Assalamualaikum... lama sangat tiada sebarang entry di blog ini. Lebih kurang 8 bulan saya kira blog ini terbiar sepi. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa ya? Jawapannya kekangan masa, kesibukan kerja dan ditambah pula dengan terlibat dalam kemalangan kira-kira 4 bulan lepas dan masih belum sembuh sepenuhnya kini... bertatih-tatih menulis kembali^_^
Untuk pengetahuan semua, setelah ambil kira, dan berfikir sedalam-dalamnya saya telah mengambil keputusan untuk menukar tajuk naskah saya yang ke-3 insya-ALLAH iaitu Cerita Serupa Kita kepada tajuk Kau Yang Tidak Diundang. Tajuk ini yang saya serahkan kepada penerbit (alhamdulillah sudah lulus pun penilaiannya) dan insya-ALLAH akan diterbitkan dengan tajuk yang baru menggunakan nama pena Nuril Bahanudin dan di bawah rumah penerbitan yang baru. Doa-doalah segala-galanya dilancarkan ALLAH. Segalanya saya akan umumkan kelak bila sudah mendapat surat Hitam dan Putihnya.
Terima kasih semua sebab tak jemu-jemu berkunjung ke laman kecil saya ni. Saya akan sambung pos sedikit lagi bab Novel Kau Yang Tak Diundang ke dalam blog ini.
3 comments:
Alhamdulillah.. tahniah Nuril. Akhirnya, kerinduan pd karyamu akan berakhir jua. Biarlah bertatih semula pun..yg penting semangat tu tak pernah pudar..~ penanti setia karya2mu dik.
Really miss your story Nuril! Excited sgt nak tunggu yr next novel ni. Kadang2 tu ulang balik baca novel 3 bulan utk lepaskan rindu kat cerita baru. Apa2 pun, all the best ye!
Kak yusnida : Terima kasih... sebab semangat tak pernah pudarlah segala rasa tak seronok kuabaikan walaupun mood menulis pasang surut tapi demi minat tetap cuba digagahi juga...
Ida : Terima kasih ya, jenguk2 laman kecil saya ni... terharu saya... ^_^
Post a Comment