Masa tak mampu memudar kasih,
Dendam tak dapat memadam sayang,
Benci tak bisa mengikis rindu,
Marah tak mungkin membuang cinta.
Sekali
lagi dia menjejakkan kaki di tanah ini. Hembusan nafas berat dilepaskan.
Menjejakkan kaki ke sini ibarat membuka kembali jahitan luka yang baru saja
ingin tertutup rapat. Membuatkan luka yang baru saja ingin sembuh berdarah
kembali.
“Sampai bila
nak bawa diri? Baliklah… bantu ayah
di sini. Hotel ni perlukan kamu.”
Pujukan
lembut itu terngiang jelas di telinga. Kerana rasa kasih dan hormat dia
ketepikan diri. Dia langgar sumpah sendiri. Sumpah yang dia tak akan kembali
lagi ke sini ditarik balik. Pujuk hati sendiri, membawa kaki kembali lagi ke
bumi Malaysia yang sudah hampir 6 tahun dia tinggalkan.
Gara-gara
wanita itu, hatinya betul-betul berkecai. Bahagia yang diharapkan menjadi
merana yang tak berpenghujung. Cinta hancur tanpa kata putus. Diri dihukum
tanpa tahu apa salahnya. Dia suami tapi tanpa isteri di sisi. Tidak tahu apa
sebenarnya yang berlaku. Ada isteri tapi tak tahu di mana. Isteri menghilang
tanpa meninggalkan jejak, hadir menyinggah dalam hidup secara tiba-tiba dan
pergi juga tiba-tiba ibarat angin lalu.
“Akhirnya
balik juga kamu ke sini.”
Terkejut
bila ditegur oleh satu suara garau. Suara yang amat dikenalinya. Tak sedar
dalam asyik mengelamun, kakinya sudah dibawa melangkah sehingga keluar dari
kesesakan bangunan itu. Laju dia berpaling. Senyum terukir mendadak. Wajahnya
yang kelat cuba dimaniskan semanis mungkin. Sungguh semenjak badai duka yang
melanda dalam hidupnya dahulu, dia sudah lupa makna gembira. Dalam betul luka
yang kau hadiahkan padaku. Hati merintih hiba…. Degil betul ingatan ni.
Kenapalah sampai sekarang ni pun aku tak berjaya melupakan kau?
“Ayah…”
Tangan lelaki itu disalam penuh hormat.
“Ayah
takut sangat kamu batalkan penerbangan kamu di saat-saat akhir.” Bahu anak itu
ditepuk mesra. Nampak sedikit susut tubuh yang berisi dahulu itu. Kematangan
semakin tergaris jelas di wajah anak itu.
“Tak
akanlah saya nak mungkir janji ayah.”
“Manalah
tahukan, kamu berubah fikiran.” Nafas dihembus lega. Lega sebab anak itu
menunaikan janji.
“Jomlah
ayah. Tercongok begitu kenapa? Tak mahu bawa saya balik ke? Fikir-fikir
kembali, tempat ini tetap dirindui.”
“Tak ada
sesiapa yang menegah kamu untuk pulang ke sini. Kamu saja yang tak mahu.”
“Bukan tak
mahu ayah, cuma tak ada kekuatan untuk kembali.” Bukan senang nak balut hati
yang dah hancur berkecai dek kerana pengkhianatan itu.
No comments:
Post a Comment