Tatkala cinta mengetuk hati,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah ku terima takdir ini?
Yang aku dan engkau perlu bersama?
“Abang
tolonglah...” Berlagu nadanya, gaya merayu pun ada juga.
“Ya abang
tolonglah ni.” Balas Daniel laju.
“Tolong apa
gitu kalau setakat tengok je.” Qistina Balqish mencebik.
“Tolong tengok!
Tolong jugalah namanyakan? Hahaha!” Daniel Muaz ketawa lepas. Seronok dapat
mengenakan isterinya.
Oho buat lawak
ya? Sengaja ya buat-buat tak faham tolong apa yang aku maksudkan ni. Dia mula
membebel di dalam hatinya. Geram perasaannya bila melihat Daniel Muaz yang enak
berduduk santai sambil memerhatikan dirinya yang tak cukup tangan menyediakan
segala persiapan raya itu. Mummy dan daddy mentuanya tiada kerana keduanya
menunaikan umrah dan serentak menyambut aidilfitri di tanah suci Mekah.
“Amboi tu
kenapa tu jelling-jeling manja dekat abang? Hello abang puasa tau, jangan nak
goda-goda abang ya.” Daniel menegur. Sebenarnya bukan dia tak faham maksud
jelingan Qistina Balqish tu, huh manja apa begitu. Tu jelingan nak telan orang
maknanya.
“Huh tak kuasa
eh nak goda abang tu. Buat kurang pahala puasa orang saja. Abang jangan nak
perasan ya. Qish tak ada mood nak
layan abang tau.” Dia membalas dalam nada bergumam bersulam bengang.
Hello kita tak
akan tergoda pun tau kalau awak nak buat lawak bangang tahap cipan tertelan
cili tu. Kita sedikit pun tak melompat suka. Benci tau!
“Alololo Qish
ni sensitif lebih pula dia. Jangan cakap Aliff nak dapat adik lagi sudahlah ya.
Kesian anak kita tak puas bermanja lagi dah beradik.”
“Abang!!!”
Eeeiii geramnya aku.
“Ya sayang
abang di sini je, tak perlulah jerit kuat-kuat panggil abang kalau ya pun
nakkan abang ni. Keh keh keh.” Rancak dia ketawa menyakat. Bukan selalu dapat
begini. Sementa kedua ibu bapanya tiada eloklah dia manfaatkan masa yang ada ni
untuk menyulam kasih dengan isteri yang dicintainyaa itu. Chewahhhh!
“Abang, Qish tengah
sibuk ni, tak ada masa nak main-main dengan abang tau.” Hai suamiku nan satu
ni, eh memanglah satu, manalah boleh seorang perempuan bersuami lebih dari
satu. Ah sudah apa yang aku mula nak mengarut ni.
“Eh bila masa
abang kata abang nak main ni? Tengah puasa manalah boleh ‘main’. Batal puasa
tau. Tak pasal-pasal abang kena ganti puasa 2 bulan berturut-turut nanti tau.”
“Oiii abang!”
Balqish mengusap dadanya menahan sabar. Ya ALLAH ya Tuhanku kenapalah suami aku
ni punya perangai makin hari makin tak centre
ni?
“Apa oi-oi ni
Qish sayang? Dosa tau oi-oi dengan abang.” Daniel Muaz tersenyum lebar. Seronok
bila melihat kemarahan mula bertanda diwajah Balqish.
“Ceh pandai
pula dia kata dosalah apalah. Abang tu cuba fikiran tu jangan nak biru-biru
waktu puasa begini boleh tak? Buat kurang pahala puasa saja tau.” Dia berpaling
sambil kedua tangan mencekak pinggangnya sendiri.
“Mana ada
biru-biru. Qish tu yang over sensitive
tau.”
“Dahlah malas
layan abang. Eh abang daripada abang duduk tak buat apa tu baik abang tolong
Qish pasangkan langsir ni. Ada juga faedahnya.” Sambil mengunjukkan kain
langsir warna peach itu kepada Daniel Muaz dengan harapan lelaki itu akan
meringankan tulangnya untuk membantu dirinya.
“Eh tadi kata
malas layan abang, lepas tu kenapa suruh-suruh abang pula ni? Tak malu ke?”
“Huh abang tak
nak buat sudahlah. Biar Qish buat sendiri. Abang pergi jauh-jauh, jangan nak
duduk dekat sini macam mandor pencen pula ya. Sakit hati!”
