Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.
“Tulah
kamu, biarkan lagi isteri sendiri balik kerja dalam hujan. Suruh naik kereta
sama-sama, macam-macam kamu beri alasan, kan dah demam budak tu.” Bebel Dato'
Wan Nazri geram bercampur tak puas hati.
“Alah
papa, yang dia pergi redah hujan tu kenapa? Takkan tak reti-reti nak tunggu
hujan tu reda dulu ke baru balik. Isk... dah besar panjang itu pun takkan dia
tak boleh fikir.”
“A'ah
senanglah kamu jawab ya? Kamu tu macamlah papa tak tahu, nanti kalau dia balik
lambat kamu yang marah, kamukan suka cari silap dia tu.”
“Mana
ada, papa ni...” Dia menggerutu geram dituduh
begitu kononnya tapi yang sebenarnya memang ada benarnya. Eh apalah ayat aku
ni.
“Apa
pulak, tak mengaku kan? Tapi betullah kan?”
“Ni
kamu dah bagi dia makan ubat belum? Tak nak bawa dia pergi klinik ke?” Soal
Datin Jacinta prihatin, dia yang sedari tadi hanya mendengar perbualan dua
beranak itu mula menyampuk.
“Alah demam biasa, bukannya teruk mana pun. Tak perlulah nak bawa ke klinik, buat membazir duit saya saja nanti.”
“Alah demam biasa, bukannya teruk mana pun. Tak perlulah nak bawa ke klinik, buat membazir duit saya saja nanti.”
Entah
kenapa dia sedikit pun tak rasa ingin bersimpati. Huh baru berapa hari bernikah
dah pandai menyusahkan aku. Perempuan memang leceh agaknya, yalah kena hujan
sikit pun dah demam. Lemah antibodi betul, dia membebel dalam hati.
“Kamu
ni, dia tu kan isteri kamu, tanggungjawab kamu. Apalah salahnya bawak dia pergi
klinik, nanti kalau demam dia melarat lagi susah, yang kamu berkira sangat
dengan dia tu kenapa? Dah jadi suami isteri ni, duit kamu tu duit dia juga.
Duit dia, duit dialah..” Tak puas hati sungguh mendengar jawapan yang terluncur
dari mulut anaknya itu.
“Lecehlah
papa ni. Dia isteri saya, saya tak apa-apa pun tapi papa pula yang risau
lebih-lebih nampaknya.”
“Memanglah
kamu tak apa-apa, sebab kamu benci dia. Hari tu waktu suruh bernikah dengan dia
pun, kamu nyaris nak bunuh dia. Hisy risau tau tak, anak orang tu..”
“Memanglah
anak orang bang oi, takkanlah menantu kita tu anak kucing pulak.” Rasa nak
tergelak pula mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya. Hai dalam serius ada
juga lawaknya suamiku ini.
“Susah-susah
juga kita suruh jelah Pak Dawud bawak dia pergi klinik, saya sibuk ni, banyak
kerja lagi yang tak siap.” Beralah, kalau dia bertegas takut nanti akhirnya dia
akan bertekak dengan papanya itu.
“Amboi
senangnya kamu ni. Isteri sendiri, suruh orang lain pula yang bawakan.”
“Bang...
Susah-susah biar kita sajalah bawa si Nuriz tu. Nanti kalau dibiarkan takut
bertambah teruk pula. Ini dah masuk hari yang kedua, tak kebah-kebah lagi
demamnya.” Datin Jacinta memberi cadangan.
******
Berat sungguh rasanya kepalanya kala ini. Sakit yang mencucuk-cucuk di segenap ruang kepala otaknya.. sehingga hendak membuka mata pun dia rasa teramat payah. Air mata mengalir perlahan di pipinya. Dia menangis tanpa suara dek kesakitan yang menekan teramat sangat. Dalam keadaan macam ni mesti terkenangkan Mirna. Dia percaya kalau dia bersama temannya itu, Mirna akan menjaga dia dengan sungguh-sungguh. Sentiasa di sisinya setiap kali dia membuka matanya, sentiasa bersusah payah masakkan bubur nasi untuknya.
