang gembira barangkali.. tak sabar mungkin agaknya untuk di satukan dengan kekasih pujaan hatinya sekian lama..

Batrisyia.. ingatannya tiba-tiba tertumpu pada si kecil, satu-satu permata hatinya yang dia ada.. kesian dia.. dia langsung tak tahu apa-apa, dan tak sepatutnya dia menjadi mangsa kepada keadaan ini.. Kalau memang benar itu silap dia.... dia terima dan dia akur... tapi haruskah, atau lebih tepat lagi mestikah Batrisyia terheret sama? tersepit dalam situasi yang tak diduga ini? perlukah??

Ah.. maafkan mama sayangku, wajah mulus anak kecil itu yang sedang terlentang ditengah ruang katilnya dengan matanya yang galak ke sana ke mari di perhatikannya. Anak sekecil dia ini, apalah yang dia tahu..

Tak apa anakku, nanti mama akan bawa sayang pergi ke tempat yang jauh... dan kita akan bina hidup baru yang lebih bahagia dan gembira..

Pakaian-pakaian si kecil diambilnya beberapa helai, di sumbat kedalam beg yang turut memuatkan pakaiannya sekali tadi.. cukuplah kot... bawak yang mana penting saja..

Perancangannya mudah... dia akan pergi menaiki teksi, pulang ke rumah yang didudukinya bersama Daniel.. ambil kereta kesayangannya dan pergi.. ke mana hala tuju selepas itu.. dia masih belum pasti... dan yang pasti biarlah tempat itu jauh, jauh daripada Daniel dan semua insan yang dikenalinya.. dia ingin bina hidup baru.. susah senang biarlah dia yang tanggung sendiri.. dia ingin buktikan yang dia mampu hidup tanpa kehadiran lelaki itu.

Segalanya habis disini, itu tekadnya.. tak ingin lagi berpaling ke belakang... untuk apa menyemai cinta, untuk apa terus setia andai setianya langsung tak pernah dihargai oleh lelaki itu.. tak sangka kan dalam lelaki itu sentiasa di sisinya... masih sempat lagi lelaki itu menanam benih kepada perempuan lain... ah lelaki memang begitu agaknya.. tak cukup pada yang satu..

Dia melangkah perlahan, menuruni anak tangga satu persatu, sebelah tangan membimbit beg pakaiannya dan sebelah tangan lagi mendukung Batrisyia.. memang inilah perancangannya.. pergi ketika saat orang tiada... biar pemergiannya tak disedari...

Untuk apa mengucapkan selamat tinggal andai datangnya ke sini dulu memang langsung tak pernah di undang.. dia menyeret langkahnya yang memberat itu, ikutkan rasanya dia memang langsung tak kuat untuk menempuh semua ini, namun dia tetap cuba gagahkan dirinya... ya dia harus tabah..

Masih terngiang jelas di telinganya kata Puan Sri Nuha kepadanya.. bila dia cuba bersuara.. membantah perkahwinan itu beberapa hari yang lalu..

"Mummy tak bolehkah kalau abang tak menikahi Suhail tu..?"

"Kenapa pula? Daniel mampu apa, lagi pun budak tu bukan siapa-siapa pun, dia tu anak kenalan rapat keluarga ini... "

"Tapi abangkan dah berkahwin, takkan mummy sampai hati nak buat kami begini? tu Risyia pun masih kecil lagi, kalau mummy tak kesiankan saya pun tak apa tapi tolonglah kesiankan Risyia tu..."

"Balqish.. kamu kena faham... Daniel tu anak kami.. dan untuk pengetahuan kamu, kami memang dah lama nak jodohkan Daniel dengan Suhail, jadi alang-alang perkara ni dah terjadi.. apalah salahnya kami teruskan perancangan yang dah terbengkalai tu... dek kerana perkahwinan kamu dan Daniel hari tu... lagi pun tak salah rasanya, Daniel pun bukannya tak mampu pun, malah lebih daripada mampu... sekurang-kurangnya dapat juga kami menutup aib yang ada.. dan dapat juga menyatukan 2 buah keluarga.. "

Yalah kan.. aku tahu aku ni bukan siapa-siapakan? bersuara pun macam tak bersuara.. semuanya di reject.. serupa aku jadi tunggul kayu kalau macam ni.. aku ni siapa? bukannya menantu pilihan.. dahlah sebatang kara, orang biasa nama pun bukan Syarifah, Syed.. Raja atau pun Tengku...

Suhail... ya teringat pula pertemuan dia dengan Suhail seminggu yang lalu.. pertemuan senyap-senyap tanpa pengetahuan semua orang.. dia sudah sedaya upaya cuba memujuk Suhail membatalkan niatnya.. namun jawapan gadis itu mudah...

"Daniel calon terbaik I, dia ada segalanya.. dan family kami juga saling mengenali dan pasti sukar kalau dia nak lepaskan I begitu saja nanti..."