Kain langsir
yang berada ditangannya disangkutkan pada bahu. Sedikit berjauh hati dengan
Daniel Muaz. Agaknya keletihan yang menekan segenap ruang anggota tubuhnya
menyebabkan dia menjadi sedikit sensitif.
Sebuah kerusi
yang berada tidak jauh dari situ diambilnya. Untuk dipanjat sebagai penyambung
dirinya yang rendah itu. Moga-moga dia dapat memasang langsirnya. Doanya dalam
hati. Huh tengoklah tak harapkan dia pun kerja aku boleh siap tau. Dengusnya di
dalam hati.
Daniel hanya
mengangkat bahu melihat perilaku isterinya itu. Sebenarnya dia tak kata pun tak
mahu membantu, niatnya hanya hendak mengusik sahaja itu yang dia bercakap
begitu tapi nampaknya Balqish yang terlebih sensitif itu telah silap fahaman.
Menyangka dia tak mahu membantu langsung.
“Terpulanglah… Qish
buat sendiri ok, apa-apa jadi nanti jangan nak salahkan abang tau.” Akhbar The
Star yang terhampar di atas meja kaca di sisi sofa dicapainya. Kononnya tak
mahu ambil tahu apa yang dibuat oleh isterinya dia buat-buat khusyuk tunduk
menatap akhbar itu.
“Jangan nak curi-curi
pandang pada orang ya?”
“Huh bila masa
abang pandang Qish? Tak nampak ke abang tengah baca paper ni?” Sambil menunjukkan akhbar yang berada di tangannya.
“Eleh macamlah
orang tak tau mata dia tu asyik curi-curi pandang pada kita. Kita taulah kita
comel.” Selamba memuji diri sendiri. Siapa lagi nak tolong pujikan kita kalau
tak kita sendiri ya tak?
“Aaaaaa!!!
Aduhhh!” Lantang jeritannya bila kaki kirinya tiba-tiba tergelincir daripada
kerusi yang dipanjat. Dia hilang imbangan dan akhirnya tubuhnya melayang jatuh.
Bukkkk!!! Macam
nangka busuk gugur ke bumi bunyinya.
Daniel
terbeliak mata, namun tak berbuat apa-apa. Terkaku agaknya bila melihat isteri
sendiri buat gaya lagak ngeri.
******
“Isk sengetlah
abang letak tu… ke kanan lagi… ha lagi…” Riuh mulutnya mengarah itu dan ini
bila melihat hasil kerja suaminya itu yang tak sempurna di matanya. Huh letak
frame dekat dinding pun tak centre,
apalah dia ni. Nampak sangat kerja mudah begini pun tak pernah dibuatnya. Sabar
jelah.
“Qish abang
letihlah, nak rehat boleh?” Daniel Muaz merayu. Sudah berapa jam dia tidak
berhenti dikerah untuk buat itu dan ini.
“No, no… esok
dah nak raya nanti tak siap ya cik abang.”
“Alah suruhlah
bibik kita buat. Apa guna kita ada bibik kalau tak boleh nak disuruh buat
kerja.” Baru aku teringat yang aku ni ada orang gaji.
“Hellooo cik
abang sayang, lupa ke yang bibik kita tu dah dihantar balik ke kampungnya 2
hari lepas? Haisy nak kata dah tua nampak muda lagi. Tak akan baru buat kerja
sedikit dah jadi pelupa?” Betullah suami aku ni.
“Ha kita dah
hantar dia balik kampung? Aduiii macam manalah abang boleh lupa. Ini semua Qish
punya pasallah.” Daniel menepuk dahinya sendiri.
“Aik kenapa
pula salahkan Qish?”
“Yalah kalau
Qish tak jatuh tadi kan tak susah abang ni tau.”
Gara-gara ingin
memasang langsir Balqish terjatuh dan kini pinggangnya sakit. Terhentak ke
lantai barangkali. Ingin dibawa ke hospital tak mahu siap menangis
hentak-hentak kaki lagi hampir sejam kononnya protes tak mahu ke hospital.
Alasannya sebab takut kena bermalam di hospital. Tak mahu beraya di hospital.
Daniel menggeleng-gelengkan kepala dalam tak sedar. Kadang-kadang aku rasa
isteri aku ni macam budak-budak lagi. Sudahlah perangai cuai tu tak mahu nak
berubah, dari belum berkahwin sampai sudah beranak dua, perangai tu tetap tak
lupus-lupus juga dalam dirinya.
“Apa pula
salahkan Qish. Dah kaki Qish ni nak terpeleot,
Qish pun tak jangka. Itulah abang, Qish minta tolong dengan abang, abang tak
mahu buat. Kalau abang buat tadi mesti Qish tak jatuh, sakit dan terlantar
macam ni. Aduhhh!!” Dia mengaduh kesakitan bila cuba menggerakkan tubuhnya. Kononnya
ingin bangunlah tu.
“Aik
balik-balik abang juga yang kena. Qish tu yang tak tau nak berhati-hati. Kerja
main redah je lepas tu cuai semedang. Dah-dah duduk diam-diam je dekat situ
jangan nak banyak bergerak ke sana ke mari, nanti kalau bertambah teruk sakit
tu abang juga yang susah. Biar abang buat sendiri semua tu.”
Balqish
mengulum senyum bila mendengar tegahan Daniel itu. Hehe sayang juga dia dekat
aku. Ingat suka membuli aku je, rupanya… bagus-bagus kalau macam ni sakit
selalu pun tak apa, bolehlah aku buli dia lagi. Kui! Kui! Kui! Ketawa nakal
mula bergema di dalam hatinya.
“Baik pula
Aliff waktu-waktu begini, tak meragam macam hari-hari lepas. Selalu tu tidur
pun sekejap saja, lepas tu bangun merengek menangis bila sedar tak ada orang
temankan dia tidur.” Macam tahu pula anak itu tentang kesibukan mama dan
papanya.
“Abang ni… anak
kita diam tak meragam abang bising. Nanti dia bangun meragam baru tau. Abang
juga yang pening, mana nak layan Aliff mana nak jaga Qish yang tak sihat ni.”
Pandailah anak mama, bagi peluang dekat mama nak bermanja dengan papa. Pujinya
di dalam hati.
“Yelah, abang
bukan apa… abang hairanlah Qish.”
“Alah tak ada
apa yang abang nak hairankan. Anak kita tu kenyang sangat tu. Bukan abang bagi
dia susu dan nestum banyakkan tadi. Tak usahlah abang risaukan dia. Nanti kalau
dia jaga tu mesti dia menangis punya. Sekarang yang abang perlu risaukan siapa
yang nak masakkan rendang, kuah kacang, kuah lodeh, lontong, rebus ketupat tu.
Qish memang tak larat nak bangun ni tau.” Dia buat memek muka lesu tak berdaya.
Agaknya tau ke
suami aku tu memasak rendang?
“Hah abang ke
yang kena buatkan semua tu?”
“Yalah cik
abang, tak akan pula anak kita si Aliff tu yang tolong masakkan pula.”
“Errr tak akan
Qish tak boleh tolong langsung? Susahlah macam ni…” Lemah nada suaranya.
Matilah aku
kalau semua aku kena buat sendiri. Aduh mummy, daddy kenapalah pergi beraya kat
sana? Macam manalah Niel nak selesaikan persiapan raya ni? Sudahlah bibik dah
balik kampung, Qish pula dah terjatuh dan sakit pinggang…. Dia memicit dahinya.
Terasa berserabut, berpinar tiba-tiba.
“Qish nak
tolong abang macam mana? Qish nak bangun tak boleh. Hah tengok ni… aa… aduhhh!”
Dia buat kerutan panjang di dahi. Kononnya sangat seksa untuk mendudukkan
tubuhnya sendiri.
“Aduhhh macam
mana ni? Errr agak-agak kalau kita upah catering saja untuk masakkan untuk kita
boleh tak sayang?”
“Oii abang
jangan nak mengarut boleh tak? Manalah ada catering yang sudi nak ambil
tempahan sehari sebelum hari raya ni. Mereka pun nak cuti raya juga apa.”
“Eh ya tak ya
juga. Habis tak akan abang nak buat semua ni?”
“Yalah… wajib
buat ok!”
Hehehe… rasakan
sekarang nilah masa aku nak buli beliau ni. Itulah aku minta tolong baik-baik
lagi main-mainkan aku. Sekarang rasakan buat semua tu sendiri.
“Abang manalah
tau masak rendang tu semua sayang oiii…” Aku ni bukannya ambil subjek ekonomi
rumahtangga pun waktu sekolah tu untuk memasak segala bagai ni. Setakat masak
yang simple-simple tu aku taulah.
