Terbitan : September 2016
Penerbit : Penerbitan LoveNovel
Harga : RM25(semenanjung) RM28 (sabah/sarawak)
CINTA
YANG TERTUNDA mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Iman Nasuha
Ahmad Nasran. Seorang anak yang baik. Pertemuan demi pertemuan yang tidak
dirancang antara dia dengan Tengku Aniq Afnan yang pada permulaan menyakitkan
hati dan buat dia rasa menyampah dengan lelaki yang sentiasa inginkan perhatian
itu tanpa sedar mula menimbulkan bibit suka.
Takdir
tuhan siapa menduga, bahagia yang diharapkan berkekalan rupanya hanya
sementara. Ada hati yang tak senang dengan kebahagiaannya gara-gara dendam yang
sangat lama dipendam lalu mengatur angkara sehingga menyebabkan dirinya ditimpa
kemalangan dan lupa ingatan, lupa siapa dirinya dan lupa suaminya dan lupa
segala-galanya.
Pelbagai
liku dan dugaan perlu dia lalui. Kemalangan yang telah menukarkan wajah 100
peratusnya menyebab suami sendiri tidak mengenalinya dan dia pula sudah lupa
yang itu adalah suaminya. Ditinggal tanpa sebarang pesan membuatkan cinta dan
setia Tengku Aniq Afnan sedikit demi sedikit bertukar menjadi benci dan dendam.
Menganggap semua wanita adalah sama sahaja, jenis yang tidak boleh dipercayai
namun begitu benci dan dendam yang wujud tetap tidak mampu memadam keinginan
untuk bertemu sekali lagi dengan Iman Nasuha. Dia mahu tahu apa perjelasan di
sebalik kehilangan yang bertahun lamanya.
Kepulangannya
ke tanah air setelah bertahun berkelana akibat dirayu oleh ayahnya,Tengku
Syukri, memaksa dia mewarisi empayar rangkaian hotel milik lelaki itu rupanya
menjadi titik pertemuan semula antara dia dengan Iman Nasuha yang sudah berbeza
wajah dan sifat. Nama serupa namun raut wajah berbeza dan ability juga sangat
lain. Iman Nasuhanya insan sempurna, tidak kelainan upaya seperti Iman Nasuha
pekerja di hotelnya.
Keunikan
Iman dan pertemuan demi pertemuan yang tidak sengaja di dalam pelbagai situasi
yang berbeza membuatkan hati yang keras membeku sedikit sebanyak mula tercuit
cair dengan kehadiran Iman. Dia mula menyelidiki siapa sebenarnya Iman.
Terpandang cincin yang dipakai oleh Iman di suatu malam majlis hotel
merungkaikan misteri siapa Iman. Sebelum ini hati kuat menyatakan Iman Nasuha
yang tak pandai bercakap itu adalah Iman Nasuhanya yang hilang, namun dia tidak
punya bukti yang kukuh.
No comments:
Post a Comment