Berat sungguh rasanya kepalanya kala ini. Sakit yang mencucuk-cucuk di segenap ruang kepala otaknya.. sehingga hendak membuka mata pun dia rasa teramat payah. Air mata mengalir perlahan di pipinya. Dia menangis tanpa suara dek kesakitan yang menekan teramat sangat. Dalam keadaan macam ni mesti terkenangkan Mirna. Dia percaya kalau dia bersama temannya itu, Mirna akan menjaga dia dengan sungguh-sungguh. Sentiasa di sisinya setiap kali dia membuka matanya, sentiasa bersusah payah masakkan bubur nasi untuknya.
Mir...
Di mana kau. Aku perlukan kau.. Hatinya berbisik perlahan. Teringin menghubungi
sahabatnya itu, tapi dia tak mampu. Dia tak larat untuk bergerak.
Di
tempat asing begini, entahlah dia merasakan dirinya seolah tak wujud. Lelaki itu
sedikit pun tak menjenguknya. Bukan dia inginkan simpati pun, tapi entahlah...
Kalau ya pun bencikan aku kenapa tak lepaskan aku saja? Kenapa masih nak
simpankan aku ni? Untuk apa? Supaya mudah untuk membuli aku? Menyeksa aku. Entah
kenapa setiap kali dia teringatkan lelaki itu, perasaannya seolah dihiris-hiris
dengan pisau belati tajam. Pedih dan perit.
Jari-jemarinya
terketar-ketar memicit kepalanya sendiri, sehinggalah terasa ada tangan lain
yang lembut mengalihkannya. Memainkan peranan memicitnya pula dan dalam kabur-kabur
pandangannya dia lihat sesusuk tubuh wanita sedang duduk di birai katil.
Ah
inikah rasanya sebuah sentuhan seorang ibu? Terlalu asing rasanya perasaan ini,
syahdu.. sebak. Air mata mengalir semakin deras. Kenapalah ibu dan ayahku buang
aku? Kalaulah ya, tak inginkan aku kenapa izinkan aku lahir ke dunia ini? Sungguh,
kadang-kadang... dalam tak sedar, sering persoalan ini terlampias dalam benak
fikirannya. Berlegar-legar mencari jawapan yang tak pasti.
“Riz...
kamu sakit sangat ke?” Lembut Datin Jacinta bertanya. Risau pula melihat
keadaan Nuriz kala ini, dengan kulit wajah yang memerah, dengan suhu badannya
yang panas membahang.
Nuriz
menggeleng lemah. Ah Datin Jacinta tak tau apa-apa. Fikirannya menerawang pula
kepada Nini, kanak-kanak yang ditemui dalam hujan itu. Ah aku walaupun yatim piatu,
nasibku tak seperti dia.
Rumah
yang teramat usang, rasanya seolah tak layak di panggil rumah, dengan
bumbungnya bocor sana sini... dan air mengalir masuk melimpahi lantai bila hari
hujan.
“Kakak...
Nini dah balik!” Teriak kanak-kanak itu kuat tika baru tiba di rumahnya itu.
Segala
di luar jangkaannya. Apabila dia menyelak langsir usang yang menutupi pintu
bilik yang terdapat di rumah itu, perasaan sebaknya membuak-buak di dalam dada.
Apabila melihat seorang gadis, yang mungkin lingkungan usia sama dengannya,
yang kudung ke dua kakinya, ralit melayan perasaan di atas sebuah kerusi roda
yang juga separuh using dan gadis itu kurus kering, kelihatan sedikit tidak
terurus.
Ya
ALLAH, patutlah Nini seperti tak terurus juga, tak terjaga, rupanya tiada siapa
yang boleh menjaganya menengokkan keadaannya....
“Kakak
Riz ini kakak Nini.” Riang kanak-kanak itu memberitahu lalu terus memeluk tubuh
kakaknya.
“Kakak
Nini dulu cantik. Kakak Nini dulu pandai, tapi lepas kena langgar... kakak
terus jadi macam ni. Jahat orang yang buat kakak jadi macam ni, Nini benci
orang tu, kalau Nini jumpa dia Nini langgar dia balik, biar dia jadi macam
kakak.” Lancar Nini bercerita. Ada nada geram terselit disebalik kata-katanya
itu.
Ah...
itu rupanya yang sebenarnya telah berlaku dalam hidup mereka, tapi kenapa tak
ada siapa-siapa yang mahu membantu mereka? Takkan nak tunggu kisah mereka ni
terpampang didada akhbar dan tersiar di tv, barulah yang berkenaan terhegeh-hegeh
datang menghulur bantuan? Ah tapi memang selalunya begitu kan. Tak sangka,
sukarnya hidup aku ni ada lagi yang lebih sukar. Insaf rasanya.
