iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, October 23, 2012

Novel : Tiga Bulan [18]



 Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.

 “Kau tau tak Ric...”

“Tau apanya?” Isk mamat ni, dia yang call kita, dia pula yang tanya kita.

“Perempuan tu…”

“Kenapanya? Kau bergaduh dengan dia lagi ke?”

“Lebih kuranglah.. Hiee mulut dia tu rasa macam nak kena cili tau..”

“Alah... mesti kau yang mulakan. Kau tu macam aku tak tahulah perangai kau kan.”

“Mana ada!”

“Alah jangan berdalihlah Riel, kita kenal dari kecik, ni kau buat apa lagi dengan dia?”

“Aku biasalah bebelkan dia. Dia tu yang suka buat aku marah.”

“Dah tu dia buat apa pula dengan kau lepas tu?”

“Ada ke patut dia kata aku ni homoseksual..”

“Haha patut pun dia kata kau macam tu.” Eric Adlan tergelak kuat, tak mampu rasanya menahan diri untuk ketawa.

“Oii aku tak suruh kau gelakkan aku ni.”

“Dah tu takkan nak aku menangis pulak dengar cerita kau tu. Itulah kau siapa suruh garang sangat dengan dia, cubalah belajar bermesra sikit. Ini tak, bila nampak muka dia je, kau mesti bertukar jadi singa.”

“Siapa suruh dia buat perangai yang suka menduga hati aku.”

“Riel, aku tengok isteri kau tu ok saja, baik je perangainya. Apa lagi yang tak kenanya dengan dia? Heys cubalah belajar menghargai rezeki yang dah ada depan mata tu. Hai nasib baiklah dia dah jadi isteri orang, kalau tak nak juga aku tackle dia buat koleksi aku. Dia comel apa, terutama bila dia senyum.. oh cunnya!” Jerit Eric di hujung talian. Sengaja ingin mengusik Wan Nazariel.

“Amboi kau.. gaya cakap macam kau kenal sangat dengan dia kan? Oi aku ni suami dia, bukan kau. Berani kau cakap macam tu dengan aku, aku cepuk karang baru tau.”

“Larr marah pula dia, dah kau gayanya macam tak suka, so apalah salahnya kalau aku nak try market.”

“Ke kau dah pandai cemburu? Ha baguslah tu... satu perubahan yang baik ni.” Eric tersenyum.. Berbunga hatinya mendengar intonasi suara sahabatnya yang agak tegang di hujung talian itu..

“Banyak kau, tak ada masa aku nak cemburu ok.”

“Oi jangan egolah Riel.”

Aku cemburu?? Hei perasaan betul ke aku sedang cemburu? Takkan? Dia menjeling ke arah Nuriz yang masih lagi melepek di sofa ruang pejabatnya. Sesekali tangan gadis itu mengusik jambangan bunga yang berada di atas meja. Hisy tengok tu, memang jenis tangan tak reti duduk diam, dalam pada sedang berinteraksi dengan Eric, sempat lagi hatinya mengutuk kelakuan Nuriz itu.

“Riel are you still there? Kau terasa ke dengan cakap aku tu? Aku gurau saja, jangan ambil hati ok.” Isk tiba-tiba diam.. marahkah dia?

“Uik tak adalah.. Aku tau kau gurau saja kan? Oklah Eric, kita cakap lain kali ya.. aku ada meeting pukul sepuluh ni.”

“Ok.. aku pun agak busy sebenarnya ni.”

“Ingat apa yang aku pesan. Sesekali balajarlah beramah mesra sikit dengan isteri kau tu.. mana tau nanti akhirnya bila dah kenal hati budi dia, kau boleh terima dia pulakan.”

“Yalah-yalah aku taulah.. ok thanks.. bye..

******

            Fuh... minta-minta lama lagilah mamat tu meeting. Nuriz berdiri merenung luar melalui tingkap di pantry pejabat itu, memerhati keindahan alam yang terbentang,  rasa sedikit tenang tanpa kehadiran lelaki itu.

