iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Wednesday, June 13, 2012

Novel : Tiga Bulan [Sinopsis]


Dalam benci,
Ada rindu yang mengisi...
Dalam marah,
Ada sayang yang mula bercambah...


Tiga bulan bukannya kontrak cinta, bukan juga sebuah kontrak perkahwinan, kerana dalam perkahwinan tak pernah wujudnya istilah kontrak. Pertemuan tanpa diduga telah mengikat mereka Wan Nazariel dan Nuriz untuk terus bersama. Kemalangan yang tanpa diduga mengakibatkan Nuriz terikat untuk terus bekerja dengan lelaki itu selama 3 bulan untuk melangsaikan hutangnya kepada lelaki itu.

Nuriz : “Wait.. waitt.. saya mana ada duit sebanyak itu, kalau tiga puluh ringgit adalah.”

Wan Nazariel : “Tiga puluh ringgit tu buat apa? Kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah? Aku tahu kau mesti tak mampu nak bayar punya. Tulah lain kali jangan berlagak dengan aku ni. Oklah kalau macam ni senang cerita kau kerja dengan aku untuk 3 bulan sebagai ganti rugi kereta aku tu. Jadi budak hantar surat, kebetulan dispacth kat opis aku tu pun baru aku
pecat.”

Dalam tiga bulan kontrak bekerja dengan lelaki itu. Bermacam dugaan yang kena dilalui. Kena menempuh kerenah Dorina si receptionist yang tergila-gilakan Wan Nazariel dan terpaksa juga berdepan perangai Wan Nazariel yang sukar diduga itu. Pertukaran status dirinya daripada ‘Cik’ kepada ‘Puan’ dalam keadaan tanpa dirancang ditambah pula dengan kehadiran Zefrul Arham yang tergila-gilakan dia. Betul-betul mengucar-kacirkan hidup Nuriz. Mujur juga ada sahabat baiknya Mirna yang sering menjadi penguat semangatnya bila dia keputusan semangat.

Agak-agaknya berjayakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulan itu untuk melangsaikan hutangnya kepada Wan Nazariel dalam keadaan kesabarannya sering diuji oleh kerenah lelaki itu?

1 comment:

diari neesa said...

citer ni dlm versi cetak ke?