iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, October 15, 2012

Novel : Tiga Bulan [17]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.


“Ehem...” Maria berdehem, konon-kononnya membetulkan suaranya ke tone normal, namun hakikatnya dia sedang menahan dirinya dari terkejut. Ya sangat terkejut bila melihat Nuriz berpapasan tiba dengan Wan Nazariel di pejabat itu bebarapa minit tadi, satu kereta lagi. Hampir terlepas jatuh fail yang sedang berada di tangannya itu..

Isk mereka berdua ni memang ada apa-apa ke? Hati mula berkata-kata.. tertanya-tertanya. Segala macam persoalan mula muncul di benaknya, bermain di mindanya.

“Hah Maria, kenapa?” soal Wan Nazariel hairan melihat raut wajah Maria yang berkerut-kerut penuh dengan riak terkejut.

“Err tak ada apa-apa boss.” Sejak bila Boss dengan si Nuriz ni serasi bersama? Pelik betul perangai mereka berdua ni. Sukar nak dijangka. Hisy tak tercapai dek akal betullah kalau aku nak fikir.

“Masuk bilik I”

“OK.” Dia membuntuti langkah Wan Nazariel. Sempat juga dia mengerling pada Nuriz yang hanya membisu tanpa suara sedari tadi.

“Apa agenda I hari ni?”

“Hari ni cuma ada satu meeting, kejap lagi dalam jam sepuluh pagi client kita dari Meet Holding akan datang untuk bincang pasal kontrak syarikat kita dengan dia. Hah lagi satu I dah letak beberapa fail untuk projek kita di Sri Hartamas dekat atas meja you. Nanti boss semak ya? Kalau ada yang tak kena beritahu I.”

Wan Nazariel kelihatannya begitu fokus mendengar apa yang disampaikan oleh Maria itu. Satu yang dia kagum tentang sikap lelaki itu ialah. Lelaki itu sangat teliti dengan kerja-kerjanya.

            Nuriz melabuhkan punggungnya pada sofa yang terdapat dalam bilik lelaki itu. Bosan.. mata pula terasa berat semacam. Yalah tadi selepas sarapan dia telah menelan beberapa biji ubat penahan sakit, untuk persediaan. Takut-takut lukanya berdenyut kembali dan pastinya akan mengganggu tugas-tugasnya nanti.

Lelaki itu memang kaki sibuk, dia mendengus. Menyampah kadang-kadang dengan perangai lelaki itu yang secara automatiknya bertukar 360 darjah bila berhadapan dengan keluarganya. Ceh tu kes takut kena marahlah tu. Kalau tak suka buatlah cara tak suka, tak perlulah nak hipokrit sampai macam tu sekali.

“Kau tak payah pergi kerjalah hari ni.” Tegur Wan Nazariel bila melihat Nuriz yang sedang bersiap-siap dihadapan cermin.

“Kenapa pula? Kalau saya duduk rumah saja. Gaji kena potong pula.. makin lambatlah saya nak langsaikan hutang saya pada awak tu, silap-silap tiga bulan jadi empat bulan pula nanti. Siapa yang susah? Saya juga…”

“Ok jugak tu.. banyaklah masa aku untuk buli kau.”

“Amboi banyak lawa awak punya perangai. Dahlah tepi.. saya dah lambat ni.” Dia ingin keluar daripada bilik itu tapi nampaknya laluannya terhalang dek tubuh lelaki itu.

“Tak payah pergi kerja aku kata.”

“Eeeiiii awak ni kenapa?”

“Yalah.. nanti kau jatuh, terpengsan dekat office tu, mesti menyusahkan aku pula nak bawa kau pergi hospital.” Lelaki itu membebel menerangkan sebabnya.

Nuriz diam. Buat pekakkan telinga, malas mendengar bebelan lelaki itu. Takut dia hilang sabar lalu menjawab segala kata lelaki itu dan penghabisannya mereka akan bertikam lidah seperti yang selalunya.

“Dahlah saya pergi dulu, jumpa dekat office nanti.” Huh tak cukup-cukup ke lagi nak kurung aku dekat dalam bilik ni semenjak beberapa hari lalu. Huh rimas.. kalau tambah satu hari lagi yakni hari ni sahih aku akan mati kebosanan, Nuriz membebel dalam hati. Aku bukannya tenat mana pun. Tu sajalah tu nak over acting depan family dia. Nak tunjuk yang konon-kononnya dia suami yang mithali.. huh mithali apa, mee tali adalah. Perangai macam komunis.. Kuku besi betul.

“Hai laju saja kamu menonong Nuriz.. Zariel mana? Tak pergi sekali ke?”

Terhenti terus langkahnya.. Ah sudah.. apa alasan aku nak bagi pada mereka ni pula? Dia berpaling cepat-cepat wajahnya digariskan dengan senyuman.

“Aaa... Zariel kata dia lambat sikit mama. Dia suruh Riz pergi dulu.”

Muka Datin Jacinta berkerut. Isk masakan isteri masih sakit disuruh pergi sendirian... ke???

            “Eh tak jadilah, abang dah siap ni.. Jom kita pergi sekali” Ujar Wan Nazariel yang muncul secara tiba-tiba terus memegang tangannya. Nuriz perasan riak wajahnya pasti sudah berubah namun tetap dicubakan untuk beriak selamba. Hampeh mamat ni suka-suka dia saja nak pegang tangan orang, dicubanya untuk melepaskan tangannya daripada genggaman tangan lelaki itu tetapi tidak berjaya. Malah pegangan tangan lelaki itu semakin kuat.

Lepaslah!!! Jerit hatinya... Dahlah bahasa dirinya abang. Geli telinga aku mendengarnya.

“Hah elok pun Zariel.. Mama baru nak suruh driver kita hantarkan. Bahaya biar Riz pergi sendiri tunggang motosikal... dahlah belum berapa sihat.. apa-apa jadikan payah.”

“Dia degil nak pergi sendiri.. saya dah kata tunggu..tapi dia tak nak, tak sabar.”

Eiii tengok dia buat drama lagi. Nuriz menggetap bibir. Eh aku sekeh juga mulut dia ni karang...
Itulah alkisahnya pagi tadi. Semua benda ada saja yang akan menyakitkan hatinya, Nuriz merengus lagi. Tak peduli Wan Nazariel dan Maria yang masih berbual entah-apa-apa-entah. Dia malas nak ambil tahu.

“Hah dah tak reti keluar ke? Ke kau masih rasa diri tu puteri raja sampai nak tunggu orang bukakan pintunya?” Tegur Wan Nazariel bila melihat Nuriz hanya pegun di tempat duduknya. Apa dia ingat aku nak buat macam tadi ke? Tadi tu lainlah depan papa dan mama.

Tengok aku dah kata dah perangai dia cuma baik bila depan keluarga saja.

“Nak keluarlah ni. Cuba jangan nak membebel je taunya.” Nuriz merengus.. Langsung tak reti sabar mamat ni.

Wan Nazariel hanya tersenyum sinis melihat perlakuan Nuriz itu. Membuatkan gadis itu bengang adalah salah satu kewajipannya kini dan antara tugas-tugas harian yang penting buat dirinya.

            “Nuriz!”

“Woitt kau menung apa? Baru masuk kerja sekejap kau dah mengelamun. Ini jantan mana pula yang kau ingatkan ni?” Sergah Wan Nazariel. Bengang panggilannya berkali-kali namun tidak sekalipun gadis itu menyahut menjawab dirinya. Huh badan saja di sini.. jiwanya entah melayang ke mana. Dasar perempuan.. Sehari kalau tak buat aku bengang memang tak sah agaknya.

            “Apanya awak ni, kat rumah membebel, kat sini pun nak membebel juga ke?” Mengalahkan orang perempuan betul perangai dia ni. Patut pun agaknya tak ada girlfriend.

“Mana aku tak membebel, kau tu yang suka buat aku nak marah.. Panggil sekali tak mahu dengar... pot pet pot pet…”

Nuriz mencebik.. Eleh alasanlah tu dan sebenarnya eh dah macam tajuk lagu pulanya dia memang suka nak membebelkan aku. Mengaku sajalahkan.

“Alah.. awak cakap sajalah yang awak ada benda nak suruh saya buat. Tak payahlah nak panjang-panjang mukadimahnya tu.” Malas nak memanjangkan lagi perbalahannya. Matanya diliarkan ke sekitar ruang pejabat peribadi lelaki itu. Huh patut pun dia cakap dengan aku serupa air teh tak pakai tapis, sebab tinggal kami berdua saja dalam ni. Tak sedar pula bila masanya Maria berlalu keluar dari bilik itu. Itulah syok sangat melayan blues.

“Hurm pandai pun kau, kejap lagi aku ada meeting. Kau duduk diam-diam dalam bilik ni jangan nak pergi mana-mana. Aku tak mahu dahi kau tu bertampal lagi, nanti aku juga yang kena marah kalau apa-apa jadi, bukannya kau.” Teringat peristiwa dia menjumpai Nuriz yang pengsan didalam bilik air.. dan agak teruk juga dia dileteri bila hal itu diketahui oleh papanya.

“Taulah.. saya bukannya budak kecik lagi.”

“Tau pun kau bukan budak kecik, tapi lemahnya macam budak-budak tau tak.. kena hujan sikit dah demam berhari-hari. Ni nanti kemaskan sikit bilik aku ni.”

“Ok.. err tak ada surat ke yang perlu dihantar hari ni boss?"

“Kenapa? Kalau ada pun aku tak akan suruh kau buat, sebab aku dah suruh si Zaki yang buat.”

“Owh.. jadi saya ta perlulah hantar surat lagi ya?”

“Tak.. untuk minggu ni saja, sebab kau tu tak sihat sangat, kiranya aku ni baik hati jugalah kan.”

“Wah sayang juga awak pada saya ye?”

“Ceh tolonglah weh jangan perasan.” Wan Nazariel mencebik mendengar kata Nuriz itu. Kelakar pula.. sayang?? Tolonglah jangan perasan.. perempuan, perempuan. Baru kita ambil berat sikit mesti dia dah start perasan.

“Eleh gurau saja pun nak marah. Kalau dengan awak. Tak sayang pun tak apa. Tak rugi apa-apa pun sebab saya tau awak tu lelaki yang 'bengkok' tak normal” Err... agak-agak akulah, sebab gaya dia macam tak suka perempuan saja, dengan mama tirinya pun dia buat acuh tak acuh saja.

            What??? 'Bengkok' apa benda tu?” Pelik selama ni tak pernah dengar istilah bengkok-bengkok ni. Apa dia ingat aku ni seperti jalan ke, ada istilah bengkang-bengkoknya.

“Larhh tu pun tak tahu ke? Kan awak tu tak suka perempuan, tu sebab asyik berkasar saja dengan perempuan terutama dengan saya ni."

Helllo.. kau ada bukti ke nak kata aku ni gay?” Huh saja nak cari pasal dengan aku dia ni. Tak padan dengan dahi tu yang masih bertampal, dadanya sudah mula turun naik. Menahan sabar yang semakin menipis.

“Saya tak kata pun yang awak tu gay. Saya cuma kata yang awak tu tak sukakan perempuan, homoseksual, buktinya ada apa, awak tu bila dengan perempuan asyik nak marah sajakan.”

“Tak suka perempuan dengan gay samalah tu. Oii singkat betullah akal kau ni. Apa kau ingat aku marah sikit maksudnya aku memang tak suka perempuan? Selama ni kau ada nampak ke yang aku ni ada 'teman lelaki' kalau ya aku seperti yang kau cakapkan?”

“Dah tu kenapa awak tak ada girlfriend sampai sekarang ni kalau betul awak ni normal?”

“Suka hati akulah nak ada girlfriend ke tidak. Kau siapa nak sibuk-sibukkan urusan aku ni? Karang kalau aku ada girlfriend kau pula yang menangis guling-guling sebab frust! Macamlah aku tak tak tahu yang kau tu ada hati dengan aku ni.” Hisy penyibuk punya perempuan. Inilah salah satu sebab yang aku tak berkenan dengan orang perempuan ni. Penyibuk tak bertempat, hal sendiri tak terjaga dah sibuk nak jaga hal orang lain..

Hello tolong jangan perasan ok? Orang buta saja yang boleh jatuh hati dengan awak tu. Perangai macam komunis, perasan diri tu handsome pula. Ceh! Hah dan lagi satu saya ni isteri awak, tentu-tentunya saya kena ambil tahu serba sedikit tentang awak.” Selamba Nuriz menjawab.. Dah kau sendiri yang tanya siapa aku ni kan.

“Amboi bukan main sedap mulut kau mengata aku ya? Eh kau tu cuma isteri dalam kertas saja tau. Jangan nak perasan lebih-lebih ok!”

“OK kalau macam tu kata awak, apa kata awak lepaskan saya. Senang sikit, saya pun tak adalah perlu nak menyibuk segala urusan awak tu lagi.”

“Lepaskan kau?” Sinis wajahnya bila mendengar permintaan gadis itu.

“Ha'ah.. kita boleh teruskan kehidupan kita masing-masing selepas ni.”

“Dalam mimpi bolehlah aku lepaskan kau.. dahlah malaslah layan kau.”

“Awak ni memang macam budak-budak tau tak? Dah tahu tak suka kenapa nak simpan lagi kan? baik lepaskan saja. Kurang sikit masalah tu.”

“Pandailah kau nak bercakap ya? Siapa kata aku ada masalah? Masalah aku akan selesai kalau tengok kau menderita, sebab semenjak aku berjumpa dengan kau, hidup aku jadi tunggang langgang dan berubah seratus peratus kerana kau faham tak? Kau memang pembawa malang agaknya. Semua orang yang bersama dengan kau mesti kena tempias malang kau tu kan? Suwey!”

So awak ingat awak tu pembawa untunglah dalam hidup saya ek? Kalau awak menjadi pemandu berhemah, saya tak perlu kemalangan dengan awak, berjumpa dengan awak dan terpaksa hidup bersama dengan awak, ceh! Budjet dia saja yang sempurna.”

Pandai saja mengata orang diri dia tu pun dua kali lima juga. Hari-hari yang aku lalui dengan dia ibarat mimpi ngeri yang muncul dalam setiap lenaku. Tak sedar diri sungguh.

“Dahlah.. malas layan kau. Aku nak keluar.”

Lelaki itu bangun dari duduknya, terus melangkah menuju ke pintu.. Huh dah habis idealah tu nak berbalah dengan aku ni. Nuriz menghantar langkah lelaki itu dengan ekor matanya. Lelaki ego tinggi melangit. Kau tunggulah satu hari nanti aku akan buat kau sukakan aku, waktu tu baru kau tau siapa aku. Dia menggetap bibir.

******

            'Isteri'? Isk... betul ke apa yang aku dengar? Maria menggigit hujung pensil yang berada ditanganya. Kalau tak betul.. maknanya aku mungkin ada masalah pendengaran, ke aku sedang mamai ni? Bila mamai semuanya jadi mengarut dan apa yang aku dengar semuanya jadi merapu. Eh nak mamai apanya ni? Aku rasa diri aku segar saja ni. Dia menampar perlahan wajahnya  sendiri, sakit.. namun masih tak puas hati lagi lalu dia mencubit pula tangannya sendiri.. Ouch! Oh memang sakit... nampaknya sungguh aku tak bermimpi.

Kalau betul yang aku dengar, maknanya Nuriz tu puan bosslah dekat sini. Heiii patutlah aku rasa yang mereka berdua ni memang macam ada apa-apa tapi bukan macam lagi dah memang ya pun... tapi kenapa mereka nak sembunyi-sembunyikan? Peliknya...

Tadi dia tidak sengaja terdengar perbualan Nuriz dan Wan Nazariel ketika dia berpatah balik. Kononnya ingin mengambil buku nota kecil miliknya yang tertinggal di bilik lelaki itu, baru tangannya diangkat ingin mengetuk pintu bilik itu, perbuatannya telah terhenti kaku sebaik saja dia mendengar pebalahan antara mereka berdua. Mati terus niatnya.. terus dia kembali ke arah mejanya dengan kepala yang sarat dengan segala macam persoalan. Aduii pening kepala I kalau macam ni..

“Hah Maria.. you tak breakfast lagi ke?”

“Eh boss.. kenapa pula tanya I begitu?” Isk dia ni muncul tiba-tiba lepas tu terus tanya aku ni dah breakfast ke belum.. ke dia nak belanja aku breakfast.

“Tak adalah I tengok you tu macam lapar sangat je sampai pensil tu pun habis you gigit-gigit.” Macam tak ada benda lain nak digigit. Macam-macam perangai staff-staff aku ni.

“Err tak adalah boss.. ni habbit I.” Tersipu-sipu dia memberi alasan. Memang begitu tabiatnya andai dia sedang berfikir, menggigit pensil ataupun pen. Hisy tak senonoh perangai aku ni.

            “Oh.. I ingatkan you memang lapar sangat tadi.”

“Tak adalah.. Eh bos nak suruh I buatkan apa-apa ke?”

“Taklah Maria.. I saja je jenguk you. Lagipun I nak tengok staff-staff yang lain juga. Sudah berapa hari I tak masuk office ni. Semenjak jaga si Nur... ehh tak ada apa-apalah.” Kacam mana aku boleh nak terlepas cakap ni. Nasib baik tak terkeluar, kalau tak sia-sia saja terbongkar rahsia aku.

Apa boss?? Teruskan lagi, tapi hanya mampu terdetik di dalam hatinya itu sahaja. Karang aku tanya lebih-lebih nanti mahu kena pecat pula, tak pasal-pasal je kan jadi penanam anggur yang berjaya.. tapi..

“Err I pergi dululah. Nanti pukul sepuluh ingatkan I tau pasal meeting tu.” Cepat-cepat dia berlalu. Takut kalau dia berlama lagi dia terlepas bicara lagi seperti tadi. Nyaris terbongkar segalanya. Dia sememangnya tidak bersedia apa-apa langsung.

Maria hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat lelaki itu meninggalkan dirinya tergesa-gesa. Heissyh tak faham aku dengan boss aku yang sorang ni. Siapa Nur? agaknya Nur itu Nuriz barangkali. Tak sangka aku memang mereka ada apa-apa, tapi kenapa mereka rahsiakan hubungan baik itu? Peliknya... ah lantaklah.. yang aku sibuk dok fikirkan hal mereka kenapa? Hisy tolonglah jangan jadi busy body cik Maria oii, tegur hati kecilnya kurang senang...


10 comments:

Anonymous said...

Asyik gaduh jer ni.... Nak tenguk tindakbalas wan kalau,ada lelaki lain cuba usya nuriz... Ada cemburu tak? Nuriz dah bosan dgn cara wan tu, dah start minta dilepaskan. Wan nimtak faham2 ker?

Anonymous said...

Ish geram lak aku ngn wan nazariel ni. ego!! Nuriez lak xmo ngalah. elok la sama2 ego

Nuril Bahanudin said...

Hehehe...
Sabar-sabar... anon ya :)

norihan mohd yusof said...

hehe ...cikit g terbabas,abis pecah rahsia u zariel!nape ye zariel terlebih poyo,asal celik je mata,sah2 nk cari pasal ngan nuriz...dah macam israel ngan palestin tk pernah nk berdamai!!!try lah buka mata ati tu,jgn dah terlepas baru terase.....me kasih ye dek,,,teramat amat akak nunggu dek!reda cikit rindu kat nuriz...thank n luv u dek....

wida said...

iskk..nuriz nih agak keras hati jugak ek..kata2 WNazariel x berbekas langsung..ayik gadoh jek..gadoh2 manja ke tuh...

nuril said...

Terima kasih kak chez, i love you tooo.. Semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH

Gaduh-gaduh ego namanya wida. Terima kasih ^^

Norbiha Hj. Sabtu said...

Geram betul dgn c Wan ni... Tp c Nuriz pun sama, kuat mnjawap!!

aida_burn said...

hehehe nampak nya dah tambah lagi sorg yg tahu wan & nuriz dah kawen ...kalau la nuriz tahu time dia pengsan kat bilik air tue wan nazariel yang tukarkan baju dier... apa jadik agak nyer ... ??? waiting for the next entry... & hope that there is more story about wan & nuriz than others supporting character....hehehe

Nuril Bahanudin said...

Hahaha ngamlah mereka tu kak norbiha. Seorang ego seorang kuat menjawab. Memang tunggang terbaliklah rumah tangga yang muda tu. Terima kasih untuk komen :)

Aida, suka saya baca komen awak tu. Terima kasih :)

Anonymous said...

buy xanax no prescription xanax 4h2 - xanax information