“Betul ke yang I dengar yang sebenarnya.. yang you all berdua ni suami isteri?” Isk berapa banyak ‘yang’ lah pulak aku ni. Maria cuba mencungkil rahsia, mencari kesahihan tentang apa yang didengarinya sebentar tadi.

Burss... uhuk-uhuk-uhuk.. Tersembur habis air nescafe yang belum sempat diteguknya itu. Nuriz tersentak. Bulat matanya mendengar soalan Maria yang muncul secara tiba-tiba di pantry itu.. Isk kenapa orang dekat sini semuanya jenis yang muncul tanpa mengeluarkan sebarang bunyi? Nasib baik air ni tak tersembur dekat kau wahai cik Maria. Kalau tak mesti dah lencun baju mahal kau tu... Isk apa dia tanya tadi? Nuriz memandang blur wajah wanita dihadapannya itu.

“Apa dia cik Maria? Boleh ulang balik soalan tu tak?”

“I tanya betul ke you dengan boss tu, suami isteri?”

“Suami isteri?? Siapa yang suami isteri cik Maria?” Soal Nuriz kembali, buat-buat tak mengerti kononnya.

“Larhh you dengan boss kitalah.Wan Nazariel tu. Takkan I pula.. Isk dia ni.”

“Uih mana khabar cik Maria dapat ni. Saya dengan dia nak jadi suami isteri? Haisy simpang malaikat 44-lah cik Maria oi.. Mengarut sajalah.” Cuba menafikan seboleh mungkin.. Adoi manalah perempuan ni dapat berita ni? Siapalah reporter yang cekap sangat menyampaikan berita ni? Tak akan kerja si Dorina tu kut? Kalau ya pun dia mana pula dia dapat tau hal ini? Ini karang kalau lelaki tu tahu, mesti teruk aku kena ni. Mesti dia akan salahkan aku. Mesti dia akan kata aku yang membawa mulut menjaja cerita kami di pejabat ni. Dia mengeluh.

“Mengarut you kata Nuriz? Uikk I dengar sendiri tau tadi, waktu you berbual dengan boss tu dekat dalam bilik.”

“Err cik Maria ni sejak bila pula buat part time jadi mamarazzi ni? Tak baik tau curi dengar perbualan orang. Alah cik Maria salah dengar tu. Takkanlah I dengan boss tu ada apa-apa. Lagipun kalau nak bandingkan saya dengan boss kita tu, dah macam langit dengan bumi. Berhasta-hasta jaraknya. Huh saya pun tak naklah kahwin dengan boss tu, dahlah kuat membebel macam orang perempuan saja perangainya. Dekat office asyik kena leter nanti dekat rumah pun mesti sama juga. Lama-lama boleh jadi bengong saya jadinya nanti” Betul-betul. Terseksa sungguh sistem pendengaran aku bila bersama dia di rumah tu.

“Amboi seronok mengata aku nampak.” Tiba-tiba Wan Nazariel muncul dengan sebelah tangan menyeluk saku seluarnya dan sebelah tangan lagi menatang mug yang telah kurang separuh isinya. Lelaki itu menyandar di pintu pantry sambil memandang ke arah mereka berdua bergilir-gilir.

            Isk cepatnya dia ni habis meeting, menyibuk sajalah tu. Dekat mana ada aku, mesti di situ ada dia. Apa dia ada pasang GPS ke dekat badan aku ni? Jangan-jangan betul tak. Manalah tau kut waktu aku tengah pengsan dulu dia ada masukkan dalam badan aku. Hei Nuriz, kau dah start mengarut lagi ni. Bisik hati kecilnya mengingatkannya.

Maria serba salah, Nuriz memandang lelaki itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Hisy dia ni memanglahkan. Langsung tak boleh nak seru-seru nama dia. Dah muncul. Terkumat-kamit mulutnya mengata lelaki itu.

“Hah yang pandang aku macam tu kenapa? Betul apa yang aku katakan kan? Kalau tak mengata aku kenapa nama aku kau sebut-sebut tadi.”

“Eleh perasan. Ingat awak seorang saja ke nama Wan Nazariel dekat dalam dunia ni?”

“Memanglah tapi dekat office ni aku seorang je yang ada nama macam ni.”

“Err boss, I minta diri dululah, mungkin you ada benda nak bincang dengan Nuriz kut.”

“Ai cepatnya nak pergi Maria? Lepaklah dulu. You tu bukannya ada kerja pun nak dibuat”

“Eh tak apalah boss, I tak nak ganggu you all suami isteri nak berdating. Ops terlebih sudah pula I ni.” Ujar Maria dengan ketawa kecil yang sengaja dibuat-buay. Sengaja mengusik pasangan itu kononnya.

Serentak mendengar kata-kata yang terlafaz daripada mulut Maria itu, wajah Wan Nazariel terus berubah tegang dalam sekelip mata. Matanya tajam merenung Nuriz yang masih lagi berdiri di tempatnya tadi.

Gulp... alamak mesti aku kena sembur lepas ni. Hurm bersedia Riz, kau bukannya tak biasa kena macam ni.

Wan Nazariel melangkah mendekati Nuriz.

“Err tuan, saya pergi dululah. Saya dah habis minum ni. Tiba-tiba saya baru teringat yang saya ada kerja nak kena buat.”

Cepat-cepat Nuriz mencuci mugnya dan dengan cepat-cepat juga dia cuba ingin berlalu jauh daripada lelaki itu. Baru selangkah dia melepasi lelaki itu dia terasa pergelangan tangannya ditarik, terpusing tubuhnya 180 darjah terus mengadap lelaki itu. Bukkk!! Adeyss mukanya tersembam ke dada bidang milik lelaki itu lagi buat ke sekian kalinya.

“Eeeiii awak ni kenapa?” Nuriz membentak geram. Suka-suka saja nak tarik-tarik tangan orang. Apa dia ingat aku ni anak patung ke? Selamba saja nak sorong tarik.

“Kau nak ke mana? Aku tak suruh kau pergi lagi kan?”

“Suka hati sayalah nak pergi mana, yang tuan ni sibuk-sibuk ni kenapa?”

“Eii kau memang suka buat aku marahkan?”

“Buat apanya? Saya tak buat apa-apa pun hari ni.” Dia tu je jenis yang cepat sentap. Sikit-sikit nak marah, harap muka saja kacak, tapi perangai langsung tak kacak. Malang betullah siapa yang jadi isteri dia. Uhuhu memang malang betul hidup aku ni.

“Kau cerita dengan Maria pasal kita ya?” Soalnya keras berbaur bengang.

“Mana ada... Cuba jangan main tuduh-tuduh orang boleh tak?”

“Habis kalau kau tak cerita macam mana dia boleh tau tentang kita semua ni? Masakan dia boleh tahu sendiri kalau tak ada yang bercerita?”

“Manalah saya tau dari mana dia boleh dapat tau. Awak tanyalah dia sendiri, yang marah-marah orang ni kenapa? Suka sangat tudung orang tanpa usul periksa.”

“Lepaslah. Eeiii rimas tau tak!” Nuriz meronta-ronta meminta pergelangan tangannya dibebaskan. Dahlah tangan macam tangan gergasi. Dia membebel geram dalam hati.

“Tak nak!” Dia buat muka seperti tak ambil peduli. Selamba dengan rontaan gadis itu.

“Eiii boleh tak hari ni awak jangan buat macam perangai budak-budak? Saya tak ada mood nak bertekak dengan awak hari ni, dekat sini!”

“Oii siapa yang nak bertekak? Aku tanya kau elok-elok tadikan? Kalau kau tak buat salah kenapa kau nak pergi lari? Nampak sangat macam kau yang bersalah dalam hal ni.”

Tu dia, dia dah mula perangai mak nenek dia. Tak habis-habis nak membebel macam burung murai tercabut ekor. Nuriz mencebik geram.