“Nini...
kakak balik dulu, nanti ada masa kakak datang lagi ya? Ini ada duit sikit nanti
Nini guna buat beli makanan untuk kakak dan Nini ya.”
Sekeping
duit not lima puluh ringgit di sisipkan pada tangan kecil itu. Itu saja yang
dia ada waktu itu dan itu saja yang termampu diberikannya. Ikutkan hati dia
memang ingin berlama lagi di sini, belum puas hatinya untuk mengetahui kisah hidup
anak itu, tapi.... dia tak boleh. Dia takut dengan kemarahan Wan Nazariel pula
kepadanya nanti dek kelewatan pulangnya.
Hatinya
berazam, dia akan cuba membantu Nini dan kakaknya selagi dia termampu. Dia akan
berusaha sedaya mungkin.
“Nuriz...
kita pergi klinik ya?”
Teguran
suara garau Dato' Wan Nazri mengembalikan dia ke alam nyata. Nuriz hanya
menggeleng lemah, sungguh dia tak nak! Tak mahu.... takut... silap-silap doktor
akan memberikan dia injection, dia
lebih rela begini.
“Ok
kalau tak mahu pergi klinik, mama telefon doktor ya suruh dia datang tengok
Nuriz ya?” Datin Jacinta mengusap lembut dahi Nuriz. Sungguh dia memang
teringinkan zuriat, tapi sayang rezekinya tiada, cuba menumpahkan kasih kepada
Wan Nazariel tapi nampak gayanya anak itu tidak menyenanginya. Dingin saja
dengan dirinya.
Kenapalah
mereka ni tak faham? Dah aku tak nak kenapa masih lagi nak paksa. Ini nak
panggil doktor pulak. Tolonglah siapa-siapa jelaskan pada mereka, dia membentak
tapi hanya mampu didalam hati saja.
Melihat
Nuriz hanya diam membisu. Dato' Wan Nazri mengambil keputusan menyetujui
cadangan isterinya itu.
“Kita
call sajalah Doktor Muiz, suruh dia
tengokkan keadaan Nuriz tu.”
******
Dia mengurut-ngurut perlahan pelipis matanya. Mata sudah terasa pedih, mengadap skrin laptopnya sedari tadi. Beberapa keping kertas putih bersaiz A4 berselerakan di atas lantai bilik kerjanya itu. Sesekali dia menguap, menahan kantuk yang mula bertandang.
Dia mengurut-ngurut perlahan pelipis matanya. Mata sudah terasa pedih, mengadap skrin laptopnya sedari tadi. Beberapa keping kertas putih bersaiz A4 berselerakan di atas lantai bilik kerjanya itu. Sesekali dia menguap, menahan kantuk yang mula bertandang.
Dia
bangun, ingin membuat segelas nescafe panas, langkahnya terhenti ketika melalui
biliknya, yang menempatkan Nuriz.
Eh
tak tidur lagi ke minah ni? Telinganya menangkap bunyi air paip yang mengalir
deras. Dia mengangkat bahu. Ah lantaklah bukan urusanku buat apa nak ambil
tahu. Dia meneruskan langkahnya.
Dia
berdiri bersandar pada sinki yang terdapat di ruang dapur sambil menanti air
yang dipanaskannya sedia terpanas. Hairan.. tak keluar lagi ke dia dari bilik
air? Tapi kenapa macam tak ada bunyi pergerakannya langsung. Ini yang aku mula musykil
ni.
Usai
membancuh air nescafenya. Dia terus menuju ke tingkat atas... Tak mahu
berlengah, dia ingin menyiapkan kerjanya malam ni juga. Namun langkahnya
terhenti di hadapan pintu biliknya sendiri. Entah kenapa hatinya tergerak untuk
memulas tombol pintu biliknya. Melihat apa yang sebenarnya terjadi..
Kosong....
bilik itu kosong.
Matanya
memandang ke arah pintu bilik air yang sedikit renggang. Perlahan-lahan
melangkah mendekati bilik air itu.
“Nuriz!”
Tak ada jawapan. Panggilannya tak berbalas.
Tak ada jawapan. Panggilannya tak berbalas.
“Oit
kau ok tak kat dalam tu?”
