iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, October 29, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang[Bab11][Bab12]


Bab 11

Suasana kelab hiburan di Lot 10 Bukit Bintang itu sungguh bising! Dia bersendirian hari ini melayan kebuntuan. Bukan tiada teman untuk diajak, tapi dia sengaja ingin bersendirian. Bartender yang lalu di hadapannya digamit.

Yes sir may I help you?” Bertanya sambil member tunduk sopan.

“Macam biasa please.” Pintanya.

Orait sir!”

Dia perlu melupakan segala serabutnya dan hanya itu saja caranya bisik hatinya.

“Baby… apa you buat dekat sini?” Tiba-tiba dia disapa.

Lambat-lambat dia pusingkan kepala melihat. Dalam suasana yang penuh hiruk pikuk ini agak sukar untuk dia mengecam suara orang apatah lagi sudah bergelas-gelas whisky yang diteguknya.

“Belinda?”

“You ni teruklah, datang sini tak ajak I pun.” Gadis yang dipanggil Belinda itu memasamkan muka.

“Alah I tak ajak pun you sudah ada dekat sini apa. You datang dengan boyfriend mana pula ni?”

Pandangan matanya sudah mula berbintang-bintang. Minum tanpa had begitulah jadinya.

Baby, I mana ada boyfriend lain selain you tau.”

Belinda tanpa rasa malu terus mengusap-usap pipinya. Menggoda dirinya yang separa sedar itu.

“Ah apa-apalah Bell…” Dia acuh tak acuh, tangannya mula mencapai gelas yang baru diisi kembali oleh bartender itu.

Baby stop it! You dah banyak sangat minum ni. You dah mabuk. I tolong hantarkan you balik ya?” Belinda cuba menghalang dia daripada terus meneguk minuman yang berada di tangannya itu.

“I mabuk? I banyak minum? Eh diri I suka hati I lah mahu buat apa. Diri I dan guna duit I apa!” Dia menepis kuat tangan Belinda yang cuba menghalang dirinya.

“Hey bro, bukan macam tu caranya layan perempuan.” Tiba-tiba ada suara garau menegur perbuatannya.

Cepat-cepat dia membulatkan matanya yang sudah layu. Kelibat di hadapannya direnung tajam walaupun nampaknya tidak jelas.

“Hah lu siapa pula ni bro? Sugar daddy dia ke? You datang dengan dia ke tadi Bell?” Dia menyoal keras kepada Belinda yang terkaku berdiri di sisinya itu.

Laju Belinda mengeleng-gelengkan kepalanya.

“I tak kenal pun dengan dia.” Jawabnya perlahan. Entah siapa entah lelaki itu muncul masuk ke dalam babak mereka berdua.

“Gua siapa lu tak perlu tahu. Miss are you ok?” Tangan Belinda yang ditepis oleh Rio Alami Raqly tadi dipegangnya. Diusap penuh prihatin.

Kacak! Jerit Belinda dalam hati tatkala matanya berlaga pandang kepada lelaki itu. Wajah peranakan arab.

“Lu mahu minah ni lu ambillah. Gua dah muak pakai dia.”

Dia berdiri walaupun tidak berapa betul pun berdirinya. Tubuh Belinda sengaja ditolak kuat ke arah lelaki yang menyibuk itu. Silap besar sebab mencari pasal dengan dirinya yang tengah tak berapa bagus moodnya hari ini.

“Kurang ajar!” Jerit lelaki itu kuat terus meluru untuk menumbuk dirinya, nasib juga dia sempat mengelak dan lelaki itu akhirnya tersungkur.

“Ha! Ha! Ha! Bro next time, mind your own business ok!. Jangan cuba nak masuk campur benda yang bukan urusan kau. Ptui!” Marahnya.

Lelaki itu kelihatannya berang bila mendengar kata-katanya. Tanpa menjawab sepatah pun lelaki itu terus meluru ke arahnya dan sudahnya mereka bergumpal di atas lantai laksana hanya mereka berdua saja yang berada di situ.

“Gua tegur-tegur elok-elok, lu marah gua pulak. Lu memang nak mampuslah bro.”

“Gua datang sini bukan nak dengar lu sekolahkan gua. Lu mau tegur-tegur orang lu pergi sekolah jadi cikgulah. Bullshit!”

Berang sungguh dirinya kala itu. Benci dia dengan lelaki yang berlagak hero di hadapannya itu. Seingatnya dia selalu bersua muka dengan lelaki itu bila setiap kali berkunjung ke sini dengan pasangan yang berbeza-beza.

“Gua tak suka lu buat perempuan macam tu.”

“Mana lu punya ayam sampai wa punya pula lu nak sebat? Dah lari semua ayam lu sampai lu jadi kebulur, dan sekarang lu mahu tunjuk baik pula sebab nakkan ayam wa? Lu nak lu ambillah. Bukannya ‘lazat’ pun.” Ujarnya lagi. Sinis.

Matanya terasa panas dek kerana terkena penumbuk lelaki itu yang tidak sempat dielaknya dan lelaki itu pula kelihatannya sedang mengesat darah yang sedang mengalir di bibirnya penangan penerajangnya tadi. Rasakan.

Baby sudahlah… Jom kita balik.”

“Argh kau baliklah sendiri! Aku bukan datang dengan kau pun.” Sekali lagi dia menepis tangan Belinda yang memegang lengannya dengan kasar.

Baginya semuanya gara-gara Belinda. Kalau gadis itu tak muncul menyibuk mungkin dia dapat menikmati ketenangannya di sini tanpa sebarang gangguan.

“You, you ok ke?” Beralih pula kepada lelaki di hadapannya yang masih merenung garang ke arah Rio tanda tak puas hati kononnya sebab mengasari wanita, golongan yang lemah. Nasib juga ada bouncer yang datang melerai kalau tidak mungkin sampai sekarang pun  mereka masih bergumpal di atas lantai.

“Sudahlah! Kalau you tak nak balik sudah, baby… biar I balik dengan dia.”

Melangkah pergi langsung tak menghiraukan Rio yang masih menyeringai menahan kesakitan.

“Er I hantar you baliklah dear. Siapa nama you?”

“Zafri.”

Matanya sempat menghantar langkah Belinda yang berpapasan dengan lelaki perasan bagus itu. Huh tengok murah tak murah perangainya. Kenal pun tak sampai berapa minit dah berani ikut lelaki itu. Belinda, Belinda… Dasar perempuan murah. Jalang!


Bab 12


“Leila, selamat pagi… petang nanti awak temankan saya jumpa client di Pavilion ya.”

Tersentak bila disapa pada saat dia sedang asyik melayan menungannya mencari ke mana hilangnya si ‘R’nya. Sudah hari kelima tanpa sekuntum pun bunga di atas mejanya. Layu wajahnya. Dia sendiri tak pasti kenapa dia begitu.

“Aaa… baik Tuan Rolland.” Lemah dia menjawab.

Terlalu sibuk melayan rawannya sampaikan dia terlupa mempersoalkan kenapa mesti dia yang menemani lelaki itu sedangkan bukan rutin dirinya untuk keluar bertemu dengan client syarikatnya itu.

“Eh awak nampak tak bersemangat saja Leila. Kenapa? Tak sihat ke?” Soal lelaki itu mengambil berat. Biasanya wajah gadis itu tak pernah lekang dengan senyuman ketika berbicara dengan dirinya.

“Eh tak adalah tuan, saya sihat tak ada apa-apa.” Laju dia mengeleng-gelengkan kepala.

“Kalau awak rasa awak tak sihat, saya ajak Abby saja temankan saya walaupun dia ada hal petang nanti sebab rasanya dia boleh ketepikan hal dia tu demi client kita ni.” Sengaja menduga.

“Tak apalah tuan, tak payah susahkan Abby, saya ok je ni. Janganlah tuan risau.”

“Ok kalau macam tu jam 5.30 petang nanti tunggu saya dekat basement ya. Saya jumpa awak dekat situ.” Ujar lelaki itu sebelum berlalu menuju ke bilik pejabatnya.

Kenapa kau ni Leila? Jangan dilayan sangat rawan kau tu, nanti kau entah ke mana, kerja pun entah ke mana. Be professional Leila. Asingkan masalah kau tu dengan hal peribadi.

Macam mana aku nak asingkan? Aku punyalah risau ni, mana aku nak cari calon suami lagi ni? Aku tak sanggup terima calon pilihan ibu tu. Dia mengeluh sendiri. Nafas panjang ditarik lesu. Haisy aku tak pernah terfikir yang aku akan lalui perkara begini berat sekali di dalam hidup aku ni. Apalah nasib aku ni. Orang lain yang nak berumah tangga, aku pun turut kena tempias sekali. Dia memicit-micit dahinya.

‘R’ ni pun satu, kalau ya pun tak sudi dengan aku ni, bagilah jawapan dekat aku. At least tinggalkan nota macam aku buat tu dekat atas meja aku ni. Tak adalah aku tertunggu-tunggu dia macam tunggu bulan jatuh ke riba.

“Ehem, sejak bila pula papa I gajikan orang untuk termenung di office ni?” Satu suara garau menegurnya di dalam nada sini.

Dia kenal suara itu. Beberapa hari lelaki itu tidak mengganggu hidupnya, hari ini lelaki itu muncul lagi menambahkan serabutnya. Dia mengangkat wajahnya. Terlopong mulutnya melihat gaya bos keciknya itu.

“I tak rasa dalam office ni ada cahaya matahari sampai perlu dipakai cermin mata hitam Encik Rio?”

“Diamlah! Bukan urusan you pun. Suka hati I lah nak pakai apa ke dekat pejabat ni.” Marahnya.

“Hah tau pun bukan urusan I, jadi bukan urusan you juga untuk bising papa you menggajikan I untuk apa.” Tempelaknya.

“I tegur sebab kesian dengan papa I yang terbazir duit sebab menggajikan pekerja yang hanya tahu mengelamun saja di pejabat ini.”

“I lagi kesian dengan papa you sebab punya anak macam you. Tahu menghabiskan harta papa you saja dengan projek atas awan you yang tak wujud tu. Dah besar panjang pun perangai macam budak tak cukup umur.” Ejeknya sinis.

Rio menggetap bibir. Hai lancangnya mulut perempuan di depan aku ni. Rancangnya dia ingin menggenakan gadis itu supaya marah yang meluap yang masih berbaki daripada kejadian semalam dapat dikurangkan tapi kini rupanya tidak. Dia juga yang terkulat-kulat dibidas gadis itu kembali. Petah juga minah stone ni.

Kenapalah aku tak pernah perasan yang minah ni juga punya mulut yang berbisa sebelum-sebelum ini.

“Hah kenapa diam? Membenarkan kata-kata I tu ke?” Sengaja lagi menyalakan api yang sudah tinggal bara itu.

“Diamlah you!” Bentaknya geram. Jari jemarinya sudah mula menggenggam penumbuk. Menggigil-gigil tangannya.

“Tulah you, dah tahu umur tu tak cukup, ilmu di dada tu pun tak banyak lagi, ada hati nak kenakan orang. Lain kali fikir dua kali dulu kalau mahu cari salah orang. Macamlah diri dia tu sempurna sangat. Heh! Budak-budak.” Sengaja dia buat-buat ketawa menambahkan lagi sakit di dalam hati pemuda di hadapannya.

“Arghhh kaukan memang sengaja nak kena!” Tangan mula diangkat tinggi. Panas telinganya mendengar sindiran sinis Leila Suria itu. Hei jangan panggil aku Rio kalau tak buatkan kau jatuh tersungkur melutut dekat kaki aku ni! Jeritnya kuat, lantang bergema di dalam segenap ruang jiwanya.

“Rio! Leila! Apa bising-bising ni? Kamu ingat office ni shopping complex ke apa?”

Belum sempat ketegangan antara mereka mencapai kemuncaknya kepala Rolland Fiqry sudah terjenggul di pintu bilik pejabatnya. Barang kali terganggu dengan kebisingan yang diciptakan oleh anak dan stafnya itu. Berkerut-kerut air muka lelaki separuh umur itu. Tidak mengerti apa yang dibalahkan oleh mereka berdua.

“Err papa…”

“Tu…tuan, sorry.”

Tengok! Tak pasal-pasal aku kena marah gara-gara melayan kerenah kebudak-budakan kau tu. Dasar budah tak cukup umur! Matanya dijenggilkan kepada Rio Alami Raqly, menghantar protes dan menyalahkan lelaki itu yang mula-mula mencari pasal dengan dirinya tadi.

Apa pula salahkan aku. Kalau kau tak layan aku tadi tak akan menjadinya. Balasnya di dalam hati seolah turut faham dengan isyarat mata yang dihantar oleh Leila Suria itu.

“Huh ada-ada sajalah perangai kamu berdua ni. Sudah pergi sambung kerja awak Leila. Hah dan kamu Rio masuk bilik papa. Ada hal sikit papa nak bincangkan dengan kamu.” Arahnya tegas.

******

Dia membuka mata perlahan-lahan. Sengal-sengal dan sakit-sakit seluruh badan dirasakannya. Penangan hal semalam masih terasa di segenap tubuhnya. Tangan yang elok terletak melingkari pinggangnya ditolak perlahan. Dia bangun mendudukkan tubuhnya yang separuh telanjang itu. Kelat-kelat lagi matanya dirasakan. Dia mendongakkan kepalanya ke siling bilik. Menggerak-gerakkan kepalanya kiri dan kanan. Meregangkan urat-urat lehernya terasa tegang.

Tubuh yang sedang tidur pulas di sisinya dipandang sekilas. Tubuh yang hanya dibaluti dengan kain selimut sahaja. Mudah sungguh perempuan ini tewas dalam dakapan aku. Dia tersenyum lebar, entah pada siapa senyum itu ditujukan dia sendiri tak pasti.

Dia berdiri, bangun mencapai telefon bimbitnya yang terhampar di atas lantai tidak jauh daripada katil itu. Huh! Ini mesti sebab semalam aku terlalu mabuk sampai tak sedar semua barang aku main aci campak saja.

Hah 20 miss call! Bulat matanya. Dia menepuk dahi. Jam berapa sekarang ni?

12 tengah hari! Damn! Aku dah janji nak jemput dia ke pejabat dan tengah harinya kami mahu pergi ke butik pengantin dan memilih baju hari ini!

Macam mana ni? Mesti dia marah aku. Buru-buru dia mencapai pakaiannya yang berselerak terhampar di atas lantai.

“Sayang, awal lagi ni. Tak akan you sudah mahu pergi.” Terdengar suara lunak menegurnya.

Terasa tubuhnya dipaut dari arah belakang. Kaku sekejap perbuatannya.

“Belinda. Cukup. I ada janji temu ni. Lepaskan I!” Pintanya dalam suara yang masih terkawal. Aku nak cepat ni, jangan kau nak macam-macam dengan aku. Bentak hatinya agak marah.

“Tak mau! No! I masih tak puas lagi bermanja dengan you.” Dalam nada merengek gedik gadis itu membalasnya.

Tubuhnya dipusingkan menghadap ke arah gadis itu. Tangannya memegang kedua belah bahu gadis itu. Dia menelan liur.

Huh macam apa saja, dengan gaya rambut mengerbang macam Pontianak Harum Sundal Malam. Betul-betul tak senonohlah perempuan ni. Sempat mengata gadis itu di dalam hatinya. Pada hal gadis itulah yang diulitinya malam tadi.

“Belinda, enough ok! I pergi dulu. I ada hal. See you nanti ya?” Sempat mengenyitkan mata dan memberi flying kiss kepada gadis itu sebelum berlalu. Gadislah sangat… Sempat mengejek.

Semalam dia betul-betul kebosanan. Pergi berhibur di kelab hiburan itu dan tak sangka akan kenal dengan Belinda. Heh gadis macam tu buat suka-suka bolehlah. Entah dah berapa banyak jantan yang telah pakai dia entah. Terangkat-angkat bahunya. Geli-geleman pula rasanya. Eleh nak geli apa, aku dah pakai dia juga malam tadi.

Belinda kalau dibandingkan dengan gadisnya itu sangat jauh bezanya. Macam langit dengan bumi. Walaupun gadisnya itu nampak mudah mesra tapi kekasihnya itu jenis jinak-jinak burung merpati. Didekati boleh tapi bila ingin disentuh terus terbang menjauh.

Butang telefon bimbitnya ditekan. Nombor gadis itu didailnya laju.

Lama menunggu sebelum talian berjawab.

“Sayang… sorry. Bonda tak sihat jadi I agak kelam kabut tadi sampai lupakan janji kita semalam.” Dia mula mencipta alasan. Terpaksa mengatakan yang bondanya sakit. Hai hentam sajalah janji dia tak merajuk dan marah sudah. Dia saja peluang aku sekarang ni. Kena bertahan sikit.



No comments: