iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, November 9, 2012

Novel : Tiga Bulan [19]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.


“Jauh kau termenung Riz?”

“Hai Mir.. Tak adalah.. aku berfikir.” Segaris senyuman dilemparkan kepada Mirna yang melabuhkan duduk di tepinya.

“Lebih kuranglah tu Riz. Macam berat je benda yang bermain dalam kepala otak kau tu sampai aku boleh mendengar kau mengeluh berkali-kali. Tak nak share dengan aku ke?”

“Tak ada apalah Mir, hal biasalah. Aku dengan dia.. so macam mana kehidupan kau sekarang? Tak nak cari teman serumah yang baru ke? Atau ikut cara aku ni. Cari teman yang baru. Maksud aku berkahwin. Sekurangnya ada juga yang tengok-tengokkan kau, jaga sakit pening kau tu.”

“Eheh.. mengarutlah kau Riz. Aku teman lelaki pun tak ada macam mana nak berkahwin? Huhu, siapalah nak dekat aku ni. Dahlah tak kaya, rupa pun tak ada.”

“Alah Mir merendah diri sangat kau tu. Orang yang tak ada teman lelaki pun boleh berumahtangga kalau dah sampai serunya. Aku ni pun tak ada juga teman lelaki, tapi tup-tup berkahwin juga. Jodoh tu, semuanya datang daripada ALLAH. Cuma kadang-kadang ia datang pada kita dalam situasi yang kita sendiri tak mampu nak jangka. Macam aku ni hah, datang mengejut. Hampir terloncat jugak jantung ni bila dipaksa kahwin secara tiba-tiba.”

“Itu kau Riz. Tapi jodoh kau tu nampaknya macam baik. Yalah walaupun nampak macam dia tak sukakan kau, tapi dia tak pernah ambil kesempatan ke atas kau kan?”

“A’ah baiklah sangat. Kau bukan satu rumah dengan dia cik Mirna oii. Aku ni yang serumah. Dah naik lali dah dengan perangai dia yang tak semenggah tu. Sakit hati. Benci aku bila teringatkan dia.” Beremosi nadanya. Marah hadir secara tiba-tiba.

 “Eh tak naklah bincang pasal hal ni.”

“Ewah kau yang bangkitkan hal ni dulu Mir.”

“Hehehe sorrylah aku tak sengaja. Kau tu yang terlebih emo kalau aku sebut pasal suami kesayangan kau tu. Eh kau dah siap ajar budak-budak tu math Riz? SPM tinggal lagi beberapa bulan lagi kan, so macamana prestasi mereka?”

“Ok, aku tengok mereka pun macam dah 50 peratus bersedia. Cuma tulah, ada sikit-sikit yang kadang-kadang mereka ni macam blur.. tapi tak apa masih ada masa lagi. Aku pun tak nak push sangat budak-budak tu.. just buat mana yang termampu"

“Tulah lagi nak dekat-dekat nak exam ni, memang tak boleh buat mereka ni tertekan. Aku pun pening juga mengajar mereka akaun ni. Kunci kira-kira, akaun untung rugi semua mereka tak mahir lagi. Imbangan duga lagilah, debit, kredit mereka hentam saja letaknya. Dah aku ajar dah yang debit balancenya didebitkan, yang kredit di kreditkan.. yang basic macam capital, dah banyak kali aku kata tak ada yang debit, mereka debitkan juga. Hisy kadang-kadang hilang jugak sabar aku ni, fikirkan adik saja. Nasib baik tak ada kak Uchi mereka yang ajar kalau tak lagi teruk mereka kena leter.” Teringat tiba-tiba akan seorang teman mereka membesar di Darul Qaseh, juga salah seorang tenaga pengajar sukarela di rumah anak-anak yatim ini.

“A'ahlah.. lama tak dengar berita pasal dia, kak long dan Aurel.”

“Mereka busy agaknya. Bengkel mereka semakin mendapat sambutan dengarnya.”

“Wau baguslah macam tu. Mereka dah jumpa arah sendiri nampaknya.”

“Yup.. alhamdulillah syukur. Aku gembira dengar mereka dah berjaya. Sekurang-kurangnya golongan macam kita ni dapat membuktikan kita mampu berjaya atas usaha kita sendiri kan?”

Ingat lagi pada zaman kanak-kanak mereka. Mereka berdua sering terpinggir didalam kelas, dipandang hina, sebabnya hanya kerana mereka tak punya keluarga, mereka tak ada pakaian yang mahal, alat tulis yang cantik dan berbelanja mewah untuk pergi ke sekolah.

“Riz kau datang sini, suami kau tahu ke? Ke kau main cabut je tadi?”

“Amboi Mir... main cabut apanya? Teruk aku kena soal dengan dia tadi waktu aku nak minta izin ke sini. Huh mengalahkan polis pencen dia tu.”

Teringat tadi...

“Kau nak pergi mana ni? Awal pagi dah bersiap, ni dengan jantan mana pula kau nak dating?” Seperti selalu terlalu sukar untuk mendengar ungkapan indah yang keluar daripada mulut lelaki itu. Semuanya yang ala-ala mengguris hati sahaja bila mendengarnya.

“Saya nak keluar dengan Mirnalah. Awak ni cuba jangan nak bersangka buruk dengan orang boleh tak?” Pagi-pagi lagi dah buat dosa. Hisy dia ni.

“Amboi pandai nak nasihat orang k? Aku memang sentiasa bersangka buruk dengan kau, tapi dengan orang lain tak ok. Kau nak tau apa sebabnya? Sebab kau memang tak boleh dipercayai. Banyak sangat agenda yang tersembunyinya.”

“Eleh.. ingat awak tu boleh dipercayai sangatlah ek? Saya keluar dengan Mirna, bukannya dengan lelaki lain pun, ke awak cemburu ni? Kalau cemburu katakana jelah. Jangan nak malu-malu dengan saya ni.” Sengaja dia menjungkitkan keningnya ala-ala muka nakal untuk menambahkan bengang lelaki itu. Hehe…

“Aku??? Cemburu? Weh tolong sikit. Jangan perasan ok. Aku tak kisah kau nak keluar dengan siapa pun, tapi ingat, kalau apa-apa jadi pada kau, macam kau terlanjur lepas tu mengandung, jangan suruh aku bertanggungjawab pula nanti.”

“Woit! Ingat saya ni perempuan murah sangat ke? Jaga sikit mulut awak tu tau. Nanti orang makan nasi awak makan cili pula.”

“Haha marah nampak, kalau tak betul kenapa marah pula hurm?” Lagi bertambah lebar senyuman di wajah lelaki itu bila melihat kemarahan mula bertanda di wajah Nuriz.

Isk mamat ni memang kena cili juga akhirnya mulut dia ni nanti. Tak ada insuran sungguh. Cakap ikut sedap hati dia saja.

“Dahlah malas layan awak. Saya pergi dulu.” Hui karang lama-lama aku melayan dia ni mahu bertanda 5 jari dekat pipi dia tu karang. Tak pasal-pasal keluarga dia cakap aku ni isteri derhaka dan panas baran. Marah sikit mulalah nak naik tangan.

“Malas nak layan atau kau nak mengelak? Alah malu-malu pula dengan aku ni. Oh ya lagi satu, kalau kau nak aku tunaikan tanggungjawab yang tu. Aku boleh tunaikan. Yalah sekurang-kurangnya aku boleh bantu kurangkan dosa kau tu melakukan maksiat.”

“Aww... awak...!! Eeeii geramnya! Tak ingin saya bersama dengan awaklah. Awak tu kan nafsu tak normal.” Nuriz menggetap bibir. Tanganya serentak dipanjangkan mencapai sebiji bantal kecil yang berada hampir disisinya, terus dibalingnya ke arah lelaki itu dengan harapan mengenai lelaki itu tapi sayang lelaki itu lebih pantas untuk mengelaknya.

“Haha tak kena... Wekkk…! Oii-oii amboi sedap mengata aku tak normal ek? Nak bukti ke yang aku ni normal ke tak? Mehlah aku boleh tunjukkan bukti yang aku ni lelaki normal.” Seronok dia mengusik bila melihat balingan gadis itu tidak mengenainya dan lagi bertambah seronok bila dia melihat wajah gadis itu yang sudah memerah. Marah mungkin, ataupun malu atau kedua-duanya sekali barangkali. Padan muka, tulah siapa suruh mengata aku macam tu, kan dah terdiam.

Huh menyampah, macam budak-budak punya perangai. Nuriz mendengus geram. Baik aku pergi sekarang, lagi lama aku dengan dia, boleh sakit jiwa aku dibuatnya.

“Riz.. Isk dia ni.. penat aku bercakap dengan kau, tapi kau tak dengar rupanya. Kau termenung apa ni? Takkan dah teringatkan suami dekat rumah tu? Baru berapa jam tak jumpa takkan dah rindu?” Mirna menegur bila melihat Nuriz seolah-olah tenggelam dengan dunianya sendiri.

            “Isk mana adalah Mir, daripada aku ingatkan lelaki tu, baik aku ingatkan kau. Ingatkan lelaki tu buat aku sakit hati saja.”

“Haha.. ingatkan aku buat apa?”

“Mir.. kau ingat tak dengan budak yang bernama Nini yang aku selalu ceritakan dulu?”

“Yup ingat.. kenapa?”

“Aku rasa aku nak bantu dialah.”

“Bantu dia? Macam mana?”

“Aku tengah fikir ni, mungkin aku patut minta pendapat umi kut.” Umi panggilan untuk pengetua Darul Qaseh, Dato' Maria Mazidah.

“Hurm ok gak tu. Bagi akulah kan, kita patut bawak Nini tu tinggal dekat sini. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh tengok-tengokkan dia dan kakak dia tu, mungkin kita boleh usahakan dapatkan kaki palsu untuk dia dan bagi dia rawatan kaunseling. Pulihkan kembali semangat dia yang dah hilang tu.”

“Ok juga cadangan kau tu Mir. Kalau dia dah sembuh nanti bolehlah dia jadi tenaga pengajar dekat sini. Ajar budak-budak dekat sini, lagi pun dekat sini banyak kemudahannya, tak perlulah dia tinggal di rumah macam tu lagi. Aku tengok kawasannya pun macam tak terjamin keselamatannya. Sepanjang aku pergi ke sana, asyik terserempak dengan warga asing saja, seram juga aku.”

Teringat keletah Nini yang petah berbicara itu. Nini, kakak janji kakak akan bantu Nini. Kakak tak akan benarkan Nini meminta sedekah, jadi pengemis lagi.

******

            “Riel bangunlah.. Kau nak tidur sampai malam ke apa?” Eric bengang.

Sudah hampir setengah jam dia menanti di ruang tamu, namun kelibat lelaki itu tidak juga muncul sehingga dia mengambil keputusan untuk meminta izin daripada Datin Jacinta dan Dato' Wan Nazri untuk menjengah sendiri temannya itu. Ceh penat saja aku menunggu rupanya dia sedap tidur. Semalam bukan main beria lagi dia berjanji.

“Bagilah aku 5 minit lagi. Aku mengantuk ni, dahlah malam tadi tidur sekejap je.” Wan Nazariel mengeluh. Isk baru nak bermanja-manja dengan bantal dan tilam, kenapalah mesti ada yang mengacaunya. Terlupa akan janji yang dibuat sendiri semalam.