Tak sangka sungguh Balqish.. Suhail yang dilihatnya berpakaian sopan, berbaju kurung dengan kepala dilitupi tudung, mempunyai fikiran sebegitu teruk... kalah dengan dirinya yang hanya berpenampilan biasa... agaknya betullahkan kata orang, jangan menilai daripada luaran.. begini punya manusia pun adakan?

"Lagipun kami memang saling menyintai.. yalah kalau tak cinta masakan kami boleh bersama, berkongsi segalanya..." Suhail menambah, dengan cerita rekaannya sendiri pula.. saja..

"Itu bukan cinta cik Suhail, itu lebih kepada nafsu tau tak.. orang kalau ikhlas bercinta dia tahu bezakan halal dengan haram..." Balqish bengang... terhambur juga apa yang terbuku dihatinya..

"Alah.. you jangan tunjuk alim, tunjuk baik depan I, macamlah I tak tahu perkahwinan you dengan Daniel macamana.. you tu pun sama saja.."

"Hello tolong sikit ok.. itu semua kemalangan saja tau tak.."

"Kemalangan? atau dirancang Balqish? hanya orang bodoh saja yang percayakan kata-kata you tu.. masakan tidur sengaja tak kunci pintu bilik.. " Suhail menjuih bibir..

"Up to you.. nak percaya atau tak.. yang penting I dan DIA tahu kebenaran di sebalik semua ini.."

"Semua salah you Balqish.."

"Salah saya? kenapa pula?"

"Yalah kalau tak kerana you kahwin dengan Daniel, benda ni semua tak akan berlaku, dan I dan family I dan semua orang tak akan mendapat malu.."

Balqish terdiam.. salah akukah? ke perempuan ni memang tak reti nak terima qadak dan qadar ALLAH...

"Cik Suhail saya datang sini bukan untuk kita saling tuding menuding jari kata salah siapa, saya cuma datang nak selesaikan masalah kita ni.. itu saja.."

"Selesaikan apa lagi? bagi I segalanya sudah selesai.. pernikahan itu akan diteruskan, you setuju atau tak.. itu tak penting bagi I tau, you faham tak.."

"Tapi I isteri dia dan I berhak untuk tidak memberi persetujuan..."

"Hey... kau ingat aku takut ke kalau kau tak setuju.. pergi jalanlah dengan hak kau tu.. kau buang masa aku sajalah.." Suhail meninggi suara tiba-tiba hingga membuatkan Balqish terpinga-pinga.. terserlah perangai Suhail yang sebenarnya...

"Kalau setakat datang jumpa aku nak kata pasal hak kau.. kau buang masa aku.. hey suka atau tidak Daniel akan jadi milik aku, dan kau... jangan nak tunjuk lagak depan aku.. kalau kau rasa nak selamatlah..." ugut Suhail sambil menudingkan jari telunjuknya pada wajah Balqish sebelum berlalu meninggalkan Balqish sendirian.. langsung tak peduli dengan mata-mata orang di sekeliling yang memandang ke arahnya.

Huh ini ke wanita pilihan Daniel? agaknya lelaki itu dah buta dek penampilannya sehingga segala keburukannya dia tak nampak... Balqish hanya mampu berdoa dalam hati... biar ada keajaiban yang datang untuk membatalkan majlis yang bakalan berlangsung...

Banglo mewah yang tersergam sepi itu dipandangnya.. mungkin buat kali terakhir.. cintaku tertinggal di sini.. kasih ku juga tertumpah disini dan tangisanku juga berlagu di sini... Selamat tinggal semua, selamat tinggal Daniel.. izinkan aku berlalu daripada hidup kamu...

Dia tunduk.. menyedut nafas perlahan dan berpusing... untuk melangkah pergi... namun langkahnya mati ketika baru beberapa kali dia menapak.. pandangan matanya disuluhi kemilau cahaya lampu daripada sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari dirinya...

Eh siapa pula ni... dia tertanya-tanya... cuba diamati siapa... tapi dia tak jelas.. dia mula di selubungi rasa hairan...

27 comments:

LyzX said...

-Balqish bawa diri...
-Daniel terpaksa menurut...
-Suhail...
Belum tentu mereka akan bahagia...
Namun... tiada siapa tahu akhirnya cinta mereka...

P/S : Selitkan 'sesuatu' bg menambah perisakan adunan cerita...

Salam sayang dr kakakmu yg di kejauhan... huhuhu...

epy elina said...

hohooho.....
geram lak ngn kuarga si daniel 2...
bgus qis...
prgilah jauh2 tnglkn daniel n kuarga dia 2.....
nnt bila smua dah trbngkar mngnai prgai si suhail bru mak ayah daniel mnysal....
smuanya dah trlmbt msa 2....
sape lak 2???
x jd ke prkawenan daniel???
saspen ni...
smbung2x...

Nuril Bahanudin said...

Lyz..~ mekaseh dgn titipan kata dr kamu itu.. aku hargainya.. salam syg dr kejauhan juga dari diri ini..

epy_elina~ suspen, suspek..eh3
masyeh2

along said...

suspen..suspen..jadi ke x jadi..harap sgt2 x jadi kawen...sian kt daniel dab balqish..mmg x malu betul la suhail. dah la hipokrit..
kereta sape ye?cepat2 sambung tgh suspen nie

sakura said...

mintak2 la x jadi kawin.
x mau daniel kawin ngan pompuan 2.
cian qis...
law daniel kawin ngan pompuan 2 xmau la baca dah novel ni..

akak said...

ha..sudah, bos si balqish ke?? naper akak rasa mcm si daniel tak jd kawen je ngn si suhail???

Anonymous said...

perkahwinan dibatalkn...rahsia suhail terbongkar..heheheh...leh plak teman gantikn penulis ni

faiicie said...

ahhhhhhhh...sengalnya Suhail 2...
boleh siap bg amaran ngn Qish...
eeeee klu la aq...dah tampar2 dah pompuan 2...tak pa Qish...jgn mengalah...Qish tak boleh lari ok!!

suriyani said...

salam nuril...
mcm ni pulak...???
siannyer balqish....

Nuril Bahanudin said...

Wah u'all... :D~

Along ~ kereta kuda kot.. huihi masyeh..

Sakura ~ wah.. jgnlah gitu.. sob3 smpainya ati.. :'(

Akak ~ alamaknya.. siapakah itu agaknya ya akak?

Anony ~ amboi2.. eh2.. ok awk jelah yg smbung novel ni.. I nak pi berlibur.. yeahaa..

Cinta Terindah ~ sabau dik sabau.. (err umo bape nih?) hehehe

Nuril Bahanudin said...

Salam Nik ~
Macam tulah nmpaknya..
Xpat nk u-turn dah..:D hehe
masyeh2 semua kgkwan yg mbaca..

Cik D said...

salam kak nuril., makin bez ar kak..xsabar nk taw next story..ne da agak da...xjadi kawen kn?..hehe..tp, balqish nk pegi... suma dlm persoalan..pa yg terjadi dgn pernikahan daniel dn suhail? sapa yg tgu balqish depan umah 2? mesti bos dier kn?

~~gud job kak, cpt2 smbng k..hehe

Sha said...

aduhhhh tgh lyn sdp2 nih..
bley wut gempax last2..adehh.,.
nih sure la prkhwnn 2 batal!!..hehe..
[yakinnye..]..
smbg lagi nuril..
mcm xcukup plk..hoho

Sandy said...

seperti yang kuduga...harap harap kemilau cahaye 2...kereta daniel laa ekkk...die x jdie kawin kee...tapi sape lak yg menghalang waktu die nak akad nikah uh...papepon...yayyyyy... ske sgt n3 kali neh...harap harap n3 yg akan dtg best laa ekk...kak nuril wat n3 seterusnye cpat cket...n jgn melupekan lak citer tuk 3 bln uh...x saba nak bace

sinichies_girl88 said...

mntak2 la tu keta daniel...
hehehhe
moga daniel dapat halang baqis...
n diaorg pun happy bersama hehehee
sambung lagi makin tak sabar ni hehhe
:)

ayuni said...

mesti daniel and suhail tak jadi kawin...kan?kan?...hehe..sye berharap benar kater tunggu mase daniel nak akad nikah 2 bermaksud tak jadi...hehehe...papepun...i likes ...

Anonymous said...

Nuril, npe x leh bce smbungn nye??
patlah smbung..nk tau ape t'jd...
mang bes lh cte nie..mge x kwin lh diorg tue..

lana said...

kak nuril, bila nak smbg novel ni?
tak sabar nak baca bab seterusnya. :D
cepatla smbg ye.

Strawberi Comei said...

nk lg..rasenyer perkhwinan tu xjd..kak nuril cpt ya post next
n3..:)

Anonymous said...

nuril napa x leh baca next epsdnya...
saat2 genting nih........^_^

nura adila said...

besdnyerrrr cte ni...
x sabar nak bce smbgnnye....,sti daniel x jd kawen ngn suhail ngek tu......n daniel gak yg halang qish dr lari..x nak la dorg berpisah...x syok 6t...
novel ni ad x jual kat kedai...nak beli la....best giler..6t boleh wat koleksi...hihihi...kak nuril, cepat sambung ye....x sabar ni...

Anonymous said...

bile nak keluar novel kat pasaran??

Proud Mommy said...

-ni last n3 ker?
-or novel dah ader kat psrn..
-kak nuril klu blh cptla n3 bru...huhu tak sbr nak tggu...huhu
-apa2 pun best sgt crita ni....

nisa-asuka said...

kenapa?bab 38 tak dapat..error
huaaaaa gue tak dapat baca. !! huhuh :'(

Anonymous said...

nape epsd 38 n sterusnya xbley bace..???sdey btol larr..ni yg malas nk bce lg nihh..

aiN maNiSa said...

assalamualaikum..:)
erm, novel ni dh habis ke blom sebenanya..? rsa disappointed plk sbb igtkan dh habis... tiba2 bab 38 dan seterusnya tak da rupanya.. huhu~

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com