“Hai cik abang
sayang lupa ke buku masakan yang awak belikan untuk saya dulukan ada. Ha waktu
beginilah elok dapat gunakan buku tu.”
“Hamboiii
sayang masih simpan lagi ke buku-buku tu? Dah 5 tahun rasanya…tak expired ke resepi-resepi tu?”
“Expired apanya? Jangan nak mengarut dan
beri alasan macam-macam ya. Dah-dah pergi memasak sana ya. Nanti tak siap pula.
Esok tak pasal-pasal kita hidangkan tetamu biskut kering dengan air kosong je.
Tahu dek mummy dengan daddy mesti masak kita kena leter tau.”
Sengaja dia
tekankan perkataan mummy dan daddy untuk menggerunkan pendengaran Daniel. Biar
Daniel gentar, biar lelaki itu tak beri alasan macam-macam untuk memasak.
Hahaha…
“Yelah-yelah
abang nak memasaklah ni kalau macam tu.” Kalau bagai yang dikata, siapalah dia
untuk membantah sebab kalau dia tak buat siapa lagi yang akan buat. Tersepit
dengan keadaan.
“Hah bagus,
macam tulah suami Qish. Ni yang bertambah sayang dekat abang ni.” Mata kiri
dikenyitkan nakal kepada lelaki itu. Senang hatinya bila lelaki itu akur
menerima tugasan darinya.
******
Allahuakhbar
Allahuakhbar…
Azan subuh yang
kedengaran dari surau berhampiran mengejutkan dirinya daripada lena.
Terpisat-pisat dia membuka mata. Terkejut bila melihat ruang sisinya kosong.
Mana Daniel? Kenapa tak ada di sebelahnya? Masakan lelaki itu sudah bangun
awal. Melilau matanya ke segenap ruang bilik.
Dia
mengenyeh-ngenyehkan matanya untuk memastikan dia tidak silap pandang. SAH!
Memang Daniel tidak berada di sisinya. Hanya ada cuma Muhammad Aliff Imani yang
nampaknya tidur lena langsung tak berkutik. Amboi sopannya anak mama sehari dua
ni. Betul-betul bagi peluang kepada mama dan papa ya. Sempat diusap pipi si
kecil yang sedang lena itu sebelum bangun menuju ke bilik air. Ah solat subuh
dulu baru cari dia.
Tak masuk-masuk
pun dia ke bilik ni. Tak akan marahkan aku ni sebab buli dia memasak semalam?
Balqish mula risau. Usai sudah solat subuhnya, namun kelibat Daniel langsung
tak kelihatan.
Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk mencari lelaki itu. Kain telekong dilipat digantung
di tempat sepatutnya, begitu juga dengan kain sejadah. Dia melangkah keluar
daripada perut bilik. Dari atas anak tangga lagi dia sudah nampak kelibat
sekujur tubuh yang sedang baring terlena di atas sofa di ruang tamu.
Isk isk isk
suami aku ni, dengan apron masih melekat di tubuh dia boleh tidur. Nampak sangat
letih memasak. Balqish mengeleng-gelengkan kepala sambil melangkah turun, terus
menuju ke arah dapur ingin melihat hasil kerja suaminya.
Wah terbaik,
perfect! Semua sudah siap. Heh memang hari ini dalam sejarahlah, Daniel masak
untuk raya. Ni kena tulis dalam diari ni. Hehehe tak sia-sia aku berlakon jadi
orang kurang upaya semalam. Dia ketawa kecil sendiri.
“Apa yang
menggelikan hati sangat tu Qish?” Tiba-tiba satu suara garau menegur dari arah
belakang. Betul-betul sangat hampir dengan telinganya.
“Opocot!” Dia
tersentak terkejut.
Daniel Muaz
betul-betul begitu hampir dengannya dengan wajah yang separa mamai. Ketawanya
hampir terburai bila melihat apron berwarna pink yang siap-siap beropol-ropol
tepi-tepinya yang masih tersarung di tubuh sasa milik Daniel itu. Cepat-cepat
dia menekup mulutnya menggunakan tangan untuk menahan ketawa.
“Eh ni kenapa
pula ni? Yang tekup-tekup mulut kenapa?” Berkerut-kerut mukanya melihat
perilaku Qistina Balqish itu.