“Tak ada 5 minitnya. Cepatlah bangun, aku kira sampai tiga, kalau tak aku jirus kau dengan air nanti. Dah dekat pukul 5 dah ni, janji nak main bowling kat One Utama, kawan-kawan kita dah bising dah dekat sana. Lama sangat menunggu kau tu.”

“Alah kau pergilah dulu, nanti aku datanglah. Macamlah aku tak biasa dekat sana tu.” Dia bersuara dalam keadaan matanya yang masih terpejam rapat.

“Bukan soal biasa atau tak biasalah Riel. Ni soal janjilah kawan. Kata semalam pukul 5 petang, ni lagi berapa minit pukul 5 pun kau masih tak berganjak dari katil. Dah-dah cepat bangun.” Dia memaksa. Geram pun ya juga melihat temannya masih liat untuk berganjak daripada tempat tidurnya.

“Aku mengantuk lagilah.. letih.”

“Letih? Kenapa? Kau overtime malam tadi?” Dia mempamerkan riak nakal di wajahnya.

“Mana ada.. kau ni mengarut sajalah.”

“Dah tu kau buat apa lagi? Letih sangat saja gayanya hehe..” Bayangan nakal mula terlayar dimatanya.

“Kau jangan fikir bukan-bukan ok.” Marah, cepat-cepat dia bingkas. Duduk memandang wajah Eric yang tersenyum penuh makna tersirat.

“Hahaha.. aku tak kata apa-apa ok!”

“Yelah tapi muka jahat kau tu dah ceritakan segalanya tau.. Otak kuninglah.” dia mendengus.

“Dah pergi mandi Riel. Cepat sikit bersiap tu tau.”

“Yalah..” Wan Nazariel dilihatnya bangun mencapai tualanya, terus menuju ke bilik air.

Eric menyandarkan tubuhnya pada sofa yang terdapat dalam bilik itu, bukan dia tidak betah di sini. Dulu sebelum Wan Nazariel berumah tangga dia selalu bertandang, sampai kadang-kadang andai dia keletihan tidak larat untuk memandu, dia akan tumpang bermalam di sini. Pandangan matanya dililaukan ke arah sekeliling. Hurm masih tetap sama seperti dulu.. tiada apa yang berubah hatta letak duduk barang-barangnya pun, walaupun telah ada suri yang mendiami kamar ini.

Pandangan matanya tiba-tiba jatuh ke arah sekeping kertas berwarna putih yang terhampar dilantai. Kertas apa tu? Entah kenapa hatinya rasa tertarik untuk mengetahui isi yang terkandung pada kertas itu.

Perlahan-lahan dia berdiri, melangkah menuju ke arah sekeping kertas itu. Dia mencangkung, mengutip kertas itu. Cepat-cepat kertas itu diterbalikkan. Sekeping foto rupanya.

Hurm.. dia tidaklah secantik model tapi wajahnya comel. Tanpa menggunakan sebarang make-up. Kecantikan yang asli barangkali, gambar Nuriz yang berada ditangannya ditatap lama. Hai kenapalah si Zariel ni buta. Isteri dah comel macam ni pun buat tak tahu juga. Dia mengeluh, tak faham dengan cita rasa temannya itu.

“Ric kau tengok apa tu?”

Tersentak bila ditegur secara tiba-tiba, cepat-cepat di sembunyikan tangannya di belakang badan. Dia berdiri.

“Err tak ada apa-apa.”

“Kau sembunyikan apa dari aku tu?” Dia bertanya musykil.

“Tak ada apalah. Kau tu cepat sikit bersiap. Terhegeh-hegeh mengalahkan perempuan tua bersiapnya.”

“Jangan tipu.. bak sini aku tengok apa benda tu.” Wan Nazariel mula menghampirinya, Eric berundur sehingga dia tersekat dek katil.