“Mana ada saya takut.” Dia merenung geram wajah Wan Nazariel. Mata itu ditentangnya dengan berani.

Mereka bertentang mata lama....

“Cuba kau belajar bermesra dengan dia Riel.” Terngiang-ngiang kata Eric diingatannya.

Belajar bermesra ya? Wan Nazariel tergelak nakal dalam hati. Taulah dia macam mana nak buat. Siaplah kau.

Dia tersenyum sinis...

“Hah tu kenapa pula buat muka macam tu? Lepaslah.. let me go.. saya ada kerja ni.” Mula risau dengan perubahan wajah wan Nazariel yang kelihatan mencurigakan dipandangan matanya itu.

Cengkamannya pada tangan Nuriz semakin kejab. Kali ini pada kedua -dua belah tangan gadis itu pula. Sebelah tangannya lagi memegang dagu Nuriz.

Apa mamat ni nak buat sebenarnya ni? Dia mula cuak, bila melihat Wan Nazariel mula merapatkan wajahnya ke wajahnya.

Gulp... superman, spiderman, keluang man, tolonglah selamatkan aku. Dia memejamkan matanya, takut membayangkan apa yang bakalan terjadi nanti.

“Eh apa yang you all berdua buat dekat sini?” Tegur Darius hairan. Hajat ingin membasahkan tekak. Tak sangka akan pula akan terserempak dengan Wan Nazariel dan Nuriz dalam keadaan intim begitu.

Nuriz tersentak. Terasa darah merah mula menyerbu ke wajah. Malunya.. mesti lelaki itu melihat peristiwa itu. Terasa cengkaman tangan Wan Nazariel mula melonggar di kedua tangannya. Dia menarik nafas panjang, dalam masa yang sama dia terasa sedikit lega. Terselamat dari situasi yang tak terjangkau dek akal warasnya. Cepat-cepat dia menjauhkan tubuhnya daripada lelaki itu.

Wan Nazariel menggetap bibirnya bengang. Hisy si Darius ni kut ya pun nak muncul, muncullah pada waktu lain ke.

“Err tak ada apa-apalah Dar, I cuma tolong si Nuriz ni, mata dia masuk habuk katanya.” Selamba tanpa riak bersalah langsung pada nadanya.

“Oh I ingatkan you nak buat apa tadi, lain macam saja gayanya I tengok.” Darius ketawa sinis menyindir seusai habis ayatnya. Protes yang dia sedikit pun tak mempercayai alasan yang diberikan oleh Wan Nazariel itu.

Eheh baru kau tau takut ya? Tadi baru gertak saja, kau dah pucat semacam dah wajah tu. Wan Nazariel tersenyum sendirian. Seronok bila teringatkan raut wajah takut Nuriz tadi.

“Ok Dar.. I masuk office dulu.” Masih tak hilang lagi senyuman dibibirnya sepanjang langkahnya menuju ke arah bilik pejabatnya.

11 comments:

NurAtiZa said...

Best....

Nuril Bahanudin said...

Terima kasih nuratiza... :-)

aida_burn said...

love it tapi xpuas hehehe tamak nyer saya...

Anonymous said...

sambung lg plssss

Nuril Bahanudin said...

Ok aida_burn,
Ok anon...
Sambungannya next week ya... ^^

norihan mohd yusof said...

hope zariel terima je lah nuriz seada nye.redha jodoh tu ketentuan ALLAH.usah lah dera g jiwa nuriz,cian kat nasib nuriz,try lah terima ape yg dah jadi milik u sat g kalu dah terlepas kot2 gigit jari zariel!!!thank dek n3 yg dah lama akak tunggu,but ciput lah dek hehe sori ye dek...tk puas date ngan nuriz....

Norbiha Hj. Sabtu said...

Sipi lg nuriz nak kena kiss kot? Hehehe

fara said...

Jeng...jeng...jeng....

aida_burn said...

Bila nak ada sambungan nyer ....windu nieh ...

fara said...

Agree with aida...lmbt lg ke nak post next n3...windu kat Nuriz

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/