iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, August 14, 2012

Novel : Tiga Bulan [13]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.


Azan subuh yang kedengaran sayup-sayup dari surau berdekatan membangunkan dia dari lenanya. Nuriz terpisat-pisat, sedikit terpinga-pinga, kenapa aku ada dekat sini? Ini bukan bilik tidurnya, lama dia termenung memikirkannya. Oh lupa.. malam tadikan aku dah selamat berhijrah ke fasa kehidupan yang baru. Aduh lenguhnya badan aku, sepanjang malam tidur atas sofa. Dia menggeliat, mengendurkan kembali urat-urat di tubuh yang dirasakan sedikit menegang.

            Dia memanjangkan kepalanya melihat ke arah katil yang mengisi ruang utama bilik itu. Mak oi.. gaya dia tidur, kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas segala gaya pun ada. Hampir terkeluar biji mata dari soketnya bila melihat gaya Wan Nazariel tidur. Beberapa biji bantal kelihatan tergolek di atas lantai. Hai agaknya mamat ni mimpi pergi berperang kut. Nuriz menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jam di dinding diperhatikannya,  urghh baru pukul 5.45 pagi. Perlahan-lahan dia bangun, melipat selimut yang digunakan tadi dan terus mencapai tualanya yang tersangkut di penyidainya terus dia berlalu melangkah menuju ke bilik air. Mandi lagi baik, lagipun tak elok melengah-lengahkan solat dah masuk waktu pun ni. Bisik hatinya.

Usai solat subuh.. dilihatnya Wan Nazariel masih juga lena seperti tadi. Hisy dia ni tak reti-reti nak bangun solat subuh ke? Ke dia ni memang tak solat? Nuriz memandang jengkel pada susuk tubuh yang masih diulit mimpi itu. Hisy tak boleh tidak aku kena gerakkan dia juga, aku tak mahu dapat dosa sekali kalau biarkan dia tidur macam tu saja, akhirnya dia membuat keputusan.

Errr nak panggil apa ni ya? Boss? Tuan? Zariel? Abang atau??? Arghhh tibai sajalah.

“Err Zariel oh Zariel.” Dia menyeru nama lelaki itu perlahan-lahan.

“Hurmm.. apanya kacau aku pagi-pagi buta ni?”

“Pagi-pagi buta apanya, dah nak terang dah langit dekat luar tu, tak reti-reti nak bangun solat subuh ke apa? Waktu tak menunggu awak tu tau?”

“Aku letihlah.. jangan kacau aku boleh tak.” Marahnya sedikit berang.

“Letih konon... eee.. akhirat nanti kalau di tanya kenapa tak solat takkan nak jawab letih jugak?? Dah-dah bangun solat subuh, jangan nak lengah-lengah, tak elok lengah-lengahkan solat, lagipun orang yang sentiasa tepati masa macam awak ni mesti tak akan suka-suka melewat-lewatkan sesuatu benda yang penting kan?” Sengaja dia menyindir lelaki itu. Memang lelaki itu di pejabat seorang yang sentiasa menepati masa, jarang langsung lelaki itu melewati masa yang telah ditetapkan.

“Yelah aku nak bangunlah ni, bisinglah kau ni macam mak nenek!”

Tersenyum Nuriz bila melihat gelagat lelaki itu..

“Hai macam tak ikhlas saja nak bangun, kita kalau nak bersolat ni hati kena ikhlas barulah kita dapat keredhaanNya tau.”

“Taulah aku... jangan nak tunjuk baik sangatlah kau tu.”

“Mana ada nak tunjuk baik, sekadar mengingati. Nak terima atau tak terpulanglah, tak paksa pun, lagi pun kan kubur kita lain-lain.” Sinis dia membalas. 

Pagi-pagi lagi dah cari gaduh. Lelaki egonya memang tinggi menggunung, kalau nak dibandingkan ego tu dengan tinggi gunung Everest, rasanya ego tu lagi tinggi. Huh malas aku nak layan dia ni.

“Eh nak ke mana tu?” Soal Wan Nazariel bila melihat Nuriz ingin berlalu menuju ke pintu.

“Turun bawahlah.. buat apa yang patut. Lagipun saya malas nak tengok muka awak tu dekat sini pagi-pagi. Buat hilang mood orang saja.”

“Ha... baguslah tu, apa kau ingat aku ni suka juga tengok muka kau tu? Dahlah kuat membebel mengalahkan nenek tua.”

Eleh.. dia tu pun sama kuat membebel tak sedar diri agaknya. Kat pejabat tu kalau boleh 24 jam dia nak bebelkan aku. Nuriz membebel dalam diam. Geram mendengar kata-kata lelaki itu.

“Eh sebelum kau turun tu, kemaskan katil aku ni dulu, kalau tak, tak guna aku kahwin dengan kau kalau katil pun aku kena kemas sendiri.”

“Eee tak suruh pun awak kahwin dengan saya ni. Huh pemalas sungguh dia ni, awak yang tidur dekat situ awak boleh pula suruh orang lain yang kemaskan.” Dia ingat aku ni orang gajinya kut.

“Apasal pulak? Bukan itu memang tugas seorang perempuan, mengemas? Dah-dah sila buat saja yang aku suruh ni, jangan nak banyak cakap.”

Eee... geramnya aku dengan dia ni. Tengok tu buka baju main longgok saja atas lantai. Geram sangat dah ni.Sambil mengomel geram sambil tu dia mengemas apa yang patut, dia tak sedar yang Wan Nazariel yang berada di sebalik pintu bilik air, sedang memegang perutnya menahan tawa yang hampir terhambur. Hoho padan muka kau, kau ingat kau kahwin dengan aku kau dapat hidup senang macam puteri raja ya? Jangan haraplah oi.

Langkah kaki diaturkan menuruni anak tangga. Huiii besar juga rumah ni, macam istana, agaknya rumah orang-orang kaya macam inilah kut gayanya. Usai berkemas didalam bilik tadi dia terus keluar, melawati setiap ceruk banglo mewah ini. Sememangnya dia tak mahu bersua dengan lelaki itu lagi kalau boleh.

Hari ini hari sabtu. Hurm apa yang aku nak buat dekat tempat asing macam ni? Isyk.. dahlah aku tak kenal langsung mereka semua penghuni dalam rumah ni.. dia mengeluh. Dia kini membawa diri ke ruang dapur pula. Hisy boring teramat sangat.. mahu juga aku masak ni karang.

“Err ada apa-apa yang boleh saya bantu tak bibik?” Soalnya pada orang gaji yang kelihatannya sedang kalut menyediakan sarapan pagi.

“Ngak usah non..nanti dimarahi oleh Datin." Tegah bibik bila melihat Nuriz mencapai pinggan dan mangkuk dan di lap dengan kain bersih.

“Alah bibik tak payah risaulah.. Tak ada apa punya.”

“Biarlah bibik buat semua tu Nuriz.” Tegur satu suara.

Tersentak dia.. lantas menoleh, terkejut melihat Datin Jacinta yang sedang berdiri di muka pintu memerhatikannya.

“Err..” Tak berani nak bantah apa-apa.

“Mari kita ke depan.. boleh kita berbual-bualkan, lagipun mama belum sempat berbual dengan Nuriz daripada semalam lagi.”

Nuriz hanya mampu membuntuti langkah mama mentua tirinya itu.

“Ha.. eh yang berdiri saja tu kenapa? Duduklah.” Tegur Datin Jacinta bila melihat Nuriz hanya tercegat berdiri di sebelah sofa.

“Awal kamu bangun hari ni Nuriz? Zariel mana? Tak bangun lagi ke?”

“Dah biasa bangun awal-awal mama, err Zariel dah bangun dah tadi waktu Nuriz turun tadi. Tak tahulah pula kalau-kalau dia sambung tidur balik.”

Hurm baik juga Datin Jacinta ni, aku ingat semua mak tiri ni macam yang dalam cerita novel, garang.. jahat dan gila harta.  Dia mula menilai wanita awal 40-an yang duduk bersebelahan dengannya.

“Oh.. rumah ni, kalau waktu pagi-pagi macam ni memang sunyi sikit, maklumlah.. tak ramai pun penghuninya.”

