Bila cinta yang berkuasa, benci pun boleh jadi suka...
Pemergian
mendadak ayah yang menjadi tempat bergantung harap telah mengubah kehidupannya
serta merta. Chomel Mayesa yang masih menganggur terpaksa menyambung legasi
ayahnya sebagai tukang kasut demi mencari sesuap nasi untuk mengisi perut ibu
dan adik-adiknya yang masih kecil, berlajar dan bersekolah. Dia anak sulong dan
tanggungjawab tergalas di bahunya kini.
Berkenalan
secara tak sengaja dengan Catilya dan Zaif Affendy yang merupakan pelanggannya.
Zaif yang sombong dan bongkak. Zaif yang
pembersih dan cerewet tahap kritikal dan selalu menyakitkan hatinya. Salah
faham mula timbul bila Chomel membantu Catilya yang hampir terjatuh dan dalam
masa yang sama Zaif telah terlihat aksi mereka. Zaif mula curiga dan menuduh
Catilya curang kerana perwatakan Chomel yang seperti lelaki dan suka memakai
topi berwarna pink! Apatah lagi dia pernah melihat aksi terlebih mesra Chomel
dengan ‘teman wanitanya’ yang bernama Rina ketika dia datang mengilat kasut
buat pertama kalinya dahulu menguatkan lagi teori yang Chomel punya perasaan
yang tak normal!
Dek
kerana tak tahan dengan perangai cemburu melampau Zaif, Catilya telah mengambil
keputusan memutuskan hubungan antara mereka. Pergaduhan besar tercetus kerana
Zaif menyangka Chomel adalah punca segala-galanya.
“Eleh kalau tinggal kau satu-satunya perempuan
yang ada di muka bumi ni pun aku tak akan pilih kaulah. Rela aku hidup sendiri
sampai mati!”- Zaif Affendy
“Hoh aku
ingat kau akan pilih monyet sebagai calon bini kau sebab kau punya perangai
bandingkan kau dengan monyet dekat Zoo Negara tu aku tengok dah lebih kurang
sama dah. Kui! Kui! Kui!”- Chomel Mayesa
Akan
berpenghujungkah perseteruan antara mereka? Yalah sedangkan pantai lagi berubah
bila dipukul ombak inikan manusia yang punya pelbagai rasa. Jom telusuri kisah
mereka dalam naskah ini.
No comments:
Post a Comment