Tetap
sepi tiada balasan..
“Oi
pekak ke? Aku tanya ni.. kenapa diam? Tak ada mulut ke nak jawab?”
“OK-Ok..
kalau kau tak nak jawab aku masuk ya. Aku masuk sekarang!” Ugutnya.. tapi tetap
seperti tadi hanya diam tanpa sebarang jawapan
“OK
aku masuk ni? Kali ini aku tak main-main tau... Aku masuk ni!” Dia menolak
perlahan pintu bilik air. Kelihatan air paip sudah mula melimpah memenuhi
lantai.
Matanya
terbeliak melihat tubuh Nuriz terbaring lesu dengan pakaian yang sudah mula membasah.
Pantas dia menerpa mendapatkan gadis itu. Tubuh itu di pangkunya, ada darah
yang mengalir di dahi Nuriz, mungkin kerana terhantuk di dinding, sinki atau
pun tab mandian. Dia nilahkan. Dah tahu tak berapa nak sihat lagi mau
bergerak-gerak ke sana sini, menyusahkanlah. Sempat lagi hatinya membebel.
Tubuh
itu dicempungnya. Ini karang aku juga yang kena marah lagilah nampaknya. Wan
Nazariel menelan air liur. Bergegar juga imannya melihat bayang susuk tubuh
Nuriz yang kelihatan di sebalik baju t-shirt putihnya yang membasah itu.
“Riz...”
Dia menampar perlahan wajah itu namun tiada tindak balas langsung.
Apa
aku nak buat ni?? Dia mula buntu setelah beberapa usahanya langsung tak
berhasil.
Ah...
nak tak nak kena juga call balik
Doktor Muiz. Hanya itu saja jalan yang terlintas di fikirannya..
Kenapalah kau ni macam-macam hal? Aku dahlah banyak kerja. Kau boleh pulak pengsan. Hisy wajah pucat Nuriz yang masih tak sedarkan diri itu diperhatikan. Nasib baik masih ada lagi sisa kesabaran dalam diri ini.... kalau tak, tak taulah aku.
Kenapalah kau ni macam-macam hal? Aku dahlah banyak kerja. Kau boleh pulak pengsan. Hisy wajah pucat Nuriz yang masih tak sedarkan diri itu diperhatikan. Nasib baik masih ada lagi sisa kesabaran dalam diri ini.... kalau tak, tak taulah aku.
Wan
Nazariel melangkah menuju ke arah sebuah beg pakaian milik Nuriz yang terletak
di satu sudut bilik itu. Masih tak berkemas lagi semenjak gadis itu melangkah
masuk ke situ untuk berkongsi bilik dengannya. Sebabnya satu... Dia tak mahu berkongsi
almari dengan Nuriz. Zip beg itu dibuka laju dan dia menggeledah isi beg itu. Akhirnya
sehelai pakaian kering dicapainya. Kira baik juga aku tolong kau tukar pakaian.
Jangan kau tuduh aku ambil kesempatan sudahlah ya? Aku pun kalau boleh tak ingin
nak buat macam ni, tapi hati aku ni kesian pula dekat kau.
*** Assalamualaikum sahabat pembaca yang setia. Maafkan saya sebab agak lama menyepi tanpa sebarang entry yang baru. ***
7 comments:
Finally new n3! Lepas ni cepat2 sambung ye....Nuriz get well soon! Zariel, pls jgn marah2 Riz ok kesian kat dia..
Insya-ALLAH,
Terima kasih Ida :)
Kesian dekat Nuriz....π_π
thank dek ilang dah rindu akak kat nuriz...tak relevan tul lh sikap zariel tu!!tk suke lepas kan lah,dari terus menyeksa nuriz cam tu.sedeh lah !! nak tunggu lah bile masa zariel tu akan menagih kasih kat nuriz.mase baru tau penangan nuriz cam ne!!cepat sambung ye dek.........hehe
Saya pun simpati juga kat nuriz ni nuratiza tapi apa nak buat dah itu bahagian dia. Pasrah~
Kak Chez... Hehe terima kasih, harap berada keadaan sihat hendaknya ya...:-)
Kesian sgt dkt nuriz ni..susahnya dia tapi dlm susah dia masih nak tolong org lain
Kesian sgt dkt nuriz ni..susahnya dia tapi dlm susah dia masih nak tolong org lain
Post a Comment