“Mana ada aku sorok apa-apa. Isk cepatlah bersiap pakai baju tu”

Tak puas hati dengan jawapan Eric itu, Wan Nazariel cuba merampas apa yang disorokkan oleh temannya itu dan akibatnya Eric terlentang di atas katil. Mereka bergumpal seperti kanak-kanak dan serentak waktu itu juga pintu bilik telah dibuka dari arah luar. Terjenggul wajah Nuriz.

“Assalamualaikum.. saya dah bal...” Terus termati katanya di situ juga bila melihat Wan Nazariel yang hanya memakai tuala paras lutut sedang menindih seorang lelaki. Terbuntang kedua biji matanya.

Gulp! Nuriz menelan air liur kesat. Ap.. apa yang mereka sedang lakukan? Wajahnya memerah serta merta. Malu melihat aksi si suami yang dia sendiri tak mengerti maksudnya.

“Adoii.. tengok ni kau punya pasallah Riel.” Jerit Eric agak kuat memecahkan suasan yang menjadi sepi secara tiba-tiba itu.

“Err aw.. awal kau balik Riz?”

“Lah awak yang suruh saya balik jam 5 petangkan?”

“Ooh..” Dia tergagap-gagap sambil tangan menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tidak gatal itu. Tak senang duduk pun ya juga. Hati kuat mengatakan yang pasti Nuriz salah memahami apa yang dilihatnya sebentar tadi.

“Apa yang awak buat tadi? Saya mengganggu ke?”

“Riz, err itu tak seperti apa yang kau fahami.”

“Saya tak cakap apa-apa pun. Err saya turun dululah, awak nampak sedang sibuk tu” Cepat-cepat dia memusingkan tubuhnya. Fikiran rasa berkecamuk, bermacam-macam bercampur aduk..

            Jadi betullah yang selama ini aku fikirkan yang mamat tu sememangnya tak normal. Oh My God! Dia menyandarkan tubuhnya lesu pada pintu bilik. Menarik nafas panjang sebelum melangkah turun. Tak apa Riz tenang... kau kena cool.

Sementara itu..

“Habislah aku Ric, mesti dia fikir apa yang dia anggap pasal aku selama ni betul” Wan Nazariel menggaru-garu rambutnya yang masih basah itu..

“Haha, padanlah dengan muka kau tu. Siapa suruh kau tindih aku tu tadi. Over act sangat.”

“Mana aku ingat dia nak balik waktu macam ni. Lagipun siapa suruh kau sorokkan benda tu daripada aku. Macamlah aku marah pun kalau aku tau.”

Nak cakap apa ya dengan si Nuriz ni. Adoi masalah betullah.

“Oit menung apa lagi, cepatlah siap!”

“Yalah..” Kusut. Ikutkan hati mahu saja dia membatalkan janji yang telah dibuat untuk menyelesaikan masalah yang baru timbul ini.

7 comments:

wida said...

haha...terkantoi riel dgn nuriz..nuriz dh ingt x normal..

aida_burn said...

hahahaha akhirnya ....
lawak betul la nuriz dah syak yang; riel + eric = abnormal, kihkihkih ...tp nak lagi ...(isk isk isk apala saya nie makin lama makin tamak hehehe)apa apa pun waiting for next n3 --- nak lagi

NurAtiZa said...

Best...#^_^

norihan mohd yusof said...

hehe..abis lah ariel nuriz dh tengok depan mata aksi .....dgn eric.memang sah abnormal.hilang lh macho u ariel dimata nuriz.pe kata bukti kan jer kat wife tu,sape ariel.....

ida said...

Thanks for the entry Nuril! Best tapi mcm tak cukup panjang la...lepas ni cepat2 sambung OK. So Ariel, you owe Riz an explanation ok, tapi pls cakap la lemah lembut sikit. Prove it to her that you're NORMAL! good luck!

fara said...

Cpt la upload next n3...windu ar nak baca cite ni

fara said...

Tolong la update cite ni, cik nuril. Tak larat la nak tunggu lagi...tertnya2 apa jadi lps ni....tolong la update...tolong! !!!!