iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, September 30, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [bab3]

Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang...

Dia melangkah santai mendekati meja di pejabatnya. Suasana di ruang pejabat Nova Holding itu agak sunyi. Belum ramai pekerja yang datang. Seperti yang selalunya dia sering menjadi orang yang terawal sampai di pejabat. Dia tak suka datang pada saat waktu pejabat sudah mahu bermula. Sebab dia tak suka melakukan perkara last minute dan tergesa-gesa dan pastinya akan buat dirinya kelam kabut.

Bekalan makanan yang dibawa bersamanya diletakkan di atas meja. Matanya tertancap pada jambangan bunga mawar merah yang terletak di atas mejanya itu. Eh bunga untuk siapa ni? Hati bertanya hairan. Ada orang nak kenakan aku ke? Hari ni berapa haribulan? Rasanya bukan April Foolkan? Tangannya teragak-agak untuk menyentuh jambangan bunga itu.

Dia menarik nafas panjang sebelum tangannya menyentuh jambangan mawar merah itu. Sehelai nota kecil yang terselit di antara kuntuman mawar itu jatuh tepat mengenai muncung kasut tingginya. Dia tunduk, lalu mengambil kad itu. Teringin juga ingin tahu siapa pengirimnya dan untuk siapa jambangan bunga ini. Pasti untuk diakah? Hati teruja laju jari jemari runcingnya menyelak isi kad kecil itu.

Leila Suria,
Satu dalam beribu,
Kau buat detak jantungku tak menentu…

R

Hah ini saja ke? Dia mengaru-garu dagunya yang tidak gatal itu. Terpinga-pinga mencari makna isi kad itu. Haisy ini betul-betul ke atau ada yang sengaja nak kenakan aku? Hati mula berasa walang. Tidak percaya dengan madah manis di dalam kad kecil itu. Hurm siapa ‘R’ ni? Haisyh hari ini dalam sejarah. Selama 6 tahun aku berkerja di sini, inilah pertama kali aku terima jambangan bunga ni. Siapalah jejaka itu? Jejaka ke? Errr harap-harap jejakalah.

Eh siapa je staf di pejabat ni yang namanya bermula dengan huruf ‘R’? Tuan Besar Rolland? Tuan ‘Kecik’ Rio? Regina Ray, Rabiah Abby? Opss tak akan perempuan kut yang mengirim? Lagilah tak masuk akal. Habis kalau bukan Regina, bukan si Abby tu, tak akan pula antara dua anak beranak tu? Tuan kecik, besar tu? Lagilah mustahil tak dapat diterima akal waras mahupun tak waras. Apa ada pada aku ni sampai mereka nak pandang? Entah-entah pandang sebelah mata pun mereka tak ingin.

Uikhh sudahlah Leila, tak payahlah susah-susahkan otak tu nak berfikir segala bagai. Suatu masa nanti pengirim tu mesti munculkan diri di depan mata kau. Tak akan selamanya dia ingin sembunyikan diri ya tak? Nak tunggu dia munculkan diri tu yang tak tahu bilanya. Jambangan bunga itu akhirnya diletakkan kembali di atas meja. Ah dah-dah, jangan nak duk ralit dengan bunga ni. Hati kecil menegur kurang senang.

Dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengabaikan jambangan bunga itu. Tak mahu memikirkan sangat siapa pengirimnya. Ah baik aku sediakan breakfast, nanti tak sempat pula kalau aku sudah mula menghadap kerja-kerja yang menimbun ni. Dia mula melangkah menuju ke pantry, ingin menyediakan sarapan pagi untuk dirinya seperti kebiasaan.

“Wow!”

Leila Suria yang sedang melangkah sambil menatang sebiji mug berisi Nesvita untuk sarapan paginya tersentak. Alamak Mak Joyah ni dah ternampaklah pula jambangan bunga tu. Aduh kenapa tak terfikir nak letakkan dekat bawah meja atau atas meja boss tu. Ni karang mesti kecoh satu pejabat ni. Dia menepuk dahi. Kesal dengan kealpaannya sendiri yang memungkinkan akan menyemarakkan gossip hangat tentang dirinya di pejabat ini nanti.

Macam dia tak tahu dengan mulut kepoh tak berbedung si Rabiah itu. Langsung tak boleh menyimpan rahsia kalau dah sampai kepada pengetahuannya pasti rahsia itu akan terburai, segala isi perutnya. Agaknya kerana kekepohan mulutnya itulah dia mendapat gelaran Mak Joyah di pejabat mereka ini.

