Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin & Nuril Razi, dan penulis langsung tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, kecuali pada blog laman Penulisan2u. Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah anda dapat MEMADAMKAN daripada blog anda, sebelum saya mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah anda berikan.

Sahabat (^.^)

iklaneka

Novel Ku Rela Cinta Ini Bertamu berada di pasaran bulan JUNE 2011

>> Sunday, May 29, 2011

NURIL BAHANUDIN
KURELA CINTA INI BERTAMU
SEMENANJUNG : RM24.00/ AHLI : RM 20.00
SABAH / SARAWAK : RM 27.00/ AHLI : RM 23.00
ISBN : 978-967-5067-74-7

SINOPSIS

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak diduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlanjuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mula mekar didalam hati. Namun relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz : " Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish : "Seratus ribu?? awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak?? huh awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak tau, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,"

Daniel Muaz : " Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat umah sendiri ke?


  © Blogger templates Freelance by Nuril Bahanudin 29.05.2011

Back to TOP