“Tak ada
apa-apa, abang nampak kacak dengan apron ni. Sesuaaaiiii sangat.” Senyum nakal
tersungging di bibirnya.
“Ialah tu,
sesuai sangat atau sebaliknya? Macam abang tak tahu Qish tu. Itu tak lain tak
bukan mengata abanglah tu dalam hati tu kan?”
“Eh mana ada,
abang ni cuba jangan perasan…”
“Macam manalah
abang tak perasan Qish oi, kalau hanya kita saja di rumah ni dan mata Qish pula
tak lepas-lepas daripada pandang abang ni. Sudahlah abang nak naik solat subuh
dulu… Eh Qish dah sihat ke?” Daniel Muaz memandang ke arah Qistina Balqish
dengan wajah berkerut seribu. Masakan sudah sihat sepenuhnya sedangkan semalam
isterinya itu kelihatan kritikal sangat kecederaannya kononnya.
“A’ah Qish dah
rasa sihat sangat ni.”
“Eh masakan
sakit pinggang tu boleh sembuh dalam sekejapan? Semalam bukan main lagi
menangisnya bagai nak rak.”
“Entah Qish pun hairan, semalam macam sakit sangat, tapi pagi ni bangun dari tidur Qish rasa
dah ok dah…” Matanya ditala untuk memandang ke arah frame gambar keluarga yang
digantung oleh Daniel semalam demi untuk mengawal tona wajahnya yang ingin
berubah itu. Dia tak mahu Daniel perasan.
“Ke Qish… tipu
abang semalam?” Daniel berserkap jarang. Mula menangkap helah Balqish. Dia tahu
isterinya bukan jenis pandai untuk menipu. Apatah lagi bila dia perasan yang
Balqish cuba melarikan matanya daripada terus bertembung dengan matanya.
“Errr maa… mana
ad…ada.” Dia serba salah, serkapan Daniel Muaz nampaknya hampir mengena.
“Terpulanglah
kalau Qish tak nak bercakap jujur dengan abang. Abang naik atas dululah.” Mula
memusingkan tubuhnya. Hampa bila dia mula sedar yang Qistina Balqish
mempermainkan dirinya.
“Abang….”
“Abang belum
solat subuh lagi.” Laju dia memotong cakap isterinya.
Qistina Balqish
menggigit bibir bila melihat Daniel Muaz yang melangkah laju memanjat anak
tangga. Marahkah suami aku? Hati mula serba salah.
******
“Abang Qish
minta ampun, Qish minta maaf…. Abang bukalah pintu ni.”
Naik lenguh
sudah tanganya mengetuk daun pintu milik mereka nampaknya Daniel masih lagi
berdegil dan mematikan diri di dalam bilik. Sedikit pun tak mahu menyahut panggilannya.
Aduh macam mana
ni. Tak akan dia betul-betul marah kut? Jam di dinding dikerlingnya sudah
hampir jam 10 pagi. Kejap lagi mesti tetamu akan datang beraya dan mereka juga
masih belum pergi menziarahi kubur Risya. Masakan nak sambut tetamu dalam
keadaan begini? Dalam keadaan dia hanya berkain batik dan bert-shirt. Buang tebiat! Nanti mesti orang kata menantu
Tan Sri Darwish dan Puan Sri Nuha ni selekeh.
“Abang…”
Rayunya lagi dengan harapan suaminya akan sejuk hati dan membuka pintu.
Sementara itu….
Hah rasakan,
semalam sengaja kenakan abang ya. Hari ni tau nak menggelabah bila abang
protes. Qish, Qish perangai nakal tu tak pernah mahu berubah. Sudahlah dulu
Qish buat-buat pengsan sampai abang sendiri naik cuak gara-gara Qish berebutkan
remote daripada abang, sekarang Qish kenakan abang kononnya pinggang Qish
terseliuh sampai tak boleh bergerak segala bagai. Sudahnya abang juga yang kena
kerah buat kerja Qish sampai selesai. Kenapalah abang ni tak perasankan helah
Qish tu. Bertuah punya isteri.
Daniel membebel
panjang sendirian. Terkumat-kamit mulutnya sambil tubuhnya disandarkan ke pintu
bilik.
Dalam kepalanya
ligat memikirkan cara untuk membalas dendam kepada isterinya. Sebenarnya dia
bukannya marah sangat pun tapi dia sengaja bersikap sebegitu. Sengaja ingin
mendera perasaan Balqish itu.
