iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Monday, July 2, 2012

Novel : Tiga Bulan [5]


Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...


“Riz.. oi.. kalau ya pun kau penat letih pergilah mandi dulu. Tukar baju tu kalau nak tidur” Mirna mula membebel menegur perilaku temannya itu. Kurang senang.  Nak marah rasa macam tak sampai hati sangat pula, apatah lagi bila melihat wajah temannya itu jelas bergaris kepenatan. Jam yang tergantung di dinding di ruang tamu dikerlingnya. Kesian.. memang patut sangatlah dia penat dah pukul 9 malam rupanya. Haisy kerja apalah yang dibuatnya sampai ke malam begini.

“Riz... oit.. ya ALLAH perempuan ni!” Tubuh Nuriz digoyangkan perlahan namun tiada tindak balas.. ZzzzZzzzZzzz.. Itu sajalah. Sekejap saja sudah tertidur di atas sofa yang baru didudukinya tak sampai masa lima minit pun. Betul-betul keletihan nampaknya temannya itu.

“Riz...” Dia menyeru perlahan dengan lembut dengan sabar. Yalah orang kata tak baik kejutkan orang yang sedang tidur dengan suara marah-marah. Karang tak pasal-pasal lain pula jadinya.

            “Hurm...” Kedengaran rengekan manja yang terlahir dari mulut temannya itu, mungkin marah lenanya diganggu.

 “Bangunlah.. mandi, lepas tu kita makan malam sama-sama. Penat tau aku masak kalau kau tak nak makan, lagipun aku pun belum makan lagi sebab tunggu kau balik”

 “Penatlah... Janganlah kacau aku ni Mir. Aku nak tidur kejap saja ni hurm…”

“Aku tahu kau penat tapi bangunlah. Pergi segarkan badan tuh.. Hisy ke kau nak aku mandikan kau? Bukan susah jirus saja air dengan gayung biar sofa ni basah sekali.” Ugut Mirna.. Ingin melihat reaksi Nuriz tapi nampaknya temannya sedikit pun tidak gentar dengan ugutannya malah siap menarik bantal kecil yang terdapat di situ untuk menutup wajahnya pula adalah.

Eh eh kita cakap dengan dia lagi dia lagi tarik bantal, bertuah punya kawan. Sengaja tau buat aku rasa macam nak marah dia ni. Sabar jelah ya wahai cik hati dengan perangai si Nuriz ni.

“Riz!” bantal yang berada di muka yang menutup wajah Nuriz ditariknya, dialihkan daripada terus menutupi wajah temannya. Hisy memang jenis liat nak bangun kalau dah dapat tidur.

            “Hurm.. yelah-yelah aku bangunlah ni, kacau ajelah kau ni. Aku nak tidur lima minit pun tak dapat. Penatlah si Zariel tu buli aku teruk-teruk hari ni, lepas tu ditambah pula dengan perangai si Dorina yang menjengkelkan tu lagilah menambahkan penat aku ni. Eee... kalau boleh nak saja aku jodohkan kedua-duanya, memang nampak macam sesuai saja. Sorang dengan perangai busy bodynya dan seorang dengan perangai perasan bagusnya. Memang sepadan, macam pinang dibelah kapak.” Dia mengomel panjang dengan mata yang hanya separuh terbuka.

“Tengok tu kata tadi nak bangun dah tapi mata tu tetap juga pejam lagi. Nuriz!”

Nuriz duduk perlahan, dengan rambut yang sedikit menutup wajahnya sebiji macam orang yang kurang waras. Badan dahlah rasa penat tak bermaya, dalam fikiran pula cuma inginkan rehat. Dia ingin tidur. Perlahan dia bangun ingin menuju ke biliknya. Tak mahu berlengah-lengah lagi takut bertambah panjang pula leteran Mirna itu nanti. Tak sanggup dia nak mendengarnya.

            “Oitt Riz kau nak pergi mana pula tu? Bukan main lagi laju menonongnya tu.”

“Pergi bilik akulah, nak mandi.” Dia menjawab malas. Dah tahu lagi nak tanya. Sajalah tu kan.

“Oh pergi bilik engkau? Nak mandi ya? Bilik kau sanalah, tu bilik aku. Hisy tu mamai lagilah tu.” Mirna menegur bila melihat temannya ingin memulas tombol pintu biliknya.

“Oh salah ya? Patutlah aku rasa macam lain macam saja jalannya ni.”

Menggeleng mendengar jawapan yang terkeluar dari temannya itu. Macam-macam hal dia ni tau.. Selalu saja macam tu dia ni. Ada-ada saja yang membuatkan hati aku tercuit.

“Lar.. yang tenung saja nasi tu kenapa? Kau ingat nasi tu akan bergerak masuk ke dalam mulut kau sendiri ke?” Tegur Mirna perlahan hairan melihat wajah kuyu Nuriz yang hanya merenung pinggan nasi miliknya tanpa menjamahnya langsung.

            “Tak ada seleralah Mir, aku mengantuklah. Letih segala bagai rasa dah badan aku ni. Kau  pun tahu kan aku kalau dah mengantuk memang macam ni, akan terus hilang selera makan.”

“Aku tahulah kau mengantuk tapi makanlah sikit sedap tau lauk aku masak ni, rugi kalau tak jamah. Lagipun kalau biar perut tu kosong nanti gastrik kau datang pula. Lagi cari nahas tau. Mana pula aku nak carikan teksi untuk kau tengah-tengah malam ni nanti kalau kau dah start guling-guling menangis sebab diserang sakit perut tu. Kan ke haru?” Mirna memujuk.

“Yelah aku makanlah ni..” Dia menyuap perlahan nasi ke dalam mulut. Tak bersemangat macam gaya orang putus cinta pun ada lakunya itu.Terpaksa juga memaksa dirinya untuk menjamah makanan itu walaupun seleranya tiada. Biasanya begitulah.. bila kepenatan menguasai diri.

            “Banyak sangat ke kerja kau kena buat sampai pukul sembilan malam baru sampai rumah ni?”

            “Banyak jugalah Mir, aku kena kerah kemas bilik dokumen sampai siap. Aku tak fahamlah, punyalah ramai staff yang ada aku juga yang nak disuruhnya. Tu si Dorina yang duk menempel kat dia macam parasit tu tak mahu pula disuruhnya. Dah tu banyak pula songehnya, itu tak kena ini tak sempurnalah. Sakit hati aku ni tau. Sebab sabar sajalah aku masih bertahan, kalau tak dah lama aku cabut tak pun aku ketuk-ketuk mulut si Wan Nazariel tu biar bisu terus.”

            “Tahan sajalah diri kau tu sikit Riz. Belajar bersabar dengan kerenah dia tu. Tak lama kan.. untuk 3 bulan saja pun, kau jangan fikirkan sangat nanti kau yang jadi biul dibuatnya.”

Memang itulah yang cuba dilakukan kini bersabar, memang baginya tiga bulan tu bukanlah tempoh yang lama mana pun. Pejam celik pejam celik mesti masa dah berlalu... tapi bukanlah lama masa itu andai si Wan Nazariel itu tiada, tak wujud dalam hidupnya dan mengucar-kacirkan hari-harinya. Tiga bulan dengan kerenah Wan Nazariel yang sukar dijangka, dan ditambah sekali dengan kerenah receptionist lelaki itu sekali. Memang mencukupkan perasa hari-harinya yang penuh dengan tekanan itu. Fikirkan yang dia tak mahu menambahkan lagi masalahlah dia cuba menahan dirinya yang sudah tercabar kesabarannya daripada mengambil tindakan kepada Dorina itu yang kadang-kadang seolah sudah terlebih sudu daripada kuahnya.

******
            “Tersenyum-senyum sorang-sorang ni kenapa Riel? Kau dah jatuh cinta ke apa? Dah dapat puteri idaman hati?” soal Eric sambil menepuk bahu temannya itu. Hairan, ceria benar wajah temannya itu lebih daripada hari yang biasa.

 Terkejut.. terus wajah temannya itu dipandangnya geram. Selalu sangat macam tu perangainya datang tak berbunyi tau-tau dah ada di sisi.. Eric Adlan sahabat sepermainan dari kecil, anak kacukan cina melayu hanya tersengih nakal bila melihat  yang dirinya sedikit terkejut.

“Mana ada Eric, kau ni ada-ada sajalah, suka sangat serkap jarang dengan aku ni. Mana kawan-kawan kita yang lain tak nampak muka pun masing-masing?” Dia bertanya bila melihat hanya Eric sahaja yang ada, mana pula perginya teman mereka yang lagi dua orang itu.
            “Dia orang lambat sikit.. biasalah budak berdua tu, janji mana pernahnya nak tepat. Ni cuba cerita sikit apa yang buat kau tersenyum-senyum sampai ke telinga ni? Rasanya jarang aku tengok kau berpelakuan macam ni kecuali ketika kau sedang kena penyakit angaulah kut sebab aku tak pernah nampak kau angau sebelum ni.”

“Heh.. mengarutlah kau ni Ric, aku cuma teringat staff baru yang aku ceritakan dekat kau hari tu.”

“Budak dispacth tu? Kenapa dengan dia? Dia ada buat hal lagi ke dengan kau?”

“Tak adalah buat hal, cuma aku rasa seronoklah dapat kenakan dia tu. Aku suruh dia buat itu dan ini. Aku tahu dia bengang gila dengan aku dan nak memberontak tapi kau taulah diakan dah tandatangani syarat-syarat aku tu jadi terpaksalah dia mengikut saja tanpa rela dengan arahan aku ni.”

“Kau ni teruklah Riel dari zaman sekolah sampai dah bekerja perangai suka membuli kau tak pernah-pernah nak berubah. Bawa-bawalah jadi matang sikit Riel. Sedar sikit yang diri kau tu dah berumur, bukan lagi masih belasan tahun yang perlu berdendam kerana hal-hal kecil.”

Teringat zaman sekolah mereka dahulu, masalah yang sengaja dicipta untuk keseronokkan mereka sehingga memaksa campur tangan Dato' Wan Nazri untuk menyelesaikannya dek kerana tertangkapnya temannya itu oleh cikgu disiplin ketika sedang asyik membuli seorang pelajar yang agak lurus bendul di dalam tandas sekolah mereka. Dia bernasib baik sebab papanya antara penyumbang terbesar tabung PIBG sekolah itu, jadi dengan pengaruh papanya jugalah dia tak perlu digantung sekolah dan dihukum. Akhirnya kes itu tutup senyap begitu sahaja.

“Mana ada aku buli dia Eric, aku buat macam tu sebab nak bagi pengajaran dekat dia. Salah dia juga kan? Siapa suruh dia nak tunjuk lagak sangat dengan aku hari tu. Cuba kalau dia cakap dengan aku baik-baik hari tu, tunjuk sikit adab dengan aku ni sure aku kira halal saja kos excident tu”

“Yalah kau, macam-macamkan. Ada saja akalnya kalau dalam bab-bab nak mengenakan orang ni.. Eh cun sangat ke wajah minah tu sampai kau tak nak lepaskan dia begitu saja?"

Cun? Tergambar wajah Nuriz diingatannya secara tiba-tiba. Rasanya bukan sebab cun.

“Tak adalah cun mana, biasa saja.. bukan taste kaulah Eric. Dia bukannya jenis lemah lembut punya orang. Jenis gaya macam minah-minah yang agak nakal, kau bayangkan first day dia datang office dia dah buat hal. Menyakitkan mata aku dengan pakaian entah apa jenisnya. Lepas tu tambah pula dengan mulut dia yang lazer tu memang mencabar sungguh.”

“Wow dari apa yang kau ceritakan, macam menarik minat aku saja nak kenal dengan dia  lebih dekat. Eh bawaklah aku jumpa dia. Aku suka juga dengan orang pandai melawan ni.”

“Kau nak buat apa Eric? Nak masukkan dalam koleksi teman wanita kau ke? Aku rasa dia tak sesuailah untuk kau. Lupakan sajalah niat hati kau tu ya? Carilah perempuan lain.”

Nuriz jika dibandingkan dengan teman wanita Eric yang lain macam langit dan bumi, bukan sebab dia tak cantik ke apa. Gadis itu agak lasak sikit perangainya, kalau tak lasak masakan malam-malam pun berani pulang bersendirian dengan motosikalnya. Hujan panas pun sanggup dia redah asalkan semua kerjanya selesai, memang seorang yang agak menarik sebenarnya.

            “Mana kau tau aku tak sesuai kenal dengan dia Riel? Eh belum cuba belum tau, orang macam tu sekali dia bergaya terserlah segalanya. Ke kau cemburu tu yang kau kata tak sesuai dengan aku??” Sengaja ingin memprovokasi untuk melihat reaksi Wan Nazariel tapi wajah lelaki itu tetap seperti biasa malah hanya memandang wajahnya dengan senyuman sinis.

“Suka hati kaulah Eric.. Kau buatlah apa yang kau rasa patut bagi kau buat, aku tak kisah, sikit pun tak hairan sebenarnya. Perempuan macam tu ramai lagi dekat luar tu malah aku boleh dapat yang lebih baik dari minah tu. Lebih ayu dan lemah lembut daripada dia tu. Perempuan kasar hanya lelaki buta saja yang sanggup jadi pasangan hidup dengannya. Dan lelaki buta itu pastilah bukan aku, tapi kalau kau, mungkin pula ya. Aku siap akan sponsor majlis kau kalau kau berjaya tackle si Nuriz tu. Haha…” Sempat mengejek sinis kepada sahabatnya itu.

Eric hanya tersenyum mendengarnya sedikit pun tak terasa marah dengan ejekan Wan Nazariel itu kepadanya. Ya memang dia akui Wan Nazariel punya segalanya, wang, rupa dan kerjaya tapi dia lupa yang semua tu takkan mampu membeli sebuah cinta ataupun sebuah keikhlasan, kebahagian, kasih sayang dan yang paling utama rasa CINTA yang datang daripada hati yang tulus. Menerima kekurangan pada pasangannya dengan hati yang terbuka tanpa rasa hampa.

            “Dahlah malas aku nak bertekak dengan kau ni Riel. Kau tu selalu nak menang saja dengan aku nikan? Tu ha budak berdua tu dah sampai pun, kita nak ke mana pula hari ni?”

Dari kejauhan sudah nampak kelibat dua orang temannya Johan dan Izmi. Masing-masing tersengih-sengih dengan mempamerkan muka yang tiada riak rasa bersalah langsung walaupun telah lewat hampir setengah jam. Biasalah mereka berdua, tak boleh nak cakap apa dah.

“Tempat biasalah kita lepaklah Ric, macamlah kita ada port lain selain Bukit Bintang tu.”

*******

            “Nuriz buatkan aku Nescafe.” Arahnya.

Mengantuknyalah mata ni, tulah malam tadi melepak lagi sampai pukul tiga pagi. Matanya masih terasa kelat, berat dan memang perlu disegarkan dengan kafein.

“Tapi tuan, tu bukan kerja yang saya perlu buat. Itukan kerja cik Maria” Apa dia ingat aku pekerja am ke kat sini? Semua kerja nak aku yang kena buat? Kata hari itu hanya jadi dispatch saja. Tak kata pula kena jadi semua sekali dekat sini, dari jawatan tea lady sampai ke stor keeper aku yang kena buat. Lebihlah tu kan nampaknya. Nampak benar aku ditindas di sini. Cis!

“Buat sajalah tanpa banyak bunyi tak boleh ke? Lagi pun si Maria EL hari ni, baby dia demam.. So kaulah yang kena take over segala kerja dia termasuk buatkan aku air ni.”

Maria cuti? Macam tak boleh nak suruh orang lain pula ke selain aku ni.. Itu si Dorina penyambut tetamu tu tak boleh ke nak suruh dia saja yang buatkan? Lagipun aku tengok dia tu banyak saja masa apa, duduk saja belek muka dan tempek bedak mengadap cermin 24 jam kalau tak ada kerja tak mahu pula disuruhnya. Dia menggetap bibir menahan geram. Tak apa tak apa.

Satu sudu besar nescafe untuk secawan air yang saiz biasa. Nuriz tersenyum nakal. Nah ambil kau, nak sangat kafeinkan, ni aku bagi kau hilang mengantuk terus biar kau rasa.

“Nah tuan ni airnya.” Hulurnya perlahan penuh dengan rasa sopan yang sengaja dibuat-buatnya kepada lelaki itu yang agak tekun tunduk mengadap fail-fail yang melambak di atas meja kerjanya itu..

“Letaklah situ. Ha hari ni kau duduk office saja tau. Buat kerja-kerja di pejabat ni gantikan tempat si Maria.” Arah lelaki itu tanpa langsung pun memandang kea rah wajahnya.

“Tak ada surat nak hantar ke hari ni boss?” Mesti sah bosan aku hari ni, kena duduk office, jadi mangsa bulilah aku dengan dia hari ni. Hai apalah malang nasibku ini hari.

“Kenapa? Kau tak suka duduk dalam pejabat ke? Oh aku tau.. kalau kena hantar surat bolehlah kau melencong ke mana kau suka kan?” Sindir lelaki itu, seperti selalunya.. dengan dirinya memang lelaki itu tidak pernah menggunakan bahasa yang lembut. Dia sendiri pun tak tahu apa sebabnya lelaki itu terlalu berkasar dengan dirinya itu. Mungkin sebab kemalangan itu puncanya. Tapi kalau difikirkan sebelum kemalangan lagi lelaki itu dah berkasar dengannya. Peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu di KL Sentral menerjah ke ingatannya.

“Tak adalah tuan. Saya mana tahu buat kerja office ni. Nanti karang susahkan tuan pula”

“Hah tau pun tak tau, jadi jangan nak buat hal. Kalau aku suruh tu ikut saja tanpa banyak soal atau membantah. Cuba jadi macam si Dorina tu, langsung tak pernah nak bantah cakap aku. Ikut saja apa yang aku suruh buat. Dah-dah.. kau pergi keluar, bisinglah aku nak buat kerja pun tak tenang tau. Apa kata kau ambil fail ni.. semak mana ejaan yang silap lepas tu kau betulkannya, type balik guna komputer. Buat dekat meja Maria tu.”

“Masalahnya saya bukanlah Dorina, perkerja terbaik tuan tu.” Eleh dia ni yang tak tahu, yang si Dorina tu selalu buat-buat rajin di depan dia saja. Nak ambil perhatian memang begitu. Hipokrit!

“Ah apa-apalah kau nak cakap. Yang penting aku nak kau buat apa yang aku suruh kau buat tadi” Tangannya dipanjangkan mencapai cawan yang berisi Nescafe yang dibuat oleh Nuriz itu dan terus dibawa ke mulutnya, diteguk isinya rakus. Berkerut wajahnya seketika.

Mak aihhh pahitnya, hampir hendak tersembur air itu dari mulutnya tapi memandangkan egonya masih menggunung, air mukanya tetap kena dijaga. Apatah lagi dilihatnya mata Nuriz masih lagi tetap melirik mencuri memandang ke arah dirinya. Digagahkan juga dirinya untuk meneguk air itu sehingga kosong cawannya. Dalam hati beribu sumpah seranah dihadiahkan kepada Nuriz dek kerana keberanian gadis itu mengenakan dirinya dalam diam. Tak guna!

“Hurm sedap air kau buat ni ya? Aku tak pernah rasa air sesedap ini sebelum ni tau.” Dia menyindir memandang wajah Nuriz yang sedikit pun tiada tergambar riak rasa bersalah.

“Sedap ke? Terima kasih tuan sebab memuji saya. Lain kali saya buatkan  lagi untuk tuan ya?” Dia tersenyum girang sengaja untuk menambahkan lagi kepanasan hati lelaki itu. Air macam tu pun dia kata sedap. Sahih tak ada deria rasa dia ni. Macamlah aku tak tahu yang kau cover diri dari nak tersembur tadi tu kan. Ahaha... budak kecik bolehlah kau tipu, tapi bukan akulah.

            “Dah- dah kau ambil fail ni lepas tu pergi buat kerja. Sebelum habis waktu pejabat aku nak semua mesti dah siap ada dekat atas meja aku okay, kalau tak kau kena over time nanti”

“Ya tuan..” Huh banyak macam ni manalah sempat nak siapkan hari ni. Sengajalah tu. Hisy menyampah betullah aku dengan dia ni.

“Encik Zaariieel….” Dorina yang muncul tiba-tiba mematikan langkahnya.

Alahai apa pula mina opera ni nak? Nuriz mencebik geli mendengar gaya manja tak asli daripada Dorina itu. Selalu sahaja begitu. Pantang aku berdua dengan si Zariel ni mesti dia muncul menyelit. Sahih mengendap saja kerjanya tu.

“Ada apa Dorynn?” Sengaja melembutkan suara di hadapan Nuriz.

“Balik nanti boleh tolong hantarkan I tak? Kereta I rosaklah hari ni, masuk workshop

“Ok, I pun sehala dengan jalan rumah you, so tak ada masalah Dorynn.”

Euww… baguslah, sesuailah mereka ni. Seorang muka dah macam patung opera klasik. Seorang pula muka macam kayu pintu. Nuriz mengeleng-gelengkan kepalanya sebelum melajukan langkah. Tak sanggup menonton drama sebabak tanpa skrip yang berlaku di depan matanya itu.

***Saya tukar cover baru, sebab nak bagi dia lebih segar...***

5 comments:

nzlyna'im said...

bile cinta bakal berputih dugaan datang melanda

Anor said...

nak lagi, kesian dgn Nuriz teruk
betul dibuli oleh Riel, siapa pula
yg kan backup si Nuriz ni ye...
hati kering betullah si Riel ni
ye sampai begiotu sekali dibulinya
Nuriz.

che`leen said...

sorang mcm opera cina, sorang mcm kayu pintu..
ki ki ki..mmg padan

che`leen said...

sorang mcm opera cina, sorang mcm kayu pintu..
ki ki ki..mmg padan

Nuril Bahanudin said...

@~Salam Nzlyna'im... dalam cinta tak selalunya mesti sering bahagia.. apa pun terima kasih sudi baca.

@~Salam Anor....
tu kena baca episode seterusnya sampai penamat. Apa jadi dengan budak berdua ni.. hehe ^^

@~Salam che`leen...
hahaha berjodoh ke tak mereka berdua tu agaknya ya? :)