iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, October 22, 2013

Novel : Kau Yang Tak Diundang [Bab10]

Benci-benci membenih kasih,
Marah-marah membaja sayang....

Betul ke tindakan aku beberapa hari lepas? Kenapa hari ini dia tak kirimkan bunga kepada aku lagi? Adakah tindakan aku hari tu nampak sangat terdesak sehingga dia mula takut dan akhirnya memadamkan niatnya untuk menawan hati aku?

Dia melangut di mejanya. Duduk menopang dagu dengan mulutnya menggigit hujung pensilnya. Berputar-putar matanya. Mencari sebab yang kukuh akan kenapa si ‘R’nya itu tiba-tiba menyepi. Huih masakan aku sudah mula rindu akan kehadiran lelaki itu. Eh lelaki ke? Yalah tak akan perempuan pula kut. Tapi kalau benar dia lelaki ‘sejati’ kenapa dia tiba-tiba dia menghilang selepas dapat nota kecil dari aku tu. Masakan dia takut dengan keagresifan aku ni atau sebelum ni kiriman-kiriman tu hanya sekadar untuk suka-suka. Sengaja untuk menduga kekebalan perasaan aku ni kut.

Eh yakinnya aku dia dapat nota tu. Yalah kalau tak dia ambil nota tu masakan pula nota tu boleh hilang sendiri. Masakan terbang ditiup angin? Rasanya aku lekatkan nota tu di atas meja.

R,

Saya lamar awak jadi suami saya,

Kalau benar awak dambakan saya,

Marilah bersua muka,

Hantarkan rombongan meminang ke rumah saya,

Buktikan perasaan awak benar belaka.



Leila Suria.

Memerah wajahnya semerta. Eh betul ke aku tulis macam tu? Tak nampak macam aku terdesak sangat ke? Dia mengaru-garukan dagunya. Aduh Leila Suria telah menjatuhkan egonya untuk lelaki. Ini kalau si R tu ringan mulut bagi tahu orang lain, habislah aku. Jatuhlah saham aku ni. Nampak sangat aku ni macam perempuan gatal yang dambakan lelaki.

“Ni apa yang kau fikirkan sampai merah-merah muka ni? Kau fikirkan hal yang biru-biru ya?” Regina Ray tanpa sedikit pun dipelawa terus meletakkan punggung padatnya pada hujung meja milik Leila Suria.

“Banyaklah kau punya hal yang biru-biru. Mengarut sajalah.” Marahnya dengan tuduhan melulu Regina Ray itu.

“Dah tu lain macam saja aku tengok muka kau. Merah macam apa, nak kata aircond tak ada dekat office ni, ada… ada dan elok saja berfungsinya.”

“A…aku…”

“Hah ni apa pasal pula kau tergagap-gagap beruang ni? Kau ada buat salah ke?” Selamba menekan.

Uikh ada ke perkataan tergagap-gagap beruang ni? Dia nikan suka hati dia saja nak mencipta perumpamaan. Merosakkan bahasa saja.

“Gina… kau nikan suka-suka sajalah. Aku mana ada buat salah pun, malah tak ada masa langsung nak buat. Aku tengah serabut ni memikirkan masalah aku ni dah mengalahkan memikirkan masalah negara dah ni tau.” Tegurnya kurang senang.

“Dah tu apa lagi. Duduk sendiri seorangan lepas tu muka merah menyala eh bukan aku saja yang akan fikir macam apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni tau, aku rasa orang lain pun akan fikir benda yang sama macam aku fikir ni tau. Betul tak Abby?”

“Ha’ah.” Sepatah saja jawapan daripada Rabiah. Kalut sangat nampaknya temannya itu di mejanya. Entah kerja apa yang boss mereka suruh dia buat entah.

“Aku busy ni, jangan ganggu aku Gina. Kalau nak bergosip, bergosip sajalah korang berdua, jangan nak libatkan aku eh. Melayan kau orang berdua nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena pecat dengan Tuan Rolland tu. Dahlah hari ini wajah dia lain macam saja tak seperti selalu. Berkerut 24 jam seperti orang hilang isteri saja gayanya walaupun aku tahu isteri dia sudah lama meninggal dunia, mana tau hilang isteri gelap pula hari ini. Siapa tahukan.” Panjang lebar tanpa diminta Rabiah membebel akan kesibukannya kala itu.

Leila Suria dan Regina Ray berpandangan seraya mengangkat bahu.

“Ok kami tak mahu ganggu kau Abby.” Ujar mereka serentak.

“Tuan kecik tak masuk lagi ke?”

Soalan yang menjurus kepada anak majikannya itu. Tidak nampak pula kelibat lelaki itu. Waktu makan tengah hari di pantry pun dia tak nampak kelibat lelaki itu. Biasanya ada saja lelaki itu muncul dan menganggu tenangnya. Ada saja kelakuan lelaki itu yang menggugat kesabarannya.

“Entah aku pun tak nampak dia dari tadi. Kenapa kau dah rindu dia ke?” Soal Regina Ray menduga.

“Huh tak ada daya eh aku nak rindu dia tu. Lagi aku suka dia tak ada, adalah. Aman sikit hidup aku ni. Tak adalah asyik nak bertekak dengan mamat tak cukup umur tu.” Kutuknya selamba.

“Tapi sunyilah dia tak ada. Tak dapat tengok korang bergaduh. Rasa macam secocok pula aku tengok kalian tu lagi-lagi bila tengok waktu tengah bergaduh macam peribahasa Melayu tu cakap, bagai pinang dibelah dua. Ekekeke…” Dia tergelak nakal, galak mengusik. Bukan dia tak tahu yang Leila Suria memang tak suka bila digiatkan dengan tuan kecik mereka tu.

“Amboi Gina, sudah-sudahlah. Jangan kau bagi aku konklusi mengarut tu ya.”

“Betul apa Leila, jarang aku tengok kau boleh ‘ngam’ dengan lelaki ni.”

“Mengarut!” Dia mencebik marah.

“Eh apa pula mengarut Leila. Kau pernah dengar tak orang tua-tua pernah cakap?”

“Ni orang tua mana pula cakap dengan kau ni Gina?” Ada-adalah amoi seorang ni.

“Lah orang-orang tualah Leila. Bukan dia orang selalu cakap ke, kalau benci sekarang nanti akan datang mesti jadi suka lor… Hihihi baik kau hati-hati dengan perasaan kau sekarang ni Leila oi.” Sempat memberi peringatan.

“Sudahlah Gina. Ubah topik boleh. Bosan aku dengan mamat tak cukup umur itu. Asyik sebut nama dia saja, cubalah kau sebut nama orang lain macam Fahrin Ahmad ke, Nazim ke Jang Geun Suk ke atau siapa-siapa yang popular tu barulah seronok sikit telinga aku ni.”

“Eh semenjak bila kau jadi miang ni Leila? Selalu tu setahu aku kau tak layan kalau bergosip-gosip ni, ke sebab sekarang di dalam hati kau tu tengah tumbuh taman yang sedang memekar? Cuba cerita sikit.”

“Mana adalah aku miang. Aku gurau sajalah.”

“Orang tak akan berubah kalau tak bersebab Cik Leila Suria oi. Selalu tu kau buat tak layan saja kalau aku dengan si Abby buka cerita pasal lelaki. Betul tak Abby?”

“A’ah.” Sempat lagi tu mencuri dengar perbualan mereka dalam keadaan sibuk dengan segala tugasan di mejanya. Rabiah, Rabiah…

“Gina persisir pantai lagikan berubah bila dipukul ombak inikan aku manusia biasa yang sampai waktunya akan berubah juga segala yang rutinnya.” Ungkapnya beralas.

“Yalah aku tahu, tapi setiap perubahan tu selalunya pasti berserta dengan sebab Leila.” Masih tak puas hati. Tak jemu untuk mengorek rahsia akan sebab perubahan temannya yang kelihatan agak mendadak.

“Aku tak rasa diri aku berubah apa-apa Gina. Masih aku yang dahulu juga ni.” Dia mengangkat bahu.

“Hehehe kau memanglah tak terasa apa-apa tapi kami yang melihatnya dapat mengesan perubahan tu. Eh baru aku perasan yang hari ini pejabat kita agak suram dan tak seceria seperti selalu. Kau tak dapat bunga ke hari ini? Tak akan kedai bunga tu dah kehabisan bunga sampai tak ada sekuntum pun dapat dikirimkan pada kau?” Baru dia perasan, kalau tak pasti setiap sudut ruang pejabat dihiasi dengan bunga.

Leila Suria hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Regina Ray itu.

“Oooo… jadi aku sudah faham kenapa kau termenung sakan hari ni.” Panjang muncungnya berserta riak nakal menghiasi wajahnya.

“Apa yang kau faham Gina?” Sengaja menggiat.

“Kau rindukan bunga dia eh? Mesti kau rasa kehilangankan? Sebab si ‘R’ kau tu tak munculkan diri. Hah tengok tu…” Jari telunjuk ditudingkan ke arah tangannya.

“Apa?” Laju dia cuba menyembunyikan tangannya.

“Tak payahlah kau nak sorok-sorok Leila. Aku nampaklah kau dari tadi tangan tu tak lepas-lepas membelek kad-kad pemberian si ‘R’ kau tu. Hahaha kau dah angau ya Leila? Kau dah jatuh cinta dengan dia ya? Mesti kau dah terpikat dengan bunga-bunga dan madah-madah kiriman dia kan?”

“ Gina, memandailah kau.” Menafikan walaupun hakikatnya hampir 80% benar tapi yang part jatuh cinta tu rasanya belum lagi tau.

“Aku tak memandailah tapi muka kau tu dah ceritakan segalanya.” Yakin temannya itu berkata.

Nafasnya ditarik dalam kemudian dilepaskan berat.

“Aku… aku hairanlah Gina.” Suram wajahnya.

“Hairankan apa pula ni Leila.”

“Kau rasa dia marahkan aku ke?”

“Siapa pula yang nak marahkan kau?” Soalnya sedikit kurang mengerti.

“Si ‘R’ tulah…”

“Eh kenapa pula tiba-tiba dia marahkan kau?”

“Aku tinggalkan nota kepada dia, suruh dia lamar aku ni.” Jawabnya agak perlahan antara dengar dengan tidak.

“Kau whattt? Hilang akal ke apa kau ni Leila? Mesti dia tengah terkejut beruk baca nota kau tu. Gelojohlah kau ni. Cuba lain kali fikir dulu sebelum buat.” Regina Ray menepuk dahi, langsung bulat matanya yang sepet itu bila mendengar kata yang baru meluncur keluar daripada mulut Leila Suria itu.

“Manalah aku tahu nak jadi macam ni. Aku ingat dia betul-betul nakkan aku ni jadi terpaksalah aku suruh dia masuk meminang sementalah keluarga aku dekat kampung suruh aku cepat-cepat berkahwin dan aku tak ada calon lain melainkan dia seorang saja yang aku ada setakat ini.” Dia berterus terang.

Keadaan yang memaksa tau, bukannya aku sengaja suka-suka. Aku pun masih ada maruah diri tau. Tak akan pula aku yang tersua-sua dah macam perigi cari timba sudahnya tapi sekarang dah lebih kurang sama dah aku dengan perumpamaan tu dekat aku ni di depan mata si ‘R’ tu.

“Aku rasa dia terkejut dengan kegelojohan kau tu Leila, tu sebab dia fikir dua kali nak kirim bunga dekat kau tu lagi.” Selamba Regina Ray memberi kesimpulannya. Ikut suka hati dia saja.

“Apa aku nak buat sekarang ni Gina?”

“Manalah aku tahu. Buat bodoh jelah.”

“Banyaklah kau punya buat bodoh, ibu aku dekat kampung suruh aku kahwin cepat dan bawa balik calon aku sendiri sebelum aku diberi calon pilihan mereka. Kalau aku tak kahwin sampai ke bilalah adik aku tu pun tak dapat nak berumah tangga dengan pilihan hati dia. Silap hari bulan lelaki itu pun tinggalkan dia sebab tak sanggup nak tunggu dia. Kesianlah dengan adik aku tu.”

Huwarghh tak mahu aku kahwin dengan si Diraz tu. Silap-silap menu makan aku pun dia masukkan lipas, ulat dan segala jenis serangga. Mahu aku gantung diri lepas ni. Jeritnya kuat bergema di dalam hatinya. Astaghfirullahalazim apa fikir macam tu Leila… mengarut sajalah kau ni.

Aku bukan sengaja fikir macam ni, cuba bayangkan kalau apa yang aku fikirkan ni jadi kenyataan macam mana? Siapa yang merana? Aku juga. Adik ni betullah. Tak habis-habis dia menyalahkan Lily Serina dek masalah yang menyerabutkan hari-harinya.

“Terima sajalah calon pilihan keluarga tu kalau si ‘R’ kau tu tak muncul-muncul juga dalam minggu ni. Susah apa, kalau kau rasa tak serasi dengan calon tu, sebulan dua lepas kahwin kau mintalah cerai.”

“Amboi Gina, yang nak berumah tangga tu aku, sedap saja kau bagi cadangan macam tu dekat aku ya? Kau sukalah kalau aku ni bergelar Miss ‘J’?”

“Miss ‘J’? Apa tu?” Blur sedikit kurang fahamlah.

“Jandalah leng lui… Cis!”

“Ahaha… aku cuma cadangkan. Kalau kau tak nak ikut, kau kekalkan saja dengan lelaki tu sampai kau tua dan beranak pinak. Kita hidup ni punya banyak pilihan apa. Bukan semua jalan yang ada depan kita ni jalan mati ma... Pucuk pangkalnya hati kau tulah. Mahu atau tak?”

“Aku tak mahu! Mati hidup balik pun aku tak mahu.” Dia menggetapkan bibir. Traumanya pada Diraz masih ada.

“Kalau begitu kau tunggu sajalah jawapan daripada si ‘R’ kau tu sampai kau jadi expired!”

“Woi!” Bulat matanya mendengar kata Regina Ray itu. Tak guna punya kawan, kita minta pendapat daripada dia, tapi akhirnya dia mainkan kita pula. Bebelnya di dalam hati.

“Hehehe kau fikirlah apa yang aku cakapkan ni Leila. Fikirkan mana satu yang terbaik untuk kau. Kalau si ‘R’ tu, kau pun belum tahu siapa sebenarnya dia. Kau juga kata kalau boleh kau mahu hidup berumah tangga selamanya dengan dia bukan separuh jalan saja. Kalau dengan pilihan keluarga kau, kau pun sudah kenal siapa lelaki itu. Masakan perangai budak-budak dia yang dulu tu masih terbawa-bawa sampai sekarang? Manusia ni dewasa dari pengalaman dan masa dan aku dapat rasakan masa juga dah banyak mematangkan dia kut.”

“Aku takut aku buat pilihan yang salah.” Luahnya perlahan bercampur bimbang.

“Kita memang dilahirkan tak sempurna dan tak dapat lari dari salah. Aku rasa kalau kau kata sebab kau takut salah pilih, kau silap Leila. Hidup kita ni masih panjang dan kita sendiri tak tahu bila titik berhentinya, kalau hari ini kau buat pilihan pertama yang salah tak semestinya untuk yang ke dua kalinya kau tetap ulangi salah. Kita juga belajar daripada kesilapan.” Bahunya ditepuk lembut seolah diberi semangat.

“Gina kadang-kadang aku rasa kau lebih sesuai jadi pakar kaunseling daripada Admin Executive dekat office ni. Thanks Gina. Untung aku ada kawan macam kau walaupun kadang-kadang senget-senget sikit otaknya.”

“Amboi lepas kau puji aku, kau kata aku pula. Bertuah punya kawan. Sudahlah malas aku layan kau.” Wajahnya sengaja dimasamkan seraya dia berdiri.

“Eh tak akan kau marah pula dengan aku ni.”

“Huh pernah ke aku marahkan kau Leila? Sudahlah aku mahu sambung buat kerja.”