“Abang Qish
kira sampai tiga kalau abang tak buka juga pintu ni Qish nangis kuat-kuat biar
semua orang dengar.”
Suara Balqish
masih lagi kedengaran di sebalik pintu, bezanya kali ini bukan dalam nada
rayuan tapi nada ugutan pula.
Daniel ketawa
kecil. Kelakarlah isteri aku ni. Lagi nak menangis macam budak-budak.
“Abang Qish
kira ni tau…”
Tetap dia tiada
balasan daripada Daniel.
“Ok satu!”
Senyap…
“Dua!...”
Tetap sepi….
Haisy ni betul
ke dia nak dengar aku menangis ke apa.
“Ti…..g….”
Tak sempat
pintu dibuka dari arah dalam. Daniel keluar dengan muka mencuka sambil memeluk
tubuh sendiri.
“Hah nak apa?”
Dingin nadanya.
“Err… Qish…
Qish…Qish…”
“Hai sejak bila
pula jadi gagap ni?” Sergah Daniel agak keras.
“Qish minta
maaf… Abang maafkan Qish ya?” Tangan lelaki itu diraih.
“Huh pandai
pula nak minta maaf ya? Apa ingat abang ni robot ke? Sampai hati tau buat abang
macam tu. Kerah abang sampai abang tertidur dekat sofa tu. Bukannya nak tolong
selimutkan. Dahlah sejuk.” Lirih nadanya.
“Ala… abang
janganlah merajuk.”
“Tak ada masa
eh abang nak merajuk. Bukannya Qish tu tahu nak pujuk pun abang ni. Siapalah
kita ni.” Daniel buat-buat ayat macam penglipur lara.
“Eleh yalah tu.
Semua ni salah abang tau.”
“Aik abang lagi
yang kena. Sepatutnya abang yang cakap macam tu dengan Qish.”
“Yalah kalau
abang tolong Qish semalam tak adalah Qish kenakan abang teruk-teruk macam tu.
Qish minta tolong abang dengan cara baik tapi abang buat tak tahu jadi
terpaksalah Qish guna cara macam ni.”
“Oh pandai,
geliganya isteri abang dalam bab kenakan orang ni. Abang punyalah risau takut
pinggang Qish tu tergeliat betul. Punyalah sakit kepala nak fikirkan apa yang
abang nak jawab kalau mummy dan daddy balik nanti rupa-rupanya hanya lakonan
Qish saja. Bertuah punya isteri. Eiiii geramnya abang tau.”
Daniel menarik
kuat hidung Balqish.
“Auuwww… aduh.
Sakitlah…” Dia mengaduh.
“Ha! Ha! Ha!”
Daniel Muaz hanya ketawa lepas bila melihat warna merah mula bertanda di hidung
isterinya itu.
“Ha jadi abang
maafkan Qish tak?”
“Untuk isteri
kesayangan abang masakanlah abang tak maafkan dia, lagi-lagi di waktu raya
begini.”
“Really? Yeayyy
ni yang bertambah sayang sangat dengan abang ni.” Terus dia humbankan dirinya
dalam pelukan Daniel.
“Ya tapi dengan
satu syarat…”
“Hah ada
syarat? Apa dia?”
“Jangan
marahkan abang lepas ni ya kalau apa-apa jadi.”
“Hah nak
marahkan abang? Kenapa pula? Tak akan abang pun ada buat jenayah dengan Qish
kut?” Lain macam saja ayat suami aku ni. Dia memandang pelik wajah Daniel Muaz
itu.
“Janji jangan
marah…” Daniel tersenyum… dan senyumannya makin lama makin melebar bila melihat
kerutan semakin banyak kelihatan di dahi Qistina Balqish.
******
“ABANG!!!!
Lailahailallah… subhanallah… sabarkan aku.” Lantang suara Qistina Balqish
daripada arah dapur.
Daniel Muaz
yang sedang rancak berbual dengan Haizam dan Suraya yang datang berkunjung
tersentak.
“Apa kena tu
Daniel dengan si Qish tu?” Soal Haizam hairan.
Daniel
mengangkat bahu tanda tak tahu.
“Entah, aku
pergi tengok dia kejap ya?”
“Abang oiiiii
apa gerangan sudah terjadi pada masakan tuan hamba ni?” Laju Balqish
melontarkan tanya sebaik terpandang wajah suaminya itu.
