Tanpa diundang kau hadir membawa cinta...
“Adik oiii
beratlah kepala adik…”
Dia yang
sedang asyik melihat majalah pengantin menolak tubuh Lily Serina yang selamba
meletakkan kepala di perutnya. Memang kebiasaan begitu perangai adiknya itu
walaupun sudah menginjak dewasa. Bermanja dengan dirinya seperti anak kecil.
“Alah
kakak ni. Orang nak manja-manja sikit pun tak boleh.” Lily Serina membalas
sambil menyelesakan lagi letak duduk kepalanya. Bukannya mahu beralih.
“Oi… awak
bukan budak kecik lagi nak bermanja-manja ni.”
“Kakak ni
teruklah.” Mula menarik muncung panjang. Merajuk kononnya dan inginkan dipujuk.
“Kakak
pula yang teruk. Adik tak nampak ke kakak tengah sibuk. Boleh tak jangan kacau
kakak ni. Kakak peninglah…”
“Alah kakak
ni ada-ada sajalah. Sibuklah sangat. Adik tengok kakak senang hati saja duk
baca majalah tu.” Tangan dipanjangkan untuk menarik majalah yang menjadi
tatapan kakaknya. Dilemparkan ke arah sofa bersebelahan. Saja mencari pasal.
Mengusik mood serabut kakaknya itu.
“Adikkkkkk!!!
Eiiii geramnya kakak!”
Lily
Serina yang sudah menekupkan kedua telinga dengan tangan bagi mengelakkan
tercedera pendengaran dek jeritan nyaring si kakak itu bingkas bangun dan
melarikan diri. Akhirnya mereka berkejaran keliling sofa.
“Adik meh
sini! Kakak nak jentik tangan tu. Biasa tu!”
Seperti
dahulu ketika Lily Serina masih kecil, hukuman itulah yang selalu diberikan
tatkala adiknya membuat nakal.
“Wekkk!!”
Lily Serina menjelirkan lidahnya.
Adik ni
betullah sengaja. Orang sudahlah tengah berdebar sakan tahap jantung nak
tercabut keluar dari dada ni mengenangkan majlis yang bakal berlangsung tak
sampai sebulan lagi tu. Dia boleh pula mengacau. Tak bagi moral
support langsung! Dia membebel di dalam hati kegeraman.
“Lailahaillallah
muhammadurasulullah… Kamu berdua ni apa benda macam budak-budak ni?” Mak Lydia
yang baru saja muncul dari arah dapur mengucap panjang melihat kerenah dua
orang anak gadis itu.
“Suri!
Seri! Bawa-bawalah sedar diri tu dah nak jadi bini orang. Cuba berperangai
macam orang dah dewasa sikit.”
“Kakak ni
ibu…”
“Apa pula
kakak, adik yang kacau kakak dulukan tadi?”
Lily
Serina sudah beralih, bergerak dan menyembunyikan diri di belakang tubuh ibunya
pula. Tak sedar yang tubuhnya sudah lebih tinggi dari tubuh Mak Lydia.
“Sudah-sudah,
pening ibu dengan kerenah kamu berdua ni. Ada dua orang anak saja tapi riuhnya
macam ada dua puluh orang.”
Begitulah
selalunya walaupun jarak umur 6 tahun antara kedua mereka, mereka memang rapat.
Bila jauh merindu, bila dah dekat beginilah jadinya. Haru biru! Kalau tak yang
ni yang mulakan mesti yang seorang lagi.
“Adik
memang, tunggulah nanti ibu dah tak ada, kakak jentik jari adik sampai
bengkak.” Bibirnya diketap geram.
“Alah adik
tahu kakak cakap saja nak ugut-ugut adiklah tu. Kakak tak sampai hati punya nak
buat macam tu dekat adik ni. Adik nikan satu-satunya adik yang kakak ada. Adik
kesayangan pula tu.”
“Huh
perasan!” Laju bibirnya menafikan walaupun hakikat kenyataannya betul seratus
dua puluh peratus kata Lily Serina itu.
“Tak
mengaku pula dia. Kalau tak sayang masakan kakak sanggup balik bawa calon abang
ipar dan tunjuk dekat ibu dan ayah lagi. Hahaha… kakak kantoi.”
“Sudah-sudah
tu Seri… jangan nak usik kakak kamu lagi ya. Karang ibu gam mulut tu baru tau.
Pok pek pok pek macam mak nenek.”
“Ahaha
adik kena marah dengan ibu.” Giliran dia pula mentertawakan Lily Serina. 1-0!
“Dah kamu
pun sama Suri.”
“Hahaha
kakak pun kena juga.” Balas Lily Serina pula. Tak mahu kalah. Satu sama tau!
“Benda
yang ibu suruh kamu buat tu dah buat ke Suri?”
“Benda apa
ibu?”
“Eh budak
ni, baru sekejap tadi ibu cakap, masakan kamu dah lupa? Budak bertuah!”
“Errr ibu
cakap banyak perkaralah dengan Suri tadi. Jadi Suri tak tahu yang mana satu
yang ibu maksudkan sekarang ni.” Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Bukan ibu
suruh kamu call Mak Jemahs Catering ke tadi untuk
tempahan majlis kamu tu? Jangan kamu kata kamu tak call lagi ya?
Ibu rotan kaki tu nanti baru tau! Sibuk sangat main kejar-kejar dengan Seri
macam budak umur 3 tahun sampai lupa hal majlis sendiri bla… bla… pot… pet….”
Mula membebel panjang. Marah-marah sayang sebenarnya.
“Opsss
Suri lupa ibu.” Dia menepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa ni.
Matanya
berlaga dengan jelingan tajam Mak Lydia itu. Glup! Dia menelan air liur dan
berdesup lari mendapatkan telefon bimbit pemberian buah hati kesayangannya.
Kesayanganlah sangat… Chewwahhh! Dalam keadaan kritikal macam ni pun boleh lagi
hati aku mengarut benda yang bukan-bukan. Eh ada mesejlah.
<Sayang rindulah>
Bulat
matanya membaca mesej itu. Eh-eh pandai rindu-rinduan pula dah dia ni. Aku nak
balas apa ek? Laju dia menekan skrin sentuh itu untuk membalas mesej lupa terus
suruhan ibunya baru tadi.
<Sama.>
Butang send ditekan.
Cukup hanya sepatah perkataan. Tak mahu lebih-lebih karang dia kata aku
tersua-sua pula.
<Itu saja?
You cintakan I ke tidak ni?>
Mesej
kedua pula menyusul masuk tak sampai masa satu minit. Ah sudah dia tanya aku
soalan keramat ni pula. Aku nak jawab apa ni? Pak cik ni sajalah nak mendera
perasaan aku. Nak balas apa ni?
<Cinta.>
Laju jari
jemarinya bertindak mendahului akal. Weh biar betul aku ni! Cuak wajahnya bila
tersedar akan mesej yang baru dihantar. Panas wajahnya. Mula membayangkan yang lelaki
itu di hadapan mata sedang membaca mesej yang dihantar olehnya. Malunya oiiii!!
Jerit hati kecilnya. Apalah nanti lelaki itu cakap dengan aku ni. Murah!
Sepatutnya aku kena jual-jual mahal sikit.
“Aaa…
auuwww!” Pipi terasa pedih dan perit tiba-tiba.
“Anak
bertuah! Ibu suruh buat apa tadi?” Kuat tangan Mak Lydia menarik pipinya.
“A…aduhhh
ibu. Sakitlah! Ampun! Suri lupa… Ibu lepaslah. Suri call
sekarang.”
“Lain yang
kita suruh buat lain yang dibuatnya. Heiii geramnya ibu. Suri ni… ibu tahulah
awak tu tengah dilamun cinta, tapi agak-agaklah. Tak akanlah dah rindu dengan
dia. Baru berapa jam saja dia balik. Simpan-simpanlah rindu tu. Kumpul dulu
rindu tu biar banyak sikit barulah nak luah.”
Leila
Suria menggosok-gosok pipinya yang terasa perit ditarik oleh Mak Lydia tadi.
Dari jauh dia dapat melihat kelibat Lily Serina yang menunjukkan isyarat ibu
jari mengejek dirinya. Siap nanti adik. Dapat nanti kakak kerjakan cukup-cukup.
Gelakkan kakak ya. Dalam hati sempat menyemat dendam.
“Ibu ni
mana ada Suri…”
“Mana ada
apa? Dah jangan menafikan ya. Suri ingat ibu tak tahu Suri mesej dengan siapa?
Ibu dulu pernah bercinta juga dengan ayah kamu tu tau. Ibu boleh fahamlah
bahasa tubuh orang yang bercinta ni. Faham sangat dah.”
“Errr…”
Termati kata. Tak tahu nak balas apa sebab serkapan ibu memang betul mengena.
Mengena batang hidungnya sendiri. Eh rindu ke aku dengan dia? Ah biasa-biasa
saja perasaan aku ni rasanya.
“Sudah, call Mak
Jemahs Catering kata kita nak tempah makan untuk 150 orang. Ibu rasa cukuplah…
Kita pun bukannya mahu buat besar-besarkan? Jemput yang terdekat saja. Kamu pun
tak mahu bersanding kan?”
Dia hanya
mengangguk kepala. Menjawab pertanyaan Mak Lydia itu.
Nak
bersanding apa, pasangan aku bukan orang muda pun. Memang mereka berdua sepakat
tadi tak mahu adakan majlis persandingan.
No comments:
Post a Comment