“Err Abby, selamat pagi. Awal kau sampai hari ini?” Dia menyapa berbasa basi dengan setiausahan majikannya itu. Cuba menutup kegugupannya. Menanti penuh debar soalan yang bakal ditebak oleh Rabiah sebentar nanti.

“Pagi Leila… Eh awal apanya, macam biasa juga aku datang ni. Bunga dari siapa tu? Bak sini aku baca sikit apa isi kad itu.”

Tanpa sempat dia berkata apa, tangan Rabiah sudah laju mencapai kad kecil itu.

“Wah ayat dia, madah-madah habis. Siapa ni si ‘R’ ni Leila?”

“Entah, mana aku tahu. Orang gila kut.” Dia menjawab acuh tak acuh sambil mengangkat kedua belah bahunya.

“Hai masakan orang gila pandai mengirim bunga Leila?” Tak berputus asa untuk mencungkil rahsia daripada Leila Suria itu.

“Entahlah… Mat Romeo mana entah tersalah kirim bunga agaknya.”

Dia mula melabuhkan duduk di kerusinya. Jambangan bunga itu di ambil dan akhirnya dilemparkan ke dalam tong sampah kecil yang terletak di sisi meja kerjanya itu. Tidak berminat untuk menyimpan bunga mawar itu. Jangan-jangan orang tu dah mandrem bunga ni. Hisssyyy takut aku, karang tak pasal-pasal jadi sewel aku ni.  Leila Suria mengerutkan dahinya, risau juga kalau agakan hatinya itu betul.

“Lah apa pasal pula kau buang bunga tu?” Rabiah menegur, terkejut dengan tindakan Leila Suria itu..

“Dah tu aku nak buat apa dengan bunga ni Abby? Tak akan aku nak framekan pula. Aku manalah pernah ada pengalaman terima bunga-bunga ni. Manalah aku tahu nak dibuatkan apa bunga yang berkuntum-kuntum ini?”

“Bagilah kat aku ni kalau tak nak. Boleh juga aku buat hiasan atas meja bos kita yang togel tu.”

“Lah kau nak ke? Ambillah.” Jambangan bunga itu diambil kembali dari arah tong sampah itu dah dihulurkan kepada Rabiah.

“Wah hebat kawan aku ni. Dah ada secret admirer, kalah aku ni. Kelas kau. Glamour tu dalam diam.”

******

“Susahlah macam ni.” Lelaki itu mendengus. Wajah ceria yang ditunjukkan sewaktu awal pertemuan mereka tadi kini sirna. Bertukar mendung.

“I minta maaf. I pun tak jangka benda begini akan berlaku Zaf.”

Pertemuan antara dia dan keluarga lelaki itu berjalan lancar dua hari lalu dan sangkanya di pihaknya juga akan lancar tapi rupanya sebaliknya yang berlaku. Keluarganya meletakkan syarat dan syaratnya pula bukan calang-calang sehingga membuatkan dia terkesima. Tak senang duduk. Tak lena tidur semalaman.

Aduhai ibu dan ayah, kenapalah diletakkan syarat sebegitu? Bukannya aku buat apa pun, aku cuma mahu buatkan hidupku bahagia dan terjamin. Hidup bersama insan yang aku cinta dengan ikatan yang sah. Itu pun perlu diletakkan syarat ke? Terkilan sungguh perasaannya. Sangkanya keluarganya akan gembira bila mendengar perkhabaran yang dibawanya, tapi rupanya tidak.

“Kalau kena tunggu lama sangat, I mungkin terpaksa putuskan hubungan kita.” Ungkap lelaki itu.

What???”

“I ‘terpaksa’ Erin.” Ungkapan terpaksa itu sengaja ditekankan.

“Terpaksa apa Zaf? You kata you cintakan I masakan you tak sanggup tunggu I?” Pelik, tak akan semudah itu lelaki itu mahu putuskan hubungan mereka. Tak akan hanya kerana syarat itu?

“Ya sebab cintalah I tak sanggup tunggu lama. I tak mampu ambil masa yang lama untuk dapat hidup bersama-sama dengan you. Betul-betul menyeksa perasaan I ni tau.” Ucapnya sambil tangan menunjukkan ke arah dadanya.

“You ingat I mampu ke hidup kalau tak ada you di sisi I?” Lily Serina membalas. Sakit kepalanya memikirkan. Apa jalan yang dia ada ada? Semuanya jalan mati. Apa pilihan yang dia miliki? Semuanya pilihan buntu.

Melepaskan lelaki itu, dia memang tak sanggup tapi menurutkan syarat ke dua ibu bapanya dia takut! Takut empunya diri menolak usulnya. Dia bimbang nanti dituduh pentingkan diri pula. Macam mana ni?

“Habis you nak buat apa Erin?”

“Nanti I cuba pujuk dia ya Zaf.”

“Nanti tu bila Erin? Kita kesuntukan masa. Mother I tu sudah betul-betul tak sabar nak tengok kita bersatu. You pun tahu macam mana keadaan emak I tukan? I tak mahu hampakan dia hanya kerana syarat yang keluarga you letakkan tu tau.”

Lily Serina sedia maklum dengan keadaan emak Meor Zafri itu. Sungguh tak disangka yang emak lelaki itu sedang menderita barah payudara tahap empat. Sangkanya emak lelaki itu sihat-sihat belaka. Yalah orang kaya biasanya selalu pentingkan penjagaan kesihatan. Orang berduit segalanya boleh, tapi rupanya anggapannya silap. Duit tak mampu buat apa-apa. Duit tak mampu membeli kesihatan.

“Zaf, I tahu you anak yang baik dan cuba bahagiakan emak you apa adanya. I janji I akan cuba pujuk dia walau apa jua cara pun.” Dia berjanji.

Keadaan emaknya Wan Zubaidah yang semakin lemah semenjak akhir-akhir ini betul-betul merisaukan. Apatah lagi bila mengenangkan permintaan dan syarat yang diberikan oleh wanita itu tentang pembahagian harta peninggalan arwah bapanya memang mencukupkan perasa di dalam kerisauannya. Dia tak mahu emaknya pergi tanpa melihat dia berumah tangga. Dia tak mahu emak pergi dalam keadaan dirinya tiada apa-apa.

“Ok I bagi you masa sebulan untuk pujuk dia Erin, kalau tak… jangan salahkan I pula. I terpaksa.”

“Zafri! Sampainya hati you buat I begini? You macam tak hargai hubungan kita selama ini sampai sanggup cakap begini pada I!”

“I bukan sengaja Erin. I terpaksa sebab I nak tengok kebersungguhan you untuk hidup dengan I ni. I terpaksa sayang… really sorry.”

Lily Serina menggetap bibir. Bab menuturkan ayat memang dia selalu kalah dengan Zafri. Ayat lelaki itu memang selalu mematahkan marahnya. Agaknya sebab ayat lelaki itulah yang menyebabkan dia jatuh hati dengan lelaki itu dan ingin hidup di samping lelaki itu.

“Ok kalau you tak percayakan I. Kalau you tak yakin akan kesungguhan I ni. I akan buktikan pada you. You tengoklah nanti.” Yakin.

“Bagus, buktikan pada I. Pastikan yang rombongan I akan sampai ke rumah you selepas sebulan ya Lily Serina.” Dia mengenyitkan mata. Sengaja menambah bahang dalam diri kekasih hatinya itu.
“Ok you tunggulah ya Zafri. Ini Lily Serinalah. Tak ada apa yang I tak pernah tak dapat kalau I mahukan. I akan pastikan kita berkahwin nanti. You tengoklah!”

Memang dirinya tak tahu erti mengalah. Apa yang dia inginkan jarang terlepas dari genggamannya.

Meor Zafri hanya ketawa kecil mendengar bicara Lily Serina itu. Dia tahu dia telah berjaya menghidupkan sumbu semangat gadis itu.



2 comments:

Unknown said...

yer lh sape 'R'??geram gak bile dpt bunga tp tk pasti sape pengirim nyer...maka terbang lh di tong sampah hehe...nk g yer dek nuril...

Unknown said...

R= Raja ka? rajakoranisepiar hogaya~~ eh ternyanyi kat sini pulak. ala.... sikitnye.. nape dah habis... kita baru nak feeling meeling.. huwaa!!! cepat kak cepat. xsabar ni. hehehehe.... best2! kenapalah dia buang? cuba bagi kat adah ni. saya pencinta tegar bunga. ahhahaha...