“Apa?”
“Macam mana
kita nak hidang pada mereka sedangkan rendang ini rasanya seperti kita dah buka
kilang garam… masin menyengat abang oi… Mahu kena darah tinggi para tetamu kita
nanti.”
Oh patutlah
sudah pesan pada kita awal-awal jangan marahkan dia. Ini rupanya onar yang dia
dah cipta.
“Sorry abang mengantuk sangat sampai tak
sedar abang letak berapa banyak garam.”
“Haduiii…
sudahlah rendang masin, kuah kacang ni pula manis macam lori gula dah terbalik
dalam periuk kuah kacang ni. Tak akan kita nak hidangkan ketupat je pada
tetamu? Ketupat cecah dengan air oren, boleh begitu? Haisy memang tak patut.
Aduii.”
“Habis kita nak
buat apa sayang?” Tanya Daniel blur.
“Manalah Qish
tau… hidang kueh raya sajalah nampaknya.”
“Itulah lain
kali jangan paksa abang masak, kan dah haru biru jadinya.”
“Kalau abang
tak mulakan dulu tak adalah jadi macam ni.”
Masih tak habis
lagi untuk nak bertelagah.
“Hai korang
berdua ni raya ni hari ini. Sudah-sudahlah tu. Tak payah nak bertekak. Hidang
je apa pun dengan kami ni. Kami tak kisah. Kami bedal je semua.” Suraya yang
tak tahu bila masa munculnya menegur pasangan sahabatnya itu.
“Daniel ni Su…”
“Apa pula abang…”
“Sudah… adoii
peninglah aku dengan korang ni. Umur makin meningkat tapi perangai tu tetap
kebudak-budakan juga. Bila entah nak matangnya entah.”
“Ok-ok abang
beralah… tak mau gaduh-gaduh.”
“Yeayyy Qish
menang!” Seronok melihat Daniel Muaz beralah.
Tengok tu baru
kejap tadi dia minta maaf dengan aku sekarang macam sengaja nak lancarkan
perang dengan aku.
“Yelah-yelah
Qish pun mengaku Qish salah… Qish minta maaf dengan abang, selamat hari raya
maaf zahir dan batin.”
Tangan Daniel
diraih. Dibawa ke mulut dan dikucup penuh kasih tanpa sedikit pun segan dengan
Suraya yang masih tak lepas-lepas memerhatikan mereka.
“Ya abang pun
sama… minta maaf dengan sayang sebab selalu buli sayang macam-macam.” Tangannya
mengusap penuh kasih kepala isterinya.
“Hah kan bagus
macam ni. Berdamai di hari raya. Ini tak asyik bertekak saja gayanya bla… bla…
pot… pet…” Suraya mengambil kesempatan bebelkan pasangan itu..
“Suraya!”
Serentak Balqish dan Daniel bersuara.
“Ops terlebih
sudah… Selamat hari raya, Balqish dan Daniel maaf zahir dan batin… Errr minta
duit raya sekali. Hehehe..”
“Duit raya? Huh
tak sedar diri betul. Dah tua kerepot pun nak duit raya lagi.” Tempelak Balqish
selamba.
Suraya hanya
ketawa besar mendengar tempelak Balqish itu. Sedikit pun tak ambil hati.
Hai semoga
syawal kali ini terus memberi sinar bahagia untuk kita semua. Balqish tersenyum
sendiri.
*** Assalamualaikum sahabat-sahabat. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan. Entry khas bagi mereka yang rindukan Balqish, Daniel dan kroninya... Ramai yang email pada saya, inboxkan pada saya inginkan kesinambungan kisah mereka ni. Anda bagai mana? Kalau rasa perlu disambung sila tinggalkan komen 'Nak' diruang komen... Oh ya Qistina Balqish dan Daniel Muaz mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada anda semua *** ^^
6 comments:
mesti la nak..:)
nak sambungan KRCIB dan xsabar nak tunggu 3bulan keluar...:)
Nak lgi....
hoho.
mmg rindu sgt2 kat dorang..hhuhu. kalo kak nuril nk sambung,
xkan ada yg tolak.
hehe.
sambung je dek,pape akak sokong u,best n funny gak dek!sambungggggg dek couse tak puas nak g..........hehehe
Please sambung saya minat sangat dengan nukilan akak yang ni. Sebab novel nilah saya start baca novel melayu
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
Post a Comment