iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Sunday, May 8, 2011

Bingkisan Buat Permata Hatiku [ii]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sayangku..
Bertahun lalu ku pernah melayangkan sebuah bingkisan tentang rahsia yang berlagu dalam hati ini buat kamu..
Dan...
Hari ini, berserta dengan sambutan hari IBU yang disambut oleh semua ibu-ibu yang mulia, aku terpanggil pula untuk menyiapkan akan sambungannya.

Ibu,

Abu Hurairah ra berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?

Baginda menjawab: “Ibu kamu.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui Rasulullah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:

Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.


IBU,
Kasihnya aku padamu lebih daripada aku kasihkan nyawa pada diri ini..

Ibu,
Air mata bercucuran bila membaca satu berita tentang seorang ibu yang sanggup korbankan nyawanya demi anaknya, sanggup biarkan diri terbakar rentung demi anak-anaknya, ya ALLAH tempatkan ibu itu dalam golongan syuhada, berbahagia terus disisiMU...
Hebat sungguh dia, tabah dan cekal sehingga ke hujung nyawa.

Ibu,
Kalau kau tanya kenapa aku masih sendiri sehingga kini kan?, maka inilah jawapannya ibu, andai ku punya kekasih agaknya aku masihkah ada waktu untuk dirimu?
Itu yang ku fikirkan sebenarnya.
Sedangkan kini aku semakin ketiadaan waktu bersama dirimu walaupun aku masih sendiri.
Dulu aku masih belajar dan terpaksa berjauhan dengan kamu, harapanku bila aku berjaya menamatkan pengajianku, aku dapat menghabiskan masa bersama dengan kamu lebih banyak lagi, tapi rupanya tidak...
Kerja ini menuntut aku sekali lagi berjauhan dengan kamu..
Sayu hati ini bila terpaksa berjauhan,
Kosong jiwa ini bila seharian tak mendengar akan bebelan suaramu.

MAAF, MAAF, MAAF..
Impian diri ini ibu,
Ingin sentiasa selalu ada masa buat kamu,
Harapan diri ni ibu,
Sentiasa selalu bersamamu.. menghabiskan masa usia ini, mendengar celotehmu tentang kisah-kisah kita, duka dan gembira..

IBU,
Tahu tak kadang-kadang aku kesal, kadang-kadang aku terkilan, bila ku pulang seketika, dan ingin berpergian, bila engkau bertanya:
" bila pula pulangmu lagi nanti?"
Dan aku hanya membisu tanpa jawapan, bukan aku sengaja buat tak endah, namun hakikatnya aku serba salah, kerna aku sendiri tidak punya jawapan yang tepat ibu, MAAFkan aku sekali lagi ibu.

Ibu,
Tahu tak hari ini hatiku merintih sayu, kesibukan yang terlalu menekan, ralat aku ibu, hujung minggu ini sepatutnya aku bersama dengamu, meraikan hari ini bersamamu, kita berdua bersama..
Minta maaf tak terniat langsung untuk aku mengabaikan mu, tapi..
tuntutan ini, andai ku abaikan, pasti akan melukakan insan-insan yang lain yang mendambakan kehadiranku,
Sedih aku ibu,
Menangis hiba jiwaku ibu..
Ya ALLAH maafkan aku...

Ibu,
Ku akui,
Telah banyak janjiku padamu ku mungkiri,
Entahlah... jahat kan aku ibu? sanggup mengabaikanmu demi kerja yang semestinya sampai ke bila tak akan habiskan?

Ibu,
Ikutkan banyak yang ingin ku luah, ku sampaikan di sini..
Tapi mataku ini sudah terlalu memberat, aku kurang tidur beberapa bulan ini, kau tahukan sebabnya?
Aku kini tunjang keluarga, perlu berkerja sehabis dayaku, untuk keselesaan dirimu dan keluarga.
Aku tak mahu mengeluh,
Sebab penatku hilang bila melihat senyummu.
Letihku melayang pergi bila mendengar suaramu.

Ibu, SELAMAT HARI IBU buatmu, kau ibu terbaikku sepanjang hayat ini, memiliki dirimu sebagai ibuku adalah sesuatu anugerah yang tak ternilai dek segala kekayaan didunia ini. Doaku buat mu ibu, semoga kita masih diberikan waktu untuk terus bersama. Aku tak mampu bayangkan hidup ini tanpa dirimu disisiku IBU.

Salam sayang dan rindu
Buat dirimu yang sentiasa merajai hati ini.
Cinta dan kasih ini tak pernah luntur,
Buat dirimu insan yang luhur hatinya.

Dari si kecil yang selamanya takkan dewasa dihatimu
Nuril Bahanudin -5 june 2011

note jari jemari : Bingkisan Buat Permata Hatiku 2009 <~ baca klick saja di sini
andai berminat untuk membaca part one nya
SELAMAT HARI IBU, kpd pembaca2 yg sudah bergelar IBU

No comments: