iklaneka

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Tuesday, July 17, 2012

Novel : Tiga Bulan [9]

 Dalam benci ada rindu yang mengisi,
Dalam marah ada sayang yang mula bercambah...

Dia hanya memeluk tubuh berdiri di hujung katil, memandang kosong pada tubuh Nuriz yang terbaring tak sedarkan diri di atas katil hospital itu. Matanya tertancap pada lebam biru yang terkesan di bahagian leher gadis itu. Kesan cengkaman tangannya jelas meninggalkan tanda, dia mengeluh. Nasib ajal belum mahu mengkehendaki dia, kalau tidak sia-sia saja aku mati di tali gantung. Itulah akibatnya kalau amarah mula merajai hati. Bila diingatkan kembali macam tidak percaya dengan apa yang dia telah lakukan. Tak sangka dia telah hilang kawalan sampai begitu sekali.

“Dahlah tu, kamu berdiri pandang dia macam tu, macamlah dia akan sedar. Eh kamu tak nak balik lagi ke Zariel? Papa dah letih sangat dah ni. Semua gara-gara kamulah bikin ribut di pagi-pagi buta.” Sungguh bagi Dato' Wan Nazri dia memang memerlukan rehat waktu ini.

“Papa baliklah dulu kalau dah letih, Zariel nak tunggu dia sedar. Ada benda nak bincang dengan dia.” Banyak rasanya perkara yang bermain-main dalam dirinya dan selagi tidak diluahkan selagi itulah dirinya rasa tak tenteram.

“Nanti-nantilah Zariel kalau nak bincang dengan dia pun. Takkan kamu tak kesiankan dia, biarkan dia berehat dulu. Kamu pun masih tak stabil emosinya. Dahlah tadi kamu nyaris membunuh dia. Papa takut kalau-kalau lepas ni kamu betul-betul bunuh dia pula. Kita balik dulu ya.. berehat dulu. Nanti kamu dah tenang sikit barulah boleh datang berbincang dengan dia.”

“Tapi papa Zariel rasa tak tenang selagi belum bercakap, dapat berbincang dengan dia.”

“Itu papa tahu, tapi kamu tengoklah keadaan dia, belum tentu dia akan sedar dalam masa yang terdekat ni.”

Wan Nazariel diam. Ada benar juga kata-kata papanya itu, lagipun doktor sendiri dah memberitahunya tadi yang Nuriz tidak akan sedar dalam masa beberapa jam terdekat ni sebab telah diberikan suntikan untuk merehatkan dirinya.
“Lagi pun cuba kamu tengok keadaan kamu sekarang ni. Tak terurus dengan rambut kusut masai baju berkedut seribu. Ada baiknya kamu balik dulu dan kemaskan diri kamu tu.” Sambungnya lagi bila melihat agak lama anaknya terdiam seolah memikirkan sesuatu.

“Zariel balik tumpang papalah ya?” terpujuk juga dengan kata-kata papanya itu. Sesungguhnya baru kini dia terasa teramat letih, banyak perkara yang tak diduga yang berlaku dalam beberapa jam ini betul-betul menyesakkan otaknya sehingga dia rasa dia kehilangan daya dan semangatnya.

“Kereta kamu mana?”

“Kereta tinggal dekat pejabat.. nanti papa tinggalkan Zariel dekat office tu.. Zariel nak ambil kereta dan barang-barang Zariel.” Teringat pula akan briefcasenya yang tak sempat dicapai ketika dia dibawa terus ke pejabat agama tadi.

“Nanti-nanti sajalah ambil kereta dengan barang kamu tu. Kita terus balik rumah sajalah. Kamu tu dah letih, larat ke nak memandu nanti?”

Dia terdiam.. akur... Ada benar juga kata papanya itu, dalam keadaan sekarang ni belum tentu dia mampu memandu secara berhemah.

 ***Assalamualaikum warahmatullah... ini adalah bab yang pendek***

4 comments:

Anor said...

Kenapa bab kali ni pendek sgt....
tak puaslh Nuril... nak lagi dn
lagi....

Anonymous said...

Nak lagi...#^_^

nurul asliza said...

alahai..ciput nye..tak puas bace..

p/s : bile novel ni nak kuar??tak sabar nak beli..:)

Nuril Bahanudin said...

@Anor ~ Salam, a'ah memang pendek, sebab ikut manuskripnya. Saya dah masukkan bab baru, jemput baca eh :)

@Anon ~ Ok jemput baca bab baru.

@Nurul Asliza ~ Salam, hehe jemput baca bab seterusnya ek. Saya belum dapat tarikh tepatnya bila berada di pasaran. Mungkin hujung tahun ni atau awal tahun depan :)