Nuriz hanya mengangguk. Tak tahu sebenarnya nak bualkan apa. Masih lagi terasa asing di tempat baru begini.

“Datin sarapannya dah siap, nak makan sekarang ke?” Tegur bibik yang baru muncul dari arah dapur itu.

“Ya bik.. nak makan sekarang.”

“Nuriz pergi panggil Zariel tu, ajak dia turun sarapan sekali.”

Nuriz diam mendengar arahan itu. Namun dia tetap bangun juga lambat-lambat, melangkah menuju ke bilik atas. Isk tak sukalah asyik nak mengadap muka lelaki ni. Menyampah tau, dia mengomel perlahan.

Langkah kakinya terhenti di muka pintu bilik. Baru saja tangannya diangkat untuk mengetuk pintu, pintu bilik telah pun dibuka dari arah dalam. Terjenggul wajah Wan Nazariel di muka pintu.

“Hah kau nak apa?”

“Mama awak ajak breakfastlah. Hisy pagi-pagi lagi dah marah-marah. Nanti rezeki susah nak masuklah.”

Selamba, langsung tak menghiraukan perasaan lelaki itu, dia meluahkan apa yang terlintas di hatinya.

“Dia bukan mama akulah.. dia mama tiri aku saja tau!” Lelaki itu memperbetulkan kata-kata Nuriz yang dirasakan tidak betul dipendengarannya.

Eleh samalah tu. Dia ni semua orang dia tak suka, ke dia ni tak sukakan perempuan? Adakah dia tidak normal? Yalah sepanjang di pejabat dia tak pernah nampak lelaki itu keluar berpacaran. Eh apa yang kau merapu ni Riz. Tak baik buruk sangka, dosa.. cepat-cepat dia menepis andaian buruk yang mula terbit di dalam hatinya.

“Oii yang kau tercegat saja dekat situ kenapa? Tak tau nak turun ke? Kau tu bukannya tuan puteri dalam rumah ni yang perlu di jemput... cepatlah.”

“Yalah awak turunlah dulu. Saya tak suruh pun tunggu saya ni.”

******

            “Kau ok ke ni Riz? Dari tadi aku tengok asyik termenung saja kenapa? Zariel pukul kau ke? Ke dia ada hina kau macam-macam?” Tegur Mirna. Sedari tadi dilihatnya Nuriz lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu, ceria dan rancak dengan cerita-ceritanya sambil melayan kerenah penghuni Darul Qaseh.

“Aku ok, cuma..” Lata-katanya terhenti di situ.

“Cuma apa Riz?” Soal Mirna tidak sabar.

“Cuma aku masih lagi macam tak percaya apa yang telah berlaku dalam hidup aku ni. Aku masih rasa yang aku ni sedang bermimpi sahaja.”

“Riz kau kena belajar terima hakikat, kau kena mengaku yang benda ini memang terjadi benar dalam hidup kau.”

“Entahlah Mir. Aku tahu aku ni hina di mata dia. Aku tahu dia benci aku, dia anggap aku ni sial, pembawa malang dalam hidup dia dan dia sangat bencikan aku Mir.” Masih terngiang-ngiang jelas kata-kata lelaki itu. Masih pijar rasanya di telinganya, pahit untuk ditelan dan pahit juga untuk terus dikemam.

“Bersabarlah Riz, dia tengah marah, memanglah dia cakap macam tu.”

“Sampai bila aku mampu bersabar Mir? Aku ni insan biasa, setiap perasaan tu mesti ada hadnya.”

“Dah tu kau nak buat apa Riz? Aku rasa bersabar ni sajelah jalan terbaik buat kau sekarang ni.”

“Aku nak pergi, jauh dari sini. Jauh dari dia dan semua. Aku nak mulakan hidup baru. Aku dah fikir masak-masak Mir. Aku sanggup terima apa jua akibatnya yang mendatang nanti.” putusnya.

            “Riz melarikan diri takkan dapat selesaikan masalah kau tu. Macam apa yang aku cakapkan dulu, kau tak ingat ke? Takkan kau nak biarkan masalah kau tergantung selamanya macam tu. Riz fikir dulu baik buruk keputusan kau ni.”

“Entahlah Mir.. ni saja jalan yang dapat aku fikirkan. Kalaulah kau berada disituasi aku ni apa yang akan kau lakukan agaknya kan? Aku tak tahu apa dosa yang aku telah lakukan kepada lelaki itu sampai dia membenci aku sebegitu sekali. Setiap kata yang keluar dari mulutnya mesti kedengaran amat berbisa di telinganya”. Dia menggetap bibir, rasa sebak hadir menyesak dadanya tiba-tiba.

“Kau nak ke mana ni pagi-pagi lagi dah bersiap?” Tegur Wan Nazariel bila melihat yang Nuriz sudah menukar pakaiannya, t-shirt berlengan pendek sudah bertukar ke yang berlengan panjang.

            “Saya nak keluar, ada janji dengan kawan.”

Kelakar bukan? Semalam baru saja mereka melangsungkan pernikahan, namun hari ini masing-masing dah ada aktiviti sendiri. Tak macam pasangan lain yang pasti sedang hangat memadu kasih di waktu-waktu begini.

“Ada janji dengan kawan konon, eleh tu nak pergi menggatallah tu. Tu dengan jantan manalah pula tu. Macamlah aku tak tahu perempuan macam kau ni. Perempuan murahan.” Mencebik dia, sengaja ingin menyakiti Nuriz.

“Suka hati awaklah nak kata apa, saya tak kisah. Saya malas nak bertekak dengan awak, lagipun buang masa saya saja, bukannya ada faedah pun... saya pergi dulu.” Sungguh dia letih. Selagi dia mampu bersabar dia akan cuba bersabar dengan lelaki itu.

“Riz.. isk menung pula dia.” Mirna menyentuh perlahan jari jemari temannya itu.

“Aaa... er sorry kau cakap apa tadi Mir?”

“Aku cakap jom pergi lunch. Budak-budak dah tunggu dekat dewan tu. Apa pun yang berlaku pada kau, hidup tetap mesti diteruskan. Kau kena buktikan pada dia yang kau tidak serapuh yang disangka. Jangan kau seorang saja yang makan hati dan dia pula bahagia dengan hidup dia seolah-olah tiada apa yang berlaku.. I know you can do it Riz.”

"Thanks Mir.. kau sentiasa ada dengan aku waktu aku perlukan kau."

Kadang-kadang dia memang akui dia sungguh bertuah punya sahabat sebaik Mirna. Tak pernah sesekali meninggalkan dia sendirian sewaktu dia kelelahan dengan dugaan-dugaan hidup yang datang bertimpa-timpa kepadanya.

“Tak ada hal. Kau kawan aku. Kita kawan dunia akhirat Riz. Aku tetap akan sentiasa ada untuk kau selagi nyawa masih bersama aku.”

“Jomlah... perut aku dah berbunyi dah ni.”

Mirna menarik tangannya. Lambat-lambat dia bangun dari kerusi batu yang terdapat di halaman rumah Darul Qaseh itu. Seleranya tumpul, namun demi Mirna dia akur. Ah buat apa aku fikirkan pasal lelaki itu andai dia sedikit pun langsung tak mahu nak fikirkan tentang aku ni. Buang masa aku saja, lagi pun dia ingat dia tu siapa? Dia tak tahu ke dia tu langsung tak penting dalam hidup aku tau, lagi dia menghuru harakan aku adalah dengan kehadiran dia tu.


*** Assalamualaikum warahmatullah, minta maaf kepada semua yang ternanti-nantikan entry yang seterusnya, terlalu diulit kesibukan sehingga saya tak ada masa untuk menjenguk blog-blog sendiri. Entry ini khas untuk Kak Norihan dan semua pembaca setia yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog buruk ini. Jutaan terima kasih ^^***

3 comments:

nurul asliza said...

àkhirnye..keluar jugak bab 13..lame dah tunggu..tak sabar tunggu sambungannye..

p/s : slamat hari raya nuril...:)

NurAtiZa said...

Kesian dekat Riz dapat lelaki macam tu...:(

ida said...

Sabar bebanyak ye Riz.....ini semua dugaan. Lama2 nanti si Zariel tu mesti lembut hati, cuma bagi dia masa utk 'repair' hati dia yg mcm batu tu.....