iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, June 14, 2012

Novel : Tiga Bulan [Prolog]



Dalam benci,
Ada rindu yang mengisi...
Dalam marah,
Ada sayang yang mula bercambah...



 Dia menggerak-gerakkan jari jemarinya perlahan-lahan. Terasa kebas dan kejang. Matanya yang terpejam rapat itu dicelikkan perlahan-lahan dengan penuh sukar. Kelopak matanya terasa seolah terlalu memberat dan seperti menjadi beban dan memerlukan tenaga yang banyak untuk dibuka. Di mana aku ni? Hati menyoal pelik. Bila sedar yang dirinya sedang terbaring kejang di dalam sebuah kamar yang luas lebarnya. Ini bilik akukah? Siapa aku? Kenapa aku ada di sini pula? Masakan aku baru bangun dari tidur? Kalau bukan tidur sebelum ini mana mungkin aku boleh berada di sini? Dalam sebuah bilik tidur mewah dan serba lengkap ini pula tu.

Pintu yang tertutup rapat tiba-tiba dibuka dari arah luar. Terbuntang mata si wanita berpakaian serba putih itu bila melihat dirinya.

PRANG!!!

 Tray yang berada di tangan si wanita itu terlepas jatuh. Berterabur segala isinya ke lantai.

Kenapa pula dengan wanita itu? Buruk benarkah wajahku sampai begitu sekali reaksinya bila melihat aku? Dia tertanya-tanya.

Perlahan-lahan dia cuba gerakkan tubuhnya. Mencuba untuk bangun.

Urghhh…Sudahnya dia mengeluh hampa. Tubuhnya terasa terlalu lemah, kebas dan kejang. Kenapa dengan aku ni sebenarnya? Berbagai persoalan mula menggasak mindanya namun dia tak mampu menjawabnya kerana dia sendiri tak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya itu. Pelik! Fikirannya seolah kosong. Langsung tak mampu mengingati barang satu perkara pun tentang dirinya sendiri.

“Kenapa? Apa yang sudah berlaku?” Seorang lelaki berwajah redup muncul secara tiba-tiba dan buru-buru melontar tanya kepada si wanita.

“Err tak ada apa-apa. Saya terlepas pegang. Terkejut. Err… encik dia dah sedar.” Jawab wanita itu sambil jari telunjuknya menuding ke arah dirinya.

Mendengar kata si wanita itu. Lelaki berwajah redup itu terus memusatkan pandangan ke arah dirinya. Sudahnya mata mereka bertembung. Agak lama seolah menghantar bicara kepada dirinya namun sayang dia langsung tak mengerti. Hanya pandangan kosongnya sahaja yang membalas renungan tajam lelaki itu. Dia langsung tidak kenal siapa lelaki itu. Siapa lelaki itu? Kenapa dia pandang aku sampai macam tu sekali? Dia hairan bercampur pelik.

“Sa…yang akhirnya awak dah sedar. Lama tau saya tunggu awak bangun dari tidur tu.” Ucap lelaki itu seraya meluru ke arah dirinya dan menerkam tubuh lesunya. Memeluk tubuhnya erat sehingga dia terasa sedikit lemas. Ingin meleraikan pelukan lelaki itu tapi dia tiada berdaya. Akhirnya terpaksa merelakan. Akur dengan rasa berat hati.

Sayang? Kenapa dia panggil aku sayang? Siapa dia sebenarnya? Apa hubungan dia dengan aku ni? Kehairanan bila mendengar panggilan lelaki itu terhadap dirinya. Keliru bila melihat perbuatan lelaki itu kepada dirinya. Terasa hangatnya pelukan lelaki itu. Hangat dan erat sekali.

“Err… aw… awak ni siapa?” Dia bertanya lurus.

“Sayang… mungkin awak sudah terlupa yang saya ni tunang awak.” Jawab lelaki itu ringkas.

Hah dia tunanganku? Lelaki ini tunanganku? Lelaki ini yang menjadi pilihan hatiku ssebelum ini? Biar betul aku ni dah bertunang? Masakan aku begitu mencintai lelaki ini sebelum-sebelum ni? Kenapa aku tak rasa apa-apa perasaan pun bila kami berbalas renungan sebentar tadi? Musykil.

Eh siapa sebenarnya aku ya? Kenapa aku jadi macam ni? Apa nama aku ni? Huh kenapa aku tak dapat ingat semua ni? Dia menekan dahi dengan dua jarinya. Kepalanya terasa sesak dan berserabut. Semakin dia paksa dirinya untuk mengingati semakin berdenyut-denyut sakit. Berkerut-kerut dahinya.

“Sayang… sayang… sayannnggg are you ok?” Soal lelaki itu bila melihat dirinya yang hanya sepi dipembaringannya. Ralit menguliti pelbagai persoalan yang mula tumbuh melambak-lambak dalam benaknya.

Suara lelaki itu terasa semakin jauh dari pendengarannya. Jauh dan menjauh. Tengelam timbul. Sayup-sayup dan dunianya dirasakan menjadi semakin sepi. Pandangan menjadi kelam tiba-tiba. Dia pengsan akhirnya. Keletihan dengan persoalan yang dia sendiri tak jumpa apa jawapannya.

*** Sementara menunggu manuskripnya ini lepas dari penilaian penerbit, saya akan postkan separuh di sini untuk penilaian anda. Terima kasih Assalamualaikum ^^ ***

No comments: