Kalau cinta yang berkuasa, benci pun jadi suka
“You lambat!” Keras teguran bila melihat
Catilya melangkah gemalai menghampiri. Mencuka wajahnya.
“Sorrylah darling, I cuma
lambat 5 minit je tau.” Pipi lelaki itu dicuit mesra. Memujuk. Bukan dia tak
tahu perangai tepat teman lelakinya itu.
“You
tahukan I tak suka tunggu orang, tapi you buat juga kebencian I yang itu. You
datang lambat juga. You ni sengajakan Lya?” Zaif Affendy membebel.
“Syii darling, I datang
nak jumpa dengan you, nak lepaskan rindu I yang membuak ni pada you, bukan nak
dengar you membebel berleter macam orang tua tau. Hmmm senyum sikit.” Dia
memujuk.
“Kalau tak
mau dengar I membebel, lain kali jangan datang lam…bat.” Tak terhabis ayatnya
bila gadis itu meletakkan jari telunjuk ke bibir.
“Darling I
miss you.” Tangan mula melingkar di leher Zaif Affendy.
“Lya please, jaga
kelakuan you. Kita di pejabat I, apa kata staff-staff I nanti? I boss dekat
sini, perlu jaga I punya reputasi. Perlu jadi contoh mereka.” Tubuh model itu
ditolak perlahan. Tangan yang merangkul lehernya juga dilerai.
“You
nilah.” Masam wajahnya. Gadis itu menghentakkan kaki geram dan tanpa diduga
terpijak sekali kasut kulit yang berwarna hitam berkilat milik lelaki itu.
“Oii you
dah pijak kasut I.” Marah lelaki itu.
“Padanlah
dengan muka you.” Balas gadis itu tanpa sedikit pun rasa bersalah.
“I baru
kilatkan kasut I you dah kotorkan balik.” Tidak puas hati sungguh dia dengan
balasan Catilya itu.
“Alah apa
susah, kilatkanlah balik. Tu dekat luar sana tu I ada nampak tukang kasut baru
tau. Jom I bawakan you ke sana.” Tangan lelaki itu ditarik dan lelaki itu hanya
mengikut tanpa sebarang bantahan.
Hampir 5
minit menurut, langkah terhenti di hadapan sesusuk tubuh yang sedang duduk di
atas bangku kecil dan tekun menjahit satu kasut kulit yang sudah tertanggal
tapaknya.
“Ya boleh
saya bantu?”
Lelaki ke
perempuan dia ni? Eh ada ke perempuan jadi tukang kasut? Zaif Affendy
kehairanan.
“Boyfriend I yang
cerewet dan punctual ni nak kilatkan kasut dia. Boleh
buat sekarang ke?” Belum sempat dia menjawab Catilya sudah menjawabkan bagi
pihak dirinya. Dia menepuk dahi mendengar ayat terus yang keluar dari mulut
gadis itu. Tu ayat sengaja nak cari pasallah tu.
“Boleh.
Mana kasutnya?” Soal tukang kasut itu. Senyuman ramah terukir di wajah. Jelas
kelihatan baris gigi yang putih bersih sebaik saja wajah itu mengukir senyuman.
“Ni yang I
pakai ni.” Jawabnya pantas. Muda lagi dia ni. Rasa macam perempuan, suara pun
macam perempuan. Sahih perempuanlah kut. Perempuan berpewatakan lelaki. Ah apa
nak dihairankan dengan zaman sekarang ni. Sempat lagi hatinya membebel memberi
komen itu dan ini.
“Err encik
boleh tanggalkan kasut tu dulu?”
“Kalau I
tanggalkan kasut ni I nak pakai apa? Lantai dekat sini kotor! Geli.”
Tercebik-cebik bibirnya. Sungguh dia tak sanggup memijak lantai kotor hitam
bersalut debu-debu kotor itu tanpa sebarang alas. Silap-silap kulit kakinya
nanti boleh terkena penyakit! Hisyh minta simpanglah.
“Oklah
encik, saya malas nak buang masa encik, saya ada banyak kasut nak kena siapkan.
Meh sini kaki tu. Letak dekat sini.”
Menunjukkan pahanya yang sudah dialaskan dengan kain buruk itu.
“Hah?”
Macam tak percaya. Biar betul, tak akan nak biarkan aku pijak pahanya pula.
Betul ke tak betul dia ni?
“You
cepatlah, kan dia suruh buat macam tu.” Catilya mencelah bila melihat raut
serba salah yang terpamir di wajahnya.
“Oo..ok.”
Teragak-agak Zaif meletakkan kaki.
“Weh kilat
elok-elok. Mahal kasut aku ni tau.”
Sempat dia memberi pesanan.
“Ya encik,
jangan risau.”
“Chomel!”
Tiba-tiba ada satu suara lembut manja menyapa.
Si tukang
kasut yang sedang tekun membuat kerja mengangkat wajah. Topi warna merah jambu
yang terletak di atas kepala ditanggalkan. Diletakkan ke sisi. Cuaca panas hari
ini membuatkan rintik-rintik peluh mula terbit di dahinya.
“Apa hal
kau datang sini Rina? Tak kerja?” Soalnya tanpa mengangkat langsung wajah.
Tangan lincah menyapu kiwi hitam pada kasut lelaki itu. Hasil kerja mesti baik
supaya pelanggannya yang cerewet ini berpuas hati.
“Kerjalah.
Sekarangkan tengah waktu rehat. Nah ni saya bawa air untuk awak. Soya bagi. Dia
belanja katanya. Tekak awak mesti keringkan? Pelanggan mesti ramai sampai awak
tak dapat rehat.” Cawan plastik lutsinar dihulurkan kepada Chomel namun gadis
itu tidak menyambutnya. Tetap lincah membuat kerjanya.
“Letaklah
dekat situ dulu. Aku sibuk ni. Ni nampak ni ada customer yang aku
nak kena siapkan cepat.”
“Ok, eeehh
kesiannya awak Chomel, berpeluh-peluh. Panas ya dekat sini?” Tanpa dijangka
Rina mengeluarkan tisu dari tas tangannya dan terus membantu mengesat peluh di
wajah Chomel itu.
“Eh-eh
Rina, tak… tak payah susah-susah.” Chomel cuba menepis tangan Rina menghalang
perbuatan temannya itu konon namun gadis itu tetap juga berkeras.
“Alah
Chomel awak ni dengan saya pun nak malu-malu ke. Awak lupa ke kita inikan….”
“Ehem-ehem…”
Tak sempat menghabiskan ayat bila pelanggan lelaki si Chomel itu berdehem
keras.
“Ok encik. Siap! RM5 sahaja encik.”
“Nah…”
Sekeping RM10 ringgit dihulurkan kepada si tukang kasut itu, sebelum
cepat-cepat berlalu. Geli melihat aksi luar biasa pasangan tukang kasut itu.
“Eh encik,
bakinya?”
“Tak
payah. Awak simpanlah.” Tak sanggup dia nak ambil baki dari tukang kasut itu,
dahlah tangan kotor dan hitam, pegang macam-macam pula tu. Mesti ada banyak
kuman yang melekat dekat tangan dia tu.
Chomel
hanya memerhati pasangan itu sebelum berlalu. Ah orang kaya, memang selalunya
sombong dan tak berbudi ke apa? Lantaklah. Aku tak rugi apa-apa pun. Air soya
yang diberi oleh Rina itu dicapai. Diteguk laju isinya. Membasahkan tekak yang
tengah kering. Rina ni macam tau-tau saja aku tengah haus.
******
“Ketinggalan
gilalah kau ni.”
Dia yang
sedang tunduk menulis teks mesej terkejut bila bahu ditepuk dari arah belakang.
“Weh kawan
sekarang sudah 2012lah. Mana ada orang pakai handphone hitam
putih lagi. Macam orang tua-tualah.”
“Aku…
aku…” Laju telefon bimbit yang berada di tangan dimasukkan ke dalam saku
seluar. Merah padam muka menahan malu.
“Kau
tengok aku ni. Pakai Iphone lagi. Sekarang mana main pakai phone ada
keypad ni. Sekarang semua main touch skrin je.
Barulah gempak.”
“Kau kata
ayah kau ada company sendiri. Buka kilang kasut. Masakan handphone pun tak
mampu beli? Walaupun aku tahu ayah kau dah tiada tapi mesti dia ada tinggalkan
kau harta yang banyakan sebelum dia pergi? Mesti kau lebih dari mampu nak beli phone baru.”
Sampuk temannya yang seorang lagi.
“Bukanlah handphone aku
rosak. Tu yang aku pakai yang ini. Pakai untuk sementara saja.” Dia menjawab
pantas. Memberi alasan untuk menutup malu.
“Rosak?
Beli sajalah yang baru. Kaukan kaya.”
“Eh tak
naklah. Telefon bimbit aku yang hari itu masih boleh dibaikilah. Lagipun tak
elok membazir tau.”
“Membazir
atau alasan saja ni? Kalau aku jadi kau dah banyak duit sangat aku buang saja handphone tu kalau
rosak. Beli baru terus tak payah nak repair segala
bagai. Buang masa saja tau.”
“Alasan?
Apa maksud kau?” Soalnya seolah tak mengerti.
“Alah kau
cakap sajalah kau tak ada duit sebenarnya.” Tempelak temannya itu
“Kenapa
pula kau cakap macam tu?”
“Yalah
sepanjang berapa semester kau dekat sini aku tak pernah pun nampak keluarga
kau. Jangan-jangan kau tipu kami selama inikan?”
“Tipu?
Mana ada… tak ada kerja aku nak menipu.” Laju dia menggelengkan kepala
menafikan tuduhan temannya itu.
“Weh anak
orang kaya tak ada datang kolej naik baslah. Anak orang kaya ada pemandu
sendiri, siap hantar ambil. Macam aku ni.”
“Aku… aku
sajalah naik bas. Nak belajar berdikari.”
“Sudahlah
aku tak percayakan kaulah.”
“Aku akan
buktikan nanti.”
“Buktikan
macam mana? Tunjukkan dengan Nokia 3310 kau ni? Kah! Kah! Kah~” Ketawa dua
orang temannya itu lantang sebelum meninggalkan dirinya seorang diri.
Cis tak
guna. Tak apa, nanti aku akan tunjukkan biar korang tak ada suara nak bercakap.
Dia menggetap bibir. Geram bila dihina dan diragui begitu. Aku nak tunjukkan
pada mereka tapi macam mana? Tiba-tiba dia teringat… Hah tak apa, nanti aku
minta pada dia!
1 comment:
Salam Cik Nuril,
Kami dari Novel Plus ingin meminta jasa baik cik untuk kita bertukar link blog di mana link cik kami akan masukkan ke dalam page di website kami yang masih sedang dikemaskini. Oleh itu kami harap cik juga sudi berbuat demikian untuk website kami juga..
http://www.novelplus.co
Terima kasih
Post a Comment