iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Thursday, July 12, 2012

Novel : Tiga Bulan [8]

Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang mula bercambah.


Dia tersenyum sambil meletakkan ganggang telefon yang berada ditangannya. Hatinya puas membayangkan apa yang bakalan terjadi nanti. Segalanya berjalan seperti apa yang dirancangnya. Dalam mindanya sudah mula terbayangkan bermacam perkara. Semuanya yang menyenangkan hati, yang boleh membuatkan dia tersenyum sepanjang hari. Itu pasti sekali.

Rasakan kau. Biar kau kenal apa itu erti derita. Kau mahu bermain dengan apikan? Sekarang rasakan sakitnya bila api itu memamah diri kau sendiri. Entah kenapa hatinya terasa riang sehingga tawanya tak mampu ditahan. Dia ketawa sendirian tanpa sedikit mempedulikan mata yang lalu lalang memerhatikan tingkahnya. Biarlah orang nak kata dia tak betul ke apa ke? Yang pasti hatinya sangat gembira… sehingga tak mampu diluahkan dengan kata.

Buang tebiatkan? Sanggup keluar meredah malam yang gelap gelita untuk ‘mengintai’ perilaku si jejaka kesayangannya. Panas hatinya bila melihat kereta si jejaka dan motor si gadis masih terparkir di tempat yang sama walaupun jam sudah melepasi angka 3 pagi. Dengan hati yang membara marah, langkah kakinya dipanjangkan menujuk ke pondok telefon awam untuk membuat satu panggilan yang bagi dirinya sangat ‘berharga’. Teramat berharga. Satu panggilan telefon yang akan mengubah segala-galanya. Satu panggilan telefon yang akan membuatkan dia tersenyum sepanjang waktu. Satu panggilan telefon yang akan meninggalkan kenangan manis kepada dirinya.

Hilang rasa letih bila agendanya dapat dilaksanakan. Hati siapa tak panas, baru pertama kali ingin berasa indahnya berdua dengan lelaki itu, ada pula yang mengacaunya dan pengacaunya perlu dibalas balik. Dibalas dengan berkali ganda kesakitan biar rasa sakit hatinya dapat disembuhkan.

******

What the hell are you doing huh??” Merah padam wajah Dato' Wan Nazri menahan geram dengan apa yang telah dilakukan oleh anak lelakinya itu. Dari kecil bawak ke besar tak habis-habis bawa masalah. Dia mendengus geram mengekang amarah yang semakin membuak-buak. Hei ikutkan hati memang teruk si budak Zariel ni aku kerjakan. Berita yang diterima sebentar tadi memang menyegarkan terus dirinya di awal-awal pagi begini. Nasib juga dia tiada penyakit jantung, kalau ada mungkin dia menjadi arwah di saat ini dek lantaran terlalu terkejut menerima berita ‘baik’ yang dibawakan oleh si anak.

“Dahlah you, cool down. Benda dah jadi.. kalau you nak marah, pukul si Zariel ni sampai berdarah pun tak guna tau.” Pujuk Datin Jacinta sambil mengusap lembut belakang suaminya itu, menenangkannya.

            “Huh.. you cakap senanglah Jacinta, sebab dia bukan anak you. Dia tu anak I tau,  apa I nak jawab nanti kalau kawan-kawan business I dapat tahu? Mana I nak sorok muka ni..? I malu tau tak?” Keluhnya kesal.

“Hei.. apa ni? Berapa kali I nak kata, anak you kan anak I juga. Apa kata kita dengar dulu apa yang Zariel nak katakana tu, mungkin betul kes ni satu kesilapan.”

Wajah anak tirinya yang muram itu direnungnya belas, sungguh dia tahu anak itu membencinya namun tidak pernah sekali terlintas dihatinya untuk membenci anak itu, dicuba sedaya upaya mungkin mencurahkan kasih sayang kepada anak itu semenjak lebih 10 tahun dulu.

“Papa... ini semua satu kesilapan, salah faham,  Zariel tak bersalah, Zariel tak buat apa-apa pun.”

“Tak bersalah kamu kata? Habis apa yang mereka nampak?? Mereka kata mereka serbu kamu ketika kamu tengah berpelukan dengan perempuan tu. Hisy.. papa tak fahamlah dengan kamu, ikut sangat telunjuk nafsu dah kantoi pandai pula kamu kata kamu tak buat apa-apa.”

“Betul papa.. tolonglah percaya pada Zariel. Zariel cuma nak tolong perempuan tu dia sakit, takkanlah Zariel nak biarkan dia macam tu sahaja..”

“Sakit konon, habis apa kamu dengan dia buat tengah-tengah pagi dekat office tu?? Kerja?? Mustahilkan…”

“Papa.. tadi sebelumnya, berlaku black out dekat office tu, kami terperangkap di tingkat 21 beberapa jam lamanya, macam mana nak turun?” Wan Nazariel berharap sangat-sangat papanya dapat mempercayai ceritanya. Memahami situasi sebenar yang telah berlaku kepadanya.

“Ah papa tak percaya, mana perempuan tu? Papa nak jumpa dia, papa nak jumpa keluarga dia, papa nak kamu bertanggungjawab! Dah usik anak dara orang takkan nak tinggal macam tu saja, papa tak pernah ajar kamu buat kerja separuh jalan.”

“Papa... tolonglah faham. Ini semua kesilapan, Zariel takkan sesekali bersama perempuan tu. Dia bukan calon yang sesuai untuk Zariel.” Dia merayu, memohon simpati.

“Bukan calon sesuai ya? Pandaikan nak lepas diri kamu tu, kamu nak berita ‘gempak’ yang kamu buat tu terpampang dekat akhbar satu Malaysia ni? Kamu nak company kita lingkup sekali ke dek kerana perbuatan kamu yang tak bermoral tu? Dah rosakkan anak orang lepas tu tinggalkan macam tu sajakan! Cuba belajar bertanggungjawab sikit.” Bentak Dato’ Wan Nazri berang. Bertambah berang bila mendengar kata yang meluncur keluar dari mulut si anak itu.

 Sungguh memang itu saja jalan yang terbaik buat anak itu dirasakannya kini. Tak ada yang lain lagi dah. Yalah sebelum-sebelum ini pun belum pernah sekali pun dia nampak anaknya ada keluar berpacaran dengan mana-mana perempuan. Nak kata tak ada rupa dan gaya.. rasanya semuanya ada lengkap pada anak itu.

“Tak saya tak akan kahwin dengan dia, atau mana-mana perempuan sekalipun. Perempuan ni memang menyusahkan!!!” Akhirnya terhambur segala amarah yang dipendam selama ini.

Terdiam Dato' Wan Nazri dan Datin Jacinta mendengarnya,  apa kena anak ini?? Tak normalkah sehingga mengeluarkan kata-kata begitu.

“Hei mana kamu tahu perempuan tu menyusahkan? Habis arwah ummi kamu tu bukan perempuan? Cakap ikut sedap mulut saja”

            “Ummi tu lain, jangan samakan perempuan lain dengan arwah ummi, ummi beribu kali lebih mulia daripada perempuan-perempuan yang ada dekat muka bumi ni.” Matanya merenung sinis kepada ibu tirinya itu. Entah kenapa dari dulu lagi dia tidak pernah redha dengan keputusan papa untuk mencari pengganti arwah umminya itu, sehingga kini dia masih merasakan Jacinta perampas. Ya perampas kasih sayang, perhatian papa daripadanya.

Agak terguris hatinya mendengar kata anak tirinya itu. Tak sangka benda yang lain yang jauh melangkaunya boleh mengheret sampai ke situasi ini. Dia tahu Wan Nazariel tak pernah menyenangi kehadirannya. Dia sedar semua itu melalui pandangan mata yang beku, dingin yang ditonjolkan oleh anak itu.

“Dahlah.. papa tak mahu kamu makin meleret jauh sehingga kepada perkara yang tak sepatutnya pun kamu nak ungkit. Papa dah bincang dengan pegawai-pegawai tu, mereka kata kamu boleh pilih sama ada kamu nak bertanggungjawab atau kamu nak naik turun mahkamah untuk selesaikan kes kamu ni. Kalau naik turun mahkamah, papa pasti kes kamu akan kecoh nanti tapi terpulanglah pada kamukan. Kamu yang akan menanggungnya nanti, bukan papa atau mama Jac kamu.”

Wan Nazariel mengeluh. Bertanggungjawab umpama membawa diri ni ketempat hukuman tali gantung dan memberi arahan kepada algojo untuk menjalankan hukuman itu ke atas dirinya sendiri, tapi kalau sebaliknya.. aku terpaksa berdepan dengan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali.. dan yang paling teruk reputasi aku yang baru ingin teguh tu mesti menyungkur jatuh. Dia menggetap bibir. Tidak!!! Aku takkan biarkan ini semua berlaku pada aku! Tidak sama sekali!

“Papa nak jumpa perempuan tu.  Mana dia?”

“Tapi papa…”

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, papanya sudah berlalu. Melangkah pergi. Arghhh... apa yang aku nak lakukan ni? Aku buntu.. Apalah salah aku sampai aku perlu dihukum sebegini. Cis perempuan tu memang sial, pembawa malang. Tak satu-satu yang berlaku pada aku semenjak aku kenal dengan dia ni. Dia menghempaskan tubuh sasanya pada kerusi yang terdapat di situ. Fikiran bercelaru. Penghawa dingin pun sudah tidak terasa fungsinya, dia rasa panas... sangat panas! Perempuan tu memang nak kena, mesti diajar sikit, biar dia tahu siapa aku! Bentak hatinya keras.

*********

            “Mir.. aku tak salah Mir. Semua ni satu kesilapan, kebetulan di tempat yang salah.”

            Sebak rasanya mendengar kata Nuriz itu. Rasanya dah lebih dari sepuluh kali dia mendengar ayat itu, diulang dan terus diulang..lagi dan lagi semenjak dia sedar dari pengsannya tadi.

            Ya ALLAH.. ujian apakah pula kali ini? Apa yang perlu aku lakukan untuk membantunya kali ini? Mirna sendiri buntu.. Wajah pucat Nuriz direnungnya belas. Kasihan dia, dahlah sakit, lepas tu benda ni pula yang terjadi, macam sudah jatuh ditimpa tangga pula sepertinya.

            Sebentar tadi lebih kurang jam 4 pagi, ketika dia masih asyik diulit lena. Tertidur di sofa ketika menanti kepulangan Nuriz sebentar tadi dan tidurnya dikejutkan dengan panggilan telefon memberitahu tentang perkara yang tidak pernah diduga oleh akal fikiran warasnya. Sangkanya dia hanya bermimpi tapi bila dicubit pipinya.. terasa sakit.. sahih dia pasti tidak bermimpi. Terbuntang matanya. Terus segar jadinya. Hilang terus rasa mengantuk yang masih tinggal bersisa.

            “Sabarlah Riz, aku percayakan kau. Kawan aku takkan melakukan benda yang bodoh macam tu kan?” Pujuknya. Jari jemarinya mengenggam erat jari jemari Nuriz. Cuba memberi semangat apatah lagi bila melihat wajah temannya seolah telah putus harapan. Pandangan mata yang kosong, tak seperti Nuriz yang dikenalinya sebelum-sebelum ni.

“Aku tak sangka benda ni boleh jadi. Kami cuma berehat sementara menanti bekalan elektrik bersambung kembali. Kalaulah aku tahu benda ni akan berlaku. Aku sanggup turun guna tangga dari tunggu. Penat, letih, pengsan hatta mati pun tak apa daripada aku kena tempuh perkara macam ni Mir. Katakan ini mimpi Mir, katakan aku sedang bermimpi buruk Mir, tolonglah sedarkan aku Mir, mimpi ini terlalu ngeri buatku.” Dia mengongoi pilu. Ya ALLAH aku tak kuat dengan ujianMu kali ini.

“Riz jangan cakap macam tu sayang, aku sayangkan kau lebih daripada sayang seorang saudara. Kalau kau sedih aku pun turut rasa sedihnya. Kalau kau seksa, terluka aku pun juga rasa sakit pedihnya. Tolong Riz.. kau tak perlu menyerah macam ni, putus asa macam ni. Aku tau kau kuat. Kau mesti boleh lalui benda ni.” Sebak rasanya mendengar bicara yang terlahir dari dua ulas bibir itu, menyucuk sanubarinya. Dia tahu bila-bila masa saja air matanya akan gugur mengalir dipipinya.

Akhirnya tubuh yang masih terbaring lemah itu didakapnya. Hanya tangisan yang mengisi ruang bilik itu kini. Memecah sepi. Riz kau kena kuat. Mesti ada hikmahnya, aku sentiasa mendoakan kau.. Bisik hatinya perlahan.

Matanya dipejamkan rapat. Mencuba mencari, mengutip kekuatan yang masih tinggal bersisa. Dia tidak kisah menjadi hamba lelaki itu. Dibuli, disuruh melakukan itu dan ini tapi untuk bersama dengan lelaki itu mustahil sama sekali. Dia tidak ingin, dia tidak mahu... TIDAK!!

“Awak ni Nuriz kan..?” Tegur satu suara yang agak garau.

Tersentak mereka berdua, terus Mirna tegakkan duduknya kembali. Isy bila masa pula mereka masuk ni. Tak dengar pun bunyi pintu dibuka, Mirna kehairanan memandang wajah pasangan separuh usia yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Wajah yang asing. Siapa pula mereka ni? Dia tertanya-tanya sendiri.

“Ya dia ni Nuriz dan saya ni kawan dia Mirna”

“Saya Dato' Wan Nazri dan ni isteri saya Datin Jacinta. Saya nak jumpa keluarga awak Nuriz, kami nak bincangkan pasal pernikahan kamu berdua.”

“Nikah??” Nuriz menelan air liur, kelat.. macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengarnya tadi.

“Yalah.. nikah.. kamu dan anak saya akan bernikah. Takkan dah tertangkap pun tak nak nikah lagi, nak tunggu perut tu besar baru nak kelam kabut menggelabah.” Sinis nadanya yang kedengaran.

“Maaf Dato'.. Nuriz cuma ada saya sebagai keluarganya, jadi Dato' bolehlah berbincang dengan saya.” Potong Mirna. Tak mahu situasi yang dingin menjadi hangat.

“Oh.. saya dah ambil keputusan, kamu berdua akan bernikah pada jumaat depan, ini untuk kebaikan kamu berdua juga..saya..”

“Err Dato’.. saya rasa ini salah faham. Saya bagi pihak Nuriz yakin yang dia tak lakukan seperti yang Dato’ fikirkan.” Lembut Mirna cuba berbincang. Memastikan kesalahfahaman yang terbit dalam hati keluarga majikan Nuriz itu dapat dijernihkan kembali.

“Cik Mirna.. saya percaya kamu tak melihat bagaimana keadaan mereka ketika tertangkap tadi. Walaupun saya tak ada di sana sewaktu kejadian tapi menurut saksi keadaan mereka berdua mencurigakan. Berpelukan berduaan dalam tempat yang sunyi tu dikatakan tak ada buat apa-apa ke? Orang buta pun tahu benda tu salah Cik Mirna? Takkan kamu mahu membela seorang penzina?” Lancang semakin kehilangan sabarnya Dato’ Wan Nazri bertutur.

“Tidak papa!!,  Zariel tak mahu nikah dengan dia. Zariel tak kenal dia, tak cinta dia!” Sampuk Wan Nazariel yang baru saja merempuh masuk tiba-tiba. Bulat matanya menala ke arah Nuriz.

Huh apa kau ingat aku ni yang tergedik-gedik ke nak nikah dengan kau?? Boleh jalanlah oi.. nasib aku tengah tak berdaya ni tau, kalau tidak depan-depan mak ayah kau juga aku kerate kau 14. Nuriz mencebik geram..

“Jangan nak mengada, papa dah buat keputusan dan kamu tak ada hak nak bantah keputusan ni. Faham!” Tegas Dato' Wan Nazri memberi kata putus langsung tidak memberi sebarang pilihan..

“Tapi papa... argh... kau.. kau!” Tiba-tiba Wan Nazariel seperti dirasuk meluru ke arah Nuriz yang terlantar di katil itu. Tanpa diduga tangannya terus mencekik leher gadis itu.

“Mampus kau! Hidup menyusahkan aku saja.” Pekiknya.

Suasana menjadi kalut tiba-tiba, Mirna berusaha keras meleraikan cekikan pada leher Nuriz yang semakin tercungap-cungap itu.

“Zariel!” Panggil Dato' Wan Nazri lantang cuba menegah.. Ya anak itu mesti disedarkan..

Nuriz semakin lemah. Dua ulas bibirnya semakin membiru pucat. Nafasnya pula dirasakan terlalu sukar untuk ditarik. Ya ALLAH.. jika ini akhirnya aku pasrah. Matanya terpejam perlahan dengan ombak didada yang semakin perlahan.

“Ya ALLAH Zariel kamu nak bunuh dia ke nak?” Pekik Datin Jacinta.

Pang..! sekuat hati dengan sisa tenaga tuanya, Dato’ Wan Nazri menampar wajah anak lelakinya itu, serentak cekikan dileher Nuriz dilepaskan.

“Istighfar Zariel, ingat ALLAH.. jangan ikutkan kata hati kamu tu.”

“Riz.. Riz!!!” Panggil Mirna sambil mengoyangkan tubuh Nuriz yang diam dengan mata rapat terpejam di pembaringannya.

“Riz.. bangun Riz.. Jangan takutkan aku macam ni.. tolonglah.” Mirna semakin resah. Darah merah mengalir dari hidung dan bila melihat bibir temannya yang membiru pucat lagilah dia takut. Air matanya mula mengalir lagi. Fikirannya mula berkecamuk.

Nurse..!!! Doctor!!” Jeritnya sekuat hati.. Kau tak boleh mati Riz, kau tak boleh tinggalkan aku.

“Tengok apa kamu dah buat ni Zariel? Kamu nak jadi pembunuh pula ke sekarang ni? Puas hati kamu?” Soal Dato' Wan Nazri bila dia hanya melihat anak itu hanya mendiamkan dengan wajah yang keruh sedari tadi. Doktor masih lagi bertungkus lumus mencuba menyelamatkan nyawa Nuriz.

“Maafkan Riel papa.. Riel tak sedar apa yang Riel buat tadi” Lemah.. kesal segalanya ada, tapi segalanya telah terlanjur laku. Dia sendiri pun tak percaya dia sanggup mencekik gadis itu sebentar tadi.

4 comments:

nzlyna'im said...

zariel.... terima j la dah ketentuan...ciaq nuriz

NurAtiZa said...

Tak sangka Zariel marah sampai sanggup mencekik Nuriz...-_-#
Harap Nuriz selamat & Zariel menyesal dengan tindakan dia sendiri... -_-

Anor said...

Kesian dgn Nuriz sampai hati si
Zariel cekik Nuriz, cpt sambung ye.

Nuril Bahanudin said...

Assalamualaikum ~
Kak nzlyna'im : susah kut nak terima apa yang hadir secara mendadakkan? Apa-apa pun ikuti sambungan bab seterusnya untuk tahu apa yang terjadi pada budak dua orang ni :D

Nuratiza : Orang kalau dah tengah marah gitulah. Lupakan rasional. Apa pun ikuti bab seterusnya untuk ketehaui apa yang terjadi pada pasangan ini. Terima Kasih :D

Anor : Dah sambung dah. Jemput baca ya.. terima kasih :)