iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, November 11, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [Bab13]



 Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang...

Naik kebas sudah jari jemarinya mendail nombor telefon lelaki itu, sudah berpuluh kali nombor lelaki itu diulang dail namun hasilnya hampa. Semua panggilan tersambung ke dalam voice mail.

Isk mana dia ni? Janji dengan aku macam mana semalam, hari ini macam ni pula jadinya. Ini yang rasa nak marah ni. Dia membentakkan kakinya yang bersarung kasut tumit setinggi 5 inci itu ke lantai. Bergema bunyinya. Langsung dia tidak peduli walaupun bercupak mata pengunjung café itu memandang ke arahnya. Peduli apa aku. Bukannya aku ganggu hidup kau orang semua. Sempat hatinya memarahi semua yang memandang dirinya kala itu.

Sungguh! Buat masa sekarang hatinya sudah tak mampu bertindak rasional. Api amarahnya betul-betul membuak-buak. Agaknya kalau ada lelaki itu di depan matanya mahu lelaki itu terbakar rentung dek kemarahannya kala ini.

Semalam lelaki itu bukan main lagi gayanya.

“Sayang, I tak boleh bual dengan you lama hari ini.” Kedengaran lembut persis nada berbisik suara lelaki itu di hujung talian.

“Kenapa pula Zaf?” Soalnya terpinga-pinga. Biasa tu kalau tak bergayut sehingga telinganya naik panas memang tak sahlah hari-hari mereka tapi hari ini… pelik bin hairan.

“I nak tidur awallah sayang. Esokkan kena jemput you pergi office then lepas tu kita akan cuba baju pengantin sama-sama. Masakan you lupa Erin?”

“Eh manalah I lupa Zaf, I tak sabarlah. Teruja pula jadinya bila you ingatkan I sekali lagi. Rasa macam tak sabar nak tunggu majlis kita tu.”

“Ok sayang… kita letak ya? Muahhh sayang, I love you Erin.” Ucap lelaki itu seraya memutuskan talian dan membuatkan dirinya terpinga-pinga dengan perbuatan lelaki itu. Kelam kabut semacam langsung tak seperti selalunya.

Hampeh! Tak guna betul! Berjanji beria, tidur awal konon sebabnya pagi ini nak menjemput aku ke pejabat, tapi tengoklah…. Sudahnya aku ke pejabat naik teksi. Turun naik dadanya menahan marah. Gambar lelaki itu yang menjadi wallpaper di skrin telefon bimbitnya ditonyoh-tonyoh geram. Melepaskan perasaan.

Telefon pejabat lelaki itu, kata setiausahanya masih belum masuk pejabat, masakan lelaki itu curang kepadanya. Main perempuan lain? Ya boleh jadi! Arghhh sudah-sudah Erin jangan nak bersyakwasangka. Mungkin dia ada hal penting kut. Mungkin dia tak sengaja. Macam mana kau mahu berumah tangga dengan dia kalau kau tak mempercayai dia dan mencurigai kesetiaan dia? Dia bermonolog dalam hatinya. Berperang dengan jiwa positif dan negatifnya.

Telefon bimbitnya yang dilemparkan di atas meja kaca di hadapannya itu berdering berkumandang dengan lagu Here Without You lantunan kumpulan 3 Doors Down, laju tangannya dipanjangkan untuk mencapai telefon bimbitnya itu. Nama lelaki itu tertera di skrin. Huh nasib kau telefon balik. Aku baru saja berura-ura nak pergi buat kunjungan mengejut ke rumah dia.

“Hello sayang…”

Terdengar serak-serak suara lelaki itu di hujung talian. Masakan lelaki itu baru bangun tidur? Dia tertanya sendirian.

Sorry, bonda kurang sihat hari ini.” Tanpa dipinta lelaki itu memberitahu dan semerta hatinya berasa lega. Syak wasangkanya jauh terpesong. Dia mengurut dadanya, terasaa sedikit segar nafasnya kala itu.

Ah lelaki ini sememangnya tercipta untuk aku. Sentiasa jujur dengan aku dan paling penting mengutamakan bondanya lebih daripada segalanya. Dia memuji tanpa suara. Bangga pun ya juga mengenangkan pengorbanan yang lelaki itu lakukan untuk bondanya.

******

Sorry Leila… nampaknya hanya kita berdua saja di sini.” Hampir 15 minit menjejakkan kaki ke bangunan Pavilion ini barulah terdengar suara daripada mulut majikannya itu. Agaknya sudah mula rimas bila melihat dirinya yang asyik berulang-kali mengintai jam di pergelangan tangannya itu.

“Hah? Jadi temu janji tuan tu macam mana? Batal ke? Client tak dapat hadir sini?” Laju bertubi soalan yang keluar daripada mulutnya bertanya.

“Ya lebih kurang. Dia ada hal urgent katanya.”

“Ooo…” Bulat muncungnya mendengar jawapan daripada majikannya sebelum kembali menundukkan wajahnya menekur lantai.

Sebenarnya dia masih lagi tak berani bertentang mata dengan majikannya itu gara-gara peristiwa tadi yang tak disengajakan yang telah berlaku. Tak tahu sekarang berapa bakul malunya kepada majikannya yang telah bertindak pantas menjadi penyelamat kepada dirinya. Agaknya kalau lelaki itu tidak bertindak pantas, mungkin sekarang dia sudah jadi arwah atau paling tidak pun terlantar koma di ICU. Huh betullah pemandu-pemandu di Malaysia ni, ramai yang tak ada kesedaran sivik!

“Jadi sekarang kita boleh baliklah ya tuan?” Dia beranikan diri untuk bertanya bila melihat lelaki itu asyik dengan telefon bimbitnya entah membalas pesanan mesej dari siapa dia pun tak ingin ambil tahu.

“Kenapa? Awak ada aktiviti lagi ke selepas ini Leila?” Wajahnya dipalingkan memandang ke arah wajah itu.

Serba salah wajah gadis itu kelihatannya.

“Err tak, tak adalah tuan.” Lambat-lambat dia menjawab. Kalau aku nak balik sekarang pun aku nak balik naik apa? Sudah kereta aku tu tinggal di pejabat dan aku datang ke sini pun dengan dia.

Sudah dia berkeras tadi untuk memandu sendiri dan mereka pergi berasingan tetapi majikannya itu tadi menghalangnya. Alasannya pada waktu begini jalan sesak dan ada baiknya mereka berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan yang sedia ada. Adoi macam-macamlah Tuan Rolland ni.

“I ingat you ada temujanji dengan boyfriend ke tu sebab you nak pulang awal.” Sengaja dia berkata begitu, menduga isi hati gadis di hadapannya itu.

“Tak, tak adalah tuan. Saya mana ada teman lelaki lagi.” Laju dia mengeleng-gelengkan kepalanya menafikan.

“Ai masakan orang cantik macam you ni belum berteman lagi Cik Leila? I pasti you ramai peminat.”

“Siapalah yang mahukan I ni tuan?” Perlahan hampir tak dengar dia menjawab.

Ramai peminatlah sangat. Ada peminat pun cuma satu si ‘R’ tu. Ini sekarang pun dah menghilangkan diri. Agaknya takut kut dengan tindakan gelojoh aku ni.

“Saya yakin ada yang meminati you tu Leila, cuma dia malu nak berterus-terang dengan you. Sabarlah ya, tiba masanya nanti dia akan munculkan dirinya depan you untuk melamar you punya.” Ujar lelaki itu sambil mengenyitkan mata hijaunya kepada Leila Suria.

Terkesima seketika gadis itu. Eh kenapa pertama kali aku rasa boss aku ni kacak juga orangnya. Dia macam dapat memahami pula apa yang sedang bermain di dalam fikiran aku ni. Dia mengomel di dalam hati.

“Ya ke tuan? Entah siapalah lelaki malang tu ya?” Cuba berlelucon.

“Ya lah, you tak percaya eh I cakap ni? Sudah jom teman I dinner, lapar sudah perut I ni berbunyi-bunyi dari tadi. Agaknya rezeki I hari ini dapat dinner berdua dengan you.” Tangan Leila Suria dicapai, ditarik agar mengikut langkahnya dan Leila Suria kehilangan kata melihat tindakan majikannya itu.

“Tapi sebelum tu kita singgah sekejap ambil barang yang I tempah untuk kawan I ya.” Sambung lelaki itu lagi.

Isk aku tak mimpi ke ni? Seperti tidak berpijak di bumi nyata perasaannya dirasakan kala itu.

Lelaki itu cuma melepaskan pegangan tangannya bila mereka sudah sampai di hadapan sebuah kedai barang kemas di Pavilion itu. Hampir setengah jam menyelesaikan urusan lelaki itu barulah mereka berlalu kononnya untuk menikmati makan malam.

“Ok tak kalau kita makan di sini?” Soal lelaki itu agak lembut. Begitu hampir di telinganya.

“Hah? Bo…boleh saja tuan.” Seolah baru saja tersedar.

Mereka melangkah masuk beriringan ke dalam Al-Amar Lebanese Cuisine itu. Leila Suria menelan air liur. Terasa kelat. Aku dan Tuan Rolland berdua menikmati makan malam di sini? Biar betul. Mengalahkan pasangan orang bercinta pula kami ni. Dahlah tempat ni rasa macam romantik saja suasananya.

“Kenapa? You tak suka makan di sini?”

“Taklah tuan, saya tak kisah. Mana-mana saja.”

Ikut sajalah. Karang aku menolak dia kata aku lebih-lebih pula.

“Ok, you kena tau, tau? Ni antara tempat makanan kesukaan I.” Lelaki itu memberitahu dirinya tanpa dipinta.

Leila Suria mengangguk-angguk kepalanya.

“You boleh cuba rasa dan mungkin lepas ni you akan suka. Tak adalah lepas ni I akan berseorangan lagi menikmati makanan-makanan kegemaran I di sini.” Sambung lelaki itu.

Leila Suria terkejut mendengar ayat akhir majikannya itu. Eh tak akan dia nak ajak aku makan lagi dekat sini? Perut aku ni bukannya betah makan makanan luar. Lagipun aku tengok harganya pun boleh tahan. Kalau hari-hari ke sini boleh muflis aku. Lainlah dia tu boss, poket pun selalu kembung. Aku ni pula kuli saja, poket pun cukup-cukup makan saja.

“Uhu I mana mampu nak makan dekat sini selalu tuan, lainlah kalau tuan belanja I, hari-hari pun I sudi.” Entah kenapa mulutnya terlebih bijaksana menjawab bagi pihak hatinya. Leila Suria menepuk mulutnya sendiri. Marah dengan keterlanjuran yang baru keluar tak sampai beberapa saat itu.

“Amboi… ha tapi tak apa, untuk you. I beli restoran ni terus pun tak apa. I sanggup.” Jawabnya senang.

“Eh tuan, sorry… Saya bergurau saja tadi. Jangan ambil serius.”

Siapa dia untuk aku sampai perlu mengeluarkan wang untuk diri aku ni. Rasional Leila, jaga mulut kau tu bila berbicara. Tegur hati kecilnya.

“Alah Leila, untuk you.... Bukannya untuk orang lain pun.”

Untuk aku saja? Bukan untuk orang lain? Eh apa maksud dia ni? Leila Suria memandang wajah majikannya itu dengan reaksi keliru namun wajah lelaki separuh usia itu tetap biasa-biasa saja seolah apa yang baru dicakapkan itu bukan kesilapan yang tidak disengajakan.

“Hah yang pandang saja muka I tu kenapa Leila? I kacak sangat ke hari ini? Makanlah nanti sejuk makanan tu.” Tegur Tuan Rolland Fiqry bila sedar yang gadis itu asyik pegun matanya memandang ke arah dirinya. Entah apa yang bermain di fikiran gadis itu pun dia tidak pasti.

“Hah ya tuan.” Kalut mencapai sudu dan garpunya dan entah kenapa sudu yang dicapainya terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai.

“Ouch!” Leila Suria menjerit kesakitan bila dahinya terhantuk dengan kepala Rolland Fiqry itu

Tanpa dirancang mereka berdua tunduk serentak kononnya mengambil sudu yang terjatuh itu.

“Ops sorry Leila.” Laju tangan lelaki itu menyentuh dahinya dan mengusap kononnya untuk membantu menghilangkan kesakitan di dahinya.

Leila Suria menepis tangan lelaki itu. Kurang selesa dengan perbuatan lelaki itu. Lagipun dia malu bila sedar ramai mata yang memandang ke arah mereka.

Sorry Leila. Really sorry.” Sekali lelaki itu memohon maaf.

“Tak apalah tuan. Dahlah. Kita makan ya.”

Sudu yang diganti dengan sudu baru oleh pelayan restoran itu diambil. Lambat-lambat dia menyuapkan makanan ke mulutnya. Perut yang tadinya berbunyi kelaparan seolah bertukar sebu. Dia hilang selera makan.

Apa nak jadi dengan aku ni hari ini? Serba tak kena. Hari ini dah dua kali aku accident dengan lelaki itu. Trauma yang pertama tak hilang lagi sudah ditambah yang ke dua. Mana hendak kusorokkan muka ni? Malunya oi… Teriak hati kecilnya.



No comments: