iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, July 5, 2012

Novel : Tiga Bulan [6]


Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...


“Dorynn…”
Dorina yang sedang asyik menempek bedak padat ke mukanya tersentak bila ditegur oleh suara garau yang sering menjadi igauan tidur malamnya. Semerta wajahnya yang sudah dua kali lima dengan wajah pelakon opera cina itu tersenyum lebar. Menayangkan barisan giginya. Matanya yang memberat dek tampalan bulu mata palsu terkedip-kedip mengalahkan kucing betina gatal.
“Ada apa Encik Zariel?” Lembut berlagu dia menjawab.
Wan Nazariel menelan air liur kelat. Kegelian melihat aksi pekerjanya itu namun lain pula yang difahami oleh Dorina. Barangkali lelaki itu gubra dan tertawan dengan dirinya. Itu yang sampai terkelu lidah sebegitu.
“Err I rasa.. I..”
“Kenapa Encik Zariel?” Bertambah melebar senyuman di wajahnya. Sangkanya mungkin lelaki itu ingin mengajak dia makan malam sekali sebelum menghantarnya pulang ke rumah. Itu yang sampai tergagap-gagap ingin bercakap, takut perlawaannya ditolak barangkali. Perasannya seratus peratus yakin. Yakin telah berjaya menawan hati lelaki itu. Sementalah sebelum ini dia tak pernah nampak lelaki itu keluar berpacaran ataupun ada gadis-gadis yang datang menjenguk menagihkan cinta daripada lelaki itu selain dirinya.
“I tak dapat tumpangkan you balik hari ini, dengan erti kata lain you balik naik teksi sajalah ya Dorynn. I kena staylah, over time maybe. Kerja banyak tak siap lagi ni.” Lega, sekali nafas dia memberi tahu.
Sebenarnya dalam hati sudah tak mampu untuk menyabarkan diri untuk lagi berlama memandang wajah gadis itu. Kenapalah selama ini aku tak sedar yang aku ada pekerja gatal macam ni.
Whatttt?” Terjerit kecil Dorina serentak wajah gadis itu berubah mencuka. Habis segala impianku musnah!
Sorrylah Dorynn, maybe next time ok I tumpangkan you.” Cuba memujuk konon-kononnya.
“Tak apalah Encik Zariel orang tak sudi, siapalah I kan?” Ada nada rajuk kedengarannya. Sengaja dibuat-buat. Kenapalah kau tak jadi pelakon saja Dorynn, boleh juga menang award.
Serba salah Wan Nazariel.
“Ni sebab budak Nuriz yang tak tahu buat kerja tu ke?”
“Tak adalah Dorynn, sebab Maria cuti jadi kerja I bertambah dan tak ada siapa boleh buatkan.”
Bertambah panas hatinya bila mendengar Wan Nazariel menafikan Nuriz sebagai penyebab kerjanya yang bertimbun.
“Encik Zariel nak I tolong sekali ke? I boleh temankan you di office ni, boleh urutkan tengkuk you kalau you terasa lenguh, boleh buatkan you air kalau you rasa dahaga.” Dia menawarkan diri. Serentak berdiri dengan kasut tumit setinggi 5 incinya mendekati Wan Nazariel. Hampir sama tinggi dan tanpa merasa malu mengusap dada bidang lelaki itu.
“Uiih Dorynn apa ni? Orang nampak tak manislah. You baliklah Dorynn tak perlu temankan I, Nuriz pun ada sekali. Dia boleh buatkan air untuk I kalau I dahaga” Laju dia menepis tangan Dorina itu. Urghh macam ular sawa menjalar tak dapat dikawal.
Teringat dulu sewaktu mula-mula Dorina masuk kerja. Dia ada menyuruh gadis itu menyediakan air untuknya dan hasilnya……… dia mungkin akan menjadi pesakit diabetes pertama dalam sejarah keluarganya. Manis mengalahkan lori gula tumpah dan cair mengalahkan pokok kopi sudah pupus di muka bumi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Alah Encik Zariel ni, dengan I pun nak jual mahal..”
“Dorynn jaga diri you, jangan sampai you nampak murah di mata I. I tak suka perempuan murahan.” Bidasnya. Mula meluat dengan perangai Dorina itu. Tanpa pamitan dia melangkah pergi. Sungguh! Hatinya kurang berkenan dengan tingkah Dorina itu. Semua perempuan sama sahaja ke? Pantang diberi muka, mulalah melebih mengadanya.
Dorina menggetap bibir memerhati langkah panjang lelaki itu. Tak sangka Wan Nazariel lebih menghargai kehadiran Nuriz daripada kehadirannya.Panas dadanya, panas juga hatinya. Terbakar! Marah membuak-buak dalam dadanya. Tak guna! Tak guna punya Nuriz! Dorina membentak geram. Sangkanya kerana Nurizlah impian untuk pulang bersama Wan Nazariel berkecai. Hari ini dirasakan sebagai hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya. Gembira tidak terkira bila buat pertama kalinya dia mendapat peluang untuk pulang berdua bersama dengan Wan Nazariel. Majikan yang sering dipuja dan sentiasa hadir dalam mimpi malamnya. Tak sangka kegembiraan tidak kekal lama, hanya beberapa jam sahaja kegembiraan itu dan berakhir dalam sekelip mata.
******
Lagi-lagi aku, asyik-asyik aku, segalanya akulah. Hisy kalau begitu serupa kau gajikan aku sorang saja sebagai staff kau tu. Nuriz membebel perlahan, dari tadi hatinya panas mengenangkan perlakuan Wan Nazariel  terhadap dirinya itu. Hisy ini dah dikira penganiayaan ni, cuba pembaca bayangkan.. tea lady aku, kerja store pun aku yang kena buat, jadi minah dispatch pun aku. Pembaca rasa patut ke tak patut beliau buat aku macam ni? Tak patut kan? Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Punyalah banyak spelling error, mereka ni buat kerja asal siap saja ke? Kalau ya pun nak hantar pada boss, sila-silalah semak dulu ejaannya sebelum nak hantar. Ini tak main hantar saja, lepas tu siapa yang susah? Aku juga, aku juga yang jadi mangsa keadaan nak kena betulkan balik ejaannya. Baguslah sangatkan, boss pun tak betul jadi staff-staffnya pun tak betul juga.
Adeyss.. pinau dah biji mata aku mengadap benda alah ni. Jam di tangan diperhatikan lagi untuk ke sekelian kalinya. Alahai dah dekat 5.30 petang. Nampak gayanya balik malam lagilah aku nampaknya hari ni. Kesianlah si Mirna kena makan seorang diri lagilah hari ni.
Jahat punya Wan Nazariel, bukan main seronok dia membuli aku ni, mentang-mentanglah hanya tiga bulan saja, memang dia kenakan aku cukup-cukup. Apa dia ingat aku ni mesin ke? Hisy, mesin pun tahu nak berhenti rehat dan rasa penat tau bila tiba masanya. Bila teringatkan lelaki itu saja, entah kenapa hati aku jadi panas tiba-tiba, fail-fail yang bersusun menimbun di sisi dikerlingnya. Dia mendengus geram lagi dan lagi.
Bye Nuriz, kesiannya you kena over time hari ni..” Ucap Dorina diiringi ketawa kecil mengejek. Seperti selalu ada saja benda yang menyakitkan  hatinya akan dibuat oleh Dorina. Entah kenapa senyuman Dorina itu nampak lain daripada yang sebelumnya. Seolah terselit sesuatu yang sukar dirungkai. Apa ya? Hati berdetik gundah tiba-tiba, bukannya terbit marah seperti selalunya. Pelik…
******
Tie yang terikat kemas di lehernya dirungkaikan kasar, terasa rimas pula kala ini. Hurm sunyi sepi office ni, agaknya semua dah balik kut. Wan Nazariel mengurut belakang tengkuknya  yang terasa sedikit lenguh dengan tangan kanannya, yalah seharian duduk mengadap skrin komputernya, mata juga sudah mula terasa pedih. Semuanya gara-gara Maria yang bercuti, kalau ada setiausahanya itu, tiadalah dia sesibuk seperti hari ni dan perlu pulang selambat hari ni. Habis segala jadual temujanjinya bersama-sama teman-temannya yang tiga orang itu terpaksa dibatalkan.

            Dia berdiri perlahan, agak-agaknya si Nuriz tu buat ke tidak apa yang aku suruh ni? Teringat pula pada Nuriz, lampu di luar masih terang petanda masih ada penghuni selain daripada dirinya. Perlahan-lahan dia mendekati pintu bilik itu. Dari sebalik pintu dia dapat melihat batang tubuh Nuriz yang sedang asyik tunduk tekun meneliti sebuah fail. Amboi khusyuknya dia.. Wan Nazariel tersengih kecil melihat gelagat gadis itu yang nampak bersungguh-sunguh cuba menyiapkan kerja yang disuruh olehnya pagi tadi. Terusik melihat reaksi Nuriz itu, yang sesekali wajahnya berkerut, sesekali pula mulutnya terkumat-kamit dengan kepala menggeleng-geleng seolah tidak berpuas hati. Haisy macam-macam reaksi dia ni.
Tup..!! Tiba-tiba terasa sekeliling gelap gelita tanpa cahaya. Terkaku sesaat dia ditempatnya.

            Eh boleh pula tiba-tiba nak black out ni. Aduhai Wan Nazariel tersentak.
 “Huarghh.. emak!!!” Kedengaran suara Nuriz terjerit kecil, mungkin terkejut seperti dirinya.

            Eh kenapa pula aku panggil emak ni. Aku mana ada emak. Nuriz mengomel sendiri.
Tangan terawang-awang. Berjalan dalam gelap memang menyukarkan. Mana pula arah yang betul menuju ke pantry ni. Yalah mana tau ada lilin spare ke yang terdapat di situ. Minta-minta sekejap sajalah black outnya, dahlah aku dekat tingkat 21 ni, mau semput aku kalau turun guna tangga kalau bekalan elektrik tak pulih nanti.
“Hai kenapalah si Zariel ni buat company tinggi-tinggi, kan dah susah kalau jadi macam ni.” Dia membebel perlahan dalam kekalutannya.
“Amboi... kau mengata aku ya? Ingat aku tak dengar ke ha?” Tiba-tiba ada satu suara menegurnya dalam suasana gelap itu. Membuatkan Nuriz terkejut. Peluh mula merembes keluar daripada tubuhnya.
Alamak! jangan-jangan.. office ni berhantu tak? Matilah aku hari ini nampaknya. Darahnya terasa berderau dalam tubuh. Peluh mula merembes di dahinya. Nuriz mula pucat dalam gelap itu. Jantung mula berdegup laju tak keruan. Terbayang di ruang minda dia akan raut yang menakutkan seperti yang selalu digambarkan di dalam drama atau filem-filem seram yang sering ditanyangkan di kaca-kaca tv. Tak apa Nuriz, bawa bertenang. Baca ayatul kursi cepat. Hati kecil berbisik.
“Mak...!!! Hantu... huhu tolonglah jangan cekik saya. Saya muda lagi.. Kahwin pun belum lagi tau, kalau nak cekik juga, cekiklah Wan Nazariel boss saya tu, dia jahat selalu buli saya dengan kerja yang macam-macam.” Dia menjerit kuat. Terus dia bertempiaran lari.. tapi terlanggar sesuatu, dan terus terjatuh.
“Aduhh..” Dua jeritan bergabung menjadi satu. Agak kuat juga bunyinya bergema. Gamat seketika ruang yang tadinya sunyi sepi. Nuriz terkaku. Takut menggerakkan tubuhnya yang terasa seperti seolah tertindihkan sesuatu. Hangat dan agak keras rasanya. Dia menelan air liur. Glup!
“Sakitnya.. kau ingat kau budak kecik ke apa? Suka-suka landing atas orang, dahlah mengutuk aku, lepas tu suka-suka saja panggil aku ni hantu!” Marah Wan Nazariel geram. Sakit akibat terjatuh bila dirempuh tadi... tak pasal-pasal tubuhnya menjadi tilam penyelamat untuk si gadis itu.
Sorry tuan. Saya ingat saya seorang saja yang tinggal. Itulah yang tuan main sergah saja saya tadi kenapa? Kan dah kena panggil hantu tapi memang patut pun, tuan tu bukannya baik sangat pun kan..?” Nasib aku jatuh atas dia. Kalau dia jatuh atas aku tadi mesti sakit kan? Pasti pengsan dah aku tadi. Dalam tak sedar, sedikit perasaan lega terbit dalam dirinya, lega sebab dirinya tidak keseorangan di sini, lega sebab dirinya ditemani walaupun orang yang meneman itu adalah musuh ketatnya sendiri. Ah dalam keadaan darurat macam ni kena lupakan seketika persengketaan antara aku dan dia.
“Banyaklah kau punya sorry, eh kau tak reti nak bangun ke? Sampai bila nak baring atas aku ni? Kalau badan tu ringan tak apa juga, ingat aku ni tilam ke apa? Bangun cepat!”
Alamak.. eh eh aku terlupa. Cepat-cepat dia bangun mengibas-ngibas tapak tangannya. Nasib baik black out, kalau tak mesti dia dah perasan perubahan dekat muka aku ni, mesti dah jadi warna merah kulit wajah aku ni.Terasa ada kelebihan pula dalam situasi gelap bergini kan? Hehehe...

            Wan Nazariel mengusap perlahan kepalanya yang terasa sedikit sengal akibat terhentak pada lantai sebentar tadi. Ini semua gara-gara perempuan tak betul nilah. Hai aku tak fahamlah kenapa kalau ada dia dekat dengan aku ni, mesti ada saja benda yang tak kena berlaku. Malang betul! Memang pembawa malang agaknya perempuan ni.
"Tuan ni tak bayar bil elekrik ke apa sampai boleh black out office kita ni?"
"Eh tolong sikit, aku bayar tau.. Kau ingat aku tak mampu ke kalau setakat nak bayar bil?"

            “Kalau bayar, dah tu kenapa boleh pulak black out pula? Ni macam mana saya nak balik rumah ni? Dahlah tinggi nak turun lif pula tak ada, tak akan nak turun guna tangga? Lepas tu gelap pulak tu. Buat seram saja, buat susah orang saja.” Nuriz membebel panjang tak puas hati.
“Manalah aku tau, dah nak black out jangan nak salahkan aku pula ya dalam hal ni. Aku pun tak jangka tau. Alah kalau tak nak guna tangga, kau tunggu sajalah sampai dia ok balik”
“Nak tunggu sampai bila? Buatnya tak ok sampai esok pagi macam mana?” Dahlah perut aku lapar ni, tengah hari tadi makan sikit saja gara-gara kau, kalau gastrik aku datang nanti kan ke haru..
“Kalau tak ok juga, kau tidur sajalah dekat sini diam-diam, jangan banyak bunyi kau ni.” Wan Nazariel berdiri dalam gelap, mengibas tangannya yang terasa sedikit berdebu. Kotor terkena lantai sebentar tadi
"Eh tuan nak ke mana pula tu?" Soal Nuriz bila dia perasaan ada bunyi pergerakan.
"Aku nak ke bilik tetamu, nak tidur! Daripada layan kau bercakap buat aku sakit kepala saja tau." Baik melelapkan mata seketika sementara kena menanti bekalan elektrik kembali pulih seperti sediakala.
"Aa... jangan tinggalkan saya, saya nak ikut!" Dia memang agak takut dengan keadaan yang gelap. Cepat dia bingkas menerpa ke arah lelaki itu. Bimbang ditinggalkan sendirian.
"Buk..!!"

            "Aduhh.."Nuriz menjerit kuat. Terlanggar lagi buat kali keduanya dalam masa tak sampai setengah jam.
"Eh kau ni kenapa Nuriz? Cuba bawa bertenang sikit" Marah Wan Nazariel. Hisy perempuan macam tulah dia, kalut tak bertempat.
"Sorry tuan.."
"Sorry-sorry dan sorry lagi, itu sajalah yang kau tahu kan? Heh penakut juga kau ni kan? Nampak saja berani.. tapi penakut… apalah!"
Amboi seronok mengutuk nampak…? Macam sengajalah tu nak menyakitkan hati aku ni.
“Mana ada saya penakut” Laju dia menyangkal.
“Hah tak nak mengaku konon. Ha kalau berani kenapa nak berkepit dengan aku saja ni?”
"Mana ada nak berkepit? Saya cuma tak mahu tinggal seorang dalam gelap ni, bahaya tau macam-macam boleh terjadi dalam keadaan begini."
“A'ah.. macam-macam alasan kan? Kalau takut mengaku sajalah, kalau dah namanya perempuan, macam tulah.. lagi nak menafikan pula” Kedengaran mengejek nadanya, mungkin sengaja untuk memprovokasi dirinya.
Sabarlah Nuriz. Gelap-gelap macam ni syaitan suka, terutama dengan orang yang mudah tewas dengan emosi ni.. Istighfar banyak-banyak ok.. Hati kecilnya berbisik memujuk diri sendiri
“Suka hatilah tuan nak kata apa.. malas saya nak bergaduh”
Eh... tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.. Macam mana ni? Teringat pula telefon bimbitnya yang telah kehabisan bateri. Itulah semalam lupa lagi nak cas.. mesti Mirna ternanti-nantikan aku ni. Kesian dia.
******

            Mana pula si Riz ni, dahlah call dia semuanya masuk voice mail, hatinya mula risau, apatah lagi bila mengerling jam yang tergantung di dinding jarumnya telah menunjukkan pukul 11 malam.
Hai duduk tak senang, berdiri tak tenang, biasanya memang Nuriz akan menghubunginya, tapi kali ni... diam.. sepi.. Kalau handphonenya habis bateri takkan dia tak boleh menggunakan telefon pejabatnya pula untuk hubungi aku.
Ha.. apa kata aku cuba hubungi office dia, teringat Nuriz pernah memberikan nombor pejabatnya untuk dihubungi kalau ada apa-apa yang berlaku. 03-22200112.. Butang telefon bimbitnya di tekan mendail nombor tersebut. Lama dia menanti.. tetap hampa.. panggilan tidak tersambung.
            Hatinya mula digayut resah. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Nak kata over time macam tak logik saja. Dah dekat tengah malam ni.. Hisy aku nak hubungi siapa lagi ya? Kawan-kawan dia manalah aku kenal. Pejabat dia aku tak tahu dekat mana, kalau tahu pun macamlah aku dapat pergi ke sana, malam-malam macam ni dahlah susah nak dapat teksi, lagipun bahaya.
Riz.. Riz.. manalah pergi kau ni. Ya Allah, lindungilah sahabatku ini dari segala mara bahaya, hanya kepadaMu aku memohon.Tanganya mula menyelak-nyelak lembaran demi lembaran buku telefon yang berada di tangannya, manalah tahu terjumpa nombor-nombor yang boleh di hubungi. Matanya tiba-tiba tertancap pada sekeping kertas yang terselit di buku telefon itu, kertas yang tertera.
Wan Nazariel Bin Dato' Wan Nazri
Managing Director
Naz Holding Sdn Bhd
019-2231980/012-2231980
Ha.. apa kata aku try hubungi dia ni, manalah tahu Riz ada dengan dia. Nombor yang tertera itu didailnya.. tapi keputusannya.. hampa. Semua panggilan menuju ke voice mail.. Huh tak guna sertakan nombor telefon, kalau call pun tak dapat. Nak kata dah tidur, macam pelik saja kalau orang lelaki tidur awal.

Hai ke manalah kau ni Riz, aku harap kau tak apa-apa. Mirna berdoa perlahan dalam hatinya. Tubuhnya disandarkan pada sofa yang terdapat di ruang tamu, sesekali kepalanya menjengah ke luar setiap kali mendengar bunyi motosikal yang lalu, namun Nuriz tetap tidak juga pulang.. Matanya sudah mula memberat, sehingga tak sedar bila dia mula terlena... di atas sofa, dengan lampu terang benderang terpasang.

2 comments:

Anonymous said...

Nak lagi!!

Yugioh said...

Tak sbr nak taw pe jadi slnjutnya