iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, April 16, 2015

Novel Di Pesta Buku Antarabangsa 2015 : Novel Kasut Hitam Topi Pink. [Blurb]

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Agak lama blog ni bersawang tanpa sebarang entry, bukan apa, sibuk sangat akhir-akhir ini tapi percayalah... saya selalu jengah blog ini. Ya tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat yang telah membuatkan saya bertapak di dalam dunia penulisan. Terima kasih tak terhingga kepada anda yang sudi, malah setia jengah blog entah-apa-apa-ini semenjak dari tahun 2009 hingga sekarang. Terima kasih banyak-banyak.

Saya nak memperkenalkan naskah terbaru saya yang akan menjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung di Pwtc 24apr hingga 3 Mei nanti.


Bila cinta yang berkuasa, benci pun boleh jadi suka!

Pemergian mendadak ayah yang menjadi tempat bergantung harap telah mengubah kehidupannya serta merta. Chomel Mayesa yang masih menganggur terpaksa menyambung legasi ayahnya sebagai tukang kasut demi mencari sesuap nasi untuk mengisi perut ibu dan adik-adiknya yang masih kecil, berlajar dan bersekolah. Dia anak sulong dan tanggungjawab tergalas di bahunya kini. 

Berkenalan secara tak sengaja dengan Catilya dan Zaif Affendy yang merupakan pelanggannya. Zaif yang sombong dan  bongkak. Zaif yang pembersih dan cerewet tahap kritikal dan selalu menyakitkan hatinya. Salah faham mula timbul bila Chomel membantu Catilya yang hampir terjatuh dan dalam masa yang sama Zaif telah terlihat aksi mereka. Zaif mula curiga dan menuduh Catilya curang kerana perwatakan Chomel yang seperti lelaki dan suka memakai topi berwarna pink! Apatah lagi dia pernah melihat aksi terlebih mesra Chomel dengan ‘teman wanitanya’ yang bernama Rina ketika dia datang mengilat kasut buat pertama kalinya dahulu menguatkan lagi teori yang Chomel punya perasaan yang tak normal!

Dek kerana tak tahan dengan perangai cemburu melampau Zaif, Catilya telah mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka. Pergaduhan besar tercetus kerana Zaif menyangka Chomel adalah punca segala-galanya.

 “Eleh kalau tinggal kau satu-satunya perempuan yang ada di muka bumi ni pun aku tak akan pilih kaulah. Rela aku hidup sendiri sampai mati!”- Zaif Affendy

“Hoh aku ingat kau akan pilih monyet sebagai calon bini kau sebab kau punya perangai bandingkan kau dengan monyet dekat Zoo Negara tu aku tengok dah lebih kurang sama dah. Kui! Kui! Kui!”- Chomel Mayesa

Akan berpenghujungkah perseteruan antara mereka? Yalah sedangkan pantai lagi berubah bila dipukul ombak inikan manusia yang punya pelbagai rasa. Jom telusuri kisah mereka dalam naskah ini.

Psttt~! Saya akan mula masukkan 10 bab yang pertama ke dalam blog untuk bacaan anda semua... boleh order online kepada saya kalau berminat. Boleh Pm saya di FACEBOOK 

No comments: